05 farah wahidah roslan - penggunaan terapi floortime dalam merangsang komunikasi murid attention...

16
PENGGUNAAN TERAPI FLOORTIME DALAM MERANGSANG KOMUNIKASI MURID ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVE DISORDER (ADHD) Farah Wahidah binti Roslan Nurshidah binti Abu Husin, PhD IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka ABSTRAK Kaian tindakan ini dialankan untuk meran!san! komunikasi murid Attention De"i#it Hypera#ti$e Disorder %ADHD& melalui pen!!unaan 'erapi Floortime( 'erdapat dua bentuk tindak balas komunikasi yan! dikai iaitu komunikasi $erbal atau non)$erbal dan tindak balas dalam menden!ar arahan !uru di dalam bilik darah( Responden terdiri daripada seoran! murid ADHD dan empat oran! !uru Pendidikan Khas( Data dikumpul men!!unakan pemerhatian, temubual dan senarai semak( Dapatan kaian menunukkan keberkesanan pen!!unaan 'erapi Floortime dalam meran!san! komunikasi $erbal atau non)$erbal responden( Responden menunukkan peratus kekerapan komunikasiyan! tin!!i iaitu sebanyak *+ peratus( Dapatan u!a menunukkan baha a responden mampu men!ikuti arahan !uru di dalam bilik darah selepas pelaksanaan 'erapi Floortime( Kaian ini dapat menunukkan komunikasi murid ADHD dapat diran!san! melalui pen!!unaan 'erapi Floortime( Kata Kunci: Terapi Floortie! Kouni"a#i $an Tin$a" %ala# ABSTRACT 'his a#tion resear#h as #ondu#ted to stimulate #ommuni#ation o" #hildren ith Attention De"i#it Hypera#ti$e Disorder%ADHD& throu!h the use o" Floortime 'herapy( 'here are t o "orms o" responses in #ommuni#ation ere re$ie ed- $erbal or non)$erbal #ommuni#ation and the respons in listenin! to tea#hers instru#tion in the #lassroom( Respondents are an ADHD student and "our spe#ialedua#ationtea#hers( 'he data !athered by usin! obser$ation, inter$ie and #he#klist( 'he "indin!s sho the e""e#ti$eness o" usin! Floortime 'herapy in stimulatin! $erbal or non)$erbal #ommuni#ation( Respondent sho ed hi!h per#enta!e o" #ommuni#ation hi#h is *+ per#ent in "re.uen#y( 'he "indin!s also sho ed that respondent as able to "ollo his tea#her/s instru#tions in the #lassroom a"ter the Floortime 'herapy( 'his study sho ed that the ADHD #hildren/s #ommuni#ation #ould be stimulated throu!h the used o" Floortime 'herapy( Ke&'or$#: Floortie T(erap&! Counication an$ Re#pon# 37

Upload: nurul-jannah-ngapdi

Post on 04-Nov-2015

32 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sa

TRANSCRIPT

PENGGUNAAN TERAPI FLOORTIME DALAM MERANGSANG KOMUNIKASI MURID ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVE DISORDER (ADHD)

Farah Wahidah binti RoslanNurshidah binti Abu Husin, PhDIPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

ABSTRAKKajian tindakan ini dijalankan untuk merangsang komunikasi murid Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) melalui penggunaan Terapi Floortime. Terdapat dua bentuk tindak balas komunikasi yang dikaji iaitu komunikasi verbal atau non-verbal dan tindak balas dalam mendengar arahan guru di dalam bilik darjah. Responden terdiri daripada seorang murid ADHD dan empat orang guru Pendidikan Khas. Data dikumpul menggunakan pemerhatian, temubual dan senarai semak. Dapatan kajian menunjukkan keberkesanan penggunaan Terapi Floortime dalam merangsang komunikasi verbal atau non-verbal responden. Responden menunjukkan peratus kekerapan komunikasi yang tinggi iaitu sebanyak 83 peratus. Dapatan juga menunjukkan bahawa responden mampu mengikuti arahan guru di dalam bilik darjah selepas pelaksanaan Terapi Floortime. Kajian ini dapat menunjukkan komunikasi murid ADHD dapat dirangsang melalui penggunaan Terapi Floortime. Kata Kunci: Terapi Floortime, Komunikasi dan Tindak balas

