101e2

7
PENGANTAR SEJARAH (Nabir Hj Abdullah) 1. “Tidak ada dua peristiwa yang betul-betul serupa” (MacIver & Page, Society, An Introducatory Analysis, Macmillan Co. Ltd., London, 1965: 204). Bahaskan kebenaran ini terhadap fahaman kitaran sejarah, sejarah berulang yang wujud dalam peradapan Yunani dan China khususnya. Aspek yang perlu dibincangkan: 1. dari segi ilmu sejarah: a. ia mempunyai dimensi waktu (persamaan umum/kepentingan/pemgajaran mungkin ada tetapi pasti tidak berulang dari segi waktu) b. persamaan detail sukar ada kerana peristiwa sejarah adalah tindakan manusia (melalui fikiran, konsep dalaman yang disebut oleh Carr) 2. dari segi idea - sejarah dilihat oleh segolongan sebagai satu continuum - mula ke kiamat. 3. dari segi guna sejarah (melihat gejala dan akibat dari satu kategori tindakan/keadaan secara perbandingan). 4. perkaitan dengan soal penulisan (penulisan semula sejarah berulang pandangan atau interpretasi atau sentrik) justeru itu apa yang dimaksudkan oleh fahaman sejarah berulang dan kitaran sejarah, A. Perulangan dilihat dalam kontak perzamanan (fahaman/idea terhadap sesuatu konsep, kepercayaan atau fungsi institusi - umumnya dalam huraian falsafah/.pengajaran/peradapan manusia beredar dalam turun naik/berulang, misalnya keinginan kepada konsep/tradisi politik organisme beralih kepada mekanisme, berbalik kepada organisme, diikuti pula oleh mekanisme atau campuran organisme-mekanisme (tradisi coherence) - contoh lain: 1

Upload: melania-a-dingkim

Post on 24-Dec-2015

237 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 101E2

PENGANTAR SEJARAH (Nabir Hj Abdullah)

1. “Tidak ada dua peristiwa yang betul-betul serupa” (MacIver & Page, Society, An Introducatory Analysis, Macmillan Co. Ltd., London, 1965: 204). Bahaskan kebenaran ini terhadap fahaman kitaran sejarah, sejarah berulang yang wujud dalam peradapan Yunani dan China khususnya.

Aspek yang perlu dibincangkan:1. dari segi ilmu sejarah:

a. ia mempunyai dimensi waktu (persamaan umum/kepentingan/pemgajaran mungkin ada tetapi pasti tidak berulang dari segi waktu)

b. persamaan detail sukar ada kerana peristiwa sejarah adalah tindakan manusia (melalui fikiran, konsep dalaman yang disebut oleh Carr)

2. dari segi idea - sejarah dilihat oleh segolongan sebagai satu continuum - mula ke kiamat.

3. dari segi guna sejarah (melihat gejala dan akibat dari satu kategori tindakan/keadaan secara perbandingan).

4. perkaitan dengan soal penulisan (penulisan semula sejarah berulang pandangan atau interpretasi atau sentrik)

justeru itu apa yang dimaksudkan oleh fahaman sejarah berulang dan kitaran sejarah,

A. Perulangan dilihat dalam kontak perzamanan (fahaman/idea terhadap sesuatu konsep, kepercayaan atau fungsi institusi - umumnya dalam huraian falsafah/.pengajaran/peradapan manusia beredar dalam turun naik/berulang, misalnya keinginan kepada konsep/tradisi politik organisme beralih kepada mekanisme, berbalik kepada organisme, diikuti pula oleh mekanisme atau campuran organisme-mekanisme (tradisi coherence) - contoh lain: zaman menekankan keagamaan berubah kepada saintifik berbalik kepada zaman menekankan keagamaan. Dalam kontak agama Hindu, perulangan bererti penghidupan semula (walaupun darjah kelahiran semula berbeza).

B. Dalam kontak Yunani - perulangan itu berpunca daripada soal takdir atau nasib yang ditentukan oleh dua pengaruh

(i) atas unsur hubris (akal-nafsu dan tindak tanduk manusia), dan (ii) unsur nemesis (dewa-tuhan)

(iii) Dalam kontak China - pengertian kitaran kewangsaan

D. Kesimpulan: bahaskan fahaman berulang/kitaran berbanding dengan fahaman continuum - dengan memberi fahaman ilmu sejarah kini,

Rujukan:H.K. Waters, Herodotus the Historian (London, 1985)

1

Page 2: 101E2

Stephen Usher, The Historians of Greece and Rome.Suntharalingam, Pensejarahan Barat.Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Hj Yahaya, Sejarawan dan Pensejarahan.Muhd Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah.Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah.R.G. Collingwood, The Idea of History.Abdul Rahman Haji Ismail, China Tradisional, Pensejarahan, Pusingan Wangsa

dan Proses Pencinaan (Pulau Pinang, 1983)

2

Page 3: 101E2

2. Sejauhmanakah faktor “gejala sosial” (Carr) dan dakwaan bahawa proses sejarah tidak boleh dikenali sebagai satu perkara hakiki di luar kesedaran manusia sehingga memberi kesan kepada objektiviti karya sejarah. Bincangkan persoalan ini dengan merujuk kepada teori dan kaedah pensejarahan Carr, Collingwood, Ranke, Ibn Khaldun dan Ssu-ma Chein.

Persoalan utama:1. gejala sosial - mengikut kefahaman tokoh-tokoh tersebut [Carr: penyelidikan proses

sosial - i.e. merupakan perhubungan diantara masyarakat sekarang dengan masyarakat lalu... “gejala sosial”

Umumnya persoalan yang perlu dihuraikan berkaitan dengan aspek pemilihan tajuk dan skop kajian, bahan rujukan dan pendekata.

2. persoalan objektiviti - mengikut tanggapan tokoh-tokoh dikaji dari segi konsep, prinsip (teori) dan kaedah (pensejarahan) yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh itu

Rujukan:

E.H. Carr, What’s History? [Apakah Sejarah, terjemahan Abd. Rahman Haji Ismail, 1984]K. Anbalakan, “Objektiviti dalam Sejarah: Bukan Satu Impian” [halaman 44-56] dalam

Isu-isu Pensejarahan [Abu Talib Ahmad dan Cheah Boon Kheng, penyunting], USM, 1995.

Qasim Ahmad, “Sumber, Pengesahan Fakta, dan Pentafsiran Sejarah” [halaman 57-74] dalam Isu-isu Pensejarahan [Abu Talib Ahmad dan Cheah Boon Kheng, penyunting], USM, 1995.

Tan Kim Hong, “Di sekitar pemerintahan Wangsa: Ssu-ma Ch’ien dan penulisan sejarah sezaman” [halaman 97-115] dlm. Isu-isu Pensejarahan [Abu Talib Ahmad dan Cheah Boon Kheng, penyunting], USM, 1995.

Louis Gottschalk, Understanding History (N.York 1969)Kitson Clark, The Critical Historian (New York, 1967).Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Hj Yahaya, Sejarawan dan Pensejarahan.Suntharalingam, Pensejarahan Barat.Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah.

3

Page 4: 101E2

3. Mengapakah pandangan pascamoden menyifatkan penghasilan “ilmu” yang “benar” dalam bidang sejarah mempunyai asas epistemologi yang amat tidak kukuh? Adakah pandangan ini mengugat ilmu sejarah?

Persoalan utama:Pandangan pascamoden menyangsikan objektiviti sejarah - sejarah sebagai satu representasi

(gambaran yang disampaikan mengikut tanggapan pengkaji sejarah)

Rujukan tajuk 3:

Tan Liok Ee, “Sejarah: Antara Realiti dengan Representasi” [halaman75-96] dalam Isu-isu Pensejarahan [Abu Talib Ahmad dan Cheah Boon Kheng, penyunting], USM, 1995.

Keith Jenkins, Rethinking History, London/N.York: Routledge, 1991.F.R. Ankersmith, “Historiography and Post Modernism” dlm. History and Theory, no.

28, 1989: 137-153.Lawrence Stone, “History and Post Modernism” dlm. Past and Present, 13 (May

1991): 217-218.Pierre Zagorin, “Historiography and Postmodernism: reconsiderations” dlm. History

and Theory, 29(3), 1990.David Lodge (ed.), Modern Criticism and Theory: a reader. London/N.York:

Longman, 1988.Dan Latimer (ed.), Contemporary Critical Theory. Orlando: Harcourt Brace

Jovansvich, 1989.G.G. Iggers, New Directions in European Historiography, 1975.

4

Page 5: 101E2

E.H. Carr, What is History?, Pelican Book, 1965, p. 30:“Sejarah suatu proses perhubungan tidak putus-putus diantara ahli sejarah dengan bahan-bahannya, suatu dialog yang juga tidak putus-putus diantara zaman sekarang dengan masa yang telah lalu”

ditambah:(i) ada proses seperti tafsiran dan pertimbangan.(ii) penyelidikan proses sosial - i.e. merupakan perhubungan diantara masyarakat sekarang

dengan masyarakat lalu... “gejala sosial”

Leopold Von Ranke (seorang teoris mengenai penulisan sejarah dan ahli sejarah)“wie es eigentlich gewesen” - “as past as actuality”.

Beliau mula/pelopori proses tafsiran, pemikiran serta pertimbangan dengan lebih berkesan.(pada asasnya, basic kepada apa yang dipeloporkan von Ranke sudah wujud lama sebelum itu - kecuali depth agak kurang sebelumnya) - misalnya Ibn Khaldun - perlu utamakan asabiah (penaakulan) dalam pengajian sejarah.

Sezaman dengan Ranke: Nietsche, Croce, Nibuhr, Savigny, Vico, Carlyle, Macauley, Michelet, Collingwood, Carl Becker, Carr dll.

- kebanyakan mereka hasilkan teks dan treatise mengenai sesuatu peristiwa sejarah.- kebanyakan mereka hasilkan teori dan kaedah (penyelidikan dan penulisan sejarah)

supaya hasil lebih teratur dan dipertanggungjawabkan.

Namun ada juga perbezaan pandangan antara mereka - Ada pula persamaan. Justeru itu ada unsur pengaruh mempengaruhi saperti Croce dan Collingwood (yang menekankan tentang

kepentingan membayangkan peristiwa-peristiwa yang ingin diteliti itu dalam otak), Marx dan Hegel. (mementingkan materialisme)

5