laporan akhir program jelajah amal 2014 · web viewpengalaman menjalankan aktiviti bersama...

35
(1) KERTAS KERJA PROGRAM :JELAJAH AMAL 2014 # SILA KLIK PADA GAMBAR DI BAWAH #

Upload: others

Post on 26-Dec-2019

119 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN AKHIR PROGRAM JELAJAH AMAL 2014 · Web viewPengalaman menjalankan aktiviti bersama anak-anak yatim merupakan saat yang cukup indah bagi saya kerana sebagai mahasiswa dari

(1) KERTAS KERJA PROGRAM :JELAJAH AMAL 2014# SILA KLIK PADA GAMBAR DI BAWAH #

Page 2: LAPORAN AKHIR PROGRAM JELAJAH AMAL 2014 · Web viewPengalaman menjalankan aktiviti bersama anak-anak yatim merupakan saat yang cukup indah bagi saya kerana sebagai mahasiswa dari

JELAJAH AMAL 201420 APRIL 2014

“Bulat Air Kerana Pembetung, Bulat Manusia Kerana Muafakat”

JELAJAH AMAL 2014

BERSAMA ANAK-ANAK YATIM RUMAH BAKTI AL-KAUSAR, BANGI SELANGOR

TARIKH:

20 APRIL 2014

TEMPAT PROGRAM:

MUZIUM NEGARA KUALA LUMPUR, ISTANA NEGARA LAMA KUALA LUMPUR,

MASJID NEGARA KUALA LUMPUR, DAN TAMAN METROPOLITAN KEPONG

TEMA:

“Bulat Air Kerana Pembetung, Bulat Manusia Kerana Muafakat”

Page 3: LAPORAN AKHIR PROGRAM JELAJAH AMAL 2014 · Web viewPengalaman menjalankan aktiviti bersama anak-anak yatim merupakan saat yang cukup indah bagi saya kerana sebagai mahasiswa dari

(2) KEDUDUKAN DAN SENARAI TUGAS DALAM PROGRAM JELAJAH AMAL 2014

JAWATAN YANG DIPEGANG DALAM PROGRAM: BENDAHARI

SENARAI TUGAS YANG DILAKSANAKAN:

Mendapatkan dana daripada pihak-pihak yang ingin menghulurkan bantuan bagi menjayakan program.

Menyiapkan surat-surat untuk mendapatkan dana daripada badan-badan kerajaan untuk mendapatkan dana yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti di luar yang memakan kos yang sangat besar.

Menyediakan laporan / belanjawan program semasa serta sebelum program berlangsung untuk mengelakan berlakunya kebocoran aliran wang.

Membuat serta sentiasa mengubahsuai belanjawan program supaya tidak berlakunya kekurangan atau terlebih wang yang tidak akan terjangka.

Sentiasa berhubung dengan pihak JPPEL untuk mendapatkan dana bagi menjayakan lagi program.

Menjalankan kutipan dana di sekitar kawasan yang terdekat bersama ahli-ahli kumpulan yang lain untuk mendapatkan dana yang lebih.

CONTOH BELANJAWAN PROGRAM JE;AJAH AMAL 2014.

Page 4: LAPORAN AKHIR PROGRAM JELAJAH AMAL 2014 · Web viewPengalaman menjalankan aktiviti bersama anak-anak yatim merupakan saat yang cukup indah bagi saya kerana sebagai mahasiswa dari

ANGGARAN PENDAPATAN BAGI PENGANJURAN PROGRAM

JELAJAH AMAL 2014

Anggaran Pendapatan

Bil. Perkara Jumlah (RM)

1)

2)

3)

4)

Pihak JPPel

Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia

Syarikat Faiza

Yang Berhormat Dato' Shafie

200.00

200.00

200.00

200.00

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 800.00

Page 5: LAPORAN AKHIR PROGRAM JELAJAH AMAL 2014 · Web viewPengalaman menjalankan aktiviti bersama anak-anak yatim merupakan saat yang cukup indah bagi saya kerana sebagai mahasiswa dari

REFLEKSI DIRI TERDAHAP PROGRAM JELAJAH AMAL 2014

Berdasarkan pengalaman saya sepanjang program ini dijalankan bersama anak-anak yatim Rumah Bakti Al-Kausar, walaupun program ini hanya berlangsung selama sehari tetapi sangat mendatangkan manfaat yang cukup besar kepada saya.Melalui program ini, saya mempelajari pelbagai pengalaman khususnya sebagai bendahari program untuk menguruskan serta mendapatkan dana dengan cara yang sistematik untuk menjayakan program dengan lancar.

