10 nasihat di kamar tidur -...

18
10 NASIHAT DI KAMAR TIDUR MIHRAB HOTEL PUTRAJAYA

Upload: truongtuong

Post on 26-Mar-2019

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 10 NASIHAT DI KAMAR TIDUR - mihrabhotel.commihrabhotel.com/wp-content/uploads/2017/05/10-NASIHAT-DI-KAMAR... · Cuba jadikan ruangan tidur sebagai tempat yang peribadi dan ekslusif

10 NASIHAT DI KAMAR TIDUR

MIHRAB HOTEL PUTRAJAYA

Page 2: 10 NASIHAT DI KAMAR TIDUR - mihrabhotel.commihrabhotel.com/wp-content/uploads/2017/05/10-NASIHAT-DI-KAMAR... · Cuba jadikan ruangan tidur sebagai tempat yang peribadi dan ekslusif

SEKAPUR SIRIH DARI PENGARANG

Assalammualaikum & Hi..

Terima kasih kerana dapatkan ebook 10 Nasihat Di Kamar Tidur ini. Sekiranya andaada pertanyaan, anda boleh hantar kepada saya di [email protected].

Jika ebook ini bermanfaat, klik butang SHARE untuk dikongsikan dengan sahabat di luar sana. Sebarkan kebaikan.

Ikhlas daripada,Page FB: Mihrab Hotel Putrajayawww.mihrabhotel.com

HAKCIPTA MIHRAB HOTEL PUTRAJAYA 2017

SHARE EBOOK INI

Page 3: 10 NASIHAT DI KAMAR TIDUR - mihrabhotel.commihrabhotel.com/wp-content/uploads/2017/05/10-NASIHAT-DI-KAMAR... · Cuba jadikan ruangan tidur sebagai tempat yang peribadi dan ekslusif

Bilik tidur merupakan tempat permulaan dan pengakhiran hari manusia. Tidur yang berkualiti haruslah datang daripada tempat yang selesa danselamat.

Ruang tempat tidur yang berkualiti dapat membantu mengawal posturbadan berfungsi dalam keadaan yang baik dan juga dapat memberikankesihatan kepada diri kita.

Setiap individu harus menjaga tempat tidur supaya sentiasa bersih dankemas kerana Nabi juga menggalakkan dan mewajibkan kebersihan padasetiap aspek sudut terhadap setiap individu. Perlu diingat bahawapenampilan seseorang individu yang baik dan suci lahir dari hati danpersonaliti luaran.

Diharap tips ini sedikit sebanyak dapat membantu dan memberi manfaatkepada kita semua.

HAKCIPTA MIHRAB HOTEL PUTRAJAYA 2017

Page 4: 10 NASIHAT DI KAMAR TIDUR - mihrabhotel.commihrabhotel.com/wp-content/uploads/2017/05/10-NASIHAT-DI-KAMAR... · Cuba jadikan ruangan tidur sebagai tempat yang peribadi dan ekslusif

ANTARA 10 NASIHAT DI KAMAR TIDUR

1. Kibas Sebelum Tidur

2. Basuh Sarung Bantal

3. Lapik Tempat Tidur

4. Ruang Tidur BukanTempat Makan

5. Bau Bilik?

6. Warna Bilik

7. Ambil Tahu Tempoh

Tilam

8. Apa Di Bawah Katil?

9. Langsir & Tingkap

10.Tukar Bantal

HAKCIPTA MIHRAB HOTEL PUTRAJAYA 2017

Page 5: 10 NASIHAT DI KAMAR TIDUR - mihrabhotel.commihrabhotel.com/wp-content/uploads/2017/05/10-NASIHAT-DI-KAMAR... · Cuba jadikan ruangan tidur sebagai tempat yang peribadi dan ekslusif

KIBAS SEBELUM TIDUR

Dari sahabat Abi Hurairah ra: Rasulullah Shallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Apabilasalah seorang dari kalian hendak barbaring di tempat tidurnya hendaklah ia kibas-kibastempat tidurnya itu dengan sarungnya. Kerana dia tidak tahu apa yang terjadi padatempat tidurnya setelah ia tinggalkan sebelumnya." (HR Bukhari Muslim)

Hadis lainnya sebagai tambahan: "Bagi orang yang bangun dari tempat tidurnyakemudian kembali lagi, maka dianjurkan untuk mengibasinya kembali."(Sebagaimanahadis riwayat Tirmidzi. 3410, disahihkan dalam Kalim Thoyyib: 3410)

Dua alasan penting yang menyebabkan kita perlu mengibaskan kain sarung ke atas tilamyang akan kita tiduri antaranya:-

Adanya kuman penyakit yang hinggap di tilam bantal, selimut yang kita gunakan.

Adanya makhluk lain (halus) yang tidur di atas tilam.

HAKCIPTA MIHRAB HOTEL PUTRAJAYA 2017

Page 6: 10 NASIHAT DI KAMAR TIDUR - mihrabhotel.commihrabhotel.com/wp-content/uploads/2017/05/10-NASIHAT-DI-KAMAR... · Cuba jadikan ruangan tidur sebagai tempat yang peribadi dan ekslusif

BASUH SARUNG BANTAL

Sarung bantal wajib di basuh seminggu sekali.

Boleh hapuskan hama dan kesan peluh sewaktu tidur serta bakteria bakteriayang terdapat pada sarung bantal yang digunakan sebelum ini.

Gunakan pencuci atau detergent yang sesuai dipasaran untuk mencuci sarungbantal.

Rendamkan selama 5 minit sebelum dijemur.

Selepas sarung bantal di jemur dan kering boleh gunakan sterika sebelum di gunakan kembali.

HAKCIPTA MIHRAB HOTEL PUTRAJAYA 2017

Page 7: 10 NASIHAT DI KAMAR TIDUR - mihrabhotel.commihrabhotel.com/wp-content/uploads/2017/05/10-NASIHAT-DI-KAMAR... · Cuba jadikan ruangan tidur sebagai tempat yang peribadi dan ekslusif

LAPIK TEMPAT TIDUR

Ini penting apabila kita pergi ke tempat baru.

Serangga kecil seperti semut mempunyai bau tersendiri yang memudahkanperjalanan mereka.

Apabila anda melapik tilam sebelum tidur dengan kain cadar yang bersih iamampu mengelakkan jangkitan kuman atau bakteria terhadap badan dan jugamenghindarkan tubuh badan daripada jangkitan kulat atau parasit.

Selain cadar, boleh juga gunakan kain pelikat, tuala yang bersih, kain sarungatau alas yang bersesuaian.

HAKCIPTA MIHRAB HOTEL PUTRAJAYA 2017

Page 8: 10 NASIHAT DI KAMAR TIDUR - mihrabhotel.commihrabhotel.com/wp-content/uploads/2017/05/10-NASIHAT-DI-KAMAR... · Cuba jadikan ruangan tidur sebagai tempat yang peribadi dan ekslusif

RUANG TIDUR BUKAN TEMPAT MAKAN

Bezakan dulu tempat makan dan tempat tidur.

Psikologi manusia

Cuba jadikan ruangan tidur sebagai tempat yang peribadi dan ekslusif hanya digunakanuntuk berehat, bersantai serta tidur.

Menghiasi ruangan tidur dengan gambar-gambar yang menarik atau ayat suci Al-Quran bagi menambahkan keceriaan, mencantikkan pemandangan serta memudahkan proses untuk melelapkan mata.

Ruang tidur perlu sentiasa dijaga dengan rapi dan sempurna.

AWAS bagi ibu bapa yang memberi makan bayi mereka di tempat tidurnya. Sisamakanan yang tidak dibersihkan dengan teliti mengundang serangga dan bakteria yang boleh membahayakan kesihatan bayi.

HAKCIPTA MIHRAB HOTEL PUTRAJAYA 2017

Page 9: 10 NASIHAT DI KAMAR TIDUR - mihrabhotel.commihrabhotel.com/wp-content/uploads/2017/05/10-NASIHAT-DI-KAMAR... · Cuba jadikan ruangan tidur sebagai tempat yang peribadi dan ekslusif

BAU BILIK?

Untuk mengesan bau yang tidak menyenangkan ada 2 cara iaitu:

- Bertanya pada orang lain (cara yang berkesan)

- Hirup udara luar yang segar dan kemudian masuk ke dalam bilik

Hidung kita ni gagal mengesan bau yang kita sudah biasa.

Elakkan merokok dalam bilik kerana bau asap rokok susah dihapuskan.

Gunakan pewangi seperti Ambi Pur yang sentiasa mengeluarkan aroma bauyang menyenangkan dan penuh kenikmatan.

