111111111 inia - universiti malaysia sarawak

24

Upload: others

Post on 18-Oct-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 111111111 INIA - Universiti Malaysia Sarawak
Page 2: 111111111 INIA - Universiti Malaysia Sarawak

PERANAN MALAYSIA DALAM MENANGANI MASALAH NARKOTIK

P. KNIDMAT MAKLUMAT AKADlMIK

111111111 INIA

NAEMAH MAHADI

Latihan Ilmiah ini dikemukakan untuk memenuhi sebahagian daripada

syarat-syarat pengijazahan Sarjanamuda Sains Sosial Dengan Kepujian Kajian Antarabangsa

FAKULTI SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

1997

Page 3: 111111111 INIA - Universiti Malaysia Sarawak

PENGHARGAAN

Segala puji dan syukur buat Tuhan sekalian alam di atas limpah kumiaNya

sehingga saya berupaya menyiapkan tulisan ilmiah tahun akhir ini.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada arwah ayahanda Hj. Mahadi bin Yusoh dan bonda Pn. Norziah Mohd Nor di atas segala jasa dan budi baik mereka selama hari ini.

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

penyelia tulisan ilmiah ini iaitu Dr. Rashid Abdullah yang telah banyak memberikan tunjuk ajar di sepanjang pelaksanaan dan penyempurnaan kajian ini.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada En. Halim Saad dari Insitusi Diplomasi

yang telah banyak memberikan idea yang bemas untuk saya memulakan kajian ini hingga ke sampai penghujungnya.

Ucapan terima kasih juga kepada pihak PEMADAM cawangan Kuching, kakitangan Dewan Bahasa dan Pusataka (DBP) yang banyak membantu. Akhir sekali ucapan terima kasih juga diucapkan kepada keluarga dan kawan-kawan yang banyak

membantu saya.

Wassalam

i

Page 4: 111111111 INIA - Universiti Malaysia Sarawak

Pusat KhWmst MaWumst Akademik UNIVERSPTI MALAYSIA SARAWAK

KANDUNGAN

PENGHARGAAN KANDUNGAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI SINGKATAN

BAB I

PENGENALAN

1.0 Pengenalan 1.1 Kenyataan masalah 1.2 Objektif kajian 1.3 Kepentingan kajian 1.4 Skop kajian 1.5 Metodologi 1.6 Kajian lepas

BAB II

i ii iv v vi

1 4 6 6 7 8 8

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMUDAHKAN KEMASUKKAN NARKOTIK KE MALAYSIA

2.0 Pengenalan 2.1 Pendirian British terhadap penggunaan candu 2.2 Pendatang asing 2.3 Hippies! Apakah masalahnya? 2.4 Kesan dari aktiviti pelancungan 2.5 Kemajuan dalam bidang ekonomi dan teknologi 2.6 Kedudukan dari segi geografi 2.7 Kelemahan dalam strategi penangkapan 2.8 Perkembangan perdagangan narkotik dunia 2.9 Dalang disebalik perniagaan narkotik

12 12 16 17 17 18 20 22 24 26

ii

Page 5: 111111111 INIA - Universiti Malaysia Sarawak

BAB 111

TINDAKAN MALAYSIA DALAM USAHA UNTUK MEMERANGI MASALAH NARKOTIK. SATU PENILIAN!

3.0 Pengenalan 29 3.1 Penilaian ke atas ustiha-usaha Pihak Berkuasa 29 3.2 Usaha yang dijalankan oleh Pihak Kerajaan 39 3.3 Sejauh manakah pelaksanaan undang-undang di Malaysia 40

BAB IV KERJASAMA MALAYSIA DI PERINGKAT ANTARABANGSA UNTUK MENANGANI MASALAH NARKOTIK.

4.0 Pengenalan 44 4.1 Matlamat Malaysia untuk mengurangkan masalah narkotik 44 4.2 Peranan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 46 4.3 Peranan Malaysia dalam ASEAN

(The Southeast Asian Nations) 48 4.4 Peranan Malaysia dalam CHOGM 50 4.5 Persidangan International Conference on Drug Abuse & Illicit Traffiking

(ICDAIT) 52

BAB V

KESIMPULAN 56

5.0 Kesimpulan 56 5.1 Cadangan 58

BIBLIOGRAFI 68 LAMPIRAN 1 72 LAMPIRAN 2 73 LAMPIRAN 3 74

iii

Page 6: 111111111 INIA - Universiti Malaysia Sarawak

ABSTRAK

Kajian ini adalah untuk melihat apakah faktor-faktor yang memudahkan narkotik masuk ke Malaysia. Faktor seperti kedudukan Malaysia dari segi geografi, kesan pendatang asing telah dibincangkan untuk melihat sejauh manakah kebenarannya. Secara tidak langsung penilaian juga dibuat ke atas usaha dan tindakan Malaysia untuk mengatasi masalah ini. Sejauh manakah usaha yang telah dijalankan oleh pihak berkuasa seperti polis, PEMADAM dan kastam untuk membanteras masalah penagihan clan penyeludupan narkotik? Fokus ke atas peranan Malaysia di peringkat antarabangsa turut diperbincangkan. Antaranya penglibatan Malaysia dalam persidangan antarabangsa seperti PBB, ASEAN, dan CHOGM. Kejayaan dan kegagalan Malaysia dalam

