1. pengenalan 1.1 jabatan kehakiman syariah negeri pulau...

29
i-DONE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 1 1. PENGENALAN 1.1 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) yang mengurus dan mengendalikan Mahkamah Syariah di Pulau Pinang ditubuhkan di bawah peruntukan Seksyen 42 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993 (pindaan terkini pada 2004) dikenali sebagai Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang). Penubuhannya mula berkuatkuasa pada 1 Jun 1994 mengikut Warta Kerajaan Negeri Pulau Pinang Jld. 40 Nombor 8 yang bertarikh 11 April 1996. Sejak ditubuhkan hingga 2 Januari 1997, JKSNPP ditadbir bersama dengan Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAIPP). Mulai 1 Januari 1997 JKSNPP telah diasingkan daripada Pengurusan JAIPP dan mempunyai pentadbirannya sendiri dan JKSNPP diketuai oleh Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang. Perjawatan yang telah diluluskan oleh Perbendaharaan Malaysia untuk Jabatan ini pada mulanya ialah sebanyak 54 jawatan mengikut Waran Perjawatan Bilangan 68 Tahun 1996 yang berkuatkuasa mulai 2 Mei 1996. Kemudian ditambah lagi menjadikan jumlah terkini adalah sebanyak 81 jawatan mengikut Waran Perjawatan Bilangan N78 Tahun 2018. JKSNPP bertanggungjawab mengurus, mendengar dan memutus kes-kes di semua peringkat Mahkamah Rendah, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, di dalam pengurusan Mal, Jenayah dan Faraid. VISI Menjadi Institusi Kehakiman Syariah yang berwibawa. MISI Melaksanakan perbicaraan, pengurusan mahkamah dan perkhidmatan sokongan secara profesional, berkesan dan sistematik berasaskan undang-undang dan Hukum Syarak. MOTTO “Syariah Asas Keadilan”

Upload: others

Post on 24-Aug-2020

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1. PENGENALAN 1.1 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2553-mempercepat... · 2019. 11. 14. · pendaftaran kes. ii) Menyebut/membicarakan

i-DONE

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 1

1. PENGENALAN

1.1 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) yang mengurus

dan mengendalikan Mahkamah Syariah di Pulau Pinang ditubuhkan di bawah

peruntukan Seksyen 42 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri

Pulau Pinang 1993 (pindaan terkini pada 2004) dikenali sebagai Enakmen

Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang). Penubuhannya mula

berkuatkuasa pada 1 Jun 1994 mengikut Warta Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Jld. 40 Nombor 8 yang bertarikh 11 April 1996. Sejak ditubuhkan hingga 2

Januari 1997, JKSNPP ditadbir bersama dengan Jabatan Agama Islam Negeri

Pulau Pinang (JAIPP).

Mulai 1 Januari 1997 JKSNPP telah diasingkan daripada Pengurusan JAIPP

dan mempunyai pentadbirannya sendiri dan JKSNPP diketuai oleh Ketua

Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang. Perjawatan yang telah diluluskan oleh

Perbendaharaan Malaysia untuk Jabatan ini pada mulanya ialah sebanyak 54

jawatan mengikut Waran Perjawatan Bilangan 68 Tahun 1996 yang

berkuatkuasa mulai 2 Mei 1996. Kemudian ditambah lagi menjadikan jumlah

terkini adalah sebanyak 81 jawatan mengikut Waran Perjawatan Bilangan N78

Tahun 2018.

JKSNPP bertanggungjawab mengurus, mendengar dan memutus kes-kes di

semua peringkat Mahkamah Rendah, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah

Rayuan, di dalam pengurusan Mal, Jenayah dan Faraid.

VISI

Menjadi Institusi Kehakiman Syariah yang berwibawa.

MISI

Melaksanakan perbicaraan, pengurusan mahkamah dan perkhidmatan

sokongan secara profesional, berkesan dan sistematik berasaskan

undang-undang dan Hukum Syarak.

MOTTO

“Syariah Asas Keadilan”

Page 2: 1. PENGENALAN 1.1 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2553-mempercepat... · 2019. 11. 14. · pendaftaran kes. ii) Menyebut/membicarakan

i-DONE

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 2

1.2 Objektif Jabatan

i) Menyedia dan melaksanakan pengurusan dan pengadilan kes-kes

syariah berdasarkan hukum syarak dan undang-undang secara adil,

cekap dan berkesan.

ii) Menyediakan pengurusan pentadbiran yang cekap dan berkualiti bagi

memuaskan hati pelanggan.

iii) Menyediakan latihan untuk mempertingkatkan kemahiran pegawai dan

kakitangan.

iv) Menyediakan kemudahan penggunaan Teknologi Komunikasi &

Maklumat (ICT) dalam pentadbiran.

v) Menyediakan kemudahan dan infrastruktur yang terbaik dan

mencukupi.