ABSTRACTThis action research was conducted to stimulate communication of children with Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) through the use of Floortime Therapy. There are two forms of responses in communication were reviewed: verbal or non-verbal communication and the respons in listening to teachers instruction in the classroom. Respondents are an ADHD student and four special eduacation teachers. The data gathered by using observation, interview and checklist. The findings show the effectiveness of using Floortime Therapy in stimulating verbal or non-verbal communication. Respondent showed high percentage of communication which is 83 percent in frequency. The findings also showed that respondent was able to follow his teachers instructions in the classroom after the Floortime Therapy. This study showed that the ADHD childrens communication could be stimulated through the used of Floortime Therapy. Keywords: Floortime Therapy, Communication and Respons

PENGENALANKecelaruan komunikasi adalah ketidakupayaan untuk menerima, menghantar, memproses serta memahami konsep lisan, bukan lisan dan sistem simbol (American Speech-Language-Hearing Association, ASHA, 1993). Kecelaruan komunikasi sering dialami oleh kanak-kanak Pendidikan Khas dan salah satunya ialah kumpulan kanak-kanak Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD). Sindrom ADHD merupakan diagnosis masalah kognitif dan tingkah laku terhadap kanak-kanak dan orang dewasa (American Psychiatric Association,1994). Berikutan kefungsian kognitif dalam pemprosesan maklumat yang lemah serta terhad, golongan kanak-kanak ADHD mengalami simptom negatif seperti kesulitan untuk berkomunikasi dan sukar untuk mengekpresikan tindak balas dalam diri mereka (Bernstein, 2010).REFLEKSI PENGAJARANBerdasarkan pengalaman dalam pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran semasa program praktikum fasa tiga yang telah saya lalui di sebuah Program Pendidikan Khas Integrasi, terdapat murid Pendidikan Khas yang mempunyai masalah komunikasi. Semasa mengajar, saya mendapati murid yang mengalami masalah komunikasi ini, memiliki corak perilaku yang pendiam, impulsif, suka bersendirian, kerapkali meninggalkan tempat duduk dan menganggu rakan-rakannya dengan tujuan untuk memperoleh perhatian. Masalah komunikasi ini jelas kelihatan apabila murid tidak memberi tindak balas semasa ditanya dan tidak dapat mengikut arahan guru dengan baik. Sebagai contoh, apabila guru menanyakan soalan, murid berkenaan hanya mendiamkan diri dan kadangkala hanya mengulang semula pertanyaan yang didengarnya itu. Begitu juga apabila guru memberikan arahan di dalam kelas, murid bermasalah komunikasi ini tidak dapat mengikuti pernyataan arahan dan kurang menunjukkan sebarang reaksi. Guru terpaksa menggunakan nada keras serta menunjukkan demonstrasi arahan yang telah disampaikan bagi memastikan murid tadi mengikut arahan. Murid Pendidikan Khas yang bermasalah komunikasi perlu dibantu agar mereka dapat belajar dan berinteraksi seperti kanak-kanak normal yang lain. Justeru, saya menyediakan kajian tindakan ini bagi membantu mengurangkan masalah komunikasi yang dihadapi melalui pembinaan hubungan dengan murid. Terapi Floortime yang menekankan pembinaan hubungan rapat semasa aktiviti bermain dijangka dapat merangsang murid Pendidikan Khas untuk berkomunikasi.FOKUS KAJIANFokus kajian ini ialah terhadap murid Pendidikan Khas yang dilihat jelas mempunyai masalah komunikasi. Pengkaji memilih murid yang mengalami sindrom ADHD ini sebagai responden kajian kerana pengkaji ingin membantu mengurangkan masalah komunikasi yang dialaminya. Responden yang tidak dapat berkomunikasi dengan baik menyebabkan keperluan serta keinginan responden tidak dapat dipenuhi. Pengkaji ingin membimbing responden untuk belajar cara berkomunikasi sama ada secara non-verbal atau verbal dengan betul dan mesra. Dengan adanya komunikasi, nilai diri responden boleh difahami oleh orang sekelilingnya. Apabila responden mampu berinteraksi dan mempunyai komunikasi yang baik, responden juga akan mudah bergaul dengan rakan sekelas serta guru boleh menjalankan sesi pengajaran dengan lancar. Ini disokong dengan kenyataan Dockrell, Lindsay, Palikara dan Cullen (2007) iaitu kanak-kanak akan menunjukkan prestasi yang baik di sekolah, apabila nilai diri mereka difaham Pendekatan Terapi Floortime adalah satu kaedah untuk merawat kanak-kanak bermasalah komunikasi, yang mana ia memberi fokus terhadap kefungsian emosi, kapasiti sosial dan menekankan pembinaan hubungan (Greenspan dan Wieder, 2001). Terapi Floortime bersandarkan pada kepercayaan bahawa apabila kita cuba untuk berhubung dan bermain dengan individu bermasalah komunikasi, individu berkenaan mempunyai kepercayaan dan berasa yakin serta selamat untuk berinteraksi.

