10/19/2017 :: bernama plus - akademibinaan.com.my · pertandingan yang bakal menonjolkan kemahiran...

2
10/19/2017 :: BERNAMA PLUS :: http://plus.bernama.com/v1/news2.php?id=1391437&page=9 1/2 Thursday, 19 October 2017 BERNAMA.com Xtra / BERNAMA PLUS : Subscribe | Log In Main page | BPLUS News List | News List | Newsbriefs@7 | Infographics | Malaysia eBiz | e-Newsletter | BERNAMA.com Misi Pingat Emas Muhammad Zulkifli Sahdan Thursday, 14 September 2017 JOHOR BAHRU, 14 Sept (Bernama) -- "Saya mahu mencipta sejarah," itu antara misi penting yang bakal dibawa seorang bakat muda bidang kemahiran negara Muhammad Zulkifli Sahdan selepas berjaya tersenarai dalam Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC) di Emiriah Arab Bersatu pada 14 hingga 19 Oktober ini. Menurut Muhammad Zulkifli, 20, dia telah menjalani latihan intensif sejak Januari tahun ini dan berhasrat untuk membawa pulang pingat emas di dalam kategori Dekorasi dan Pengecatan yang disertainya. Anak muda kelahiran Batu Pahat ini pernah memenangi pingat emas pada Pertandingan Kemahiran ASEAN (WSA) Kuala Lumpur pada tahun lepas dan pingat perak pada WSC Malaysia Kategori Belia pada tahun 2015. Pelatih Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Johor, Muhammad Zulkifli Sahdan, 20, merupakan salah seorang wakil negara yang akan dalam bertanding di dalam Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC) di Emiriah Arab Bersatu pada 14 hingga 19 Oktober depan. Dia terpilih selepas melepasi Saringan Pertandingan WSC dan akan bertanding melawan peserta dari 20 buah negara lain di dalam kategori Dekorasi dan Pengecatan. Foto: Remar Nordin "Alhamdulillah persiapan saya kini sudah sampai 90 peratus dan latihan-latihan pun telah saya jalankan mengikut modul pertandingan sebenar bagi benar- benar membuat persiapan terutamanya dari segi mental." "Antara modul yang perlu diikuti adalah 'lettering and design', ?filling and primming', 'colour bands' dan 'spray painting' yang mana lettering and design membawa markah paling banyak iaitu 37 markah daripada keseluruhan 100 markah,? katanya ketika ditemui pemberita di Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Johor sini hari ini. Muhammad Zulkifli berkata latihan dijalankan selama empat hari seminggu bermula dari pukul 8 pagi hingga 5 petang dengan tunjuk ajar daripada mentor dan tenaga pengajarnya Jammuri Ibrahim yang merupakan pakar dalam bidang Dekorasi dan Pengecatan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Dia yang sebelum ini berhasrat untuk menyambung pelajaran dalam jurusan kejuruteraan awam tidak menyangka akan mempunyai bakat di dalam kemahiran itu. Anak kedua daripada lima beradik ini juga bertekad untuk mengotakan janjinya untuk menjadi yang terbaik kepada kedua ibu dan bapanya yang telah meninggal dunia akibat strok. "Semua ini tidak akan berlaku tanpa tunjuk ajar daripada guru-guru, rakan-rakan dan adik beradik saya yang selama ini telah memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menjadi lebih baik di dalam bidang ini," jelas Muhammad Zulkifli. Sementara itu Jammuri berkata apa yang menjadi kekuatan anak muridnya adalah semangat juang yang tinggi selain kesungguhan Muhammad Zulkifli yang benar-benar mahu berjaya. "Saya pernah melihat dia (Muhammad Zulkifli) menghadapi masa-masa sukar di mana sehari sebelum pertandingan WSA Kuala Lumpur 2016, dia telah mendapat khabar tentang pemergian ibunya. Tetapi dia tidak patah semangat, di mana selepas selesai urusan pengebumian, dia datang mengikuti pertandingan dan Alhamdulillah dia pulang bersama pingat emas." "Jadi fokus utama sekarang adalah mendidik dia dari segi ketahanan mental kerana dia akan bersaing bersama 20 negara lain di dalam kategori Dekorasi dan Pengecatan, jadi dia perlu fokus dan yakin pada dirinya sendiri," katanya. Pertandingan WSC merupakan antara pertandingan kemahiran vokasional yang terbesar di dunia yang diadakan setiap dua tahun dan bakal disertai oleh seramai 77 buah negara.

