1234

3
Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer Pendahuluan Tidak dapat dinafikan bahawa kepelbagaian kaedah penyampaian semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung mampu memberikan motivasi tempatan kepada murid-murid terhadap pengajaran tersebut (Moores, 1987). Penggunaan kaedah tradisional seperti “chalk and talk” kini menjadi kurang relevan. Isu ini sering dijadikan bahan perbualan di kalangan pentadbir pendidikan dalam usaha memartabatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah. Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982 dan diikuti oleh pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1988 telah menekankan kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang mengutamakan aktiviti murid. Pendek kata kata konsep pengajaran dan pembelajaran bukan lagi daripada guru kepada murid, tetapi murid kepada guru dan murid kepada murid. Dalam hal ini penggunaan beberapa instrumen pengajaran dan pembelajaran juga semakin meningkat. Dalam hal ini, peranan komputer kini dikatakan mendominasi sistem pengajaran dan pembelajaran. Mengapa berlaku demikian? Ini semua disebabkan oleh

Upload: ah-san

Post on 08-Dec-2015

226 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

741

TRANSCRIPT

Page 1: 1234

Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer

Pendahuluan

Tidak dapat dinafikan bahawa kepelbagaian kaedah penyampaian semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung mampu memberikan motivasi tempatan kepada murid-murid terhadap pengajaran tersebut (Moores, 1987). Penggunaan kaedah tradisional seperti “chalk and talk” kini menjadi kurang relevan. Isu ini sering dijadikan bahan perbualan di kalangan pentadbir pendidikan dalam usaha memartabatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah. Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982 dan diikuti oleh pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1988 telah menekankan kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang mengutamakan aktiviti murid. Pendek kata kata konsep pengajaran dan pembelajaran bukan lagi daripada guru kepada murid, tetapi murid kepada guru dan murid kepada murid.

Dalam hal ini penggunaan beberapa instrumen pengajaran dan pembelajaran juga semakin meningkat. Dalam hal ini, peranan komputer kini dikatakan mendominasi sistem pengajaran dan pembelajaran. Mengapa berlaku demikian? Ini semua disebabkan oleh konsep komputer itu sendiri yang dapat memberikan sangat banyak pilihan kepada penggunannya seperti penggunaan video, audio, grafik, bunyi dan sebagainya.

Gesaan kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam memperkasakan penggunaan komputer ini sebagai medium pengajaran sebenarnya mula kelihatan pada tahun Januari 1999, apabila KPM menperkenalkan konsep Sekolah Bestari. Pihak kerajaan

Page 2: 1234

di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia telah membekalkan kemudahan komputer dalam proses mewujudkan Sekolah Bestari. Pada tahun 2005 sebanyak 90% sekolah di seluruh negara telah dibekalkan dengan kemudahan komputer. Sebanyak 5,037 buah sekolah mempunyai dan terdapat 5,026 unit server telah dipasang di sekolah-sekolah di seluruh negara di makmal komputer, sejumlah 133,724 unit komputer telah dibekalkan di sekolah-sekolah ternasuk sekolah-sekolah di luar bandar.

Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer

Pengajaran Pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) telah menjadi suatu perkara penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana penggunaan PPBK ini secara terancang akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan, aktif dan bermutu. Di sekolah-sekolah di negara kita, perisan PPBK ini selalunya dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Teknologi Pendidikan. Apakah yang dimaksudkan dengan PBK. Menurut Sander (1987), PPBK merupakan suatu situasi pembelajaran di mana pelajar-pelajar berinteraksi dan dibimbing komputer melalui satu proses pembelajaran yang terancang untuk mencapai matlamat pembelajaran tertentu. Manakala Moursund (1980) pula menyatakan PBK ini adalah untuk menyampaikan pengajaran kepada pelajar-pelajar, di mana berlaku interaksi antara sistem komputer dengan pelajar-pelajar untuk membantu mereka tentang bahan yang dipelajari.