Rajah 1 Aspek penekanan dalam Terapi FloortimeAspek yang ditekankan di dalam Terapi Floortime ini sangat mustahak untuk diketahui bagi melihat polisi sebenar pelaksanaan Terapi ini ke atas kanak-kanak ADHD. Aspek ini juga memperlihatkan aspek penting yang hanya terdapat di dalam Terapi Floortime.Aktiviti permainan yang dirancang adalah secara spontan, mengikut rentak dan kehendak responden. Matlamat utama Terapi Floortime ini adalah untuk membina hubungan kepercayaan dan keyakinan menerusi aktiviti bermain bersama dengan responden agar dapat memperbaiki proses komunikasi antara satu sama lain. Terapi Floortime ini juga menekankan 6 tahap perkembangan emosi yang disebut sebagai The 6 Emotional Milestones bagi mendekati kanak-kanak bermasalah komunikasi yakni responden kajian. Berikut merupakan 6 tahap yang terlibat:

Jadual 1 Tahap-tahap Milestone FloortimeTahap Milestone Penerangan

Milestone 1Pengawalan kendiri (menimbulkan minat terhadap sekeliling).

Milestone 2Hubungan orang dewasa dengan kanak-kanak lebih rapat (keinginan berinteraksi dengan orang lain).

Milestone 3Meningkatkan kemahiran komunikasi dua hala (kanak-kanak itu sedar bahawa tindakannya membawa reaksi orang lain).

Milestone 4Mempertingkatkan komunikasi kompleks.

Milestone 5Idea emosional (kebolehan melahirkan perasaan).

Milestone 6Pemikiran emosional (kebolehan berfikir tanpa beremosi).

Pengkaji bertindak mengalakkan lagi tahap komunikasi responden ke arah yang lebih baik sehingga mampu mencapai mana-mana 6 tahap Milestones dalam Terapi Floortime.Apabila kanak-kanak sudah mula menguasai 6 tahap Milestones dalam Terapi Floortime, kanak-kanak tersebut secara tidak langsung dikatakan mempunyai asas untuk berkomunikasi, berfikir dan bersedia untuk percambahan emosi (Greenspan, 1997). Perihal aspek inilah yang dilihat bagi memantau perkembangan tahap komunikasi responden melalui pelaksanaan Terapi Floortime. Terdapat 5 langkah aktiviti bermain yang telah direka bentuk bagi memulakan Pendekatan Terapi Floortime iaitu:

Rajah 2 Langkah-langkah pelaksanaan Terapi FloortimePelaksanaan langkah-langkah dalam Terapi Floortime ini dijalankan secara berperingkat bagi melihat tindak balas responden terhadap aktiviti bermain bersama pasangannya. Pasangan bermain responden perlu aktif dan berfungsi untuk mengalakkan naluri responden supaya bertindak balas terhadap aktiviti bermain dalam Terapi Floortime. Lima langkah yang di reka bentuk ini dilaksanakan dalam setiap aktiviti terapi dan diulang berulang kali sehingga responden menunjukkan tindak balas yang positif.Kesimpulannya, dalam merangsang komunikasi responden, Terapi Floortime digunakan bagi melihat tindak balas verbal atau non-verbal yang ditunjukkan oleh responden. Terdapat 6 tahap Milestones dan 5 langkah pelaksanaan aktiviti bermain menjadi garis panduan yang perlu diikuti dalam menjalankan Terapi Floortime.TINJAUAN LITERATURKomunikasi merupakan kemahiran yang penting untuk dikuasai khususnya kepada guru dan murid di dalam bilik darjah. Berkomunikasi di dalam bilik darjah bukan sekadar menyampaikan ilmu tetapi membina hubungan agar dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Norliza (2010) menekankan bahawa halangan dalam komunikasi menganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Turut di sokong oleh Snowling, Adams, Bishop dan Stothard (2001) iaitu kekangan kanak-kanak berkomunikasi ini mendatangkan masalah akademik kepada mereka. Pengkaji mempunyai pandangan yang sama dengan kedua-dua kenyataan di atas, bahawa masalah dalam komunikasi akan memberi kepincangan terhadap pembelajaran dalam kelas. Lanjutan itu, pengkaji memilih permasalahan komunikasi ini sebagai fokus yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.Dapatan daripada Badan The Foundation for People with Learning Disabilities (2000) mencatatkan kanak-kanak khas mempunyai masalah sampingan iaitu kesukaran komunikasi atau bahasa pertuturanKanak-kanak keperluan khas kategori Lembam, ADHD, Autisme, Sindrom Down dan Terencat Akal seringkali mempunyai masalah komunikasi ini berikutan perkembangan kefungsian diri mereka adalah rendah jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal. Kanak-Kanak ADHD dilihat sebagai salah satu kategori berkeperluan Khas yang mengalami masalah komunikasi drastik. Lazimnya kesan sindrom ADHD terhadap kanak-kanak ialah wujudnya permasalahan komunikasi (OBrien, Felt, Van Harrison, Kochlar, Riolo dan Shebab, 2009). Kanak-kanak mengembangkan kebolehan berkomunikasi terlebih dahulu daripada bahasa. Perkembangan awal komunikasi dikatakan prasyarat bagi perkembangan bahasa. Namun, sekiranya kanak-kanak ADHD gagal untuk berkomunikasi, maka mereka juga sukar menguasai bahasa apatah lagi untuk bertutur. Hefley (2011) juga menyatakan dalam kajiannya bahawa kanak-kanak ADHD mengalami kesukaran untuk memberi tindak balas dalam situasi sosial kerana memiliki corak pemprosesan maklumat respon yang terhad dalam kognitif mereka. Justeru, berlakunya ketidaksampaian mesej dan ini merupakan salah satu ciri-ciri jelas yang ada pada responden dalam kajian pengkaji. Pelbagai alternatif direncana bagi membantu mengatasi masalah komunikasi ini daripada terus berlaku kepada kanak-kanak