1 jelajah pembelajaran.docx

12
JELAJAH PEMBELAJARAN (LEARNING WALKS) PENGENALAN Konsep Jelajah Pembelajaran (Learning Walks) diadaptasi daripada amalan pengurusan eksekutif Hewlett-Packard. Tujuannya adalah memastikan mereka tahu perkara yang berlaku dalam syarikat dengan mengamalkan konsep Pengurusan Secara Berjalan (Management by Walking Around). Kerangka amalan pengurusan ini kemudiannya digunakan secara berfokus dalam bidang pendidikan untuk memenuhi keperluan peningkatan profesionalisme keguruan dan kepentingan sekolah. Jelajah Pembelajaran bermaksud berjalan di sekeliling sekolah sambil memerhatikan pengajaran guru lain serta aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah dengan menggunakan protokol dan fokus yang spesifik (Walking through the school observing other teachers and classrooms in action with a specific focus and a protocol). Melalui amalan Jelajah Pembelajaran ini, bukti pembelajaran murid dan pengajaran guru di dalam bilik darjah dapat dikumpul dan dikongsi bersama-sama oleh para pendidik.

Upload: martin-ramos

Post on 14-Dec-2015

483 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1 JELAJAH PEMBELAJARAN.docx

JELAJAH PEMBELAJARAN

(LEARNING WALKS)

PENGENALAN

Konsep Jelajah Pembelajaran (Learning Walks) diadaptasi daripada amalan

pengurusan eksekutif Hewlett-Packard. Tujuannya adalah memastikan mereka tahu

perkara yang berlaku dalam syarikat dengan mengamalkan konsep Pengurusan

Secara Berjalan (Management by Walking Around). Kerangka amalan pengurusan

ini kemudiannya digunakan secara berfokus dalam bidang pendidikan untuk

memenuhi keperluan peningkatan profesionalisme keguruan dan kepentingan

sekolah.

Jelajah Pembelajaran bermaksud berjalan di sekeliling sekolah sambil

memerhatikan pengajaran guru lain serta aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah

dengan menggunakan protokol dan fokus yang spesifik (Walking through the school

observing other teachers and classrooms in action with a specific focus and a

protocol). Melalui amalan Jelajah Pembelajaran ini, bukti pembelajaran murid dan

pengajaran guru di dalam bilik darjah dapat dikumpul dan dikongsi bersama-sama

oleh para pendidik.

Page 2: 1 JELAJAH PEMBELAJARAN.docx

LANGKAH IPENETAPAN FOKUS UNTUK PEMERHATIAN

LANGKAH IIPENGUMPULAN BAHAN BUKTI MELALUI PEMERHATIAN TERHADAP BILIK DARJAH

LANGKAH IIIPERKONGSIAN DAPATAN DENGAN SEMUA GURU DI SEKOLAH

Perkongsian ini boleh dilaksanakan secara formal atau tidak formal merentasi mata

pelajaran lain. Akhirnya amalan ini akan menjurus kepada peningkatan

profesionalisme keguruan di semua sekolah tanpa mengira subjek, lokasi sekolah

dan kategori murid. Menurut Kachur, Stout dan Edwards (2010), guru akan belajar

antara satu sama lain melalui perkembangan profesionalisme yang berterusan –

pemerhatian, perkongsian inkuiri, dialog dan tindakan susulan. Ini dapat memupuk

kejelekitan rakan sejawat dan misi yang sama.

OBJEKTIF JELAJAH PEMBELAJARAN

1. Mengumpulkan bahan bukti aktiviti pembelajaran murid (learning in action)

yang diperhatikan di dalam bilik darjah.

2. Membuat perbincangan dengan ahli kumpulan berdasarkan bahan bukti

pemerhatian.

