118668020 tugasan siyasah syariah

8
SIYASAH SYARIAH PPPG 3113 Kaedah masalikh mursalah dan Sad dharai dalam aplikasi siasah syariyyah pada masa sekarang. PENGHARAMAN MEROKOK NAMA PELAJAR : SHARIF BIN ABDULLAH ( GB 01153 ) NAMA PENSYARAH : UST. ANUAR FAKRI OMAR

Upload: ustzruby79

Post on 14-Sep-2015

33 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

dokumen

TRANSCRIPT

  • SIYASAH SYARIAH

    PPPG 3113

    Kaedah masalikh mursalah dan Sad dharai dalam aplikasi siasah syariyyah

    pada masa sekarang.

    PENGHARAMAN MEROKOK

    NAMA PELAJAR :

    SHARIF BIN ABDULLAH ( GB 01153 )

    NAMA PENSYARAH :

    UST. ANUAR FAKRI OMAR

  • Tugasan Siyasah Syariah

    Nama : Sharif Abdullah

    No Metrik : GB 01153

    Pensyarah : Anuar Fakri

    Tajuk :

    A ) Huraikan satu sahaja daripada peraturan atau tindakan yang diambil oleh kerajaan

    Pada pandangan anda dibuat berdasarkan Siyasah Syariah ( seperti pendaftaran

    Perkhawinan dan lain-lain .)

    B) Huraikan apakah yang menjadi dasar atau prinsip kepada peraturan atau tindakan tersebut

    ( seperti Masalkh Mursalah ,sad Dharai dan sebagainya. )

    Kaedah masalikh mursalah dan Sad dharai dalam aplikasi siasah syariyyah pada masa sekarang.

    PENGHARAMAN MEROKOK

    1. Genarasi Islam sekarang haruslah sedar dan membuka minda serta bangun untuk mengambil

    kembali pembendaharaan Islam yang telah digarap begitu jitu oleh generasi silam. Generasi

    silam (zaman Rasulullah s.a.w., para sahabat, tabiein, tabie tabien serta ulama-ulama salaf)

    bukan sahaja meninggalkan kaya dengan pembendaharaan syariyyah bahan kajian dan analisa

    yang tinggi nilainya, malah hasil usaha-usaha mereka itu telah memberi petunjuk ke jalan

    kesejehteraan sebenar.

    2. Pembendaharaan siasah syariyyah yang menjadi landasan dan sandaran dalam sebarang

    tindakan pemerintahan negara, menjadikan hukum Islam berkembang pesat dan kaya dengan

  • kaedah penyelesaian kepada berbagai persoalan semasa. Khazanah hukum Islam telah banyak

    memberi sumbangan kepada siasah syaryyah terutamanya dalam perkembangan hukum Islam.

    3. PENGERTIAN SIASAH SYARIYYAH Dari segi BAHASA : Siasah berasal daripada bahasa

    ARAB sebagaimana yang ditegaskan oleh Al- Marqizi di dalam bukunya Al-Khutat dan telah

    menolak pandangan yang mengatakan perkataan siasah berasal daripada bahasa FARSI atau

    MOGHOL, kerana kata dasarnya adalah jelas dalam bahasa Arab, iaitu sawasa atau sasa

    4. Dari segi ISTILAH : Pertama: Siasah syariyyah sebagai metod atau kaedah pemerintah negara.

    Ia bermaksud mengendalikan urusan pemerintahan negara mengikut landasan Syara, samada

    berpandukan al-Quran, al-Sunnah atau ijtihad bagi menjamin kepentingan rakyat. Ia juga

    merangkumi seluruh aspek pemerintahan negara seperti politik, pentadbiran, kewangan,

    kemasyarakatan dan sebagainya Kedua: Siasah syariyyah sebagai metod penentuan hukum di

    bawah bidang kuasa kerajaan Islam atau pemimpin yang diberi mandat dalam perkara-perkara

    yang dinyatakan secara terang oleh nas-nas syara (Quran dan Sunnah).

    5. KONSEP SIASAH SYARIYYAH Perbezaan dari segi skop penggunaannya Khusus Umum

    6. KEDUDUKAN SIASAH SYARIYYAH SEBAGAI MEKANISMA HUKUM MENGIKUT

    PANDANGAN ULAMA :

    1. Siasah itu hendaklah adil mengikut petunjuk syara

    2.Tidak bercanggah secara hakiki dengan nas- nas syara.