Upload: phamlien

Post on 13-May-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

10/19/2017 :: BERNAMA PLUS ::

http://plus.bernama.com/v1/news2.php?id=1391437&page=9 1/2

Thursday, 19 October 2017 BERNAMA.com Xtra / BERNAMA PLUS : Subscribe | Log In

Main page | BPLUS News List | News List | Newsbriefs@7 | Infographics | Malaysia eBiz | e-Newsletter | BERNAMA.com

Misi Pingat Emas Muhammad Zulkifli Sahdan Thursday, 14 September 2017

JOHOR BAHRU, 14 Sept (Bernama) -- "Saya mahu mencipta sejarah," itu antara misi penting yang bakal dibawa seorang bakat muda bidang kemahirannegara Muhammad Zulkifli Sahdan selepas berjaya tersenarai dalam Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC) di Emiriah Arab Bersatu pada 14 hingga 19Oktober ini.

Menurut Muhammad Zulkifli, 20, dia telah menjalani latihan intensif sejak Januari tahun ini dan berhasrat untuk membawa pulang pingat emas di dalamkategori Dekorasi dan Pengecatan yang disertainya.

Anak muda kelahiran Batu Pahat ini pernah memenangi pingat emas pada Pertandingan Kemahiran ASEAN (WSA) Kuala Lumpur pada tahun lepas danpingat perak pada WSC Malaysia Kategori Belia pada tahun 2015.

Pelatih Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Johor, Muhammad Zulkifli Sahdan, 20, merupakan salah seorang wakil negara yang akan dalam bertandingdi dalam Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC) di Emiriah Arab Bersatu pada 14 hingga 19 Oktober depan. Dia terpilih selepas melepasi Saringan

Pertandingan WSC dan akan bertanding melawan peserta dari 20 buah negara lain di dalam kategori Dekorasi dan Pengecatan. Foto: Remar Nordin

"Alhamdulillah persiapan saya kini sudah sampai 90 peratus dan latihan-latihan pun telah saya jalankan mengikut modul pertandingan sebenar bagi benar-benar membuat persiapan terutamanya dari segi mental."

"Antara modul yang perlu diikuti adalah 'lettering and design', ?filling and primming', 'colour bands' dan 'spray painting' yang mana lettering and designmembawa markah paling banyak iaitu 37 markah daripada keseluruhan 100 markah,? katanya ketika ditemui pemberita di Akademi Binaan Malaysia (ABM)Wilayah Johor sini hari ini.

Muhammad Zulkifli berkata latihan dijalankan selama empat hari seminggu bermula dari pukul 8 pagi hingga 5 petang dengan tunjuk ajar daripada mentor dantenaga pengajarnya Jammuri Ibrahim yang merupakan pakar dalam bidang Dekorasi dan Pengecatan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia(CIDB).

Dia yang sebelum ini berhasrat untuk menyambung pelajaran dalam jurusan kejuruteraan awam tidak menyangka akan mempunyai bakat di dalam kemahiranitu.

Anak kedua daripada lima beradik ini juga bertekad untuk mengotakan janjinya untuk menjadi yang terbaik kepada kedua ibu dan bapanya yang telahmeninggal dunia akibat strok.

"Semua ini tidak akan berlaku tanpa tunjuk ajar daripada guru-guru, rakan-rakan dan adik beradik saya yang selama ini telah memberikan sokongan dandorongan kepada saya untuk menjadi lebih baik di dalam bidang ini," jelas Muhammad Zulkifli.

Sementara itu Jammuri berkata apa yang menjadi kekuatan anak muridnya adalah semangat juang yang tinggi selain kesungguhan Muhammad Zulkifli yangbenar-benar mahu berjaya.

"Saya pernah melihat dia (Muhammad Zulkifli) menghadapi masa-masa sukar di mana sehari sebelum pertandingan WSA Kuala Lumpur 2016, dia telahmendapat khabar tentang pemergian ibunya. Tetapi dia tidak patah semangat, di mana selepas selesai urusan pengebumian, dia datang mengikutipertandingan dan Alhamdulillah dia pulang bersama pingat emas."