1.3 Piagam Pelanggan

i) Menetapkan tarikh sebutan/bicara kepada pelanggan pada hari

pendaftaran kes.

ii) Menyebut/membicarakan sesuatu kes Mal, Jenayah dan Faraid dalam

masa 21 hari selepas didaftarkan.

iii) Mengeluarkan Sijil Faraid dalam masa 5 hari selepas dibuat

pembahagian hak waris.

iv) Menyebut/membicarakan dalam setahun sekurang-kurangnya 90%

daripada kes Mal, Jenayah dan Faraid yang telah didaftarkan.

v) Menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas setiap

aduan pelanggan yang diterima dalam tempoh 14 hari dari tarikh aduan

itu diterima.

vi) Mendengar rayuan kali pertama dalam masa 30 hari selepas rekod

rayuan diterima daripada mahkamah yang keputusannya dirayu.

vii) Maklumbalas Aduan Dikemukakan Dalam Tempoh Lima Belas (15)

Hari Dari Tarikh Aduan Diterima.

Page 3: 1. PENGENALAN 1.1 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2553-mempercepat... · 2019. 11. 14. · pendaftaran kes. ii) Menyebut/membicarakan

i-DONE

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 3

1.4 Pencapaian Inovasi Jabatan

1. Semi Finalist, CAPAM 2016 International Innovation Award (Commonwealth

Association of Public Administration and Management) di PICC, Putrajaya,

Kuala Lumpur pada Ogos 2016.

2. Naib Johan, Anugerah Inovasi Islam 2016, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

(JAKIM) di Auditorium Masjid Putra,Putrajaya pada 25 Ogos 2016.

3. Anugerah Ketua Pengarah MAMPU, Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan

Awam Peringkat Kebangsaan 2015.

4. Anugerah Inovasi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Y.B Mejar Jeneral (B)

Dato' Seri Jamil Khir Baharom 2016.

5. Johan Konvensyen Kumpulan Kreatif dan Inovatif Peringkat Negeri Pulau

Pinang 2015.

6. Anugerah Emas dalam Pertandingan Konvensyen Team Excellence Wilayah

Sabah & Sarawak 2015.

7. Anugerah 3 bintang (Emas) Annual Productivity & Innovation Conference

(APIC) 2015, Malaysia Productivity Corporation (MPC).

8. Penerimaan hadiah khas oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, wang tunai

berjumlah RM 15,000.00 di atas kejayaan projek KIK 2016.

9. Anugerah 3 bintang (Emas) Annual Productivity & Innovation Conference

(APIC) 2017, Malaysia Productivity Corporation (MPC).

Sijil Penghargaan & Gambar Kejayaan Kumpulan Adamantium [LAMPIRAN 1].

1.5 Pengenalan Inovasi

Projek Inovasi Pengeluaran perintah bertulis bagi kes penguatkuasaan

dan pelaksanaan perintah nafkah dalam tempoh satu

(1) jam.

Kategori Projek Penyampaian perkhidmatan dalam kategori

penambahbaikan

Projek Mempercepatkan pengeluaran perintah bertulis dan

menyegerakan penyerahan perintah kepada pelanggan

yang telah selesai kes bagi kes-kes penguatkuasaan

dan pelaksanaan perintah nafkah.

Nama Projek Instant- Delivery Orders and Enforcement atau dengan

Page 4: 1. PENGENALAN 1.1 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2553-mempercepat... · 2019. 11. 14. · pendaftaran kes. ii) Menyebut/membicarakan

i-DONE

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 4

singkatan i-DONE

Logo

1.6 Tujuan Projek

Pemilihan projek ini menggunakan beberapa kaedah iaitu bermula dari

masalah yang dikenalpasti hasil daripada brainstorming dan pelbagai kaedah

penilaian lain seperti kaedah gambarajah affiniti, kaedah matrik pemilihan

tema, kaedah analisa data matrik dan sebagainya. [LAMPIRAN 2]

Signifikan bagi pemilihan projek ini berkaitan dengan masalah yang berlaku

semasa pengeluaran perintah bertulis dan kelewatan penyerahan perintah

bertulis kepada pelanggan bagi kes penguatkuasaan dan pelaksanaan

perintah nafkah. Pelanggan terpaksa menunggu masa yang lama sehingga 14

hari untuk mendapatkan perintah bertulis yang telah dikeluarkan dan juga

pelanggan terpaksa hadir ke mahkamah kali yang kedua untuk mengambil

perintah bertulis. Penjelasan proses kerja adalah seperti yang berikut :

BIL

PROSES

KEHADIRAN

TEMPOH MASA

1.

Pelanggan mendengar keputusan perintah (lisan) daripada mahkamah.

1 kali kehadiran

14 hari

2.

Pelanggan hadir ke mahkamah untuk mengambil perintah bertulis.

1 kali kehadiran

Masalah yang berlaku semasa pengeluaran perintah bertulis dan kelewatan

penyampaian perintah bertulis kepada pelanggan di jelaskan dengan

menggunakan kaedah 5W 1H adalah seperti yang berikut ;

Page 5: 1. PENGENALAN 1.1 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2553-mempercepat... · 2019. 11. 14. · pendaftaran kes. ii) Menyebut/membicarakan

i-DONE

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 5

KAEDAH 5W 1H

WHAT

Masalah kelewatan pengeluaran perintah bertulis bagi kes

penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah

mengambil tempoh masa yang agak lama untuk diserahkan

kepada pelanggan.

Kelewatan tersebut menyebabkan pelanggan terpaksa

menunggu tempoh masa lebih kurang 14 hari untuk

menerima perintah bertulis yang telah dikeluarkan.

Pelanggan terpaksa hadir beberapa kali ke mahkamah

untuk dapatkan perintah bertulis yang telah dikeluarkan.

WHERE

Masalah ini berlaku pada setiap kes-kes pelaksanaan dan

penguatkuasaan perintah nafkah di Mahkamah Tinggi

Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah seluruh negeri

Pulau Pinang

WHEN

Perkara ini berlaku selepas mahkamah bacakan perintah

kes penguatkuasaan dan pelaksanaan nafkah kepada

pelanggan semasa hari keputusan dibacakan.

WHY

Penyediaan draf perintah bertulis mengambil tempoh masa

yang agak lama kerana penyediaan draf perintah tersebut

tidak diseragamkan menyebabkan kesulitan untuk

menyediakannya.

Kerap berlakunya kesalahan dalam penyediaan draf

perintah menyebabkan berlakunya proses pembetulan

terhadap draf perintah dan proses kerja pindaan perintah ini

akan berulang sehingga draf perintah tersebut disemak dan

diluluskan tanpa pindaan.

Page 6: 1. PENGENALAN 1.1 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2553-mempercepat... · 2019. 11. 14. · pendaftaran kes. ii) Menyebut/membicarakan

i-DONE

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 6

WHO

Masalah kelewatan berpunca daripada Pembantu Syariah

yang menyediakan perintah bertulis.

Tanggungjawab dan tugasan untuk menyediakan perintah

bertulis hanya diberikan kepada seorang Pembantu Syariah

sahaja menyebabkan berlakunya bebanan kerja dan

tugasan yang tertangguh.

HOW

Proses kerja yang tidak pernah di ubah dan kerja yang

diamalkan tidak multitasking.

1.7 Objektif Projek

Objektif pelaksanaan inovasi ini adalah seperti yang berikut :

1. Menambahbaik proses kerja sedia ada bagi mewujudkan sistem

perkhidmatan perundangan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik

agar dapat menepati kehendak dan keperluan pelanggan.

2. Melestarikan tugasan dan tanggungjawab semua kakitangan dan pegawai

JKSNPP sebagai multitasking dan multiskilling.

3. Memastikan penyediaan perintah bertulis oleh mahkamah dipermudahkan

dan penyampaian perintah kepada pelanggan dapat disegerakan.

1.8 Proses Pelaksanaan Inovasi

Projek ini dilaksanakan secara dalaman tanpa melibatkan pihak luar dan tidak

melibatkan kos yang tinggi. Segala perancangan projek ini telah

menggunakan dua kaedah iaitu kaedah PDCA dan carta perbatuan bagi

memastikan kelancaran perancangan projek ini berlangsung. [LAMPIRAN 3]

1.9 Tempoh Pelaksanaan

Tempoh perancangan projek ini bermula Oktober 2018 dan mula dilaksanakan

pada Januari 2019.

Page 7: 1. PENGENALAN 1.1 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2553-mempercepat... · 2019. 11. 14. · pendaftaran kes. ii) Menyebut/membicarakan

i-DONE

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 7

1.10 Peringkat Pelaksanaan

Pemilihan cadangan penyelesaian adalah menggunakan Kaedah Analisa Pro

dan Kontra dalam memilih cadangan penyelesaian yang paling munasabah

dan terbaik. Projek ini telah menetapkan asas pemilihan berdasarkan tiga

perkara iaitu kesukaran pelaksanaan, keberkesanan dan kos. Melalui kaedah

ini kumpulan telah memilih cadangan-cadangan yang praktikal dan berkesan.

Perkara-perkara yang diambil kira oleh kumpulan ialah adalah cadangan

tersebut mudah untuk dilaksanakan, menghasilkan impak yang besar dan

tidak melibatkan kos yang tinggi. [LAMPIRAN 4]

Cadangan pelaksanaan inovasi bagi memudahkan dan menyegerakan

pengeluaran perintah bertulis kepada pelanggan adalah seperti yang berikut :

a. Menyeragamkan perintah bertulis mengikut kategori kes-kes yang

biasanya mahkamah menggunakan perkataan dan ayat yang sama.

b. Menyediakan format atau template yang telah diseragamkan bagi

memudahkan penyediaan perintah dengan mudah dan cepat.

c. Mewujudkan konsep bekerja multitasking dan multiskilling selaras

dengan perkhidmatan awam kejap. Kakitangan yang bukan daripada

Skim Perundangan Syariah (LS) boleh melaksanakan tugas-tugas lain

sepertimana tugasan dan tanggungjawab seorang Pembantu Syariah.

1.11 Sasaran Outcome Dan Impak

Projek ini telah menetapkan sasaran bagi menyelesaikan masalah kelewatan

pengeluaran perintah bertulis bagi kes penguatkuasaan dan pelaksanaan

perintah nafkah daripada tempoh masa 14 hari kepada 1 hari. Peratus

sasaran mempercepatkan tempoh masa adalah sebanyak 93 peratus yang

perlu dicapai. Perincian sasaran projek adalah seperti yang berikut ;

Page 8: 1. PENGENALAN 1.1 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2553-mempercepat... · 2019. 11. 14. · pendaftaran kes. ii) Menyebut/membicarakan

i-DONE

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 8

Projek inovasi ini telah melalui beberapa peringkat pelaksanaan iaitu melalui

proses uji cuba. [LAMPIRAN 5] Hasil uji cuba pertama gagal, kerana

kumpulan mendapati pengeluaran perintah tidak dapat dikeluarkan dalam

tempoh yang dirancang. Masalah ini berlaku semasa penyediaan oleh

Pembantu Syariah. Pembantu Syariah yang menyediakan perintah tidak dapat

menyediakan perintah bertulis mengikut tempoh kerana dengan bebanan

tugasan yang lain.

Oleh itu kumpulan telah mengadakan brainstorming bagi mendapatkan

cadangan penyelesaian tersebut. Hasil dari keputusan mesyuarat, kumpulan

telah mencadangkan supaya penyediaan draf perintah perlu disediakan oleh

Bailif BSK untuk memudahkan dan mempercepatkan pengeluaran perintah

bertulis.

Uji cuba telah dijalankan pada bulan Disember 2018 dan Januari 2019 di

mana 10 sampel kes telah diuji cuba. Pada bulan Disember, data

menunjukkan bahawa uji cuba pertama sebanyak 2 kes berjaya manakala 8

kes gagal. Manakala uji cuba kedua pada bulan Januari telah berjaya

menunjukkan 9 kes berjaya manakala 1 kes gagal.

PROSES KERJA

TANGGUNGJAWA

B

TEMPOH

SASARAN

Keputusan Mahkamah

Hakim 1 hari

1 HARI

Draf Perintah Pembantu 4 hari

Semak Draf Perintah Hakim / Pendaftar 4 hari

Perintah Bersih Pembantu 3 hari

Meterai Perintah Hakim / Pendaftar 1 hari

Pelanggan terima perintah

Pelanggan 1 hari

JUMLAH TEMPOH MASA 14 HARI

BULAN

KEPUTUSAN UJI CUBA

JUMLAH

SAMPEL

KES BERJAYA GAGAL

Uji Cuba

Pertama

Disember 2018

2 20% 8 80% 10

Uji cuba Kedua

Januari 2019

9 90% 1 10% 10

Page 9: 1. PENGENALAN 1.1 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2553-mempercepat... · 2019. 11. 14. · pendaftaran kes. ii) Menyebut/membicarakan

i-DONE

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 9

Graf : Uji cuba projek

Hasil dapatan daripada uji cuba yang telah berjaya dilaksanakan, kumpulan

telah menggariskan pelaksanaan inovasi untuk dilaksanakan seperti yang

berikut ;

a. Mengeluarkan tindakan pematuhan dan penyeragaman melalui arahan

pentadbiran JKSN Pulau Pinang bagi mematuhi pemakaian perintah

bertulis yang telah diseragamkan. [LAMPIRAN 6]

b. Mewujudkan format atau template yang telah diseragamkan untuk

kemudahan Pembantu Syariah dalam menyediakan perintah bertulis.

c. Menyusun semula prosedur dan proses pembahagian kerja kepada

semua kakitangan dan pegawai supaya dapat menjimatkan masa dan

mesra pelanggan tanpa melanggar tatacara pengurusan kes di

Mahkamah. [LAMPIRAN 7]

Projek ini telah menetapkan syarat pengeluaran perintah bertulis bagi kes

penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah dalam tempoh satu (1) jam adalah

seperti yang berikut ;

a. Tempoh satu jam di ambil kira selepas mahkamah bacakan keputusan ;

b. Jenis/ kod yang melibatkan kes penguatkuasaan dan pelaksanaan

perintah nafkah ;

c. Kes yang tidak diwakili peguam ;

d. Kes selesai pada atau sebelum jam 3.00 petang ; dan

e. Pelanggan perlu bawa dokumen asal dan salinan yang berkaitan

sepertimana terdapat di dalam borang senarai semak dokumen.

Page 10: 1. PENGENALAN 1.1 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2553-mempercepat... · 2019. 11. 14. · pendaftaran kes. ii) Menyebut/membicarakan

i-DONE

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 10

Proses Kerja Pengeluaran Perintah Bertulis Dalam Tempoh Satu (1) Jam ;

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

MASA

Hakim Baca keputusan 5 minit

Hakim Serah fail kepada Pembantu Syariah

(Dewan) untuk arahan penyediaan

perintah bertulis

2 minit

Pembantu Syariah

(Dewan)

Maklum kepada Pembantu Syariah

(Pejabat) untuk ambil fail dalam dewan

2 minit

Pembantu Syariah

(Pejabat)

Ambil fail dan maklum kepada Bailif BSK

untuk sediakan Draf Perintah

5 minit

Bailif BSK Sediakan draf perintah 10 minit

Bailif BSK Serah draf perintah kepada Penolong

Pendaftar untuk semakan

1 minit

Penolong Pendaftar Semak draf perintah, jika ada kesilapan

serahkan semula kepada Bailif BSK

10 minit

Pembantu Syariah

(Pejabat)

Serah perintah bersih kepada Penolong

Pendaftar

2 minit

Penolong Pendaftar Tandatangan dan meterai perintah 3 minit

Penolong Pendaftar

Serah perintah bertulis yang telah

ditandatangan dan telah di meterai

kepada Pembantu Syariah (Pejabat)

2 minit

Pembantu Syariah

(Pejabat)

Terima bayaran dari pelanggan 1 minit

PT (KEW)

Serah resit bayaran kepada PT (KEW)

Kewangan

1 minit

Pelanggan Terima resit bayaran dan simpan wang 1 minit

Petugas Kaunter

Serah perintah bertulis dan resit bayaran

asal kepada pelanggan

1 minit

Pembantu Syariah

(Pejabat)

Imbas Perintah dan masukkan dalam

sistem e-syariah

5 minit

Pembantu Syariah

(Pejabat)

Failkan 1 salinan perintah bertulis dalam

fail kes

1 minit

Pembantu Syariah

(Pejabat)

Simpan fail 1 minit

JUMLAH MASA 53 minit

Page 11: 1. PENGENALAN 1.1 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2553-mempercepat... · 2019. 11. 14. · pendaftaran kes. ii) Menyebut/membicarakan

i-DONE

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 11

1.12 Pembuktian Pelaksanaan Inovasi Dalam Tempoh Satu (1) Jam

No.Kes

Tarikh / Masa

Keputusan Mahkamah

Tarikh / Masa

Perintah di keluarkan

Masa

07003-037-0372-

2019

17.06.2019 - jam 02.15

pm

17.06.2019 - jam 03.00

pm

45 minit

07002-037-0504-

2018

18.06.2019 - jam 11.30

am

18.06.2019 - jam 12.20

pm

50 minit

07002-037-0593-

2018

21.05.2019 - jam 10.50

am

21.05.2019 - jam 11.30

am

40 minit

Perintah bertulis dan resit bayaran [LAMPIRAN 8]

2. RELEVAN PROJEK

2.1 Kaitan Dengan Fungsi Jabatan Dan Piagam Pelanggan

Projek ini berkait dengan misi jabatan iaitu melaksanakan perbicaraan,

pengurusan mahkamah dan perkhidmatan sokongan secara profesional,

berkesan dan sistematik berasaskan undang-undang dan hukum Syarak.

Projek inovasi ini juga selaras dengan keperluan Manual Kualiti ISO 9001-

2015 JKSNPP bagi meningkatkan lagi kepuasaan hati pelanggan yang hadir

ke mahkamah. [LAMPIRAN 9]

Kes penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah merupakan salah satu

bidangkuasa Mahkamah Syariah Negeri Pulau Pinang. Mahkamah

mempunyai bidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan keputusan bagi

kes yang melibatkan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah.

Pengendalian kes ini secara khususnya dikendalikan oleh Bahagian

Sokongan Keluarga (BSK) untuk melaksanakannya. Data pendaftaran

pengendalian kes yang melibatkan pelaksanaan dan penguatkuasaan

perintah di negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut

TAHUN DAFTAR SELESAI

2016 90 90

2017 125 125

2018 216 168

2019 140 52

*Data statistik ini melibatkan kes yang didaftarkan di Unit Khidmat Nasihat dan Perundangan (UKNP) dan Unit Penguatkuasaan dan Pelaksanaan Perintah (UPPP) BSK JKSNPP

Page 12: 1. PENGENALAN 1.1 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2553-mempercepat... · 2019. 11. 14. · pendaftaran kes. ii) Menyebut/membicarakan

i-DONE

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 12

2.2 Kaitan Dengan Agenda Nasional

Projek inovasi ini mempunyai kaitan dengan agenda nasional. Kumpulan telah

menggunakan konsep strategi lautan biru untuk menjelaskan lagi pelaksanaan

inovasi ini adalah seperti yang berikut ;

KONSEP

PENERANGAN

SEBELUM

SELEPAS

ELIMINATE (SINGKIR)

Menghilangkan tekanan pelanggan mahkamah syariah yang terpaksa menunggu dalam tempoh yang lama untuk mendapatkan perintah bertulis bagi kes penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah.

Tempoh masa menunggu untuk dapatkan perintah bertulis tersebut sebelum ini mengambil masa selama 14 hari.

Masa menunggu untuk mendapatkan perintah bertulis dalam tempoh satu (1) jam sahaja selepas mahkamah bacakan perintah.

REDUCE

(KURANG)

Mengurangkan kekerapan pelanggan ke mahkamah untuk mendapatkan perintah bertulis.

Setiap pelanggan perlu hadir semula ke mahkamah untuk mendapatkan perintah bertulis yang telah dikeluarkan oleh mahkamah.

Penyerahan perintah bertulis kepada pelanggan pada hari yang sama selepas mahkamah bacakan keputusan.

RAISE

(TINGKAT)

Meningkatkan imej jabatan serta mutu penyampaian perkhidmatan perundangan Islam.

Persepsi negatif dikalangan segelintir masyarakat yang menyatakan mahkamah syariah banyak karenah birokrasi

Imej jabatan dapat ditingkatkan dengan penyampaian perkhidmatan yang cepat dan berkesan.

Page 13: 1. PENGENALAN 1.1 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2553-mempercepat... · 2019. 11. 14. · pendaftaran kes. ii) Menyebut/membicarakan

i-DONE

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 13

dan lambat untuk menyelesaikan kes.

CREATE (CIPTA)

Proses kerja penambahbaikan yang kreatif dan inovatif yang belum pernah dilaksanakan.

Proses kerja penyediaan perintah bertulis mengambil tempoh masa 14 hari.

Proses kerja penyediaan perintah bertulis hanya mengambil tempoh masa satu (1) jam

2.3 Kaitan Dengan Keadaan Semasa Kehendak Pelanggan

Isu masalah berkaitan kes penguatkuasaan dan pelaksaaan perintah nafkah

sering disebut samada diperingkat negeri mahupun di peringkat persekutuan.

Permasalahan keculasan pembayaran nafkah anak ini perlu diselesaikan

dengan segera bagi memastikan pembayaran nafkah dapat disempurnakan

dengan baik. Isu permasalahan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah

nafkah ini juga sering di laporkan di media massa. [LAMPIRAN 10]

3. PELAN PENYERAGAMAN DAN PENGAWASAN

Kumpulan telah mengambil tindakan penyeragaman dalam perlaksanaan

projek ini di antaranya ialah mengeluarkan arahan pentadbiran supaya Bailif

Bahagian Sokongan Keluarga menyediakan perintah bertulis bagi kes

penguatkuasaan dan pelaksanaan nafkah dalam tempoh satu (1) jam.

Penyeragaman ini melibatkan kesemua mahkamah syariah di seluruh daerah

negeri Pulau Pinang.

Page 14: 1. PENGENALAN 1.1 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2553-mempercepat... · 2019. 11. 14. · pendaftaran kes. ii) Menyebut/membicarakan

i-DONE

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 14

Gambar : Kedudukan daerah Mahkamah Syariah di Negeri Pulau Pinang

Projek inovasi ini juga akan dicadangkan untuk dipinda dan di susun semula

dalam proses kerja MS ISO 9001-2015 jabatan yang telah sedia ada.

Maklumat berkaitan keberkesanan dan kepuasaan pelanggan akan diperolehi

melalui Borang Soal Selidik yang diedarkan kepada pelanggan untuk

mendapatkan maklum balas dan sebarang penambahbaikan projek ini.

[LAMPIRAN 11]

4. IMPAK INOVASI

Pencapaian sasaran projek ini telah tercapai dan menepati tempoh masa yang

telah ditetapkan dan melebihi 93 peratus. Projek inovasi ini juga tidak

menjejaskan kos perbelanjaan kewangan jabatan kerana perancangan dan

perlaksanaan inovasi yang dicadangkan ini dilaksanakan oleh pegawai dan

kakitangan jabatan sendiri dan menggunakan aplikasi yang sedia ada.

4.1 Impak Tempoh Masa

Projek inovasi ini memberi impak yang tinggi dan meningkatkan lagi kadar

penjimatan dari segi kekerapan kehadiran, tempoh masa dan kos kehadiran

pelanggan yang datang ke mahkamah. Sebelum ini penyediaan perintah

bertulis mengambil masa lebih kurang 14 hari dan selepas pelaksanaan

inovasi ini dapat menjimatkan masa hanya satu (1) jam dengan sekali

kehadiran sahaja.

Penjimatan tempoh masa dan kehadiran pelanggan adalah seperti berikut :

Page 15: 1. PENGENALAN 1.1 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2553-mempercepat... · 2019. 11. 14. · pendaftaran kes. ii) Menyebut/membicarakan

i-DONE

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 15

Bil

Proses Kerja

Sebelum Projek

(kehadiran

pelanggan)

Selepas Projek

(kehadiran

pelanggan)

1. Mahkamah bacakan

keputusan kepada

pelanggan.

1 kali kehadiran

1 jam sahaja

( 1 kali kehadiran )

2. Perintah bertulis

diserahkan kepada

pelanggan.

1 kali kehadiran

JUMLAH KEHADIRAN

2 kali kehadiran

( 14 hari)

4.2 Impak Penjimatan Kos Kehadiran Pelanggan

Projek inovasi ini dapat menjimatkan kos pelanggan yang hadir ke mahkamah.

Bagi pelanggan yang berada di dalam Negeri Pulau Pinang, penjimatan

perbelanjaan bagi kos kehadiran adalah sebanyak RM62.00 daripada

RM124.00 manakala pelanggan yang berada di luar Negeri Pulau Pinang

penjimatan kos kehadiran adalah sebanyak RM230.00 daripada RM460.00.

I

Page 16: 1. PENGENALAN 1.1 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2553-mempercepat... · 2019. 11. 14. · pendaftaran kes. ii) Menyebut/membicarakan

i-DONE

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 16

4.3 Impak Sosial

Projek ini secara amnya telah memberikan impak sosial kepada masyarakat

yang besar ke arah merealisasikan hasrat jabatan untuk meningkatkan tahap

kepuasan hati pelanggan terhadap perkhidmatan jabatan, di antaranya ialah ;

1. Menghentikan pertelingkahan di antara bekas pasangan dengan

segera.

2. Menghentikan tekanan mental dan emosi ke atas pasangan yang

bertelingkah dengan segera tanpa perlu menunggu masa yang

panjang.

3. Menghentikan tekanan emosi dan mental anak-anak yang terlibat

dalam pengabaian nafkah oleh bapa/suami.

4. Memulihkan dengan segera keadaan pihak-pihak dan mereka boleh

meneruskan kehidupan masing-masing tanpa gangguan.

4.4 Kesan Jangka Panjang Kepada Jabatan dan Negara

Pelaksanaan projek inovasi yang telah dibangunkan ini akan memberi kesan

yang positif kepada pelanggan dan dapat mengurangkan kritikan atau court

bashing kepada Mahkamah Syariah di Malaysia. Selain itu juga dapat

meningkatkan imej jabatan serta mutu penyampaian perkhidmatan

perundangan syariah bagi mengelakkan persepsi negatif dikalangan segelintir

masyarakat yang menyatakan mahkamah syariah terlalu banyak karenah

birokrasi dan lambat untuk menyelesaikan kes.

