105354463-arca

17
1 http://sculptorart.blogspot.com/2008/11/bahan-bahan-utama-yang-digunakan-dalam.html PRINSIP REKAAN 3D. Rekaan 3D adalah suatu bentuk binaan,produk atau sesbuah hasil karya arca yang berasaskan kepada unsur 3D. Ianya boleh dilihat, disentuh,mempunyai jisim, berat, serta sudut perspektif yang tersendiri. Sebuah lukisan di atas sehelai kertas adalah contoh rekaan 2D. Ianya hanya boleh dilihat dan disentuh, tetapi tidak mempunyai sifat yang disebutkan tadi, iaitu jisim, berat serta perspektif. Contoh terbaik bagi sebuah rekaan 3D ialah arca. Sebagai contoh, sebatang kayu yang telah diukir menjadi sebuah patung figura manusia adalah sebuah produk rekaan 3D. Patung tersebut boleh dilihat, disentuh, mempunyai jisim, berat serta perspektifnya yang tersendiri. Rupa 3D pada umumnya telah bertukar menjadi bentuk. Namun kita namakan rupa 3D untuk membezakan dengan projek bentuk. Melalui projek ini latihan diberi berdasarkan pengolahan rupa 2D menjadi satu komposisi baru. Komposisi tersebut didirikan diatas ruang fizikal yang realiti, dengan membuat pergerakan dan arah. Pergerakan dari atas kebawah, kiri ke kanan dan depan kebelakang diatas ruang sebenar, dikomposisikan dengan gabungan pelbagai arah dan prinsip rekaan lainnya. JENIS-JENIS ARCA ARCA BERBENTUK BERFUNGSI dan kebudayaan disamping ciri-ciri estetikanya. tiang perkuburan orang Melanau di Sarawak yang digunakan untuk pengebumian sekunder

Upload: tiong-ning-doreen

Post on 07-Dec-2015

268 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

e

TRANSCRIPT

Page 1: 105354463-Arca

1

http://sculptorart.blogspot.com/2008/11/bahan-bahan-utama-yang-digunakan-dalam.html

PRINSIP REKAAN 3D.

Rekaan 3D adalah suatu bentuk binaan,produk atau sesbuah hasil karya

arca yang berasaskan kepada unsur 3D. Ianya boleh dilihat,

disentuh,mempunyai jisim, berat, serta sudut perspektif yang tersendiri.

Sebuah lukisan di atas sehelai kertas adalah contoh rekaan 2D. Ianya hanya

boleh dilihat dan disentuh, tetapi tidak mempunyai sifat yang disebutkan

tadi, iaitu jisim, berat serta perspektif. Contoh terbaik bagi sebuah rekaan 3D

ialah arca. Sebagai contoh, sebatang kayu yang telah diukir menjadi

sebuah patung figura manusia adalah sebuah produk rekaan 3D. Patung

tersebut boleh dilihat, disentuh, mempunyai jisim, berat serta perspektifnya

yang tersendiri.

Rupa 3D pada umumnya telah bertukar menjadi bentuk. Namun kita

namakan rupa 3D untuk membezakan dengan projek bentuk. Melalui projek

ini latihan diberi berdasarkan pengolahan rupa 2D menjadi satu komposisi

baru. Komposisi tersebut didirikan diatas ruang fizikal yang realiti, dengan

membuat pergerakan dan arah. Pergerakan dari atas kebawah, kiri ke

kanan dan depan kebelakang diatas ruang sebenar, dikomposisikan

dengan gabungan pelbagai arah dan prinsip rekaan lainnya.

JENIS-JENIS ARCA

ARCA BERBENTUK BERFUNGSI

dan kebudayaan disamping ciri-ciri estetikanya.

tiang perkuburan orang Melanau di

Sarawak yang digunakan untuk pengebumian sekunder

Page 2: 105354463-Arca

2

ARCA BENTUK ESTETIKA

peranginan dan kawasan yang sering dikunjungi orang ramai.

Asean, Kuala Lumpur.

Page 3: 105354463-Arca

3

ARCA TIMBULAN

permukaan dua dimensi yang rata ataupun dipahat ke dalam.

-1973) Lithuania

yang berjudul „still life with musical instruments‟ yang jelas menunjukkan

pengaruh aliran kiubisme.