Khas. Terapi Floortime yang dipelopori oleh Greenspan dan Wielder (1997) merupakan salah satu kaedah bagi membantu kanak-kanak bermasalah komunikasi, kurang aktif dan tahap tumpuan lemah. Kajian mereka merupakan titik permulaan bagi penggunaan Terapi Floortime dan ia berterusan menjadi model rawatan bagi kanak-kanak yang bermasalah komunikasi, sosial dan emosi. Seramai 200 orang kanak-kanak kategori Autisme yang didapati mempunyai kecelaruan komunikasi telah menjadi responden dalam kajian Greenspan dan Wielder (1997). Terapi Floortime dilaksanakan ke atas kumpulan kanak-kanak Autisme tersebut dalam tempoh masa sekurang-kurangnya 2 tahun hingga ke 8 tahun. Penglibatan ibu bapa, ahli patologi, guru Pendidikan Khas dan ahli terapi cara kerja bekerjasama dalam menjalankan aktiviti Terapi Floortme tersebut.Instrumen The Functional Emotional Assessment Scale (FEAS) digunakan bagi melihat kadar komunikasi setiap responden. Kajian Greenspan dan Wielder (1997) merekodkan peningkatan tahap komunikasi, emosi, sosial dan empati sebanyak 58 peratus yang berlaku dalam kalangan responden. Pengkaji telah menggunakan kaedah berasaskan Terapi Floortime ini sebagai langkah untuk membantu merangsang responden berkomunikasi. Kemudian pada tahun 2005, Greenspan dan Wielder telah menerbitkan kajian susulan tentang 10 hingga 15 tahun permulaan rawatan terhadap 16 kanak-kanak lelaki Autisme (dalam lingkungan usia 12 dan 17 tahun) yang merupakan sebahagian daripada 200 kajian siri pertama. Semua kanak-kanak ini telah menerima hubungan yang komprehensif dan mengikuti program kerjasama berasaskan Terapi Floortime sekurang-kurangnya dua tahun. Kanak-kanak tersebut dilaporkan kini menjadi remaja yang empati, kreatif, reflektif dan mampu menguasai kemahiran akademik. Berdasarkan penemuan ini, pelopor Terapi Floortime mencadangkan bahawa sesetengah kanak-kanak Autisme boleh menguasai kemahiran asas dan mencapai tahap perkembangan komunikasi yang mana sebelum ini dianggap tidak boleh dicapai.Kajian Terapi Floortime lain iaitu; Play With A Child With Autism oleh Dionne dan Martini (2011) menggunakan Single-Subject iaitu seorang kanak-kanak lelaki Autisme berumur tiga tahun enam bulan. Terapi Floortime dijalankan sebanyak empat kali dalam seminggu selama 45 minit bagi satu sesi. Terapi dilaksanakan di rumah responden dengan bantuan pemerhatian daripada ibunya. Ibu responden merekodkan perubahan anaknya melalui penulisan diari. Dapatan daripada catatan diari si ibu, menunjukkan bahawa berlaku komunikasi yang spontan dan peningkatan aktiviti bukaan komunikasi antara ibu dan anaknya. Pengkaji memperlihatkan persamaan dengan kajian Dionne dan Martini (2011) iaitu memilih single-subject iaitu seorang murid ADHD dalam lingkungan umur 9 tahun sebagai sasaran kajian. P.L.A.Y Project (Play and Language for Autistic Youngster) oleh Solomon, Necheles, Ferch dan Bruckman (2007) telah disebarkan secara meluas yang melatih ibu bapa kepada kanak-kanak Autisme dalam pelaksanaan Terapi Floortime. Sampel yang melibatkan 68 kanak-kanak berumur dua hingga enam tahun (purata 3.7 tahun) mengikuti program P.L.A.Y selama lapan hingga 12 bulan. Ibu bapa digalakkan untuk melakukan