1 2013.docx · web viewapa rahsia mereka? dengan nada yang berbeza,pelbagai jawapan yang cikgu...

4
http://www.youtube.com/ watch?v=14vmA4ybcwY Assalamualaikum wr wbt.Apa khabar semua? Seperti biasa, Buletin Bimbingan dan Kaunseling akan terus diterbitkan sebagai motivasi untuk pelajar ke arah pencapaian akademik yang cemerlang dan sahsiah diri yang mulia. Selamat datang kepada murid baru dan juga 15 orang guru baru. Semoga suasana di SK Bangi akan dapat diserasikan dalam tempoh yang cepat. Guru-guru yang sedia ada, dikatakan guru yang hebat,cemerlang dan berpengalaman.Murid- murid pula terdiri daripada anak-anak orang kampong dan Bandar yang sangat mulia akhlaknya. Pandai menghormati guru, rajin menolong dan selalu tersenyum di mana jua.Ops..masa ke tandas tidaklah. Untuk rekod pencapaian akademik tahun 2012,seramai 7 orang murid mendapat 5A, 17 orang mendapat 4A,1B dan 6 orang mendapat 4A,1C. Kepada murid yang telah mendapat 5A dan 4A tahun lepas, tahniah diucapkan. Mungkin mereka adalah abang atau kakak kamu, ataupun setidaknya kamu kenal siapa mereka. Apa rahsia mereka? Dengan nada yang berbeza,pelbagai jawapan yang cikgu terima. Namun satu sahaja kesimpulannya, Barangsiapa Berusaha Dia Pasti Berjaya”. Nash Aiman dan Hemelia telah membuat kejutan sekaligus membuktikan bahawa,murid kelas belakang tidak mustahil dapat memperolehi 4A atau 5A. Yang penting usaha dengan cara yang guru ajar,memberi tumpuan penuh di dalam kelas, belajar dengan persediaan yang cukup, suka bertanya jika tak faham, balik ke rumah mengulangkaji, menyiapkan kerja rumah, doa, dan mengadakan solat hajat. Itu sahaja ke? Oh tidak!,Ada lagi. Cikgu hendak memaparkan di sini, seorang bekas murid SK Bangi yang kini bersekolah di SMK Taman Semerak Nilai, telah memperolehi 7A dalam PMR. Wau, hebat sungguh! Dia adalah murid India. Ketika cikgu bertanya kepadanya, apakah rahsia nya? Dia menjawab ”Takde lah cikgu, saya Cuma belajar, belajar dan belajar.Tengok tu, berapa banyak dia belajar. “Sayajuga menghormati cikgu, tidak pernah bersangka buruk kepada guru. Ops..ada lagi.S ambungnya, pada waktu itu markah saya pun jatuh,kemudian saya memperbaiki sikap saya. Mulai saat itu saya tidak lagi bersangka buruk kepada guru”. Dulu, semasa kamu di SK Bangi dapat berapa A dalam UPSR? Jawabnya, Cuma 4A sajaKalau murid India boleh berjaya, sepatutnya kita semua pun boleh berjaya. Tidak ada manusia yang bodoh selamanya. Rajin belajar, lama-lama hilanglah bodohnya, asalkan sahaja ada kemahuan. Mak Ayah kamu telah berkorban banyak perkara demi kamu.Asal sahaja kamu hendakkan sesuatu ayah pasti akan menunaikan selagi ianya baik buat kamu. Kini, giliran kamu pula belajar untuk membalas jasa mereka. Pandai kamu, cerdik kamu, kamu juga yang senang satu masa nanti. Emak kamu tidak mendapat

Upload: dangliem

Post on 07-Apr-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1 2013.docx · Web viewApa rahsia mereka? Dengan nada yang berbeza,pelbagai jawapan yang cikgu terima. Namun satu sahaja kesimpulannya,

http://www.youtube.com/watch?v=14vmA4ybcwY

Assalamualaikum wr wbt.Apa khabar semua? Seperti biasa, Buletin Bimbingan dan Kaunseling akan terus diterbitkan sebagai motivasi untuk pelajar ke arah pencapaian akademik yang cemerlang dan sahsiah diri yang mulia.

Selamat datang kepada murid baru dan juga 15 orang guru baru. Semoga suasana di SK Bangi akan dapat diserasikan dalam tempoh yang cepat.