HAKCIPTA MIHRAB HOTEL PUTRAJAYA 2017

Page 10: 10 NASIHAT DI KAMAR TIDUR - mihrabhotel.commihrabhotel.com/wp-content/uploads/2017/05/10-NASIHAT-DI-KAMAR... · Cuba jadikan ruangan tidur sebagai tempat yang peribadi dan ekslusif

WARNA BILIK ?

Pilihlah warna bilik yang boleh mewujudkan suasana yang lebih baik.

Kebanyakkan hotel menggunakan warna putih atau warna lembut bagi menenangkanfikiran kita.

Terdapat beberapa warna yang digalakkan untuk menaikkan mood bilik.

Warna putih sangat bagus untuk menampilkan atau menekankan warna lain sertamemberi kesan kesederhanaan dan kebersihan.

Warna lembut seperti biru dapat menampilkan kekuatan teknologi, kebersihan, udara, air dan kedalaman laut.

HAKCIPTA MIHRAB HOTEL PUTRAJAYA 2017

Page 11: 10 NASIHAT DI KAMAR TIDUR - mihrabhotel.commihrabhotel.com/wp-content/uploads/2017/05/10-NASIHAT-DI-KAMAR... · Cuba jadikan ruangan tidur sebagai tempat yang peribadi dan ekslusif

AMBIL TAHU TEMPOH TILAM

Tahukah anda tilam mempunyai jangka hayat dan hygience tertentu?

Tilam yang mahal bukan sekadar keselesaan, namun juga keselamatan.

Jika anda memiliki tilam biasa yang menggunakan material seperti kapas ataukekabu, anda wajib mengetahui tempoh tilam yang digunakan.

Tilam yang berkualiti seperti tilam yang keras boleh menyokong kedudukan posisitubuh ketika tidur sebaliknya tilam yang lembik akan menyebabkan kedudukanbadan tidak stabil dan menyebabkan tidur sering terganggu.

Tempoh 3-5 Tahun adalah tempoh yang sesuai untuk menukar tilam yang digunakan. Ada juga tilam yang memberi jaminan sehingga 10 tahun.

HAKCIPTA MIHRAB HOTEL PUTRAJAYA 2017

Page 12: 10 NASIHAT DI KAMAR TIDUR - mihrabhotel.commihrabhotel.com/wp-content/uploads/2017/05/10-NASIHAT-DI-KAMAR... · Cuba jadikan ruangan tidur sebagai tempat yang peribadi dan ekslusif

APA DI BAWAH KATIL?

Tempat yang sering terlepas pandang adalah di bawah katil.

Tempat pembiakan serangga dan bakteria.

Tempat segala habuk bersarang dan segala kotoran halus.

Tempat terjadinya hama debu rumah.

Perlu dibersihkan seminggu 2 atau 3 kali.

HAKCIPTA MIHRAB HOTEL PUTRAJAYA 2017

Page 13: 10 NASIHAT DI KAMAR TIDUR - mihrabhotel.commihrabhotel.com/wp-content/uploads/2017/05/10-NASIHAT-DI-KAMAR... · Cuba jadikan ruangan tidur sebagai tempat yang peribadi dan ekslusif

LANGSIR & TINGKAP

Langsir merupakan pemisah antara bahagian luaran dan dalaman selalunya akan dipenuhi kotoran seperti habuk dan debu.

Langsir akan menyerap kelembapan dan menarik habuk dari luar apabila tingkapdibuka.

Habuk halus dapat melalui ruang dan rongga kecil walaupun semasa tingkap di tutup.

Langsir juga memerangkap habuk yang datang dari siling dan kipas serta tingkap.

Semasa kita membersihkan bilik, habuk akan berterbangan dan melekat pada kain langsir dan tingkap.

HAKCIPTA MIHRAB HOTEL PUTRAJAYA 2017

Page 14: 10 NASIHAT DI KAMAR TIDUR - mihrabhotel.commihrabhotel.com/wp-content/uploads/2017/05/10-NASIHAT-DI-KAMAR... · Cuba jadikan ruangan tidur sebagai tempat yang peribadi dan ekslusif

TUKAR BANTAL

Setiap bantal ada tempohnya. Namun, kita sering menukar apabila bantaltersebut terkoyak atau berbau. Betul kan?

