1-10

Upload: mohammad-shukri

Post on 10-Jan-2016

218 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rukun negar

TRANSCRIPT

Memperkenalkan Rukun Negara.

Menyedari masyarakat berbilang kaum di Malaysia tidak mempunyai satu hala yang jelas maka kerajaan telah memperkenalkan rukun negara untuk memberi garis panduan yang lebih jelas kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Rukun negara adalah manifestasi idealogi nasional dengan tujuan untuk mencapai perpaduan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum, warna kulit, bangsa dan agama. Konsep rukun negara yang dibentk oleh MAGERAN ini pada asasnya ialah untuk membentuk corak masyarakat Malaysia berdasarkan prinsip hidup yang telahpun wujud dan boleh dijadikan pegangan masyarakat Malaysia. Antaranya ialah: 1) Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat. 2) Memelihara cara hidup demokratik. 3) Mencipta suatu masyarakat yang adil dan kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. 4) Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi yang kaya dan pelbagai corak. 5) Membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi. Konsep rukun negara telah dibahagikan kepada lima prinsip iaitu: 1. Kepercayaan Kepada Tuhan. 2. Kesetiaan kepada Raja Dan Negara.. 3. Kedaulatan Undang-undang 4. Keluhuran Perlembagaan. 5. Kesopanan Dan Kesusilaan