menjalankan peranannya adalah bergantung kepada kerjasama dari semua masyarakat dunia. Oleh itu jika masalah ini tidak dibanteras dengan segera ianya boleh memusnahkan dunia sejagat. Misalnya, kelumpuhan dalam sistem ekonomi, kejatuhan moral dan kepincangan dalam politik. Maka apa yang paling diharapkan di sini adalah kerjasama

clan kesedaran dari semua untuk membasmi narkotik sebelum dunia musnah keranannya.

IV

Page 7: 111111111 INIA - Universiti Malaysia Sarawak

ABSTRACT

This research is to see what are the factors that easily make the narcotics smuggled into Malaysia. Factors such as geographical, immigrant were discussed to see the truth. Evalution was also make towards Malaysian role in order to combat narcotics for example, the role of police force, customs and PEMADAM. Malaysian role in international conference was also discussed such as the involvement of Malaysia in PBB, ASEAN and CHOGM. In order to gain the good quality of life narcotics must be vanished in this world because it can bring devastation in economic, social dan politics. Lastly, the only hope to combat narcotics is the joining hand and awareness from the world society and nations.

V

Page 8: 111111111 INIA - Universiti Malaysia Sarawak

SENARAI SINGKATAN

ACA - Anti Corruption Agency AIDS - Acquired Immune Deficiency Syndrome ASEAN - Association Southeast Asian Nations AS - Amerika Syarikat ATM - Angkatan Tentera Malaysia CIA - Central Intelligence Agency GKB - Gerila Kebangsaan Burma HIV - Human Immune Deficiency Virus ICDAIT - International Conference on Drug Abuse & Illicit

Traffiking KDN - Kementerian Dalam Negeri PDRM - Polis Di raja Malaysia PPB - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PPAD - Pasukan Petugas Anti Dadah UNGA - United Nations General Assembly

vi

Page 9: 111111111 INIA - Universiti Malaysia Sarawak

BAB I

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan.

`Say no to dadah' atau `katakan tidak kepada dadah' sudah cukup

menunjukkan betapa bahayanya masalah ini dan seperti yang kita sedia maklum,

narkotik bukanlah merupakan masalah baru ianya telah bermula sejak berabad-abad

lamanya (Siri Ucapan Persidangan ICDAIT, 1987). Buktinya pada zaman dahulu

narkotik tidak dianggap sebagai masalah kerana ianya dipandang mulia dan digunakan

di dalam upacara-upacara keugamaan. Misalnya, di negeri China masyarakat

menganggap narkotik sebagai ̀ sumber kegembiraan' manakala di zaman Hindu tua

pula narkotik dilihat sebagai `pemandu ke syurga' dan `pelembut penderitaan'

(Taib, A. G, 1988).

Tetapi kini apabila disebut sahaja narkotik atau dadah manusia mulai takut

kerana ianya tidak sahaja boleh menghancurkan kehidupan individu, keluarga,

masyarakat, tetapi juga boleh melemahkan sesebuah negara. Misalnya, semasa perang

Vietnam, pihak Vietkong telah membenarkan pengaliran bekalan narkotik

terutamanya heroin dan morfin ke kem-kem tentera A. S. di Vietnam Selatan dengan

tujuan untuk melemahkan perjuangan mereka (Dewan Masyarakat, 1983: 10). Faktor

ini juga merupakan sebab mengapa A. S. gagal untuk membendung kemaraan komunis

ke Vietnam Selatan kerana mereka telah terlalai akibat bahana menghisap heroin dan

morfin (Dewan Masyarakat, 1983: 10). Bukan itu sahaja, narkotik amat ditakuti

Page 10: 111111111 INIA - Universiti Malaysia Sarawak

2

kerana ianya boleh mendatangkan ancaman terhadap keselamatan, kestabilan, dan

ketahanan negara. Tambahan pula, Malaysia mempunyai komposisi penduduknya

yang berbilang kaum dan agama. Misalnya, terdapat agama Islam, Buddha, Hindu dan

Kristian manakala kaum pula adalah seperti Melayu, Cina, India, Bumiputra dan lain-

lain. Dalam hal ini, narkotik boleh digunakan untuk mencetuskan perselisihan antara

kaum-kaum yang terdapat di negara ini. Lagipun perbezaan nilai, sikap, pandangan,

kecenderungan dan tingkah laku masing-masing kaum boleh digunakan oleh pihak-

pihak yang tidak bertanggungjawab. Tambahan pula, kini ada tanda-tanda bahawa

kebanyakan pengedar terdiri dari kaum yang tertentu manakala pengunaannya pula

terdiri dari kaum yang tertentu juga. Oleh itu, pihak yang tidak bertanggungjawab ini

akan membuat tohmahan bahawa padah narkotik yang dihadapi oleh satu kaum ,

adalah akibat perbuatan yang disengajakan oleh kaum yang lain (Dewan Masyarakat

Mac, 1983: 10). Perkara ini akan mencetuskan ketidakstabilan kepada keselamatan

negara dan ini akan mendedahkan negara kepada ancaman-ancaman luar yang boleh

menjatuhkan imej dan kedaulatan negara.

