06. taklimat bahasa seni tahun 5

Upload: juniz-iman-junainah

Post on 10-Jan-2016

490 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

pendidikan seni

TRANSCRIPT

  • *UNIT PENDIDIKAN SENI VISUALBAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUMKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

  • * Unsur Seni GarisanRupaRuangBentukWarnaJalinanPrinsip RekaanHarmoniKontraPenegasanKepelbagaianKesatuanImbanganRitma dan Pergerakan

  • *

  • *Garisan

    Sambungan titik-titik yang tidak bercantum diakhirnya

    Wujud pada alam semulajadi dan pada objek buatan manusia

    Antara jenis-jenis garisan adalah seperti garisan lurus, putus-putus bergerigi, beralun, berlingkar dan sebagainya

    Terbahagi kepada dua iaitu garisan 2 dimensi dan 3 dimensi Garisan 2 dimensi Boleh dilihat tetapi tidak boleh disentuh (Contoh: Garisan yang dilakar atas permukaan kertas)

    Garisan 3 dimensi Boleh dilihat dan disentuh (Contoh: Garisan pada alam semulajadi seperti akar yang menjalar)

    Menimbulkan ilusi rupa, bentuk, jalinan, ton, ruang dan pergerakan

  • *

  • *Teknik Garisan Silang PangkahTeknik Garisan Selari Aplikasi Garisan dalam Penghasilan Karya Lukisan

  • *Fungsi Garisan

  • *Rupa

    Rupa ialah hasil cantuman pertemuan hujung garisan dengan permulaan garisan

  • *Jenis Rupa

    Rupa terbahagi kepada 2 jenis iaitu:

    Rupa Geometri - segi empat, bulat, heksagon dll

    ii. Rupa Organik - haiwan, tumbuhan dll

  • *Jenis Rupa

    iii. Rupa positif iv. Rupa negatif

    v. Rupa muka taip

  • *Aplikasi Rupa dalam Penghasilan Karya Seni VisualRupa Organik Rupa Geometri

  • *Ruang

    Kawasan kosong di antara objek di alam nyata atau unsur seni dalam gubahan seni visual

    Ruang terbahagi kepada dua iaitu ruang nyata dan ruang ilusi

  • *

    RUANG NYATA (3 DIMENSI)

    Ruang di antara satu objek dengan objek yang lain di alam nyata

    Contoh: Ruang fizikal yang ada disekeliling kita secara realiti

  • * RUANG NYATA

  • *RUANG ILUSI (2 DIMENSI)

    Ruang yang menampakkan jarak diantara satu imej dengan imejyang laindalam karya seni visual 2 dimensi(Contoh: Ruang yangwujud dalamkarya 2D seperti gambar foto, karya lukisan dan catan)

  • *Ruang Ilusi Foto Lanskap

  • *Ruang ilusi terbahagi kepada 3 jenis

    Ruang dalam

    Ruang cetek

    Ruang rata

  • * Ruang Dalam

  • * Ruang Cetek

  • * Ruang Rata

  • *Bentuk

    Struktur binaan bersifat 3 dimensi sama ada bersifat konkrit atau ilusi

    Bentuk Konkrit Objek sebenar yang bersifat 3 dimensi ( maujud ) Mempunyai permukaan dan berjisim Contoh: Perabot, pokok, haiwan , bangunan dan sebagainya

    Bentuk Ilusi Penzahiran bentuk bersifat 3 dimensi dalam karya 2 dimensi ( ilusi ) Contoh: Gambar perabot, pokok, haiwan , bangunan dan sebagainya

    Terbahagi kepada 2 jenis iaitu bentuk geometri dan bentuk organik(Geometri: perabot, pinggan mangkuk / Organik: haiwan, tumbuhan)Bentuk geometri dan bentuk organik wujud pada alam semulajadidan pada objek buatan manusia

  • * Bentuk KonkritBentuk yang wujud pada objek sebenar

  • * Bentuk Ilusi Lukisan Kerusi

  • *Warna

    Kesan yang kelihatan akibat dari pantulan cahaya ke atas objek (Hadirnya cahaya menyebabkan objek dapat dilihat secara visual sebaliknya, tanpa cahaya objek tidak dapat dilihat dengan deria penglihatan)

    Terbahagi kepada tiga kategori iaitu:Warna Primer Warna asas adalah warna utama yang tidak boleh dihasilkan melalui campuran warna lain

    ii. Warna SekunderCampuran 2 warna primer yang bersebelahan dalam roda warna

    Warna TertierCampuran warna primer dengan warna sekunder yang bersebelahan dalam roda warna