5. PENGIKTIRAFAN CADANGAN IDEA

Pemilihan cadangan idea inovasi ini adalah sangat relevan dan praktikal untuk

dilaksanakan kerana cadangan idea inovasi bagi mempercepatkan tempoh

pengeluaran perintah bertulis dalam tempoh satu (1) jam telah mendapat

penghargaan dan pengiktirafan. Cadangan idea inovasi ini telah di

Page 17: 1. PENGENALAN 1.1 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2553-mempercepat... · 2019. 11. 14. · pendaftaran kes. ii) Menyebut/membicarakan

i-DONE

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 17

anugerahkan sebagai Johan Keseluruhan semasa Pertandingan Innovation

Blast Negeri Pulau Pinang tahun 2018. [LAMPIRAN 12]

6. PENUTUP

Cadangan inovasi ini boleh menjadi benchmark atau penanda aras dan boleh

menarik minat Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Mahkamah

Syariah Negeri-negeri untuk diaplikasikan di seluruh mahkamah syariah di

Malaysia.

Projek inovasi ini boleh juga dicadangkan untuk dijadikan sebagai salah satu

modul yang boleh dibangunkan dalam sistem E-Syariah yang sedia ada bagi

mewujudkan satu sistem yang lebih komprehensif daripada proses kerja yang

telah dilaksanakan di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang.

Projek inovasi yang dilaksanakan ini juga boleh memberikan impak yang amat

positif kepada perkhidmatan perundangan syariah dan akan dapat

meningkatkan lagi keyakinan masyarakat kepada institusi keadilan Islam.

Selain itu, pelanggan mahkamah akan memperoleh impak yang sangat besar

dari segi penjimatan dan mengurangkan tempoh masa menunggu untuk

mendapatkan perintah bertulis yang dikeluarkan. Projek inovasi ini juga

berpotensi untuk diperluaskan lagi untuk dipraktikkan di mahkamah-

mahkamah syariah seluruh negara.

Page 18: 1. PENGENALAN 1.1 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2553-mempercepat... · 2019. 11. 14. · pendaftaran kes. ii) Menyebut/membicarakan

i-DONE

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 18

LAMPIRAN 1

Page 19: 1. PENGENALAN 1.1 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2553-mempercepat... · 2019. 11. 14. · pendaftaran kes. ii) Menyebut/membicarakan

i-DONE

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 19

LAMPIRAN 2

Page 20: 1. PENGENALAN 1.1 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2553-mempercepat... · 2019. 11. 14. · pendaftaran kes. ii) Menyebut/membicarakan

i-DONE

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 20

LAMPIRAN 3

Page 21: 1. PENGENALAN 1.1 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2553-mempercepat... · 2019. 11. 14. · pendaftaran kes. ii) Menyebut/membicarakan

i-DONE

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 21

LAMPIRAN 4

Page 22: 1. PENGENALAN 1.1 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2553-mempercepat... · 2019. 11. 14. · pendaftaran kes. ii) Menyebut/membicarakan

i-DONE

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 22

LAMPIRAN 5

Page 23: 1. PENGENALAN 1.1 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2553-mempercepat... · 2019. 11. 14. · pendaftaran kes. ii) Menyebut/membicarakan

i-DONE

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 23

LAMPIRAN 6

Page 24: 1. PENGENALAN 1.1 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2553-mempercepat... · 2019. 11. 14. · pendaftaran kes. ii) Menyebut/membicarakan

i-DONE

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 24

LAMPIRAN 7

Page 25: 1. PENGENALAN 1.1 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2553-mempercepat... · 2019. 11. 14. · pendaftaran kes. ii) Menyebut/membicarakan

i-DONE

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 25

LAMPIRAN 8

Page 26: 1. PENGENALAN 1.1 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2553-mempercepat... · 2019. 11. 14. · pendaftaran kes. ii) Menyebut/membicarakan

i-DONE

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 26

LAMPIRAN 9

Page 27: 1. PENGENALAN 1.1 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2553-mempercepat... · 2019. 11. 14. · pendaftaran kes. ii) Menyebut/membicarakan

i-DONE

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 27

LAMPIRAN 10

Page 28: 1. PENGENALAN 1.1 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2553-mempercepat... · 2019. 11. 14. · pendaftaran kes. ii) Menyebut/membicarakan

i-DONE

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 28

LAMPIRAN 11

Page 29: 1. PENGENALAN 1.1 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2553-mempercepat... · 2019. 11. 14. · pendaftaran kes. ii) Menyebut/membicarakan

i-DONE

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 29

LAMPIRAN 12