Jika ditinjau pada masa dahulu, masalah narkotik hanya melibatkan golongan

tua jaitu imigran dari India dan Cina yang dibawa masuk ke Malaya pada zaman

penjajahan British tetapi kini narkotik telah melibatkan banyak peringkat umur

termasuk remaja dan orang dewasa. Misalnya, pada Februari 1997 remaja sekolah

rendah dan menengah dari beberapa buah sekolah di sekitar Muar telah ditangkap

kerana terlibat dalam penagihan dan pengedaran narkotik (Utusan Malaysia, Februari

1997). Bukan itu sahaja, didapati jumlah penagih narkotik kian meningkat dari tahun

ke tahun misalnya dalam tahun 1988 jumlah penagih iaitu termasuk penagih baru clan

Page 11: 111111111 INIA - Universiti Malaysia Sarawak

3

berulang adalah seramai 25205 orang manakala dalam tahun 1995 jumlah ini telah

bertambah kepada 34104 orang penagih (Laporan Dadah, 1994). Ini menunjukkan

dalam tempoh lapan tahun penagih narkotik telah bertambah sebanyak 8899 orang

(Laporan Dadah, 1994). Pada pendapat saya, jumlah ini akan bertambah menjelang

tahun 2000 jika tindakan segera tidak diambil untuk mengatasinya. Bukan itu sahaja,

wawasan negara untuk mencapai sembilan cabaran dalam tahun 2020 pasti akan

berkubur kerana terdapat terlalu ramai penagih. Ini sudah pasti akan menjatuhkan imej

negara di mata dunia. Persoalan yang membawa kepada masalah ini ada hubung

kaitnya dengan perkembangan dunia yang semakin maju, yang mana Malaysia juga

turut mengalami perubahan tersebut. Namun, yang lebih menyedihkan atas faktor

kemajuan inilah semakin banyak narkotik dengan lebih mudah masuk ke Malaysia.

Narkotik begitu mudah masuk ke Malaysia kerana terdapat faktor seperti teknologi

dan telekomunikasi yang canggih clan hebat. Menurut Pengarah Pasukan Anti Dadah

(PPAD) Zainuddin Abdul Bahari, di Malaysia sekarang terdapat hampir 100000 orang

penagih narkotik dan bekalan narkotik yang digunakan oleh penagih ini adalah

sebanyak 3000 kilogram setahun (Berita Harian, 1994). Malaysia juga kini menduduki

tangga kelima di dalam senarai Asia Tenggara yang mempunyai jumlah penagih yang

ramai (Massa, Mac 1997).

Jika difikirkan semula, manusia pernah mengaitkan narkotik untuk tujuan

penyelidikan di dalam bidang perubatan dan untuk menyembuhkan penyakit tetapi

masalahnya kini narkotik telah disalahgunakan. Tujuannya kini lebih kepada

penagihan iaitu semata-mata untuk merasakan nikmat kehayalan diri. Berdasarkan

laporan berita clan akhbar-akhbar tempatan pusat-pusat hiburan, kini telah dipenuhi

Page 12: 111111111 INIA - Universiti Malaysia Sarawak

4

dengan narkotik yang terdiri dari pelbagai jenis seperti pil-pil psikotropik, heroin,

morfin, clan ganja. Persoalan yang timbul adalah, bagaimanakah bekalan narkotik

boleh didapati dengan begitu banyak di negara ini? (Buletin Utama, 1997).

Rupa rupanya masalah narkotik tidak hanya dialami oleh Malaysia malahan

kebanyakan negara di dunia ini juga turut mengalaminya. Lantaran itu, isu narkotik

telah dijadikan sebagai agenda penting dalam persidangan antarabangsa seperti

ASEAN, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan Asia Pasifik. Secara tidak

langsung, Malaysia juga turut memainkan peranannya sama ada di peringkat dalaman

atau luaran untuk mengatasi masalah ini. Oleh itu, sememangnya tidak dapat

dinafikan usaha yang keras dan berpanjangan telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia

untuk membebaskan negara dari belenggu masalah narkotik. Persoalannya, apakah

usaha Malaysia bisa untuk mengecapi kejayaan kerana masalah ini adalah seperti

virus yang sukar untuk disingkirkan? Hanya masa dan keadaan yang akan

menentukan sejauh manakah kerjasama akan tercapai di kalangan manusia untuk

mengatasi masalah ini.

