1.1 pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/sumbangan_abdul_rahman_ya'kub_dalam... ·...

174
1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Dakwah adalah berkembang dan perkembangan ini secara tidak langsung juga membawa kepada perkembangan komponen-komponen dakwah, sumbangan, cabaran-cabaran dan kumpulan sasar yang dihadapi. Dewasa ini cabaran dakwah berkembang berlipat kali ganda mengikut perkembangan dunia kerana didukung kemajuan teknologi maklumat, penyebaran informasi, pemberitaan, media komunikasi, teknologi kejuruteraan, ilmu pengetahuan, budaya dan berbagai lagi aspek dalam kehidupan manusia. Dakwah merupakan kombinasi daripada beberapa komponen seperti pendakwah, sasaran, isi kandungan, medium, persembahan, manhaj, uslub dan wasilah. 1 Sehubungan itu, studi dan kajian yang menyeluruh mengenai komponen-komponen dakwah adalah penting dalam mempersembahkan dakwah berkesan. Dakwah adalah bertujuan untuk merubah dari suatu keadaan kepada keadaan yang lain. 2 Perubahan yang dibawa oleh dakwah adalah perubahan yang besar kerana berkait dengan tingkah laku dan tindakan manusia secara berterusan. Perubahan tersebut mempunyai relevansi bukan sahaja bagi kehidupan manusia di akhirat bahkan juga kehidupan di dunia. 1 ‘Abd al-Karim Zaidan, Usul al-Da‘wah (Beirut Lubnan: Al-Risalah Publisher, 2000), 5 2 ‘Abd al-‘Aziz Mohd. Zin, et. al, Dakwah Islam di Malaysia ( Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, 2006), 39

Upload: lamnhan

Post on 07-Mar-2019

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

1

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Dakwah adalah berkembang dan perkembangan ini secara tidak langsung

juga membawa kepada perkembangan komponen-komponen dakwah,

sumbangan, cabaran-cabaran dan kumpulan sasar yang dihadapi. Dewasa ini

cabaran dakwah berkembang berlipat kali ganda mengikut perkembangan dunia

kerana didukung kemajuan teknologi maklumat, penyebaran informasi,

pemberitaan, media komunikasi, teknologi kejuruteraan, ilmu pengetahuan,

budaya dan berbagai lagi aspek dalam kehidupan manusia.

Dakwah merupakan kombinasi daripada beberapa komponen seperti

pendakwah, sasaran, isi kandungan, medium, persembahan, manhaj, uslub dan

wasilah.1 Sehubungan itu, studi dan kajian yang menyeluruh mengenai

komponen-komponen dakwah adalah penting dalam mempersembahkan

dakwah berkesan.

Dakwah adalah bertujuan untuk merubah dari suatu keadaan kepada

keadaan yang lain.2 Perubahan yang dibawa oleh dakwah adalah perubahan

yang besar kerana berkait dengan tingkah laku dan tindakan manusia secara

berterusan. Perubahan tersebut mempunyai relevansi bukan sahaja bagi

kehidupan manusia di akhirat bahkan juga kehidupan di dunia.

1 ‘Abd al-Karim Zaidan, Usul al-Da‘wah (Beirut Lubnan: Al-Risalah Publisher, 2000), 5 2 ‘Abd al-‘Aziz Mohd. Zin, et. al, Dakwah Islam di Malaysia ( Kuala Lumpur: Penerbitan

Universiti Malaya, 2006), 39

Page 2: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

2

Dalam hubungkait dengan Negeri Sarawak, dakwah telah menyumbang

kepada perubahan seperti kenyataan di atas. Terdapat tulisan menyebut bahawa

bumi Sarawak pernah menjadi kediaman manusia tanpa agama dan primitif.

Namun begitu, dakwah yang dilakukan sejak sekian lama telah mengubah

keadaan ini dan Sarawak menjadi bumi yang dihuni oleh kaum Muslimin.3

Perubahan inilah yang menarik perhatian penulis untuk mengenal pasti

asas-asas yang menyumbang kepada perubahan ini berteraskan peta dakwah

dengan memberi fokus kepada pelaku dakwah yang terbabit.

1.2 Latar belakang

Pengaruh agama Islam berkembang ke serata dunia melalui dakwah Nabi

Muhammad SAW dan diteruskan oleh generasi yang hidup selepas itu. Dakwah

telah memulihkan aspek ibadah, keyakinan dan akhlak manusia kepada

landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang

beriman.

Perkembangan Islam di Alam Melayu melalui peranan dan dakwah yang

dilakukan oleh saudagar dan pedagang dari Semenanjung Tanah Arab dan

India. Mereka adalah pelaku dakwah atau yang disebut dengan agent of change

membawa penduduk tempatan yang kafir menjadi pengikut agama Islam.

Disamping berdakwah, para pedagang dan saudagar menunjukkan penampilan

3 Habid’s Buhigiba Bin Muhammad Bustamam, “Perkembangan Islam di Sarawak 1945-1991”

(Latihan Ilmiah Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Dan Kemasyarakatan Universiti Kebangsaan

Malaysia, 1994/95), xiv

Page 3: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

3

yang molek dan budi pekerti yang luhur, amanah, jujur, bertimbang rasa dan

bertanggungjawab menjadikan masyarakat tempatan menyenangi mereka.4

Sebagaimana dakwah yang berlaku di Alam Melayu, ia juga berlaku di

Sarawak. Sarawak yang pada asalnya sebuah jajahan Kesultanan Brunei

mendapat sentuhan-sentuhan dakwah daripada para pembesar Kesultanan

Brunei.5 Setelah itu, langkah dakwah tersekat-sekat kerana diketepikan oleh

James Brooke yang menjadi Rajah Of Sarawak yang juga membawa misi

Kristian di Sarawak.6 Pola dan dasar pentadbiran James Brooke itu telah

diteruskan oleh pengganti-pengganti berikutnya dari kalangan ahli keluarga

beliau seperti Charles Anthony Brooke dan kemudian anaknya Charles Vyner

Brooke dan kluarga ini telah menjajah Sarawak selama seratus tahun iaitu dari

1840 hngga 1940.

Usaha dakwah di Sarawak diteruskan oleh kalangan agamawan tempatan

dari zaman ke zaman walaupun mereka berdepan dengan kesukaran. Usaha

dakwah ini telah menjadikan orang-orang Islam mampu mengekalkan jati diri

mereka sebagai Muslim walaupun terpaksa menghadapi cabaran yang hebat

daripada perubahan cara hidup masyarakat ketika itu yang ala Barat dan

tentangan kuat dari pentadbiran Brooke yang menghalang dakwah daripada

berkembang maju.

4 Op. Cit., Mohd. Zin, 40 5 Awang Hasmadi Awang Mois dan Sanib Said, ed., Masyarakat Melayu Sarawak (Kuching:

Yayasan Budaya Melayu Sarawak, 1998), 31-32 6 Azhar Bin Ahmad, “Masyarakat Bidayuh Di Bahagian Pertama Sarawak : Satu Kajian

Mengenai Proses PengIslaman Dan Amalan Ajaran Islam Di Kalangan Mereka” (Latihan

Ilmiah Jabatan Usuluddin Dan Falsafah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan

Malaysia, 1987/88), 22-23

Page 4: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

4

Pada tahun 70 hingga 80-an, individu yang banyak menyumbang dalam

dakwah Islam di Sarawak adalah Abdul Rahman bin Ya’kub. Tokoh ini

membawa pembangunan dalam aspek agama yang dicapai pada era pentadbiran

beliau. Walaupun tokoh ini bukan berkelulusan agama secara formal, tetapi

beliau melibatkan diri dan menggerakkan kerja-kerja dakwah. Tokoh ini telah

mengetuai mengasas dan menubuhkan sebuah organisasi dakwah untuk

melebarkan lagi capaian dan pencapaian dalam dakwah di Sarawak. Selain itu,

tokoh ini yang juga menjawat jawatan Ketua Menteri Sarawak dan dengan

bidang kuasa yang ada, tokoh ini mengatur langkah dan strategi untuk

memperkukuhkan survival umat Islam dan dakwah di Sarawak.7

Dalam melaksana dan menggerakkan dakwah, tokoh ini berdepan dengan

berbagai bentuk halangan dan cabaran. Di antara cabaran adalah dalam bentuk

pengaruh dan budaya serong dari Barat yang menjadi amalan orang Islam

ketika itu kerana telah dibudayakan oleh penjajah Rajah Brooke. Dalam aspek

pendidikan pula, penjajah menggunakan pendekatan yang sangat halus agar

tiada anak tempatan yang berpelajaran tinggi.

Menurut Fathi Duet, Kerajaan Brooke menghalang orang Melayu Islam

daripada mencapai tahap pendidikan yang tinggi dengan secara halus. Penuntut

Melayu Islam akan ditawarkan jawatan dan pekerjaan sebagai kakitangan

kerajaan sejurus menamatkan pelajaran mereka. Oleh sebab itu, mereka tidak

berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana

disibukkan dengan kerja dan akhirnya mereka menjadi selesa dengan pekerjaan

7 Fathi Duet (Setiausaha Agung Ke-2 BINA) dalam temubual dengan penulis pada 24

September 2013

Page 5: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

5

yang ada dan bergantung sepenuhnya kepada Brooke dalam urusan pentadbiran

negeri.8

Tokoh ini juga menghadapi cabaran dari aspek taburan suku bangsa atau

etnik yang berbeza di Sarawak. Mereka selesa hidup tanpa agama atau mewarisi

agama nenek moyang yang cenderung mempercayai unsur mistik dan syirik

terhadap Allah. Selain itu, cabaran juga dalam bentuk muka bumi Sarawak

yang begitu luas dan berbukit bukau sedangkan kemudahan yang ada sangat

terbatas.9

Itulah halangan dan cabaran besar yang dihadapi oleh tokoh ini dalam

menggerakkan dakwah di Sarawak. Mampukah beliau melepasi cabaran-

cabaran ini dan berjaya menyumbang untuk dakwah? Bagaimanakah cara

beliau menyampaikan dakwah kepada kumpulan sasar yang beragam itu? Inilah

persoalan-persoalan yang menjadi asas dan objektif kajian ini.

1.3 Penyataan Masalah

Tanggungjawab menyampaikan dakwah pada asalnya tugas para nabi dan

rasul yang kemudian diwarisi oleh generasi berikutnya dari kalangan orang

soleh. Dakwah digerakkan bagi mengajak manusia yang ingkar untuk beriman

kepada Allah. Dakwah juga adalah dalam rangka menyebarkan rahmat ke

seluruh alam. Setelah ketiadaan para nabi dan rasul, tugas dakwah digalas oleh

setiap orang Islam tanpa mengira apa pun kedudukannya dalam masyarakat.10

8 Ibid. 9 Abdul Rahman Fadzail (Temenggong dan Pengerusi HIKMAH Cawangan Miri), dalam

temubual dengan penulis pada 14 Julai 2013 10 Yusuf al-Qaradawi, Thaqafah al-Da‘yah (Beirut: Mua’asasah al-Risalah, 1978), 5-6

Page 6: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

6

Surah Ali ‘Imran ayat 104 memberi ilustrasi bahawa kerja dakwah

diamanahkan kepada orang Islam melalui sekelompok di antara mereka

hendaklah melakukan dakwah. Seterusnya di dalam surah al-Saff ayat 4 pula

menggambarkan kerja dakwah dilakukan melalui organisasi yang tersusun baik

seperti sebuah susunan yang membentuk bangunan. Kerja dakwah adalah kerja

berkelompok dan bukannya seorang diri. Penulis pasti bahawa ayat-ayat di atas

menjadi inspirasi kepada tokoh ini dalam membina gerakan dakwah baru di

Sarawak dengan mengasas organisasi dakwah.

Tokoh ini mengambil langkah menggalas tanggungjawab dakwah ini dan

melakukannya dengan gigih dan secara bijaksana supaya dapat mencapai hasil

yang baik. Tokoh ini mempelajari pengalaman dari sejarah yang berlaku

mengenai muslihat jahat penjajah dan nasib agama Islam dan umatnya tidak

boleh dibiarkan begitu sahaja tetapi sebaliknya mesti dirubah.

Tokoh ini menggariskan berbagai langkah dan strategi seperti

menubuhkan sebuah organisasi yang akan digunakan sebagai jentera dakwah.

Langkah ini telah membawa kepada pengIslaman beramai-ramai golongan non-

Muslim dari etnik seperti Iban, Bidayuh, Cina, Melanau, Kelabit, Penan,

Kenyah berlaku melalui dakwah yang digerakkan oleh tokoh ini.11

Sejauh manakah kebenaran catatan ini dan apakah langkah-langkah yang

telah diambil oleh tokoh ini yang menjadi sumbangan besar dalam dakwah di

Sarawak, perlu diketengahkan. Oleh itu kajian ini cuba mengenali sumbangan

tersebut berdasarkan objektif-objektif berikut.

11 Jawatankuasa Penyelidikan Sejarah Penerbitan dan Penerangan Perayaan 10 Tahun Angkatan

Nahdatul Islam Bersatu (B.I.N.A), Sepuluh Tahun BINA 1969-1979 (Singapore: Koon Wah

Lithographer, t.t.), 35-37

Page 7: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

7

1.4 Objektif

Menerusi kajian ini penulis menggariskan dua objektif untuk dicapai dan

mengungkap berkenaan sumbangan dakwah serta perkara-perkara yang

berkaitan dengannya seperti berikut ;

1. Mengenal pasti profil eksklusif Abdul Rahman bin Ya’kub sebagai

penyumbang kepada kerja dakwah di Sarawak

2. Mengenal pasti sumbangan dakwah tokoh ini dalam gerakan dakwah

di Sarawak dan landasan menginstitusikan dakwah melalui Organisasi

BINA.

1.5 Skop Kajian:

Skop kajian adalah sumbangan tokoh ini dalam dakwah di Sarawak dan

penulis membahaginya kepada dua bahagian. Yang pertama adalah kajian

terhadap latar-belakang tokoh ini dengan menelusuri profil eksklusif beliau

sebagai subjek kajian. Bahagian kedua adalah berkenaan sumbangan tokoh ini

dalam dakwah di Sarawak yang membawa kepada penginstitusian dakwah

dalam rangka meluaskan capaian dan jangkauan dakwah yang lebih besar

Secara khusus kajian ini dibataskan pada perkara-perkara berikut ;

1. Bidang Kajian: Kajian ini meneliti sumbangan dakwah oleh tokoh ini.

2. Subjek Kajian: Kajian ini membataskan skop kajian kepada dua iaitu profil

eksklusif tokoh ini dan sumbangan beliau dalam dakwah di Sarawak. Terdapat

sumbangan yang paling utama oleh tokoh ini yang akan dimuatkan penulis

dalam kajian ini.

Page 8: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

8

3. Lokaliti Kajian: Kajian ini menghadkan rangkuman lokaliti Negeri Sarawak

sahaja.

1.6 Kepentingan Kajian

Secara umumnya, penulis menghasratkan hasil kajian ini dapat meningkatkan

lagi koleksi kutub khanah karya ilmiah terutamanya dalam bidang sumbangan

dakwah. Kajian ini juga mempunyai nilai tambah kepada penulis kerana

meluaskan pengetahuan serta penguasaan dalam bidang sains kemasyarakatan

yang berkembang dari zaman ke zaman. Secara khususnya, penulis

berpendapat kajian ini amat penting dan signifikan berdasarkan pertimbangan

berikut:

1.6.1 Kajian ini akan mengenalpasti tokoh ini dengan lebih dekat

menerusi profil eksklusif beliau. Walaupun tokoh ini mempunyai

kelulusan sekular tetapi beliau tidak memandang ringan aspek agama

dan umat Islam bahkan mengambil bahagian dengan aktif sekali dalam

dakwah di Sarawak. Apakah yang menjadi pendorong kepada tokoh ini

melibatkan diri dalam dakwah sedangkan tugas itu bukanlah

tanggungjawab hakiki beliau? Inilah kepentingan kajian ini untuk

memerihalkan perkara tersebut supaya dapat diketahui oleh umum

mengenainya dan menjadi panduan. memperkenalkan tokoh ini dengan

lebih mendalam menerusi profil eksklusif beliau sebagai penyumbang

dalam dakwah di Sarawak. Umumnya, masyarakat Sarawak mengenali

tokoh ini sebagai seorang politikus di atas kejayaan dalam dunia

Page 9: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

9

politik. Namun begitu, tokoh ini juga membawa pembangunan dan

kemajuan aspek dakwah dan umat Islam di Sarawak.

1.6.2 Kajian ini akan meninjau tentang sumbangan tokoh ini dalam

dakwah di Sarawak terutama dakwah kepada golongan non-Muslim di

kawasan pedalaman. Fakta mendapati berlaku pengIslaman terhadap

golongan ini dalam jumlah yang besar dan menunjukkan konsistensi

dalam tempoh waktu yang panjang. Kenapa perlu berdakwah kepada

golongan non-Muslim ini sedangkan keadaan umat Islam sendiri

begitu parah dengan budaya hidup ala Barat? Bukankan beliau telah

mencapai prestasi yang maksima apabila berjaya menjadi Ketua

Menteri Sarawak? Sudah pasti ada alasan yang besar menurut tokoh ini

dalam langkah-langkah yang telah diambil oleh beliau.

1.6.3 Kajian ini juga akan cuba mengupas sumbangan yang paling

utama oleh tokoh ini dalam dakwah di Sarawak. Sumbangan ini telah

membantu melebarkan capaian dan pencapaian dakwah dan

sumbangan ini juga menjadi dimensi gerakan dakwah menjadi lebih

dinamik dan berwibawa. Sekiranya dilihat dari sejarah dakwah

Sarawak sememangnya telah ada pihak yang melakukan usaha

mengembangkan agama Islam sebelum beliau. Kajian ini akan

menjelaskan strategi yang diambil oleh tokoh ini yang membawa

kepada kejayaan dakwah beliau.

Page 10: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

10

1.7 Definisi tajuk

Sumbangan : Sesuatu yang diberikan sebagai bantuan, pemberian

sebagai bantuan, bantuan, sokongan.12 Apa-apa yang diberikan sebagai bantuan

atau sebagai sokongan.13

Abdul Rahman Ya’kub: Dilahirkan di Kampung Jepak Bintulu pada

tahun 1928. Beliau adalah mantan presiden BINA dan mantan Ketua Menteri

Sarawak dari tahun 1970 hingga 1981. Beliau mengetuai kerja dakwah di

Sarawak terutamanya bersama organisasi dakwah yang ditubuhkan pada tahun

1968. Sumbangan beliau dalam kerja dakwah di Sarawak adalah sebuah fakta

dan dijadikan perkara utama kajian ini. Tokoh ini meninggal dunia pada 10

Januari 2015 di Kucing.

Dakwah: Penyebaran agama Islam.14 Dakwah Islamiyyah sebagai

panggilan ke jalan Allah.15

Sarawak : Adalah sebuah negeri yang terdapat di Pulau Borneo

bersebelahan dengan Sabah dan Brunei di utara dan Indonesia yang memanjang

ke seluruh tanah Sarawak di bahagian selatan. Secara geografinya keluasan

muka bumi Sarawak adalah 124,449.5 kilometer persegi.16 Sarawak

mempunyai penduduk seramai 2,471,140 orang dengan pecahan mengikut etnik

713,421 Iban, 577,646 Cina, 568,113 Melayu, 198,473 Bidayuh, 123,410

12 Kamus Am, (Kuala Lumpur: Cresent Newa (K.L.) Sdn. Bhd., 1997), 1028, entri “sumbangan” 13 Pusat Rujukan Persuratan Melayu, http://prpm.dbp.gov.my/, dicapai 11 Jun 2014

14 Ibid., dicapai 11 Jun 2014 15 Op.Cit, Zaidan (1982), Dasar-dasar Ilmu Da’wah (1), terj. H.M. Asywadi Syukri LC, Kuala

Lumpur: Dewan Pustaka Islam, h. 1. Pemahaman ini dikaitkan dengan maksud ayat al-

Qur’an, iaitu: “Katakanlah: Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku

mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata”. Surah Yusuf, ayat 108. 16 Buku Tahunan Perangkaan Sarawak 2012, (Kuching: Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri

Sarawak, 2012), 1

Page 11: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

11

Melanau, 7,411 India, 156,436 Bumiputera lain 9,138 lain-lain dan 117,092

bukan warganegara.17 Dari segi bentuk muka bumi, Sarawak adalah negeri yang

bergunung ganang yang masih diliputi oleh hutan tebal. Terdapat sungai-sungai

yang menjadi penghubung penting kawasan-kawasan utama di Sarawak seperti

Sungai Baram, Sungai Batang Lupar, Sungai Sarawak, Sungan Sadong, Sungai

Simunjan, Sungai Belawei dan Sungai Rajang yang merupakan terpanjang di

Malaysia.

Rajah 1.1: Taburan penduduk Negeri Sarawak mengikut etnik.

Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sarawak, Buku Tahunan

Perangkaan Sarawak 2012

1.8 Kajian Lepas

Perbincangan pada kajian lepas ini akan menyentuh mengenai 4 fokus

yang terdiri daripada profil eksklusif subjek kajian, penglibatan subjek kajian

17 Ibid., 10-11

713,421

568,133

123,410

577,646

123,4107,411

156,436

9,138117,092

0100,000200,000300,000400,000500,000600,000700,000800,000

Taburan Penduduk Sarawak

Page 12: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

12

dalam bidang politik, sejarah Sarawak dan perkembangan Islam di Sarawak.

Keempat-empat fokus ini boleh dihuraikan sebagaimana berikut:

Dalam fokus pertama yang mengaitkan profil subjek kajian boleh dirujuk

dalam 2 tulisan utama iaitu H.M Tuah Iskandar (1999), Abdul Rahman Ya’kub

Kancil Sarawak, merupakan sebuah biografi tokoh ini yang menceritakan

sejarah beliau dari kecil sehingga menjadi Ketua Menteri Sarawak pada tahun

1970. Buku ini memaparkan kecekalan tokoh ini dalam menuntut ilmu

pengetahuan walaupun dibelenggu oleh kemiskinan keluarga dan dihimpit

kesengsaraan hidup. Selain itu halangan yang dihadapi oleh beliau dalam

perjuangannya untuk belajar sangat mencabar seperti suasana tegang semasa

kemasukan Tentera Jepun di Sarawak yang memberi tekanan kepada penduduk

setempat terpaksa berpindah randah bagi menyelamatkan diri dari keganasan

tentera Jepun. Selain itu dan terdapat juga unsur pelecehan terhadap hak beliau

untuk mendapat peluang belajar oleh orang Islam sendiri yang tidak senang

dengan beliau.

Cabaran yang dialami oleh beliau berterusan semasa beliau menuntut

di London dalam bentuk penyakit apendik yang serius, migrane, penyakit rindu

kepada keluarga, tetapi segalanya dapat diatasi dengan bantuan Allah dan usaha

beliau yang gigih.18

Karia Bin Haji Rahmat dalam Kertas Projek jabatan Usuluddin Universiti

Malaya tahun 1994, “Pemerintahan Negeri Sarawak Zaman Datuk Patinggi

Haji Abdul Rahman Ya’kub: Satu Analisa Dari Perspektif Islam”,

18 Abdul Rahman Ya’kub (Mantan Ketua Menteri, mantan TYT Yang Dipertua Negeri

Sarawak dan Mantan Presiden BINA), dalam temubual dengan penulis pada 6 Julai 2011

Page 13: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

13

memfokuskan pentadbiran yang diterapkan oleh tokoh ini yang berciri dan

berasaskan Islam. Tulisan ini juga memaparkan riwayat ringkas beliau, kerjaya

politik dan kejayaan dasar pentadbiran yang beliau terapkan di Sarawak

sehingga mencapai kejayaan. Beliau telah berjaya memujuk dan mengadakan

perjanjian dengan ketua sayap militer komunis Sarawak iaitu Bong Kee Chok

dengan Perjanjian Seri Aman yang telah membawa kepada penyerahan diri

seramai 482 orang anggota pengganas komunis pada tahun 1974 dan kemudian

menamatkan perjuangan komunis di Sarawak. Tokoh ini juga berjaya

meredakan keadaan tegang di antara parti-parti politik dan menyatupadukan

etnik-etnik di Sarawak. Walaupun tidak sempurna, kejayaan ini boleh dianggap

sebagai besar dalam kancah politik dan perpaduan negeri Sarawak.

Penulis merangkumkan aspek profil eksklusif subjek kajian di dalam bab

yang ketiga. Dengan rangkuman ini, penulis dapat mengetengahkan perihal

subjek kajian dengan teperinci dalam membina gambaran mengenai tokoh ini

yang mempunyai sifat-sifat yang tinggi bagi melakar kejayaan di Sarawak.

Dalam memerihalkan penglibatan subjek kajian dalam aspek politik,

dapat dilihat melalui tulisan Suhaimi Mokhtar (1981), Putera Kenyalang

Satu Dekad Penuh Cabaran, menceritakan pencapaian tokoh ini sebagai

Ketua Menteri Sarawak yang ketiga bermula pada 7 Julai 1970 hingga tahun

1981. Buku ini bukan sahaja memaparkan penglibatan beliau dalam politik,

malah dalam aspek keselamatan, pendidikan, pembangunan ekonomi,

pembangunan spiritual dan sebagainya. Tokoh ini telah mencurahkan khidmat

bersama kerajaan pusat selama tujuh tahun dan pengalaman ini amat membantu

Page 14: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

14

beliau dalam mentadbir negeri Sarawak sebagai Ketua Menteri. Disamping itu

hubungan yang baik tokoh ini dengan kerajaan pusat pula melicinkan usaha

pembangunan di Sarawak dan peruntukan disalur dengan lancar dan besar.

Sebelum itu, hubungan Sarawak dengan Kerajaan Pusat tidak harmoni di bawah

prntadbiran dua ketua menteri sebelum tokoh ini.

Begitu juga dengan tulisan James Ritchie (1987), Sarawak Kemenangan

Bermaruah, memaparkan berkenaan konflik dalam politik yang berlaku di

Sarawak pada tahun 1987. Konflik ini telah menyebabkan Dewan Undangan

Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan lebih awal untuk diserahkan kepada rakyat

Negeri Sarawak bagi menentukan kerajaan baru yang akan memerintah. Ketua

Menteri ketika itu, iaitu Abdul Taib Mahmud menghadapi cubaan sebuah

komplot untuk menjatuhkan beliau oleh empat orang menteri serta beberapa

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang lain. Komplot berkenaan diketuai

oleh tokoh ini yang merupakan bapa saudaranya sendiri. Konflik ini juga

dikenali dengan nama Ming Court merujuk kepada sebuah hotel di Kuala

Lumpur yang djadikan pusat gerakan komplot tersebut.

Konflik itu berakhir pada tarikh 15-16 April 1987 dengan pilihanraya

DUN dan akhirya Abdul Taib Mahmud mendapat kemenangan besar dan

menjawat jawatan Ketua Menteri Sarawak buat kali ketiga berturut-turut.

Dalam pilihanraya tersebut juga menyaksikan Abdul Rahman Ya’kub kalah

oleh lawannya dari parti kerajaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Matu

Daro.

Page 15: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

15

Aspek ini juga dimuatkan di dalam bab ketiga kajian sebagai aspek yang

berhubung kait dengan subjek kajian. Melalui paparan ini memperlihatkan

ketulenan tokoh ini dalam bidang politik.

Aspek yang ketiga iaitu pra merdeka Sarawak dipaparkan oleh

Muhammad Rakawi Yusuf (1890-1936), Hikayat Sarawak ditransliterasikan

dengan pengenalan oleh Nordi Ahcie, memaparkan sejarah Negeri Sarawak

semasa di bawah naungan Kesultanan Brunei. Buku ini juga menyentuh etnik-

etnik asal yang mendiami pulau Borneo dan pekerjaan mereka yang disifatkan

oleh James Brooke sebagai lanun, perompak dan berunsurkan kanibalisme.

Buku ini merupakan kritikan secara halus penulis terhadap buku History Of

Sarawak. History Of Sarawak ditulis dua orang penulis Barat yang diupah oleh

James Brooke dan gambaran mereka terhadap Sarawak dan penduduk pulau

Borneo adalah tidak objektif tetapi sebaliknya negatif berdasarkan pengalaman

peribadi James Brooke sendiri dan juga atas kepentingan tertentu. Namun

begitu, menurut Rakawi, gambaran tersebut tidaklah sepenuhnya tepat kerana

sebagai pendatang, maklumat yang diperolehi oleh James Brooke bukannya

maklumat yang komprihensif dan sudah tentu mempunyai motif tertentu.

Mohammad Hasbie Sualaiman (1989), Perjuangan Anti-Cession

Sarawak, memaparkan perjuangan tokoh-tokoh Melayu seperti Datuk

Patinggi Abang Haji Abdillah bin Datuk Bandar Kassim,19 Tuan Haji Abdul

19 Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah bin Datuk Bandar Kassim,

D.P., D.S.B., D.B., D.M., C.S.S., keturunan Raja Jarum dari Jawa, pemimpin perjuangan

Anti-Cession yang berwibawa dan gigih hingga ke akhir hayatnya.

Page 16: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

16

Rahman bin Haji Kassim,20 Encik Mohd. Rakawi Yusuf,21 Rosli Dhobie22

dan banyak lagi nama-nama lain yang menentang penyerahan Negeri Sarawak

kepada Kolonial Inggeris oleh keluarga Brooke. Pergerakan dan perjuangan

mereka dibawah payung pertubuhan yang dinamakan Persatuan Kebangsaan

Melayu Sarawak (PKMS). Dari kalangan wanita yang turut terlibat dalam

PKMS adalah seperti Pn. Lily Eberweine,23 Datuk Ajibah Abol,24 dan Datuk

Hafsah Haji Harun.25

Walaupun perjuangan PKMS adalah berasaskan semangat Melayu atau

kebangsaan, namun mereka sentiasa berdamping dengan para ulama yang

ada ketika itu seperti Datuk Imam Abang Haji Morshidi bin Abang Nuruddin

(1877-1939) dan Imam Haji Daud Abdul Ghani. Para ulama ini sentiasa

memberi bimbingan dan panduan kepada pejuang PKMS. Daripada apa yang

20 Berasal dari Perlembang Sumatera, Beliau bersama dengan Encik Mohd. Rakawi Yusuf dan

Encik Johari Anang telah mengasaskan penerbitan FAJAR SARAWAK dalam awal tahun

1930. Beliau dikenali sebagai seorang ahli usahawan Melayu yang disegani. Beliau adalah

pemilik Sarawak Printing Company dan menerbitkan buku-buku Encik Mohd. Rakawi

Yusuf seperti Hikayat Sarawak dan novel Melati Sarawak. Selepas kematian Encik Rakawi

Yusuf, beliau menyambung usaha sehingga tertubuhnya PKMS pada 10 Oktober 1939. 21 Pengasas Persatuan Kekangsaan Melayu Sarawak (PKMS) pada tahun 1939. Pengarang

novel Melati Sarawak dan Hikayat Sarawak. Beliau juga pengasas akhbar pertama iaitu

FAJAR SARAWAK dan menjawat Kounselor bagi Majlis Perbandaran Kuching tahun

1934-1936. 22 Pemuda yang telah membunuh Duncan Stewat, Gabenor Inggeris Kedua. Beliau adalah ahli

Kumpulan Rukun 13 P.P.M di Sibu yang menentang penyerahan Sarawak kepada Inggeris.

Beliau ditangkap pada bulan Disember 1949 di Sibu dan seterusnya menjalani hukuman

mati. 23 Individu yang memimpin Kaum Ibu PKMS dilahirkan pada 11 Julai 1900. Berkhidmat di

pejabat Telekom pada tahun 1927-1929. Kemudian menjadi Guru Besar di Sekolah

Perempuan Permaisuri. Pada 1 Julai 1947 beliau meletak jawatan dan bergiat dalam gerakan

Anti-Cession dan berkhidmat dalam PKMA hingga akhir hayatnya pada 1 April 1980. 24 Lahir pada tahun 1921 merupakan pemimpin kaum wanita PKMS yang sangat dedikasi.

Beliau berperanan penting dalam penubuhan parti BERJASA pada tahun 1961. Pernah

menang dalam pilihanraya dan juga pernah menjawat Menteri Kebajikan Am Negeri

Sarawak. Beliau meninggal dunia pada tahun 1976. Beliau adalah pemimpin Anti-Cession

paling berani. 25 Beliau meneruskan perjuangan PKMS dalam sayap wanita. Beliau mengganti YB Ajibah

Abol sebagai Ketua Kaum Ibu PKMS dan Menteri Kebajikan Am Negeri Sarawak. Beliau

juga pernah menjawat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sarawak.

Page 17: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

17

ditunjukkan oleh para pejuang PKMS bahawa mereka memiliki kefahaman

agama yang baik sentiasa komited dengan penampilan bersongkok atau

berkopiah bagi lelaki dan kaum wanitanya memakai tudung kepala.26

Md. Amin Haji Abdul Rahman (2003), “Sejarah dan Perkembangan Islam

di Sarawak Sebelum Merdeka”, dalam Prosiding Nadwah Ulama Nusantara

II Sumbangan Ulama dan Tokoh Agama Borneo, Farid Mat Zain et al (eds.)

(Bangi: Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, 2003),

menyentuh tentang peranan Kerajaan Islam Brunei dalam penyebaran Islam di

Sarawak sebelum Merdeka dalam Malaysia 1963. Tulisan ini juga menyentuh

cabaran yang dihadapi oleh ulama Islam dalam menyebarkan dakwah yang

datangnya dari Gabenor-gabenor Inggeris yang berkuasa ketika itu.

Zulkiple Abdul Ghani dan Juanda Jaya (2003), “Peranan Tokoh Agama

Dalam Mengorganisasikan Dakwah di Sarawak Sebelum Merdeka”, dalam

Prosiding Nadwah Ulama Nusantara II Sumbangan Ulama dan Tokoh Agama

Borneo, Farid Mat Zain et al (eds.) (Bangi: Fakulti Pengajian Islam Universiti

Kebangsaan Malaysia, 2003), memaparkan perjuangan dan penentangan oleh

kalangan ulama, masyarakat peribumi dan awam terhadap pemerintahan

Keluarga Brooke melibatkan pertumpahan darah. Kemudian dibentangkan

juga beberapa organisasi awal yang ditubuh oleh masyarakat ketika itu

walaupun maklumat tentang organisasi dan mereka yang terlibat tidak dapat

disahkan dengan pasti. Pertubuhan seperti Pertubuhan Darul Ihsan ditubuhkan

26 Azhar Ahmad, “Masyarakat Bidayuh Di Bahagian Pertama Sarawak:Satu Kajian Mengenai

Proses PengIslaman Dan Amalan Ajaran Islam Di Kalangan Mereka” (Latihan Ilmiah

Jabatan Usuluddin Dan Falsafah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan

Malaysia,1987/88), 100

Page 18: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

18

pada tahun 1914 dan Pertubuhan Darul Ikhwan tahun 1915. Kemudian

pertubuhan-pertubuhan yang lain juga ditubuhkan seperti Majis Islam Sarawak

(MIS), Madrasah al-Murshidiyah, PERKIS 9 Disember 1957, BINA 1968.

Muda @ Abdul Rahman dan Farah Salwani Ismail (2003), “Peranan

Ulama Sarawak dalam Pembangunan Pendidikan Islam di Sarawak”, dalam

Prosiding Nadwah Ulama Nusantara II Sumbangan Ulama dan Tokoh Agama

Borneo, Farid Mat Zain et al (eds.) (Bangi: Fakulti Pengajian Islam Universiti

Kebangsaan Malaysia, 2003), menyentuh peranan para ulama dalam

perkembangan pendidikan di Sarawak. Tokoh seperti Hakim Keramat adalah

individu yang bertanggungjawab pada peringkat awal dakwah di Sarawak.

Beliau mempunyai anak-anak yang juga merupakan ulama dan banyak

membantu beliau dalam memberi sumbangan dalam dakwah dan pendidikan di

Sarawak. Tulisan ini juga memaparkan peranan Abang Morshidi (1877-1939)

dalam penubuhan al-Madrasah al-Murshidiyah, Jalan Gambir Kuching (tahun

1917). Beliau juga terlibat dalam penubuhan Sekolah Kajang untuk pelajar-

pelajar perempuan bersama-sama dengan Abang Abdilah dan Abang Bolhasan

Daud. Abang Morshidi juga terlibat dalam penubuhan Majlis Islam Sarawak

(MIS).

Dengan paparan aspek pra merdeka menampakkan keadaan Negeri

Sarawak yang dipengaruhi oleh budaya Barat dan keadaan umat Islam yang

bangun menentang penjajah. Aspek ini dimuatkan penulis dalam bab keempat.

Seterusnya pasca merdeka dalam memerihalkan perkembangan agama

Islam penulis merujuk kepada tulisan-tulisan seperti Putit Matzen (2003),

Page 19: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

19

“Perkembangan Islam di Sarawak dan Majlis Islam Sarawak”, membincangkan

tentang Islam semasa jajahan Kerajaan Brunei kemudian saingan daripada

James Brooke yang berhasrat menubuhkan Church Of England yang

melaksanakan berbagai dakyah, menggubal undang-undang masyarakat

Islam, melantik orang Islam dalam jawatan pentadbiran semata-mata untuk

membujuk mereka agar tidak memberontak. Kemudian dijelaskan

perkembangan Islam menerusi tiga period.

Period pertama adalah dari tahun 1963 hingga tahun 1970 yang

menggambarkan perkembangan biasa seperti pembangunan masjid dan surau

melalui geran Kerajaan Persekutuan. Fasa kedua ialah antara tahun 1970

dan 1981 iaitu fasa tokoh ini menjadi Ketua Menteri Sarawak. Pada peringkat

awal, tokoh ini tidak banyak melakukan perubahan kerana fokus utama adalah

melawan ancaman perjuangan komunis. Pada tahun 1975, perubahan terjadi

dalam struktur Majlis Islam Sarawak apabila kerajaan memberi fokus utama

pembangunan setelah ancaman komunis semakin reda. Pertambahan kakitangan

dari lapan orang menjadi 14 orang dan sehingga tahun 1981 bertambah

seramai 102 orang. Dari segi peruntukan kewangan bertambah dari

40,000.00 ringgit kepada 235,400.00 ringgit.

Usaha dakwah bertambah kuat apabila organisasi bukan kerajaan

iaitu Angkatan Nahdatul Islam Bersatu (BINA) pimpinan tokoh ini,

ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1969. Kemudian BINA dikenali dengan

Harakah Islamiyah (HIKMAH) dan menjadi nadi utama pergerakan

dakwah negeri Sarawak.

Page 20: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

20

Fasa ketiga pula adalah pada tahun 1981 dan sehingga sekarang.

Seterusnya diterangkan juga penubuhan Majlis Islam Sarawak (MIS) yang

berperanan mengurus hal ehwal orang Islam hingga ke sekarang. Dalam

tulisan ini juga ada menyebut peranan BINA/HIKMAH dalam dakwah kepada

golongan non-muslim secara umum.

Kipli Haji Yassin dalam desertasi sarjana beliau tahun 2005 yang berjudul

“Datuk Haji Abdul Kadir Hassan:Pemikiran dan Sumbangannya Dalam

Perkembangan Islam di Kuching, Sarawak”, menyentuh bagaimana usaha

yang dilakukan oleh Datu Mufti Abdul Kadir Hassan dalam perkembangan

Islam di Kuching. Selain itu beliau juga menyentuh penubuhan Majlis

Islam Sarawak (MIS) dan pengurusan kutipan zakat dan Tabung Baitulmal

Sarawak (TBS) yang sekarang mengendalikan kutipan zakat di Negeri

Sarawak dengan imej serta pengurusan koperat.

Berdasarkan ulasan-ulasan karya lepas mengenai subjek kajian,

penulis mendapati bahawa belum ada kajian dalam aspek sumbangan

dakwah oleh tokoh ini di Sarawak. Di atas rasional ini, penulis akan

melakukan penerokaan secara menyeluruh aspek sumbangan dakwah oleh

beliau.

1.9 Metodologi Penyelidikan

Kajian ini adalah kajian deskriptif27 iaitu sebuah huraian dan

memberikan gambaran yang berlaku melibatkan subjek kajian. Bagi

mendapatkan dan menganalisa data, penulis menggunakan dua kaedah

27 Op. Cit, Kamus Am, entri “deskriptif”, 234

Page 21: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

21

utama iaitu pengumpulan dan penganalisaan data melalui tinjauan

keperpustakaan daripada tulisan-tulisan seperti buku, jurnal, tesis, majalah,

laman sesawang dan sumber-sumber lain yang berkaitan. Data juga diperolehi

melalui sesi temubual dengan subjek kajian dan mereka yang dekat serta

mengenali beliau dalam rangka mendapatkan fakta yang berkaitan dengan

kajian. Bagi menganalisa data pula penulis menggunakan metode-metode

berikut;

1.9.1 Metode Induktif

Dalam kajian ini penulis menggunakan metode induktif dengan

memecahkan masalah kajian secara terperinci sepanjang kajian. Pada

peringkat awal, masalah kajian tidak begitu jelas tetapi menjadi

semakin jelas pada akhir kajian.28 Dalam memerihalkan sumbangan

tokoh ini, penulis mengangkat data-data yang khusus seperti latar

belakang, pendidikan, kerjaya dan politik tokoh ini dan

menghubungkannya dengan sumbangan dakwah beliau. Akhir sekali

sumbangan dakwah tokoh ini menjadi panduan umum dalam gerakan

dakwah pada masa akan datang.

1.9.2 Metode Deduktif

Bagi merungkai dan menghasilkan asas kajian, penulis

menggunakan metode deduktif. Konsep-konsep, teori, dan metode

28 Idris Awang, Penyelidikan Ilmiah Amalan Dalam Pengajian Islam (Shah Alam: Kamil &

Shakir Sdn. Bhd., 2009), 23

Page 22: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

22

umum dakwah dijadikan elemen-elemen bagi membina teori kajian.29

Bagi tujuan itu, penulis merujuk tulisan tokoh-tokoh dakwah dan

pendapat mereka tentang dakwah dan digabung jalin bagi

menghasilkan dan memperkukuhkan teori kajian.

1.9.3 Metode Historis

Kajian historis atau sejarah adalah untuk bertujuan menjelas

atau menjelaskan kembali suatu peristiwa sejarah dari sudut

tertentu.30 Penulis menggunakan metode ini terutama sekali dalam

membincangkan sejarah dan perkembangan Islam di Sarawak sejak

dari zaman Kesultanan Brunei, Pemerintahan James Brooke dan pasca

merdeka. Daripada susur galur sejarah tersebut maka, terbentang

dengan luas kesinambungan sejarah dan perkembangan dakwah yang

berlaku di Sarawak.

1.9.4 Metode Komparatif

Kajian komparatif atau perbandingan adalah untuk

mengenalpasti persamaan dan perbezaan antara dua entiti atau lebih

bagi mencapai sesuatu tujuan dan maksud.31 Metode ini digunakan

penulis dalam mengungkapkan perbandingan-perbandingan

perkembangan dakwah di Sarawak dari zaman-zaman yang telah

disebutkan di atas. Sememangnya terdapat beberapa perbandingan

yang perlu diketengahkan dalam kajian ini dan ianya berkait rapat

dengan peredaran masa dan perkembangan ilmu pengetahuan manusia.

29 Ibid 30 Ibid., 27 31 Ibid., 30

Page 23: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

23

1.10 Penutup

Melalui kajian ini, penulis berharap dapat mengungkap sumbangan-

sumbangan tokoh ini dalam dakwah di Sarawak. Dengan cara ini penulis

merakamkan sebuah penghargaan kepada tokoh ini kerana setiap sumbangan itu

adalah sejarah dalam dakwah di Sarawak yang perlu diketahui umum.

Page 24: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

24

BAB 2 DAKWAH ISLAMIAH

2.1 Pendahuluan

Bab ini membincangkan tentang dakwah Islamiah melalui definisi-

definisi secara bahasa dan istilah bagi menampakkan dakwah dengan mendasar

dan jelas. Bab ini juga membincangkan golongan yang sepatutnya memikul

tanggungjawab dakwah ini sehingga menghasilkan pandangan yang terang di

bahu siapakah dakwah ini dipikulkan sebenarnya. Seterusnya menyentuh pula

berkenaan metode, asas-asas, medium dan yang terakhir penulis juga akan

menyentuh institusi dakwah. Bab ini merupakan bab terpenting kerana menjadi

landasan teori kajian ini.

2.2 Pengertian Dakwah

Dari sudut bahasa, kalimat dakwah berasal daripada lafaz perkataan

bahasa Arab iaitu, “ يـدعـودعـى دعـوة ”. Perkataan “ دعـوة “ adalah

istilah yang dikembangkan dari kalimat “ دعـى “ yang bermaksud meminta

tolong, beribadat, memandu, menjemput, mengajak, memanggil dan

menyeru.32

D‘a, da‘wan, wa da‘watan, menuntut dengan sesuatu untuk hadir atau

mendekat.33

32 Ibn Manzur, Lisan al-‘Arab (Lubnan, t.t.), 2: 257-261 33 Ibrahim Unais et al., al-Mu‘jam al-Wasit (cet. ke-2, Tehran-Iran, t.t., 1972), 1:286

Page 25: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

25

Di dalam Ensiklopedia Islam menyebut makna dakwah adalah setiap

usaha dan aktiviti yang bersifat menyeru, mengajak dan memanggil orang

untuk beriman dan taat kepada Allah S.W.T selari dengan ruang lingkup

akidah, syariat dan akhlak Islamiah.34

Perkataan dakwah berasal dari kalimat Arab da‘a yad‘u yang

bermaksud seruan, panggilan, imbauan, undangan atau jemputan.35 Menurut

‘Abd al-‘Aziz ialah meminta tolong, beribadat, memandu, menjemput,

mengajak, memanggil, menyeru dan melaung.36

Jum‘ah Amin mengertikan dakwah adalah sebagai al-nida’ yang

bermaksud memanggil. Juga sebagai menyeru atau mendorong pada sesuatu.

Seterusnya beliau melanjutkan bahawa dakwah ialah usaha sama ada dengan

perkataan atau perbuatan untuk menarik manusia ke sesuatu mazhab atau

agama.37

Taufik al-Wa’iy menyatakan bahawa dakwah merupakan sebuah upaya

merubah atau menjaga sasaran dakwah untuk berpihak kepada pendakwah

melalui ucapan dan perbuatan.38

Daripada apa yang dikemukakan di atas menunjukkan maksud dakwah

dari pengertian bahasa adalah merujuk kepada usaha mengajak atau menyeru

ke suatu arah dan ianya semata-mata menyeru. Dengan pengertian bahasa ini,

34 Van Hoeve, Ensiklopedia Islam (cet. ke-3, Jakarta: PT Ichtiar Baru,1994), 1: 280 35 Wan Muhammad Bin Wan Muhammad Ali, Pedoman Da‘wah Islamiyyah (Kuala Lumpur:

Dewan Pustaka Fajar,1985), 2 36 ‘Abd al-‘Aziz Mohd. Zin, Pengantar Dakwah Islamiah (Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti

Malaya,1997), 1 37 Jum‘ah Amin ‘Abd al-‘Aziz, Al-Da‘wah, Qawa‘d wa Usul, terj. Abdul Salam Masykur (Solo:

Gema Islami Press,1997), 22-23 38 Taufik al-Wa’iy, Dakwah Ke Jalan Allah Muatan, Sarana dan Tujuan, terj. Muhith M. Ishaq

(Jakarta: Robbani Press, 2010), 12

Page 26: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

26

makna dakwah sangat umum tanpa arah dan halatuju yang teperinci. Oleh yang

demikian kita melihat ada istilah seruan untuk berjimat cermat, seruan untuk

berwaspada daripada penipuan jual beli maya. Terdapat juga istilah undangan

ke majlis persandingan, akikah, jemputan merasmikan majlis dan berbagai lagi.

Istilah-istilah ini adalah benar dalam pengertian dakwah secara bahasa yang

bermaksud seruan, jemputan dan undangan.

Dari sudut istilah pula, ‘Abd al-Karim Zaidan menyatakan bahawa

dakwah adalah menyeru kepada agama Allah S.W.T iaitu agama Islam.39

Dakwah adalah ajakan atau seruan membawa umat manusia kepada jalan yang

benar.40 Dakwah adalah mengajak orang lain untuk meyakini dan

mengamalkan aqidah dan syariat Islam yang terlebih dahulu diyakini dan

diamalkan oleh pendakwah sendiri.41

‘Abd al-‘Aziz menyatakan dakwah ialah usaha yang dilakukan oleh

seseorang atau kumpulan dengan pendekatan tertentu untuk membawa manusia

kepada keredhaan Allah S.W.T.42 Ia juga merupakan tanggungjawab bersama

setiap individu dan merupakan seruan yang menuntut manusia menerima

kebajikan manusia, menghormati nilai kemanusiaan dan menghayati

kesempurnaan tuntutan naluri manusia.43

Dari hujah-hujah dan pendapat di atas dapat dirumuskan bahawa

dakwah adalah usaha mengajak dan menyeru manusia kepada agama Islam,

39 Op. Cit, Zaidan, 5 40 Hamka, Tafsir al-Azhar (Jakarta: Pustaka Panjimas, jilid 13-14, 1983), 321 41 A. Hasjmy, Dustur Da‘wah Menurut Al-quran (Jakarta: Penerbit Bulan Bintang, 1974),

28 42 Op.Cit, Mohd. Zin, Pengantar Dakwah, 2 43 Berhanuddin Abdullah, “Pengurusan Dakwah Dalam Menangani Gejala Sosial,” dalam

Dakwah dan Perubahan Sosial, Md. Sham et al. (Kuala Lumpur: Utusan Publication

& Distributors Sdn. Bhd., 2000), 143

Page 27: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

27

mengubah kebatilan kepada kebenaran, keingkaran kepada ketaatan keluar dari

kegelapan kesesatan untuk menuju cahaya Islam yang terang benderang secara

zahir atau pun batin. Pengertian menurut istilah ini membezakan dakwah

Islamiah daripada dakwah-dakwah secara bahasa seperti yang dinyatakan di

atas. Dakwah Islamiah pula berbeza daripada dakwah-dakwah yang lainnya

kerana ia menyeru, mengajak dan menjemput manusia kepada agama Allah

SWT bukan agama lain.

Daripada apa yang disaksikan dalam kenyataan sekarang ini, terdapat

ajakan dan seruan kepada berbagai keyakinan dan aliran seperti ajakan kepada

semangat nasionalisme, seruan kepada agama Kristian, seruan kepada aliran

menyimpang seperti Rasul Melayu, Tuhan Harun, Kerajaan Langit Ayah Pin

dan sebagainya adalah berbeza daripada dakwah Islamiah. Dakwah-dakwah ini

membawa manusia kepada kesesatan sedangkan dakwah Islamiah membawa

manusia kepada Allah SWT dan merupakan dakwah yang benar.

Dengan ini, pengertian dakwah menurut Istilah menjadikan mudah

untuk memahami dakwah dan mudah pula untuk melaksanakannya. Seterusnya

penulis akan menyentuh beberapa sub-judul tentang keperluan dakwah bagi

manusia dan pihak yang sepatutnya memikul tugas dakwah ini. Pada hemat

penulis keseluruhan sub-judul ini akan membentuk gambaran tentang

keutamaan dakwah dan penglibatan setiap Muslimin dan Muslimat dalam

dakwah yang memiliki signifikan yang tersendiri.

Page 28: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

28

2.3 Dakwah Sebuah Keperluan Bagi Manusia

Dakwah merupakan misi utama Allah S.W.T mengutus para nabi dan

rasul kepada seluruh manusia. Pada hakikatnya manusia sangat memerlukan

dakwah kerana dakwah mengembalikan penyembahan manusia kepada haluan

yang betul iaitu kepada agama Allah S.W.T sahaja sebagaimana yang sabit dari

ayat 56 Surah al-Zariat mengenai penciptaan jin dan manusia untuk

menyembah Allah.44

Dari paparan perjalanan hidup manusia, berlaku penyimpangan dari

kebenaran terutamanya setelah kewafatan nabi mereka. Perkara ini

menyebabkan tidak ada pihak yang mengingatkan mereka tentang

tanggungjawab agama, hukum hakam dan akhlak mulia, akhirnya kehidupan

mereka tersasar dari kebenaran. Oleh yang demikian ketika penyimpangan

tersebut berada pada kemuncaknya, Allah mengutus nabi atau rasul untuk

menyeru mereka supaya kembali kepada agama Allah yang fitrah.45

Tradisi penyimpangan yang berlaku pada zaman silam berlanjutan dan

merebak ke zaman yang berikutnya tetapi berbeza dari segi pola dan corak.

Penyimpangan tersebut adalah bersesuaian mengikut zaman dan tempat ianya

berlaku.

Dalam kehidupan zaman sekarang menyaksikan manusia telah

mengalami perubahan dari kesolehan menjadi pelaku maksiat. Tidak sedikit

dari kalangan umat Islam sekarang ini mengamalkan corak hidup yang

bertentangan dengan ajaran Islam bahkan ada yang meninggalkan

44 M. Natsir, Fiqhud Dakwah, ed.ke-2 (Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd, 1982), 29 45 Jasim Bin Muhammad Muhalhil Al-Yasin, Li al-Du‘at Faqat Da‘kwah Ikhwan (Kuwait: Darul

Al-Dakwah, 1986), 9

Page 29: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

29

tanggungjawab agama sama sekali. Perkara ini perlu dubah tetapi tidak ada

kesanggupan dari kalangan manusia untuk melakukan perubahan terhadap

mereka melainkan para pendakwah. Dakwah dan pendakwah diperlukan untuk

menghentikan keadaan ini dan mengembalikan kesolehan.

Dakwah perlu disampaikan secara tepat dengan keperluan kumpulan

sasar kerana akan berjaya membawa perubahan pada mereka. Maka, di atas

rasional ini menunjukkan dakwah adalah penting agi manusia dan mesti

digerakkan.46

Begitu jelas sekali bahawa kedudukan dakwah dalam kehidupan umat

Islam adalah penting lebih-lebih lagi umat yang tidak sempat melihat wajah

nabi mereka dan mendapat bimbingan secara langsung daripada beliau. Secara

analogi, dakwah boleh diibarat sebuah terapi dalam membawa umat Islam

kepada kehidupan selari kehendak Allah S.W.T setelah berlakunya

penyimpangan.

Dakwah Islamiah adalah panggilan ke jalan Allah merupakan salah satu

tuntutan agama yang mesti dilaksanakan oleh setiap orang Islam.47 Tuntutan

agama ini mengandungi keutamaan disebabkan dakwah merupakan satu

keperluan bagi manusia seluruhnya bukan semata-mata atas kepentingan

akhirat, tetapi juga atas kepentingan di dunia ini.48

Seterusnya penulis menyentuh berkenaan golongan yang sepatutnya

membawa dan memikul tanggungjawab dakwah pada era setelah kewafatan

para utusan Allah S.W.T dari kalangan nabi dan rasul.

46 Op. Cit, Mohd. Zin, Pengantar Dakwah, 28 47 Op. Cit, Zaidan, 108 48 Op. Cit, Mohd. Zin, Pengantat Dakwah, 7

Page 30: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

30

2.4 Dakwah Adalah Tanggungjawab Semua

Beberapa persoalan besar yang sering didengar berkenaan dakwah iaitu:

Siapakah yang berkewajipan melakukan dakwah? Apakah tanggungjawab ini

terbatas hanya di atas bahu para ulama, atau kepada sesiapa sahaja? Bagaimana

pula golongan yang bukan ulama, bolehkah mereka berdakwah? Persoalan-

persoalan ini akan dijawab dengan menelusuri pendapat dan huraian berikut.

‘Abd al-Karim Zaidan menyebut berdakwah menyeru manusia kepada

agama Allah merupakan kewajipan ke atas bahu dan pundak kaum muslimin

yang sebelumnya diwajibkan ke atas para nabi dan rasul yang diutus oleh

AllahS.W.T kepada setiap umat.49

A. Hasjmy yang menyatakan secara umumnya kefardhuan berdakwah

adalah terletak ke atas bahu kaum Muslimin dan Muslimat. Namun, beliau

meneruskan bahawa secara khusus pelaksanaan dakwah berbeza mengikut

kesesuaian, kemampuan dan kepakaran masing-masing.50

Hasanuddin Abu Bakar pula menyebut bahawa dakwah menjadi

kewajipan setiap Muslim dan Muslimat mengikut kesesuaian dan bidang

masing-masing.51

Dengan penjelasan di atas, jelaslah bahawa tanggungjawab dakwah

terletak di atas bahu semua kaum Muslimin dan Muslimat melalui cabang dan

kemampuan yang dimiliki oleh masing-masing. Kewajipan tersebut mestilah

dilaksanakan oleh seluruh umat Islam tetapi dikhususkan kepada kalangan

ulama apabila memasuki aspek-aspek yang spesifik seperti syari‘at Islam dan

49 Op. Cit, Zaidan, 308 50 Op. Cit., Hasjmy, 71 51 Hasanuddin Abu Bakar, Meningkatkan Mutu Dakwah (Jakarta: Media Dakwah, 1999), 3

Page 31: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

31

pelaksanaannya, ekonomi, politik, pendidikan, ibadat, hudud, dan akidah.

Dalam pandangan umum, maka tugas menyeru dan mengajak manusia kepada

agama Islam terletak di atas bahu sesiapa sahaja dari kalangan umat Islam.

Pada pendapat penulis, seandainya tanggungjawab menyampaikan

dakwah dihadkan kepada golongan tertentu sahaja tentulah sukar dan berat

kepada golongan tersebut. Perkara ini juga bertentangan dengan amalan

dakwah yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW yang melibatkan para

ramai sahabat seperti Abu Bakr al-Sidiq, ‘Abd Rahman bin ‘Auf yang

merupakan ahli perniagaan. Abu Zar al-Ghifari, Salman al-Farisiy dan Bilal bin

Rabbah yang merupakan golongan pendatang, Umar al-Khatab seorang

pemuka Quraisy yang terhormat, Ali bin Abu Thalib seorang dan Mus‘ab bin

Umair dari kalangan anak muda. Mereka ini bukanlah dari golongan ulama

dalam erti bukanlah golongan elit agama tetapi manusia biasa dan mereka

berdakwah kepada manusia.

Analisa di atas diperkuatkan lagi dengan sabda Rasulullah S.A.W. yang

menyatakan bahawa tanggungjawab dakwah menyampaikan kebenaran,

mencegah kemungkaran terletak diatas bahu sesiapa sahaja dari kalangan orang

beriman. Sabda baginda;

د ث نا محم د بن يوسف عن ابن ث وبان هو عبد الرحمن بن ثابت بن حد ث نا محم بن يحيى حد

لولي عن عبد الله بن عمرو قال قال رسول ان بن عطية عن أبي كبشة الس الله ث وبان عن حس

ثوا عن بني إسرائيل ول حرج ومن كذب علي صلى الل ه عليه وسلم ب لغوا عني ولو آية وحد

دا ف ليتب وأ مقعده من النار مت عم

Page 32: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

32

Terjemahan: Muhammad bin Yahya menceritakan kepada

kami, Muhamrnad bin Yusuf menceritakan kepada kami,

dari Ibnu Tsauban dari Abdurrahman bin Tsabit bin

Tsauban—, dari Hassan bin Athiyah. dari Abu Kaisyah As-

Saluli, dari Abdullah bin Amru. ia berkata. Rasulullah SAW

bersabda, "Sampaikan (ajaran) dariku meski hanya satu ayat.

Sampaikanlah berita dari kaum bani Israil, dan itu tidak ada

dosa (bagi kalian). Siapa saja yang berdusta atas namaku

secara sengaja, maka hendaklah ia menyiapkan tempat

duduknya di neraka.”52

Dari hadith memberi maksud bahawa tiada pembatasan kepada golongan

tertentu untuk menyampaikan apa-apa yang datang dari Nabi Muhammad

SAW. Apa yang datang dari Nabi Muhammad SAW sudah semestinya ajaran

agama yang perlu disampaikan kepada manusia. Kata-kata nabi :

“...Sampaikan dariku meski hanya satu ayat...” menjelaskan sesiapa sahaja

boleh menyampaikan ajaran tersebut. Dengan ini memperkuatkan lagi bahawa

tanggungjawab dakwah adalah terletak kepada semua Muslim dan Muslimat

walaupun perkara yang disampaikan itu adalah sedikit.

Di dalam sabda baginda yang lain Nabi ada menyatakan ;

من لى الله عليه وسلم ي قول ف قال أبو سعيد أما هذا ف قد قضى ما عليه سمعت رسول الله ص

ره بيده فإن لم يستطع فبلسانه ف ضعف فبقلبه وذلك أ إن لم يستطع رأى منكم منكرا ف لي غي

يمان ال

Terjemahan: Barangsiapa yang melihat kemungkaran

hendaklah beliau mengubahnya dengan tangannya,

seandainya beliau tidak mampu hendaklah dengan lisannya

52 Hadith riwayat al-Tirmdizi, Kitab Ilmu, Bab Bani Israel Sunan al-Tirmizi, no. Hadith 2669,

yang ditashihkan oleh Nasirudin al-Albani, , Shahih: Ar-Raudh An-nadhir (582) dan Takhrij

Al Ilmi li Abu Khaitsamah (45/119); Abu Isa berkata, "Hadits ini hasan shahih."

Muhammad bin Basyar menceritakan kepada kami, Abu Ashim menceritakan kepada kami,

dari Al Auza'i, dari Hassan bin Athiyyah, dari Abu Kabsyah As-Saluli, dari Abdullah bin

Amr, dari Rasulullah dengan hadits yang sama. Shahih.

Page 33: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

33

dan seandainya tidak mampu hendaklah dengan hatinya dan

itu adalah selemah-lemah iman.53

Abdul Rahman Ya’kub melibat diri dalam dakwah kerana ia adalah

tanggungjawab setiap Muslim sebagaimana dibentangkan sebelum ini. Tokoh

ini melibatkan diri dalam dakwah dan mengetuainya sedangkan beliau

bukanlah ulama dan bukanlah berkelulusan agama secara formal. Tokoh ini

juga berjaya memecah tradisi dalam amalan dakwah di Sarawak kerana

sebelum ini gerakan mengembangkan agama Ialam dilakukan oleh golongan

ulama sejak dari awal lagi.

Satu perkara yang penting dikemukakan di sini adalah kejayaan tokoh ini

membuka dimensi gerakan dakwah daripada gerakan secara individu kepada

gerakan secara kolektif dan menubuhkan organisasi untuk tujuan tersebut.

Tokoh ini sebenarnya telah mendapat didikan agama daripada ayahnya

sendiri sejak dari kecil lagi sehingga beliau mampu membantu ayahnya

mengendalikan kelas mengaji al-Quran pada usia mudanya. Penulis

berpendapat bahawa tokoh ini seorang yang berkeyakinan tinggi dan

mengamalkan ilmu yang diterimanya. Apa yang diajarkan oleh ayah beliau

telah menyerap ke dalam tubuhnya menjadi kekuatan dalaman kepada beliau

dan menganggap ayahnya menjadi model yang baik. Dalam kontek yang lebih

luas tokoh ini menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai modelnya

disebabkan ajaran agama Islam yang diajarkan oleh ayah beliau datang dari

Nabi Muhammad SAW.

53 Sahih Muslim bi al-Syrah al-Imam al-Nawaawi (Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah,

Jilid 1, tt), 50

Page 34: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

34

Menurut Albert Bandura dalam teori pembelajaran sosial menyebut role

model sebagai elemen kuat yang boleh membentuk seseorang sebagaimana

yang dimiliki oleh model tersebut.54

Jadi penulis berpendapat tidak hairanlah Abdul Rahman Ya’kub

mempunyai semagat keagamaan yang kuat kerana bercermin dari model-

modelnya.

Menyentuh mengenai isi kandungan dakwah, diantaranya adalah

mencegah kemungkaran. Oleh yang demikian hadtih ini juga dapat difahami

kewajipan mencegah kemungkaran melalui jalan dakwah terletak di atas bahu

sesiapa sahaja dari kalangan Muslimin dan Muslimat berdasarkan kalimat :

...Barang siapa yang melihat kemungkaran, hendaklah merubahnya dengan

tangan...

Secara umumnya, tiada agama dan ajaran kerohanian yang menyokong

kemungkaran, sebaliknya berusaha untuk mencegahnya kerana ia bertentangan

dengan fitrah manusia yang normal. Oleh yang demikian semua bentuk

kemungkaran wajib dicegah dan sekiranya dibiarkan akan merebak sehingga

sukar untuk ditangani.

Tokoh ini berazam kuat dan bertekad tinggi untuk melakukan perubahan

terutamanya kepada umat Islam kerana masih banyak yang melakukan perkara-

perkara yang salah sama ada dari sudut amalan agama, tingkah laku buruk,

perpecahan, pendidikan dan sebagainya melalui jalan dakwah. 55

54 Abdullah Hassan, Berdakwah Dengan Efektif : Teori dan Teknik Moden Menolong

Perubahan Tingkah Laku (Batu Caves Selangor: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.,

2007), 20 55 Op. Cit., Abdul Rahman Ya’kub, temubual

Page 35: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

35

Pakar motivasi menyebut semua teori motivasi mempunyai objektif yang

sama iaitu untuk menerangkan sebab manusia melakukan apa yang mereka

lakukan dan percaya semua kelakuan manusia mempunyai sebab. Oleh itu,

matlamat tersebut menjadikan manusia melakukan perkara itu secara berulang-

ulang atau berterusan.56

Tokoh ini bertekad merubah keadaan umat Islam di Sarawak dari

berbagai lapisan dan peringkat umur kerana masyarakat yang baik dan

berpendidikan dapat diharap membawa pembangunan dan kemajuan untuk

Negeri Sarawak.57

Penulis telah mampu mencungkil landasan dan asas terhadap penglibatan

tokoh ini dalam dakwah dan membawa dua hujah-hujah di atas yang menjadi

teori dakwah terhadap tokoh ini.

Setelah menelusuri dalil-dalil di atas dapat disimpulkan bahawa dakwah

merupakan kewajipan setiap orang Islam tanpa mengira status dan kedudukan

mereka sama ada guru, pegawai, penuntut, pemandu, menteri, petani atau

sesiapa sahaja. Penulis berpandangan bahawa memang sewajarnya umat Islam

mengambil peranan aktif dalam dakwah bagi membendung gejala yang

merosakkan daripada berlaku kepada umat Islam dewasa ini. Sikap mengambil

ringan terhadap tanggungjawab ini atau meninggalkannya sama sekali, akan

mencetuskan impak negatif yang besar dan meruntun kesolehan umat Islam

tanpa mengira di mana mereka berada.

56 Op. Cit., Hassan, 4 57 “Sepuluh Tahun BINA”, FNM, 1979, video

Page 36: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

36

Oleh itu kerja dakwah mesti dilestarikan dengan mengambil kira aspek-

aspek rasa tanggungjawab, kewangan, pra-sarana, dan metode bagi

menghasilkan dakwah yang dinamik, terkini dan tepat. Metode atau cara

pelaksanaan sesuatu kerja adalah penting kerana akan mempengaruhi hasil

yang diperolehi. Oleh yang demikian penulis akan membahas tentang metode

dakwah kerana merupakan segmen yang penting dalam menghasilkan dakwah

yang berkesan.

2.5 Metode Dakwah

Metode adalah cara melakukan sesuatu atau sistem.58 Ia berasal dari

Bahasa Inggeris (method) yang bererti sistem, aturan atau kaedah.59 Ia juga

merupakan proses keilmuan untuk memperoleh pengetahuan secara sistematik

berdasarkan bukti fizikal.60

Di dalam kamus Oxford Advanced Learner’s Dictionary mendefinisikan

method sebagai a particular way of doing something iaitu cara tertentu

melakukan sesuatu. 61

Selanjutnya metode merupakan satu disiplin yang dibuat bagi menggapai

sesuatu matlamat yang dikehendaki. Ia merupakan pengaturan khusus secara

keilmuan yang tinggi mencakupi di dalamnya logika yang kemas.62

58 Kamus Dewan Edisi Baru (cet. Ke-2, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1991),

826, entri “metode.” 59 Op. Cit, Mohd. Zin, Pengantar Dakwah, 75 60 Pengertian-metode- Ilmiah,http://ami26chan.wordpress.com/2011/03/3// , dicapai 15 Mac

2012 61 A S Hornby, Oxford Advanced Learner’s Dictionary, Sally Wehmeier et.al (Ed.) (UK:

Oxford University Press,2005), 925 62 Mohd. Ismail et.al, “Pemetaan Dakwah di Negeri Johor: Kajian Lokasi, Metodologi &

Pengaplakasiannya di Skudai, Kulai, Pasir Gudang dan Johor Bahru” (Kajian, Pusat

Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial Universiti teknologi Malaysia, 2006), 10-11

Page 37: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

37

Dari definisi-definisi di atas memberikan makna bahawa metode

bermaksud cara atau sistem dalam melaksanakan sesuatu tugas atau fungsi.

Jika digabungkan metode dengan dakwah bermaksud cara atau sistem, kaedah

dan pendekatan sistematik dalam menyampaikan dakwah.

Dengan cara dan kaedah yang betul dalam menyampaikan dakwah

kepada kumpulan sasar, akan membantu mempermudahkan tercapainya

objektif dan matlamat dakwah. Ini menunjukkan kedudukan metode dakwah

sangat penting dalam mencipta peluang-peluang yang besar dalam menakluki

sasaran dakwah.

Terdapat sebuah lagi istilah yang sangat hampir dengan metode dakwah,

iaitu metodologi dakwah sedangkan keduanya mempunyai sedikit perbezaan.

Metodologi dakwah adalah studi mengenai cara dan kaedah berdakwah yang

baik untuk mendapatkan hasil yang tepat manakala metode dakwah adalah cara

menyampaikan dakwah.63

Perbincangan mengenai metode dakwah amat luas, dinamik dan bersifat

mutakhir atau kontemporari. Penggunaan metode dalam dakwah merupakan

tradisi para nabi dan rasul yang diutus oleh Allah S.W.T sebagaimana dakwah

yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W. kepada kaum kafir Quraysh di

Mekah dan di Madinah berjalan di atas metode dakwah yang baik. Dengan itu,

dakwah Nabi Muhammad S.A.W diterima dan berbondong-bondong dari

63 Op. Cit, Mohd. Zin, Pengantar Dakwah, 75-76

Page 38: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

38

kalangan kafir Quraysh memeluk agama Islam, bahkan juga dari kalangan

masyarakat luar Semenanjung Arab juga menerima Islam.64

Dari pengamatan penulis, sebahagian besar ulama dakwah yang

membincangkan mengenai metode dakwah berpaksi daripada ayat 125 Surah

al-Nahl. Daripada ayat tersebut, tersurat tiga asas utama metode dakwah iaitu

metode hikmah, metode nasihat yang baik dan metode dialog yang perlu diberi

keutamaan oleh para pendakwah yang melakukan dakwah.65

Firman Allah S.W.T;

ادلم بالت هيى نىة وىجى وعظىة الىسى ة وىالمى بيل رىبكى بالكمى ن ادع إلى سى أىحسىبيله وىهوى أىعلىم بالمهتىدينى ل عىن سى إن رىبكى هوى أىعلىم بىن ضى

al-Nahl (16): 125

Terjemahan: Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad)

dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang

baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan

itu) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu

Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari

jalannya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-

orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Menurut M. Natsir, ketiga-tiga asas ini adalah petunjuk-petunjuk pokok

dakwah yang diamalkan oleh para rasul dan para pendakwah yang akan

berdakwah.66 Penulis akan memperincikan ketiga-tiga asas berkenaan pada

huraian-huraian selanjutnya.

64 ‘Abd al-‘Aziz Mohd. Zin, Metodologi Dakwah (Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti

Malaya, 2001), vii 65 Op. Cit, Mohd. Zin et. al, Dakwah Islam Di Malaysia, 98 66 Op. Cit, M. Natsir, 158

Page 39: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

39

2.5.1 Hikmah (Al-Hikmah)

Ibnu Jarir menyebut mengenai firman di atas : “...serulah ke

jalan Tuhanmu (Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan...”,

sebagaimana dunukilkan oleh Ibnu Kathir dalam tafsirnya iaitu Allah

SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW menyeru manusia

kepada apa yang telah diturunkan Allah kepadanya daripada kitab al-

Quran dan sunah.67

Ibnu Jarir memberikan maksud hikmah adalah kitab al-Quran

yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW iaitu

kitab pegangan orang Islam sebagai panduan hidup dan kitab tersebut

tiada mengandungi keraguan di dalamnya. Kemudian beliau juga

menggandingkan kitab al-Quran dengan sunah iaitu sesuatu yang

datangnya dari Nabi Muhammad SAW sendiri dalam rangkuman erti

hikmah.

Menurut Hamka dalam Tafsirnya al-Azhar pula menyebut ;

...hikmah adalah kebijaksanaan iaitu dengan secara bijaksana,

akal budi yang mulia, dada yang lapang dan hati yang bersih

menarik perhatian orang kepada agama atau kepada

kepercayaan kepada tuhan. Kata-kata hikmat itu kadang-

kadang diartikan orang dengan filsafat [falsafah]. Padahal

dia adalah inti yang lebih halus dari filsafat. Filsafat hanya

dapat difahamkan oleh orang-orang yang terlatih fikirannya

dan tinggi pendapat logiknya. Tetapi hikmah dapat menarik

orang yang belum maju kecerdasannya dan tidak dapat

dibantah oleh orang yang lebih pintar. Kebijaksanaan itu

bukan sahaja dengan mulut, melainkan termasuk juga dengan

tindakan dan sikap hidup. Kadang-kadang lebih berhikmah

diam daripada berkata...68

67 Ibnu Kathir, Tafsir Ibnu Kathir, Jilid 4, (Lubnan, Beirut: Al-Andalus, 1983), 235

68 Op. Cit., Hamka, 321

Page 40: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

40

M. Natsir menyebut hikmah adalah lebih dari sekadar ilmu

semata-mata. Ia merupakan ilmu yang sihat yang akan membawa

faedah pada akhirnya. Manakala dalam kaitannya dengan dakwah, ia

sebuah kebijaksanaan untuk melakukan suatu tindakan yang efektif

dan termasuk di dalamnya adalah mengenali golongan sasar dakwah

oleh pendakwah untuk mengadakan sebuah persembahan dakwah

yang menepati keadaan mereka.69

Pandangan serta pendapat para ahli tafsir dan ulama dakwah

mengenai hikmah seperti al-Nawawi menyatakan bahawa hikmah

adalah hujah yang qat‘iy yang dapat menghasilkan akidah yang

meyakinkan. Manakala al-Naisaburi menafsirkan hikmah sebagai

hujah yang qat‘iy yang dapat menghasilkan keyakinan. Manakala al-

Baidhawi dan al-Khazin mengertikan hikmah dengan ucapan yang

tepat. Pendapat lain juga menyatakan hikmah adalah bijaksana,

sebuah argumen yang tepat yang sukar untuk dibantah.70

‘Abd al-‘Aziz menyebut hikmah adalah bijaksana iaitu

bermaksud yang sesuai dengan keadaan, masa dan sasaran. Dalam

hubungannya dengan dakwah, pendakwah hendaklah memerhatikan

aspek-aspek di atas sebelum melakukan dakwah kepada mereka.

Mungkin perlu dengan kelembutan dan belaian atau boleh jadi dengan

69 Op. Cit, M. Natsir, 163 70 http://keyakinanperjuangan.blogspot.com , dicapai 25 Oktober 2012.

Page 41: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

41

ketegasan.71 M. Natsir menambah kesesuaian pada tempat juga

termasuk dalam cakupan hikmah dalam dakwah.72

Daripada pendapat dan pandangan di atas dapat dirumuskan

bahawa hikmah adalah sebuah argumen atau hujah yang sukar untuk

dibantah, sebaliknya memberi kesan yang sangat meyakinkan dan

sangat rasional bersumberkan al-Quran dan sunah. Dengan ini, dalam

aspek metode dakwah, hikmah merupakan satu persembahan dakwah

yang bijaksana, mantap, menyeluruh, bercirikan keaslian, tidak

mencampurkan kebenaran dengan kebatilan yang berpaksikan kepada

bimbingan Allah melalui wahyu yang diturunkan kepada Nabi

Muhammad S.A.W dan sunnah.

Seterusnya asas yang kedua iaitu nasihat yang baik atau

sebagaimana disebut di dalam ayat sebagai al-Mau‘izah al-hasanah.

2.5.2 Nasihat Yang Baik (Al-Mau‘izah Al-Hasanah)

Al-Mau‘izah Al-Hasanah adalah pengajaran yang baik atau

pesan-pesan yang baik yang disampaikan sebagai nasihat, pendidikan

dan bimbingan termasuk oleh ibubapa terhadap anak-anak mereka

dengan memberi contoh dan tauladan yang baik kepada mereka.73

Nasihat yang baik menurut Ibnu Jarir adalah ucapan dan

ungkapan yang mengandungi segala kebaikan dan kemesraan.74

71 Op.Cit, Mohd. Zin, Metodologi Dakwah, 8 72 Op.Cit M. Natsir, 163 73 Op.Cit., Hamka, 321 74 Op.Cit, Ibnu Kathir, 225

Page 42: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

42

Menurut Kamus Lengkap, nasihat adalah ajaran, petunjuk,

pendapat berkenaan dengan apa yang hendak dibuat atau bagaimana

berkelakuan atau melakukan diri.75

Nasihat adalah nama terbitan dari kalimat bahasa Arab nasaha

yang bermaksud ikhlas dan bersih, ia juga bermakna seruan yang

mengandungi kebaikan dan pencegahan daripada sesuatu yang fasad.76

Nasihat merupakan ungkapan dan susunan kata-kata yang

mengandungi kebaikan dan manusia sentiasa mengamalkan nasihat

menasihati antara satu sama lain dalam rangka mencapai kebaikan.

Nasihat yang baik adalah upaya untuk mencapai sebuah tujuan

berpunca daripada sebuah kepincangan atau kesalahan yang berlaku

pada manusia. Melalui nasihat, kesalahan tersebut dapat diluruskan

kembali, bahkan menjadi lebih elok daripada sebelumnya.

Nasihat adalah dalam kategori ucapan yang positif yang

berkesan memberi impak positif kepada penerima nasihat. Ucapan

yang positif berupaya memberi ransangan positif kepada penerima

nasihat untuk akur pada nasihat.77 Budaya nasihat menasihati dalam

Islam adalah amalan para nabi utusan Allah S.W.T untuk mencantas

penyimpangan yang berlaku.

75 Awang Sudjai Hairul et al., Kamus Lengkap (cet. pertama, Petaling Jaya: Pustaka Zaman,

1977), 723, entri “nasihat.” 76 Al-Munjid Fi al-Lughah (Cet. 26) 818, entri “al-nasihah” 77 Op.Cit , Hassan,6-8

Page 43: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

43

Nabi Muhammad S.A.W ada bersabda;

اري أن النبي ين النصيحة ق لنا لمن قال لله ولكتابه عن تميم الد صلى الله عليه وسلم قال الد

ة المسلمين وعامتهم ولرسوله ولئم

Terjemahan : “Agama adalah nasihat”: mereka bertanya:

“bagi siapa wahai Rasulullah?” Nabi meneruskan dengan

bersabda: “Untuk Allah, untuk Rasul-Nya, pemimpin orang

Muslimin dan kepada manusia umumnya.”78

Hadith di atas menunjukkan kedudukan nasihat dalam Islam

adalah penting dan disarankan untuk diamalkan oleh orang Islam

sama ada dari kalangan orang biasa dan pemimpin. Hadith ini juga

menjadi dalil syari‘i bahawa nasihat bukanlah amalan tambahan yang

di ada-adakan yang tiada sandarannya tetapi bersumber dari ucapan

Nabi Muhammad SAW.

Paparan sejarah dakwah yang berlaku menampakkan aktiviti

dakwah yang dilakukan oleh para nabi dipenuhi dengan nasihat.

Kemudian golongan ulama juga menggunakan kaedah nasihat dalam

usaha memperbaiki masyarakatnya dan membawa mereka kembali

kepada kebenaran.

Sebagai contoh, Luqman al-Hakim menasihati anaknya supaya

menghindar daripada perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T agar

terselamat dari murka dan azab Allah S.W.T di akhirat kelak.

Seterusnya beliau melanjutkan nasihat tentang hubungan seorang anak

dengan ibubapa yang telah mengandung dan membesarkan mereka.

78 Sahih Muslim bi al-Syrah al-Imam al-Nawawi (Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah,

Jilid 2, tt), 37

Page 44: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

44

Nilai-nilai akhlak, akidah dan ibadah diselitkan dalam nasihat yang

diberikan sebagaimana terdapat dalam Surah Luqman ayat 13 dan14.

Secara umumnya manusia sukar menerima hakikat akan

kelemahan yang dimiliki sehingga perlu dinasihati kerana secara

yang tersirat, didalam sebuah nasihat adalah wujudnya jurang di

antara pemberi nasihat dengan pihak yang menerima nasihat. Namun

begitu sekiranya nasihat tersebut mampu disampaikan dengan cara

yang baik dan diucapkan dengan perkataan yang betul akan

menyediakan keadaan yang selesa bagi pihak yang diberi nasihat

untuk akur dan menerima nasihat tersebut. Nasihat adalah mudah

sekiranya dari atas menurun ke bawah, maksudnya nasihat seorang

ayah kepada anak atau seorang ketua kepada bawahannya.79 Nasihat

yang datang dari bawah atau dari anak kepada ayah, atau dari

kakitangan kepada ketua adalah sukar diterima melainkan setelah

melalui proses yang panjang.

Oleh itu, nasihat adalah salah satu cara yang sangat berkesan

dalam penyampaian dakwah dan para pendakwah perlulah menguasai

berberapa amalan yang berkaitan dengan hidup dan budaya manusia

sebelum mengemukakan sebuah nasihat kepada sasaran dakwah. Ini

adalah disebabkan kemungkinan pihak yang dinasihati memberi

respon yang tidak baik atau menyanggah apa yang dinasihati oleh

pendakwah sehingga berlakunya dialog atau debat antara keduanya.

79 M.Z Azmie, Pengurusan dari Perspektif Solat (Kuala Lumpur: Utusan Publication &

Distributors Sdn Bhd, 2000), 31-36

Page 45: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

45

Dialog adalah sesuatu yang sihat sekiranya ianya berlaku dalam

keadaan yang baik. Oleh itu pada perbincangan seterusnya, penulis

menyentuh asas metode dakwah yang ketiga iaitu dialog.

2.5.3 Dialog (Al-Jidal)

Ibnu Jarir memberi maksud al-jidal adalah berdialog dengan

mereka dengan baik, lemah-lembut dan perkataan yang lunak dan

hormat.80

Al-jidal adalah berbantahan dengan cara yang lebih baik yang

juga dikenali dengan istilah polimik, bertukar fikiran dengan

menfokuskan kepada pokok persoalan dan mengenepikan emosi dan

persoalan peribadi bagi yang terlibat.81

Allah SWT memerintahkan kepada Nabi Muhammad SAW

berdialog dengan sebaik-baik jalan dialog terhadap mereka yang

dihadapi dalam dakwah dan bagi yang menyerang atau menentang

secara kekerasan maka dialog dengan mereka menggunakan pedang.82

Dialog adalah pembicaraan, perbualan, percakapan, pertukaran

pendapat dan soal jawab. Berdialog adalah bercakap, berborak,

bersembang, berbual, berbahas, berdebat, bertukar-tukar pendapat dan

bertanya jawab.83

80 Op.Cit., Ibnu Kathir, 227 81 Hamka, Tafsir al-Azhar (Jakarta: Pustaka Panjimas, jilid 13-14, 1983), 321 82 Muhammad al-Amin bin Muhammad al-Mukhtar, Adhwa’ al-Bayan (t.tmpt.: Matba‘ al-

Madaniy, juzu’ al-thalist, 1967), 351 83 Zainal Abidin Safarwan, Kamus Besar Bahasa Melayu (Cetakan Pertama, Kuala Lumpur:

Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 1995) 435, entri “dialog.”

Page 46: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

46

Dialog yang berlaku di antara manusia biasanya sebuah proses

untuk memperkukuhkan hujah dan dalam rangka menolak hujah dari

pihak lain. Hujah yang diperolehi melalui jalan dialog adalah sebuah

hujah yang kukuh dan mempunyai tunjang yang dalam pula. Dialog

yang baik dan betul akan menghasilkan kesan yang baik juga kepada

peserta dialog serta komitmen yang mendalam.

Seorang pendebat terkenal iaitu Ahmad Deedat yang berasal

dari Afrika Selatan84 telah banyak melakukan dialog atau debat

dengan berbagai tokoh agama sama ada Kristian, Hindu di beberapa

buah negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat dengan

berbagai tajuk dan tema. Beliau telah mendapat anugerah dari Raja

Faisal Arab Saudi pada tahun 1986.85

Beberapa nabi melakukan dialog dan berdebat kepada

kumpulan sasar seperti yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim A.S kepada

masyarakatnya dan raja mereka sebagaimana diilustrasikan Allah

dalam Surah Al-Baqarah ayat 258.

Oleh itu, dialog adalah cara tersendiri yang boleh memberikan

impak yang besar kepada pihak yang terlibat. Dengan demikian,

dialog adalah amat baik digunakan dalam dakwah.

84 Ahmad Deedat, The Choice Volume 1&2 Debat Islam & Kristian, (Selangor: Briliant

Publication, 2012), 4 85 “Ahmad Deedat”,, http://en.wikipedia.org/wiki/Ahmed_Deedat ,dicapai 20 Ogos 2014

Page 47: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

47

Rajah 2.1 : Asas Metode Dakwah dari Surah al-Nahl 125

Seruan Dakwah

Metode

Serulah (manusia) kepada

agama tuhanmu (Islam)

Dkmah iaitu

bijaksana

Dengan

Nasihat

yang baik

Dengan

dialog

yang

berkesan

1. Perintah melakukan dakwah

secara umum ke atas bahu setiap

Muslim dan Muslimat.

2. Matlamat seruan dakwah adalah

jelas kepada agama Allah iaitu

Islam – matlamat atau kandungan

dakwah akan dibincang pada

pembahasan seterusnya

Metode dakwah yang digunakan

berkait rapat dengan kumpulan sasar

yang dihadapi iaitu golongan yang

berilmu, golongan awam dan golongan

yang suka berdialog – pada

perbincangan selanjutnya akan

disentuh kumpulan-kumpulan sasar

berkenaan.

2.5.4 Analisa Asas Metode Dakwah

Daripada tiga asas metode dakwah yang telah dinyatakan di

atas, dapat dibuat analisa bahawa setiap kumpulan sasar dakwah

mempunyai metode yang tersendiri. Tidak semua metode sesuai

digunakan kepada semua golongan secara berterusan tetapi setiap

kumpulan sasar sesuai didekati dengan metode tertentu.

Terdapat segolongan manusia yang cerdik atau pandai yang

dihadapi dalam dakwah. Mereka ini mempunyai kemampuan yang

tinggi dalam memahami ilmu hanya memerlukan sedikit sindiran atau

ransangan untuk memahami isyarat-isyarat dakwah yang

disampaikan. Oleh itu, golongan ini sesuai didekati dengan metode

hikmah. Kemudian golongan manusia yang perlukan bimbingan dan

tunjuk ajar yang lebih lanjut daripada pendakwah sesuai didekati

dengan nasihat yang baik al-mau‘izah al-hasanah. Manakala terdapat

golongan manusia yang suka berdialog, bersoal jawab bahkan

Page 48: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

48

berdebat yang dihadapi dalam dakwah. Para pendakwah boleh

mendekati golongan ini dengan metode dialog dan pendakwah

hendaklah berkemampuan mengendalikan dialog supaya berjalan

dengan baik dan tidak terjadi sikap membabi buta atau melampau-

lampau yang tidak membawa kebaikan kepada kedua-dua belah

pihak.86

Allah memerintahkan Nabi Muhammad SAW untuk menyeru

manusia kepada kebenaran dan bersabar terhadap tindak balas yang

buruk dari mereka tanpa melampaui batas apabila membalasnya

kerana Allah SWT sentiasa bersama dengan kebenaran yang dibawa.87

Demikianlah kesimpulan yang dapat dikemukakan berkenaan

asas metode dakwah yang dicungkil dari ayat 125 Surah al-Nahl.

Terdapat beberapa lagi metode yang disebut di dalam al-Qur’an

seperti al-tarhib, al-targhrib, pujukan, menghilangkan syubhat,

penanaman akidah dan beberapa lagi yang lain.88 Namun begitu

penulis membataskan dan memberi fokus kepada tiga asas metode

yang disebut di atas berdasarkan keperluan dan hubungkait ketiga-tiga

metode tersebut dengan kajian ini.

Ketiga-tiga asas metode dakwah di atas amat penting dan

relevan untuk setiap zaman kerana dakwah membawa manusia kepada

jalan yang benar. Dakwah tidak sama dengan propaganda yang

86 Op. Cit, M. Natsir, 159 87 Syed Qutb, Fii Dzilaali al-Quran (Beirut: Dar al-Syuruq, jilid 4, 1980), 2202 88 Op.Cit, Taufik al-Wa’iy, 163-309

Page 49: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

49

merupakan sebuah paksaan walaupun propaganda itu kadangkala

adalah bahagian atau alat dari dakwah.89

Bagi melanjutkan perbincangan berkaitan dakwah, penulis akan

membincang berkenaan asas-asas dakwah pula yang merupakan

perkara penting kepada dakwah. Asas-asas tersebut mempunyai

keutamaan-keutamaan tersendiri dalam dakwah dan para pendakwah

mestilah mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang perkara-

perkara ini.

2.6 Asas-Asas Dakwah

Dakwah mempunyai asas-asas yang perlu diketahui dan difahami

sebelum melakukan dakwah kepada manusia supaya teratur dan sistematik.

Asas-asas itu adalah pendakwah , sasaran dakwah, isi kandungan dan medium.

Asas-asas ini diambil dari al-Qur’an yang disebut di dalam beberapa surah. Ia

adalah merupakan bimbingan dan panduan dari Allah swt.90 Penulis akan

membincangkan asas-asas tersebut pada huraian selanjutnya.

2.6.1 Pendakwah

Asas yang pertama adalah pendakwah yang disebut da‘ie di

dalam bahasa Arab. Pendakwah adalah pihak yang menyeru manusia

ke jalan kebaikan dan Nabi Muhammad S.A.W adalah pendakwah

89 Op. Cit, Hamka, 322 90 Op. Cit, Zaidan, 5-6

Page 50: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

50

yang pertama menyeru manusia kepada agama Allah swt. pada zaman

beliau.91

‘Abd al-‘Aziz menyatakan bahawa pendakwah adalah orang

yang berusaha mengajak orang lain kepada Islam dengan cara-cara

tertentu. Menurut beliau lagi, pendakwah hendaklah mempunyai

bekalan dakwah yang mencukupi seperti ilmu tentang agama Islam,

pengetahuan umum yang banyak, ilmu tentang sejarah, ilmu

pengetahuan tentang mazhab-mazhab dalam Islam, realiti semasa,

ilmu kemanusiaan dan siyasah. Disamping itu pendakwah juga

dituntut mempunyai hubungan yang kuat kepada Allah S.W.T serta

mempunyai sifat-sifat mulia ataupun mempunyai ketinggian akhlak.92

Jasim Bin Muhammad pula menerangkan bahawa pendakwah

adalah penyeru manusia dari kesesatan kepada petunjuk Allah, dari

kesedihan kepada kegembiraan, yang menghidupkan dengan kitab

Allah mayat-mayat iaitu orang yang leka dan hanyut dalam

kemungkaran, yang memperlihatkan dengan kitab Allah orang yang

buta iaitu orang yang tidak pernah melihat kebenaran itu sebagai

kebenaran bahkan menafikannya.93

Dari sini dapat difahami bahawa pendakwah adalah penyeru

perubahan kepada sasaran dakwah supaya bertukar menjadi lebih

Islami dan seruan ini sesuatu yang disyariatkan Allah. Selain daripada

91 Ibid. 92 Op. Cit, Mohd. Zin, Pengantar Dakwah Islamiah, 136 93 Jasim Bin Muhammad Muhalhil Al-Yasin, Li al-Du‘at Faqat Da‘kwah Ikhwan (Kuwait:

Darul Al-Dakwah, 1986), 10

Page 51: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

51

menyeru, pendakwah juga memastikan seruan kepada kebenaran dan

pencegahan daripada yang mungkar berlaku di sekelilingnya.

Seterusnya pendakwah juga mengajak agar berpegang kuat dengan

agama Allah, menyediakan persekitaran yang Islami dan membimbing

sasaran dakwah menjadikan seluruh kehidupannya benar.

Jum‘ah Amin‘Abd al-‘Aziz menyebut bahawa pendakwah yang

betul begitu penting dalam menyampaikan dakwah yang berkesan.

Beliau juga menyebut adalah bahaya seorang pendakwah yang kurang

memahami Islam yang menyampaikan dakwah atau pendakwah yang

pandai bercakap tetapi tidak berilmu. Keadaan ini akan menjadikan

salah faham berlaku kepada sasaran dakwah dan menjadi alasan

kepada orang kafir semakin selesa dengan kekufuran mereka.94

Oleh itu pendakwah adalah penting bagi menggerakkan dakwah

berkesan, bukan sekadar bergerak tetapi gerakan yang mendapat

keberkatan Allah sebagai pemilik dakwah dan dapat mencapai

matlamat.

Sebagaimana disebut pada awal bab ini bahawa dakwah adalah

tanggungjawab semua Muslimin dan Muslimat mengikut kemampuan

dan bidang yang mereka kuasai. Dalam pengertian ini, Abdul Rahman

Ya’kub telah menempatkan dirinya sebagai serang yang memikul

tanggungjawab dakwah. Tokoh ini juga berhasrat membawa

perubahan terhadap umat Islam Sarawak supaya mempraktikkan Islam

94 Op. Cit, Amin ‘Abd al-‘Aziz, 60-61

Page 52: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

52

dengan lebih baik dalam hidup mereka sebagaimana perngertian

perubahan yang akan dibawa oleh pendakwah dibahas di atas.

2.6.2 Sasaran Dakwah

Asas yang kedua adalah sasaran dakwah iaitu golongan manusia

yang ditujukan seruan dakwah kepada mereka. Dalam hal ini, ‘Abd al-

Karim Zaidan menyebut bahawa sasaran dakwah adalah semua

manusia. Mereka hendaklah diseru kepada agama Allah S.W.T dan

disampaikan ajaran Islam yang sempurna. Kemudian beliau menyebut

sasaran dakwah hendaklah sudah baligh, berakal tidak kira apa juga

warganegaranya, warna kulitnya, status sosialnya, lelaki mahu pun

perempuan.95

‘Abd al-‘Aziz pula menyatakan secara umumnya sasaran

dakwah adalah manusia keseluruhannya dan mereka terbahagi kepada

dua kumpulan iaitu golongan manusia yang sudah beragama Islam

dan golongan yang bukan beragama Islam. Dalam pada itu masing-

masing golongan mempunyai kompleksiti yang tersendiri.96

Dari kenyataan di atas dapat difahami bahawa sasaran dakwah

adalah seluruh manusia di mana juga mereka berada yang diseru

kepada agama Allah. Perkara ini disebut oleh Allah S.W.T dalam Al-

Quran dalam Surah Al-A‘raf ayat yang ke 158 dan juga Surah Saba’

ayat 28 menyatakan bahawa ajaran Nabi Muhammad SAW hendaklah

disampaikan kepada seluruh manusia.

95 Op. Cit, Zaidan, 373 96 Op. Cit, Mohd. Zin, Pengantar Dakwah Islamiah, 142

Page 53: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

53

Menurut seorang penulis kitab dakwah iaitu Taufiq al-Wa‘iy

bahawa sasaran dakwah mempunyai banyak pintu hati yang boleh

disentuh dan rahsia yang mendalam untuk diterokai oleh pendakwah.

Ini menuntut para pendakwah agar memilih ungkapan yang benar,

momentum yang sesuai, kondisi yang terpilih, sentuhan yang indah,

argumen yang tepat serta situasi yang betul dalam mendekati sasaran

dakwah.97

Sasaran dakwah diibaratkan logam yang akan dibentuk dengan

acuan dakwah dan sasaran dakwah mempunyai tabiat dan kesukaran

yang tersendiri serta berbeza di antara satu dengan yang lain. Dakwah

yang dijalankan hendaklah memiliki halatuju yang kuat, sistem yang

teratur, pendekatan yang sesuai agar cabaran yang datang daripada

sasaran dakwah dapat ditangani dengan baik.

Hasanuddin Abu Bakar menyatakan bahawa pada hakikatnya

dakwah ditujukan kepada manusia sebagai individu dan sebagai

masyarakat, tidak ada yang terlepas daripada menjadi sasaran dakwah

sehingga mereka berpegang dengan kebenaran agama Allah dalam

seumur hidup.98

Dalam membincangkan dakwah di Sarawak, terdapat berbagai

etnik yang menjadi sasaran dakwah seperti Melayu, Melanau, Iban,

Bidayuh, Cina, Kenyah, Penan, Kaya, Lun Bawang, Kelabit dan etnik-

etnik yang lain. Tokoh ini berhadapan dengan berbagai kumpulan

97 Op. Cit, al-Wa’iy, 21 98 OP. Cit, Abu Bakar, 1

Page 54: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

54

sasar dalam dakwah beliau dari kalangan manusia dan mereka

terbahagi kepada dua iaitu golongan Muslim yang sedia ada dan

golongan non-Muslim. Tokoh ini mensasarkan dakwah kepada

golongan Muslim yang sedia ada kerana mereka telah hilang jati diri

yang benar, mereka hidup dalam maksiat dan kefasikan. Manakala

golongan non-Muslim pula adalah merupakan tanggungjawab

menyebarkan hidayah kepada mereka agar menjadi orang Islam,

terkeluar dari kesesatan dan kekufuran, justeru, menyebarkan rahmat

dan kesejahteraan ke seluruh alam.

2.6.3 Isi kandungan Dakwah

Asas yang ketiga adalah isi kandungan atau intisari dakwah. Isi

kandungan dakwah adalah agama Islam itu sendiri. Ajaran Islam

membawa manusia kepada ajaran yang betul dari sudut keyakinan,

ibadat, akhlak, urusan kenegaraan, undang-undang, urusan jual beli

dan sebagainya. Oleh itu manusia diseru kepada agama Islam bukan

kepada yang lain-lain. Apa-apa perkara yang bukan dari Islam

hendaklah dijauhi dari seruan dakwah seperti impian atau cita-cita

seseorang pemimpin, urusan yang bersifat kesukuan atau warna kulit,

kesamaan ideologi, hawa nafsu dan sebagainya.99

Semua nabi yang diutus Allah tidak menyeru manusia kecuali

kepada tauhid serta ibadah yang benar kepada Allah. Sebuah firman

99 Hasan al-Banna, Himpunan Risalah Imam Hasan al-Banna, terj. Salehan Ayub (Kuala

Lumpur: Pustaka Salam, 2003), 21-22

Page 55: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

55

Allah dalam Surah Yusuf ayat ke 108 menyebut seruan nabi

Muhammad adalah kepada Allah S.W.T.

Menurut ‘Abd al-Karim Zaidan kandungan dakwah adalah

agama Islam iaitu agama yang didatangkan oleh Allah kepada

Rasulullah S.A.W melalui wahyu-wahyu untuk disampaikan kepada

seluruh manusia. Islam adalah agama yang terbina di atas rukun-rukun

tersendiri, menyediakan sistem atau minhaj yang mengatur kehidupan

manusia menjadi teratur dan harmoni.100

Dakwah adalah seruan kepada jalan Allah bukannya kepada

peribadi pendakwah atau kumpulannya. Pendakwah hanyalah

berkewajipan menyeru kepada agama Allah SWT tidak boleh

mengambil kesempatan dalam dakwah atau ke atas orang yang

mendapat petunjuk dari dakwahnya kerana ganjaran adalah dari Allah

SWT.101

Seruan atau dakwah kepada selain Islam akan membawa kepada

kesesatan serta kebinasaan dan seruan tersebut akan lenyap bersama

lenyapnya pengasas seruan seperti peribadatan kepada Fir‘aun,

ideologi Karl Marx102, Stalin103 dan lain-lain lagi ideologi.

100 Op. Cit, Zaidan, 7 101 Op. Cit , Syed Qutb, 2202 102 Karl Marx lahir pada tahun 1818 di kota Trier Jerman merupakan pelopor utama gagasan

sosialisme ilmiah. Pada usia 17 tahun Karl Marx menuntut di Universiti Bonn dalam bidang

undang-undang mewarisi bidang ayahnya. Beliau berpindah ke Universiti Berlin sehingga

mendapat Doktor Falsafah dalam ilmu falsafah di Universiti Jena. Pernah menceburkan diri

dalam bidang jurnalistik dan menjadi redaktur akhbar Rheinische Zeitung di Cologne tetapi

beliau amat meminati politik dan memiliki pemikiran yang radikal. Beliau pindah ke Paris

dan bertemu dengan Friederich Engles dan menjadi sahabat karib hingga akhir hayatnya.

Marx tidak lama di Paris kerana diusir dan berpindah ke Brussel dan pada tahun 1847 beliau

menerbitkan buah fikirannya buat kali pertama dalam bukunya yang berjudul The poverty of

philosophy (Kemiskinan filsafat) dan pada tahun berikutnya beliau bekerjasama dengan

Page 56: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

56

Muhammad Nur Hafiz Su‘aid menyatakan dalam bukunya

bahawa umat Islam sekarang hendaklah berpegang dengan ajaran

Islam yang benar bersumberkan al-Quran dan sunnah Nabi

Muhammad S.A.W. kerana umat terdahulu yang telah berjaya dalam

dakwah, perjuangan dan hidup mereka kerana pegangan yang benar

ini. Umat ini tidak akan berjaya melainkan mereka mengambil

pegangan yang telah membawa kejayaan umat terdahulu.104

Oleh yang demikian, seruan dakwah mestilah benar iaitu menuju

kepada agama Allah. Hakikat ini telah ditunjukkan oleh para nabi dan

rasul utusan Allah sepanjang zaman dakwah mereka. Seruan kepada

selain Islam adalah penyimpangan yang membinasakan selama-

lamanya.

Friederich Engles menerbitkan buku berjudul Communist Manifesto yang menjadi bacaan

dunia. Setelah berlaku pengusiran kepada beliau, beliau pindah ke London menceburi

bidang jurnalistik menulis tentang politik, ekonomi. Pada tahun 1867 beliau menerbitkan

buku terkenal beliau iaitu Das Kapital yang merupakan karya terpenting - Micheal H. Hart,

The 100, a Ranking of the Most Influential Persons in History, trjmh. H. Mahbub Djunaidi

(Jakarta:Pustaka Kaya, 1982), 86-87 103 Stalin : Nama sebenar beliau adalah Iosif Vissarionovich Dzugashvili lahir pada tahun 1879

di kota Gori Gorgia di Kaukasus dan bahasa asalnya pun Gorgia yang jauh berbeza dengan

bahasa Rusia. Beliau mempelajari bahasa Rusia tetapi apabila bercakap dalam bahasa Rusia

masih kedengaran bahasa Gorgia. Dilahirkan dalam keluarga yang miskin, ayahnya adalah

tukang sepatu yang gemar mabuk dan memukul anaknya. Ayahnya meninggal ketika Iosif

Berumur 11 tahun. Beliau bersekolah di sekolah gereja di Gorgia dan pada usia belasan

tahun beliau mempelajari teologi tetapi dikeluarkan kerana dituduh menyebarkan pemikiran

subversif. Beliau bergabung dengan Karl Marx bergerak secara bawah tanah dan pada tahun

1903 beliau memihak kepada kelompok Bolshevik dan menjadi ahli parti yang paling gigih.

Beliau pernah ditahan tidak kurang dari 6 kali. Tahun 1922 beliau menjadi setiausaha Parti

Komunis dan menggunakan kedudukan dan pengaruh itu untuk menuju puncak kekuasaan

setelah Lenin meninggal dunia walaupun Lenin pernah berusaha untuk menyingkirnya

kerana terlalu keras tetapi sudah terlambat. Stalin sangat bijak dan begitu berjaya dalam

perebutan kuasa dengan memusnahkan pesaingnya. Pada tahun 1933, beliau pernah

mengadakan perjanjian gencatan senjata dengan Hitler - Micheal H. Hart, The 100, a

Ranking of the Most Influential Persons in History, trjmh. H. Mahbub Djunaidi

(Jakarta:Pustaka Kaya, 1982), 313-316 104 Muhammad Nur Hafiz Suaid, Asas Membina Generasi Berkualiti, terj. Siti Saujah bte

Hj. Mashuri dan To‘at Amrullah bin Hj. T syarfi (cet. pertama, Batu Caves Selangor: Al-

Hidayah Publication, 2010), 7

Page 57: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

57

Dalam temubual dengan penulis, tokoh ini menegaskan dakwah

yang dilakukan oleh beliau adalah untuk membawa manusia kepada

ajaran Islam yang benar, menentang ajaran dan amalan songsang yang

sesat yang diamal oleh umat Islam. Beliau tidak membawa mereka

kepada matlamat yang lain selain daripada Islam.

2.6.4 Medium Dakwah

Asas yang keempat adalah medium dakwah iaitu merujuk

kepada cara penyampaian dakwah. Terdapat berbagai cara

menyampaikan dakwah dalam usaha menakluk sasaran dakwah.

Medium dakwah juga dikenali dengan istilah Wasa’il Al-Da‘wah dan

Uslub Al-Da‘wah.

Wasa’il merupakan kata jama‘ dari kalimat wasilah yang

bermaksud sesuatu yang dijadikan perantara untuk mendekat atau

menuju kepada sesuatu yang lain.105

‘Abd al-Karim Zaidan memberi takrifan wasa’il adalah medium

yang digunakan oleh pendakwah untuk menyampaikan dakwah bagi

menghilangkan kekaburan tentang agama Allah S.W.T dan

menerimanya.106

Dari takrifan yang disebut di atas menunjukkan bahawa dakwah

perlulah menggunakan medium yang banyak untuk menarik perhatian

sasaran dakwah. Medium dakwah adalah prasarana yang dilibatkan

dalam menyampaikan dakwah.

105 Op. Cit, al-Munjid Fi al-Lughah, entri “wasa’l ” 900 106 Op. Cit, Zaidan, 411

Page 58: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

58

Sekiranya diperincikan, medium dakwah adalah seperti melalui

kesenian, aktiviti, karya tulisan, pementasan, penyampaian dan

bahkan hubungan peribadi juga termasuk dalam rangkuman medium

dakwah. Terdapat sebuah lagi istilah iaitu uslub al-da‘wah iaitu tools

yang digunakan dalam penyampaian dakwah tersebut seperti melalui

nasyid, seni silat, pidato dan banyak lagi yang boleh digunakan. Jadi

wasilah dan uslub adalah berhampiran dan mempunyai sedikit sahaja

perbezaan. Wasilah adalah apakah medium yang dilibatkan dan uslub

pula adalah bagaimana dakwah itu dilakukan oleh pendakwah.107

Setelah membincangkan asas-asas dakwah di atas

menampakkan bahawa dakwah adalah tugas yang penting dan berat.

Oleh itu dakwah dilakukan secara kolektif dan bukannya

perseorangan. Disamping itu kerja dakwah secara kolektif ini

merupakan tradisi yang diperolehi dari para nabi dan rasul yang

berdakwah sebelum ini.

Dalam kajian ini akan membincangkan sumbangan-sumbangan

dakwah oleh tokoh ini yang berjalan di atas medium dakwah yang

berbagai bentuk dan akan dibincang seterusnya.

Di zaman moden ini, banyak ditemukan kaedah-kaedah yang

boleh membantu manusia melaksanakan tugas mereka terutamanya

bagi kerja yang sukar lagi mencabar. Dengan kaedah-kaedah tersebut,

kerja-kerja disusun secara sistematik, efisien dan bermatlamat. Salah

107 Op. Cit, Mohd. Zin, Metodologi Dakwah, 182

Page 59: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

59

satu dari kaedah tersebut adalah melalui kaedah institusi. Dakwah

perlu diinstitusikan agar lebih berwibawa serta berkesan dan tambahan

pula tugas dakwah yang telah dilaksanakan oleh nabi-nabi terdahulu

adalah secara kolektif seperti sebuah organisasi atau institusi sebagai

mana yang disebut dalam firman Allah Surah Ali ‘Imran ayat 104,

Surah Yusuf ayat 108 dan dalam Surah Al-Saf ayat 4.

Oleh itu, selanjutnya penulis akan membincangkan institusi

dakwah dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya supaya

menampakkan kepentingan, hubungkait serta keutamaan dakwah

secara institusi.

2.7 Institusi Dakwah

Dalam sub-judul ini penulis akan membincangkan mengenai institusi

atau organisasi kerana ia berkait secara langsung dengan kajian ini. Tokoh ini

mengetuai mengasaskan penubuhan sebuah institusi atau organisasi bagi

memperkasakan lagi gerakan dakwah di Sarawak yang akhirnya meningkatkan

perkembangan umat dan agama Islam di Sarawak.

Institusi sama dengan organisasi.108 Organisasi diadakan kerana kerja

yang hendak dilaksanakan tidak mampu dikerjakan secara bersndirian tetapi

sebaliknya dilakukan secara beramai-ramai menerusi susunan personel dalam

struktur yang solid dan membahagi-bahagikan tugas dan kerja kepada personel

108 http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k – tarikh capaian 13 Januari 2015

Page 60: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

60

kemudian memantau pelaksanaan kerja tersebut supaya keseluruhannya

bersepadu dan harmoni.109

Ibn Khaldun menyebut bahawa manusia secara tabiinya hidup dalam

trend kelompok yang berfungsi mengikut kesesuaian. Organisasi sosial

manusia itu adalah suatu yang harus dan para ahli falsafah menyatakan

“...manusia itu politikal secara semulajadinya...”. Manusia tidak boleh hidup

tanpa organisasi sosial dan tanpa kewujudan organisasi sosial keberadaan

manusia tidak sempurna.110

Kamus Dewan Edisi Baru memberikan takrifan institusi sebagai badan

yang ditubuhkan untuk melaksanakan tugas-tugas tertentu.111

Institusi adalah pusat bagi mencapai sesuatu tujuan dan terdapat berbagai

jenis tujuan yang dicapai melalui institusi yang ditubuhkan seperti untuk tujuan

peribadatan, pendidikan, perekonomian, kemasyarakatan, kebajikan dan

seumpamanya.112

Institusi merupakan sebuah susunan teratur dan kemas untuk

melaksanakan sebuah gagasan atau tugas. Dari kekemasan dan susunan inilah

dicorak langkah-langkah dan tindakan yang akan diambil sehingga terlaksana

dengan baik semua perancangan untuk mencapai matlamat. Manakala dari

sudut yang melibatkan manusia pula, institusi memberi makna susunan

109 James A.F Stoner, Charles Wanker, Pengurusan Edisi Ketiga, terj. Yaakob Ibrahim

(Petaling Jaya: AMIZA, 1989), 292 110 Dewan Bahsa Dan Pustaka, Muqadimah Ibn Khaldun, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan

Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia, 1993), 1-3

111 Op. Cit, Kamus Dewan Edisi Baru, 456, entri “institusi.” 112 Fadzilah Azni Ahmad, Kaedah Pengurusan Institusi-Institusi Pembangunan Berteraskan

Islam Di Malaysia (Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), 2010), 6

Page 61: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

61

personel dalam sebuah ikatan atau aspirasi dan mereka bekerja untuk mencapai

matlamat yang telah digaris sebelumnya.113

Berdasarkan definisi ini, tokoh ini telah mengambil langkah tepat dan

penting apabila menubuhkan BINA pada tahun 1969. Tokoh ini melihat

tanggungjawab dakwah di Sarawak sangat besar dan mustahil memikulnya

secara bersendirian. Tokoh ini juga mempelajari perjalanan aktiviti agama

semasa dan sebelum itu dalam skala yang rendah dan lebih bersifat perayaan-

perayaan hari kebesaran Islam melalui perarakan, tilawah al-Quran, zikir

marhaban dan pembinaan masjid.114

Aktiviti-aktiviti yang diadakan tidak menjurus kepada kesedaran atau

peningkatan jati diri umat Islam dan kekurangan organisasi dakwah ketika itu

menjadikan kerosakan keperibadian umat Islam kurang berjaya ditangani

dengan berkesan. Walaupun Majlis Islam Sarawak (MIS) telah beroperasi sejak

tahun 1955 tetapi bidang kuasa badan ini terhad kepada urusan pernikahan,

urusan haji umat Islam, fardhu ‘ain dan kifayah.115

Dengan rasionalisasi di atas, tokoh ini tampil membuka dimensi dakwah

dengan menubuhkan organisasi yang dikenali Angkatan Nahdatul Islam

Bersatu atau BINA apabila dibaca secara terbalik. BINA berganding bahu dan

memperkasakan gerakan dakwah bersama MIS untuk menyebarkan dakwah ke

seluruh Sarawak.

113 Juanda Jaya,“Dakwah Islamiah Di Sarawak : Kajian Terhadap Pengurusan Dakwah Secara

Organisasi” (tesis kedoktoran, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaya,

Bangi, 2003), 2 114 Sarawak Makmur Dalam Malaysia, “t.tp”, 68 115 Ibid.

Page 62: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

62

...Usaha dakwah Majlis Islam ini terutamanya sangatlah

berjaya dengan bantuan sukarelawan-sukarelawan terutama

dari BINA, 4,110 orang telah memeluk Islam hingga hujung

tahun 1977. Sumbangan BINA sangatlah besar ertinya

kepada usaha dakwah Majlis Islam...116

Dari apa yang difahami melalui takrifan di atas bahawa organisasi atau

institusi adalah sebuah gerakan yang melibatkan banyak manusia atau pihak

untuk menuju kepada suatu arah dan matlamat yang disepakati bersama

sebelumnya.

Dalam hubungn dengan dakwah, institusi dakwah adalah ibarat jentera

yang digunakan untuk menggerakkan dakwah sama ada menggunakan istilah

organisasi, jemaah, yayasan, persatuan, pusat pengajian dan sebagainya. Setiap

ahli dari anggota organisasi akan menambah kekuatan anggota yang lain

sehingga mencapai kesempurnaan.117 Melakukan dakwah secara berinstitusi

dan berkelompok adalah asas sebagaimana telah disebut pada dalil-dalil di

dalam Al-Quran yang telah disentuh sebelumnya.

Dalam kajian ini, tokoh ini juga mengambil langkah mengistitusikan

dakwah supaya menjadi kemas, bermatlamat dan berwibawa. Lantaran itu,

dalam memerihalkan penubuhan organisasi dakwah BINA akan menampilkan

asas-asas yang penting penubuhan organisasi tersebut dan perbincangan

mengenai perkara ini akan dibawa kepada bab yang seterunya..

116 Ibid 117 Op. Cit, Mohd. Zin, Pengantar Dakwah Islamiah, 139

Page 63: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

63

2.8 Kesimpulan

Secara umumnya perbahasan bab kedua ini dapat disimpulkan bahawa

tanggungjawab dakwah terletak kepada setiap Muslim dan Muslimat

berdasarkan bidang dan kepakaran masing-masing. Penyampaian dakwah yang

berkesan adalah penting memandangkan hasil yang akan diperolehi iaitu

perubahan kepada sasaran dakwah. Disamping itu pendakwah itu mestilah

mempunyai bekalan yang maksima untuk menyampaikan dakwah seperti ilmu

pengetahuan tentang Islam, ilmu kemanusiaan, sains, sejarah, teknologi

maklumat, seni, akhlak, soft skills dan seumpamanya.

Dalam kaitan dakwah di Sarawak menyaksikan pengalaman dakwah

yang dinamik bahkan melibatkan aktor-aktor dakwah yang berwibawa. Mereka

telah mengorbankan jiwa dan raga supaya dakwah di Sarawak tetap terus

berjalan. Oleh itu serangkaian nama-nama besar dalam fail dakwah di Sarawak

seperti Hakim Keramat, Syeikh Othman Abdul Wahab, Datu Mufti Haji Abdul

Kadir Hassan dan tokoh ini.

Penulis mendapati terdapat hubungkait yang erat di antara perkembangan

dakwah di Sarawak selepas merdeka dengan Tokoh ini yang memberi imej

baru gerakan dakwah yang berkesan ketika itu iaitu dengan menginstitusikan

dakwah. Oleh itu, kajian seterusnya akan membincangkan Tokoh ini dengan

memperinci latar belakang dan kerjaya beliau dalam rangka mengenali beliau

dengan lebih mendalam.

Page 64: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

64

BAB 3 PROFIL EKSKLUSIF ABDUL RAHMAN YA’KUB

3.1 Pendahuluan

Untuk mengetahui tokoh ini dengan lebih lanjut,penulis akan

membincangkan dalam bab ini mengenai perjalanan hidup tokoh ini dengan

menelusuri profil eksklusif beliau.

Beberapa tulisan mengenai tokoh ini telah diabadikan oleh beberapa

orang penulis seperti H.M Tuah Iskandar dalam Abdul Rahman Ya’kub Kancil

Sarawak, Suhaimi Mokhtar dalam Putera Kenyalang Satu Dekad Penuh

Cabaran dan sebagainya adalah fakta mengenai ketokohan beliau di Sarawak

khususnya dan di Malaysia umumnya. Dalam usia menjangkau lingkungan 85

tahun sudah tentu berbagai kenangan yang ditinggalkan sama ada suka

mahupun duka sepanjang menabur khidmat beliau di Sarawak Darul Hana.

Untuk itu penulis membawa perjalanan silam individu ini pada perbincangan

yang selanjutnya.

3.2 Latar Belakang

Tokoh ini dilahirkan di Kampung Jepak Bintulu pada 3 Januari 1928.118

Ayahnya Wan Ya’kub Bin Wan Yusuf atau lebih dikenali dengan nama Pak

Lekup berasal dari Mukah Sarawak manakala ibu beliau Siti Hajar Binti Mohd.

118 H.M Tuah Iskandar, Abdul Rahman Ya’akub Kancil Sarawak (Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa Dan Pustaka,1999), 3

Page 65: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

65

Tahir,119 juga dikenali dengan nama Emak Hajar.120 Emak Hajar adalah dari

keturunan Brunei dan masih mempunyai banyak saudara mara di sana.121

Tokoh ini mesra dipanggil dengan nama ‘mong’ iaitu panggilan manja

oleh ayahnya semasa kecil. Moyang beliau bernama Pehin Orang Kaya Setia

Raja Abang Manai yang menurut kisahnya pernah mencetuskan masalah

terhadap Pentadbiran Brooke suatu ketika dahulu di Sarawak. Maka disebabkan

perkara inilah tokoh ini pernah dimarah oleh salah seorang pegawai Inggeris

ketika melamar jawatan dalam pentadbiran pada zaman Kolonial Inggeris.122

Tokoh ini sekeluarga tinggal di Kampung Jepak bersama dengan

masyarakat Melanau yang mana pekerjaan utama mereka adalah menangkap

ikan kerana kedudukan Bintulu berdekatan dengan pantai Laut Cina Selatan.

Abdul Rahman merupakan anak bongsu daripada enam orang adik beradik iaitu

abang sulung yang bernama Abdul Rauf dan kakak-kakak beliau bernama

Fatimah, Hamidah, Teh dan Che Mah123.

Kehidupan sebagai nelayan serba kekurangan dan pendapatan yang tidak

menentu kerana lebih bergantung dengan hasil tangkapan laut termasuk

keluarga tokoh ini. Bagi menyara keluarga, Pak Lekup menangkap ikan dan

juga melakukan kerja-kerja lain seperti mengambil kayu belian124 untuk dijual

119 Suhaimi Mokhtar, Putera Kenyalang satu Dekad Penuh Cabaran (Petaling Jaya Selangor:

Penerbitan Pena Sdn. Bhd, 1981), 24-25 120 Op. Cit, Iskandar, 2 121 Op. Cit, Abdul Rahman Ya’kub, temubual 122 Op. Cit, Iskandar, 115 123 Ibid., 2 124 Pokok Belian merupakan sejenis pokok kayu keras, nama saintifiknya Eusideroxylon

Zwaggen. Ia merupakan pokok yang lambat tumbuh membesar dan bukan dipterokarpa.

Kayu Belian (Eusideroxylon zwageri), spesies balak Malaysia Timur, tahan secara

semulajadi disebabkan ciri-ciri anatomi uniknya dan kandungan hasilan yang tinggi.

Kayunya mampu tahan dedahan kepada tanah dan keadaan lain tanpa kehilangan kekuatan

yang jelas. Beberapa tiang eletrik Belian yang diuji di Sarawak menunjukkan hanya reput

Page 66: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

66

dan sebagainya. Selain menjadi nelayan, Pak Lekup juga merupakan seorang

guru Al-Quran yang mengajar anak-anak orang kampung dan anak-anaknya

sendiri termasuk tokoh ini yang masih kecil.125

Pak Lekup amat mengambil berat tetang pendidikan anak-anaknya

terutama tokoh ini. Beliau berhasrat melihat anak-anaknya berjaya kelak lebih-

lebih lagi beliau ingin melihat tokoh ini menjadi seorang tokoh agama atau pun

menjadi seorang peguam.126

Pada tahun 1931, Pak Lekup membuat keputusan berpindah ke Miri

kerana mahu mencari pekerjaan baru di sana dan memperbaiki keadaan hidup

mereka.127 Kehidupan tokoh ini sekeluarga di Miri berbeza dengan sebelumnya,

mereka menyewa sebuah rumah milik lelaki India bernama Syed Ahmad yang

mesra dipanggil ‘nana’ di jalan Eu Seng, Kampung Wireless. Mereka

bertetangga dengan sebuah keluarga Tionghua iaitu Tauke Chong yang

berniaga kedai runcit di kampung berkenaan. Kehidupan keluarga tokoh ini

dengan keluarga jiran-jiran sangat harmoni, saling tolong menolong dan

memahami antara satu sama lain. Tokoh ini juga berkawan baik dengan anak-

anak tauke Chong, mereka pergi ke sekolah bersama-sama dan pada waktu

tertentu mereka belajar dan mengulangkaji pelajaran.

Kedudukan kewangan yang tidak menentu menyebabkan sewa rumah Pak

Lekup tertunggak beberapa bulan. Namun begitu beliau bersyukur kerana tuan

permukaan pada garis tanah selepas 20 tahun. Ujian menggunakan mikroskop

elektron ("Transmission electron microscopy (TEM)") menunjukkan kehadiran rongga

reput lembut pada dinding fiber – dicapai 21 Ogos 2011,

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Belian 125 Op. Cit, Iskandar, 16 126 Op. Cit, Mokhtar, 12 127 Op. Cit, B.I.N.A, 23

Page 67: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

67

rumah sangat memahami keadaan beliau sekeluarga dan memberi kelonggaran

kepada beliau untuk melunaskan sewa tersebut apabila memiliki wang yang

cukup.

Peristiwa yang sangat menggembirakan tokoh ini sekeluarga adalah

ketika dimaklumkan oleh suami kakaknya bahawa permohonan mendapatkan

sebidang tanah telah diluluskan. Pak Lekup mula mengumpul bahan-bahan

yang diperlukan untuk mendirikan rumah di tapak tersebut sedikit demi sedikit.

Akhirnya rumah itu dapat didirikan sekadar yang termampu. Walaupun masih

belum lengkap tetapi Abdul Rahman sekeluarga amat gembira kerana sudah

tinggal di rumah sendiri. Di rumah itulah tokoh ini membesar dan melalui

berbagai peristiwa serta pengalaman yang tidak mungkin dilupakan oleh

beliau.128

Pada tahun 1941 hingga 1945 Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun.

Ekspedisi Tentera Jepun memasuki kampung-kampung dan pedalaman untuk

mengejar musuh mereka dan memaksa penduduk kampong melarikan diri dari

kekejaman tentera Jepun. Keluarga Abdul Rahman juga mengosongkan dan

meninggalkan rumah mereka untuk menyelamatkan diri ke kawasan yang lebih

selamat. Keadaan ini berlaku berulangkali sepanjang pendudukan Jepun itu.

Pengalaman yang berharga yang dilalui oleh tokoh ini apabila beliau

bekerja menjadi penterjemah kepada tentera Jepun. Beliau dipilih kerana

kebolehan bercakap dan berkomunikasi dalam bahasa Jepun.129

128 Op. Cit, Iskandar, 33 129 Op. Cit, Abdul Rahman Ya’kub, temubual

Page 68: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

68

Tokoh ini hampir-hampir menemui ajal ketika menjadi penunjuk jalan

kepada tentera Jepun untuk pergi ke satu kawasan yang beliau sendiri tidak

pernah sampai. Pada pertengahan jalan mereka terserempak dengan Pak Mud

iaitu bapa saudara sebelah ibunya lalu menyertai mereka. Apabila Pak Mud

mendapati keadaan semakin sukar, beliau menyuruh tokoh ini melarikan diri

kerana kemungkinan mereka akan dibunuh memandangkan perjalanan mereka

telah tersasar dan tidak akan sampai ke tempat yang dituju. Ketika mereka

berehat dari keletihan tokoh ini mengambil kesempatan lari meninggalkan

kumpulan tersebut tanpa diketahui oleh tentera Jepun.130

Satu peristiwa yang menyentuh hati tokoh ini terjadi ketika tentera Jepun

mendera abangnya Abdul Rauf yang tidak pergi bekerja kerana kurang sihat,

namun alasan itu tidak dapat diterima oleh tentera Jepun. Penderaan itu

dilakukan di hadapan tokoh ini sendiri dan beliau amat sedih dan kecewa

menyaksikan peristiwa tersebut. Semenjak hari itu tertanam rasa tidak senang

beliau terhadap tentera Jepun sehingga meninggalkan bahasa Jepun. Beliau

kesal dengan tindakannya itu tetapi sebagai manusia beliau juga mempunyai

alasan untuk menyukai atau membenci sesuatu.131

Keperitan hidup menjadikan Abdul Rahman berani dan sanggup

menghadapi risiko. Beliau bersama ayahnya ke laut yang berombak dan sungai

yang berjeram serta merbahaya mengambil guano132 di Gua Niah untuk dijual.

Mengharungi air sungai yang deras dan terdapat jeram, beting dengan kapal

130 Op. Cit, Iskandar, 65-68 131 Op. Cit, Abdul Rahman Ya’kub, temubual 132 Guano: Tahi Kelawar sudah kering yang digunakan sebagai baja. Dewan bahasa Dan

Pustaka (1981), Kamus Dewan Edisi Baru, Kuala Lumpur, Kementerian Pendidikan

Malaysia, h. 380

Page 69: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

69

injin disel amat merbahaya tetapi terpaksa diredah untuk kesinambungan hidup.

Semua itu menjadi guru dan pengalaman berguna kepada Abdul Rahman dalam

sejarah hidupnya.133

Pada usia kanak-kanak, Abdul Rahman mempunyai minat seperti kanak-

kanak yang lain dan beliau adalah seorang yang berbakat dan serba boleh. Di

antaranya beliau amat gemar bermain bola sepak disamping jenis-jenis sukan

yang lain.

...Rahman Ya’kub was very active in sports during his school

days, especially football (soccer). In the later years of his life

he also enjoyed playing golf. Rahman is a very religious man

and loves reading religious books on Islam. He even conduct

free-religious classes for the public after leaving active

politics in 1985...134

3.3 Pendidikan

Hasrat dan keinginan tokoh ini untuk menuntut ilmu berputik sejak dari

kecil lagi dan terus mekar seakan-akan tidak pernah pudar apatah lagi hilang.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Anchi di Miri. Walaupun

tidak membawa peralatan belajar yang mencukupi, beliau tetap gembira dapat

ke sekolah. Perjalanan suka duka persekolahan beliau sangat berliku dan

mencabar sehingga beberapa kali tergendala disebabkan kemiskinan dan juga

perkara yang lain seperti ketegangan yang berlaku semasa tercetusnya Perang

Dunia Kedua.135

133 Op.Cit, Iskandar, 71-74 134 http://en.wikipedia.org/wiki/Abdul_Rahman_Ya%E2%80%99kub, dicapai 24 Jun 2011 135 Karia Bin Haji Rahmat, “Pemerintahan Negeri Sarawak Zaman Datuk Patinggi Haji Abdul

Rahman Ya’kub: Satu Analisa Dari Perspektif Islam” (Kertas Projek, Fakulti Syariah

Akademi Islam, Universiti Malaya, 1994), 42

Page 70: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

70

Apabila perang reda pada tahun 1946, beliau menyambung pelajarannya

semula dan ketika berusia 18 tahun beliau hanya lulus Standard Dua atau

Darjah Empat sahaja. Pelajarannya terhenti lagi buat seketika, kemudian

bersambung semula selama setahun tetapi sekali lagi berhenti. Asas faktor

kewangan keluarga yang daif tidak dapat membiaya persekolahannya, beliau

harus bekerja untuk membantu ayah dan keluarga.

Tokoh ini membuat keputusan untuk mencari kerja dan melupakan buat

seketika pelajarannya. Dengan mendapat gaji, dia boleh membantu ayahnya

menampung perbelanjaan keluarga. Pekerjaan pertama beliau adalah sebagai

penguji mutu minyak ‘Oil Tester’ dengan Syarikat Shell di Lutong Miri dengan

gaji di antara 42 dua sen hingga 2 ringgit sehari. Disamping itu beliau

mengajar Bahasa Melayu kepada pekerja-pekerja Shell untuk menambah

pendapatannya.136

Ketika asyik dengan pekerjaan dan mengumpul gaji serta membantu

mengurangkan beban keluarga, tokoh ini mendapat tawaran melanjut pelajaran

dalam bidang agama di Madrasah Al-Juned Singapura. beliau sangat gembira

mendapat tawaran tersebut tetapi hanya buat seketika kerana Emak Hajar

sangat keberatan untuk melepaskan beliau pergi jauh. Tokoh inimembatalkan

hasrat untuk menyambung pelajarannya dan melupakan tawaran tersebut

walaupun dengan hati yang berat.

Tokoh ini sememangnya individu yang cekal dan sentiasa berusaha agar

hasratnya tercapai walaupun terpaksa akan berjauhan dengan keluarganya.

Pada tahun 1947 beliau bertolak ke Kuching untuk mendapatkan pekerjaan dan

136 Op. Cit, Mokhtar, 12

Page 71: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

71

juga peluang melanjutkan pelajarannya kerana di Bandar Kuching terdapat

kelas-kelas malam yang boleh beliau ikuti. Sepanjang merantau di Kuching

beliau pernah bekerja sementara sebagai mandor wad di Hospital.137

Tokoh ini sentiasa mencari peluang dan kedudukan yang mengukuhkan

keadaan beliau supaya bertapak lebih lama di bandar Kuching. Sekiranya

dimaklumkan kepada beliau terdapat jawatan yang kosong, maka beliau akan

berusaha mengisinya mengikut prosedur yang ditetapkan. Permohonan Abdul

Rahman pernah ditolak ketika melamar untuk menjadi Pegawai Pelatih Hal-

ehwal Bumiputera. Kelulusan yang disyaratkan untuk jawatan tersebut adalah

Tingkatan Dua sedangkan beliau hanya lulus Standard Empat (darjah enam).

Beliau berterus terang kepada pegawai berkenaan bahawa tujuan beliau

bukanlah semata-mata untuk mendapat pekerjaan tetapi juga berhasrat untuk

melanjut pelajarannya.

Walaupun beliau tidak berjaya mendapatkan pekerjaan tersebut, beliau

ditawarkan pinjaman untuk melanjut semula pelajarannya di Madrasah

Melayu. Dalam masa kurang dari satu tahun beliau menamatkan Standard

Tujuh yang setaraf dengan Sijil Rendah Pelajaran (SRP)138 dan sekarang

dikenali dengan PMR. Beliau sekali lagi menunjukkan kecemerlangannya

apabila lulus dalam seluruh ujian yang seharusnya ditamatkan dalam tempoh di

137 Op. Cit, Iskandar, 107-109 138 Sijil Rendah Pelajaran (SRP) adalah peperiksaan bagi pelajar tingkatan tiga. Pelajar yang

gagal dalam ujian ini tidak dapat meneruskan pelajaran ke tingkatan empat. Sekarang

peperiksaan tersebut dikenali Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan sedikit perbezaan

iaitu pelajar boleh meneruskan pelajaran ke tingkatan empat walaupun gagal dalam

peperiksaan ini.

Page 72: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

72

antara dua hingga tiga tahun, tetapi Abdul Rahman hanya mengambil masa

selama enam bulan sahaja.139

Pencapaian dan prestasi tokoh ini semakin meningkat dari satu tingkat ke

tingkat yang berikutnya. Beliau dilantik menjadi Majistret Kelas Empat di Miri

dan tidak lama selepas itu, iaitu dalam tahun 1952 beliau dinaikkan pangkat

menjadi Majistret Kelas Satu. Di sana beliau memberi bakti dan khidmat

dengan baik dan cemerlang. Di samping itu hati kecilnya masih tersimpan riak

kegelisahan mencari-cari peluang untuk melanjut pelajaran.

Sejak sekian lama di alam pekerjaan dan berada dalam situasi yang

selesa, tokoh ini mengambil keputusan yang berat apabila meletak jawatan

sebagai hakim untuk menyambung persekolahannya. Beliau mengambil

peperiksaan Seberang Laut Cambridge di Sekolah Menengah Saint Joseph di

Kuching. Perjalanan berbatu-batu kemudian menaiki perahu menelusuri Sungai

Sarawak yang berliku-liku seakan-akan tidak dirasa oleh beliau kerana

membawa semangat membara untuk belajar dan mengejar cita-cita.140

Akhirnya, perjuangan dan pengorbanan yang telah beliau lakukan

mendapat pulangan yang berbaloi. Dengan izin Allah S.W.T, beliau telah lulus

dengan cemerlang dan pada tahun 1953 kemudian dianugerah biasiswa

melanjutkan pelajaran dalam bidang Undang-undang di Universiti

Southampton. Setahun kemudian iaitu pada tahun 1954 Abdul Rahman

139 Op. Cit, B.I.N.A, 23 140 Op. Cit, Mokhtar,13

Page 73: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

73

bertolak ke England meninggalkan Bumi Kenyalang Sarawak buat

menyambung perjuangannya menuntut ilmu.141

Dengan tawaran itu terubatlah kerinduan tokoh ini untuk melanjutkan

pelajarannya sebagaimana yang sangat diidamkannya sejak dari kecil.

Walaupun beliau gembira dengan peluang tersebut tetapi bercampur dengan

kesedihan kerana akan meninggalkan tanah air dan berjauhan dengan keluarga.

Di kota London yang begitu yang asing bagi tokoh ini, keadaan yang

berbeza dan beliau memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Pada tahun

pertama berada di perantauan menghadirkan keadaan yang sukar dari aspek

kerinduan, kesihatan yang sering terganggu menjadikan keadaan begitu sukar

bagi beliau.

Pernah suatu ketika beberapa orang tempatan bertemu beliau dan

menawarkan bantuan supaya beliau lulus dalam pelajarannya tetapi mereka

meminta tokoh ini mengikut agama mereka dan keluar dari agama Islam.

Tawaran itu sudah tentu ditolak oleh beliau, tidak pernah terfikir olehnya akan

berbuat demikian hanya sekadar untuk lulus peperiksaan.142

Tokoh ini pernah mengetuai universiti beliau dalam pertandingan debat

antara universiti dan pasukan beliau mendapat kemenangan. Nama tokoh ini

mekar dan harum seantero Kota London di kalangan penuntut senegara dan

mereka yang dekat dengannya.

Tokoh ini telah berjaya mendapat kelulusan Ijazah B.A (Law. Hons) dari

Universiti Southampton dan Barrister–at-law di Lincoln’s Inn, London. Kedua-

141 Ibid., 13 142 Op. Cit, Abdul Rahman Ya’kub, temubual

Page 74: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

74

dua ijazah tersebut diperolehi oleh beliau dari dua buah universiti dalam masa

yang bersamaan.143

Dengan kejayaan ini tokoh ini telah mencapai cita-citanya dalam bidang

pelajaran dan sudah tentu kejayaan ini mampu mengubat segala kepayahan

yang dilalui sejak kecil lagi. Di samping ijazah, beliau membawa pulang isteri

beliau dari rumahtangga yang telah dibina semasa menuntut di London.

Isterinya itu adalah rakan beliau sejak kecil lagi iaitu anak Taukey Chong yang

menjadi jiran mereka semasa di Miri dengan memakai nama Islamnya

Normah.144

Kepulangan Abdul Rahman dari England disambut seperti wira dan ramai

orang menunggunya di Lapangan Terbang Kuching. Ramai orang bercakap dan

berbangga dengan kejayaan beliau. Beliau merupakan anak Bumiputera yang

pertama mempunyai kelulusan undang-undang.145

3.4 Kerjaya

Apabila kembali ke tanah air pada tahun 1959, tokoh ini bekerja dan

memberi khidmat untuk negeri Sarawak. Beliau dilantik sebagai Crown

Counsel dan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) selama empat tahun bermula dari

Januari 1959.146

Tokoh ini merasa pencapaian yang diperolehinya ketika itu bukanlah

penamat, sebaliknya beliau sentiasa mencabar dirinya untuk terus

143 Ibid. 144 Ibid. 145 Op. Cit, Haji Rahmat, 44 146 Ibid.

Page 75: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

75

meningkatkan pencapaian kepada tingkatan yang lebih tinggi. Kerjaya tokoh ini

dalam dunia undang-undang tidak berjalan lama apabila beliau membuat

keputusan menceburi bidang politik.

Pada tahun 1963 Abdul Rahman telah dibawa ke Kuala Lumpur oleh

Perdana Menteri Malaysia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Hajj untuk

menyertai kabinet kerajaan pusat dengan menjawat Menteri Muda di

Kementerian Hal Ehwal Luar Bandar dibawah Abdul Razak Bin Hussein.

Tunku Abdul Rahman Putera juga memberi peranan kepada beliau menganjur

aktiviti keagamaan bahkan sering dihantar ke negara-negara Timur Tengah

untuk mewujudkan kerjasama dengan Malaysia. Hasil daripada hubungan

tersebut terbentuklah Sekratariat Islam yang berpusat di Jeddah, Arab Saudi

yang turut melibatkan Tunku Abdul Rahman Putra sebagai salah seorang yang

memulakan inisiatif penubuhan sekratariat tersebut.

Pada zaman Abdul Razak Bin Hussein menjadi Perdana Menteri, beliau

sering menyenaraikan tokoh ini menyertai lawatan-lawatan beliau ke luar

Negara seperti Nepal, Afghanistan, Iran, Syria, Indonesia, India, Pakistan,

Negara-negara Teluk , Arab Saudi. Keadaan ini berlanjutan walaupun tokoh ini

bertugas sebagai Ketua Menteri Sarawak. Hasil dari itu telah membawa kepada

perlantikan beliau sebagai Ahli Jawatankuasa Rabitah Al-Alam Islami yang

merupakan sebuah pertubuhan Islam yang terbesar di dunia.147

Tokoh ini tidak lokek untuk berkongsi pengalaman beliau dalam apa

sahaja bidang yang diketahuinya sama ada mengenai pelajaran, kerjaya, politik,

dakwah dan sebagainya. Beliau juga sangat cintakan ilmu pengetahuan dan

147 Op. Cit, Mokhtar, 112-113

Page 76: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

76

beliau masih kuat membaca buku terutamanya buku-buku agama. Beliau

pernah berpidato semasa lawatan keluar negara di hadapan para penuntut dan

mereka mennyangka tokoh ini seorang ustaz kerana kepetahan beliau

menyampaikan ceramah dan memiliki bacaan ayat al-Qur’an yang sangat baik.

Oleh itu apabila beliau berpeluang untuk berbicara di hadapan umum

terutamanya kalangan anak muda atau pelajar, beliau akan menggalakkan

kepada mereka menuntut ilmu pengetahuan dengan bersungguh-sungguh.

Beliau berpegang dengan prinsip : “Tiap kali jatuh bukan bererti gagal, bahkan

tiap kali jatuh adalah untuk bangun kembali mengejar kejayaan”.148

3.5 Politik

Memang sudah menjadi dasar penjajah akan memastikan pengaruh dan

kuasa mereka tetap berjalan sebelum meninggalkan tanah jajahan mereka.

Kemudian konsep, dasar dan budaya mereka dilangsungkan oleh anak tempatan

yang telah dicorakkan jati diri mereka seperti penjajah pada sebelumnya. Tokoh

ini mendapati pihak penjajah Inggeris merangka dan melaksanakan usaha yang

akan mengekalkan kuasa mereka dan menafikan hak anak-anak tempatan. Di

jabatan tempat beliau bekerja, seorang pegawai British yang jauh kurang

berpengalaman telah diletakkan di pangkat lebih tinggi dari beliau. Perkara ini

telah meresahkan hati beliau dan rakan-rakan serta menguatkan lagi hasratnya

untuk bangkit memerdekakan tanah air dari cengkaman penjajah. Akhirnya

beliau meletak jawatan dalam bidang perundangan dan terlibat secara serius

dalam kancah politik.

148 Op. Cit, B.I.N.A, 24

Page 77: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

77

Pada tahun 1963 tokoh ini bertanding dalam Pilihanraya Umum Tiga

Peringkat tetapi kalah. Namun begitu beliau telah dilantik menjadi Ahli Dewan

Negara sebagai ahli yang dilantik dari Sarawak pada tahun yang sama dan

menyertai Kerajaan Pusat di Kuala Lumpur. Sifat semulajadi beliau yang

berbudi pekerti tinggi serta berwibawa menjadi faktor penting beliau boleh

bergaul dan diterima oleh banyak pihak di Kuala Lumpur. Dalam masa yang

singkat beliau mendapat rakan dan kepercayaan pimpinan pusat. Beliau

menyertai Umno Bahagian Datuk Keramat dan pernah menjadi Ahli Majlis

Tertinggi UMNO sekitar tahun 1964-1966.149

Pada tahun pertama bertugas di Kuala Lumpur beliau menjawat jawatan

Menteri Muda membantu Abdul Razak Bin Hussein dalam Kementerian Hal

Ehwal Luar Bandar. Pada tahun 1965 tokoh ini telah dilantik menjadi menteri

penuh menganggotai kabinet Tunku Abdul Rahman Putra sebagai Menteri

Tanah Dan Galian pada 1 April 1965 sehingga tahun 1969. Beliau juga pernah

dilantik menjawat Menteri Muda Kehakiman.150

Pada tahun 1969 tokoh ini telah diamanahkan memegang kementerian

yang penting iaitu Kementerian Pelajaran. Beliau telah melakukan baberapa

tindakan yang mustahak sehingga beliau digelar “Panglima Dasar Pelajaran

Kebangsaan”. Beliaulah yang melaksanakan dasar menjadikan Bahasa Malaysia

sebagai bahasa rasmi negara dan seterusnya menjadikannya bahasa pengantar

149 Op. Cit, Mokhtar, 2 150 Ibid.

Page 78: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

78

kepada sistem pendidikan Malaysia.151Beliau jugalah yang mencadangkan

Bahasa Kebangsaan dikenali sebagai Bahasa Malaysia.152

Pada tahun 1970 beliau telah dipilih menjadi Pengerusi Majlis Menteri-

menteri Pelajaran Asia Tenggara (SEAMEC) bagi memperbincang dan

meningkatkan mutu pendidikan di rantau Asia Tenggara.153

Tokoh ini pulang ke Sarawak pada bulan Julai tahun 1970 untuk

berkhidmat kepada rakyat Bumi Kenyalang. Kepulangan beliau itu telah

mencetuskan suasana penuh emosi di kalangan mahasiswa Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mahukan beliau kekal di kerajaan pusat.

Mereka mengadakan demonstrasi aman merayu agar tokoh ini tetap menerajui

Kementerian Pelajaran Malaysia.154

Pengalaman tokoh ini selama lebih kurang tujuh tahun di kerajaan pusat

banyak membantu beliau menjalankan tugas sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Di antara sumbangan besar oleh beliau dalam kerjaya politik di Negeri Sarawak

adalah memulihkan keamanan dari ancaman komunis dan mengeratkan

parpaduan kaum. Perpaduan kaum dicapai melalui menggabung jalinkan kaum

yang berbilang itu ke dalam parti politik gabungan dengan suasana harmoni

berlandaskan kepercayaan yang tinggi antara satu sama lain.

Tokoh ini menjawat jawatan Ketua Menteri Sarawak pada 7 Julai 1970.

Pada peringkat awal menjawat sebagai ketua menteri, beliau mendapati

keadaan di Negeri Sarawak bergolak dan tidak stabil dari aspek perpaduan

151 Op.Cit, B.I.N.A, 24 152 Op.Cit, Haji Rahmat, 46 153 Op.Cit, B.I.N.A, 25 154 Op.Cit, Haji Rahmat, 46

Page 79: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

79

antara kaum, parti politik dan ancaman dari perjuangan bersenjata dari gerakan

kominis begitu kuat sehingga ada yang menyebut keadaan Sarawak seperti

“Vietnam Kecil” ketika itu.155

Dengan pengalaman yang ada, tokoh ini mula merangka dan menyusun

langkah-langkah yang perlu diambil tindakan dan diutamakan. Beliau melihat

isu keselamatan rakyat amat perlu diberi perhatian yang tinggi. Berdasarkan apa

yang berlaku ketika itu adalah ketakutan rakyat terhadap perjuangan gerakan

komunis. Keadaan menjadi sukar apabila pihak komunis mendapat sokongan

dari segelintir rakyat negeri Sarawak sendiri dari berbagai kalangan seperti

taukey balak, cendikiawan, orang kampung dan sebagainya. Rakyat diancam

oleh pihak komunis dengan ancaman bunuh atau didera sekiranya tidak

menolong perjuangan komunis.

Tokoh ini merangka berbagai cara dan strategi untuk melawan kumunis

dan diantaranya dengan melancarkan RASCOM (Rajang Security Command).

RASCOM telah berjaya menukar perjuangan melawan komunis daripada

perjuangan pasukan keselamatan negara sahaja menjadi perjuangan rakyat.156

... “Rascom i.e Rajang Security Comand was established on

26th March 1972 under the National Security Council

Directive No.4 with the objective of enabling policies and

decision to be made to and executed more speedily and

efficiently in the fight against communist terrorism in the 3rd,

6th and 7th Division of Sarawak”...157

155 Op.Cit, Mokhtar, 34 156 RASCOM (Rajang Security Command) – gabungan kecekapan ketenteraan dengan

kecekapan pentadbiran awam merupakan strategi Tun Abdul Rahman Ya’kub melawan

perjuangan komunis di Sarawak yang menjadikan Bahagian Ketiga, Keenam dan Ketujuh

kubu kuat mereka. Kerajaan pusat juga terlibat dalam strategi ini dengan membantu

menjalankan perang saraf, propaganda dan berbagai lagi langkah untuk melemahkan

pihak komunis – lihat Suhaimi Mokhtar h. 35 157 Sarawak Gazatte, (vol.CVIII, No. 1479, 1982), 14

Page 80: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

80

Apabila rakyat melihat pihak komunis adalah musuh dan ancaman yang

merbahaya kepada keamanan negeri, mereka mula menghentikan bantuan

berupa makanan, maklumat, kewangan, ubat-ubatan dan pakaian. Tindakan

rakyat tersebut memberi tekanan yang besar kepada pihak komunis yang

berada di dalam hutan dan akhirnya merupakan salah satu faktor tamatnya

perjuangan bersenjata komunis. Pada September 1973 perjuangan komunis

berjaya ditangani dan kesetabilan negeri semakin baik tetapi terdapat saki baki

yang “hard core” masih berdegil dan meneruskan perjuangan sia-sia

mereka.158

Dalam satu kesempatan Tun Abdul Rahman Ya’kub berucap di Padang

Centeral Kuching sekarang ini dikenali Padang Merdeka mengatakan di

hadapan orang ramai yang berkumpul bahawa perjuangan kominis itu tidak

diperlukan lagi kerana Negeri Sarawak telah merdeka. Seandainya pihak

komunis meneruskan perjuangan mereka bererti mereka membunuh saudara-

saudara mereka sendiri. Ucapan beliau telah didengar oleh pengintip-pengintip

bagi pihak komunis.

Ketika tokoh ini sedang dirawat di Hospital Besar Kuching selepas

pembedahan kecil, beliau didatangi oleh saudara kepada Bong Kee Chok159

yang menghulurkan sepucuk surat menyatakan kesanggupan pihak kominis

berunding damai. Beliau berangkat ke Sri Aman walaupun beliau sepatutnya

berehat kerana masih dalam tempoh rawatan. Dalam operasi yang dinamakan

158 Op.Cit, Mokhtar,35-39 159 Encik Bong Kee Chok adalah pimpinan sayap militer pergerakan Komunis di Sarawak dan

merupakan pimpinan yang berpengaruh dalam gerakan tersebut – Tun Abdul Rahman

Ya’kub (Mantan Ketua Menteri Sarawak dan Mantan Presiden BINA) dalam temubual

dengan penulis pada 6 Julai 2011

Page 81: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

81

Operasi Sri Aman, beliau berbincang dengan Bong Kee Chok yang merupakan

pemimpin sayap militer komunis. Mereka akhirnya menemui jalan sepakat dan

memetrai perjanjian damai yang membawa kepada menurunnya ancaman dari

pejuang komunis.160 Bong Kee Chok mengetuai seramai lebih 500 orang

pejuang komunis membawa senjata mereka untuk diserahkan kepada pasukan

keselamatan dan Operasi Sri Aman telah berjaya mengurangkan bahang

perjuangan komunis pada 4 Mac 1974.161

Rajah 3.1 : Majlis menandatangani Operasi Sri Aman

S

u

Sumber : Sri Aman Peace Restored In Sarawak – Compiled and Published by

the Malaysian Information Services, Sarawak, 13

Foto menunjukkan majlis penandatangan memorandum persefahaman

(Memorium Of Understanding) di antara Tokoh ini dengan Bong Kee Chock di

Sri Aman pada tahun 1973. Perdana Menteri ketika itu iaitu Abdul Razak

mengucapkan tahniah kepada Tokoh ini di atas kejayaan tersebut.

...Kuala Lumpur, Tuesday. Tun Razak has sent a telegram to

Sarawak Chief minister Datuk Haji Abdul Rahman

congratulating him on his outstanding success in his efforts to

foster peace and to eliminate the nation’s enemies...162

160 Op.Cit, Abdul Rahman Ya’kub, temubual 161 Op.Cit, Mokhtar, 39 162 The Straits Times-March 6, 1974 (page 1)

Page 82: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

82

Rajah 3.2 : Keratan akhbar berita kejayaan Operasi Sri Aman

Sumber : The Strait Times – March 1974 (page 1)

Kejayaan tokoh ini telah menaikkan ketokohan beliau sebagai Ketua

Menteri di mata rakyat Sarawak. Beliau juga berjaya mewujudkan kerajaan

campuran yang pertama di Malaysia antara parti beliau dengan SUPP yang

merupakan parti lawan yang kuat sebelum itu. Beliau mudah diterima oleh

rakyat yang berbilang suku kaum dan etnik selain Melayu yang salanjutnya

menghasilkan sumbangan yang besar kepada politik negeri Sarawak.163

3.6 Anugerah yang Pernah Diterima

Beberapa anugerah dan pingat kebesaran yang pernah diterima oleh tokoh

ini adalah seperti Datuk Patinggi Bintang Kenyalang dari Negeri Sarawak

dalam tahun 1974, Panglima Mangku Negara pada tahun 1977 yang membawa

163 Op.Cit, Mokhtar, 37

Page 83: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

83

gelaran Tan Sri, SPMJ (Johore), SIMP (Pahang), SPMK (Kelantan), SSDK

(Kedah), PNBS (Sarawak), SPMP (Perlis).

Beliau juga pernah menerima “The Order of The Star of Merit” (Korea)

dalam tahun 1967, “The Order of Star of Ethiopia” (The Grand Cordon) dalam

tahun 1968, Bintang Mahaputra dari Indonesia dalam tahun 1970.

Selain itu beliau juga mendapat anugerah-anugerah dari pusat pengajian

tinggi seperti Pro-Cencellor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Doktor

Undang-undang Kehormat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),

Doktor Sains Kehormat dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM). Tokoh ini

adalah merupakan di antara pihak yang mengasas Universiti Kebangsaan

Malaysia (UKM) dan menjadi perintis sehingga tertubuhnya Yayasan

Sarawak.164

3.7 Persaraan

Atas sebab kesihatan yang kurang baik pada tahun1980, tokoh ini

mengambil keputusan bersara dari kancah politik. Persaraan ini juga

membabitkan persaraan beliau dalam peranan-peranan yang lain dan

kedudukan sebagai Yang Dipertua BINA mula dikendurkan. Beliau bertolak ke

London untuk menjalani pembedahan dan memerlukan masa yang panjang

untuk berehat.165

Terdapat fakta yang ada merakamkan Abdul Rahman kembali aktif

melibatkan diri dalam kancah politik setelah rehat tersebut, namun begitu

164 Op.Cit, B.I.N.A, 25 165 Op.Cit, Mokhtar, 91-97

Page 84: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

84

tiada apa yang boleh diketengahkan dalam kajian ini berkaitan penglibatan

tersebut. Tokoh ini kini menikmati segala usaha dan pencapaian yang telah

diraih puluhan tahun lalu dan melapangkan banyak waktunya di kediaman

beliau di Sri Bahagia Petra Jaya Kuching.

3.8 Meninggal Dunia

Kesihatan tokoh ini sering terganggu dan dimasukkan ke Hospital Pakar

Normah di Petra jaya Kuching. Nama hospital berkenaan adalah sempena nama

isteri berliau yang pertama iaitu Toh Puan Normah. Tokoh ini menghembus

nafas terakhir beliau pada jam 9.30 malam tarikh 10 Januari 2015 dipangkuan

keluarga beliau tercinta. Jenazah beliau disembahyangkan di masjid Jamek

Negeri Sarawak oleh ribuan umat Islam. Jasad tokoh yang gemilang ini

disemadikan di tanah perkuburan Islam Samariang, Kuching.

Rajah 3.3 : Berita Kematian Abdul Rahman Ya’kub

Sumber : Borneo Post bertarikh 10 Januari 2015

Page 85: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

85

Rajah 3.4 : Majlis Sembahyang Jenazah Abdul Rahman Ya’kub di Masjid

Jamek Negeri Sarawak

Sumber : Borneo Post bertarikh 11 Januari 2015

3.9 Kesimpulan

Dari awal bab ini telah diketengahkan latar belakang tokoh ini sebagai

subjek kajian. Beliau merupakan seorang yang baik, cekal, bijak dan tabah

menempuh segala keadaan dalam mengejar cita-cita. Tokoh ini mula dikenali

dan dihormati di kalangan penduduk negeri Sarawak melalui kejayaan dan

kemajuan yang dibawa dari masa ke semasa.

Selain daripada sumbangan kepada pembangunan negeri Sarawak secara

umumnya, beliau juga menyumbang dalam dakwah di Sarawak. Beliau

mengetuai penubuhan organisasi dakwah terbesar di Sarawak iaitu BINA.

Seterusnya penulis akan membincangkan sumbangan beliau dalam dakwah di

Sarawak.

Page 86: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

86

BAB 4 SUMBANGAN ABDUL RAHMAN YA’KUB DALAM

DAKWAH DI SARAWAK

4.1 Pendahuluan

Dakwah adalah kerja yang besar dan untuk menggerakkanya memerlukan

banyak tenaga yang terlibat dan bekerja secara berpasukan. Dakwah bukanlah

kerja yang dapat dilakukan secara individu kerana sasaran yang hendak dicapai

adalah besar.

Menurut Rozhan Othman tugas dakwah memerlukan usaha yang serius,

dan tersusun rapi, memerlukan kesungguhan, istiqamah, perancangan serta

pengurusan yang mantap. Tugas dakwah tidak akan mencapai prestasi yang

maksima sekiranya dilakukan secara separuh masa atau menjadikan ia hobi

ketika waktu lapang atau kerja yang dilakukan seminggu sekali atau suatu

usaha pada ketika mata telah mengantuk.166

Bab ini akan membincangkan mengenai organisasi dakwah dengan

nukilan-nukilan ayat al-Qur’an dan hadits sebagai asas. Bab ini juga

membincangkan perbandingan di antara kerja dakwah yang dilakukan secara

individu dengan secara organisasi. Perbincangan mengenai perkara ini

mempunyai relevensi penting dalam memerihalkan sumbangan tokoh ini

melakukan transformasi gerakan dakwah di Sarawak daripada secara individu

oleh kalangan agamawan kepada gerakan berstruktur dan tersusun rapi.

166 Rozhan Othman, Pengurusan Dakwah, (Bangi Selangor Darus Ehsan: Ummah Media Sdn.

Bhd., 1990), 11

Page 87: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

87

Sebelum meneruskan perbincangan mengenai organisasi dakwah, penulis

terlebih dahulu mengemukakan sejarah ringkas negeri Sarawak sebagai

pengantar dan bagi menampakkan keutamaan kenapa anjakan dakwah perlu

dilakukan di Sarawak. Sejarah sentiasa menjadi elemen terpenting dalam

perjalanan sesebuah tamadun kerana ia menyebutkan asal muasal tamadun

tersebut. Merujuk kepada Ibn Khaldun;

...Sejarah akan membuat kita faham akan hal ehwal sesuatu

bangsa yang terdahulu kerana ia tercermin melalui perilaku

mereka. Melalui sejarah kita dapat mengetahui biografi para

nabi, sesebuah kerajaan dan dasar-dasar raja-rajanya. Ia

membolehkan sesiapa yang berminat menteladani contoh-

contoh sejarah sebagaimana dalam bidang agama dan

perkara-perkara duniawi...167

Penulis membahagikan sejarah Sarawak kepada tiga fasa iaitu Sarawak

Lama, Pra-Merdeka dan Pasca Merdeka.

4.2 Sarawak Lama

Sarawak adalah negeri yang terletak di bahagian timur Malaysia

dipisahkan oleh Laut Cina Selatan, iaitu di bahagian utara Pulau Borneo. Pulau

Borneo merangkumi tiga buah negara yang berjiran iaitu Malaysia, Indonesia

dan Brunei Dar al-Salam. Pulau Borneo yang dikenali sekarang pada asalnya

telah wujud dari sekian lama dengan sebutan Brunei. Lama kelamaan sebutan

tersebut bertukar menjadi Borneo di sekitar abad ke 17M. Sama ada perubahan

sebutan itu berlaku dengan sendiri ataupun merupakan sebuah perancangan

167 Dewan Bahasa dan Pustaka, Muqadimah Ibn Khaldun, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan

Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992), xix

Page 88: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

88

pihak tertentu yang berusaha menghilangkan nilai-nilai keIslaman Kesultanan

Brunei terhadap Borneo, adalah sesuatu yang belum dapat dipastikan.168

Pada zaman kegemilangan Kesultanan Brunei, Sarawak adalah

sebahagian daripada jajahan Kesultanan Brunei yang luas menganjur dari

Tanjung Datu (Sarawak) di selatan hingga ke Manila (Filipina) di utara. Secara

tidak langsung pengaruh dan nilai-nilai Kesultanan Brunei tersebar ke seluruh

empayar yang dijajah termasuk aspek agama. Oleh yang demikian

perkembangan Islam di Sarawak berkait rapat dengan peranan para pembesar

Kesultanan Brunei dalam rangka menyahut tanggungjawab dakwah yang suci

dan ketaatan mematuhi titah istana.

Perkembangan Islam di Brunei serta wilayah jajahannya begitu maju

terutamanya semasa zaman pemerintahan Sultan Brunei III iaitu Sultan Ali

Bilfakih.169 Beliau bertanggungjawab terhadap penyebaran Islam di Brunei

melalui pedagang-pedagang Arab dan juga melalui perkahwinan silang di

antara pedagang asing dengan wanita tempatan.170

168 Izziah Suryani Arshad et al., “Borneo Sebelum Penjajahan Barat: Kajian dari Sudut

Penguasaan Politik” dalam Prosiding Nadwah Ulama Nusantara II Sumbangan Ulama dan

Tokoh Agama Borneo, Farid Mat Zain et al (eds.) (Bangi: Fakulti Pengajian Islam Universiti

Kebangsaan Malaysia, 2003), 322. 169 Sultan Ali Bilfakih : Sebelum menjadi sultan beliau dikenali dengan nama Syarif Ali. Sultan

Sharif Ali ibnu Sharif Ajlan (1425-1432) naik takhta pada TM 1425 bagi menggantikan

mertua baginda, Sultan Ahmad yang tidak mempunyai waris (putera). Baginda dijunjung

untuk menjadi sultan atas persetujuan pembesar-pembesar negara dan rakyat

Brunei. Baginda keturunan Arab, berasal dari Taif. ‘Pedang Si Bongkok’ yang dibawa

baginda bersama ke Brunei itu membuktikan baginda pernah menjadi Amir Makkah iaitu

Al–Amir Sharif Ali bin Sharif Ajlan bin Sharif Rumaithah bin Sharif Muhammad Abu

Numaie Al-Awwal, mempunyai jurai keturunan daripada Nabi Muhammad SAW melalui

cucunda baginda, Sayidina Hasan. Memandangkan jasa dan kearifan baginda menyebarkan

ajaran Islam maka baginda dijodohkan oleh Sultan Ahmad dengan puteri baginda, Puteri

Ratna Kesuma. Baginda lindung (mangkat) pada TM 1432 dan digantikan oleh putera

baginda, Pengiran Muda Besar Sulaiman –

http://www.history-centre.gov.bn/sultanbrunei.htm , dicapai 10 Oktober 2012 170 Md. Amin Haji Abdul Rahman (2003), “Sejarah dan Perkembangan Islam di Sarawak

Sebelum Merdeka”, dalam Prosiding Nadwah Ulama Nusantara II Sumbangan Ulama dan

Page 89: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

89

Semememangnya Kesultanan Brunei merupakan kerajaan yang luas,

berdaulat dan perkasa ketika itu. Bagi memastikah pentadbiran jajahan tersebut

berjalan dengan baik, pihak istana melantik wakil-wakil istana yang digelar

“pengiran” untuk mentadbir dan mengurus di kawasan-kawasan jajahan.

Hasil mahsul yang diperolehi dari tempat-tempat berkenaan akan

disumbangkan kepada pihak sultan pada kadar yang tertentu dan juga untuk

kegunaan setempat. Sejak sekian lama keadaan pemerintahan Kesultanan

Brunei berjalan dengan baik, aman serta tiada masalah sehinggalah berlaku

keonaran yang berpunca dari salah seorang wakil yang bernama Pengeran

Indera Mahkota. Beliau menindas masyarakat setempat dan memaksa mereka

bekerja kuat untuk mendapat keuntungan peribadi beliau. Masyarakat yang

tidak tahan dengan keadaan tersebut akhirnya bangun memberontak melawan

beliau.171

Kekacauan yang pada peringkat awalnya hanyalah diibaratkan riak-riak

air di tasik akhirnya menjadi badai di lautan luas dan tidak terkawal lagi.

Pengeran Muda Hashim yang ketika itu menjadi Wakil di Sarawak172 telah

diamanahkan untuk menangani Pengeran Indera Mahkota tetapi kurang berjaya.

Tokoh Agama Borneo, Farid Mat Zain et al (eds.) (Bangi: Fakulti Pengajian Islam Universiti

Kebangsaan Malaysia, 2003), 434-436

171 Muhammad Rakawi Yusuf (1890-1936), Hikayat Sarawak, ditransliterasikan dengan

pengenalan oleh Nordi Ahcie (Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, 2011), 74-75 172 Sarawak yang dimaksudkan ketika itu hanyalah sekitar Bandar Kuching sekarang – Abdul

Razak Abdul Kadir, “Sejarah Dan Perkembangan Majlis Islam Sarawak Dalam Pendidikan

Dan Zakat (1955-1991” (tesis kedoktoran Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam, Akademi

Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011), 30

Page 90: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

90

Pada tahun 1839 James Brooke173 datang ke Sarawak kerana menjadi

utusan kerajaan British menghantar hadiah kepada Pengeran Muda Hashim

yang telah berjasa menolong kapal kerajaan British yang karam di Kuala

Sungai Sarawak.174 Setahun kemudian, beliau datang sekali lagi ke Sarawak

dan telah membuka ruang kepada Pengeran Muda Hashim mengadakan pakatan

dengan James Brooke bagi menentang Pengeran Indera Mahkota. James

Brooke menetapkan syarat yang lumayan dan menguntungkan dirinya dalam

misi menghalau Pengeran Indera Mahkota akhirnya berjaya dan diberi kuasa di

kawasan-kawasan yang berjaya ditakluki bersama Pengeran Muda Hashim.

173 James Brooke dilahirkan di Banares, pada 29 April 1803 di India. Ketika itu bapanya sedang

berkhidmat dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris. Pada usia dua belas tahun ia dihantar

bersekolah di England. Semasa beliau belajar secara kebetulannya pelajaran itu telah

diwartakan sebagai satu pengukuran pangkat dalam tentera Bengal bagi tahun 1819.

Selepas tamat pengajian James Brooke juga telah berkhidmat dengan cemerlang dalam

Perang Inggeris-Belanda Pertama dan pada awal tahun 1825, ia mendapat cedera parah lalu

dihantar pulang ke negeri asal.

Apabila bapa James Brooke meninggal dunia, beliau meninggalkan wang sebanyak 30,000

paun kepada anaknya James Brooke. Pada mulanya ia tidak tahu apa yang harus dibuat

dengan wang sebanyak itu, namun pada bulan Mac 1836, James Brooke membeli sebuah

kapal layar yang bernama Royalist dengan muatan 142 tan dan dilengkapi dengan senjata.

Kemudiannya beliau belayar ke timur dan sampai ke Singapura pada tahun 1938 dan

diminta oleh Gabenor George Borham untuk ke Kuching bagi meyampaikan ucapan terima

kasih kepada Pengeran Muda Hasyim kerana membantu kapal Inggeris yang terdampar di

pantai Sarawak.Tujuan utama Brooke belayar ke timur kerana untuk membuat penyiasatan

saintifik. Beliau juga amat meminati Sir Stamford Raffles dan ia yakin pengunduran

Syarikat Hindia Timur dari Jawa adalah satu kesilapan besar. James Brooke sampai ke

Sarawak pada 15 ogos 1839 dan berlabuh di Sungai Sarawak dan bertentangan dengan

rumah Pengeran Muda Hasyim. Ini adalah pertemuan kali pertama James dengan Pengeran

Muda Hasyim dan lalu memberikan hadiah dan surat ucapan terima kasih kepada Pengeran

Muda Hasyim yang dikirim olehgabenor dan dewan perniagaan singapura atas jasa baik

beliau menolong kelasi-kelasi kapal Inggeris yang karam di perairan Sarawak. Mereka juga

menjalinkan hubungan persahabatan sejak pertemuan pertama tersebut.

http://bizniz87.wordpress.com/2009/04/10/sejarah-sarawak/ , dicapai 10 Oktober 12 174 Azhar Bin Ahmad, “Masyarakat Bidayuh Di Bahagian Pertama Sarawak : Satu Kajian

Mengenai Proses Pengislaman Dan Amalan Ajaran Islam Di Kalangan Mereka” (Latihan

Ilmiah, Jabatan Usuluddin Dan Falsafah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan

Malaysia, 1987/88), 15

Page 91: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

91

Setelah itu James Brooke mengatur strategi yang penuh dengan muslihat

sehinggalah beliau menguasai sebahagian besar tanah Sarawak.175

Empayar Kesultanan Brunei yang luas akhirnya jatuh satu demi satu ke

tangan James Brooke dan begitu juga kepada pengganti beliau iaitu Charles

Anthony Brooke.176

4.3 Sarawak Pada Fasa Pra Merdeka

Zaman pemerintahan James Brooke di Sarawak mengisi lipatan sejarah

tersendiri negeri Sarawak. Berbagai tulisan dan bingkisan sejarah telah terpahat

tentang Bumi Kenyalang berkaitan Rajah Brooke dari kisah suka dan dukanya.

James Brooke pernah menyatakan penduduk asal Pulau Borneo adalah lanun

175 Putit Matzen, “Perkembangan Islam di Sarawak Dan Majlis Islam Sarawak dalam Prosiding

Nadwah Ulama Nusantara II Sumbangan Ulama dan Tokoh Agama Borneo, Farid Mat Zain

et al (eds.) (Bangi: Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, 2003), 722 176 Charles Brooke anak saudara kepada James Brooke dan memerintah Sarawak hampir 48

tahun. Beliau dilantik menjadi Raja Sarawak kedua pada 3 ogos 1868 dan mengangkat

sumpah pada 11 Okterber 1868.Beliau seorang yang permurah tetapi berpendirian

tegas.Charles juga dianggap seorang yang berfikiran terbuka, cergas dan menggunakan

kewarasan politik dalam pentadbiran.Tugas utama Charles ialah untuk menyusun

pentadbiran memastikan kerajaan tidak banyak berhutang seperti zaman bapa saudaranya.

Beliau juga menjalankan dasar berjimat cermat dalam permerintahannya.

Sarawak dibahagikan kepada tiga bahagian, setiap bahagian ditadbir oleh seorang Residen

(Eropah) dengan dibantu oleh seorang Penolong Residen dan Pegawai Daerah. Bagi

pentadbiran anak negeri, ketua-ketua tempatan orang Melayu, Cina dan Dayak terus

dikekalkan. Ketua-ketua ini dilantik oleh Residen. Masalah-masalah dalam masyarakat akan

dikendalikan oleh ketua masyarakat masing-masing. Kadang kala raja sendiri terpaksa

campur tangan apabila masalah yang timbul melibatkan antara dua kaum atau lebih.

Charles Brooke juga membawa masuk mubaligh-mubaligh Kristian yang bermazhab Roman

Katolik. Tugas mubaligh adalah untuk mengkristiankan penduduk tempatan terutamanya

pendudk yang masih mengamalkan agama animisme. Selain itu,beliau mewujudkan

sekolah-sekolah dan beberapa kemudahan yang lain.

Dalam perkara ini, beliau memang bersikap sebagai seorang yang imperialis. Charles tidak

begitu berminat untuk menambahkan kekayaan Negara tetapi beliau lebih cenderung untuk

meluaskan jajahan Sarawak. Charles menjalankan dasar perluasan kuasa ke arah utara ini

iaitu bermula sejak zaman Raja Putih pertama lagi dan disambung oleh Charles Brooke.

Beliau telah meminta daerah Baram daripada Sultan Brunei pada awal tahun 1868, sebagai

gantinya baginda akan mendapat bayaran yang sewajarnya setiap tahun. Selain itu, Charles

juga merancang hendak menambah kawasan pantai Sarawak supaya menjadi seratus batu

panjang –

http://bizniz87.wordpress.com/2009/04/10/sejarah-sarawak/ , dicapai 10 Oktober12

Page 92: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

92

dan mengamalkan hidup bercorak kanibalisme. Walau bagaimanapun,

kenyataan Brooke ini perlu diperhalusi dan tidak boleh diterima sepenuhnya

atau dinafikan begitu sahaja kerana mempunyai asas sejarah tersendiri.

Bagi penulis, melihat kenyataan Brooke di atas sudah tentu tidak boleh

diterima bulat-bulat kerana menyembunyi maksud sebenar yang tidak berjaya

diungkap secara langsung oleh sejarah tetapi terdapat bukti-bukti lain yang

menjelaskannya.

Menurut D.G.E Hall,177 pulau Borneo menjadi tanah rebutan kuasa-kuasa

barat seperti China, Belanda, Portugis, Inggeris untuk tujuan monopoli hasil

bumi yang banyak seperti rempah, permata, emas, damar, kayu-kayan dan

sebagainya. Perkara ini menjadikan penduduk asal Borneo tertindas bahkan

menjadi buruh paksa kepada penjajah berkenaan, manakala sebahagian yang

lain lari mencari penempatan baru yang lebih selamat dari gangguan penjajah

untuk dijadikan tempat tinggal. Dalam masa yang sama, tersemat dendam dan

perasaan memberontak yang kuat dalam diri mereka terhadap penjajah. Oleh

yang demikian mereka menyerang kapal-kapal penjajah yang berlayar melalui

perkampungan mereka untuk mengambil kembali hak-hak mereka yang

dirampas oleh penjajah. Perkara ini menjadi semakin popular di kalangan

masyarakat asal Borneo sehingga banyak perkampungan mereka tersebar

sepanjang tebingan sungai.178

177 D.G.E. Hall merupakan seorang Profesor Emeritus bagi sejarah Asia Tenggara di Universiti

Of London. 178 D.G.E. Hall, History Of South-East Asia:Sejarah Asia Tenggara, terj. Dewan bahasa Dan

Pustaka (Kuala Lumpur: Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1987, cet. ke-8), 640-642

Page 93: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

93

Pada pandangan penulis, inilah yang sebenarnya yang tersirat disebalik

kenyataan Brooke terhadap penduduk asal Borneo. Sikap penduduk tersebut

bukanlah sikap asal mereka tetapi merupakan reaksi atau tindak balas dari

penindasan para penjajah yang rakus tersebut. D.G.E. Hall menyebut;

...Tidak dapat disangkal lagi bahawa peringkat genting dalam

kurun kedelapan belas dan “kecelakaan dahsyat” pada kurun

kesembilan belas tertutama sekali akibat daripada keadaan

kacau bilau dalam perniagaan bumiputera di Nusantara kerana

kesan pengaruh Portugis dan Belanda dalam kurun keenam

belas dan tujuh belas. Dan jika dibandingkan dengan cara

Portugis yang bersendirian memperkayakan diri mereka,

maka cara Belanda membina monopoli perniagaannya dengan

teratur serta dirancang dengan rapi adalah sebab yang tunggal

bagi keruntuhan dan keadaan kacau-bilau dalam kerajaan

tempatan. Maka inilah yang sesungguhnya yang

menggalakkan lanun hingga tidak ada tolok bandingnya,

apatah lagi bila merosotnya kuasa Syarikat Hindia Timur

Belanda dalam abad kelapan belas...179

Kedatangan James Brooke telah menyemai bibit persaingan terhadap

perkembangan Islam yang sedang bertapak kukuh ketika itu dengan pengaruh-

pengaruh Kristian. Keberadaan James Brooke di Sarawak telah membawa

bersama kewujudan institusi-institusi ajaran Kristian dan kemudian ianya

berkembang dengan pesat.180

Misi James Brooke bukan sekadar bersifat peribadi untuk bermastautin di

Sarawak tetapi merupakan misi ajaran Kristian yang dianutinya selama ini dan

misi tersebut kelihatan begitu jelas berdasarkan langkah-langkah yang diambil

oleh beliau.

179 Ibid., Hall, 650 180 Mohdmmad Hasbie Sulaiman, Perjuangan Anti-Cession Sarawak (Kuching: Persatuan

Kebangsaan Melayu Sarawak, 1989), 4

Page 94: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

94

James Brooke berhasrat menubuhkan misi ‘Church of England’ di bumi

Sarawak dan hasilnya, dalam tahun 1847, Borneo Church Mission (BCM) telah

ditubuhkan. Tidak cukup dengan itu, beliau seterusnya membawa para

mubaligh Kristian seperti Reverend Francis McDougall serta pembantunya

William Bodham Wright bagi menyebarkan ajaran Kristian di Sarawak. Pada

zaman pemerintahan Brooke, Islam kurang mendapat perhatian, oleh itu

perkembangan Islam terganggu kerana kekangan dan halangan dari James

Brooke tetapi sebaliknya ajaran Kristian mendapat tempat istimewa dan

berkembang dengan cepat hasil dari galakan dan sokongan yang diberikan oleh

Brooke kepada para mubaligh Kristian.

Sungguhpun usaha dan rencana yang diatur oleh James Brooke untuk

menghalang kerja mengembangkan agama Islam menggunakan berbagai cara

dan menyeluruh, tetapi tidak mampu menyekat sepenuhnya perkembangan

agama Islam yang dilakukan oleh ulama dan guru-guru agama atau golongan

agamawan. Lebih-lebih lagi disebabkan Islam telah bertapak lebih dahulu dan

kukuh sebelum kedatangan James Brooke ke Sarawak.181

Secara umum layanan Pentadbiran Brooke kelihatan lebih cenderung

membantu usaha para mubaligh Kristian berbanding umat Islam. Pentadbiran

Brooke ada menyalurkan peruntukan kewangan kepada badan Islam tetapi

jumlah yang diberikan adalah sedikit. Peruntukan tersebut tidak mencukupi

untuk digunakan bagi keseluruhan negeri Sarawak yang begitu luas. Begitu

juga bidang kusasa yang diberikan kepada badan itu juga terhad. Dari segi

181 Op.Cit, Matzen,722.

Page 95: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

95

jumlah kakitangan yang bertugas juga adalah sedikit sehingga sukar untuk

menggalas tanggungjawab yang banyak.

Seorang pegawai Brooke menyebut bahawa sebelum kedatangan Brooke

ke Sarawak, pendidikan agama Islam memang sudah diajar di kalangan orang

Melayu. Mereka adalah kaum Bumiputera terawal yang mempunyai sistem

pendidikan yang dikendalikan di surau-surau atau di rumah-rumah Ketua

Kampung dan dikelola oleh guru agama. Usaha tersebut telah memberi harapan

kepada umat Islam apabila telah berjaya melahirkan tokoh-tokoh ulama seperti

Datuk Hakim Abang Haji Abdul Rahman (1829-1890). Beliau banyak

menyumbang kepada kerja-kerja dakwah di Sarawak.182 Beliau juga dikenali

dengan nama Datuk Hakim Keramat.

Secara umumnya bolehlah dikatakan bahawa usaha dan kesungguhan

para ulama dan guru agama yang mengembangkan agama Islam di Sarawak

tidak sia-sia, bahkan telah mencapai kejayaan. Kemudian usaha tersebut

diteruskan oleh cerdikpandai yang datang kemudian seperti Syiekh Othman Bin

Abdul Wahab, Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, Datuk Imam Morshidi

(1877-1939),183 Datuk Hakim Abang Haji Mohideen.184 Datu Mufti Haji Abdul

Kadir Hassan (1928-1988) melanjutkan usaha mereka.185

182 Zulkiple Abdul Ghani et al., “Peranan Tokoh Agama dalam Mengorganisasikan Dakwah di

Sarawak Sbelum Merdeka”, dalam, Prosiding Nadwah Ulama Nusantara II Sumbangan

Ulama dan Tokoh Agama Borneo, Farid Mat Zain et al (eds.) (Bangi: Fakulti Pengajian

Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, 2003),644 183 Merupakan salah seorang murid kepada Sheikh Othman bin Abdul Wahab dan juga

berpeluang melanjutkan pelajaran ke Masjidil Haram di Mekah. Beliau bertanggungjawab

mengubah kaedah pembelajaran daripada belajar di rumah-rumah guru berpindah ke

bangunan sekolah. Beliau merupakan perintis sehingga tertubuhnya al-Madrasah al-Islamiah

yang dulunya dikenali sebagai Al-Madrasatul Morshidiah. Dari sekolah tersebut lahirlah

tokoh-tokoh seperti Datuk Mufti Negeri Sarawak, Datuk Haji Abdul Kadir bin Hassan,

Ustaz Mohd. Mortadza Haji Daud, Ustaz Awang Pon Awang Sibon dan lain-lain lagi.

Selanjutnya beliau merintis jalan yang akhirnya membawa kepada penubuhan Majlis Islam

Page 96: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

96

Pada 1 Mei 1955, Kerajaan Kolonial Inggeris telah menubuhkan Majlis

Islam Sarawak (MIS) menggantikan sebuah badan yang ditubuhkan zaman

pemerintahan Keluarga Brooke iaitu Balai Datu (Datu’s Court). Majlis Islam

Sarawak (MIS) berperanan dalam mentadbir dan mengurus masyarakat Islam

termasuk dalam bidang pembangunan insan.

Penjajahan Brooke telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap

umat Islam di Sarawak. Umat Islam ketika itu hanyut dalam perkara yang

bercanggah dengan ajaran agama terutamanya di kalangan generasi muda. Ada

dari kalangan mereka mempertikaikan kewujudan Allah SWT. Mereka juga

memandang rendah terhadap Islam dan menyatakan bahawa agama Islam

adalah ketinggalan dan tidak membawa kemajuan.186

Perkembangan Islam di Sarawak bertambah rancak dan meningkat

terutamanya pada era seterusnya setelah merdeka membentuk Malaysia187 dan

penulis membincangkannya pada tulisan seterusnya.

4.4 Sarawak Pada Fasa Pasca Merdeka

Sarawak merdeka bersama Pembentukan Malaysia pada 16 September

1963. Oleh itu sebuah badan pemerintahan negeri telah dibentuk bagi

Sarawak. Beliau mengajak tokoh-tokoh lain yang ada ketika itu seperti Mufti Abang Haji

Nawawi yang terkenal dalam bidang fekah, Al-Quran dan Tawarikh, Tuan haji Bahauddin

seorang ahli dalam bidang fekah, Abang Haji Julaihi seorang ahli falaq dan Tuan Haji

Salleh Arif yang menguasai ilmu Al-Quran, fekah dan umum. BINA, h. 103 184 Merupakan seorang pendidik mengajar secara sambilan dan juga seorang pegawai tetapi

mempunyai ilmu agama yang meluas sehingga dilantik menjadi Datuk Hakim-BINA h. 104 185 Abdul Kadir Hassan, Pondokhabib.wordpress.com/2010/03/05/datuk-abdul-kadir-hassan ,

dicapai 13/September/2011 186 Op.Cit, B.I.N.A, 18 187 Abdul Razak Abdul Kadir, “Sejarah Dan Perkembangan Majlis Islam Sarawak Dalam

Pendidikan Dan Zakat (1955-1991)”, (tesis kedoktoran, Jabatan Sejarah Dan Tamadun

Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011), 30-40

Page 97: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

97

menjalankan tugas mentadbir dan membangun Negeri Sarawak. Berbagai

pembangunan telah berlaku sama ada dari sudut infrastruktur, pembangunan

bandar, pembangunan luar bandar, pembangunan ekonomi, pendidikan dan

termasuk pembangunan insan.

Sarawak telah mempunyai lima (5) orang Ketua Menteri iaitu yang

pertama adalah Stephen Kalong Ningkan (1920-1997) dari tarikh 22 Julai

1963 hingga September 1966, yang kedua adalah Tawi Sli (lahir 1934) dari

tahun 1966-1970, yang ketiga adalah Abdul Rahman bin Ya’kub (1928-2015)

dari 1970-1981, yang keempat adalah Abdul Taib bin Mahmud dari tahun 1981

hingga 2014 dan yang kelima adalah Adenan bin Satem.

Kepimpinan Abdul Rahman bin Ya’kub sebagai Ketua Menteri Sarawak

amat menyerlah berbanding dua ketua menteri sebelum beliau. Tokoh ini

berjaya membawa keamanan, perpaduan masyarakat, pembangunan dan

kemajuan fizikal Negeri Sarawak sebagaimana telah dibincangkan pada bab

yang ketiga kajian ini. Tokoh ini mendapati umat Islam menerima

pembangunan fizikal yang dibawa dengan baik tetapi beliau bimbang apabila

melihat keadaan umat Islam yang masih ketinggalan dan rendah kesedaran

agama mereka.

Umat Islam ketika itu kurang mengindahkan tanggungjawab agama dan

terdapat di kalangan pegawai-pegawai kerajaan yang mengamalkan kehidupan

ala Barat dengan pesta-pesta dansa, minum arak secara terbuka, berfoya-foya

dan pergaulan bebas.188

188 Abdul Rahman Fadzail (Temenggong dan Pengerusi HIKMAH Miri), dalam temubual

dengan penulis pada 14 Julai 2013

Page 98: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

98

Lantaran itu, tokoh ini telah berusaha membawa pembangunan insan

kepada penduduk Sarawak terutamanya di kalangan umat Islam yang telah

berubah jati diri mereka menjadi pemuja Barat. Bagi tujuan itu, tokoh ini telah

melakukan berbagai usaha dan langkah bagi mencapai matlamat pembangunan

insan tersebut. Di antara langkah yang diambil oleh tokoh ini, yang terpenting

sekali adalah menubuh organisasi dakwah iaitu BINA. Tujuan tokoh ini di

sebalik penubuhan organisasi tersebut adalah sebagai medium untuk membawa

perubahan yang drastik, komprehensif dan meluas terhadap umat Islam. Penulis

akan membincangkan mengenai perkara ini selanjutnya tetapi sebelum itu

penulis membincangkan mengenai organisasi dakwah bagi menampakkan

pentinynya organisasi ini bagi tujuan dakwah

4.5 Organisasi Dakwah

Sebagaimana telah disebut sebelum ini organisasi adalah susunan

personel dalam sebuah struktur yang rapi dengan pembahagian peranan dan

tugas untuk mencapai matlamat yang telah dirancang sebelumnya.

Pendekatan organisasi ini sangat membantu tercapainya matlamat dakwah

yang besar dan dapat meringankan beban yang berat melalui pembahagian

tugas dan peranan kepada personel-personel yang terlibat. Pendekatan secara

organisasi juga mampu mengelak daripada tersasar daripada tujuan asal

kerana ujudnya perancangan rapi dan pemantauan aktif pada

pelaksanaannya.

Page 99: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

99

Penulis yakin bahawa kerja dakwah adalah kerja secara organisasi atau

berjemaah berasaskan hujah-hujah berikut;

a) Berdasarkan ayat-ayat al-Qura’an:-

i. Surah Ali ‘Imran (3) ayat 104 :

يىأمرو ة يىدعونى إلى الىي وى لتىكن منكم أم ونى نى وى هى ي ىن عروف وى بالمىر وىأولىئكى هم المفلحونى عىن المنكى

“Hendaklah ada dari kalangan kamu satu umat yang menyeru

kepada ma‘ruf dan mencegah dari yang mungkar, mereka

itulah golongan yang berjaya”. Dalam ayat ini Allah menyebut

perlunya sebuah golongan atau sekelompok manusia yang

menggerakkan kerja menyeru kepada yang ma‘ruf dan

mencegah dari perbuatan mungkar iaitu dakwah. Seruan

tersebut adalah dalam bentuk jama‘ لتىكن منكم iaitu kolektif وى

bukannya mufrad (satu) atau mutsana (berdua).

ii. Ali ‘Imran (3) ayat 110:

ت للناس تىأمرونى بالمى ة أخرجى رى أم ي ونى عىن كنتم خى هى ت ىن عروف وىت ؤمنونى بالله ر وى المنكى

“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk

manusia, kamu menyeru kepada yang ma‘ruf dan mencegah

dari yang munkar dan kamu beriman kepada Allah...”. Dalam

ayat tersebut Allah juga menggunakan kalimat كنتم yang

Page 100: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

100

membawa erti kamu iaitu segolongan dari kamu juga

bermaksud kolektif.

iii. As-Saf (61) ayat 4 :

ب الذينى ي بيإن اللهى ي اتلونى ف سى يىان قى أىن هم ب ن ا كى ف له صىرصوص مى

“Sesungguhnya Allah mencintai mereka yang berjuang pada

jalan Allah berbaris-baris dalam sebuah saf seperti sebuah

bangunan yang tersusun kukuh”. Allah menyebut ب اللهى ي

اتلونى الذينى ي قى yang bermaksud “mereka yang berjuang” dalam

ayat tersebut adalah dalam bentuk jama‘.

b) Terdapat juga hadith menyebut mengenai dakwah atau seruan kepada

Islam dalam bentuk kolektif seperti;

i. Hadits nabi:

د بن يحيى ثنا محم حمن بن ثاب حد د بن يوسف عن ابن ثوبان هو عبد الر ثنا محم ت بن حد

بن عمرو قال قال رس لولي عن عبد للا ان بن عطية عن أبي كبشة الس ول ثوبان عن حس

عليه و صلى للا ثوا عن بني إسرائيل ول حرج وم للا ن سلم بلغوا عني ولو آية وحد

أ مقعده من النار دا فليتبو كذب علي متعم

“Sampaikanlah dariku walaupun sebaris ayat.....”. Kalimat

yang bermakna “sampaikanlah” dalam hadith ini adalah بلغوا

dalam format jama‘.

Page 101: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

101

ii. Sabda nabi lagi :

رسول الله صلى ف قال أبو سعيد أما هذا ف قد قضى ما عليه سمعت

ره بيده الله عليه وسلم ي قول من رأى منكم منكرا ف لي تطع فإن لم يس غي

يمان فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أض عف ال

“Barang siapa di antara kamu yang melihat kemungkaran

hendaklah mengubahnya dengan tangan...”. Kalimat ره ف لي غي

yang memberi maksud “mengubahnya” adalah dalam bentuk

kolektif.

Ayat-ayat dan hadits di atas menunjukkan bahawa kerja dakwah

dilakukan secara berkelompok berdasarkan format kata kerja yang

digunakan adalah dalam format jama’ yang membawa maksud berjemaah

atau secara berorganisasi. Himpunan ayat-ayat dan hadits ini

memperkuatkan bahawa kerja dakwah sebenar-benarnya adalah kerja

berorganisasi bukan individu. Terdapat ayat yang menyebut tentang dakwah

dalam bentuk mufrad atau format seorang seperti al-Nahl 125 yang

bermaksud : “...Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan

mau‘izatul hasanah dan berdialoglah dengan mereka dengan baik...”.

Kalimat “serulah” dalam ayat ini berbentuk mufrad tetapi ayat ini berbicara

tentang metode kakwah bukannya dakwah setepatnya. Ayat-ayat tersebut

bukannya bertentangan tetapi memperkatakan dua perkara yang berbeza

iaitu dakwah yang hakiki dan metode dakwah. Maka, dakwah secara

Page 102: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

102

prinsipnya adalah kerja secara organisasi tetapi tidak dilarang melakukannya

secara individu atau dikenali dengan istilah da‘wah fardiah.189

Oleh yang demikian, langkah tokoh ini menubuh organisasi dakwah

adalah langkah yang bijak dan berpaksikan reka bentuk dakwah seperti

dinukilkan dari ayat dan hadits di atas. Dari satu sudut yang lain

menampakkan tokoh ini mempunyai idea dan buah fikiran yang ke depan

dan kreatif dalam berdakwah.

Adalah penting bagi pendakwah dan mereka yang terlibat dalam dakwah

memiliki pemikiran yang kreatif kerana Allah SWT menggariskan prinsip-

prinsip dakwah sambil pelaksanaannya pula memerlukan penggunaan akal

pemikiran kerana akan mengkaji tindakan-tindakan hakiki atau alternatif

yang digunakan untuk mencapai matlamat dakwah.190

Sekiranya dibuat pengukuran atau perbandingan terhadap kekuatan

dakwah secara individu dengan dakwah secara kolektif iaitu melalui

organisasi akan nampak jurang yang amat besar dalam kebarangkalian untuk

mencapai matlamat dakwah. Untuk itu lihat pada rajah berikut bagi

mengetahui perbezaan di antara keduanya;

189 Istilah da‘wah fardiah digunakan oleh ustaz Mustafa Masyhur dalam bukunya dengan tajuk

Dakwah Fardiah yang membawa makna kerja dakwah yang dilakukan oleh seseorang kepada

sasaran dakwahnya. Menurut beliau da‘wah fardiah ini tidaklah bermakna pendakwah tersebut

tidak bergabung dengan organisasi dakwah tetapi dimaksudkan lebih kepada usahanya secara

sendirian dalam meyakinkan sasaran dakwah beliau. 190 Rozhan Othman, Pengurusan Dakwah, (Bangi Selangor Darus Ehsan: Ummah Media Sdn.

Bhd., 1990), 69

Page 103: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

103

Jadual 4.1 : Perbandingan gerak kerja dakwah secara individu dan secara

organisasi

Gerak Kerja Dakwah

Secara Individu Secara Organisasi

× Kepimpinan – tugas dipikul oleh

seorang atau secara Individu √ Ada Pimpinan dan kepimpinan

× Tiada struktur √ Berstruktur / rapi

× Tiada perancangan kerana bekerja

mengikut idea sendiri (ad hoc) √ Ada perancangan

× Tiada pihak yang buat pemantauan √ Ada pemantauan pelaksanaan

×

Tiada Pembahagian tugas –

monopoli kerja

Ada pendelegasian / pembahagian

tugas atau beban

× Tiada sasaran yang fokus dan terhad √ Sasaran yang pelbagai / meluas

× Tiada pihak berminat bekerjasama √ Mempunyai jaringan kerja

× Tidak mencapai hasil yang besar √ Hasil yang meluas dan banyak

× Tidak mampu menggalas semua

kerja dengan baik √ Keupayaan yang tinggi

×

Tiada halatuju yang jelas dan

mungkin beribah mengikut citarasa

Memiliki halatuju tetap jangka

panjang dan jangka pendek

× Garapan medan kerja tidak luas √ Medan yang pelbagai

Pelaksanaan dakwah secara organisasi berpeluang memberi impak yang

jauh lebih besar daripada pelaksanaan secara individu sebagaimana dipaparkan

dalam jadual di atas. Tokoh ini telah merombak dan yakin dalam langkah

beliau menginstitusikan dakwah dengan menubuhkan organisasi dakwah.

Gerakan pengembangan ajaran Islam yang dilakukan oleh kalangan

agamawan sebelum tokoh ini sememangnya memberi kesan yang baik tetapi

pada skala yang sederhana dan kurang mampu berdepan dengan cabaran

semasa. Gerakan tersebut lebih bertumpu pada perayaan-perayaan kebesaran

Islam tanpa penekanan kepada aspek pembangunan insan.

Terdapat empat elemen utama bagi sebuah organisasi iaitu perancangan,

pendelegasian tugas, pemimpin dan kepimpinan dan pengawalan dan elemen-

elemen ini memerlukan tenaga yang banyak untuk memastikan ia berkesan dan

Page 104: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

104

berjalan menuju matlamat organisasi.191 Sebagai analogi melihat kepada

susunan barisan kabinet negara yang memiliki ketua sebagai pimpinan tertinggi

kemudian jemaah menteri sebagai yang dipimpin mengurus hal ehwal

kewangan, industri, pelancongan, ekonomi, pendidikan, keselamatan dalam

negara, menteri luar negara, pertahanan, pertanian, pemantauan, pengauditan,

kebajikan dan pembangunan masyarakat serta berbagai lagi jabatan atau

kementerian. Tugas-tugas di atas adalah berat dan mustahil mampu dilakukan

secara individu dan akan berlaku kekusutan serta keadaan tidak terurus pada

negara bahkan boleh menyebabkan huru hara atau chaos.

Daripada perbincangan di atas, menampakkan rasional yang tinggi terhadap

langkah tokoh ini menubuh organisasi dakwah. Langkah ini telah berkesan

dalam mengembalikan jati diri umat Islam yang telah tercemar dan kemudian

tokoh ini menerokai dakwah kepada golongan non-Muslim. Organisasi yang

dimaksdukan adalah BINA dan penulis membincangkan organisasi ini dengan

menelusuri sejarah ringkas penubuhannya. Apakah yang menjadi asas

penubuhan organisasi ini dan apakah peranannya dalam menggerakkan dakwah

di bumi Sarawak akan dimuatkan dalam perbincangan selanjutnya.

4.6 Sejarah Penubuhan BINA

Tokoh ini mengetuai penubuhan organisasi yang dikenali dengan nama

BINA pada tahun 1969. BINA adalah Angkatan Nahdatul Islam Bersatu yang

191 Juanda Jaya, Dakwah Islamiah Di Sarawak: Kajian Terhadap Pengurusan Dakwah Secara

Organisasi, (Bangi: Tesis Kedoktoran, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan

Malaysia, 2003), 196-197

Page 105: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

105

dibaca terbalik setiap huruf pertama pangkal perkataannya membentuk

perkataan BINA.192

Fakta menyebut bahawa penubuhan BINA adalah hasil dari usul yang

timbul daripada sebuah kongress yang diadakan pada tahun 1968 iaitu

Kongress Islam Malaysia Timor [Timur] di Kuching. Berdasarkan pengamatan

penulis berkaitan usul-usul atau resolusi yang terhasil dari kongress tersebut

tidaklah secara langsung menyentuh penubuhan BINA. Terdapat sebuah usul

yang paling hampir iaitu keputusan yang telah diluluskan, keputusan nombor

tiga dari pembentangan kertas kerja oleh Encik Abdul Taib Mahmud yang

bertajuk Kedudukan “Orang-Orang Islam Di Malaysia Timur”.193 Keputusan

tersebut adalah seperti berikut ;

... Kongress berpendapat bahawa masanya sudah tiba bagi

orang-orang Islam memikirkan cara-cara hendak

melancarkan pekerjaan mubaligh (missionary work). Sebagai

langkah yang pertama ialah diadakan rayuan kepada negara-

negara Islam yang kaya dan kepada umat Islam di Malaysia

supaya mengadakan satu tabung untuk membiayai

perancangan tersebut...

Pada analisa penulis, istilah missionary work dalam keputusan di atas

sememangnya menggambarkan BINA. Berdasarkan dari gerak kerja dan

tujuan-tujuan penubuhan BINA, ia adalah sebuah gerakan missionary. Oleh itu

penulis yakin keputusan di atas menjadi asas yang paling hampir kepada

penubuhan BINA pada tahun 1968. Dan juga adanya bantuan daripada Negara

Timur Tengah seperti Arab Saudi, Iraq, Libya, Qatar dan juga dari Indonesia

192 Ucapan Abdul Rahman Ya’kub Sempena 10 Tahun BINA, FNM, 1979, video 193 Op.Cit, B.I.N.A, 95-102

Page 106: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

106

diperolehi bagi membiayai dakwah BINA yang disebut dalam keputusan di

atas.

Dalam ucapan sempena 10 Tahun BINA, tokoh ini ada menyebut terdapat

desakan dari kalangan belia agar ditubuhkan sebuah pertubuhan sebagai

medium yang menghimpunkan umat Islam terutamanya golongan muda. 194

Sebelum itu para belia tersebut telah mengikuti kursus agama yang dianjurkan

oleh Persatuan Kebajikan Islam Sarawak (PERKIS) yang dipengerusikan oleh

Encik Abdul Taib Mahmud.

Penulis selanjutnya juga akan menyentuh serba sedikit perkara yang

berlaku di dalam kogress tersebut dari segi latar belakang, para pembentang

kertas kerja dan tajuk-tajuk pembentangan seperti berikut:

a. Abdul Rahman bin Ya’kub, Yang Dipertua BINA.

b. Abdul Taib Mahmud (Datuk Amar) ketika itu Menteri Pertahanan

Malaysia membentangkan tajuk Kedudukan Orang Islam Di

Malaysia Timur.

c. Abang Yusuf Puteh (Datuk) ketika itu adalah Timbalan Yang

Dipertua BINA dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak

membentangkan tajuk Kematian Orang Melayu Dan Kesannya

Terhadap Ekonomi.

d. Abdul Kadir Hassan (Datuk) ketika itu Timbalan Yang Dipertua

BINA dan Mufti Negeri Sarawak membentangkan tajuk Zakat Dan

Fitrah Dan Kegunaannya.

194 Op.Cit., Sepuluh Tahun BINA, video

Page 107: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

107

e. Jemuri Serjan (Datuk) yang ketika itu adalah Peguam Negeri bagi

Negeri Sarawak membentangkan tajuk Pelajaran Di Kalangan Orang-

Orang Islam.

f. Bujang Nor (Tan Sri) yang ketika itu Setiausaha Kewangan Kerajaan

Negeri Sarawak membentangkan tajuk Islam Dan Ekonomi.195

Secara ringkas disebutkan di sini bahawa kepentingan kongres diadakan

adalah sebagai langkah untuk mencetuskan kesedaran di kalangan umat Islam

daripada kelalaian serta kealpaan mereka. Selain itu juga adalah untuk

mengembalikan umat Islam pada landasan yang asal kerana gejala budaya liar

yang telah dibawa oleh penjajah tersebar secara meluas dan bertapak kuat di

tengah umat Islam. Budaya ini semakin menjadi trend terutama di kalangan

anak muda Islam sehingga sukar membezakan mereka dengan anak muda

bukan Islam dari segi pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, budaya

pesta pora, minum arak, berpakaian yang mendedah aurat serta berbagai lagi

masalah yang lain.196

Oleh yang demikian, penubuhan BINA ketika itu sangat penting dan

tepat pada waktunya bagi menangani gejala yang tidak sihat itu daripada

berterusan. Disamping itu, kewibawaan dan kepimpinan tokoh ini dalam

mengemudi BINA benar-benar menyentap lamunan umat Islam yang mabuk

dengan budaya Barat. Tokoh ini mampu menyedarkan mereka daripada mimpi

dan angan-angan kosong dan kemudian membawa mereka bangkit untuk

memartabatkan dakwah Islam di Sarawak.

195 Op.Cit, B.I.N.A, 90 196 Ibid., 70

Page 108: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

108

Setelah itu BINA mula aktif masuk ke tengah masyarakat Islam

dengan membawa mesej dakwah dan juga kepada golongan non-Muslim

sebagai usaha mengajak mereka masuk Islam.197 Berbagai program dan

aktiviti telah dicanang untuk tujuan tersebut kemudian dilaksanakan

dengan sebaik-baiknya. BINA menjadi jentera dakwah yang aktif bergerak

di Sarawak kepada semua lapisan masyarakat.198

Selanjutnya catatan sejarah kepimpinan BINA merekodkan barisan

Presiden atau Yang Dipertua yang berkebolehan seperti berikut:

a) Abdul Raman bin Ya’kub menjadi Presiden BINA dari tahun 1969

hingga 1988

b) Mohd. Mortadza bin Haji Daud (Datuk) menjadi Yang Dipertua

BINA dari tahun 1988 hingga 1993

c) Bujang bin Mohd. Nor (Tan Sri) menjadi Yang Dipertua

BINA/HIKMAH dari tahun 1993 hingga 2005; dan

d) Abdul Aziz bin Dato Haji Husain (Tan Sri) menjadi Yang Dipertua

HIKMAH dari tahun 2005 hingga sekarang.

Sejarah BINA terus berkembang dan bercambah sehingga sekarang.

Penulis merasakan perlunya menyebut perubahan nama BINA kepada

HIKMAH kerana BINA sekarang adalah HIKMAH dan generasi baru tidak

lagi menyebut nama BINA bahkan mereka tidak mengetahui maklumat tentang

BINA.

197 Afida Helmi, “Metode Dakwah Di kalangan Masyarakat Dayak : Satu Kajian Di Bahagian

Pertama”, (Latihan Ilmiah Fakulti Usuluddin, Akademi Islam Universiti Malaya, 1991), 77 198 Op Cit, Duet, temubual

Page 109: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

109

Pertukaran nama BINA kepada HIKMAH telah disempurnakan melalui

Perhimpunan Perwakilan BINA pada tahun 1994. Perubahan nama tersebut

memberi imej dan semangat baru kepada BINA bergerak di zaman moden ini

dengan nama HIKMAH. HIKMAH terdiri daripada HIKMAH Bahagian iaitu

Bahagian Kuching, Bahagian Samarahan, Bahagian Sri Aman, Bahagian

Betong, Bahagian Sarikei, Bahagian Sibu, Bahagian Mukah, Bahagian Bintulu,

Bahagian Miri dan Bahagian Limbang. Setiap bahagian mengandungi

cawangan masing-masing mengikut sais bahagian. Terdapat bahagian yang

mengandungi dua cawangan, seperti Bahagian Bintulu iaitu HIKMAH

Cawangan Bintulu dan Cawangan Kuala Tatau. Rombakan telah berlaku di

dalam HIKMAH menjadikan semua HIKMAH Bahagian telah ditukar

statusnya menjadi HIKMAH Cawangan dan HIKMAH Cawangan ditukar

statusnya menjadi HIKMAH Ranting dengan mengekalkan ahli jawatankuasa

yang telah terpilih. Manakala operasi pentadbiran HIKMAH dilaksanakan oleh

Ibu Pejabat HIKMAH diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) dan

barisan pengurus serta kakitangan yang ada.199

Dalam melaksanakan aktiviti dakwah, HIKMAH melebarkan jaringan

kerjasama dengan banyak agensi Islam seperti Majlis Islam Sarawak (MIS),

Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), PERKIM, JAKIM Cawangan Sarawak,

PERKIS, YADIM, Pertubuhan IKRAM Malaysia, Islamic Information Centre

(IIC), bahkan dengan pertubuhan serantau seperti Regional Islamic South East

199 Hamisah Bohari, (Pegawai Sumber Manusia Ibu Pejabat HIKMAH) dalam temubual dengan

penulis pada 5 Jun 2014

Page 110: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

110

Asia Pacific (RISEAP). Dengan kerjasama pintar ini dakwah HIKMAH

semakin semarak dan berimpak global.

Daripada sejarah penubuhan BINA di atas, penulis menyatakan bahawa

tokoh ini telah mengubah dimensi dan gerakan dakwah daripada gerakan

individu kepada gerakan berorganisasi berpaksikan kepada ajaran Islam.

Lantaran itu, tokoh ini telah melakukan anjakan yang besar kepada gerakan

dakwah sekaligus membawa kepada kejayaan yang berskala besar dalam

dakwah di Sarawak. Sebagai indikator pengukuran kejayaan dakwah tersebut,

sila lihat jadual kemasukan non-Muslim dari etnik utama di Sarawak kedalam

agama Islam di bawah.

Jadual 4.2 : Penyata Bulanan Bilangan Saudara-Saudara Baru [Saudara Kita]200

January – Dicember 1976

Division Iban Chinese Bidayuh Melanau Others Total

M F M F M F M F M F

First 272 243 38 24 151 148 25 25 17 8 951

Second 56 30 - - - - - - 26 25 137

Third 29 32 91 65 - - 21 24 - - 280

Fourth 2 7 - - - - - - - - 9

Fifth - 23 - - - - - - - - 23

Sixthh - 19 100 83 - - - - - - 202

Seventh 28 20 - - - - - - 49 37 134

Total 387 374 229 172 151 148 46 67 92 70 1736

January – Dicember 1977

Division Iban Chinese Bidayuh Melanau Others Total

M F M F M F M F M F

First 486 406 50 36 170 167 3 9 1 2 1330

Second 1081 693 28 12 - 10 5 12 6 2 1849

Third 34 31 108 37 - 1 15 14 1 - 241

Fourth 6 16 4 3 1 1 1 2 2 3 39

Fifth 1 2 2 1 - - - - 8 4 20

Sixthh 144 87 190 53 - - 1 - 2 - 477

Seventh 28 17 4 1 - - - - 59 54 164

Total 1780 1252 386 143 171 180 24 37 79 65 4118

200 Istilah mua’llaf atau saudara baru telah ditukar kepada Saurada Kita melalui keputusan

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah tahun 2004 - http://www.e-fatwa.gov.my/sabah

Page 111: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

111

January – Dicember 1978

Division Iban Chinese Bidayuh Melanau Others Total

M F M F M F M F M F

First 83 106 23 19 30 45 3 - 41 7 357

Second 5 1 - - - - - - - - 6

Third 7 32 28 17 2 5 14 27 1 - 133

Fourth 9 12 3 2 1 - 6 1 8 8 50

Fifth 5 7 - - - - - 1 8 6 27

Sixthh 20 41 30 13 11 9 - 1 - - 125

Seventh 1 4 1 - - 1 - - - - 7

Total 130 203 85 51 44 60 23 30 58 21 705

Sumber : 10 tahun BINA (1969-1979) h. 37

Daripada jadual di atas, menunjukkan adanya gerakan dakwah yang aktif

berlaku di Sarawak sehingga berjaya menarik golongan non-Muslim masuk

agama Islam. Division adalah bermaksud bahagian iaitu bahagian-bahagian

yang ada di Sarawak. First Division adalah Kuching, Second Division adalah

Sri Aman, Third Division adalah Sarikei, Fourth Division adalah Sibu, Fifth

Division Kapit, Sixth Division adalah Miri dan Seventh Division adalah

Limbang. Pembahagian ini adalah berdasarkan pecahan Negeri Sarawak pada

tahun 80-an dan sekarang Sarawak memiliki sebelas (11) bahagian iaitu Bintulu

Bahagian Kelapan, Kota Samarahan Bahagian Kesembilan, Bahagian

Kesepuluh dan Mukah Bahagian Kesebelas.

Daripada fakta dan data yang ada menunjukkan bahawa anjakan dakwah

oleh tokoh ini menerusi BINA ibarat nadi penting kepada kerja dakwah di

Sarawak. Sebagaimana disebutkan sebelum ini bahawa BINA adalah

“missionary work” yang menggariskan gerak kerja secara sistematik dan

berobjektif. Tokoh ini telah memperkasakan gerakan dakwah terutamanya di

Kuching dan juga Seluruh Sarawak. Selepas penubuhan BINA Kuching, ia juga

Page 112: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

112

turut ditubuhkan di bahagian-bahagian lain di Sarawak seperti Caawangan

Simanggang (Sri Aman), Cawangan Kalaka, Cawangan Sibu, CawanganMiri,

Cawangan Simunjan, Cawangan Sarikei, Cawangan Lawas, Cawangan

Limbang, Cawangan Binatang (Bintangor), Cawangan Bintulu, Cawangan

Universiti Malaya. Terdapat 30 buah cawangan lagi yang ditubuhkan di bandar

dan di daerah-daerah.201 Dengan adanya BINA di seluruh Sarawak, gerakan

dakwah tokoh ini tersebar luas hingga mampu masuk jauh ke kawasan

pedalaman Sarawak seperti Tebedu di Serian, Kampung Sungai Gemuan, Skim

B di Sarikei, Sekuau di Sibu, Belaga di Kapit, Long Lapok di Miri, di Limbang

pula seperti Baram, Lawas. Sekiranya tokoh ini tidak melakukan anjakan dan

perubahan drastik dalam menjadi gerakan dakwah berorganisasi dan

menubuhkan cawangan-cawangannya adalah sukar untuk melebarkan capaian

dan pencapaian dakwah di Sarawak. Secara umumnya, seluruh cawangan ini

melaksanakan aktiviti dan program yang menyumbang kepada pembangunan

insan dan kemasukan golongan non-Muslim kedalam agama Islam. Bagi tujuan

tersebut, seterusnya penulis memaparkan aktiviti-aktiviti yang dipelopor oleh

tokoh ini yang pelaksanaannya oleh BINA seluruh Sarawak.

4.7 Lonjakan Aktiviti Dakwah

Tokoh ini melakukan lonjakan aktiviti dakwah dan secara tidak langsung

memperbaiki serta memperkasakan gerakan dakwah ketika itu. Sebagaimana

telah disebutkan sebelum ini bahawa gerakan pengembangan agama Islam

sebelum itu lebih berpaksi kepada sumbangan dan dedikasi para agamawan.

201 Op.Cit, BINA, 19

Page 113: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

113

Ianya berpencar-pencar ke serata tempat tanpa kordinasi atau dipusatkan

secara kemas dan bersepadu. Oleh yang demikian kerja ini kurang mampu

merekodkan pencapaian yang besar dalam dakwah Sarawak ketika itu.

Keadaan ini berubah apabila tokoh ini melibatkan diri dalam gerakan

dakwah dan memberi sumbangan yang sangat ketara. Berikut dipaparkan

aktiviti-aktiviti dakwah yang diambil oleh tokoh ini.

4.7.1 Surau Setia

Aktiviti yang pertama dipaparkan adalah Surau Setia iaitu

sebuah program yang diilhamkan oleh tokoh ini bagi mendekati para

pegawai kerajaan yang beragama Islam. Pelaksanaan program ini

adalah dengan kekerapan seminggu sekali di tempat yang berbeza-

beza mengikut kesesuaian yang ada dan program ini dikendali oleh

Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak. Pengisian program ini oleh

mufti Negeri Sarawak dan tokoh ini pernah menyampaikan ceramah

dalam program ini. Objektif program ini adalah untuk melibatkan para

pegawai kerajaan dengan program agama kerana ada dari kalangan

pegawai-pegawai ini memiliki gaya hidup yang bercanggah dengan

ajaran Islam.202 Alangkah bahayanya sekiranya para pegawai kerajaan

ini dibiarkan dalam keadaan yang penuh mungkar kerana di tangan

mereka letaknya keputusan-keputusan penting dalam pentadbiran

bahagian atau daerah di Sarawak kerana mereka bertugas di berbagai

tempat seluruh Sarawak. Program ini telah menyedarkan para pegawai

202 Abdul Rahman Fadzail, Mantan Naib Presiden BINA, dalam temubual dengan penulis pada

14 Julai 2013

Page 114: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

114

ini akan tanggungjawab mereka sebagai seorang Muslim dan

menjadikan mereka lebih berjiwa Islam.

4.7.2 Darul Rahmah Pusat Latihan Dakwah BINA

Tokh ini memandang serius aspek pendidikan terutamanya dari

kalangan Saudara Kita. Oleh itu sebuah pusat pendidikan golongan ini

ditubuhkan pada tahun 1977 bertempat di Jalan Haji Bolhasan

Kuching. Pusat ini dinamakan Darul Rahmah Pusat Latihan Dakwah

BINA menganjur kelas Fardhu Ain kepada mereka yang baru

memeluk Islam.203 Dengan adanya pendidikan serta bimbingan yang

baik kepada golongan ini akan membantu mereka mengamalkan Islam

dalam hidup mereka.

Bagi menampung keperluan golongan ini di kampung, beberapa

orang guru agama akan dihantar ke kampung Saudara Kita di

pedalaman untuk mengajar mereka sembahyang dan mengaji. Tokoh

ini sendiri pergi ke pedalaman untuk memberi nasihat, mendidik dan

mengajar Saudara Kita pengetahuan asas agama Islam.204 Dengan

aktiviti ini, keIslaman Saudara Kita lebih baik dan semakin kukuh

serta sukar untuk dipengaruhi oleh saudara mara mereka yang tidak

Islam.205

203 Ibid. 10 204 Mohammad Sayed, (perintis dan mantan Penghulu Kampung Darul Islam Belimbing

Padawan) dalam temubual dengan penulis pada 1 Mei 2014 205 Op.Cit, B.I.N.A, 48-49

Page 115: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

115

Rajah 4.1 : Penuntut Darul Rahmah Pusat Latihan Dakwah

Sumber : Ihsan Perpustakaan HIKMAH, Petra Jaya Kuching Pelajar berfoto di

depan bangunan Sekolah Baitul Rahmah Pusat Latihan Dakwah BINA Jalan

Haji Bolhassan Kuching.

Pusat ini seterusnya menjadi asas penubuhan Institut Dakwah

BINA (IDB) di tapak yang baru Batu 24 Jalan Kuching / Serian Lama,

Pedawan bagi menyediakan medium kepada belia-belia Saudara Kita

untuk menuntut ilmu agama secara formal. Di antara objektif utama

IDB adalah mempersiapkan belia-belia Saudara Kita untuk menjadi

pendakwah pada masa akan datang. Selepas berlaku perubahan, institut

ini telah diserahkan kepada pihak Lembaga Kebajikan Darul Falah

kemudian bertukar menjadi Institut Dakwah Darul Falah (IDDF).206

Institut ini giat mengambil penuntut dari berbagai etnik dan kaum dari

seluruh Negeri Sarawak.

206 Aturcara Majlis Pelancaran 40 Tahun BINA-HIKMAH 23 Jun 2009, 10

Page 116: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

116

Rajah 4.2 : Foto pelajar Institut Dakwah Darul Falah

Sumber : Institut Dakwah Daarul Falah Dalam Pelbagai Budaya, 28

4.7.3 Foster Home

Tokoh ini melebarkan kerjasama PERKIM Damansara Uama

mengendalikan program yang dinamakan Foster Home. Program ini

adalah penyediaan tempat bagi anak-anak Saudara Kita dan non-

Muslim dari Sarawak bermastautin di Semenanjung Malaysia. Tempat

tinggal anak-anak ini disediakan, begitu juga dengan persekolahan

mereka, makan minum, perbelanjaan dan aktiviti mereka dijaga

dengan baik. Persekolahan mereka dipantau dan diurus dari peringkat

sekolah rendah hinggalah ke Institut Pengajian Tinggi (IPT). Program

ini masih berterusan hingga sekarang dan telah menyaksikan kejayaan

anak-anak Saudara Kita ini dalam bidang pelajaran bahkan ada yang

telah memasuki alam pekerjaan. Anak-anak dari suku Iban, Bidayuh,

Penan yang belum Islam akhirnya tertarik dengan agama Islam dan

akhirnya menjadi Muslim kerana sekian lama bergaul dengan rakan-

rakan mereka yang telah Islam. Di samping layanan yang dari penjaga-

penjaga mereka adalah baik dan ini juga memberi kesan yang positif

Page 117: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

117

kepada mereka.207 Sebagai mantan Menteri Pelajaran Malaysia, tokoh

ini melihat betapa pentingnya anak-anak ini diberikan peluang

mengecapi pendidikan yang sempurna dan kehidupan yang selesa bagi

menempuh hari mendatang yang penuh dengan cabaran terutamanya

sebagai Saudara Kita.

4.7.4 Tadika BINA

Tokoh ini menekankan pendidikan Islam awal kepada kanak-

kanak Islam dengan menubuhkan tadika ini. Tadika ini menjadi tadika

Islam yang pertama di bandar Kuching dan menjadi pusat yang penting

mengasuh kanak-kanak ini dengan amalan serta ilmu Islam. Tokoh ini

melihat kepentingan untuk mencorak tunas-tunas muda Islam dengn

nilai-nilai mulia dan akhlak yang tinggi bersumberkan Islam, diasuh

dan dididik cara berwudhu, sembahyang, doa harian dan mengaji al-

Qur’an.208

Rajah 4.3 : Foto murid Tadika BINA

Sumber : Perpustakaan Ibu Pejabat HIKMAH, Petra Jaya Kuching. Foto

menunjukkan murid-murid tadika yang dikelola oleh BINA bersama guru

dalam salah satu majlis yang diadakan.

207 Op.Cit, 40 Tahun BINA-HIKMAH,11 208 Op.Cit,B.I.N.A, 62-63

Page 118: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

118

4.7.5 Klinik Bergerak

Tokoh ihi berpandangan jauh dan menyeluruh bukan dahaja

menyediakan program-program agama secara langsung tetepi juga

mementingkan aspek kebajikan dan kesihatan. Oleh itu tokoh ini

mengarahkan pihak BINA mengadakan klinik ini bergerak di kawasan

pedalaman. Klinik ini bukan sahaja memberi khidmat kesihatan

kepada Saudara Kita di pedalaman, malah juga membina hubungan

yang mesra dengan golongan non-Muslim yang ada di tempat

berkenaan. Melalui klinik bergerak ini, petugas diterima baik oleh

penduduk setempat tanpa merasa sebenarnya mereka telah dilibatkan

dalam gerakan dakwah. Mereka juga tidak ada prasangka jahat

terhadap klinik ini kerana telah mesra dengan petugasnya.209

Rajah 4.4 : Program Klinik Bergerak di pedalaman

Sumber : Ihsan daripada Bahagian Dakwah Pedalaman HIKMAH.

209 Rosman Majid (1985), Koleksi Temuramah Tokoh-Tokoh (cet. pertama, Kuala Lumpur:

Utusan Publication & Distributors SDN. BHD,1985), 2

Page 119: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

119

Foto menunjukkan petugas kesihatan yang sedang melakukan

pemeriksaan kesihatan kepada penduduk salah sebuah perkampungan

Saudara Kita di pedalaman secara percuma. Biasanya unit Klinik

Bergerak ini akan menghabiskan masa sehari semalam bersama

penduduk pedalaman sebelum berpindah ke kawasan yang lain.

4.7.6 Ziarah Pedalaman

Dalam skala yang lebih besar, tokoh ini mempelopori ziarah-

ziarah ke kawasan pedalaman terutamanya ke kawasan golongan non-

Muslim. Program ziarah atau dalam bahasa Sarawak dikenali sebagai

‘berambeh’ yang merapatkan jurang dengan masyarakat pedalaman.

Program ini adalah aktiviti santai dengan mengadakan majlis makan

bersama masyarakat. Sebelum itu rombongan dari penggerak dakwah

dan masyarakat setempat akan mengadakan aktiviti memasak secara

bersama-sama. Bahan makanan dibawa dari luar bagi memastikan

kebersihan dan status halal makanan. Suasana program adalah mesra

diselingi dengan perbualan ringan mengenai perihal kampung, kebun,

tanah, budaya, kemasyarakatan, pendidikan dan agama tanpa memberi

tekanan kepada masyarakat kampung untuk memeluk Islam. Di antara

objektif program adalah mewujudkan rasa selesa dan yakin

masyarakat kampung serta bersikap lebih terbuka untuk

membincangkan tentang agama Islam dan seterusnya ditawarkan untuk

memeluk agama Islam.210

210 Op.Cit, B.I.N.A, 39

Page 120: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

120

Rajah 4.5 : Suasana di salah satu Program Ziarah Pedalaman

Sumber : Ihsan Perpustakaan Ibu Pejabat HIKMAH, Petra Jaya Kuching

Suasana bertemu dengan Saudara Kita di ruai di salah sebuah rumah panjang

Rajah 4.6 : Rombongan Dakwah meredah hutan dan melalui sungai

Sumber : Ihsan Perpustakaan Ibu Pejabat HIKMAH, Petra Jaya Kuching

Keadaan rombongan dakwah merentasi anak sungai di pedalaman. Didalam

foto ini terdapat mantan Setiausaha Kerja BINA iaitu Haji Haneef @ Lois Ali

menyertai rombongan.

Page 121: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

121

Beberapa siri pengIslaman berjaya dilaksanakan di kawasan-

kawasan pedalaman Sarawak dan dengan ini Islam tersebar jauh ke

jantung Sarawak melalui penggerak-penggerak dakwah yang terlatih.

Jadual 4.3 : Rekod kemasukan Islam penduduk peribumi Sarawak

Sumber : Ubahsuai dari Penerbitan dan Penerangan Perayaan 10 tahun

Angkatan Nahdatul Islam Bersatu (B.I.N.A), Sepuluh Tahun BINA 1969-1979

Rajah 4.7 : Majlis Pengislaman TYT Yang Dipertua Negeri Sarawak

Tarikh Jumlah Yang Memeluk Islam Tempat

23/10/1976 78 orang dari keturunan Cina memeluk Islam Sibu

14/12/1976 159 orang memeluk Islam Seri Bahagia, Kuching

28/02/1977 263 orang di-Islamkan Seri Bahagia, Kuching

25/03/1977 76 orang memeluk Islam Seri Bahagia, Kuching

29/03/1977 29 orang memeluk Islam Seri Bahagia, Kuching

27/06/1977 500 orang di-Islamkan termasuk Tun Datuk

Patinggi Haji Mohd. salahuddin dan keluarga

Istana, Kuching

11/08/1977 291 orang memeluk Islam Surau Seri Bahagia,

12/08/1977 30 orang keturunan Punan dari Belaga memeluk

Islam

Kediaman Timb.

Presiden BINA Datuk

Abang Haji Yusuf

Puteh

20/08/1977 127 orang keturunan Iban dan Cina memeluk

Islam

Binatang (sekarang

Bintangor)

10/10/1977 99 orang memeluk Islam Sarikei

12/10/1977 500 orang memeluk Islam -

12/11/1977 70 orang memeluk Islam Seri Bahagia, Kuching

22/01/1978 200 orang keturunan Bidayuh memeluk Islam Serian

20/04/1978 226 orang memeluk Islam BINA Caw. Binatang.

Page 122: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

122

Sumber : 10 Tahun BINA, Video. Foto memaparkan Tuan Yang Terutama

(TYT) Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang Haji Mohd.

Salahuddin masuk Islam di pimpin oleh tetamu jemputan dari Arab Saudi yang

dijemput oleh tokoh ini.211

4.7.7 Perkampungan Baru Islam (PBI)

Tokoh ini memahami keadaan Saudara Kita yang masih belum

kuat pegangan agama mereka dan adanya pujukan dari saudara mara

mereka yang belum Islam untuk kembali kepada agama lama mereka.

Oleh itu tokoh ini membina keadaan yang lebih selesa untuk Saudara

Kita menjalani kehidupan sebagai Muslim dengan membina

perkampungan baru untuk mereka. Program ini diberi nama

Perkampungan Baru Islam (PBI). Walaupun mereka tinggal di

perkampungan baru, mereka mengekalkan hubungan kekeluargaan

dengan saudara mara mereka yang non-muslim.212

Sebagai contoh ialah Kampung Darul Islam Belimbing Padawan.

Kampung ini telah mula diteroka pada tahun 1970. Pada tahun 1973

umat Islam dari kalangan Saudara Kita mula mendirikan rumah di

kampung ini. Kampung ini merupakan tanah yang telah diluluskan

oleh kerajaan yang dipimpin oleh tokoh ini bagi penempatan baru dan

pada tahun 1979. Kampung ini telah dirasmikan dengan nama

Kampung Darul Islam Belimbing oleh tokoh ini yang ketika itu

menjawat Ketua Menteri Sarawak.213

211 Op. Cit., BINA, 36 212 Ibid., 40 213 Op.Cit, Mohammad Sayed, temubual

Page 123: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

123

Rajah 4.8 : Rumah Panjang BINA dan suasana perbincangan Saudara Kita

Darul Islam Kampung Belimbing Padawan

Sumber : Ihsan Perpustakaan HIKMAH, Petra Jaya Kuching

Sekarang ini terdapat banyak PBI yang dikelola oleh HIKMAH di

seluruh Sarawak menunjukkan peningkatan kemasukan golongan non-

muslim dari masa ke semasa, berikut adalah data PBI berkenaan;

Jadual 4.4 : Rekod Perkampungan Baru Islam Seluruh Sarawak

Bahagian Jumlah PBI Jumlah Keluarga Jumlah Penduduk

Kuching 31 277 1,140

Samarahan 43 549 2,495

Sri Aman 13 184 776

Sarikei 2 72 347

Mukah 1 91 538

Miri 5 13 67

Limbang 7 28 135

Sumber : HIKMAH Laporan Ringkas Statistik Saudara Kita Di Perkampungan

Baru Islam (PBI) Negeri Sarawak

Jadual menunjukkan jumlah PBI yang dikelola HIKMAH di

seluruh Sarawak. Pada awalnya PBI hanya terdapat di Bahagian

Kuching dan sekarang terdapat PBI seluruh Negeri Sarawak dan jadual

memperincikan jumlah keluarga Saudara Kita dan jumlah penduduk

dari kalangan Saudara Kita.

Page 124: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

124

Rajah 4.9 : Foto pengasas penubuhan Kampung Darul Islam Belimbing

Padawan

Sumber : Ihsan dari Perpustakaan Ibu Pejabat HIKMAH Petra Jaya Kuching.

Foto ini diambil pada tahun 1972 terdiri dari para pengasas Kampung Darul

Islam Belimbing Padawan bersama tokoh ini selaku Ketua Menteri Sarawak

dan Presiden BINA

4.7.8 Anugerah Ibadah Haji

Tokoh ini amat peka terhadap pengaruh ketua-ketua Saudara

Kita yang telah berkorban meninggalkan agama nenek moyang mereka

dan memeluk Islam sebagai pegangan agama yang baru. Bagi

memperkukuh keimanan mereka dan memberi imbuhan kepada

mereka, sebahagian daripada ketua ini diberi anugerah menunaikan

ibadah haji secara percuma. Mereka akan berangkat ke Mekah secara

bergilir-gilir berdasarkan kouta yang disediakan. Pengalaman mereka

menunaikan haji dan imbuhan tersebut akan dikongsikan kepada anak

buah mereka di rumah panjang dan dengan ini telah menaikkan

kedudukan mereka. Tokoh ini mengarahkan BINA untuk mengurus

beberapa orang Ketua Kaum dari kalangan Saudara Kita untuk

menunaikan haji ke Mekah. Kos dan perbelanjaan ditanggung oleh

BINA.

Page 125: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

125

Rajah 4.10 : Beberapa orang Saudara Kita menaiki kapalterbang ketika

berangkat menunaikan ibadah haji.

Sumber : Ihsan Perpustakaan Ibu Pejabat HIKMAH, Petra Jaya Kuching. Foto

menunjukkan beberapa daripada kalangan Saudara Kita menuju pesawat

untukbertolakke Mekah menunaikan ibadah haji.

4.7.8 Ekonomi

Tokoh ini juga menyediakan landasan yang baik untuk umat

Islam dan Saudara Kita berkecimpung dalam sektor ekonomi. Sebuah

koperasi Islam telah ditubuhkan iaitu Koperasi ANIB pada tarikh 15

Disember 1978. Tujuan penubuhan koperasi ini adalah untuk

menggalakkan umat Islam menceburi bidang ekonomi seperti dalam

sektor pertanian, perladangan kelapa sawit, koko, getah bahkan bidang

pelaburan dan hartanah. Tokoh ini juga mengikat bekerjasama dengan

Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyediakan premis-premis

perniagaan di tengah-tengah bandar Kuching bagi menggalakkan umat

Islam menjalankan perniagaan runcit.

Page 126: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

126

Rajah 4.11 : Projek BINA / Mara dalam pembinaan

Sumber : Ihsan daripada Perpustakaan HIKMAH Petra Jaya Kuching

Foto menunjukkan papan tanda projek BINA / MARA dan

sebahagian daripada bangunan tersebut yang sedang dalam pembinaan.

Projek ini menalan belanja RM400,000.000 bagi menyediakan 69 buah

rumah kedai. Kedai-kedai ini akan disewakan kepada Bumiputera sahaja

bagi mereka menjalankan perniagaan.214

Pada tahun 1988, tokoh ini berhenti daripada memimpin BINA dan

hadirnya pimpinan baru untuk meneraju BINA. Seterusnya pada tahun 1994

berlaku perubahan besar kepada nama BINA apabila ditukar menjadi

Harakah Islamiah yang dipendekkan menjadi HIKMAH. Gerakan dakwah

yang telah dirintis oleh tokoh ini diteruskan dengan imej baru ini bahkan

diperkasakan dengan bentuk-bentuk moden.

Beberapa aktiviti HIKMAH yang dicatarkan disini seperti Kursus

Intensif Islami (INTI), Kelab Remaja HIKMAH (KRH), Hal Ehwal Wanita

(HELWA), Konvoi Belia, Safari dan Pengagihan Bantuan Raya / Ramadhan,

Sembelihan dan Pengagihan Daging Kurban, Pusat Latihan Dakwah Lelaki

214 Op.Cit, “Sepuluh Tahun BINA”, FNM, 1979, video

Page 127: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

127

dan Wanita, Tarbiah HIKMAH dan berbagai lagi program berrtujuan

menyemarakkan gerakan dakwah.

Gerakan dakwah yang besar ini mampu digalas dengan baik dan

tokoh ini sentiasa hadir memberi khidmat dan dedikasi bagi memastikan

ianya berjalan. Disamping itu gerakan ini melibatkan banyak pihak dan

individu. Penulis telah menemubual beberapa orang dari kalangan mereka

yang pernah bersama tokoh ini dalam gerakan dakwah di Sarawak.

4.8 Pengakuan Terhadap Abdul Rahman Ya’kub

Penulis telah mengadakan temubual dengan beberapa individu dalam

mendapatkan maklumat dan fakta yang belum diterbitkan mengenai sumbangan

tokoh ini dalam dakwah di Sarawak. Selanjutnya penulis paparkan hasil

temubual yang telah dibuat.

4.8.1 Fathi Duet

Beliau merupakan Setiausaha Agung BINA dari tahun 1970

hingga 1980. Beliau juga merupakan Setiausaha Zakat dan Fitrah

Majlis Islam Sarawak (MIS) sebelum penubuhan BINA. Beliau

terlibat dalam penubuhan BINA dari peringkat awal lagi bersama

dengan tokoh ini. Dalam temubual dengan penulis beliau berkongsi

pengalaman dan pandangan yang berkaitan dengan sumbangan

dakwah tokoh ini dan BINA.

Menurut beliau latar belakang penubuhan BINA adalah hasil dari

Kongres Islam Malaysia Timur pada tahun 1968. Pada ketika itu belia-

Page 128: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

128

belia Islam telah jauh dari ajaran agama dari segi pegangan hidup serta

tingkah laku mereka. Oleh itu tokoh-tokoh masyarakat ketika itu

menubuhkan sebuah organisasi yang disebut BINA untuk mengangani

gejala tersebut.

Menurut beliau lagi tokoh ini menjadikan dakwah sebagai projek

yang penting di Sarawak. Dakwah beliau mencakup berbagai lapisan

masyakat sama ada belia, dewasa lelaki dan perempuan dengan

pelaksanaan dua bentuk operasi dakwah iaitu dakwah ke dalam dan

dakwah ke luar. Dakwah ke dalam adalah untuk memperbaiki keadaan

umat Islam yang sedia ada ke arah menjadi umat Islam yang

berpegeng teguh kepada ajaran Islam. Manakala dakwah ke luar pula

adalah terhadap masyarakat non-Muslim di pedalaman Sarawak.

Menurut beliau lagi, di antara sumbangan dakwah Tokoh ini

adalah di terhasilnya Kampung Darul Islam Belimbing Padawan yang

merupakan kampung Saudara Kita sepenuhnya yang pertama kali

diwujudkan. Kampung ini seterusnya menjadi model kepada

kampung-kampung Saudara Kita yang lain.

Seterusnya sumbangan dakwah oleh tokoh ini terhadap umat

Islam sendiri yang telah mengubah amalan hidup mereka termasuk

dari kalangan pegawai atasan kerajaan. Atas arahan beliau,

diwujudkan program yang dinamakan Surau Setia iaitu majlis ceramah

agama mingguan yang mewajibkan para pegawai kerajaan hadir.

Pengurusan Surau Setia diserahkan kepada Setiausaha Kerajaan

Page 129: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

129

Negeri Sarawak supaya memberi tekanan kepada para pegawai

berkenaan untuk hadir ke majlis tersebut. Pada kebiasaannya Surau

Setia diadakan pada setiap malam Jumaat dan ceramah agama

disampaikan oleh al-marhum Abdul Kadir Hasan dan tokoh ini sendiri.

Dengan ini, Surau Setia telah menyumbang kepada kesedaran di

kalangan para pegawai ini untuk kembali kepada ajaran agama Islam.

4.8.2 Bahruddin Mansur

Beliau adalah pendakwah dari sebuah organisasi dakwah yang

berpusat di Jakarta Indonesia iaitu Dewan Dakwah Indonesia (DDI).

Beliau mula berdakwah di Sarawak sejak tahun 80-an bersama BINA.

Beliau banyak mendampingi tokoh ini dalam kerja-kerja dakwah di

Sarawak.

Menurut Bahruddin Mansur, tokoh ini mempunyai perancangan

yang besar untuk survival umat Islam di Sarawak bermula dengan

penubuhan BINA sebagai nadi rancangan tersebut. Menurut beliau

lagi, salah satu asas utama tokoh ini menubuh BINA adalah untuk

menjadi tulang belakang kepada umat Islam sekiranya terdapat

ancaman terhadap mana-mana institusi milik umat Islam yang lain.

Tokoh ini juga mengasaskan Yayasan Sarawak, Lembaga Amanah

Kebajikan Darul Falah, Pertubuhan Saberkas dan sebagainya.215

Dari sudut lain, Bahruddin Mansur memuji sikap dedikasi

dan bersungguh-sungguh tokoh ini dalam bidang yang diminatinya.

215 Baharuddin Mansur (Bahagian Penyelidikan HIKMAH, Ibu Pejabat HIKMAH Petra Jaya

Kuching), dalam temubual dengan penulis pada 12 November 2012

Page 130: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

130

Sebagai contoh, beliau menjemput seorang guru tertinggi persilatan Ai

Kido dari Jepun untuk dibawa ke Sarawak iaitu Master Yamada untuk

mengajar seni itu.216 Begitu jugalah dalam bidang-bidang lain seperti

ilmu tarannum, tarikat dan sebagainya. Beliau akan melakukannya

dengan penuh perhatian dan tekun .217

4.8.3 Suhai Bin Hashim

Beliau adalah Pengerusi HIKMAH Cawangan Belaga di

Bahagian Kapit. Beliau melibatkan diri dengan BINA sejak awal

tahun 80-an ketika masih belia lagi. Semasa temubual dengan penulis

ini dilangsungkan, beliau telah menjangkau usia 69 tahun tujuh bulan.

Menurut beliau tokoh ini pernah berkunjung ke Belaga untuk bertemu

dengan umat Islam di Belaga dan menyampaikan dakwah disamping

mengeratkan silaturahim dengan umat Islam setempat. Menurut beliau

lagi perkembangan Islam meningkat dengan pantas dan ketara pada

era BINA. Beliau pernah menyaksikan satu rombongan non-Muslim

dari etnik-etnik sekitar Belaga seperti Punan, Kenyah, Kayan pergi ke

Kuching untuk hadir ke majlis pengislaman beramai-ramai.

Rombongan itu singgah di Kapit dan bermalam di rumah datuk beliau

sehingga rumah tersebut dipenuhi oleh ahli rombongan tersebut.

Menurut Suhai, tokoh ini datang ke Belaga juga dalam rangka

menziarahi datuk sebelah emak beliau dari keturunan Brunei iaitu

Awang Sutoh Awang Ibrahim. Tokoh ini mempunyai susur galur dari

216 Op.Cit, Abdul Rahman Ya’kub, temubual 217 Op.Cit, Mansur, temubual

Page 131: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

131

keturunan Brunei melalui jalur sebelah ibu beliau sebagaimana disebut

sebelum ini.218

4.8.4 Abdul Rahman Fadzail

Beliau merupakan pengerusi BINA Bahagian Miri yang pertama

pada awal tahun 80-an. Beliau adalah tokoh masyarakat di Miri dan

dengan memegang jawatan Temenggong bagi masyarakat Melayu di

Miri. Beliau mula aktif dan terlibat dengan aktiviti-aktiviti

kemasyarakatan dan kebajikan sejak tahun 1965. Beliau pernah

menjawat jawatan sebagai Naib Yang Dipertua BINA pada sesi 1976-

1978. Menurut beliau, tokoh ini dan BINA telah melonjakan

semangat dan kesedaran agama kepada masyarakat. Tokoh ini juga

turun ke padang untuk menyampaikan dakwah. Menurut beliau tokoh

ini telah berjawa membawa dakwah ke Baram dan melakukan

pengislaman di Bario walaupun pada peringkat awalnya terdapat

tentangan yang kuat daripada masyarakat non-muslim tempatan.

Tokoh ini merupakan individu yang mengambil berat tentang

keadaan umat Islam serta amalan mereka. beliau banyak mengadakan

langkah-langkah untuk memperbaiki keadaan umat Islam untuk jangka

masa panjang seperti menyediakan asas ekonomi yang mantap,

perladangan, pembalakan dan saumpamanya. Bahkan tokoh ini

mengadakan Surau Setia bagi memastikan ketua-ketua jabatan

218 Suhai bin Hashim (Pengerusi HIKMAH Cawangan Belaga, Kampung Melayu Belaga),

dalam temubual dengan penulis pada 24 Januari 2012

Page 132: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

132

mengamalkan ajaran Islam dengan baik serta membuang tabiat buruk

yang pernah diamalkan.

Menurut Abdul Rahman Fadzail lagi, tokoh ini seorang yang

tenang dan tidak tergopoh gapah dalam melakukan kerja atau tindakan

dan juga amat gemar bergurau kepada masyarakat menjadikannya

disayang. Tokoh ini memiliki peribadi yang baik, merendah diri dan

sederhana tetapi tegas pada dasar dan prinsip agama.219

4.8.5 Ali Fathullah Harun

Beliau merupakan anak kepada al-marhum Pak Kiyai Haji

Fathullah Harun iaitu Imam Masjid Negeri Sarawak yang dibawa oleh

tokoh ini dari Kuala Lumpur ke Negeri Sarawak pada tahun 1979. Ali

Fathullah adalah pendakwah bebas yang mengusahakan madrasah di

Bintulu, Sarawak yang dikenali dengan nama Madrasah al-Quran.

Beliau terlibat dalam dakwah BINA seawal tahun 1986 sebagai

Setiausaha kerja BINA Kuching yang ketika itu dipengerusikan oleh

Wan Ali Wan Madhi. Kemudian beliau juga terlibat dalam Klinik

Bergerak BINA bersama Ayub Abdul Rahman, Ismail Gusta dan

beberapa orang lagi ke kawasan pedalaman memberi khidmat

kesihatan dan dakwah. Beliau juga merupakan salah seorang penulis

majalah dakwah keluaran BINA seperti al-Huda.

Menurut beliau kerja dakwah yang dilakukan oleh BINA ketika

itu adalah kerja yang bersungguh-sungguh walaupun kemudahan yang

terbatas. Kerja-kerja dakwah yang bersifat penawaran khidmat dan

219 Op.Cit, Fadzail, temubual

Page 133: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

133

kebajikan banyak memberi kesan terutamanya kepada golongan non-

Muslim di kawasan pedalaman Sarawak. Setelah itu disediakan tenaga

pendakwah yang memberi bimbingan susulan kepada mereka setelah

mereka masuk Islam dan menjadi faktor penyumbang kepada

golongan non-Muslim terbuka untuk menerima agama Islam sebagai

agama baru mereka.220

4.7.6 Muhammad Sayed

Beliau merupakan penghulu yang pertama Kampung Darul Islam

Belimbing Padawan. Beliau adalah di antara perintis kampung

tersebut pada tahun 70-an. Menurut beliau kampung Darul Islam

Belimbing Padawan dirasmikan oleh tokoh ini pada 10 Mei 1980

semasa beliau masih menjadi Ketua Menteri Sarawak.

Menurut Muhammad Sayed, mereka merintis kampung tersebut

seawal tahun 1970 dan pada tahun 1973, dia telah membina rumah dan

pindah ke kampung berkenaan. Menurut beliau lagi, mereka memaluk

Islam melalui interaksi mereka dengan anggota Pasukan Angkatan

Tentera Malaysia yang bertugas menjaga perbatasan dengan Indonesia

pada tahun 70-an.

Kampung tersebut menjadi rahmat kepada mereka kerana dapat

memisahkan diri dari saudara mereka yang belum Islam di kampung

asal mereka.

220 Ali Fathullah, (Pengasas Madrasah Al-Quran Bintulu dan Pendakwah Bebas), dalam

temubual dengan penulis pada 26 September 2013

Page 134: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

134

Menurut beliau lagi, tokoh ini menubuhkan BINA Kampung

Darul Islam Belimbing dan menghantar guru agama untuk memberi

bimbingan agama kepada Saudara Kita ketika itu terutamanya

bimbingan sembahyang. Di antara guru yang pernah ke kampung

tersebut bernama Haji Suut Sulong. Sekarang ini penduduk kampung

bertambah ramai dan masjid telah di bina dengan lebih baik.221

Rajah 4.12 : Kulit buku Panduan Sembahyang Bahasa Bidayuh

Sumber : Ihsan dari Perpustakaan Ibu Pejabat HIKMAH Petra Jaya Kuching

Buku terbitan BINA Panduan Belajar Sembahyang Bahasa Bidayuh.

Kulit depan buku terbitan BINA di dalam bahasa Bidayuh

panduan belajar sembahyang. Ini menunjukkan komitmen yang

bersungguh-sungguh BINA dalam membimbing Saudara Kita

mendirikan sembahyang.

221 Op.Cit, Muhammad Sayed, temubual

Page 135: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

135

4.7.6 Su’udi Arof

Su‘udi Arof adalah mantan Setiausaha Kerja BINA pada tahun

80-an dan berasal dari Sadong Jaya Kota Samarahan. Sebelum bekerja

dengan BINA beliau terlibat dengan program yang dianjurkan oleh

BINA di Sadong Jaya dan bandar Kuching seperti Seni Silat Helang

Putih dan Mayang Mengurai ketika belia. Menurut beliau tokoh ini

telah berjaya membuka jalan mudah kepada anak Sarawak untuk

mendapat tempat secara automatik untuk seramai sepuluh orang

pelajar yang mempunyai keputusan SPM yang cemerlang melanjut

pelajaran ke Universiti Malaya Nilam Puri di Kelantan.222

Dengan kemudahan ini membuka ruang yang lebar kepada

pelajar-pelajar yang berasal dari Sarawak mendapat peluang belajar

dalam rangka meningkatkan generasi berilmu pengetahuan tinggi di

Sarawak dari kalangan umat Islam.

4.8 Kesimpulan

Terdapat dua perkara yang penulis simpulkan di sini iaitu;

Pertama adalah langkah yang diambil oleh tokoh ini menginstitusikan

dakwah menjadi gerakan secara kolektif melalui organisasi BINA sebagai

langkah yang besar dan kedepan yang tidak difikirkan oleh tokoh-tokoh yang

ada ketika itu.

222 Su‘udi Arof, (Mantan Setiausaha Kerja BINA), dalam temubual dengan penulis pada

Disember 2012

Page 136: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

136

Yang kedua tokoh ini telah melebarkan capaian dan pencapaian dakwah

di Sarawak apabila berjaya membawa golongan non-Muslim masuk Islam

dalam angka yang besar. Pencapaian ini bukan sahaja berskala besar tetapi

menampakkan konsistensi yang belum pernah dicapai sebelum ini.

Dalam kesimpulan ini juga penulis membentangkan sejarah ringkas

Negeri Sarawak dan sejarah BINA bagi menghubungkan di antara realiti yang

berlaku pada umat Islam ketika itu dengan gerakan tokoh ini dan menampakkan

rasional yang tinggi kenapa tokoh ini melakukan seruan kepada kebenaran

Islam di Sarawak.

Pada bab berikutnya, penulis akan menganalisa dan merumus kajian serta

membentangkan dapatan untuk diajukan cadangan-cadangan sebelum membuat

penutup.

Page 137: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

137

BAB 5 PENUTUP

5.1 Pendahuluan

Bab ini merupakan rumusan kajian dan adalah bab terakhir. Secara

umumnya bab ini terbahagi kepada lima bahagian iaitu pendahuluan,

kesimpulan, dapatan kajian, cadangan dan penutup.

5.2 Kesimpulan

Perkara pertama yang disebut dalam kesimpulan ini adalah kejayaan

penulis menjawab objektif-objektif kajian yang telah digariskan pada

pengenalan seperti berikut ;

Objektif Pertama : Penulis telah berjaya mengenalpasti tokoh ini melalui

profil eksklusif. Melalui profil eksklusif ini memperlihatkan tokoh ini memiliki

peribadi yang kuat, tabah dan seorang yang konsisten dalam menghadapi

cabaran hidup. Tokoh ini juga memiliki sikap bertanggungjawab yang tinggi.

Melalui temubual penulis dengan tokoh ini menemukan kaedah tersendiri

yang dimiliki oleh tokoh ini apabila menghadapi kesulitan besar. Penulis sedia

maklum kecekalan dan ketabahan tokoh ini dalam menghadapi cabaran tetapi

apabila beliau merasa peluang untuk menang adalah tipis atau tidak pasti, maka

beliau akan bangun malam memperbanyakkan solat tahajjud dan meminta

bantuan Allah SWT.223

Terdapat beberapa masalah yang besar yang telah berjaya dilepasi oleh

tokoh ini seperti ancaman komunis, perpaduan yang rapuh di antara kaum dan

223 Op. Cit., Abdul Rahman Ya’kub, temubual.

Page 138: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

138

parti politik. Penulis yakin di antara cara tokoh ini menghadapi masalah

tersebut adalah dengan kaedah solat tahajjud tersebut.

Tokoh ini juga mengharungi berbagai kepayahan dan kesempitan dari

sudut keperluan hidup sejak dari usia kecil beliau. Keadaan ini berterusan

sehingga tokoh ini meningkat usia remaja dan belia. Pada usia yang sangat

muda, tokoh ini mengambil sebahagian daripada beban yang ditanggung ayah

beliau dalam usaha meneruskan kehidupan diri dan keluarga sebagaimana

disebut pada bab ketiga kajian ini.

Kesusahan yang dilalui tokoh ini berlanjutan bahkan semasa beliau

melanjut pelajaran ke London, tetapi tokoh ini tidak mengalah, sebaliknya

berjaya membawa pulang cita-cita dan impian dengan cemerlang.

Pada hemat penulis, perjalanan hidup tokoh ini yang penuh cabaran

bukanlah tidak memberi makna apa-apa atau sekadar paparan dari kehidupan

seseorang tetapi ia adalah sebuah landasan persediaan melahirkan seorang

pemimpin secara natural atau alami. Ketika tokoh ini menjadi Ketua Menteri

Sarawak, beliau telah berjaya keluar dari kemelut yang berlaku dan di antara

faktor kekuatan semangat dan kecekalan ini telah dipersiapkan secara natural

sebelumnya.

Secara peribadi, penulis melihat tokoh ini berdasarkan dua aspek iaitu

aspek pemimpin dan aspek manusia.

Pertama : Sebagai pemimpin, tokoh ini menunjukkan kualiti kepimpinan

yang tinggi apabila menggagahi cabaran-cabaran sama ada kecil, sederhana

Page 139: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

139

mahu pun yang besar. Perkara ini berlaku kerana tokoh ini telah dipersiapkan

untuk menghadapi cabaran.

Kedua : Cabaran-cabaran yang dilalui oleh tokoh ini menunjukkan beliau

adalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada masalah dan rintangan. Apa

yang membezakan disini adalah tokoh ini mendepani cabaran hingga berjaya

melepasi masalah dan rintangan tersebut sama ada secara penuh atau spara

penuh dan bukannya lari dari masalah.

Seterusnya penulis berjaya menjawab objektif kedua kajian yang telah

disentuh pada bab keempat. Tokoh ini telah melakukan revolusi dalam

pemikiran dan gerakan dakwah di Sarawak. Persembahan dakwah ketika itu

lebih berorientasikan kepada ulama dan guru agama semata. Usaha

mengembangkan agama lebih bersifat individual daripada dedikasi golongan

agamawan yang tidak dikordinasi serta diorganisasi secara bersepadu dan

besar-besaran. Oleh yang demikian, hasil dari usaha ini adalah kecil dan tidak

dapat membina kekuatan untuk menentang kemungkaran dengan lebih berjaya.

Tokoh ini memiliki gagasan dakwah holistik bukan dakwah secara kotak-

katik yang atau sekadar menyampai ceramah dan pengIslaman golongan non-

Muslim. Tokoh ini melakukan jihad sosial menerusi dakwahnya yang

merangkumi aspek politik, ekonomi, pendidikan, kebajikan dan kemajuan

masyarakat Islam. Pelaksanaan dakwah tokoh ini, terbahagi kepada dua iaitu

al-Islah yang bermaksud perbaikan dan menyebarkan dakwah kepada golongan

non-Muslim.

Page 140: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

140

Sebagai contoh, Koperasi BINA yang ditubuh oleh tokoh ini memberi

ruang kepada orang Islam melibatkan diri dalam perniagaan untuk

meningkatkan ekonomi umat, membentuk sikap berdikari dan mengelak sikap

pasif yang hanya mengharapkan bantuan dari pihak lain. Dengan memiliki

ekonomi yang kukuh, umat Islam dapat terlibat dan menyumbang untuk

memperkasakan lagi dakwah bukan menjadi peminta sedekah.

Seterusnya pemikiran politik tokoh ini bukan sekadar politik kosong

tetapi pemikiran politik yang berstrategi. Tokoh ini melebarkan capaian dakwah

kepada golongan non-Muslim kerana semakin banyak golongan ini yang

memeluk agama Islam akan memberi kesan dan memperkukuhkan kedudukan

politik umat Islam. Sebagai contoh, pengIslaman 500 orang golongan non-

Muslim akan menambah sokongan politik tokoh ini sebanyak 500 undi

berasaskan bilangan suara ketika diadakan pilihanraya. Oleh itu, kejayaan

meningkatkan jumlah orang Islam daripada golongan ini akan memperkukuh

kedudukan politik umat Islam di Sarawak kerana kedudukan umat Islam adalah

minoriti dan tokoh ini telah mencapai tujuan ini.

Dalam aspek pendidikan, tokoh ini menyediakan landasan yang kukuh

untuk meningkatkan mutu pendidikan umat Islam dan Saudara Kita dengan

menubuhkan institusi pendidikan formal seperti Tadika BINA, Institut Dakwah

BINA dan Baitul Rahmah Pusat Latihan Dakwah. Dengan memiliki umat yang

berpendidikan akan mampu menempuh cabaran zaman yang kian meningkat.

Umat yang berpendidikan akan dapat membantu memajukan negeri dan agama.

Page 141: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

141

Tokoh ini berjaya memecah kebuntuan dan kejumudan gagasan dakwah

ketika itu dan mengubah cakrawala pemikiran dan topografi dakwah di

Sarawak menjadi dinamik, sistematik dan melangkau zaman.

Tokoh ini juga telah melakukan kemas kini gerakan dakwah, meletakkan

hala tuju yang jelas dan memacu keupayaan gerakan ini bagi meningkatkan

pencapaian yang telah dirancang. Dengan kekemasan dan strategi ini juga

mempu menyelanggara banyak aktiviti dan program dakwah yang bersais

besar bagi mendapat kejayaan yang berukuran mega.

Dengan terjawabnya kedua-dua objektif kajian di atas, penulis

menyimpulkan bahawa tokoh ini memiliki kriteria yang sudah matang untuk

tanggungjawab dan tugas yang berat ini. Pada hemat penulis, pembentukan

gagasan dakwah yang hebat tokoh ini adalah bersumber dari banyak faktor

seperti zaman kecil yang sukar telah dilalui oleh beliau. Tokoh ini juga

berinteraksi dengan tokoh-tokoh luar semasa menuntut di London seperti Dr.

Muhammad Assad, Brother Lehman. Manakala semasa di tanah air beliau

berkolaborasi bersama tokoh dakwah Indonesia seperti Buya Hamka, Mokhtar

Lintang dan tokoh tempatan seperti Tengku Haji Bujang, Datuk Hakim Abang

Abdillah, Tun Haji Openg yang menentang penjajahan Sarawak.

Tokoh ini melebarkan pengalaman beliau apabila bertugas dengan

kerajaan persekutuan selama 7 tahun. Pengalaman ini membantu beliau

menguasai selok belok pentadbiran negeri Sarawak dengan jayanya. Tokoh ini

Page 142: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

142

juga mengadaptasi gerakan dakwah PERKIM yang diketuai oleh Tunku Abdul

Rahman Putera di Semenanjung Malaysia.224

Walaupun tokoh ini mempunyai latar belakang pendidikan sekular iaitu

dalam bidang undang-undang tetapi berjiwa Islam yang kuat. Fakta ini

menjadikan tokoh ini begitu unik atau langka. Seterusnya penulis

membentangkan dapatan kajian adalah seperti berikut.

5.3 Dapatan Kajian

Penulis menggariskan tiga dapatan utama daripada kajian ini yang akan

dinyatakan di bawah sebagai berikut ;

Pertama : Sering terdapat faktor yang membezakan di kalangan

pemimpin-pemimpin dunia dalam sejarah dan tamadun manusia. Pemimpin

sesebuah negara memiliki tugas pentadbiran yang sudah jelas dan sangat

banyak. Apabila seseorang pemimpin melakukan tugas yang bukan tugas hakiki

dan menunjukkan kecemerlangan, maka pemimpin itu memiliki kelebihan,

perbezaan dan keunikan.

Abdul Rahman Ya’kub adalah Ketua Menteri Sarawak dan sudah pasti

memikul tugas yang banyak dan berat. Sebagai pemimpin negeri, tokoh ini

telah melaksanakan tanggungjawab beliau dengan membawa kemajuan dari

aspek keamanan, pembangunan fizikal di Sarawak. Dalam masa yang sama,

tokoh ini terlibat secara aktif dan mengetuai gerakan dakwah sehingga

mencapai kejayaan yang besar sedangkan tanggungjawab itu bukanlah tugas

beliau secara compulsory sebagai seorang yang berkelulusan sekular.

224 Op.Cit, Majid, 2

Page 143: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

143

Disinilah letaknya keunikan tokoh ini dibandingkan dengan pemimpin-

pemimpin yang lain sama ada sebelum atau sesudah beliau. Dalam temubual

dengan penulis, tokoh ini menyatakan pernah bertanya kepada seorang

berpangkat tinggi di negeri ini kenapa tidak melakukan dakwah? Jawapan yang

diperoleh dari orang tersebut takut golongan bukan Islam marah. Tokoh ini

menyatakan lagi, beliau tidak dimarah oleh golongan bukan Islam disebabkan

melakukan dakwah bahkan golongan non-Muslim menerima dan memeluk

agama Islam.225

Seandainya tokoh ini mendiamkan diri dan tidak terlibat dalam kerja

dakwah adalah munasabah sekiranya diukur daripada kelulusan sekular beliau.

Sekiranya ini berlaku, sudah pasti pencapaian besar gerakan dakwah di

Sarawak tidak akan tercapai. Keadaan umat Islam pula tidak akan berubah ke

arah yang lebih baik.

Suka penulis tambah disini mengenai langkah drastik tokoh ini dalam

memperkasakan institusi yang ada. Pada tahun 1960, dana MIS sebanyak

RM42,273.00 telah meningkat kepada RM43,916.00 pada tahun 1970 iaitu

selama 10 tahun. Pada tahun 1971 hingga 1975, dana ini meningkat menjadi

RM235,400.00. Peningkatan tersebut semakin bertambah pada tahun 1976 iaitu

daripada RM261,309.00 kepada RM350,038.00 pada tahun 1977. Pada tahun

1978 pula, dana ini meningkat lagi kepada jumlah RM567,350.00. Satu

peningkatan yang drastik hanya dalam tiga tahun. Seterusnya pertambahan dana

ini meningkat lagi untuk tempoh 10 tahun berikutnya iaitu tahun 1979 daripada

RM592,100.00 kepada RM620,780.00 pada tahun 1980.

225 Op.Cit, Abdul Rahman Ya’kub, temubual

Page 144: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

144

Daripada catatan dana MIS di atas dapat dianalisa bahawa tokoh ini telah

memperkasakan badan MIS dari aspek dana. Pada tahun 1960 hingga 1970

terdapat peningkatan sebanyak RM1,643.00 dicatat pada kewangan MIS atau

3.8% selama 10 tahun atau 0.38% setahun. Tetapi pada tahun 1971 hingga

1975, kewangan MIS ditingkatkan oleh tokoh ini menjadi RM235,400, iaitu

peningkatan sebanyak 173% dalam masa 5 tahun atau 35% setahun. Ini adalah

revolusi kewangan MIS yang dilakukan oleh tokoh ini sejurus menjadi Ketua

Menteri Sarawak tahun 1970.

Selain tokoh ini juga menambah bilangan kakitangan MIS. Pada tahun

1960 seramai 7 orang kakitangan MIS dan kemudian meningkat kepada 14

orang pada tahun 1975. Untuk tempoh tiga tahun berikutnya menampakkan

peningkatan iaitu 27 orang pada tahun 1976, pada tahun 1977 menjadi 32 orang

dan kemudian mencecah 44 orang pada tahun 1978. Bagi tempoh 10 tahun

berikutnya juga menampakkan trend peningkatan yang ketara iaitu dalam tahun

1979 hingga 1980 tokoh ini telah meningkatkan jumlah kakitangan MIS

seramai 56 orang. Dengan pertambahan kewangan dan kakitangan MIS, tokoh

ini telah menyediakan landasan yang sesuai bagi MIS melebarkan dan

melaksanakan tugas mereka.

Kedua : Penulis menggariskan dapatan kedua kajian adalah sumbangan

tokoh ini yang menjadi tunjang kepada perkembangan Islam di Sarawak

moden. Setelah menginstitusikan gerakan dakwah dan melakukan aktiviti serta

program dengan berbagai pendekatan yang telah menghasilkan kejayaan.

Justeru kejayaan tokoh ini menjadi asas kepada pencapaian serta kemajuan

Page 145: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

145

yang dilakukan oleh umat Islam yang datang kemudian. Oleh yang demikian,

perkembangan yang pesat berlaku dalam dakwah, pembangunan umat Islam,

binaan masjid-masjid, bangunan bercirikan Islam dibangun di atas asas yang

telah dirintis oleh tokoh ini. Dalam erti kata lain sumbangan dakwah oleh tokoh

ini menjadi fondasi kukuh bagi perkembangan dakwah dan umat Islam di

Sarawak sekarang.

Ketiga : Sebagaimana disebut sebelum ini mengenai pembaharuan

gerakan dakwah yang dipelopori oleh tokoh ini sememangnya sesuatu yang

amat penting. Tokoh ini telah membawa gerakan dakwah keluar dari kotak

minda dakwah yang jumud bertukar menjadi sebuah gerakan yang besar dan

terancang.

Penulis mendapati catatan perkembangan Islam dari aspek pertambahan

jumlah umat Islam dan langkah-langkah mengembangkan agama Islam tidak

begitu cemerlang. Tanpa menafikan gerakan dan usaha oleh pihak-pihak seperti

Majlis Islam Sarawak (MIS) atau Persatuan Kebajikan Islam Sarawak

(PERKIS), sumbangan dakwah tokoh ini amat sukar ditandingi bahkan rekod

pencapaian tersebut masih unggul dan belum mampu disaingi sehingga

sekarang. Justeru pencapaian yang gemilang itu menjadi cabaran kepada

gerakan dakwah yang datang kemudian.

5.4 Cadangan

Berdasarkan dapatan yang dihasilkan daripada kajian di atas, penulis

mencadangkan tiga perkara;

Page 146: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

146

Pertama : Gerakan dakwah yang ada sekarang ini hendaklah lebih fokus

dalam melahirkan generasi muda Islam yang mempunyai ciri-ciri pemimpin

yang mantap sepertimana kepimpinan tokoh ini. Berdasarkan apa yang disebut

di atas mengenai tokoh ini melakukan jihad sosial menerusi gerakan dakwah.

Tokoh ini memastikan dakwah beliau merangkumi aspek-aspek yang berkaitan

dengan masyarakat seperti politik, ekonomi, sosial dan teknologi.

Perkara ini tidaklah mustahil dan sepatutnya mudah dicapai oleh dakwah

kontemporari memandangkan terdapat kemudahan dari segi infrastruktur dan

kemajuan dalam bidang teknologi maklumat yang canggih boleh dilibatkan

untuk mencapai tujuan itu. Di samping itu terdapat cerdik pandai dari kalangan

orang Islam dalam berbagai disiplin ilmu yang boleh dimanfaatkan kepakaran

mereka untuk merangka dan menyediakan modul unggul untuk melahirkan

pemimpin unggul.

Oleh itu, penulis mencadangkan dakwah kontemporari mestilah

mempelajari daripada tokoh ini dalam aspek perancangan dan pelaksanaan

dakwah holistik, jihad sosial dan melangkaui zaman bagi menghasilkan impak

dakwah yang berskala besar.

Kedua : Penulis mencadangkan agar badan-badan dakwah yang ada

sekarang berganding bahu dan saling melengkapi antara satu sama lain dalam

rangka menyediakan blueprint dan tindakan strategik yang akan membawa

keuntungan kepada generasi umat Islam. Badan-badan ini janganlah mengambil

sikap mahu menang sendiri dan mengelak daripada kancah pertelingkahan yang

tidak membawa keuntungan kepada umat dan dakwah. Suka penulis sebut

Page 147: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

147

disini, sebagai contoh seperti di peringkat nasional telah wujud Majlis Dakwah

Negara yang menghimpunkan berbagai badan dakwah bernaung di dalam

majlis tersebut untuk menempa kejayaan bagi umat Islam. Manakala Di

Sarawak pula terdapat Muzakarah Dakwah Negeri Sarawak yang

menghimpunkan berbagai agensi Islam dan badan dakwah bukan kerajaan

(NGO) bernaung di bawah Majlis Islam Sarawak (MIS) untuk bertindak ke arah

kemajuan umat Islam.

Namun begitu, usaha dan hasil dakwah oleh badan-badan ini belum

mencapai tahap maksima sedangkan segala kemudahan, alat bantu, kewangan,

tenaga mahir Islam serta kuasa politik berada dalam tangan umat Islam. Oleh

itu penulis mencadangkan agar setiap badan ini memberi lebih perhatian dan

komitmen terhadap rancangan dan langkah strategik dakwah yang telah

diputuskan sebagaimana tokoh ini telah melaksanakan resolusi Kongres

Malaysia Timor [Timur].

Suka penulis sebut disini bahawa tokoh ini melaksanakan keputusan

resolusi yang telah dihasilkan oleh Kongres Islam Malaysia Timur yang telah

diadakan pada bulan Mei 1968. Selepas itu pelaksanaan dakwah dan jihad

sosial tokoh ini adalah merupakan keputusan yang dipersetujui dari

pembentangan-pembentangan kertas kerja kongres. Suka penulis menyebut

kembali pembentangan-pembentangan kertas kerja semasa Kongres malaysia

Timur iaitu dalam aspek langkah-langkah memajukan umat Islam melalui

pendidikan adalah dari pembentangan oleh Abdul Kadir Hassan, ekonomi dari

Page 148: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

148

pembentangan oleh Bujang Nor, tadbir urus yang cekap kesatuan oleh Abdul

Taib Mahmud.226

Ketiga : Penulis mencadangkan pihak pertubuhan dakwah memikirkan

dan membina jaringan dakwah global dalam rangka melakukan islah dan

dakwah ke negara-negara yang masih memerlukan. Jaringan dakwah global

amat perlu ke arah pembentukan daulah Islamiah ataupun mengembalikan

khilafah Islamiah.

Tokoh ini membina hubungan dan mempelopori jaringan dakwah global

dengan negara-negara luar seperti Libya, Arab Saudi, Moroko, Indonesia dan

lain lagi. Bahkan tokoh ini adalah ahli seumur hidup pertubuhan Islam terbesar

dunia iaitu Rabitah al-‘Alam al-Islami. Jaringan ini banyak memberi faedah

kepada gerakan dakwah tokoh ini di Sarawak dterutamanya dari ari aspek

kewangan dan tenaga pakar dalam berbagai bidang Islam.

Penulis mendapati gerakan dakwah kontemporari mempunyai hubungan

dengan negara luar tetapi perlu disepadu dan diperkukuhkan lagi agar mencapai

keputusan mega iaitu Islam sebagai rahmat kepada seluruh alam.

5.5 Penutup

Abdul Rahman Ya’kub merupakan icon dalam dakwah khasnya di

Sarawak dan di Malaysia umumnya. Beliau telah mencetuskan dimensi baru

dalam gerakan dakwah ketika itu apabila memecah tradisi dan berjaya menarik

penglibatan kalangan orang biasa dalam dakwah. Tanpa menghilangkan rasa

226 Kongres Islam Malaysia Timur, http://bppmis.blogspot.com/2009/01/kertas-kerja-kongres-

islam-malaysia.html , dicapai 26 Ogos 2014

Page 149: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

149

hormat terhadap usaha pihak tertentu dalam mengembangkan agama Islam

yang ada, penulis menyatakan kejayaan usaha tersebut adalah kecil jika

dibandingkan dengan sumbangan tokoh ini dalam dakwah di Sarawak..

Penulis membatasi kajian ini dan tidak menyentuh lebih lanjut sejauh

mana keberkesanan impak daripada kejayaan gerakan dakwah tokoh ini

terhadap umat Islam di Sarawak untuk jangka masa panjang. Oleh itu penulis

mengalukan usaha dan kajian yang lebih lanjut mengenai aspek tersbut kepada

pengakaji selanjutnya.

Boleh dibayangkan, seorang Abdul Rahman Ya’kub boleh memberi

sumbangan besar seperti dinyatakan di atas, bagaimanakah pula sekiranya ada

10 orang yang memiliki kualiti seperti beliau.

Dakwah masih relevan dan penting di Sarawak bagi survival umat Islam

yang minoriti jika dibandingkan kepada non-Muslim. Dakwah mengekalkan jati

diri umat Islam bagi menempuh cabaran dan tentangan zaman kontemporari.

“Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah

Tuhan sekelian alam” merupakan motto yang menjadi azimat kepada tokoh ini

yang dijelmakan gerakannya bersama BINA. Azimat ini kemudiannya

dijadikan acuan untuk mengisi jati diri umat Islam untuk berada di arus perdana

dunia global tanpa sempadan. Allah itu kekal, agama Allah itu kekal tetapi

manusia akan mati. Pada tarikh 10 Januari 2015, tokoh ini telah berpindah ke

kampung barzakh menemui Pemiliknya. Beliau meninggal dunia di Hospital

Pakar Normah Petra Jaya pada 9.30 malam setelah menjangkau usia 87 tahun.

Page 150: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

150

Setiap manusia akan ditanya peranan dan sumbangannya untuk dakwah agama

Allah yang kekal itu. Dakwah sepanjang hayat.

Semoga roh al-mahum Abdul Rahman bin Ya’kub ditempatkan disisi

Allah SWT pada kedudukan yang selayaknya dan semoga ampunan serta

redhaNya memayungi beliau. Amin.

Page 151: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

151

BIBLIOGRAFI

Rujukan Kepada Buku.

‘Abd al-Aziz Mohd. Zin, Pengantar Dakwah Islamiah, Kuala Lumpur: Penerbitan

Universiti Malaya, 1997

____________. Metodologi Dakwah, Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, 2001

____________. Dakwah Islam di Malaysia, Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya,

2006

‘Abd al-Karim Zaydan, Usul al-Da‘wah, Beirut Lubnan: Al-Resalah Publisher, 2000

Abdullah Hassan, Berdakwah Dengan Efektif : Teori dan Teknik Moden Mendorong

Perubahan Tingkah Laku

Ahmad Deedat, The Choice Volume 1&2 Debat Islam & Kristian, Slangor: Briliant

Publication, 2012

Awang Hasmadi Awang Mois dan Sanib Said, ed., Masyarakat Melayu Sarawak, Kuching:

Yayasan Budaya Melayu Sarawak, 1998

A. Hasjmy, Dustur Da’wah MenurutAl-quran, Jakarta: Penerbit Bulan Bintang, 1974

D.G.E. Hall, History Of South-East Asia:Sejarah Asia Tenggara, terj. Dewan bahasa Dan

Pustaka, Kuala Lumpur:Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1987

Hasan al-Banna, Himpunan Risalah Imam Hasan al-Banna, terj. Salehan Ayub, Kuala

Lumpur: Pustaka Salam, 2003

H.M Dahlan, Urbanisasi Alam Kejiwaan Sosial dan Pembangunan, Bangi: Penerbit

Universiti Kebangsaan Malaysia, 1997

Page 152: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

152

H.M Tuah Iskandar, Abdul Rahman Ya’akub Kancil Sarawak, Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa Dan Pustaka,1999

Idris Awang, Penyelidikan Ilmiah Amalan Dalam Pengajian Islam, Shah Alam: Kamil &

Shakir Sdn. Bhd, 2009

James Stoner, Charleh Wankel, Pengurusan Edisi Ketiga, terj. Yaakob Ibrahim,

Jasim ibn Muhhad Muhalhil al-Yasin, Li al-du‘at Faqat Da‘watu al-Ikhwan, Kuwait: Dar

al-Da‘wah, 1986

Jawatankuasa Penyelidikan Sejarah Penerbitan dan Penerangan Perayaan 10 Tahun

Angkatan Nahdatul Islam Bersatu (B.I.N.A), Sepuluh Tahun BINA 1969-1979

Singapore: Koon Wah Lithographer, t.t.

Jum‘ah Amin ‘Abd ‘Aziz, Al-Da‘wah, Qawa‘idu wa Usul, terj. ‘Abd al-Salam Masykur

Solo: Citra Islami Press, 1997

Micheal H. Hart, Seratus Tokoh Yang Paling Berpengaruh, terj. H. Mahbub Djunaidi,

Jakarta: Pustaka jaya, 1982

Mohd. Ismail et.al, “Pemetaan Dakwah di Negeri Johor: Kajian Lokasi, Metodologi &

Pengaplikasiannya di Skudai, Kulai, Pasir Gudang dan Johor Bahru”, Kajian, Pusat

Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial Universiti Teknologi Malaysia, 2006

Muhammad Nur Hafiz Suaid, Asas Membina Generasi Berkualiti, terj. Siti Saujah bte Hj.

Mashuri dan To‘at Amrullah bin Hj. T syarfi, cet. pertama, Batu Caves Selangor: Al-

Hidayah Publication, 2010

Muhammad Rakawi Yusuf (1890-1936), Hikayat Sarawak ditransliterasikan dengan

pengenalan oleh Nordi Ahcie, Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, 2011

M. Natsir, Fiqh Dakwah, ed. Ke-2. Singapura: Pustaka nasional Pte. Ltd, 1982

Page 153: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

153

M.Z Azmie, Pengurusan dari Perspektif Solat, Kuala Lumpur: Utusan Publication &

Distributors Sdn Bhd, 2000

Nor Raudah Siren, Yusmini Mohd. Yusoff, Mahmudah Nawawi, ed., Dakwah Islam

Semasa Konsep dan Pelaksanaan, Kuala Lumpur, Penerbitan Universiti Malaya,

2006

Rosman Majid, Koleksi Temuramah Tokoh-Tokoh, cet. pertama, Kuala Lumpur: Utusan

Publication & Distributors SDN. BHD,1985

Rozhan Othman, Pengurusan Dakwah, Selangor Darul Ehsan: Ummah Media Sdn. Bhd.,

1990

Sarawak Makmur Dalam Malayia, “t.tp”

Suhaimi Mokhtar, Putera Kenyalang Satu Dekad Penuh Cabaran, Petaling Jaya Selangor:

Penerbitan Pena Sdn. Bhd, 1981

Taufiq al-Wa’iy, Dakwah Ke Jalan Allah Muatan, Sarana dan Tujuan, terj. Muhith M.

Ishaq, Jakarta: Robbani Press, 2010

Yusuf al-Qaradawi, Thaqafah al-Da‘yah, Beirut: Mua’asasah al-Risalah, 1978

Awang Sudjai Hairul et al., Kamus Lengkap, cet. pertama, Petaling Jaya: Pustaka Zaman,

1977

Rujukan Kepada Kitab Tafsir

Hamka, Tafsir al-Azhar, Jilid 13-14, Jakarta: Pustaka Panjimas, 1983

Ibn Kathir, Tafsir Ibn Kathir, Jilid 4, Lubnan, Beirut: al-Andalus, 1983

Muhammad al-Amin bin Muhammad al-Mukhtar, Adhwa’ al-Bayan, t.tmpt: Matba‘ al

Madaniy, 1967

Page 154: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

154

Rujukan Kepada Kitab Hadith

Muslim, Sahih Muslim bi al-Syarh al-Imam al-Nawawi, Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al-

Ilmiyah Jilid 1, tt

Tirmizi, Sunan al-Tirmizi

Rujukan Kepada Kamus

Ibn Manzur, Lisan al-‘Arab, Lubnan, t.t.

Ibrahim Unais et. al, al-M ‘jam al-Wasit, cet. Ke-2, Tehran-Iran, tt, 1972

Al-Munjid Fi al-Lughah, Cet. 26

Kamus Dewan Edisi Baru, cet. Ke-2, Kuala Lumpur: dewan bahasa Dan Pustaka, 1991

Dewan Bahasa dan Pustaka, Kamus Dewan Edisi Ketiga, cet. ke-3, Kuala Lumpur:

Penerbitan Dewan bahasa Dan Pustaka, 1997

A S Hornby, Oxford Advanced Learner’s Dictionary, Sally Wehmeier et.al (Ed.), UK:

Oxford University Press,2005

Rujukan Kepada Ensiklopedia

Van Hoeve, Ensiklopedia Islam, cet. Ke-3, Jakarta: PT Ichtiar Baru, 1994

Rujukan Kepada Projek / Desertasi / Tesis

Abdul Razak Abdul Kadir, “Sejarah Dan Perkembangan Majlis Islam Sarawak Dalam

Pendidikan Dan Zakat (1955-1991)” (tesis kedoktoran Jabatan Sejarah Dan Tamadun

Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011

Page 155: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

155

Juanda Jaya, “Dakwah Islamiah Di Sarawak: Kajian Terhadap Pengurusan Dakwah Secara

Organisasi, tesis kedoktoran, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan

malaysia, Kuala Lumpur, 2003

Ahmad Nasir Bin Mohd. Yusoff, “Islam Di Kalangan Masyarakat Penan Di Bahagian

Bintulu Sarawak Dan Peranan Badan-Badan Dakwah”, tesis kedoktoran, Fakulti

Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010

Kipli Yassin, “Datuk Haji Abdul Kadir Hassan: Pemikiran dan Sumbangannya Dalam

Perkembangan Islam di Kuching, Sarawak”, desertasi sarjana, Jabatan Sejarah,

Akademi Islam Universiti Malaya, 2005

Habid’s Buhigiba Bin Muhammad Bustamam, “Perkembangan Islam di Sarawak 1945-

1991”, Latihan Ilmiah Jabatan Sejarah Fakulti Sains Kemasyarakatan Dan

Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia, 1994/95

Azhar Bin Ahmad, “Masyarakat Bidayuh Di Bahagian Pertama Sarawak : Satu Kajian

Mengenai Proses Pengislaman Dan Amalan Ajaran Islam Di Kalangan Mereka”,

Latihan Ilmiah Jabatan Usuluddin Dan Falsafah Fakulti Pengajian Islam Universiti

Kebangsaan Malaysia, 1987/88

Karia Bin Haji Rahmat, “Pemerintahan Negeri Sarawak Zaman Datuk Patinggi Haji Abdul

Rahman Ya’kub: Satu Analisa Dari Perspektif Islam”, Kertas Projek, Fakulti Syariah

Akademi Islam, Universiti Malaya, 1994

Afida Helmi, “Metode Dakwah Di kalangan Masyarakat Dayak : satu kajian Di Bahagian

Pertama”, Latihan Ilmiah Fakulti Usuluddin, Akademi Islam Universiti Malaya, 1991

Sophian Bin Rambli, “Perkembangan Islam Di sarawak (Tinjauan Historis Tentang

Peranan Organisasi HIKMAH dan JAIS Dalam Islamisasi di kuching, Sarawak,

Page 156: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

156

Malaysia 1989-2004), Skripsi, Fakultas Adab, Jurusan Sejarah Dan Peradaban Islam,

Institut Agama Islam Negeri, 2005

Rujukan Kepada Prosiding

Farid Mat Zain et al (eds.), “Perkembangan Islam di Sarawak dan Majlis Islam Sarawak,”

dalam, Prosiding Nadwah Ulama Nusantara II Sumbangan Ulama dan Tokoh Agama

Borneo, Putit Matzen Datu Haji Putit Matzen, Bangi: Fakulti Pengajian Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia, 2003

___________ (2003), “Borneo Sebelum Penjajahan Barat: Kajian dari Sudut Penguasaan

Politik” dalam Prosiding Nadwah Ulama Nusantara II Sumbangan Ulama dan Tokoh

Agama Borneo, Izziah Suryani Arshad et al., Bangi: Fakulti Pengajian Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia, 2003

Rujukan Kepada Temubual

Abdul Rahman Ya’kub (Mantan Ketua Menteri Sarawak dan mantan Presiden BINA),

dalam temubual dengan penulis pada 6 Julai 2011

Fathi Duet, mantan Setiausaha Agung BINA), temubual, 24 September 2013

Abdul Rahman Fadzail, Mantan Naib Presiden BINA, temubual, 14 Julai 2013

Suhai Hashim, Mantan Pengerusi HIKMAH Belaga, temubual, 24 Januari 2012

Mohammad Sayed, Mantan Penghulu Kampung Darul Islam Belimbing Pedawan,

temubual, 1 Mei 2014

Bahruddin Mansur, Kakitangan BINA/HIKMAH, temubual, 12 November 2012

Abdul Rahman Ahmat, Pengurus Dakwah HIKMAH, temubual November 2012

Page 157: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

157

Ali Fathullah Harun, Mantan Pengurus Dakwah HIKMAH, Pengasas Madrasah al-Qur’an

Bintulu Sarawak dan Pendakwah Bebas di Bintulu, temubual, 26 September 2013

Su’udi Arof, Mantan Setiausaha Kerja BINA, temubual, Disember 2012

Rujukan Kepada Video

Sepuluh Tahun BINA, PFN, Video, 1979

Rujukan Kepada Laman Sesawang

http://en.wikipidea.org/wiki/Abdul_Rahman - 24 Jun 2011

http://ms.wikipidea.org/wiki/Pokok_Belian - 21 Ogos 2011

http://ami26chan.wordpress.com/2011/03/31/pengertian-metode-ilmiah/ - 15 Mac 2012

http://www.history-centre.gov.bn/sultanbrunei - 10 Oktober 2012

Page 158: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

158

LAMPIRAN 1

Rajah menunjukkan lonjakan kewangan MIS pada tahun 1960-1965 RM42,270.00

kepada RM620,780.00. Abdul Rahman Ya’kub memperkasakan kewangan MIS sejak

menjadi Ketua Menteri Sarawak pada tahun 1970 hingga tahun 1981.

1955-1959 1960-1965 1966-1970 1971-1975 1976 1977 1978 1979 1980

RM 0 42,273.00 43,916.00 235,400.00 261,309.00 350,038.00 567,350.00 592,100.00 620,780.00

-100000

0

100000

200000

300000

400000

500000

600000

700000

800000

Kewangan MIS

Page 159: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

159

LAMPIRAN 2

Pertambahan kakitangan MIS berjumlah 7 orang pada tahun 1960-1965. Pada tahun

1980 kakitangan MIS telah bertambah menjadi 56 orang. Dengan pertambahan

kakitangan maka lebih luas jangkauan kerja dapat dilaksanakan.

0

7 orang 8 orang

14 orang

27 orang32 orang

44 orang

56 orang

0

10

20

30

40

50

60

Jumlah Kakitangan MIS

Kakitangan

Page 160: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

160

LAMPIRAN 3

Rombongan belia Islam mengunjungi pedalaman meredah anak

sungai dan belukar. Foto ini diambil sekitar tahun 1970-an.

Page 161: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

161

LAMPIRAN 4

Abdul Rahman Ya’kub berfoto bersama DYMM Raja Khalid di kediaman

beliau di Riyadh, Arab Saudi.

Foto Abdul Rahman Ya’kub bersama Bapa Kemerdekaan Malaysia Tunku

Abdul Rahman Putera ketika Tunku menghadiri Upacara Perasmian

Kompleks Dewan Undangan negeri Sarawak.

Page 162: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

162

LAMPIRAN 5

Page 163: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

163

LAMPIRAN 6

Page 164: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

164

LAMPIRAN 7

Page 165: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

165

LAMPIRAN 8

Abdul Rahman Ya’kub turun padang bersama-sama mengIslamkan golongan non-

Muslim. Beliau juga mampu mengimami solat. Turut kelihatan dalam foto Tunku

Abdul Rahman Putera.

Page 166: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

166

LAMPIRAN 9

Tokoh ini mencipta Seni Bela Diri Mayang Mengurai dan Cempaka Putih. Seni bela diri ini

menjadi medium beliau menghimpun beliauntuk belajar seni bela diri kemudian beliau

akan memberi nasihat agama kepada mereka.

Walaupun memiliki kelulusan sekular, Abdul Rahman mampu menyampaikan khutbah.

Suasana selepas beliau menyampaikan khutbah dikerumuni oleh umat Islam yang ingin

bersalam dengan beliau.

Page 167: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

167

LAMPIRAN 10

Seorang guru agama sedang mengajar cara solat kepada muslimat Saudara Kita.

Sekumpulan Muslimat Saudara Kita sedang diajar mengaji. Terdapat salah dua

peserta dari etnik Urang Ulu yang mempunyai budaya memanjangkan telinga

mereka- lihat anak-anak panah.

Page 168: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

168

LAMPIRAN 11

Abdul Rahman bersama tetamu Menteri Wakaf Arab Saudi Syeikh Abdul

Wahab Wasie di rumah panjang Saudara Kita. Syeikh Abdul Wahab sempat

bermalam di rumah berkenaan bersama dengan Abdul Rahman Ya’kub.

Manakala foto di bawah Abdul Rahman Ya’kub bersama para tetamu dari

Timur Tengah di hadapan Masjid Kampung Belimbing Padawan.

Page 169: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

169

LAMPIRAN 12

Kain rentang Majlis Pengislaman di Long Busang, sebuah kawasan

pedalaman di bahagian Utara Negeri Sarawak.

Bawah : Majlis Pengislaman berlangsung.

Page 170: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

170

LAMPIRAN 13

Lokasi Perkampungan Baru Islam (PBI), penduduk dan keluarga Saudara Kita yang

dikelola oleh HIKMAH di seluruh Negeri Sarawak berdasarkan rekod pada tahun

2012.

Page 171: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

171

LAMPIRAN 14

Golongan belia yang mengikuti kursus kefahaman Islam.

Page 172: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

172

LAMPIRAN 15

Belia dan beliawanis yang mengikuti aktiviti pancaragam dan seni bela diri

yang dikelola oleh Abdul Rahman Ya’kub.

Page 173: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

173

LAMPIRAN 16

Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putera, Perdana Menteri Malaysia Pertama

memberi ucapan dalam majlis pengIslaman golongan non-Muslim di Sarawak.

Bawah : Abdul Rahman Ya’kub mengalu-alukan golongan non-Muslim dalam

majlis pengIslaman dalam ucapan beliau.

Page 174: 1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan

174

LAMPIRAN 17

CAWANGAN-CAWANGAN BINA SELURUH SARAWAK

1. BINA Cawangan Kuching

2. BINA Cawangan Simanggang [Sri Aman]

3. BINA Cawangan Kalaka

4. BINA Cawangan Sibu

5. BINA Cawangan Miri

6. BINA Cawangan Simunjan

7. BINA Cawangan Sarikei

8. BINA Cawangan Lawas

9. BINA Cawangan Limbang

10. BINA Cawangan Binatang [Bintangor]

11. BINA Cawangan Bintulu

12. BINA Cawangan Selalang

13. BINA Cawangan Belawai

14. BINA Cawangan Rejang

15. BINA Cawangan Baram

16. BINA Cawangan Lundu

17. BINA Cawangan Betong

18. BINA Cawangan Daro

19. BINA Cawangan Sundar

20. BINA Cawangan Mukah

21. BINA Cawangan Kuala Tatau

22. BINA Cawangan Igan

23. BINA Cawangan Sibuti

24. BINA Cawangan Sebuyau

25. BINA Cawangan Serian

26. BINA Cawangan Lutong

27. BINA Cawangan Kabong

28. BINA Cawangan Song

29. BINA Cawangan Maktab Perguruan Rejang

30. BINA Cawangan Universiti Malaya

Senarai cawangan-cawangan BINA berjumlah 30 buah cawangan. Abdul Rahman

Ya’kub mengarahkan agar Cawangan-cawangan ini yang ada di seluruh Sarawak

menganjurkan aktiviti agama dalam rangka usaha beliau melakukan perbaikan terhadap

umat Islam.