    7. Ulama Syafiie mengatakan La siasah illa ma nataqa al-syara, maksudnya: Tiada siasah kecuali

    yang disebut oleh syara Siasah syariyyah yang diterima di sisi syara adalah suatu yang

    bertepatan dengan landasan dan ruh syariyyah tetapi bukan pula bermaksud, ia semestinya

    dinaskan satu persatu oleh al-Quran dan al- Sunnah.

    8. Ibn Furhun seorang ulama Islam berkata: Sesungguhnya Allah Taala mensyariatkan sesuatu

    hukum dengan tujuan menjaga maslahah hamba-hambaNya dan juga menghindarkan mereka

    dari segala bentuk fasad (rosak).

    9. Kaedah-kaedah atau mekanisma ijtihad memberikan peranan yang sangat besar dalam aplikasi

    siasah syariyyah Mana-mana ijtihad yang tidak mengikut landasan dan sandaran ijtihad kaedah

    yang dibenarkan oleh syara, maka siasah tersebut tidak lagi dianggap syarie dan ianya terbatal.

    Al-Musalih mursalah Sad Zarai (al-istislah)

  • 10. Al-Musalih Sad Zarai mursalah Masalah-masalah yang tidak terkeluar atau yang tidak

    menyeleweng dari maksud-maksud atau tujuan-tujuan syara yang telah ditetapkan dalam usul

    fiqh yang terhimpun dalam lima faktor penting maqasid al-syariyyah

    11. Definisi Kaedah al-Masalih Mursalah Dari segi bahasa: Al-masalih jama dari maslahah, sama

    seperti manfaah pada wazan dan makna Manakala segi istilah pula: menarik manfaat dan

    menolak kemudharatan, ertinya memelihara objektif syara mencipta hukum dengan

    memelihara al-Maqasid al- Syariyyah

    12. Para Ulama usul fiqih mentarifkan perkataan Masalih Mursalah Kemuslihatan yang

    ditujukan untuk memelihara kesucian agama dan kebaikan hukum-hukum syara Tujuan-tujuan

    tersebut sesuai dengan nas- nas al-Quran, Hadith dan Ijma Ulama, cuma dalilnya yang terang

    atau pokoknya yang tertentu dari nas-nas syara tiada didapati, bahkan yang didapati ialah

    kemuslihatan dan kemanfaatannya sahaja.

    13. Tafsirannya: Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagi

    mu. Dalil al-Quran sebagai hujjah syara dalam kaedah masalih mursalah

    Tafsirannya: Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki

    kesukaran bagi mu.

    14. 1. Ianya hanya berlaku dalam bidang muamalat sahaja, ia tidak boleh digunakan didalam bidang

    ibadat. 2. Ianya tidak berlawanan dengan salah satu daripada tujuan-tujuan perundangan Islam

    dan tiada bertentangan pula dengan salah satu daripada mana-mana dalil syara yang empat iaitu

    Al-Quran, Hadith, Ijma dan Qias. 3. Ianya hendaklah tetap dan tahqiq pada syara

    15. 1. Jabatan-jabatan kerajaan 2. Mewujudkan penjara 3. Pengilang memberikan jaminan terhadap

    barangannya. 4. Diharuskan mengambil cukai daripada orang kaya selain dari zakat 5.

    Mengenakan hukum qisas keatas satu kumpulan yang membunuh seorang sahaja

    16. Tindakan Saiyidina Othman menyalin semula al-Quran dari naskhah dizaman Saiyidina Abu

    Bakar dan mengedarkan ke seluruh wilayah. Kemudian beliau mengarahkan supaya membakar

    semua naskhah lain yang dimiliki oleh orang Islam ketika itu.

    17. Pada dasarnya, kedudukan masalih mursalah sebagai kaedah ijtihad diterima oleh mazhab-

    mazhab Islam secara dasarnya. Apa yang berbeza dikalangan mereka ialah dari segi skop

    penggunaannya. Mazhab Syafie dan sebahagian daripada mazhab Hanafi mengambil

    pendekatan yang sederhana, sedangkan Imam Malik menggunakan kaedah ini dengan lebih

    meluas. Semua mazhab-mazhab tersebut telah bersepakat diatas satu landasan dan sandaran

  • iaitu apabila kaedah masalih mursalah itu membawa kepada maslahah kuliyyah dan tidak pula

    bercanggah dengan nas-nas syara, maka ia diterima pakai sebagaimana mekanisma hukum

    siyasah.