Guru-guru yang sedia ada, dikatakan guru yang hebat,cemerlang dan berpengalaman.Murid-murid pula terdiri daripada anak-anak orang kampong dan Bandar yang sangat mulia akhlaknya. Pandai menghormati guru, rajin menolong dan selalu tersenyum di mana jua.Ops..masa ke tandas tidaklah.

Untuk rekod pencapaian akademik tahun 2012,seramai 7 orang murid mendapat 5A, 17 orang mendapat 4A,1B dan 6 orang mendapat 4A,1C.

Kepada murid yang telah mendapat 5A dan 4A tahun lepas, tahniah diucapkan. Mungkin mereka adalah abang atau kakak kamu, ataupun setidaknya kamu kenal siapa mereka.

Apa rahsia mereka? Dengan nada yang berbeza,pelbagai jawapan yang cikgu terima. Namun satu sahaja kesimpulannya, “Barangsiapa Berusaha Dia Pasti Berjaya”. Nash Aiman dan Hemelia telah membuat kejutan sekaligus membuktikan bahawa,murid kelas

belakang tidak mustahil dapat memperolehi 4A atau 5A. Yang penting usaha dengan cara yang guru ajar,memberi tumpuan penuh di dalam kelas, belajar dengan persediaan yang cukup, suka bertanya jika tak faham, balik ke rumah mengulangkaji, menyiapkan kerja rumah, doa, dan mengadakan solat hajat.

Itu sahaja ke? Oh tidak!,Ada lagi. Cikgu hendak memaparkan di sini, seorang bekas murid SK Bangi yang kini bersekolah di SMK Taman Semerak Nilai, telah memperolehi 7A dalam PMR. Wau, hebat sungguh! Dia adalah murid India. Ketika cikgu bertanya kepadanya, apakah rahsia nya? Dia menjawab ”Takde lah cikgu, saya Cuma belajar, belajar dan belajar.Tengok tu, berapa banyak dia belajar. “Sayajuga menghormati cikgu, tidak pernah bersangka buruk kepada guru.

Ops..ada lagi.S ambungnya, pada waktu itu markah saya pun jatuh,kemudian saya memperbaiki sikap saya. Mulai saat itu saya tidak lagi bersangka buruk kepada guru”. Dulu, semasa kamu di SK Bangi dapat berapa A dalam UPSR? Jawabnya, “Cuma 4A saja” Kalau murid India boleh berjaya, sepatutnya kita semua pun boleh berjaya. Tidak ada manusia yang bodoh selamanya. Rajin belajar, lama-lama hilanglah bodohnya, asalkan sahaja ada kemahuan.

Mak Ayah kamu telah berkorban banyak perkara demi kamu.Asal sahaja kamu hendakkan sesuatu ayah pasti akan menunaikan selagi ianya baik buat kamu. Kini, giliran kamu pula belajar untuk membalas jasa mereka.

Pandai kamu, cerdik kamu, kamu juga yang senang satu masa nanti. Emak kamu tidak mendapat apapun dari kejayaan kamu, hanya berbangga dengan anaknya.Mampu tersenyum lebar kerana anaknya yang disebut orang budak kampung,boleh berjaya setaraf dengan orang bandar.

Lihatlah Nash Aiman. Sampai mengalir air mata ibunya, apabila Pn.Suzana mengumumkan Nash Aiman antara murid yang mendapat 4A.Dia datang ke sekolah pun mamakai baju berwarna Oren,tidak memakai pun baju sekolah sebagaimana murid lain.Ini kerana dia sememangnya tidak menyangka dia akan mendapat 4A.

Namun, itulah hakikatnya. Kejayaan itu tidak semestinya dimiliki oleh orang-orang yang kelihatan pandai. Kita pun pandai, cuma kurang menyerlah, kurang bersinar. Bintang kita malap. Jom kita serlahkan dia, kita usahakan biar cikgu tahu, biar mak ayah tahu, kita sebenarnya bukanlah tidak tahu selamanya.

Semua manusia hakikatnya dilahirkan dalam keadaan tidak mengetahui apa-apa. Bermula dari “kosong” itulah kita belajar satu persatu.

Tidak ada orang yang lahir terus menjadi pandai, oh tidak, dia harus

Page 2: 1 2013.docx · Web viewApa rahsia mereka? Dengan nada yang berbeza,pelbagai jawapan yang cikgu terima. Namun satu sahaja kesimpulannya,

belajar dari A sampai Z, dari angka 0 sampai angka 9.Dari Alif sampai Ya.Begitulah seterusnya.

Pun tidak ada manusia yang dilahirkan untuk menjadi bodoh. Cuma manusia saja yang ejek-mengejek sesamanya.

Dalam Al-Qur’an ada ayat yang maknanya begini “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu, dalam keadaan tidak mengetahui apa-apa”.

Tengok tu, ayatnya dalam keadaan tidak mengetahui apa-apa, bukannya begini, kamu dilahirkan dalam keadaan bodoh. Oleh itu, jauhi dan tinggalkan sikap negativ mengejek-ngejek orang lain.

Untuk melestarikan kehidupan yang aman damai sesame kita di muka bumi ini, mari perhatikan ayat dibawah ini.

Jangan saling memukul, tapi mari kita saling merangkul.Jangan saling mengejek, tapi marilah saling mengajak.Ajak orang lain untuk berbuat baik. Hal yang biasa tidak semestinya betul. Hal yang betul dan baik hendaklah kita biasakan.

Mungkin ada cara kita belajar yang perlu kita perbaiki. Malas membuat kerja sekolah, akhirnya yang rugi adalah kita.

Nisa Aufa berkawan baik dengan Fatin Atirah, akhirnya dua sahabat ini berjaya. Cuma ada sedikit perbezaan, Nisa Aufa mendapat 5A, manakala Fatin mendapat 4A. Fatin secara terang mengakui yang dia tidak suka menyiapkan kerja rumah dan memang banyak kerja rumah dia yang tidak siap.

Bayangkan, jika dia yang pandai, kemudian rajin menyiapkan kerja rumah. Mungkin markahnya akan berubah menjadi

5A.

….

Bagi pencapaian akademik, tahun 2012,seramai 7 orang murid mendapat 5A, 17 orang mendapat 4A,1B dan 6 orang mendapat 4A,1C. Kepada murid yang telah mendapat 5A dan 4A tahun lepas, tahniah diucapkan. Mungkin mereka adalah abang atau kakak kamu, setidaknya kamu kenal siapa mereka.

Apa rahsia mereka? Dengan nada yang berbeza,pelbagai jawapan yang cikgu terima. Namun satu sahaja kesimpulannya,

Keputusan sudah keluar, apa boleh buat,kita jadikan yang itu sebagai tauladan.

Hari pengumuman keputusan UPSR, Fatin datang pada cikgu untuk mengucapkan terima kasih atas kaunselingnya selama ini. Cikgu pun merasa terharu, kerana jasa cikgu pada dia hanyalah sedikit sahaja.

Dan jarang sekali selama ini murid datang pada cikgu untuk menyampaikan ucapan terima kasih kerana mendapat kaunseling. Rata-ratanya tidak sempat mengucapkan kalimat itu. Semoga mereka berdua berjaya sampai ke menara gading.

Tahun 2013, harapan kita tentulah pencapaian akan menjadi lebih baik

dari sebelumnya. Kita sedar sekolah ini adalah sekolah luar bandar pada hakikatnya, walaupun dinaik taraf ke sekolah dalam bandar.

Tahap sosial ekonomi orang-orang Bangi rata-rata ditahap sederhana. Istimewanya kita di sini tidak menghadapi masalah sosial yang teruk seperti di bandar-bandar besar.

Selamat berusaha, semoga tahun 2013 adalah tahun yang lebih baik. Amin

Page 3: 1 2013.docx · Web viewApa rahsia mereka? Dengan nada yang berbeza,pelbagai jawapan yang cikgu terima. Namun satu sahaja kesimpulannya,

Assalamualaikum wr wbt.Apa khabar semua? Seperti biasa, Buletin Bimbingan dan Kaunseling akan terus diterbitkan sebagai motivasi untuk pelajar kearah pencapaian akademik yang cemerlang dan sahsiah diri yang mulia.

Selamat datang kepada murid baru dan juga 15 orang guru baru. Semoga suasana di SK Bangi akan dapat diserasikan dalam tempoh yang cepat.

Guru-guru yang sedia ada, adalah guru yang hebat,cemerlang dan sangat berpengalaman.Murid-murid pula terdiri dari anak-anak orang kampung dan bandar yang sangat mulia akhlaknya. Suka hormat guru, rajin menolong dan selalu senyum dimana jua.tandas tak lah.