  • *Roda WarnaWarna Primer (Asas) Warna SekunderWarna Tertier

  • * Warna Harmoni

  • *Warna PenggenapWarna yang bertentangan dalam roda warna

  • *Suhu Warna

  • *Warna Neutral

  • *Jalinan

    Kesan pada sesuatu permukaan

    Jenis Jalinan: Jalinan TampakKesan pada sesuatu permukaan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak boleh rasa (Contoh: gambar kulit buah tembikai, gambar jalan raya, gambar kulit kayu dan sebagainya)

    ii. Jalinan SentuhKesan sesuatu permukaan yang dapat dilihat dan dapat dirasa melalui deria sentuh (Contoh: kulit buah durian, bunga tayar, kain guni)

  • * Jalinan Tampak Gambar buah durianLukisanGambar batuan

  • * Jalinan SentuhBulu Kucing(Jalinan halus)Bunga Tayar(Jalinan bercorak)Kulit Kayu(Jalinan Kasar)

  • *Sifat sifat Jalinan:

  • *

  • *Harmoni

    Terhasil daripada susunan atau ulangan unsur-unsur seni visual yang dapat menimbulkan kesan menarik

    Wujud pada alam semulajadi dan pada objek buatan manusia

    Harmoni boleh diwujudkan dalam olahan seni visual melalui kesatuan unsur-usur garisan, rupa, bentuk, jalinan dan warna

  • *Harmoni bentuk dan warna (Alam Semulajadi) Harmoni Garisan ( Alam Semulajadi) Harmoni

  • *Harmoni rupa dan warna (Corak) HarmoniHarmoni bentuk (Tembikar)

  • *Kontra

    Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan

    Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus dan kesan pergerakan

    Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni,teknik dan bahan yang berlainan

    Kontra boleh diwujudkan melalui perbezaan dalam unsur seni seperti: Kontra garisan,Kontra rupa, Kontra bentuk, Kontra jalinan, Kontra warna dan sebagainya

  • *Kontra warna KontraKontra bentuk dan warna

  • *Kontra Rupa KontraKontra Garisan

  • *Kontra BentukKontra Jalinan Kontra

  • *Penegasan

    Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan

    Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan

    Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan prinsip kontra dalam unsur seni seperti:

    Kontra SaizKontra rupaKontra bentukKontra jalinanKontra warna

  • *PenegasanPenegasan warna dan jalinanPenegasan warna, jalinan dan bentuk

  • *PenegasanPenegasan warna dan saizPenegasan rupa

  • *Kepelbagaian

    Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, idea dan olahan unsur seni dalam gubahan

    Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu karya supaya gubahan tidak membosankan

    Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan pelbagai hal benda dan unsur seni seperti garisan, rupa, serta warna dalam sesuatu gubahan

  • *Kepelbagaian warna dan saizKepelbagaian bentukdan hal bendaKepelbagaian

  • *Kepelbagaian garisan dan jalinanKepelbagaian rupa, saiz dan warnaKepelbagaian

  • *Imbangan

    Imbangan bermaksud keadaan yang sebanding atau tidak berat sebelah, sama ada secara ilusi ataupun nyata

    Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:

    Imbangan simetri gubahan yang kelihatan sama berat antara kiri dan kanan (garisan axis dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut)

    Imbangan tidak simetri gubahan yang tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi masih mempunyai ciri-ciri yang menampakkan kesan keseimbangan

  • *Imbangan Simetri pada Alam SemulajadiImbangan Tidak Simetri pada Alam SemulajadiImbangan

  • *Imbangan

  • *Kesatuan

    Penggabungan prinsip rekaan dan unsur seni tersebut dapat mewujudkan kesatuan dalam sesebuah penghasilan karya sama ada karya 2 dimensi atau 3 dimensi

    Hasil gabungan prinsip rekaan dan unsur seni dalam menzahirkan sesuatu rekaan seni visual yang menarik

    Wujud pada alam semulajadi dan pada objek buatan manusia

  • *KesatuanGabungan unsur seni seperti bentuk, ruang dan warna dengan prinsip rekaan seperti harmoni menimbulkan kesatuan dalam karya 2 dimensi

  • *KesatuanGabungan unsur seni seperti bentuk, ruang dan warna dengan prinsip rekaan seperti , imbangan, kepelbagaian harmoni menimbulkan kesatuan dalam karya 3 dimensi

  • *Ritma dan Pergerakan

    Pergerakan ialah keadaan yang nampak bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar dan sebagainya

    Ritma dan pergerakan dapat dihasilkan melalui susunan unsur seni secara berulang ulang/berlapis lapis /bertindan tindih.

    Ritma dan pergerakan akan mewujudkan kepelbagaian dan dapat memberi kesan gubahan yang lebih hidup dan menarik

    Ritma dan pergerakan dapat dilihat pada kesan pergerakan seperti angin, air, ombak, taufan dan sebagainya

  • *

    Ritma dan Pergerakan pada karya 3 dimensiRitma dan PergerakanRitma dan Pergerakan pada karya 2 dimensi

  • *

    Terima kasih

    ********************************************************