ARCA DINDING

cat secara sistematik untuk menghasilkan

kesan timbul dan tengelam hasil

penyatuan arca dan catan.

putih”1977 oleh Abdul Latif Mohidin koleksi

balai seni lukis Negara.

Page 4: 105354463-Arca

4

ARCA ACUAN

dibentuk khas terlebih

dahulu.

ARCA BERGERAK

mengandungi bahagian yang dicantumkan pada bahagian sendinya

juga disebut arca mobil.

leh Alexander Calder yang berjudul “horizontal

spines” 1942.

ARCA STABIL

yang dicantumkan. Sebahagian arca ini boleh bergerak tetapi tidak

mempunyai awangan seperti arca mobil.

a arca stabil “homage new york”, a self construting and self

destroying work of art‟1960 oleh Jean Jinguely (1925-1991) Switzerland,

ditaman muzium seni moden New York, 1960.

Page 5: 105354463-Arca

5

ARCA BINAAN

bentuk

yang ada kaitan dengan matematik dan struktur jentera.

international” 1919-1920, diperbuat daripda bahan kayu, besi dan

kaca.

ARCA LUAKAN

embuang bahagian

yang berlebihan daripada blok kayu, plaster of paris dan batu

marmar.

Kampong Sungai Sumbon Pulau Carey, Selangor.

ARCA ASEMBLAJ

hagian yang

berasingan seperti kayu ,logam bahan kutipan dan sebagainya.

-1968) Perancis.

Page 6: 105354463-Arca

6

ARCA TAMBAHAN

tempat tumpangan sementara untuk bahan cair seperi gangsa

tuangan, simen dan sebagainya yang boleh dikeraskan atau arca

yang dibina sebagai tambahan pada arca utama.

kemudiaan di cantumkan.

Page 7: 105354463-Arca

7

KIMPALAN/WELDING

Kimpalan adalah satu proses pencantuman sesuatu bahan dengan

bahan yang lain dengan menggunakan suatu bahan khas, contohnya

logam atau termoplastik.

kimpalan ini melibatkan pencairan sesuatu jenis logam tersebut

untuk menjadikannya sebagai pengikat di antara sesuatu struktur

dengan struktur yang lain. Kadangkala tekanan juga digunakan di

samping haba untuk menghasilkan kimpalan tersebut. Ini berbeza

dengan pematerian, yang cuma meleburkan bahan sambungan

(pateri) untuk membentuk sambungan, dan bukan struktur itu sendiri.

Antara kaedah kimpalan yang dikenalpasti adalah kimpalan dengan

menggunakan nyalaan api, tenaga elektrik bervoltan tinggi, sinaran

laser, tembakan electron dan ultrabunyi.

BAHAN-BAHAN UTAMA YANG DIGUNAKAN DALAM PENGHASILAN ARCA

,logam,besi

Page 8: 105354463-Arca

8

Konsep kreativiti

Pemikiran kreatif sudah lama dibincangkan dan dibahaskan secara ilmiah.

Sering kali terdapat perbezaan tanggapan pada pengertian „kreatif‟ itu.

Namun begitu, hal ini adalah perkara biasa dalam dunia akademik kerana

masing-masing merupakan tokoh akademik, penyelidik, sarjana dan dapat

mengemukakan konsep yang asli berdasarkan pemerhatian, pengalaman,

kajian dan latar disiplin ilmu yang mereka miliki. Menurut kamus Webster‟s

(1976) pemikiran kreatif ialah, “The ability to bring something new existence”.

Definisi ini memperlihatkan kreativiti itu adalah kebolehan mewujudkan

sesuatu yang baru sama sekali. Apabila direnung dan difikirkan secara

mendalam, dapatkah manusia yang mempunyai sifat yang lemah

mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali, iaitu daripada „tiada‟ kepada

„ada‟. Definisi ini seolah-olah melambangkan suatu tingkah laku dan

pemikiran manusia yang hebat, dapat melakukan apa saja yang diinginkan.

Malah, dalam keadaan kritikal sekalipun, manusia masih dapat

membuktikan kemampuannya menyelesaikan sesuatu masalah. Maka,

dapatlah disimpulkan definisi ini terlalu ekstrem bagi menggambarkan

kemampuan dan kebolehan manusia berkreativiti.

Ramai sarjana yang berpendapat, tidak mungkin seseorang itu dapat

menghasilkan sesuatu yang tidak pernah wujud sebelumnya, kerana ia

memperlihatkan kemampuan manusia mencipta „sesuatu daripada tiada

kepada ada.‟ Sekali imbas, definisi kreatif seperti ini seolah-olah

menyanggah kekuasaan dan hak Tuhan. Tidak mungkin seorang manusia

yang lemah dan serba kekurangan dapat menghasilkan sesuatu yang baru

dan asli. Menurut John (2002); “Only God could create, and whatever he

created was original. Man could only rearrange what God had created.”

Namun yang pasti menurut de Bono (1970), kreativiti itu memang berlaku

tanpa disedari oleh manusia itu sendiri. Lantaran itu, sehingga kini terdapat

ribuan maksud berkenaan pemikiran kreatif dan kesemuanya dapat

Page 9: 105354463-Arca

9

disimpulkan sebagai berikut (Hassan, 1989) dan (Nik Azis, 1994); “Terminologi

kreatif berasal daripada perkataan Latin „creare‟ yang bermaksud

„membuat‟ (to make). Manakala dalam bahasa Greek pula, „Krainein‟ yang

membawa makna „memenuhi‟. Dalam bahasa Inggeris „create‟ atau „cipta‟

dalam bahasa Melayu.”

“To cause to exist, bring into being, originate, to give rise, bring about,

produce, to be first to portray and give character to a role or part creation:

An original product of human invention or imagination.”

“A process of becoming sensitive to problems, deficiencies, gaps in

knowledge, missing elements, disharmonies and so on; identifying the

difficult; searching for solutions, making guesses or formulating hypotheses

about the deficiencies; testing and retesting these hypotheses and possibly

modifying and retesting them and finally communicating the

results.” (Torrance, 1974)

Bagaimanapun, konsep kreatif dan kreativiti amat luas dan tidak rigid

berdasarkan ruang, tempat dan masa. Malah, konsep kreativiti boleh

dilihat dalam pelbagai sudut berdasarkan latar belakang seseorang seperti

ahli agama, peguam, jurutera, doktor, pemandu bas, ahli akademik, ahli

politik dan sebagainya. Malah menurut Leong (2000), sesetengah sarjana

yang liberal mentafsirkan; “People who copy concepts and ideas,” sebagai

memenuhi ciri-ciri kreatif. Ringkasnya, istilah kreatif dan kreativiti digunakan

bagi menggambarkan produk sosial yang dihasilkan.

Berdasarkan konsep kreativiti secara umum, dapat disimpulkan konsep

pemikiran kreatif berkisar kepada entiti berikut:

1. Melakukan sesuatu dengan cara yang unik.

2. Seseorang itu dapat keluar daripada pola yang sama atau the pattern

of sameness.

3. Berfikir di luar kotak atau thinking outside of the box.

Page 10: 105354463-Arca

10

4. Melihat sesuatu daripada perspektif baru.

5. Menggabungkan idea yang sedia ada kepada pembentukan idea baru.

6. Membuka minda dengan idea-idea baru.

7. Mencabar andaian.

8. Mencipta sesuatu yang baru.

9. Menghubungkan idea yang tidak berkaitan.

10. Menerbitkan idea besar kepada idea-idea kecil.

11. Berfikir secara fleksibel.

12. Penghasilan idea, penyelesaian, konsep dan produk yang asli (novel).

13. Membuat sintesis, imaginasi dan visualisasi.

Pemikiran kreatif adalah pemikiran yang menerbitkan idea iaitu

berlawanan dengan pemikiran kritis yang membuat penilaian ke atas

sesuatu idea. Idea yang diterbitkan bersifat baru dan kadang-kadang

berlawanan dengan logik. Namun, pemikiran kreatif mestilah berasaskan

manipulasi segala pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada.