3. Mempelajari daripada guru yang berkesan dan diamalkan.

PELAKSANAAN JELAJAH PEMBELAJARAN

Jelajah Pembelajaran dilaksanakan berdasarkan beberapa langkah utama seperti

dipaparkan dalam carta alir berikut;

Page 3: 1 JELAJAH PEMBELAJARAN.docx

Pemilihan Fokus Jelajah Pembelajaran

Fokus melibatkan pelbagai perkara yang boleh diperhatikan dan merangkumi aspek-

aspek yang berikut;

1. Teknik penyoalan (questioning techniques)

2. Tempoh masa berfikir (thinking time).

3. Penggunaan BBB atau sumber yang berkesan (teaching resources).

4. Suasana fizikal bilik darjah (classroom physical environment).

5. Amalan penilaian berkesan (effective assessment practices).

6. Penglibatan murid (students involvement).

7. Arahan guru semasa PdP (classroom instructions).

8. Penggunaan TMK dalam PdP (ICT in teaching process).

9. Penggunaan papan hitam/putih (use of whiteboard).

Penetapan fokus Jelajah Pembelajaran dibuat berdasarkan aspek-aspek berikut;

1. Fokus mestilah diperhatikan di dalam bilik darjah (observable focus).

2. Fokus mestilah dinyatakan dengan jelas (clearly articulated).

3. Fokus mestilah berkait rapat dengan pembelajaran profesional (linked to

professional learning).

4. Fokus mestilah mempunyai kepentingan yang berkait rapat dengan

keutamaan sekolah (linked to school priorities).

Nota: Bilik-bilik darjah yang dipilih untuk pemerhatian Jelajah Pembelajaran boleh

melibatkan pelbagai mata pelajaran. Kriteria pemilihan dibuat atas dasar amalan

yang boleh dipelajari atau dicontohi.

Page 4: 1 JELAJAH PEMBELAJARAN.docx

Modus Operandi Jelajah Pembelajaran

Langkah Pertama

1. Bentukkan kumpulan Jelajah Pembelajaran yang terdiri daripada ahli-ahli

panitia.

2. Kumpulan ini perlu diketuai oleh seorang ketua yang dikenali sebagai Lead

Walker.

3. Ahli-ahli akan berkumpul untuk menentukan SATU Fokus yang akan

diperhatikan.

4. Memilih kelas-kelas yang akan dilawati.

5. Menetapkan tarikh dan waktu untuk sesi Jelajah Pembelajaran.

Langkah Kedua

Pelaksanaan sesi Jelajah Pembelajaran mempunyai 3 fasa;

1. Perbincangan Prapenjelajahan (Pre-Walk Discussion)

2. Lawatan Bilik Darjah (Classroom Visit)

3. Perbincangan Pascapenjelajahan (Post-Walk Discussion)

Langkah Ketiga

Dapatan dan rumusan sesi Jelajah Pembelajaran akan dikongsi bersama-sama

dengan semua guru dalam jangka masa seminggu selepas sesi penjelajahan.

Page 5: 1 JELAJAH PEMBELAJARAN.docx

MULAPerbincangan

Prapenjelajahan (15 min)

Bilik Darjah 1 (10 min)

Perbincangan Koridor 1(5 min)

Bilik Darjah 2(10 min)

Perbincangan Koridor 2(5 min)

Bilik Darjah 3(10 min)

Perbincangan Koridor 3(5 min)

AKHIRPerbincangan

Pascapenjelajahan dan Refleksi

(15 min)

Carta alir Pelaksanaan Sesi Jelajah Pembelajaran

Nota: Satu sesi Jelajah Pembelajaran biasanya akan mengambil masa lebih kurang

1 jam 45 minit.

Cadangan pelaksanaan satu sesi Jelajah Pembelajaran seperti berikut;

Perbincangan Prapenjelajahan ( Pre-Walk Discussion )

Perbincangan diadakan untuk memastikan semua ahli Jelajah Pembelajaran memahami:

1. Fokus

2. Protokol

3. Tujuan

4. Kelas

5. Jadual kelas serta guru-guru yang akan dilawati

6. Bukti atau hasil yang dijangka akan diperoleh

Page 6: 1 JELAJAH PEMBELAJARAN.docx

Bilik Darjah 1

1. Lawatan dan pemerhatian dijalankan bagi Bilik Darjah 1 selama 10 minit

berdasarkan fokus yang telah dipersetujui bersama-sama.

