1. teks ucapan aluan majlis pelancaran program remaja berwawasan 2015

3

Click here to load reader

Upload: chepout

Post on 29-Sep-2015

101 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

TEKS UCAPAN

KATA-KATA ALUAN MAJLIS PELANCARAN

PROGRAM REMAJA BERWAWASAN 2015Assalammualaikum W.B.T / Salam 1 malaysiaYang BerusahaMEJAR HAJI MOHD AMIN B HUSIN

PENOLONG PEGAWAI MEMERINTAH 74 BATILION KOR ORDNANS DIRAJA

Anggota-anggota dari Markas BATU KENTOMENGuru-guru penolong Kanan,

Guru-guru dan seterusnya murid-murid SMK KIARAMAS yang dikasihi sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. di atas limpah rahmat-Nya kita dapat bersama-sama dalam Majlis Pelancaran Program Remaja Berwawasan yang diadakan pada pagi yang bersejarah ini. Bagi pihak seluruh warga SMK KIARAMAS, kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih atas keprihatinan pihak kerajaan kerana telah menganjurkan program yang membawa makna yang amat besar kepada seluruh warga sekolah ini. Kami berasa sungguh bertuah kerana dalam ribuan sekolah di seluruh negara, sekolah ini telah terpilih untuk untuk menjayakan program Remaja Berwawasan ini. Kami bagi pihak pentadbir, guru-guru, kakitangan serta seluruh warga SMK KIARAMAS, berazam akan memberikan seluruh komitmen kepada pihak jurulatih agar objektif untuk menghasilkan murid yang mempunyai disiplin yang tinggi serta berupaya menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara akan tercapai. Hadirin yang saya hormati sekalian,Seperti yang sedia maklum, sekolah merupakan tapak semaian dalam menghasilkan modal insan cemerlang dan berketrampilan. Dalam usaha untuk menterjemahkan hasrat dan objektif pendidikan, semua pihak sama ada guru-guru, agensi-agensi luar, pihak swasta perlu berganding bahu dalam menghadapi pelbagai kemelut dan cabaran. Dengan terlaksananya Program Remaja Berwawasan ini, saya percaya banyak pihak telahpun menyedari akan tanggungjawab ini dan bangkit untuk memperkemas dan mengeksploitasi segala sumber dan tenaga yang ada bagi mencapai matlamat menghasilkan modal insan yang berakhlak dan berwawasan.Untuk mencapai matlamat tersebut, kokurikulum merupakan satu wadah yang dilihat sebagai satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu aktiviti-aktiviti pasukan badan beruniform dapat menyediakan peluang kepada murid untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di bilik darjah.Tuan-tuan, puan-puan serta murid-murid yang dikasihi sekalian,Mesyuarat Jemaah Menteri pada 4 Mei 2005 telah memutuskan bahawa syarat merit 10 peratus markah kokurikulum diwajibkan semula dalam pengambilan pelajar ke IPTA mulai sesi 2006/2007. Penilaian kegiatan kokurikulum ini akan menyemarakkan lagi dan akan merangsang murid-murid untuk bergiat dengan lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum. Semua murid mempunyai peluang yang sama untuk memperolehi markah kerana penilaian yang dibuat adalah setara. Bagi murid yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi, penglibatan yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum boleh dijadikan sandaran untuk mencapai cita-cita mereka. Penilaian aktiviti kokurikulum seseorang murid dalam setiap jenis aktiviti yang disertai adalah berdasarkan kepada 4 aspek yang berikut:-AKehadiran

50%BPenglibatan

20%CPencapaian

20%DJawatan disandang

10%Oleh yang demikan, kami memohon kepada pihak pengelola Program Remaja Berwawasan ini, agar dapat memberi ruang dan peluang kepada para peserta untuk meraih markah kokurikulum yang lebih tinggi daripada sebelumnya.Akhir kata, sebelum mengundur diri,saya yakin dan percaya bahawa program sebegini akan menjadi dorongan dan perangsang kepada murid-murid untuk terus meningkatkan sahsiah dan keterampilan diri masing-masing. Saya ingin menyeru kepada semua semua murid agar terus mempamerkan kecemerlangan dan potensi yang ada pada diri untuk membina masa depan negara kita yang merdeka.

Sekain,terima kasih.Wabillah hitaufik wal hidayahWassalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh