1. pengenalan-peralatan

4
PERALATAN Ada beberapa peralatan yang diperlukan dalam sukan bola jaring ini. Antaranya ialah sebiji bola, gelanggang (tertutup atau terbuka), tiang gol, kasut dan bip. BOLA Sukan bola jaring memerlukan bola khas untuk bola jaring. Rupanya seperti bola keranjang, bola tersebut mempunyai saiz 5, berdiameter 99-102 cm dan beratnya 6.35-7.26g. Bola ini diperbuat daripada getah atau kulit. Bola jaring GELANGGANG Terdapat dua jenis gelanggang untuk permainan bola jaring iaitu gelanggang terbuka dan tertutup. Gelanggang terbuka ialah gelanggang di tempat yang berumput manakala gelanggang tertutup ialah di dalam dewan yang bersimen.

Upload: soh-yi-han

Post on 23-Dec-2015

230 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

PENGENALAN-peralatan

TRANSCRIPT

Page 1: 1. PENGENALAN-peralatan

PERALATAN

Ada beberapa peralatan yang diperlukan dalam sukan bola jaring ini.

Antaranya ialah sebiji bola, gelanggang (tertutup atau terbuka), tiang gol, kasut dan

bip.

BOLA  

Sukan bola jaring memerlukan bola khas untuk bola jaring. Rupanya seperti

bola keranjang, bola tersebut mempunyai saiz 5, berdiameter 99-102 cm dan

beratnya 6.35-7.26g. Bola ini diperbuat daripada getah atau kulit.

Bola jaring

GELANGGANG  

Terdapat dua jenis gelanggang untuk permainan bola jaring iaitu gelanggang

terbuka dan tertutup. Gelanggang terbuka ialah gelanggang di tempat yang

berumput manakala gelanggang tertutup ialah di dalam dewan yang bersimen.

Page 2: 1. PENGENALAN-peralatan

Gelanggang terbuka Gelanggang tertutup

TIANG GOL

Tiang gol terletak di tengah bulatan gol berukuran 3.05 m dam mempunyai 10

kaki tinggi. Bulatan tiang gol mempunyai diameter 380 mm atau 15 inci. Manakala

panjang net jaring secara horizontal dari tiang gol mempunyai ukuran 150mm atau 6

inci panjang.

Tiang gol

Page 3: 1. PENGENALAN-peralatan

BIP

Semua pasukan mesti memakai jersi yang seragam yang mempunyai corak,

bentuk, dan warna yang sama. Pakaian seragam yang sama hendaklah dipakai

sepanjang kejohanan. Setiap pasukan dikehendaki membawa dua set bip yang

berlainan warna dan ketinggian hurufnya adalah 4-6 inci. Sekiranya berlaku

persamaan warna bip, pasukan yang namanya dicatatkan terlebih dahulu dalam

jadual pertandingan dikehendaki menukar bip yang berlainan warna.

Bip

KASUT

Pemakaian kasut diwajibkan dari awal hingga akhir permainan.

Kasut