Menerusi pengalaman dan pengetahuan yang dimilikinya, seseorang itu

akan berusaha mencari pelbagai input idea dalam pelbagai perspektif dan

dimensi bagi mewujudkan idea atau hasil yang baru yang lebih baik

daripada sebelumnya dalam membuat keputusan dan menyelesaikan

masalah. Keadaan ini dijelaskan oleh Rikards (1990) sebagai, “Creativity

involves escaping from stuckness and opening up possibilities.”

kreativiti adalah kebolehan asasi yang dimiliki oleh setiap manusia. Kalo ada

orang yang menyatakan yang dia tidak mempunyai kebolehan dan

kreativiti,ia seolah-olah telah menyangah anugerah yang telah diberikan

oleh ALLAH.kecenderungan seseorang itu berkreativiti banyak bergantung

kepada faktor diri mereka sendiri,persekitaran dan jenis-jenis masalah yang

dihadapinya.kebolehan kreativiti ini perlulah dipupuk dan dibaja dengan

baik dan tersusun melalui pendekatan yang difikirkan sesuai dan

bersistem.jika tidak ianya akan menjadi tidak berguna.perlu diingat berfikir

kreatif itu adalah satu seni. ianya melibatkan keupayaan manusia

Page 11: 105354463-Arca

11

memusatkan tumpuan dan usaha keatas sebarang penyelesaian

bergantung kepada tahap dan bentuk-bentuknya.temasuk didalam kreatif

itu ialah menjanakan idea,menghubung kaitkan,membuat

inferens,meramalkan,membuat hipotesis,mensentisiskan,mengitlak,membuat

gambaran mental,menganalogikan dan merekacipta.

Page 12: 105354463-Arca

12

http://apaituarca.blogspot.com/

APA ITU ARCA 3D?

Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. Permukaannya

dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal

daripada bahasa latin iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik

, mencungkil dan menguris.

Di mana?

Selalunya arca dapat dilihat di galeri, Taman permainan,Dan tempat –

tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu

Peringatan.

Tahukah anda jenis – jenis arca?

Arca bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkanobjek sebenar

yang difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia.

Arca abstrak pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya

pemikirkan yang tinggi untuk menginterpretasikan betuk dan maksud arca

tersebut. Ini sesuai dengan peranan pengarca itu sendiri dalam merakam

segala pengalaman dalam kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam

bentuk arca. Arca terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu arca

estetik dan arca berfungsi.

•Arca Asemblaj

Arca ini adalah cantuman daripada pelbagai bahan buangan yang

berbeza dan digabungkan menjadisebuah arca serta mendapat perhatian

di Amerika sekitar tahun 1950-60. Arca tiga dimensi ini dilihat sebagai “junk

sculpture”, iaitu arca barangan terpakai atau buruk dan rosak. Arca

Asemblaj yang terkenal ialah “Homeege to New York”, karya Jean Tinguely

Page 13: 105354463-Arca

13

•Arca Binaan

Arca ini ialah pembinaan cantuman daripada bahan-bahan yang sama.

Misalnya jika besi maka cantumannya juga besi. Sekiranya bahan kayu

maka canumannya juga adalah kayu. Arca jenis ini boleh dibina berasaskan

teknik kerangka atau tidak berkerangka. Untuk teknik kerangka, ia

digunakan sebagai struktur asa atau bahagian dalaman biasanya diperbuat

daripada dawai, keluli dan sebagainya. Bahagian luar mengandngi lapisan

lain seperti bancuhan simen. Arca tanpa kerangka pula dibina berasaskan

cantuman bahan-bahan seperti logam yang dicantum samada secara

pateri atau kimpalan.

•Arca Luakan

Pembinaan arca melalui teknik ukiran dan membuang mana-mana

bahagian batu atau kayu. Biasanya bahan pembinaan arca ini ialah batu

atau kayu, batu marmar, plaster of paris, lilin, tanah liat dan sebagainya.

Pelbagai alat digunakan bergantung pada jenis dan kekerasan bahan.

Contohnya, jika menggunakan alatan tajam untuk proses memotong,

memahat, mengikis dan sebagainya. Contoh arca luakan antarabangsa

yang terkenal ialah patung “David” karya Mochelangelo

•Arca Timbulan

Arca ini jga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua

dimensi yang kemudian ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah

kombinasi antara cirri-ciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu

menghasilkan arca dengan memotong, memahat atau mengorek keluar

latar belakang yang mengelilingi figura atau binatang akan menjadi fgura

tersebut timbul dari permukaan dan kelihatan menarik. Henri Matisse (1869-

1954) dan Jacques Lipcitz (1891-1973) adalah antara tokoh pengarca barat

yang menampilkan aliran dan pengaruh kiubisme dalam arca timbulan ini.

Page 14: 105354463-Arca

14

•Arca Tambahan

Pembinaan arca tambahan dilakukan dengan menggunakan baha-bahan

lembut seperti tanah liat dan bahan-bahan rapuh. Terdapat juga bahan

cecair yang kemdiannya dkeraskan melalui acuan seperti plaster paris,

tanah liat, lilin dan sebagainya. Setelah acuan disediakan, cairan akan

dituang ke dalam acuan. Seterusnya cairan tersebut akan membeku dan

menjadi arca. Contoh arca tambahan / acuan ialah Tugu Negara.

•Arca Mobail

Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya

terawang-awang. Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak.

Mobail ini digantung di atas syiling. Arca ini dipelopori oleh Alexender Calder

(188-1976), iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika dan diperkenalkan

pada awal tahun 1930an. Arca stabail boleh bergerak tetapi pergerkannya

terhad dan tidak seperti arca mobail yang boleh terawang-awang.

•Arca Stabail

Berbeza dengan mobail, ia tidak terawang tetapi boleh bergerak kerana

kedudukan yang boleh bergerak.•Arca GabunganArca gabungan ialah

pengabungan beberapa jenis arca dalam menghasilkan karya. Gabungan

ini bukan sahaja dari segi jenis malah teknik penghasilannya yang diserap

dan dipengaruhi oleh disiplin lain seperti catan, cetakan dan sebagainya.

Arca ini mempunyai pengaruh instalasi apabila penonton menikmati karya

dengan berada dalam ruang persembahan arca tersebut dan bukan hanya

di hadapan arca itu sahaja. Ini disebabkan ruang galeri telah menjadi

sebahagian daripada karya. Tambahan pula, arca gabungan ini

merupakan kombinasi daripada disiplin arca binaan, timbulan dan asemblaj

•Arca Dinding

Arca dinding diperkenalkan oleh pelukis Abdul Latiff Mohidin. Arca ini adalah

Page 15: 105354463-Arca

15

integrasi antara catan dan arca yang dihasilkan di atas permukaan kayu

dan terlekat di dinding. Biasanya arca dinding dihasilkan di atas kepingan

kayu atau bangunan dan sebagai hiasan di meja, dinding atau digantung

pada syiling . di Malaysia antara arca dinding yang terkenal adalah

“Langkawi – 1977 daripada Abdul Latiff Mohidin”.

Tahukah anda ciri – ciri arca?

•DIORAMA•

Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai

objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut

hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu

hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun

sisi.•Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan

pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak

dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan

berdasarkan tema diorama . bahagian tapak kotak pula dihias dengan

bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema

diorama.•STABAIL•Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh

bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja

boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang

pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai

sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak

secara terawang-awang.•Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut

kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah

didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap , atau pintu

siling.•MOBAIL•Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau

bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi

sebuah arca. Mobail juga dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik .

Mobail biasanya digantung di atas siling.•Bahagian mobail dicantumkan

pada sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar atau berombak.

Page 16: 105354463-Arca

16

Mobail mula dipelopor oleh Alexander Calder dari Amerika bahan yang

digantung mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum pada sendi

untuk membolehkannya bebas bergerak.•ASEMBLAJ•Asemblaj adalah

himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik

ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada

kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua

dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi.Apakah

bahan yang digunakan dalam menghasilkan arca?DIORAMA•Bahan•Kotak

kosong, gam, pengokot , pita pelekat, plastisin, kertas warna, plastik lutsinar,

benang dan bahan hiasan yang sesuaiMOBAIL•Bahan•Dawai , tali,

penyangkut baju, kayu dan bahan ringan yang sesuai

digantung.MODEL•Bahan•Gam, pin, dawai kokot, pita pelekat , kadbod,

kertas warna dan bahan kutipanSTABAIL•Bahan•Dawai, tali, penyangkut

baju, kayu dan bahan ringan yang sesuai digantung

Page 17: 105354463-Arca

17

Sumber Rujukan.

1) http://sculptorart.blogspot.com/2008/11/bahan-bahan-utama-yang-

digunakan-dalam.html

2) http://apaituarca.blogspot.com/

3) http://asasenivisual.blogspot.com/2009/06/rupa-3-dimensi.html

4) SUMBER RUJUKAN

TEKS LENGKAP PENDIDIKAN SENI

HASSAN MOHD GHAZALI

PENERBIT FAJAR BAKTI SDN.BHD

5) FOKUS ACE PENDIDIKAN SENI VISUAL

KATHLEEN CHEE

TERBITAN PELANGI