1.0 pengenalan & 2.0 tujuan

3
1.0 Pengenalan Pakaian merupakan salah satu keperluan asas manusia. Pakaian berfungsi untuk melindungi tubuh dari kepanasan, kesejukan serta ancaman-ancaman lain. Pada masa kini, blaus merupakan pakaian yang amat digemari oleh masyarakat. Ia merupakan bentuk yang kemas dan menarik bagi si pemakai. Setiap rekaannya adalah berbeza dan sentiasa berubah mengikut pereka yang mempunyai idea yang tersendiri. Blaus juga dapat disesuaikan dengan skirt, slek, seluar, mahupun jeans. Blaus direka dengan pelbagai stail dan boleh dipakai secara kasual atau formal bergantung kepada pilihan fabrik dan hiasan. Blaus dihasilkan dengan bahagian-bahagian yang dicantum termasuk bahagian hadapan baju, bahagian belakang baju, kolar, lengan dan mansit. Mereka cipta pakaian memerlukan idea dan daya kreativiti di samping menerapkan elemen dan prinsip seni reka untuk menghasilkan pakaian yang tulen dan sesuai dengan bentuk badan. Pemilihan stail pakaian kerap dipengaruhi oleh bentuk badan kerana elemen asas reka bentuk pakaian seperti corak, warna, tekstur dan rupa fabrik, garisan dan cantuman, garis leher, dan garis lengan akan menampilkan bentuk badan yang menarik dan bergaya. Oleh yang demikian, dalam tugasan kursus Reka Bentuk Pakaian ini, saya telah mengambil kira ciri-ciri tersebut dalam mereka bentuk pakaian projek saya. Dalam penghasilan blaus ini, saya telah memilih blaus berkolar lurus. Ciri-ciri kolar lurus adalah permukaan kolar adalah rata dan kemas di garis leher. Fabriknya pula merupakan jenis kain kapas yang berwarna lembut iaitu biru muda. Kelim