1.2 Kenyataan masalah

Masalah narkotik telah menjadi bertambah serius semenjak kebelakangan ini.

Persoalanan utama apakah Yang telah menyebabkan masalah ini menjadi bertambah

serius hinggakan ianya menjadi tajuk pans di media tempatan dan antarabangsa?

Bukan itu sahaja, ramai yang mengatakan masalah ini menjadi bertambah serius

kerana kurang ketatnya kawalan keselamatan terutama di kawasan sempadan dan juga

kawasan persisiran pantai negara. Apakah ulasan tersebut adalah benar? Sedangkan

Page 13: 111111111 INIA - Universiti Malaysia Sarawak

pulat MALAYSIA

ik SARAWAK

5

kita sedia maklum bahawa Malaysia telah berusaha segigih-gigihnya untuk mengatasi

masalah ini. Bukan itu sahaja, Malaysia kini amat dikagumi oleh negara luar kerana

berjaya melaksanakan `hukuman mati mandatori' dan juga telah diiktraf oleh

Amnesty International Narcotics 1996 kerana telah memberikan kerjasama yang jitu

untuk mengatasi masalah im di peringkat antarabangsa (Netscape, 1996). Oleh itu,

apakah masalah sebenarnya yang telah menyebabkan masalah narkotik di Malaysia

menjadi bertambah serius? Faktor tentang kedudukan Malaysia dari segi geografi dan

juga keadaan muka bumi seperti mempunyai sempadan yang panjang dan terbuka

sering diperbincangkan. Faktor ini dikatakan (T, A. G, 1988), (TPP Redzuan 1994),

(Laporan Dadah 1992,1993,1994) sebagai punca utama narkotik dengan mudah

masuk ke Malaysia manakala masalah yang lain seperti yang lebih bersifat

antarabangsa kurang diberi perhatian. Contohnya, CIA (Central Intelligence Agency)

yang menjadi dalang dalam perniagaan narkotik, masalah pendatang tanpa izin, dan

kesan dari aktiviti pelancongan. Padahal, masalah ini juga merupakan antara penyebab

mengapa narkotik dengan begitu mudah masuk ke Malaysia. Bukan itu sahaja,

perubahan geopolitik dan juga kemajuan teknologi dan komunikasi turnt menjadi

persoalanan utama yang akan dibincangkan kerana ianya merupakan sebab yang

membawa kepada masalah narkotik di Malaysia.

Masalah narkotik ini juga patut dinilai dari sudut dalam negara terutama dari

segi pelaksanaan undang-undang yang dibuat kerana dengan adanya undang-undang

seperti Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) mengapakah masalah narkotik semakin

meningkat? Masalahnya di sini, apakah faktor dari segi pelaksamn ini telah

dijalankan menurut undang-undang yang sebenarnya? Atau undang-undang hanya

Page 14: 111111111 INIA - Universiti Malaysia Sarawak

6

sebagai paparan imej yang tidak bermakna untuk menyedapkan hati masyarakat.

Sekali lagi peranan Malaysia dipersoalkan ketika cuba untuk menangani masalah jai

malahan setiap pergerakan atau perubahan yang cuba dilakukan oleh Malaysia kiai

menjadi perhatian dunia. Oleh itu, secara rumusannya pennasalahan narkotik ini patut

mendapat kerjasama (tempatan dan antarabangsa) dari semua bukan hanya satu pihak

sahaja yang berperauan atau bertindak. Ini disebabkan jika hanya satu pihak sahaja

yang memainkan peranan masalah ini akan terus berlarutan dan berakar umbi

sehingga sukar untuk dibanteras lagi.

1.3 Objektif kajisa

Objektif umum kajian ini ialah untuk mengenalpasti masalah narkotik yang

dihadapi oleh Malaysia dan apakah peranan yang dimainkan oleh negara untuk

mengatasi masalah ini? Objektif khusus kajian ini adalah :

1) untuk melihat faktor-faktor yang menyebabkan narkotik masuk ke Malaysia.

2) mengenal pasti setakat manakah tindakan yang dijaiankan oleh Malaysia sama ada

di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

3) adakah Malaysia berjaya dalam usaha untuk mengatasi masalah narkotik.

1.4 Kepentingan kajian

Hasil dari kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pihak yang

terlibat seperti pihak polis, kastam dan PEMADAM yang terbabit dalam usaha untuk

membanteras masalah narkotik. Kajian ini juga diharapkan dapat memberi maklumat

kepada orang ramai tentang peranan yang dimainkan oleh Malaysia yang telah

Page 15: 111111111 INIA - Universiti Malaysia Sarawak

7

benisaha dengan bersungguh-sungguh untuk mengatasi masalah ini. Semoga

maklumat yang didapati pada kajian nu dapat mendorong orang ramm untuk

memberikan kerjasama yang lebih jitu bagai mengatasinya. Kajian ini juga diharspkan

dapat dijadikan panduan asas oleh penyelidik yang akan datang bagi melihat masalah

ini dengan lebih terperinci lagi. Kajian ini juga diharapkan agar dapat memperkayakan

bahan bacaan yang sudah ada.

1.5 Skop kajian

Kajian ini tidak mempunyai jarak waktu yang tertentu kerana sangat sukar

untuk melihat peranan yang dimainkan oleh Malaysia dalam tempoh yang ditetapkaa

seperti lima atau sepuluh tahun. Tambahan pula, isu ini telah berlaku sejak penjajahan

British ke atas Malaya maka perlu juga dikajikan tentang aspek sejarah untuk

dikaitkan bagaimana narkotik dengan begitu mudah masuk ke Malaya. Bukan itu

sahaja, isu ini juga akan mengkaji tentang masalah narkotik dari zaman silam hingga

kini dengan tujuan untuk membandingkan sejauh manakah keberkesanan peranan

yang dimainkan oleh Malaysia. Skop kajian ilmiah ini akan melihat peranan dan

kerjasama Malaysia di peringkat tempatan dan antarabangsa kerana untuk

mengatasinya perlu mendapat kerjasama dad semua. Bukan itu sahaja, masalah ini

juga sebenarnya berpunca dari luar maka aspek yang bersifat luaran atau antarabangsa

akan dikajikan.

Page 16: 111111111 INIA - Universiti Malaysia Sarawak

8

1.6 Metodologi

Kajian ini akan dilakukan secara penyelidikan perpustakaan dan akan

dilakukan di beberapa buah perpustakaan yang terdapat di Kuching seperti Pusat

Khidmat Maklumat Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Perpustakaan Dewan

Bandaraya Kuching Utara (DBKU). Rujukan juga akan dilakukan di Dewan Suarah,

Arkib dan Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP). Penyelidikan juga akan dilakukan di

Hospital, Pusat-pusat Pemulihan, Jabatan Polis dan Penjara serta PEMADAM bagi

mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai masalah narkotik ini. Rujukan

dari internet, jurnal jurnal dan majalah-majalah (Times, Dewan Masyarakat, Dewan

Budaya, Dewan Siswa dan Massa) juga akan dilakukan. Laporan akhbar tempatan

seperti Berita Harlan, Utusan Malaysia, New Straits Times, The People's Mirror,

Sarawak Tribune dan Borneo Post akan dibuat Bukan itu sahaja, laporan akhbar luar

negara juga akan dirujuk bagi mendapatkan pandangan masyarakat luar negara

mengenai usaha yang Malaysia jalankan untuk membanteras masalah narkotik. Kajian

ilmiah ini juga akan melihat kes-kes tertangkapnya pengedar-pengedar narkotik dari

luar negara bagi mengkaji pendapat mereka tentang undang-undang narkotik yang

dijalankan di Malaysia. Temubual dengan mereka yang mempunyai maklumat

berkaitan dengan masalah yang dikaji akan juga dijalankan seperti temubual dengan

pegawai-pegawai PEMADAM.

1.7 Kajian lepas.

Bahagian ini akan membincangkan pengalaman Malaysia dalam menangani

masalah narkotik dan usaha-usahanya serta apakah sebab-sebab utama yang telah

Page 17: 111111111 INIA - Universiti Malaysia Sarawak

9

meluaskan lagi masalah narkotik di Malaysia? Bahagian ini juga bertujuan untuk

menyedarkan pembaca bahawa terdapatnya maklumat-maklumat penting yang boleh

dijadikan panduan untuk membuat kajian yang seterusnya. Buat setakat ini belum lagi

terdapat kajian yang menyamai tajuk yang dikajikan namun terdapat dua buah buku

yang dapat dijadikan, panduan iaitu Keamanan Sejagat dan The Emerging Regional

Security Achitecture in the Asia Pacific Region.

The Emerging Regional Security Achitecture in the Asia Pacific Region basil

tulisan Mohammed Ismail Mohammed Yaman telah mengennýcakan idea bagaimana

narkotik boleh masuk ke Malaysia. Menurut Ismail narkotik dengan begitu mudah

masuk ke Malaysia kerana keadaan geografi negara yang mempunyai laut yang

panjang dan terbuka. Oleh itu, ianya secara tidak langsung akan memudahkan

narkotik masuk ke negara ini. Bukan itu sahaja, keadaan fizikal Malaysia yang

bersempadan dengan Thailand dan cuma dipisahkan oleh Selat Melaka dari Indonesia

juga merupakan antara sebab narkotik masuk ke Malaysia. Keadaan fizikal Malaysia

yang memisahkan antara Malaysia Barat dan Timur telah memberi banyak ruang

kepada pengedar untuk menyeludup narkotik masuk ke negara im.

Berdasarkan idea Ismail terdapat tiga masalah utama yang terpaksa dihadapi

oleh Malaysia kerana narkotik iaitu penyeludupan narkotik secara haram ke negara

ini, penyalahgunaan narkotik di negara ini, dan pengeksportan semula narkotik ke

negara luar. Penyeludupan narkotik ke negara ini mempunyai perkaitan dengan

keadaan geografi Malaysia seperti yang dibincangkan di atas iaitu bersempadan

dengan semua negara ASEAN. Bukan itu sahaja, keadaan laut yang panjang dan

terbuka telah mendedahkan Malaysia kepada banyak ancaman termasuk kegiatan

Page 18: 111111111 INIA - Universiti Malaysia Sarawak

10

penyeludupan narkotik. Tambahan Pula, kedudukan Malaysia yang berhampiran

dengan pusat pengeluaran narkotik iaitu Golden Triangle telah memberikan kesan

kepada kemasukkan narkotik yang lebih banyak ke negara ini. Berkenaan dengan

penyalahgunaan narkotik di dalam negara ada sangkut paut dengan masalah budaya

yang menular masuk ke Malaysia iaitu budaya hippies. Bukan itu sahaja, unsur-utisur

ganas dan tidak bermoral yang terdapat dalam muzik Barat juga turnt mempengaruhi

rakyat tempatan menagih. Manakala pengeksportan semula narkotik ke luar negara

mempunyai kaitan dengan kegiatan pengedar antarabangsa yang menjadikan Malaysia

sebagai negara kedua untuk mengeksport narkotik ke negara ketiga. .

Sungguhpun, idea yang dikemukakan oleh Ismail adalah benar namun masih

terdapat banyak lagi sebab yang tidak dibincangkan bagaimana narkotik masuk ke

Malaysia. Antaranya, adalah seperti keadaan dunia yang sudah berubah dengan

kemunculan lebih banyak negara-negara pengeluar narkotik, kemajuan dalam bidang

teknologi dan komunikasi serta dalang sebenar disebalik perniagaan narkotik. Bukan

itu sahaja, memandangkan dunia kini adalah `dunia tanpa sempadan' maka isu ini

haruslah diperbincangkan dengan lebih meluas kerana masalah yang dikajikan juga

adalah bersifat global.

Namun begitu, sungguhpun kajian Ismail tidak meliputi banyak faktor yang

menyebabkan narkotik masuk ke Malaysia, tetapi beliau turut mengemukakan satu

idea yang baik iaitu tentang tanggungjawab pihak berkuasa untuk mengatasi masalah

ini. Pihak berkuasa seperti polis, kastam dan farmasi telah diberi amaran agar

menjalankan togas mereka dengan berdisplin dan penuh dedikasi. Ini bermaksud

perbuatan rasuah haruslah dihapuskan. Tulisan Ismail juga menyatakan tentang

Page 19: 111111111 INIA - Universiti Malaysia Sarawak

11

perundangan narkotik yang dilaksanakan di Malaysia. Sungguhpun terdapat

penyataan mengenai undang-undang tersebut tetapi tidak ada kajian yang dibuat sama

ada undang-undang itu berjaya ataupun tidak. Persoalan im timbul kerana Malaysia

tetap menghadapi masalah narkotik yang teruk biarpun terdapat undang-undang Akta

Dadah Berbahaya 1952 (ADB). Persoalanan yang timbul, adakah undang-undang ini

dilaksanakan seperti yang telah dirancangkan?

Berikut adalah idea yang dikemukakan oleh Mokthar A. Kadir di dalam

bukunya Keamanan Sejagat. Idea utama yang diperbincangkan dalam buku ini adalah

berkaitan dengan usaha yang dijalankan oleh Malaysia untuk mengatasi masalah

narkotik. Antaranya dengan melaksanakan hukuman mati mandatori yang telah

menjadi kontroversi. Selain itu, kegiatan yang dijalankan oleh Malaysia seperti

menyertai persidangan di dalam ASEAN, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),

Komanwel dan Pertubuhan Persidangan Islam. Fokus utama yang dibincangkan

adalah kejayaan Malaysia dalam Persidangan Vienna dalam tahun 1987 yang telah

berjaya menyatukan 138 buah negara dan bukan negara untuk membincangkan

tentang masalah narkotik.

Idea yang dibincangkan oleh beliau ini adalah untuk menunjukkan tentang

peranan Malaysia yang telah berusaha bersungguh-sungguh di peringkat antarabangsa

tetapi masih lagi 'gagal untuk mendapatkan kerjasama dari lain-lain negara.

Sungguhpun begitu, paparan tentang kerjasama Malaysia di peringkat antarabangsa

dapat juga menunjukkan betapa Malaysia bersungguh-sungguh untuk mengatasi

masalah ini. Seterusnya idea yang diperbincangkan oleh Mokthar clan Ismail akan

dapat diperluaskan lagi dalam kajian ilmiah yang dikajikan ini.

Page 20: 111111111 INIA - Universiti Malaysia Sarawak

12

BAB III

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMUDAHKAN KEMASUKAN

NARKOTIK KE MALAYSIA.

2.0 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan faktor-faktor yang memudahkan narkotik masuk

ke Malaysia dan aspek yang akan dilihat adalah melibatkan faktor-faktor luaran

kerana masalah narkotik ini bermula dari luar dan seperti yang telah dikatakan oleh

Tan Sri Ghazali Ismail, Malaysia bukanlah merupakan negara pengeluar narkotik

tetapi telah menjadi mangsa kerana berdekatan dengan negara pengeluar narkotik

(Internet, 1996). Tambahan pula, tajuk yang dikaji adalah merupakan masalah global

maka faktor yang lebih luas perlu dikaji untuk diselaraskan dengan tajuk kajian ini

juga ingin melihat aspek antarabangsa.

2.1 Pendirian British Terhadap Penggunaan Candu.

Sebenarnya Malaysia bukanlah merupakan negara pengeluar narkotik tetapi

narkotik telah menjadi masalah yang berakar umbi di negara ini. Jika dilihat yang

sebenarnya terdapat banyak faktor yang mempengaruhi narkotik dengan mudah

masuk ke Malaysia. Antaranya adalah pendirian British terhadap penggunaan candu

pada abad ke 19, pada waktu itu British telah membawa masuk ramai buruh asing dari

wilayah Pantai Selatan Negeri China ke Malaya untuk bekerja di kawasan

Page 21: 111111111 INIA - Universiti Malaysia Sarawak

13

perlombongan bijih timah dan juga di ladang-ladang getah (Laporan Dadah, 1994: 1).

Kedatangan buruh asing ini telah membawa bersama mereka tabiat menghisap candu

dan inilah merupakan detik awal bagaimana narkotik dengan mudah masuk ke

Malaysia. Tambahan pula, pada waktu itu masalah candu bukanlah merupakan

masalah yang besar kepada penjajah kerana mereka sendiri amat bergantung kepada

buruh-buruh yang dapat membantu mereka meningkatkan pengeluaran yang lebih

tinggi di kawasan perlombongan bijih timah clan juga ladang getah. Pihak British

juga mahu mengeluarkan lebih banyak bijih timah clan getah maka mereka telah

mengimport lebih ramai lagi buruh asing dari China untuk melipat gandakan

pengeluaran seperti yang telah dirancangkan. Kemasukan beramai-ramai buruh asing

yang menjadi penagih candu pada ketika itu telah menyebabkan lebih banyak candu

dibawa masuk ke Malaya. Malahan pihak penjajah sendiri telah menjalankan

perniagaan candu kerana terdapat banyak permintaan dari buruh asing yang

memerlukan candu. Kegiatan pihak penjajah ini menjadi lebih berleluasa

memandangkan mereka mendapat keuntungan yang lumayan dalam monopoli

perniagaan candu ini. Pihak penjajah seterusnya, telah membuka secara sah rumah

penghisap candu kerajaan clan penghisap candu yang berdaftar telah diberikan permit.

Pihak penjajah juga menganggap bahawa penghisap candu sebagai kejahatan yang

perlu bagi menjaga kepentingan mereka dalam perniagaan candu clan monopoli buruh-

buruh murah. Buruh-buruh asing bekerja di kawasan pendalaman yang sunyi di

lombong-lombong bijih timah clan ladang getah. Maka untuk mengatasi kesunyian

mereka telah menghisap candu bagi melupakan keperitan hidup sementara waktu.

Page 22: 111111111 INIA - Universiti Malaysia Sarawak

14

Masalah candu ini hanya dapat dikesan pada akhir abad ke 19 dan kerajaan

British mulai mengawal penjualan dan pengedaran candu (Laporan Dadah 1992: 1).

Tetapi tindakan kerajaan British yang sebenarnya bukanlah bersungguh-sungguh

kerana mereka masih lagi meneruskan penjualan candu dengan membuka `Kedai

Candu Kerajaan' pada 1910 (Laporan Dadah 1992: 1). Oleh itu, masalah kemasukan

candu ke negara ini semakin berleluasa memandangkan kerajaan British mendapat

untung yang besar dari perniagaan ini. Tujuan penubuhan kedai ini sebenarnya adalah

untuk mengawal dan mentadbir perniagaan candu yang banyak memberi keuntungan

kepada mereka. Hanya pada tahun 1925 berikutan Persidangan Geneva barulah

undang-undang narkotik dipinda iaitu penjualan narkotik hanya dijual kepada

pengguna yang berdaftar clan sistem ini dikenali sebagai ̀Monopoli Candu Kerajaan'

(Laporan Dadah, 1992). Sungguhpun, sistem ini diadakan namun ianya tidak

berkesan kerana penagih candu semakin bertambah ramai. Sistem nu berterusan

sehingga sembilan tahun lamanya dan penagih berdaftar ketika itu telah mencecah ke

paras 75000. Manakala menurut TPP Redzuan angka yang sebenarnya adalah dua kali

ganda dari jumlah tersebut (TPP Redman, 1990: 64). Dari sini kita dapat melihat

bahawa diperingkat awal tiada usaha yang tegas dan keras oleh pihak British

menyebabkan candu dan narkotik jenis lain terus masuk ke Malaya dengan mudah.

Pada awalnya, penghisapan candu hanya diamalkan oleh orang Cina ianya kemudian

telah mempengaruhi orang Melayu dan kini didapati orang Melayu merupakan

penagih yang teramai di Malaysia jika dibandingkan mengikut kaum.

Seterusnya ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu kegiatan penagihan

narkotik semakin berleluasa kerana tidak ada sebarang sekatan yang dikenakan oleh

Page 23: 111111111 INIA - Universiti Malaysia Sarawak

15

pemerintah Jepun ke atas pengimportan dan pengunaan candu dan ganj a. Dasar

penjajah British dan Jepun yang hanya mementingkan diri sendiri telah memberi

kesan yang besar kepada Malaya. Kini, didapati Malaysia merupakan antara negara

yang mempunyal bilangan penagih dadah yang teramai.

Bukan itu sahaja, kegiatan para pengedar dari Golden Triangle juga telah

membentuk jalan melalui sempadan di antara Thailand/ Malaysia untuk meneniskan

kegiatan penyeludupan clan pengedaran narkotik masuk ke dalam negara Jalan darat

dan laut telah digunakan oleh pengedar untuk menyeludup narkotik masuk ke

sempadan Malaysia Kemudian, selepas perang dalam tahun 1945, kerajaan lnlggeris

di Tanah Melayu mulai menguatkuasakan undang-undang untuk menghalang

pengimportan narkotik ke Malaya. Namun, usaha yang dikira agak terlewat ini

semakin menyukarkan kerana masalah narkotik sudah kian sebati di negara ini.

Kesalahan ini adalah bermula dari pihak penjajah British yang hanya mementingkan

keuntungan dan monopoli buruh murah serta pemagaan candu yang lumayan.

Hasilnya keuntungan yang dikecapi oleh mereka sementara waktu telah memberikan

kesan yang berpanjangan di Malaysia. Manakala, penjajahan Jepun ke atas Tanah

Melayu dan negara-negara Asia hanya barmegah kepada kekerasan, kekejaman dan

kepentingan menunjukan kekuatan yang tidak bertempat. -Keadaan ini telah

menyebabkan Tanah Melayu tidak terbela sama ada dari aspek politik, sosial clan

ekonomi. Akibatnya penduduk Malaysia terpaksa bertindak sendirian sehingga kini

untuk membanteras narkotik yang telah banyak memusnahkan hidup rakyat.

Page 24: 111111111 INIA - Universiti Malaysia Sarawak

16

2.2 Pendatang axing

Kedatangan pendatang asing atau pendatang tanpa izin turut menitnbullcan

masalah, kerana kemasukkan mereka secara harem telah menyebabkan narkotilc

dengan lebih mudah masuk ke Malaysia. Pendatang asing ini juga dikatakan menjadi

ejen bagi menyeludup narkotik masuk ke Malaysia dan mereka juga turut mempunyai

hubungkait dengan sindiket antarabangsa (Berita Harian, Ogos 1996). Buktinya

dengan penangkapan seorang remaja asing berusia 17 tahun pada awal tahun 1997

yang cuba menyeludup ganja bernilai RM 100000 masuk melalui persisiran pantai di

Pulau Pinang (Utusan Malaysia, Februari 1997). Remaja ini juga didapati oleh polis

telah dibantu oleh sindiket narkotik antarabangsa untuk melakukan penyeludupan

tersebut. Kumpulan pengedar narkotik yang berjaya ditumpaskan di Johor pada Ogos

1996 juga telah menggunakan rakyat asing dalam operasi pengedaran narkotik. Antara

yang ditangkap adalah empat orang rakyat Bangladesh dan tiga orang rakyat Sri

Lanka (Berita Harian, Ogos 1996). Menurut Ketua Polis Daerah Assisten Komisioner

Polis Anuar Bashah Sohore, di Sandakan pula polis telah berjaya memberkas rakyat

asing yang berumur dalam lingkungan 20-an yang didapati memiliki narkotik bernilai

RM 25000 (Utusan Malaysia, l Mac 1997). Jika ditinjau, pendatang asing ini bukan

sahaja terlibat dalam aktiviti penyeludupan tetapi juga penagihan seperti yang terdapat

di Sabah ramai pendatang asing yang terlibat dalam gejala seperti menghidu gam

(Majalah Tiga, 1996). Oleh itu, memang benarlah bahawa kedatangan pendatang

asing turut sama membawa narkotik secara haram masuk ke Malaysia.