2. Ahli-ahli sesi Jelajah Pembelajaran tidak digalakkan berbincang semasa di

dalam bilik darjah.

3. Ahli-ahli mencatat pemerhatian dalam SARANA LW01.

Perbincangan Koridor 1

1. Semua ahli sesi Jelajah Pembelajaran berkumpul di luar bilik darjah (koridor)

selepas pemerhatian Bilik Darjah 1.

2. Ahli-ahli sesi Jelajah Pembelajaran berbincang selama 5 minit dan berkongsi

dapatan pemerhatian Bilik Darjah 1.

Bilik Darjah 2

1. Lawatan dan pemerhatian dijalankan bagi Bilik Darjah 2 selama 10 minit

berdasarkan fokus yang telah dipersetujui bersama-sama.

2. Ahli-ahli sesi Jelajah Pembelajaran tidak digalakkan berbincang semasa di

dalam bilik darjah.

3. Ahli-ahli mencatat pemerhatian dalam SARANA LW01.

Perbincangan Koridor 2

1. Semua ahli sesi Jelajah Pembelajaran berkumpul di luar bilik darjah (koridor)

selepas Pemerhatian Bilik Darjah 2.

2. Ahli-ahli sesi Jelajah Pembelajaran berbincang selama 5 minit dan berkongsi

dapatan lawatan pemerhatian Bilik Darjah 2.

Page 7: 1 JELAJAH PEMBELAJARAN.docx

Bilik Darjah 3

1. Lawatan dan pemerhatian dijalankan bagi Bilik Darjah 3 selama 10 minit

berdasarkan fokus yang telah dipersetujui bersama-sama.

2. Ahli-ahli sesi Jelajah Pembelajaran tidak digalakkan berbincang semasa di

dalam bilik darjah sebagaimana Bilik Darjah 1 dan 2.

3. Ahli-ahli mencatat pemerhatian dalam SARANA LW01.

Perbincangan Koridor 3

1. Semua ahli sesi Jelajah Pembelajaran berkumpul di luar bilik darjah (koridor)

selepas Pemerhatian Bilik Darjah 3.

2. Ahli-ahli sesi Jelajah Pembelajaran berbincang selama 5 minit dan berkongsi

dapatan lawatan pemerhatian Bilik Darjah 3.

Perbincangan Pascapenjelajahan (Post-Walk Discussion)

1. Ahli-ahli akan berkumpul semula di satu tempat untuk berkongsi dan

berbincang semua dapatan dari permerhatian dan lawatan sesi Jelajah

Pembelajaran.

2. Ahli-ahli akan merumuskan semua dapatan dari sesi Jelajah Pembelajaran

yang diadakan.

3. Ketua Jelajah Pembelajaran akan mencatatkan rumusan perbincangan dalam

SARANA LW01.

Page 8: 1 JELAJAH PEMBELAJARAN.docx

Perkongsian Dalam Komuniti Guru

1. Ketua Jelajah Pembelajaran akan berkongsi dapatan dan rumusan sesi

Jelajah Pembelajaran semasa perjumpaan/ mesyuarat semua guru di

sekolah.

Nota: Tiada had bilangan bilik darjah tertentu yang perlu dilawati dalam setiap sesi

Jelajah Pembelajaran. Setiap kumpulan Jelajah Pembelajaran bebas memilih jumlah

yang dipersetujui bersama berdasarkan fokus dan keperluan kumpulan.

Peranan Ahli Kumpulan

Lead Walker perlu memainkan peranan mengikut tanggungjawab berikut;

2. Memastikan penglibatan semua ahli semasa sesi perbincangan.

3. Memastikan ahli memahami dan mematuhi fokus pemerhatian.

4. Memastikan semua perbincangan berlandaskan bukti yang didapati semasa

pemerhatian.

5. Memastikan dapatan dikongsi bersama-sama dengan semua guru dalam

masa seminggu.

6. Memastikan ahli-ahli tidak mengganggu proses PdP.

Setiap Walker perlu memainkan peranan mengikut tanggungjawab berikut;

Page 9: 1 JELAJAH PEMBELAJARAN.docx

1. Memahami Fokus

2. Mematuhi protokol.

3. Menepati masa.

4. Membuat perbincangan berlandaskan bukti.

5. Mengelakkan kritikan serta penilaian peribadi yang bersifat

‘judgemental’.

Pengumpulan Bahan Bukti

Pengumpulan bahan bukti berdasarkan fokus dan boleh melibatkan aspek-aspek

yang berikut;

1. Persekitaran fizikal

2. Sampel aktiviti murid

3. Perbincangan murid

4. Pengurusan bilik darjah

5. Arahan guru di dalam bilik darjah dan fokus yang eksplisit (Classroom

instructions and explicit focus)

6. Penggunaan bahan sumber

7. Bahan pembelajaran (Learning tools)

8. Pengalikasian teknologi/TMK (Application of technology/ ICT)

9. Amalan penilaian (Assessment practices)

Sarana

Sayugia dicadangkan dan digalakkan agar pelaksanaan sesi Jelajah Pembelajaran

disokong dengan penggunaan borang Sarana LW01 - Borang Dapatan

Pemerhatian.

Borang Sarana LW01

Page 10: 1 JELAJAH PEMBELAJARAN.docx

BORANG PENETAPAN FOKUS LEARNING WALKS

1. Nama Sekolah:

2. Nama Ketua Panitia / Penyelaras PLC:

3. Nama Ketua (Lead Walker):

4. Senarai Peserta Learning Walks:

i.

ii.

iii.

iv.

v.

5. Tarikh Perbincangan:

6. Fokus yang telah dipilih dan disetujui bersama:

..................................................... ................................................

Tandatangan Ketua (Lead Walker) Tandatangan Penyelaras PLC

Borang Sarana LW02

Page 11: 1 JELAJAH PEMBELAJARAN.docx

BORANG PEMERHATIAN LEARNING WALKS

1. Fokus yang telah dipilh dan disetujui bersama:K

EL

AS

1

Berdasarkan FOKUS yang disetujui, senaraikan pemerhatian anda.

1.

2.

3.

KE

LA

S 2

Berdasarkan FOKUS yang disetujui, senaraikan pemerhatian anda.

1.

2.

3.

KE

LA

S 3

Berdasarkan FOKUS yang disetujui, senaraikan pemerhatian anda.

1.

2.

3.

2. Catatan Tambahan (Jika ada):

i.

ii.

iii.

3. Tarikh Pemerhatian:

...........................................................

Tandatangan Peserta Learning Walks

.......................................................

Tandatangan Ketua (Lead Walker)

Nama :.............................................

Sekolah:.............................................

Nama :.............................................

Sekolah:.............................................

Borang Sarana LW03

BORANG DAPATAN KESELURUHAN LEARNING WALKS

Page 12: 1 JELAJAH PEMBELAJARAN.docx

Sila lengkapkan borang berdasarkan refleksi yang telah dijalankan.

1. Fokus yang telah dipilh dan disetujui bersama:

2. Aspek yang telah dipelajari:

i.

ii.

iii.

iv.

3. Senaraikan bukti pengajaran dan pembelajaran yang telah diperhatikan:

i.

ii.

iii.

iv.

4. Tindakan seterusnya yang akan dilaksanakan:

i.

ii.

iii.

...........................................................

Tandatangan Ketua (Lead Walker)

.......................................................

Tandatangan Penyelaras PLC

Nama

Sekolah: ...........................................

..................

Nama

Sekolah: ............................................

.................