1 abstrak

Upload: kumaran-simpleguy

Post on 05-Oct-2015

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Sinopsis tentang adat resam

TRANSCRIPT

961216-08-6636

ABSTRAK

Kajian yang bertajuk Adat Resam Melenggang perut (valaikkappu) dalam kalangan masyarakat India yang beragama Hindu di kawasan Buntong merupakan sebahagian daripada kegiatan perbidanan tradisional. Tujuan adat ini dilaksanakan adalah bagi memelihara anak dalam kandungan, memudahkan kelahiran dan menjauhkan kecelakaan pada ibu serta anak yang bakal dilahirkan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti adat resam melenggang perut (valaikkappu) dan cara-cara pengendalian majlis tersebut serta mengenal pasti persepsi masyarakat moden tentang adat ini. Kajian ini menggunakan satu set soal selidik sebagai instrument kajian yang mempunyai lapan soalan yang berkaitan dengan tajuk ini. Dalam adat ini, pelbagai peralatan yang mempunyai pelbagai fungsi dan kepentingan digunakan serta perjalanan majlis melenggang perut dapat dikenal pastikan secara terperinci. Di samping itu, adat ini mempunyai pelbagai pandangan dan persepsi yang berbeza dalam kalangan generasi muda. Data yang diperolehi dianalisis dan dinyatakan dalam bentuk kekerapan serta peratusan. (135 Patah Perkataan)

1