aktiviti interaksi selama 15 jam seminggu. Kajian ini menggunakan Skala Penilaian Fungsi Emosi (FEAS) menunjukkan peningkatan yang ketara (p 0.0001). Sebanyak 45.5 peratus kanak-kanak menunjukkan kemajuan. Keputusan ini memperlihatkan bahawa kanak-kanak Autisme berpotensi untuk memajukan diri meskipun dalam usia yang muda.Pengkaji tempatan Mohd Hammieddy Esa (2012) juga telah mengaplikasikan Terapi Floortime bagi meningkatkan penglibatan aktif, tahap komunikasi dan tumpuan terhadap dua orang murid Autisme di Sekolah Kebangsaan Anchi, Sarawak. Aktiviti terapi dijalankan dalam mata pelajaran Kemahiran Manipulatif yang berorientasikan permainan. Aktiviti terapi dilakukan sebanyak tiga kali dalam seminggu dengan berbantukan alat perakam video, rekod anekdot dan rakaman foto. Keputusan kajian mendapati dua orang murid Autisme menunjukkan peningkatan sebanyak 29.1 peratus dalam komunikasi, tumpuan ditingkatkan sebanyak 35 peratus dan penglibatan aktif sebanyak 24.4 peratus dicatatkan. Kajian Mohd Hammieddy Esa (2012) ini berbeza dengan kajian pengkaji kerana pengkaji hanya melihat sejauh mana tahap komunikasi responden dapat ditingkatkan menggunakan terapi yang sama. Namun, mempunyai persamaan dari segi pelaksanaan aktiviti berorientasikan permainan. Lazimnya kajian yang dijalankan menggunakan Terapi Floortime ini dilakukan terhadap kanak-kanak Autisme, tapi tidak pada kajian sulung milik Greenspan (2009) yang menerbitkan penulisan berkaitan dengan pelaksanaan Terapi Floortime terhadap kanak-kanak ADHD. Responden dalam kajian ini merupakan anaknya sendiri iaitu Jacob Greenspan. Kajian ini menyatakan bahawa kanak-kanak ADHD boleh dikurangkan masalah tumpuan serta hiperaktifnya menggunakan Terapi Floortime dan tanpa bantuan rawatan perubatan. Kajian pengkaji adalah sama dengan kajian Greenspan (2009) yang menggunakan seorang responden sindrom ADHD untuk dibantu melalui Terapi Floortime bagi mengatasi masalah komunikasi yang dihadapi.Greenspan (1997) percaya bahawa pendekatan Terapi Floortime boleh membawa kanak-kanak boleh ke tahap yang lebih tinggi dengan bantuan seorang dewasa seperti ibu bapa, guru dan ahli terapi. Maka, cara terbaik membantu kanak-kanak ADHD adalah dengan adanya kerjasama bersama guru-guru, ibu bapa, dan ahli terapi atau doktor. Maka, cara terbaik membantu kanak-kanak ADHD adalah dengan adanya kerjasama bersama guru-guru, ibu bapa, dan ahli terapi atau doktor. Dengan menggunakan Terapi Floortime, kanak-kanak yang bermasalah komunikasi boleh kembali di landasan yang betul dari mana perkembangan mereka terhenti (Greenspan dan Wieder, 1997). Kajian lepas seperti Greenspan (2009), Solomon et.al (2007) dan Mohd Hammieddy (2012) berjaya membuktikan keberkesanan Terapi Floortime dan perlu diperkembangkan lagi agar sebarang permasalahan komunikasi mampu dibendung dengan langkah yang wajar. Pengkaji melihat kejayaan penggunaan Terapi Floortime pada pengkaji lepas sebagai satu peluang untuk membantu mengurangkan permasalahan komunikasi yang dihadapi khususnya pada kanak-kanak berkeperluan khas. Kajian penggunaan Terapi Floortime ini boleh diperluaskan lagi kemampuannya dengan adanya pengaplikasian daripada ramai pihak.