Bantal yang tidak ditukar akan menyebabkan ketidakselesaan sewaktu tidurdan akan menyakitkan leher dan tengkok.

Bantal yang digunakan terlalu lama juga mungkin terdapat hama yang secaratidak langsung menimbulkan alahan kepada pengguna.

Pilihan bantal yang sesuai adalah amat penting. Individu yang tidur telentangatau meniarap, boleh gunakan bantal jenis nipis.

Individu yang tidur mengiring pula gunakan bantal yang lebih pejal serta padatuntuk mengisi ruangan antara telinga dan bahu.

HAKCIPTA MIHRAB HOTEL PUTRAJAYA 2017

Page 15: 10 NASIHAT DI KAMAR TIDUR - mihrabhotel.commihrabhotel.com/wp-content/uploads/2017/05/10-NASIHAT-DI-KAMAR... · Cuba jadikan ruangan tidur sebagai tempat yang peribadi dan ekslusif

BAHAYA JIKA ANDA TIDAK AMBIL PEDULI

Zaman sekarang terlalu banyak penyakit baru yang timbul. Penyakit juga berevolusimengikut pengedaran zaman.

Selain penyakit, emosi manusia juga berubah. Tekanan yang timbul setiap hari akibatdari keadaan sekeliling.

Pepatah kita sering menyebut,”Mencegah itu lebih baik daripada mengubati.”

Ikuti langkah mudah di atas. Jadikan ruangan tidur sebagai tempat yang selesa danselamat. Semoga perkongsian dari kami memberikan manfaat.

SHARE EBOOK INI

Page 16: 10 NASIHAT DI KAMAR TIDUR - mihrabhotel.commihrabhotel.com/wp-content/uploads/2017/05/10-NASIHAT-DI-KAMAR... · Cuba jadikan ruangan tidur sebagai tempat yang peribadi dan ekslusif

BERKENAAN MIHRAB HOTEL

Mihrab Hotel Putrajaya merupakan Hotel Bajet Islamik pertama yang dibina di Putrajaya. Dengan lokasi yang strategik ia menjadi tumpuan semua golongan setiap hari dan juga di waktu cuti hujung minggu, cuti am dan cuti sekolah.

Mihrab Hotel juga menjadi antara perintis pertama hotel bajet di Malaysia yang mengeluarkan produk hotel yang berkualiti seperti bantal dan tuala. Tujuan utamapengeluaran produk produk ini adalah untuk semua golongan dan peringkat umur untukmerasai nikmat produk keluaran hotel untuk penggunaan di kediaman sendiri yang sebelumini hanya boleh dirasai di hotel sahaja.

Motto kami ‘Hanya Hotel Keluarkan Produk Hotel’ dan keasliannya hanya boleh didapati di sini.

Layari website kami di www.mihrabhotel.com dan www.mihrabproduct.com

HAKCIPTA MIHRAB HOTEL PUTRAJAYA 2017

Page 17: 10 NASIHAT DI KAMAR TIDUR - mihrabhotel.commihrabhotel.com/wp-content/uploads/2017/05/10-NASIHAT-DI-KAMAR... · Cuba jadikan ruangan tidur sebagai tempat yang peribadi dan ekslusif

MIHRAB HOTEL

PUTRAJAYA

67, Jalan Diplomatik, Diplomatik Presint, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia

Page 18: 10 NASIHAT DI KAMAR TIDUR - mihrabhotel.commihrabhotel.com/wp-content/uploads/2017/05/10-NASIHAT-DI-KAMAR... · Cuba jadikan ruangan tidur sebagai tempat yang peribadi dan ekslusif

SAHABAT MIHRAB

Sahabat Mihrab adalah agen rasmi yang dilantik Mihrab Hotel bagi mempromosikanMihrabHotel.

Bagi yang diterima menjadi Sahabat Mihrab, anda mempunyai peluang janapendapatan tambahan bersama Hotel Mihrab Putrajaya. Anda boleh dapat komisendengan memperkenalkan produk Mihrab (bilik, event, barangan hotel, pelancongan).

Untuk permohonan, sila emailkan ke [email protected] denganmenyatakan:

- Nama, lokasi, nombor telefon yang boleh dihubungi & pengalaman yang bersesuaian.

Cuba dulu. Mana tahu boleh dapat, kan?

Diharap dapat bekerjasama pada masa hadapan. HAKCIPTA MIHRAB HOTEL PUTRAJAYA 2017