    18. DEFINISI SAD ZARAI Al-Dzarah itu pada bahasa: Menurut Ibnu al-Qayyim:

    Ertinya: Apa-apa yang menjadi perantara dan jalan kepada sesuatu.

    19. DEFINISI SAD ZARAI Menurut Al-Qurtubi : Suatu perkara yang tidak dilarang di dalamnya,

    tetapi ia dikhuatiri akan menjurus kepada sesuatu yang terlarang jika dilakukan. Menurut

    Syeikh al-Islam Ibnu Taymiyah : Suatu jalan atau laluan kepada sesuatu. sad al-zarai ialah

    merupakan salah satu hujjah (hukum) dalam Syariah

    20. DEFINISI SAD ZARAI TUJUAN PENGHALANG MENDORONG Sad al-zarai bermaksud

    mengeluarkan hukum syara mengikut kaedah menutup saluran kerosakan, walaupun saluran itu

    pada asalnya harus.

    21. Berdasarkan kaedah ini, kerajaan boleh mengambil tindakan menyekat sesuatu perkara, bagi

    menjamin kebaikan rakyat dan negara walaupun larangannya tidak ada didalam nas al- Quran

    dan al- Sunnah

    22. Contoh Kaedah Sad Zarai Dalam Aplikasi Siyasah Syariyyah Contoh Pertama: Allah telah

    melarang orang-orang Islam mencaci tuhan- tuhan orang kafir, sedangkan perkara itu harus.

    Hal ini telah ditegaskan dalam firman Allah Taala dalam surah al-Anaam ayat 108: Tafsirnya:

    Dan janganlah kamu mencaci tuhan- tuhan yang mereka sembah selain dari Allah, kalau tidak

    mereka akan mencaci Allah dengan marah dan bodoh.

    23. Larangan Mencaci Tuhan Agama Lain Disebabkan perbuatan seperti itu akan membawa

    keburukan dan mudharat yang lebih besar berbanding dengan maslahahnya. Iaitu ianya akan

    mengundang kemarahan golongan kafir dan akan mengambil tindakan mengutuk Allah secara

    membabi buta. Maka Allah melarang perbuatan pada asalnya yang di bolehkan kerana

    mafsadahnya lebih besar.

    24. Contoh Kaedah Sad Zarai Dalam Aplikasi Siyasah Syariyyah TIDAK MEMBUNUH ORANG

    MUNAFIK Rasulullah s.a.w tidak membunuh orang-orang munafik seperti Abdullah bin Ubai

    bin Salul . Agar tidak menjadi FITNAH di kalangan masyarakat bahawa Rasulullah telah

    membunuh sesama orang Islam. KAUM MUNAFIK bijak berlakon dan pandai memperdayakan

    masyarakat dengan gaya dan percakapan sehingga mereka itu sukar dibezakan dan kadang-

    kadang dianggap oleh masyarakat sebagai orang Islam juga. Untuk menutup ruang fitnah , maka

  • Rasululah s.a.w tidak membunuh golongan munafiq walaupun sebenarnya mereka itu perlu dan

    boleh dibunuh bagi menyelamatkan masyarakat Islam dari kejahatan mereka.

    25. Contoh Kaedah Sad Zarai Dalam Aplikasi Siyasah Syariyyah Isu di zaman sekarang

    PENGHARAMAN ROKOK. Hukum HARAM merokok telah pun ditegaskan oleh pihak

    kerajaan dalam konteks di Negara kita Malaysia , berdasarkan ijtihad yang telah dibuat oleh para

    ulama Islam.

    26. PENGHARAMAN MEROKOK Pengharaman ini adalah bertujuan : Menutup jalan-jalan

    kerosakan dan membuka jalan-jalan ke arah kebaikan dalam kehidupan individu dan masyarakat

    amnya. Kerana tabiat merokok bukan sahaja mengancam kesihatan, akal mahupun kesejehteraan

    masyarakat awam, juga wujudnya pembaziran. Selain daripada itu, ia juga melibatkan ancaman

    terhadap nyawa orang yang merokok (perokok aktif) dan orang yang menghidu asap rokok

    (perokok pasif).