Pengalaman menjalankan aktiviti bersama anak-anak yatim merupakan saat yang cukup indah bagi saya kerana sebagai mahasiswa dari Fakulti Sains dan Teknologi dari kursus Matematik, kami menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik serta mencabar akal dan minda mengenai ilmu-ilmu matematik yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Pelabagai pengalaman yang menarik dapat saya pelajari daripada program ini khususnya bersama golongan yang kurang bernasib baik ini tentang erti sebenar kehidupan tanpa orang yang tersayang dalam mencorak kehidupan serta kejaya pada masa akan datang.Kekurangan kasih sayang daripada anak-anak yatim ini meebabkan ada sebilangan kecil daripada mereka tertekan dengan pelajaran serta hidup yang mereka lalui sangat perit untuk meneruskan perjalanan yang sangat mencabar di luar sana.

Dengan menjalankan aktiviti-aktiviti yang sangat menarik di tempat yang dapat menenangkan jiwa bersama mereka secara tidak langsung daat mengurangkan tekanan belajar kami sebagai mahasiswa untuk meneruskan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia.Pada saya, program seperti ini sangat membantu kami untu meningkatka kemahiran-kemahiran insaniah yang telah dipelajari dalam kuliah dan dapat dipraktikkan bersama orang lain.

KELEBIHAN PROGRAM JELAJAH AMAL 2014

Membantu meningkatkan kemahiran insaniah yang telah dipelajari dalam kuliah serta dapat mengaplikasikan nilai-nilai berikut dengan lebih sistematik.

Page 6: LAPORAN AKHIR PROGRAM JELAJAH AMAL 2014 · Web viewPengalaman menjalankan aktiviti bersama anak-anak yatim merupakan saat yang cukup indah bagi saya kerana sebagai mahasiswa dari

Meningkatkan keyakinan diri mahasiswa untuk berkomunikasi dengan pihak luar terutamanya untuk mendapatkan dana bagi menjayakan program.

Dapat memanfaatkan masa terluang sebagai seorang mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia dengan aktiviti yang bermanfaat ke arah kerohanian dan kebaikan serta mendekatkan diri dengan Allah S.W.T.

KELEMAHAN PROGRAM JELAJAH AMAL 2014

Kami mengalami kesulitan untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak tertentu berkenaan tempat yang ingin digunakan untuk menjalankan progran bersama anak-anak yatim.

Kami juga mengalami masalah untuk mempercepatkan perjalanan program Jelajah Amal bersama anak - anak yatim kerana mereka mempunyai lawatan daripada Jabatan Kebajikan pertubuhan mereka.

CADANGAN PEMBAIKAN JIKA PROGRAM INI DIJALANKAN PADA MASA AKAN DATANG

Sentiasa mendapatkan serta berurusan dengan lebih sistematik dengan perancangan yang lebih awal khususnya jika berurusan dengan pihak atasan atau golongan badan kerajaan.

Memastikan kebenaran untuk menggunakan tapak projek yang akan digunakan dengan lebih awal supaya program yang bakal dijalankan tidak mengalami sebarang kesulitan yang mengganggu perjalan program.

Semua ahli kumpulan haruslah beerjasama dengan efisien serta menjalankan tugas-tugas yang telah diamanahkan dengan betul supaya program yang bakal berlangsung mendapat sambutan yang menggalakan daripada para peserta.

SENARAI TUGAS YANG SAYA JALANKAN SEPANJANG PROGRAM

Page 7: LAPORAN AKHIR PROGRAM JELAJAH AMAL 2014 · Web viewPengalaman menjalankan aktiviti bersama anak-anak yatim merupakan saat yang cukup indah bagi saya kerana sebagai mahasiswa dari

Menyiapkan belanjawan program setiap kali terdapatnya pengaliran wang masuk serta keluar untuk mengelakkan keboran wang berlaku.

Membuat laporan kewangan berdasarkan barang-barang serta belanjawan program supaya kewangan program sentiasa berada dalam keadaan yang stabil.

Menbentangkan kewangan dari semasa ke semasa kepada ahli kumpulan terutamnaya terhadap ketua program pada setiap kali mensyuarat dijalankan supaya sistem kewangan tiada penyelewengan yang berlaku.

AKTIVITI- AKTVITI SEPANJANG PROGRAM JELAJAH AMAL 2014

Page 8: LAPORAN AKHIR PROGRAM JELAJAH AMAL 2014 · Web viewPengalaman menjalankan aktiviti bersama anak-anak yatim merupakan saat yang cukup indah bagi saya kerana sebagai mahasiswa dari

BARISAN FASILITATOR PROGRAM JELAJAH AMAL 2014

Page 9: LAPORAN AKHIR PROGRAM JELAJAH AMAL 2014 · Web viewPengalaman menjalankan aktiviti bersama anak-anak yatim merupakan saat yang cukup indah bagi saya kerana sebagai mahasiswa dari

SESI MELAWAT TAPAK PROGRAM DI MUZIUM NEGARA

Page 10: LAPORAN AKHIR PROGRAM JELAJAH AMAL 2014 · Web viewPengalaman menjalankan aktiviti bersama anak-anak yatim merupakan saat yang cukup indah bagi saya kerana sebagai mahasiswa dari

FASILITATOR (SAYA) MEMBERI TAKLIMAT SEBELUM AKTIVITI DIJALANKAN DALAM KUMPULAN

Page 11: LAPORAN AKHIR PROGRAM JELAJAH AMAL 2014 · Web viewPengalaman menjalankan aktiviti bersama anak-anak yatim merupakan saat yang cukup indah bagi saya kerana sebagai mahasiswa dari

FASILITATOR (SAYA) BERSAMA SALAH SEORANG AHLI KUMPULAN

Page 12: LAPORAN AKHIR PROGRAM JELAJAH AMAL 2014 · Web viewPengalaman menjalankan aktiviti bersama anak-anak yatim merupakan saat yang cukup indah bagi saya kerana sebagai mahasiswa dari

SEMASA AKTIVITI BERKUMPULAN MENCIPTA CHEERS KUMPULAN

Page 13: LAPORAN AKHIR PROGRAM JELAJAH AMAL 2014 · Web viewPengalaman menjalankan aktiviti bersama anak-anak yatim merupakan saat yang cukup indah bagi saya kerana sebagai mahasiswa dari

MELAWAT MASJID NEGARA KUALA LUMPUR

Page 14: LAPORAN AKHIR PROGRAM JELAJAH AMAL 2014 · Web viewPengalaman menjalankan aktiviti bersama anak-anak yatim merupakan saat yang cukup indah bagi saya kerana sebagai mahasiswa dari

PESERTA PROGRAM JELAJAH AMAL 2014

Page 15: LAPORAN AKHIR PROGRAM JELAJAH AMAL 2014 · Web viewPengalaman menjalankan aktiviti bersama anak-anak yatim merupakan saat yang cukup indah bagi saya kerana sebagai mahasiswa dari

MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH PROGRAM JELAJAH AMAL 2014

SURAT KELULUSAN DARIPADA PIHAK JPPEL

Page 16: LAPORAN AKHIR PROGRAM JELAJAH AMAL 2014 · Web viewPengalaman menjalankan aktiviti bersama anak-anak yatim merupakan saat yang cukup indah bagi saya kerana sebagai mahasiswa dari
Page 17: LAPORAN AKHIR PROGRAM JELAJAH AMAL 2014 · Web viewPengalaman menjalankan aktiviti bersama anak-anak yatim merupakan saat yang cukup indah bagi saya kerana sebagai mahasiswa dari
Page 18: LAPORAN AKHIR PROGRAM JELAJAH AMAL 2014 · Web viewPengalaman menjalankan aktiviti bersama anak-anak yatim merupakan saat yang cukup indah bagi saya kerana sebagai mahasiswa dari
Page 19: LAPORAN AKHIR PROGRAM JELAJAH AMAL 2014 · Web viewPengalaman menjalankan aktiviti bersama anak-anak yatim merupakan saat yang cukup indah bagi saya kerana sebagai mahasiswa dari

LAPORAN AKHIR PROGRAM JELAJAH AMAL 2014

1.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG

Program Jelajah Amal 2014 Bersama Anak-Anak Yatim Rumah Bakti Al-

Kausar ini dijalankan sebagai satu inisiatif untuk mewujudkan ukhuwah yang lebih

erat dalam pertalian silaturahim antara mahasiswa/i dan para peserta. Program ini juga

bertujuan memenuhi spesifikasi tugas yang harus digalas oleh mahasiswa/i sekali gus

merealisasikan misi Universiti Kebangsaan Malaysia, iaitu “Mengilhamkan Harapan,

Mencipta Masa Depan”.Selain itu, program ini dijalankan bertujuan untuk melahirkan

perasaan belas kasihan dan rasa simpati dalam kehidupan seharian yang mencabar

akal dan minda generasi muda pada era globalisasi dunia kini. Di samping itu,

program ini dilakukan untuk mempraktikkan hasil-hasil pembelajaran yang telah

dipelajari di dalam kursus umum ZZZT 1052 Pembangunan Diri I.

Page 20: LAPORAN AKHIR PROGRAM JELAJAH AMAL 2014 · Web viewPengalaman menjalankan aktiviti bersama anak-anak yatim merupakan saat yang cukup indah bagi saya kerana sebagai mahasiswa dari

2.0 KAEDAH KAJIAN

(1) Survey

Melakukan survey di kawasan berdekatan UKM untuk memilih rumah anak -

anak yatim di kawasan Bangi atau Kajang dan kami berjaya mendapatkan kebenaran

daripada Rumah Bakti Al-khausar, Bangi sebagai peserta program kami.Semasa

mengadakan lawatan ke Muzium Negara, kami telah mengedarkan borang soal selidik

tentang Sejarah Tanah Melayu kepada anak-anak yatim untuk mengetahui tentang

pengetahuan mereka mengenai Tanah Melayu.

(2) Sasaran

Kami mendapatkan anak - anak yatim dari Rumah Bakti tersebut seramai 25

orang, iaitu 15 orang peserta lelaki dan 10 orang peserta perempuan. Anggaran umur

para peserta antara 7 tahun hingga 16 tahun.

(3) Latar Belakang

Para peserta dari rumah anak - anak yatim ini majoritinya adalah anak yatim serta

golongan fakir miskin.Selain itu, peserta juga haruslah berstatus agama Islam yang

terdiri daripada perempuan atau lelaki.

(4) Kelulusan

(1) Kelulusan JPPEL

Kami mendapatkan kelulusan daripada pihak JPPEL terutamanya dalam urusan

sijil, cenderamata, serta urusan pengangkutan iaitu tempahan bas UKM.

Page 21: LAPORAN AKHIR PROGRAM JELAJAH AMAL 2014 · Web viewPengalaman menjalankan aktiviti bersama anak-anak yatim merupakan saat yang cukup indah bagi saya kerana sebagai mahasiswa dari

(2) Rumah Bakti Al-Khausar, Bangi

Kami menghantar surat serta membuat panggilan melalui telefon ke Rumah Anak

Yatim di sekitar Bangi atau Kajang untuk mendapatkan kelulusan membawa anak -

anak yatim tersebut bagi menyertai program kami. Kami selalu berhubung melalui

sistem pesanan ringkas(sms) untuk sentiasa update segala maklumat.

(3) Muzium Negara

Kami membuat panggilan telefon 2 minggu lebih awal untuk mendapatkan

persetujuan daripada pihak mereka untuk melakukan aktiviti di sana.

(4) Taman Metropolitan Kepong

Kami membuat insiatif untuk pergi ke Dewan Bandaraya Kuala lumpur 3

(DBKL 3) untuk mendapatkan kelulusan mengadakan “Amazing Race”.

Page 22: LAPORAN AKHIR PROGRAM JELAJAH AMAL 2014 · Web viewPengalaman menjalankan aktiviti bersama anak-anak yatim merupakan saat yang cukup indah bagi saya kerana sebagai mahasiswa dari

3.0 HASIL KAJIAN

Pada akhir projek ini, kami akan mencapai hasil pembelajaran berikut:

Pelajar berupaya mengaplikasikan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan

dalam pelbagai situasi. Daripada program ini, kami dapat meningkatkan lagi

kemahiran komunikasi dengan anak-anak yatim. Berkomunikasi dengan anak-anak

yatim yang berumur lingkungan 7 hingga 16 tahun amatlah menyeronokkan bagi

kami kerana mereka seolah-olah sudah pandai berdikari seperti orang dewasa serta

mereka memberi kerjasama yang cukup bagus kepada kami. Oleh itu, wujudlah

komunikasi dua hala antara kami.

Selain itu, Pelajar berupaya mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kritis dan

dapat menyelesaikan masalah menggunakan pendekatan saintifik. Kemahiran ini

dapat kami pertingkatkan semasa mengawasi anak-anak yatim ketika berada di Taman

Metropolitan Kepong dan Muzium Negara. Hal ini sangat sukar bagi kami sebagai

fasilitator untuk menjaga dan mengawasi mereka di tempat awam. Oleh itu, kami

membuat keputusan dengan hasil perkongsian idea daripada semua ahli fasilitator

dengan mempertanggungjawabkan dua orang fasilitator kepada 5-6 orang anak-anak

yatim dalam setiap kumpulan. Tambahan pula, sebelum program ini berlangsung,

kami mengumpul idea-idea daripada setiap fasilitator untuk mencipta pelbagai

permainan yang sesuai untuk aktiviti “Amazing Race” yang diadakan di Taman

Metropolitan Kepong seperti “Bila Orang Pelat Jumpa Orang Buta” dan ianya amat

menarik perhatian mereka.

Pelajar berkebolehan mengaplikasikan kemahiran kepimpinan dalam memimpin

diri sendiri dan orang lain serta mampu bekerja secara berpasukan.Kami sebagai

fasilitator dapat meningkatkan kemahiran ini kerana daripada sebelum, semasa dan

Page 23: LAPORAN AKHIR PROGRAM JELAJAH AMAL 2014 · Web viewPengalaman menjalankan aktiviti bersama anak-anak yatim merupakan saat yang cukup indah bagi saya kerana sebagai mahasiswa dari

selepas program kami akan sentiasa dapat memberikan kerjasama yang baik serta

setiap masalah yang kami hadapi, kami sentiasa akan berbincang untuk mendapatkan

jalan penyelesaian yang terbaik. Dengan perjumpaan yang kerap diadakan, kami dapat

menjana pelbagai idea yang bernas bagi menambahbaikkan program kami ini.

Daripada segi kepimpinan, kami dapat melatih dan meningkatkan kemahiran

kepimpinan dalam diri mahupun memimpin orang lain. Kami juga dapat membina

keyakinan diri untuk mengendalikan program seperti ini.

Tambahan pula, pelajar berkebolehan mengaplikasikan kemahiran pengurusan

maklumat dan menjadikan proses pembelajaran sepanjang hayat sebagai cara

pembelajaran mereka. Dari segi pengurusan, kami dapat meningkatkan cara untuk

mengurus diri sendiri, masa, orang lain malah menguruskan sesuatu program.

Mengurus dan berpogram bukanlah sesuatu yang mudah. Bak kata pepatah “Bulat air

kerana pembentung, Bulat manusia kerana muafakat”. Oleh itu, pengurusan yang baik

ialah dengan hasil perbincangan dalam ahli kumpulan yang dapat menghasilkan

perlaksanaan aktiviti yang terbaik. Dan semestinya, mengurus dan berprogram

bersama anak-anak yatim merupakan sesuatu pengalaman yang tidak mungkin dapat

kami lupakan kerana ia memberi sesuatu nilai yang sangat berharga kepada kami

sebagai fasilitator.Seterusnya, kami dapat meningkatkan kemahiran pembelajaran

sepanjang hayat dengan nilai-nilai yang kami peroleh daripada program ini. Ini kerana

pembelajaran seperti ini kita tidak akan dapat peroleh di dalam dewan kuliah ataupun

kelas tutorial.