1. apakah pay-as-you-drive (payd)? 2. siapa yang layak ... · sekiranya payd dipilih semasa...

3
1. Apakah Pay-As-You-Drive (PAYD)? Ini adalah produk insurans motor yang ditawarkan kepada mereka yang memenuhi kriteria penajajaminan kami yang dinyatakan dalam soalan17(a) di bawah dan disasarkan kepada mereka yang mencatat rekod pemanduan rendah dalam tempoh polisi. Produk ini menawarkan manfaat untuk insurans kereta persendirian anda diberikan atas pilihan penyertaan anda. Anda boleh mendapatkan sehingga 20% Pulangan Premium daripada premium asas yang dibayar, tertakluk kepada rekod pemanduan anda, setelah tamat tempoh dua belas (12) bulan polisi. Premium asas dikira berdasarkan premium asas tolak NCD tolak diskaun pembelian langsung (jika ada) 2. Siapa yang layak menyertai PAYD? Mereka yang membeli pelan insurans kereta persendirian dari kami dan memenuhi kriteria-kriteria di bawah akan dijemput untuk menyertai PAYD: i. Usia pemengang polisi: 28 hingga 60 tahun ii. Usia kenderaan: 0 hingga 3 tahun iii. Jumlah yang diinsuranskan: RM 40,000 hingga RM 300,000 iv. Jenis kenderaan: Kereta persendirian untuk kegunaan peribadi v. Kriteria-kriteria penajajaminan yang ditetapkan oleh pihak kami 3. Bagaimanakah boleh saya menyertai PAYD? Sekiranya PAYD dipilih semasa pembelian insurans kereta persendirian, enjin penajajaminan kami akan mengenal pasti kelayakan anda berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan dalam soalan 17(a) di atas. Sekiranya anda layak, insurans kereta persendirian anda akan dikeluarkan dengan endorsmen PAYD. Anda akan dimaklumkan melalui SMS (perkhidmatan pesanan ringkas) dan / atau e-mel semasa pendaftaran anda. Selepas itu, anda perlu menyerahkan rekod pemanduan anda dalam tempoh yang ditetapkan, sila rujuk kepada soalan 17(c) di bawah 4. Apakah cara menyerahkan rekod pemanduan sayaUntuk setiap polisi PAYD, anda dikehendaki menghantar rekod pemanduan anda pada tiga (3) titik penghantaran, iaitu: i. Permulaan polisi: Dalam tempoh 14 hari selepas pengesahan kami untuk pendaftaran PAYD anda; ii. 180 hari dari Permulaan polisi anda: Dalam tempoh 14 hari dari tempoh ini; dan iii. Tamat tempoh polisi: Dalam tempoh 14 hari selepas tamat tempoh polisi anda pada akhir bulan ke-12. Sekiranya rekod pemanduan anda tidak diterima pada ketiga-tiga (3) titik penghantaran yang dinyatakan di atas dan dalam tempoh yang ditetapkan, kelayakan Pulangan Premium anda akan dibatalkan.

Upload: others

Post on 18-Sep-2019

3 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1. Apakah Pay-As-You-Drive (PAYD)? 2. Siapa yang layak ... · Sekiranya PAYD dipilih semasa pembelian insurans kereta persendirian, enjin penajajaminan kami akan mengenal pasti kelayakan

1. Apakah Pay-As-You-Drive (PAYD)?

Ini adalah produk insurans motor yang ditawarkan kepada mereka yang memenuhi kriteria penajajaminan kami yang dinyatakan dalam soalan17(a) di bawah dan disasarkan kepada mereka yang mencatat rekod pemanduan rendah dalam tempoh polisi. Produk ini menawarkan manfaat untuk insurans kereta persendirian anda diberikan atas pilihan penyertaan anda. Anda boleh mendapatkan sehingga 20% Pulangan Premium daripada premium asas yang dibayar, tertakluk kepada rekod pemanduan anda, setelah tamat tempoh dua belas (12) bulan polisi. Premium asas dikira berdasarkan premium asas tolak NCD tolak diskaun pembelian langsung (jika ada)

2. Siapa yang layak menyertai PAYD?

Mereka yang membeli pelan insurans kereta persendirian dari kami dan memenuhi kriteria-kriteria dibawah akan dijemput untuk menyertai PAYD:

i. Usia pemengang polisi: 28 hingga 60 tahunii. Usia kenderaan: 0 hingga 3 tahuniii. Jumlah yang diinsuranskan: RM 40,000 hingga RM 300,000iv. Jenis kenderaan: Kereta persendirian untuk kegunaan peribadiv. Kriteria-kriteria penajajaminan yang ditetapkan oleh pihak kami

3. Bagaimanakah boleh saya menyertai PAYD?

Sekiranya PAYD dipilih semasa pembelian insurans kereta persendirian, enjin penajajaminan kamiakan mengenal pasti kelayakan anda berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan dalam soalan17(a) di atas. Sekiranya anda layak, insurans kereta persendirian anda akan dikeluarkan denganendorsmen PAYD. Anda akan dimaklumkan melalui SMS (perkhidmatan pesanan ringkas) dan / ataue-mel semasa pendaftaran anda.

Selepas itu, anda perlu menyerahkan rekod pemanduan anda dalam tempoh yang ditetapkan, silarujuk kepada soalan 17(c) di bawah

4. Apakah cara menyerahkan rekod pemanduan sayaUntuk setiap polisi PAYD, anda dikehendakimenghantar rekod pemanduan anda pada tiga (3) titik penghantaran, iaitu:

i. Permulaan polisi: Dalam tempoh 14 hari selepas pengesahan kami untuk pendaftaran PAYDanda;

ii. 180 hari dari Permulaan polisi anda: Dalam tempoh 14 hari dari tempoh ini; daniii. Tamat tempoh polisi: Dalam tempoh 14 hari selepas tamat tempoh polisi anda pada akhir bulan

ke-12.

Sekiranya rekod pemanduan anda tidak diterima pada ketiga-tiga (3) titik penghantaran yang dinyatakan di atas dan dalam tempoh yang ditetapkan, kelayakan Pulangan Premium anda akan dibatalkan.

Page 2: 1. Apakah Pay-As-You-Drive (PAYD)? 2. Siapa yang layak ... · Sekiranya PAYD dipilih semasa pembelian insurans kereta persendirian, enjin penajajaminan kami akan mengenal pasti kelayakan

2

Rekod pemanduan anda mesti dihantar melalui platform yang disediakan dan dimaklumkan oleh kami. Butiran maklumat yang diperlukan adalah Nama, Nombor Kad Pengenalan dan nombor pendaftaran kenderaan. Sebarang polisi yang dibatalkan tidak layak untuk mendapat Pulangan Premium. Untuk polisi lanjutan, rekod pemanduan anda masih perlu dihantar pada bulan ke-12 dan tempoh lanjutan insurans kereta persendirian anda akan dikecualikan dari Pulangan Premium. Nota: Rekod pemanduan adalah berdasarkan bacaan odometer kenderaan anda. Sila rujuk contoh pembacaan rekod pemanduan di bahagian Soalan Lazim di laman web kami. Anda juga boleh hubungi ejen anda, kunjungi mana-mana cawangan kami atau hubungi talian khidmat pelanggan kami untuk mendapatkan bantuan.

5. Adakah saya perlu membayar premium tambahan untuk PAYD?

Tiada premium tambahan yang perlu dibayar untuk PAYD.

6. Siapakah yang layak untuk mendapat Pulangan Premium?

Mereka yang memilih PAYD harus memenuhi kesemua kriteria berikut untuk layak mendapatkan Pulangan Premium:

i. Memenuhi tempoh polisi selama 12 bulan; ii. Menghantar rekod pemanduan mengikut soalan 17(c) di atas; dan iii. Mencatatkan rekod pemanduan rendah dalam tempoh polisi. Sila rujuk kepada "Jadual Pulangan

Premium" di bawah untuk polisi yang dibeli daripada agen dan menerusi kaunter kami:

Tahap Jarak Pemanduan Tahunan (kilometer yang dipandu) Peratusan Pulangan Premium

Tahap 1 Daripada 0 km hingga 6,000 km 20%

Tahap 2 Daripada 6,001 km hingga 8,000 km 15%

Pulangan Premium anda tidak akan terjejas sekiranya anda membuat sebarang tuntutan dalam tempoh polisi. Anda tidak layak menerima Pulangan Premium seperti yang ditetapkan di atas jika:

i. Anda tidak menghantar rekod pemanduan anda kepada kami seperti yang dinyatakan dalam soalan 17(c) di atas

ii. Polisi ini dibatalkan oleh anda atau kami pada bila-bila masa dalam tempoh polisi iii. Terdapat kemerosotan / pengubahsuaian / penggantian atau kerosakan pada odometer

kereta yang tidak dibenarkan iv. Terdapat pengeditan pada rekod pemanduan yang anda hantar kepada kami v. Rekod pemanduan anda yang dihantar ke platform kami tidak jelas dan kami tidak dapat

melihat bacaan tersebut.

Page 3: 1. Apakah Pay-As-You-Drive (PAYD)? 2. Siapa yang layak ... · Sekiranya PAYD dipilih semasa pembelian insurans kereta persendirian, enjin penajajaminan kami akan mengenal pasti kelayakan

3

7. Bilakah akan saya terima Pulangan Premium?

Pulangan Premium akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas penerimaan rekod pemanduan terakhir anda. Pulangan Premium adalah tertakluk kepada jadual Pulangan Premium dan kriteria-kriteria lain yang dinyatakan dalam soalan 17(e) di atas.

8. Bagaimanakah jumlah Pulangan Premium dikira?

Pulangan Premium dikira berdasarkan formula berikut: Y - X = Jarak pemanduan tahunan X = rekod jarak pemanduan yang dihantar selepas penyertaan PAYD anda disahkan oleh kami; Y = rekod jarak pemanduan yang dihantar setelah tamat tempoh polisi pada akhir bulan ke-12 Jumlah jarak pemanduan tahunan dirujuk berdasarkan jadual Pulangan Premium dalam soalan 17(e) di atas untuk menentukan peratusan Pulangan Premium. Sekiranya jarak pemanduan tahunan anda tidak tergolong dalam jadual Pulangan Premium seperti yang dinyatakan dalam soalan 17(e) di atas, anda tidak layak untuk mendapat Pulangan Premium.

9. Dari manakah boleh saya dapatkan maklumat lanjut mengenai pengesahan PAYD?

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui laman web kami di www.tuneprotect.com, di bahagian PAYD yang terdiri daripada risalah dan soalan lazim.

.

IMPORTANT NOTE Anda harus memastikan bahawa kenderaan anda diinsuranskan dengan jumlah yang berpatutan kerana ini akan mempengaruhi jumlah tuntutan anda. Jika berlakunya kemalangan, anda dinasihati supaya mengunjungi bengkel yang berdaftar. Jika anda memiliki perlindungan komprehensif dan anda tidak bersalah, anda dinasihati supaya menyerahkan tuntutan anda kepada syarikat insurans anda. Anda dinasihati membaca dan memahami polisi insurans dan berbincang dengan ejen atau terus menghubungi syarikat insurans untuk mendapatkan maklumat lanjut.