Upload: lihui-goh

Post on 09-Nov-2015

145 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

pengenalan dan tujuan membuat pakaian

TRANSCRIPT

1.0 PengenalanPakaian merupakan salah satu keperluan asas manusia. Pakaian berfungsi untuk melindungi tubuh dari kepanasan, kesejukan serta ancaman-ancaman lain. Pada masa kini, blaus merupakan pakaian yang amat digemari oleh masyarakat. Ia merupakan bentuk yang kemas dan menarik bagi si pemakai. Setiap rekaannya adalah berbeza dan sentiasa berubah mengikut pereka yang mempunyai idea yang tersendiri. Blaus juga dapat disesuaikan dengan skirt, slek, seluar, mahupun jeans. Blaus direka dengan pelbagai stail dan boleh dipakai secara kasual atau formal bergantung kepada pilihan fabrik dan hiasan. Blaus dihasilkan dengan bahagian-bahagian yang dicantum termasuk bahagian hadapan baju, bahagian belakang baju, kolar, lengan dan mansit.Mereka cipta pakaian memerlukan idea dan daya kreativiti di samping menerapkan elemen dan prinsip seni reka untuk menghasilkan pakaian yang tulen dan sesuai dengan bentuk badan. Pemilihan stail pakaian kerap dipengaruhi oleh bentuk badan kerana elemen asas reka bentuk pakaian seperti corak, warna, tekstur dan rupa fabrik, garisan dan cantuman, garis leher, dan garis lengan akan menampilkan bentuk badan yang menarik dan bergaya. Oleh yang demikian, dalam tugasan kursus Reka Bentuk Pakaian ini, saya telah mengambil kira ciri-ciri tersebut dalam mereka bentuk pakaian projek saya.Dalam penghasilan blaus ini, saya telah memilih blaus berkolar lurus. Ciri-ciri kolar lurus adalah permukaan kolar adalah rata dan kemas di garis leher. Fabriknya pula merupakan jenis kain kapas yang berwarna lembut iaitu biru muda. Kelim adalah proses jahitan yang mencantumkan dua atau lebih kepingan fabrik. Dalam proses penghasilan blaus berkolar lurus, kelim yang digunakan adalah kelim belah kangkung. Selain itu, kancing yang digunakan dalam blaus ini ialah butang dan lubang butang untuk mengancingkan belah. Saya juga mengunakan lisu pemadan untuk memberi bentuk pada blaus. Penyudah tepi adalah proses jahitan yang dibuat untuk mengemas, mengukuh dan menghias tepi pakaian. Saya telah memilih kelepet belah sama lebar untuk dijahit pada bahagian butang dan lubang butang. Jahitan silang pangkah telah digunakan untuk menetapkan kelepat belah sama lebar. Tambahan pula lapik juga digunakan untuk melapik dan mengemaskan bahagian garis leher dan belah blaus. Dengan berlandaskan bentuk blaus yang direka, saya berjaya menghasilkan satu blaus yang menarik dan kemas.2.0TujuanTujuan penghasilan blaus ini adalah untuk mengenal dan memperolehi ilmu tentang jenis-jenis alatan dan jenis-jenis jahitan di samping mengukuhkan kemahiran menjahit. Saya telah mengenal pasti alatan yang digunakan dalam penghasilan blaus. Saya berpeluang menggunakan alatan jahitan dengan teknik yang betul dalam membantu saya menghasilkan blaus saya. Pada masa yang sama, saya memilih dan menetapkan bahan yang diperlukan termasuk fabrik, benang, butang dan hiasan. Pengalaman ini membolehkan saya mereka cipta blaus yang menarik dari sedi stailnya dan warnanya. Seterusnya, Saya juga dapat mempelajari cara-cara mengambil ukuran badan dengan betul dan cara membuat serta mendraf pola asas. Ukuran badan perlu diambil dengan tepat dan betul supaya bentuk blaus yang dihasilkan sesuai dengan si pemakai. Selepas itu, saya juga dapa mengubahsuai pola asas dan mendraf pola pakaian mengikut stail pakaian yang direka. Kemahiran menulis pola amat penting dalam memastikan ukuran dan saiz badan dapat dipindah ke fabrik dengan tepat.Dalam proses menjahit blaus, saya juga dapat mengetahui proses menjahit dengan betul dan teratur. Secara tidak langsung, saya dapat mengaplikasikan bahan jahitan dan hiasan yang sesuai pada blaus yang direka. Saya telah mengetahui jenis-jenis jahitan seperti jahitan mesin, jahitan silang pangkah, jahitan jelujur dan sebagainya. Jenis-jenis jahitan ini digunakan pada bahagian yang sesuai agar memudahkan proses menjahit. Selain itu, jenis-jenis kelim seperti kelim belah kangkung juga diaplikasikan pada pakaian blaus. Saya juga telah mengetahui cara menghilangkan gelumbung iaitu menggunakan lisu pemadan. Tujuan seterusnya adalah mengenal pasti jenis-jenis belah seperti belah kelepet sama lebar pada bahagian butang dan lubang butang. Saya telah mengetahui cara menjahit butang dan menebuk lubang butang dengan menggunakan mesin jahit. Kemahiran ini merupakan suatu ilmu yang baharu kepada saya kerana saya memang tidak pernah berpeluang menjahit lubang butang. Tambahan pula, jenis lengan seperti lengan gelembung dan penyudah tepi seperti kelepet juga diketahui dengan jelas melalui penghasilan blaus. Setelah saya berjaya menghasilkan blaus ini, saya juga mempelajari cara membuat pengiraan kos pakaian blaus yang dijahit.Tuntasnya, melalui kerja kursus ini saya telah mempelajari banyak ilmu pengetahuan yang baru mengenai reka bentuk pakaian. Saya yakin kemahiran ini dapat saya manfaatkan pada masa hadapan.