10 soalan bahasa melayu tahun 6.pdf

3
SOALAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 PEMAHAMAN 1.Bilangan murid yang mendapat gred A dalam subjek Bahasa Melayu Penulisan pada kali ini meningkat _________________ 40 orang. A ke B pada C dalam D kepada 2. Batang kayu yang hendak dijadikan tiang pondok itu sudah ________________ kerana terlalu lama terdedah kepada hujan dan panas. A buruk B lapuk C kecut D luput 3. Akhirnya pencuri yang ___________________ itu dapat juga diberkas oleh pihak polis dengan bantuan penduduk kampung. A liat B liar C licik D lincah

Upload: nor0775

Post on 12-Jul-2016

41 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: 10 SOALAN BAHASA MELAYU TAHUN 6.pdf

SOALAN BAHASA MELAYU TAHUN 6

PEMAHAMAN

1.Bilangan murid yang mendapat gred A dalam subjek Bahasa Melayu Penulisan pada kali ini

meningkat _________________ 40 orang.

A ke

B pada

C dalam

D kepada

2. Batang kayu yang hendak dijadikan tiang pondok itu sudah ________________ kerana terlalu lama

terdedah kepada hujan dan panas.

A buruk

B lapuk

C kecut

D luput

3. Akhirnya pencuri yang ___________________ itu dapat juga diberkas oleh pihak polis dengan

bantuan penduduk kampung.

A liat

B liar

C licik

D lincah

Page 2: 10 SOALAN BAHASA MELAYU TAHUN 6.pdf

4. Kami __________________ sepanjang malam untuk meronda sekitar kampong kerana kejadian pecah

rumah begitu menjadi-jadi sekarang.

A menjaga

B penjaga

C berjaga

D terjaga

5. Pisang muda memang berasa _____________________ kecuali jika dimakan buah yang masak.

A tawar

B pedas

C pahit

D kelat

6. Tulis ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat Tanya :

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

Jawapan : Oh,sekarang ibu saya sudah sembuh sepenuhnya daripada demam yang dialaminya.

7. Tulis jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberi.

Soalan : Benarkah kamu yang menutup suis lampu dan kipas sebelum pulang petang semalam ?

Jawapan : _________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

Page 3: 10 SOALAN BAHASA MELAYU TAHUN 6.pdf

Soalan Penulisan

8. Kelab Bahasa Melayu sekolah kamu telah mengadakan Pertandingan Bercerita Peringkat Sekolah.

Kamu diminta menulis catatan tentang pertandingan tersebut.

Tulis catatan kamu itu selengkapnya.

9. Kamu dimintamenyampaikan ucapan sempena Bulan Pengguna Kebangsaan dalam perhimpunan rasmi

di sekolah .Tajuk ucapan yang akan kamu sampaikan pada hari tersebut adalah “Cara-cara Menabung”.

Tulis teks ucapan kamu itu selengkapnya.

10. Wira negara

Digelar tentera pengaman negara

Juga sedia membantu mangsa banjir

Siap siaga memasak dan mencuci

Berkorban demi masyarakat.

Berdasarkan pernyataan di atas, ceritakan bantuan yang kamu terima semasa banjir di kampung

kamu.Akhiri karangan kamu dengan :

…………………………………………………………….. Haziq serta rakan-rakannya bersalam-

salaman dengan pasukan keselamatan yang banyak berjasa kepada kampung mereka.Mereka berasa

sungguh bangga akan pengorbanan wira negara.