1. abstrak - kerja kumpulan

10
Rosnani Kaman Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara (2013) SOALAN AKTIVITI KUMPULAN Berdasarkan 7 contoh abstrak berikut, lengkapkan jadual berikut dengan menandakan ( / ) bagi aspek yang terdapat dalam abstrak dan ( X ) bagi aspek yang tidak terdapat dalam abstrak. Contoh Abstra k Tujuan Kajian Pernyataa n Masalah Metodolog i Kajian Dapatan Kajian Rumusan dan Cadangan Kata kunci A B C D E F G

Upload: ezan-rosnizan

Post on 01-Oct-2015

238 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

x pasti

TRANSCRIPT

Rosnani KamanInstitut Aminuddin Baki Cawangan Utara (2013)

SOALAN AKTIVITI KUMPULANBerdasarkan 7 contoh abstrak berikut, lengkapkan jadual berikut dengan menandakan ( / ) bagi aspek yang terdapat dalam abstrak dan ( X ) bagi aspek yang tidak terdapat dalam abstrak.

Contoh AbstrakTujuan KajianPernyataan MasalahMetodologi KajianDapatan KajianRumusan dan CadanganKata kunci

A

B

C

D

E

F

G

CONTOH A

ABSTRAK

Kompetensi pengetua sebagai pemimpin dan pengurus meliputi pengetahuan, kemahiran dan kepakaran. Manakala elemen sikap, nilai dan etika pada tugas, organisasi dan persekitaran mempengaruhi kepimpinan dan menjadi ukuran bagi menentukan tahap profesionalisme pengetua dalam menghadapi dan menangani perubahan. Sehubungan itu, artikel ini membincangkan dapatan satu kajian yang dijalankan pada tahun 2008, meninjau Kualiti Kepimpinan pengetua sekolah-sekolah menengah kebangsaan di Semenanjung Malaysia. Kajian menggunakan sebagai asas, empat elemen Kualiti Kepimpinan yang dikemukakan oleh Dimmock, meliputi Nilai-nilai Pendidikan (Educational Values), Pengetahuan Profesional (Professional Knowledge), Kemahiran Mengurus (Management Skills) dan Sifat-sifat Peribadi (Personal Attributes). Kertas ini menghuraikan dapatan kajian Zon Utara, melibatkan sampel kajian seramai 205 ahli kumpulan pengurusan dan 333 guru sekolah-sekolah menengah kebangsaan. Perspektif 82 kumpulan pengurusan dan 127 guru dari negeri Kedah, 67 kumpulan pengurusan dan 84 guru dari Perlis serta 56 kumpulan pengurusan dan 122 guru dari Pulau Pinang diambil kira dalam membincangkan dapatan kajian ini. Dapatan kajian menjelaskan bahawa kumpulan pengurusan, secara keseluruhannya, bersetuju pada tahap tinggi bahawa Kualiti Kepimpinan mereka adalah pada tahap tinggi (min=4.28). Secara terperinci, kumpulan pengurusan bersetuju pada tahap sangat tinggi dengan dua elemen yang dikaji iaitu Nilai-nilai Pendidikan (min=4.34) dan Pengetahuan Profesional (min=4.30), tetapi mereka bersetuju pada tahap tinggi dengan elemen Kemahiran Mengurus (min=4.21) dan Sifat Peribadi (min=4.28). Dapatan mengenai perspektif guru sekolah menengah Zon Utara menjelaskan bahawa secara keseluruhannya, mereka bersetuju bahawa Kualiti Kepimpinan pengetua adalah pada tahap tinggi (min=3.98). Guru juga bersetuju pada tahap tinggi dengan setiap elemen iaitu Nilai-nilai Pendidikan (min=3.95), Pengetahuan Profesional (min=3.95), Kemahiran Mengurus (min=3.98) dan Sifat Peribadi (min=4.04). Kajian turut mengemukakan perspektif kumpulan pengurusan bahawa Kualiti Kepimpinan pengetua yang berkhidmat di kawasan bandar dan luar bandar tidak berbeza secara keseluruhannya dan dalam semua elemen yang dikaji. Namun begitu, guru mempunyai perspektif bahawa Kualiti Kepimpinan pengetua Zon Utara adalah berbeza antara bandar dan luar bandar secara keseluruhannya dan dalam setiap elemen yang dikaji. Pemboleh ubah yang memberi sumbangan kepada amalan pemantapan pengurusan pengetua menurut perspektif kumpulan pengurusan ialah Pengetahuan Profesional, Kemahiran Mengurus dan Nilai-nilai Pendidikan. Manakala, guru pula mengenal pasti elemen-elemen Pengetahuan Profesional, Sifat Peribadi dan Nilai-nilai Pendidikan. Justeru, dapatan kajian boleh dimanfaatkan untuk menilai Kualiti Kepimpinan pengetua, demi mewujudkan kepimpinan efektif di sekolah-sekolah menengah kebangsaan.

CONTOH B

ABSTRAK

Terdapat pelbagai stail kepimpinan pengetua. Bermula daripada stail kepimpinan trait sehinggalah kepimpinan transformasional. Setiap perubahan tersebut menunjukkan setiap satunya mempunyai keburukan sehingga ditolak oleh masyarakat berdasarkan perubahan dalam persekitaran. Kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan satu kepimpinan pengetua yang baru dalam bidang pendidikan di Malaysia iaitu kepimpinan moral. Kajian ini yang dilaksanakan di 6 buah sekolah telah melibatkan seramai 55 orang guru bagi melihat amalan kepimpinan moral pengetua mereka. Data yang dikutip menggunakan instrumen soal selidik dianalisis menggunakan SPSS versi 13.0 dan melibatkan kaedah statistik deskriptif (seperti min) dan inferens (seperti Ujian-t dan ANOVA). Selanjutnya, kajian ini menemui tidak wujudnya perbezaan amalan kepimpinan moral pengetua yang signifikan dari aspek jantina. Kajian ini turut mendapati wujudnya perkaitan yang signifikan di antara amalan kepimpinan moral dengan pengalaman pengetua. Bagi susunan keutamaan amalan kepimpinan pengetua pula dapatan kajian ini melaporkan dimensi membina komuniti merupakan amalan kepimpinan moral yang selalu dilaksanakan oleh pengetua. Diikuti dengan dimensi mempamerkan keadilan, kejujuran, menghormati dan berkhidmat untuk warga sekolah. Kajian mendapati bahawa pengetua berpengalaman sangat selalu melaksanakan amalan kepimpinan moral berbanding dengan pengetua baru dan mereka yang menghampiri tempoh khidmat bersara. Justeru, pemilihan jawatan pengetua seharusnya berdasarkan pencapaian mereka bukan kekananan mereka dalam bidang pendidikan.

CONTOH C

ABSTRAK

Kehadiran Konflik merupakan situasi yang tidak dapat dielakkan dalam semua organisasi, namun konflik perlu ditangani dengan bijaksana agar konflik dapat memberi impak yang positif. Justeru kajian ini meninjau gaya pengurusan konflik dalam kalangan pentadbir di sekolah rendah. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui soal selidik sebagai instrumen utama. Sampel kajian terdiri daripada 128 orang guru besar, 141 orang PK Kurikulum, 132 orang PK HEM dan 129 orang PK Kokurikulum di kawasan zon tengah yang melibatkan negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Data inferens dianalisis dengan menggunakan statistik MANOVA untuk menguji hipotesis berkaitan perbezaan skor min gaya pengurusan konflik berdasarkan jawatan pentadbir. Hasil dapatan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya pengurusan konflik mengelak, gaya pengurusan akomodasi, persaingan dan gaya tolak ansur dengan jawatan pentadbir iaitu guru besar, PK 1, PK HEM dan PK Kokurikulum. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya kolaborasi antara jawatan pentadbir. Hasil kajian juga menunjukkan gaya pengurusan konflik tolak ansur, kolaborasi dan bersaing paling banyak diamalkan oleh guru besar dan juga PK1. Manakala PK HEM dan PK KOKU banyak mengamalkan gaya pengurusan konflik mengelak. Memandangkan guru besar dan PK1 mempunyai tanggungjawab dan peranan yang lebih berat,maka mereka berhadapan dengan pelbagai konflik yang tidak dapat dielakkan. Justeru pentadbir sekolah perlu berusaha mengawal konflik yang wujud kerana kegagalan mengawal konflik akan menjejaskan prestasi pencapaian pelajar.

CONTOH D

ABSTRAKKajian ini bertujuan untuk mengkaji hubung kait antara kepemimpinan etika dengan burnout guru. Seramai 260 orang guru dari 10 buah sekolah menengah di kawasan Larut, Perak telah dijadikan sampel kajian. Dapatan kajian menunjukkan kepemimpinan etika berada pada tahap yang tinggi (min = 3.07). Ini bermakna kebanyakan pengetua di sekolah kajian sentiasa menerapkan nilai-nilai etika dalam kepemimpinan sekolah mereka. Manakala burnout guru pula berada pada tahap yang sederhana (min = 2.31). Di samping itu, dapatan kajian jelas menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan, negatif, dan sederhana kuat antara kepemimpinan etika dengan pengalaman mengajar guru (r = -0.45, p < 0.05). Manakala kepemimpinan etika menunjukkan hubungan yang signifikan, positif, dan sederhana kuat dengan burnout guru (r = 0.42, p