"Jadi fokus utama sekarang adalah mendidik dia dari segi ketahanan mental kerana dia akan bersaing bersama 20 negara lain di dalam kategori Dekorasi danPengecatan, jadi dia perlu fokus dan yakin pada dirinya sendiri," katanya.

Pertandingan WSC merupakan antara pertandingan kemahiran vokasional yang terbesar di dunia yang diadakan setiap dua tahun dan bakal disertai olehseramai 77 buah negara.

10/19/2017 :: BERNAMA PLUS ::

http://plus.bernama.com/v1/news2.php?id=1391437&page=9 2/2

Pertandingan yang bakal menonjolkan kemahiran vokasional dan pendidikan peserta untuk perkembangan ekonomi global akan memperlihatkan sebanyak 51bidang kemahiran dipertandingkan antaranya bricklaying, carpentry, electrical installation dan banyak lagi.

Pada sesi saringan Mac lepas, seramai dua pelatih ABM telah berjaya terpilih sebagai wakil Malaysia iaitu Marinsun Lanun, 21, daripada ABM Wilayah Sabahdan menjadi wakil negara bagi kategori Penjubinan Dinding dan Lantai manakala Muhammad Zulkifli Sahdan dari ABM Wilayah Johor bagi kategori Dekorasidan Pengecatan.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan kerajaan menawarkan ganjaran sebanyak RM100,000 bagi setiappingat emas yang diperolehi negara pada pertandingan berkenaan.

-- BERNAMA

KPDNKK Giat Tangani Isu Ketirisan Dan Penyelewengan BarangKawalan

Tuesday, 10 October 2017

JITRA, 10 Okt (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kini giat menangani isuketirisan dan penyelewengan barang kawalan bersubsidi disempadan negara dalam usaha memperkasa hak pengguna....

WSC2017: Malaysia Yakin Tamat Kemarau Emas

Monday, 09 October 2017

SEPANG, 9 Okt (Bernama) -- Menteri Sumber Manusia Datuk Seri RichardRiot menzahirkan keyakinan bahawa Malaysia mampu melakar kejutan danmenamatkan kemarau emas 24 tahun negara dalam PertandinganKemahiran Dunia (WSC)....

KPDNKK Timbang Naikkan Kadar Tuntutan Ganti Rugi Pengguna

Monday, 09 October 2017

JOHOR BAHRU, 9 Okt (Bernama) -- Kementerian Perdagangan DalamNegeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang menimbang untukmenaikkan kadar tuntutan ganti rugi pengguna terhadap pembelian barangatau perkhidmatan di mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia(TTPM)....

Mohd Gazali Abas Dilantik KSU Kementerian Sumber Manusia Baharu

Monday, 09 October 2017

PUTRAJAYA, 9 Okt (Bernama) -- Dr Mohd Gazali Abas dilantik sebagaiKetua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia (KSM) yang baharubermula hari ini, menggantikan Datuk Seri Adenan Abdul Rahman yangbersara pada 5 Okt lepas....

« 1 2 ... 6 7 8 9 10 11 12 ... 496 497 »

Issue 181 Issue 180

..more

English Version Versi B. Melayu

Onn Ja'afar Institute Fetes Homeless ForDeepavali

KL -- About 250 homeless people in the citygot to feel the joy of Deepavali celebrationwhen they were feted to a 'Jom Diwali' eventorganised by the Onn Ja'afar...

Kastam Gembleng Tiga Teknologi PantauTasik Kenyir

HULU TERENGGANU -- Jabatan KastamDiraja Malaysia (JKDM) Terengganu akanmenggembleng tiga teknologi - satelit, drondan kamera litar tertutup (CCTV) - bagi tujuanpenguatkuasaan dan pemantauan di 339pulau...

..full news ..berita penuh

Frequently Asked Question (FAQ) Need assistance? Emailor contact BERNAMA's Portal Services Division at +603-2050 4468 / +603-2050 4470 / +603-2696 2107.

© 2017 BERNAMA. All Rights Reserved. This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA. Bestviewed in Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution.