12.aras kemahiran taksonomi bloom

19
ARAS KEMAHIRAN TAKSONOMI BLOOM Bi l. Aras Kemahiran Deskripsi Kemahiran 1. Pengetahuan Kebolehan kognitif untuk mengingat semula atau mengenal pasti elemen spesifik yang terdapat dalam kandungan sesuatu maklumat yang dipelajari. 2. Kefahaman Kebolehan kognitif yang melibatkan penggunaan pengetahuan tanpa situasi baru dan tidak memerlukan atau memperlihatkan tentang implikasi terhadap pengetahuan tersebut. 3. Aplikasi Kebolehan kognitif yang menggunakan prinsip dan generalisasi pada satu masalah dan situasi baru. Masalah dan situasi itu hampir atau sebahagiannya baru kepada pelajar. 4. Analisis Kebolehan kognitif untuk memisahkan sesuatu set komunikasi kepada elemen-elemen sehingga suatu bentuk pertalian antara elemen-elemen itu dapat dilihat dengan jelas. 5. Sintesis Kebolehan kognitif yang menggabungkan elemen- elemen untuk membentuk suatu set komunikasi. 6. Penilaian Kebolehan kognitif yang paling tinggi untuk membuat pertimbangan dengan menggunakan kaedah dan kriteria yang piawai untuk menentukan kesesuaian, ketepatan, kecekapan, keberkesanan tentang sesuatu nilai, makna, pendapat, penyelesaian, prosedur, produk dan 1

Upload: hanieft-nd

Post on 07-Nov-2015

95 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

k

TRANSCRIPT

1

ARAS KEMAHIRAN TAKSONOMI BLOOMBil.Aras KemahiranDeskripsi Kemahiran

1.PengetahuanKebolehan kognitif untuk mengingat semula atau mengenal pasti elemen spesifik yang terdapat dalam kandungan sesuatu maklumat yang dipelajari.

2.KefahamanKebolehan kognitif yang melibatkan penggunaan pengetahuan tanpa situasi baru dan tidak memerlukan atau memperlihatkan tentang implikasi terhadap pengetahuan tersebut.

3.AplikasiKebolehan kognitif yang menggunakan prinsip dan generalisasi pada satu masalah dan situasi baru. Masalah dan situasi itu hampir atau sebahagiannya baru kepada pelajar.

4.AnalisisKebolehan kognitif untuk memisahkan sesuatu set komunikasi kepada elemen-elemen sehingga suatu bentuk pertalian antara elemen-elemen itu dapat dilihat dengan jelas.

5.SintesisKebolehan kognitif yang menggabungkan elemen-elemen untuk membentuk suatu set komunikasi.

6.PenilaianKebolehan kognitif yang paling tinggi untuk membuat pertimbangan dengan menggunakan kaedah dan kriteria yang piawai untuk menentukan kesesuaian, ketepatan, kecekapan, keberkesanan tentang sesuatu nilai, makna, pendapat, penyelesaian, prosedur, produk dan lain-lain.

ARAS KEMAHIRAN DAN KATA TUGAS

Bil.Aras KemahiranKata TugasKehendak

1.Pengetahuan Takrifkan

Nyatakan

Huraikan

Perihalkan

Labelkan

Padankan

Pilih

Senaraikan

Rekodkan

Jadualkan

Tulis semula

Kenalkan Manakah

Adakah

Berikan

Siapakah

Kenalkan

Lakarkan

Namakan

Lukiskan Bilakah Apakah

Meluahkan semula maklumat.

Proses mengingat kembali fakta/pemerhatian/prosedur

/idea/takrif.

Proses menulis balik ingatan tentang sesuatu perkara.

2.Kefahaman Jelaskan

Terangkan

Bezakan

Anggarkan Huraikan Berikan contoh Menunjukkan pemahaman tentang maklumat.

Menjelaskan idea daripada satu bentuk komunikasi kepada satu bentuk yang lain; idea dijelaskan secara terus.

Bil.Aras KemahiranKata TugasKehendak

Tulis semula

Rumuskan

Bincangkan

Mengapakah

Laporkan

Kumpulkan

Pilih

Ubahkan

Ukurkan

Tentukan

Tukarkan Bandingkan Tambahkan

Hubungkaitkan

Ramalkan

Buatkan Inferensi

Kelaskan Bagaimanakah

Menunjukkan pemahaman tentang maklumat. Menjelaskan idea daripada satu bentuk komunikasi kepada satu bentuk yang lain; idea dijelaskan secara terus. Mentafsirkan idea yang tersirat pada komunikasi asal kepada bentuk lain. Ekstrapolasi yang melibatkan kebolehan membuat pentafsiran melangkau maklumat yang terdapat dalam komunikasi seperti membuat ramalan, inferensi dan anggaran.

3.Aplikasi Tunjukkan

Kira

Jalankan

Sediakan

Kaitkan

Selesaikan

Ilustrasikan

Ukur

Susunkan

Lukiskan Lakarkan

Menggunakan maklumat untuk menyelesaikan persoalan/isu.

Menggunakan maklumat untuk menyelesaikan masalah.

Bil.Aras KemahiranKata TugasKehendak

Tentukan

Kelaskan

Bina

Hasilkan

Ubahsuai

Hitungkan

Jana Idea Jelaskan dengan contoh

4.

Analisis Kesan

Kenal pasti

Bezakan

Bandingkan

Kategorikan

Analisis

Bincangkan

Buktikan

Kemukakan

Cadangankan

Ramalkan

Buat kesimpulan

Sarankan

Cerakinkan

Jelaskan melalui contoh

Pilih

Asingkan

Buatkan Andaian

Huraikan

Kawal pembolehubah Buat urutan

Dapat membezakan sesuatu, perincian atau memecahkan sesuatu kepada komponen-komponen yang lebih kecil secara khusus dan mengaitkan komponen-komponen itu antara satu dengan yang lain.

Bil.Aras KemahiranKata TugasKehendak

Susun mengikut keutamaan Gunakan perhubungan ruang dan masa Selesaikan masalah

5.Sintesis Satukan

Cipta

Terangkan

Huraikan

Bentuk

Susun semula

Rancang

Tulis semula

Rumuskan

Rekabentukkan

Hasilkan formula

Strukturkan

Sahkan

Kukuhkan

Rundingkan

Gabung jalinkan

Kategorikan

Rangkakan

Komunikasi

Eksperimen

Anologi

Mereka cipta

Konsepsikan

Buat gambaran mental

Mengkaji bahagian-bahagian atau komponen-komponen dalam sesuatu perkara dan kemudian menyepadukan, mencantumkan, menggabungjalinkan semula bahagian-bahagian itu untuk membentuk sesuatu yang baru.

Bil.Aras KemahiranKata TugasKehendak

Definisikan secara operasi

Buat hipotesis Reka bentuk

6.Penilaian Kritik

Justifikasikan

Tafsirkan

Ulas

Gredkan

Nilai

Rumuskan

Terjemahkan

Kaitkan

Wajarkan

Kesan kecondongan

Buat kesimpulan

Sokong

Menilai sesuatu perkara (melibatkan pertimbangan). Melihat sesuatu dengan menggunakan pemikiran yang objektif dan logis, iaitu menggunkan kriteria untuk menilai/membuat pertimbangan.

MAKNA KATA KERJA

Bil.Kata KerjaPenerangan

1.TakrifkanMemerlukan hanya satu penyataan yang setara (takrif).

Bil.Kata KerjaPenerangan

2.Apakah yang dimaksudkan dengan

Memerlukan takrif dengan sedikit ulasan yang relevan tentang keertian atau konteks istilah berkenaan.

3.NyatakanMemerlukan jawapan yang ringkas dan padat. Tidak memerlukan hujah atau alasan. Jika adapun hanya sedikit sahaja.

4.SenaraikanMemerlukan sebilangan perkara, tanpa huraian dalam bentuk senarai.

5.GariskanMemberikan asas-asas sahaja, jawapan ringkas.

6.LakarkanMemerlukan lukisan tangan yang ringkas; bagi gambar rajah, perkadaran dan kejelasan perincian penting perlu diberi perhatian; bagi graf, bentuk dan/atau kedudukan lengkung perlu betul secara kualitatif sahaja.

7.LukiskanMemerlukan gambar rajah, graf atau lukisan yang lebih jitu (mengikut skala bagi graf).

8.GalurkanMemerlukan huraian mengikut kronologi/kejadian /ruang/proses tertentu.

9.Jelaskan /TerangkanMemerlukan penyataan yang merupakan taakulan/ sebab-musabab atau sedikit rujukan kepada teori, bergantung pada konteks.

Bil.Kata KerjaPenerangan

10.Huraikan dengan memberikan sebab-sebabDitafsirkan secara lebih umum, iaitu calon mempunyai budi bicara yang lebih luas tentang sifat dan penyusunan bahan yang hendak dimasukkan dalam jawapan.

11.Perihalkan /HuraikanMemerlukan penjelasan (menggunakan gambar rajah di mana-mana yang sesuai) tentang perkara-perkara utama bagi tajuk yang dinyatakan; biasanya merujuk kepada fenomena tertentu atau uji kaji tertentu. Setakat mana huraian diharapkan hendaklah ditafsirkan berdasarkan nilai markah yang ditunjukkan.

12.BandingkanMelihat yang sama dan yang berbeza tentang dua perkara yang dikemukakan.

13.BincangkanMemberikan huraian yang kritis tentang isu yang dikemukakan, misalnya antara yang terlibat, baik-buruk, pro-kontra, pengaruh sedikit sebanyak dan sebagainya.

14.CadangkanMemerlukan cadangan tentang perkara yang diminta (digunakan dalam dua konteks; tidak terdapat jawapan yang unik atau merujuk kepada suatu situasi baru).

15.MengapakahPerihal dan sebab/hujah/ulasan bagi sesuatu situasi yang diberikan.

16.CarikanIstilah umum yang boleh ditafsirkan sebagai hitung, tentukan, dapatkan dan lain-lain.

Bil.Kata KerjaPenerangan

17.HitungkanDigunakan apabila jawapan berangka dikehendaki. Pada umumnya jalan kerja hendaklah ditunjukkan terutamanya apabila dua langkah atau lebih terlibat.

18.TentukanBiasaya digunakan apabila kuantiti berkenaan diperoleh secara penghitungan, menggantikan nilai-nilai terukur atau diketahui bagi kuantiti-kuantiti lain ke dalam satu rumus piawai.

19.TunjukkanMemberikan langkah/sebab yang membawa kepada sesuatu keputusan/fenomena yang diberikan atau membuktikan sesuatu.

20.RamalkanTidak memerlukan jawapan yang diperoleh secara ingatan tetapi dengan membuat perkaitan yang logis antara maklumat-maklumat yang lain. Maklumat demikian mungkin keseluruhannya diberikan dalam soalan atau mungkin bergantung pada jawapan yang diperoleh dalam bahagian awal soalan. Juga memerlukan jawapan yang ringkas dan padat tanpa penyataan sokongan.

21.DeduksikanDigunakan dengan cara yang sama seperti ramalkan kecuali sedikit penyataan sokongan dikehendaki, misalnya rujukan kepada suatu hukum/prinsip atau taakulan yang perlu hendaklah dimasukkan dalam jawapan.

22.Setujukah andaMemerlukan penyataan pendirian calon dengan hujah dan alasan tentang sesuatu isu.

23.SejauhmanakahMenilai peranan sesuatu faktor dalam sesuatu proses atau fenomena berbanding dengan faktor lain.

Bil.Kata KerjaPenerangan

24.UlaskanMembuat rumusan/kesimpulan dengan alasan daripada fakta/data dan sebagainya.

25.NilaikanMemerlukan penggunaan lebih daripada satu kriteria.

26.AnalisiskanMemecahkan sesuatu komunikasi petikan, perenggan, carta, data dan sebagainya kepada bahagian-bahagiannya dan menghuraikan perkaitan antara bahagian-bahagian itu.

27.BagaimanakanMenunjukkan sebab musabab bagi sesuatu fenomena atau menjelaskan sesuatu proses yang terlibat dalam sesuatu hasil terakhir.

PENJELASAN KATA KERJA

Bil.Kata KerjaRespons Yang Diharapkan

1.AnalisiskanMembuat pernyataan terperinci tentang suatu aspek atau perkara yang dikomunikasikan.

2.AnggarkanMemberikan nilai kuantitatif yang dianggap sesuai dengan keadaan yang ditetapkan dengan menggunakan ciriciri suatu pengetahuan tertentu.

Bil.Kata KerjaRespons Yang Diharapkan

3.ApakahMemberikan maklumat yang khusus atau spesifik.

4.BagaimanakahMemerihalkan/memberi penerangan tentang cara/ keadaan/langkah/kejadian.

5.BandingkanMenyatakan persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih perkara.

6.BerapakahMemberi kuantiti.

7.BezakanMenyatakan kelainan/ketidaksamaan antara 2 atau lebih perkara.

8.BilakahMenyatakan masa atau waktu.

9.BinakanMembuat sesuatu menggunakan kaedah atau alat tertentu.

10.BincangkanMemberi penerangan daripada pelbagai aspek atau lebih perkara.

11.BuktikanMenyatakan kebenaran dengan dalil/contoh/fakta.

Bil.Kata KerjaRespons Yang Diharapkan

12.CadangkanMemberi pandangan/idea/pendapat dengan mempertimbangkan perkara positif atau negatif.

13.CarikanMemberikan nilai tanpa atau dengan hitungan ringkas.

14.CerakinkanMenghuraikan sesuatu kepada bahagian.

15.DefinisikanMemberikan keterangan yang singkat tetapi jelas tentang makna suatu perkataan khusus, istilah atau terminologi.

16.HitungkanMemberikan jawapan dengan kaedah pengiraan.

17.HubungkaitkanMembuat suatu pertalian berdasarkan beberapa ciri atau faktor.

18.HuraikanMemperihalkan/menceritakan sesuatu dengan panjang lebar/terperinci secara teratur.

19.InterpretasikanMemberikan maklumat atau makna lain bagi sesuatu komunikasi.

20.JelaskanMemberi penerangan tentang sesuatu supaya mudah difahami.

Bil.Kata KerjaRespons Yang Diharapkan

21.KelaskanMengumpulkan kepada sesuatu kumpulan berdasarkan kriteria atau ciri tertentu.

22.KemukakanMemberi pendapat sama ada menyokong/ membangkang.

23.Kenal pastikanMemberi petunjuk atau makluman terhadap suatu benda atau penyataan yang dikenali atau dicam dengan jelas.

24.LabelkanMenandakan dan/atau memberikan panggilan yang spesifik terhadap suatu rujukan pada rajah, graf, carta, ilustrasi dan sebagainya.

25.LakarkanMemberikan persembahan berbentuk rajah/gambar rajah/peta secara kasar dan tidak memerlukan perincian.

26.LukiskanMemberikan persembahan berbentuk rajah/gambar rajah/graf bagi menggambarkan suatu benda atau perkara dengan menggunakan alat dan mengikut ukuran atau skala tertentu.

27.Membuat hipotesisMengemukakan penyataan yang boleh diuji akan kesahihannya.

28.MengapakahMemberi sebab.

Bil.Kata KerjaRespons Yang Diharapkan

29.NamakanMemberikan panggilan yang spesifik terhadap suatu benda/istilah/terminologi/proses.

30.NyatakanMemberikan jawapan yang spesifik tanpa memerlukan penerangan lanjutan/huraian/sokongan.

31.OrganisasikanMembuat sesuatu berdasarkan apa yang telah dirancang.

32.PamerkanMenunjukkan persembahan terhadap penguasaan suatu perkara.

33.RamalkanMemberikan suatu nilai yang dijangkakan berdasarkan pola atau corak tertentu.

34.Reka bentukkanMembuat garis kasar, pelan tindakan dan melaksanakan sebagaimana perancangan.

35.RekodkanMencatatkan dapatan kajian/eksperimen/pemerhatian mengikut format.

36.RingkaskanMemberi penerangan yang lebih padat daripada penyataan asalnya dengan mengekalkan kandungan utama penyataan asal itu.

37.RumuskanMembuat sesuatu kesimpulan dengan mempertimbangkan beberapa perkara.

Bil.Kata KerjaRespons Yang Diharapkan

38.SarankanMemberi pandangan/idea/pendapat dengan mempertimbangkan perkara positif atau negatif.

39.SelesaikanMembuat suatu keputusan untuk mengatasi sesuatu masalah.

40.SenaraikanMemberikan beberapa fakta, ciri, konsep, teori dan sebagainya secara spesifik/berbentuk poin tanpa memberi hubungan, perkaitan atau penerangan lanjutan bagi setiap satunya.

41.SiapakahMengenal pasti individu dalam konteks tertentu.

42.SusunkanMembuat sesuatu urutan dengan menggunakan kaedah atau prinsip tertentu.

43.SyorkanMemberi pandangan/idea/pendapat dengan mempertimbangkan perkara positif atau negatif.

44.TafsirkanMenerangkan maksud ayat dengan terperinci.

45.TakrifkanMemberikan keterangan yang singkat tetapi jelas tentang makna suatu perkataan khusus, istilah atau terminologi.

Bil.Kata KerjaRespons Yang Diharapkan

46.TentukanMembuat sesuatu keputusan selepas mengambil kira beberapa perkara sebagai asas pertimbangan.

47.TerangkanMenyatakan fakta dengan sokongan atau menjelaskan sesuatu dengan sebab.

48.TerjemahkanMenukarkan suatu bentuk komunikasi kepada suatu bentuk komunikasi lain tanpa mengubah dan memerihalkan makna komunikasi tersebut.

49.TuliskanMemberi maklumat yang khusus/spesifik.

50.UbahsuaikanMembuat sesuatu perubahan dengan menggunakan kaedah atau prinsip tertentu.

51.UkurkanMemberi kuantiti dengan unit yang boleh diperoleh daripada sesuatu alat pengukur.

52.UlaskanMemberi pandangan/pendapat/komen/kritik.

CONTOH PENGGUNAAN KATA KERJA

Bil.Kata KerjaContoh SoalanMarkah

1.TakrifkanTakrifkan istilah pembelahan nukleus dan pelakuran nukleus.

2

Bil.Kata KerjaContoh SoalanMarkah

2.Apakah yang dimaksudkan denganApakah yang dimaksudkan dengan guna tenaga dan guna tenaga penuh?

5

3.BerikanBerikan tiga sebab utama mengapa perkembangan guna tenaga penuh diberi perhatian dalam ekonomi.

5

4.JelaskanJelaskan apa yang dimaksudkan dengan imbangan air

6

5.Dengan bantuan gambar rajahDengan bantuan gambar rajah berlabel, jelaskan dengan ringkas istilah cerun cembung, cerun cekung, dan cerun kompleks.

6

6.Jelaskan bagaimanaJelaskan bagaimana bandar raya boleh mengubahsuaikan keadaan atmosfera setempat.

9

7.NyatakanNyatakan bentuk-bentuk hakisan permukaan di cerun-cerun bukit.

8

8.PerihalkanPerihalkan keadaan-keadaan yang boleh menghasilkan pemeluwapan wap air dalam atmosfera.10

9.HuraikanHuraikan penghasilan asid nitrik daripada ammonia melalui proses Ostwald.

10

Bil.Kata KerjaContoh SoalanMarkah

10.BandingkanBandingkan peranan agama dalam proses memperkukuhkan asas kekuatan pemerintahan Islam antara zaman Kesultanan Melayu Melaka dengan zaman Khalifah al-Rasyidin.

25

11.BincangkanBincangkan pengaruh saiz penduduk bandar terhadap tahap pencemaran udara di bandar-bandar di Malaysia.

15

12.GalurkanGalurkan tahap-tahap utama peluasan imperialisme Jepun di Tanah Besar Asia dari tahun 1868 hingga tahun 1945 dan kesan impelialisme terhadap pertumbuhan nasionalisme tempatan.

25

13.TuliskanTuliskan persamaan berimbang bagi tindak balas antara etanamina dengan asid hidroklorik cair.

1

14.LakarkanLakarkan graf yang menunjukkan bagaimana tenaga pengikat per nukleon berubah dengan nombor jisim.

2

15.LukiskanLukiskan keluk kos purata jangka panjang bagi sebuah firma. Mengapakah keluk itu berbentuk demikian?

10

16.TerbitkanTerbitkan ungkapan bagi hasil darab keterlarutan, Ksp, barium hidroksida.

2

PAGE 1