    27. Kajian telah mendapati bahawa rokok mengandungi 4,000 bahan kimia yang toksik dan 37

    daripadanya telah dikenal pasti sebagai bahan penyebab kanser. Antara Kandungan Rokok :

    Aseton (bahan untuk pengawet katak mati), Hidrogen sianida (racun), Naftalena (ubat gagat),

    Nikotin (bahan pembunuh serangga), Asid stearik (bahan menanggalkan pengilat kuku),

    Ammonia (bahan pencuci tandas), Kadmium (bateri), Karbon Monoksida (asap dari ekzos

    kereta), Etanol (arak)

    28. Merokok boleh membunuh walaupun secara perlahan. Natijahnya sama sahaja iaitu

    memudharatkan atau menyebabkan kematian. Dalam firman Allah Taala seterusnya dalam

    surah al-Baqarah ayat 195: Tafsirnya:Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam

    kebinasaan.

    29. Atas dasar inilah ijtihad kaedah sad zarai digunakan oleh para ulama : Sebagai jalan untuk

    berhati-hati (ihtiyat) dalam beramal dan agar tidak sampai melakukan perbuatan yang dapat

    menimbulkan kerosakan. Jumhur ulama menempatkan faktor manfaat dan mudharat sebagai

    bahan pertimbangan dalam menetapkan hukum, mereka menerima kaedah sad zarai, walaupun

    terdapat perbezaan dalam kadar penerimaannya.

  • KESIMPULAN

    Kesimpulannya ialah peranan masalih al-mursalah dalam menetapkan hukum sesuatu adalah

    penting walaupun seperti apa yang kita ketahui masalih al-mursalah juga termasuk dalam salah

    satu hukum yang tidak disepakati akan tetapi pada masa yang sama hukum yang telah ditetapkan

    melalui kaedah ini masih lagi diterima pakai dalam keadaan tertentu.

    Masalih al-mursalah amat diperlukan dalam menetapkan sesuatu hukum kerana tidak semua

    hukum tertulis atau tercatat dalam Kitab Allah S.W.T. Melalui kaedah ini hukum dapat

    ditetapkan mengikut piawaian semasa dalam konteks masyarakat hari ini. Masalih al-mursalah

    menjaga kemaslahatan manusia terutamanya. Hal ini dapat dilihat dalam pengertian maslahah itu

    sendiri yang memberi definisi suatu keadaan yang sesuai diadakan hukum syarak yang boleh

    mendatangkan kebaikan atau menjauhkan keburukan serta tidak ada satupun nas syarak yang

    mengesahkan atau menghapuskan hukumnya.

    Jumhur ulama bersepakat menerima masalih mursalah sebagai salah satu cara untuk menetapkan

    hukum tetapi hukum berkenaan dengan ibadat ulama sama sekali tidak membenarkan kaedah

    masalih al-mursalah ini kerana soal ibadat ini tidak ada ruang untuk berijtihad dan mesti

    dilakukan sesuai dengan perintah syarak.

    Di samping itu, masalih al-mursalah adalah bertepatan dengan maslahah umum iaitu menjaga

    lima perkara seperti akal, agama, jiwa, harta dan keturunan. Hal ini kerana beragama merupakan

    fitrah manusia dan lima kepentingan ini adalah diperlukan untuk mencapai kebahagiaan hidup di

    dunia dan di akhirat.

    Oleh itu, dengan pengambilan masalih al- mursalah sebagai salah satu cabang hukum adalah

    langkah yang terbaik kerana mengikut peredaran masa dan zaman. Ini kerana Islam adalah

    agama yang relevan sepanjang zaman dan memberi rukhsah kepada umatnya dan tidak

    membebankan.

    RUJUKAN

    Al-Quran.

  • Abdul Latif Muda. 2003. Sejarah perundangan Islam dan mazhab fiqh. Kuala Lumpur : Pustaka

    Salam Sdn. Bhd.

    Abdul Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zin. 1997. Pengantar usul fiqh. Kuala Lumpur:

    Pustaka Salam Sdn. Bhd.

    Al-Buti Muhammad Said Ramadhan. 2000. Dawabit al-maslahah fi shariah al- Islamiyyah.

    Beirut: Resalah Publisher.

    Hassan bin Ahmad. 2002. Usul fiqh dan qawaid fiqhiyyah. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abd

    Majid.

    Mohd Nasran Mohamad, Anwar Fakhri Omar, Mohd Zamro Muda & Mohamad Zaini Yahaya.

    2001. Metodologi fiqh. Bangi: UKM

    Mohd. Saleh Ahmad. 1999. Pengantar syariat Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid.