11 - core · usm sememangnya sinonim memperlihatkan impak dalam konteks kebajikan masyarakat, malah...

4
BALIK PULAU, 10 Disember 2016: Sejumlah 120 buah keluarga asnaf sekitar Balik Pulau hari ini dipilih bagi menerima sumbangan bantuan khas persekolahan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) untuk tahun 2017. Program anjuran Majlis Tertinggi Sekretariat Sukarelawan USM dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang ini berusaha menjejaki komuniti asnaf di Balik Pulau yang daif dan kekurangan dari segi kemudahan serta keperluan harian persekolahan. Selain set barangan asas persekolahan, USM turut menyalurkan keperluan asas makanan seperti beras kepada semua keluarga terpilih. (https://news.usm.my) Berita Mutakhir search... BA JU SEKOLAH PROJECT@USM: 120 KELUARGA ASNAF TERIMA BANTUAN PERSEKOLAHAN 11 DEC

Upload: others

Post on 20-Jan-2020

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BALIK PULAU, 10 Disember 2016: Sejumlah 120 buah keluarga asnaf sekitar Balik Pulau hari ini dipilihbagi menerima sumbangan bantuan khas persekolahan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) untuktahun 2017.

Program anjuran Majlis Tertinggi Sekretariat Sukarelawan USM dengan kerjasama Jabatan KebajikanMasyarakat Negeri Pulau Pinang ini berusaha menjejaki komuniti asnaf di Balik Pulau yang daif dankekurangan dari segi kemudahan serta keperluan harian persekolahan.

Selain set barangan asas persekolahan, USM turut menyalurkan keperluan asas makanan seperti beraskepada semua keluarga terpilih.

(https://news.usm.my)

Berita Mutakhir

search...

BA JU SEKOLAH PROJECT@USM: 120 KELUARGA ASNAFTERIMA BANTUAN PERSEKOLAHAN11

DEC

Pada majlis penutup Sua Mesra Siswa Bersama Komuniti, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysiamerangkap Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hj. Hilmi Hj. Yahaya berkata, program komunitiyang dilaksanakan oleh mahasiswa USM cukup bermakna buat masyarakat Balik Pulau di sampingberupaya mendidik diri mendalami kepayahan yang dialami oleh golongan asnaf.

"Saya yakin USM mempunyai kredibiliti dalam melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja pakar dalambidang yang dipelajari, malah seimbang berjiwa masyarakat memperbaiki taraf hidup golonganterkebawah."

Jelasnya lagi, penglibatan 33 orang ahli Majlis Tertinggi Sekretariat Sukarelawan USM dalammenjalankan usaha murni ini sedikit sebanyak melatih mereka menjadi pemimpin buat masyarakatsatu hari nanti.

"Saya ingin melihat mahasiswa USM menjadi holistik, sentiasa bersyukur dengan apa yang diberi, dansentiasa turun padang memahami kesusahan masyarakat seterusnya berupaya menjadi pemimpinyang disegani" katanya.

Pada majlis yang sama, Pengarah Projek Baju Sekolah Project@USM (mailto:Project@USM), AmirulIzham berkata sejumlah RM13,000 berjaya dikutip sepanjang berlangsungnya kutipan amal bagipembelian barangan persekolahan dan makanan asas buat keluarga ini.

"Kami memilih untuk membeli semua pakaian baharu dari memberi pakaian terpakai agar anak-anakini gembira dan berkeyakinan mengharungi sesi persekolahan tahun hadapan."

Kata Amirul, usaha mahasiswa yang terlibat ini bukan sahaja ingin merasai kepayahan yang dirasai,malah mendidik menjadi insan yang bertanggungjawab dan relevan kepada masyarakat luar.

"Usah melihat jauh, cukuplah dengan masyarakat di sekeliling USM yang masih ramai memerlukanbantuan dari kita,” katanya.

USM sememangnya sinonim memperlihatkan impak dalam konteks kebajikan masyarakat, malahberusaha ke arah memperkasakan agenda kesukarelawanan dalam kalangan warga kampus secaralestari.

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar / Foto: Mohd Fairus Md. Isa

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia

Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : [email protected] (mailto:[email protected])

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015