OBJEKTIF KAJIANObjektif kajian ini adalah untuk :a.Merangsang responden untuk memberi tindak balas secara non-verbal atau verbal melalui penggunaan Terapi Floortime.b.Mengenalpasti sama ada penggunaan Terapi Floortime dapat membantu responden untuk mengikut arahan guru di dalam kelas. Soalan KajianBerdasarkan objektif kajian yang telah dibincangkan, persoalan kajian yang berikut akan dijawab menerusi kajian ini.Persoalan kajian ini adalah seperti berikut:i.Bagaimanakah untuk merangsang responden dalam memberi tindak balas secara non-verbal atau verbal?ii.Adakah responden dapat mengikuti arahan guru yang di dalam kelas menggunakan Terapi Floortime? KUMPULAN SASARANJadual 2 Ciri-ciri respondenResponden : Murid Pendidikan Khas kategori ADHD

Jantina: Lelaki

Bangsa/ Agama: Cina /Kristian

Kekuatan : Menguasai kemahiran 3M Mampu melakukan pengiraan Matematik dan mengeja suku kata dengan cepat.

Kelemahan: Tahap komunikasi sangat terhad dan memerlukan penerangan arahan atau pernyataan yang berulang kali.

Tingkah laku lain: Suka bermain tombol pintu dan tingkap berulang kali, obses dengan benda yang berpusing seperti kipas angin, selalu bersembunyi di bawah meja dan ekolalia.

PELAKSANAAN TINDAKAN

Rajah 3 diatas merupakan carta aliran yang menunjukkan proses pelaksanaan Terapi Floortime sepanjang kajian ini dijalankan ke atas responden. Menerusi rajah ini, perkembangan terapi dapat dikenal pasti sama ada memberi kesan positif atau negatif.DAPATAN KAJIANPemerhatian (Semasa terapi).Hasil dapatan pemerhatian ini adalah bagi menjawab persoalan kajian pertama:i. Bagaimanakah untuk merangsang responden dalam memberi tindak balas secara non-verbal atau verbal?Peratus kekerapan dipersembahkan dalam bentuk graf bar bagi melihat peningkatan komunikasi yang berlaku pada responden dengan lebih jelas.

Rajah 4 Peratus kekerapan komunikasi responden dalam sesi Terapi Floortime.

Berdasarkan Rajah 4 diatas, dapat diinterpretasikan tahap komunikasi responden semakin meningkat apabila pada sesi terapi pertama, responden hanya menunjukkan komunikasi sebanyak 44 peratus, manakala pada akhir sesi, tahap komunikasi meningkat sehingga ke 83 peratus. Meskipun terdapat dua sesi yang dilihat penurunan komunikasi seperti pada sesi kelima dan ketujuh, namun responden masih menunjukkan tindak balas dan ingin berinteraksi dengan pasangan terapinya.

Kesimpulannya, dapatan pemerhatian menunjukkan berlakunya peningkatan kekerapan responden berkomunikasi semasa Terapi Floortime. Ini menjawab persoalan kajian yang pertama, iaitu penggunaan Terapi Floortime dapat merangsang responden untuk memberi tindak balas. Dalam mengukur sejauh mana peningkatan komunikasi responden, berikut merupakan graf garis yang memperlihatkan tahap pencapaian mengikut garis panduan 6 Tahap Milestone Floortime. Peratus kekerapan dipersembahkan dalam bentuk graf garis bagi melihat pencapaian responden mengikut 6 tahap Milestones Floortime.Rajah 5 Graf garis kekerapan komunikasi berdasarkan 6 Tahap Milestone Floortime.

Berdasarkan Rajah 5, dapat dilihat menerusi peratus kekerapan (Ya) bahawa responden telah menguasai item komunikasi pertama iaitu Pengawalan kendiri (menimbulkan minat terhadap sekeliling) sebanyak 100 peratus. Responden juga semakin menghampiri tahap komunikasi pada item kedua (Hubungan orang dewasa dengan kanak-kanak lebih rapat) sebanyak 85 peratus dan item ketiga (kemahiran komunikasi dua hala) sebanyak 69 peratus. Keputusan ini menunjukkan responden mempunyai potensi untuk menguasai 6 tahap Milestones Floortime dan berkomunikasi seperti kanak-kanak normal yang lain.

Senarai Semak (Selepas terapi).Bagi melihat keberkesanan pelaksanaan Terapi Floortime ke atas responden, pengkaji mengedarkan instrumen senarai semak kepada empat orang guru Pendidikan Khas yang mengajar dalam kelas responden. Instrumen senarai semak mengandungi tujuh item arahan bagi melihat tindak balas responden dalam mengikuti arahan guru di dalam bilik darjah. Analisis dapatan senarai semak ini adalah untuk menjawab persoalan kedua kajian iaitu:ii. Adakah responden dapat mengikuti arahan guru yang di dalam kelas menggunakan Terapi Floortime?

Jadual 3 menunjukkan maklum balas daripada guru-guru mengenai prestasi kekerapan responden dalam mengikuti arahan guru.Jadual 3 Prestasi kekerapan responden mengikuti arahan di dalam kelasBilItem arahanFrekuensi (Ada)Peratus % (Ada)Frekuensi (Tidak)Peratus % (Tidak)

1Mendengar arahan aktiviti410000

2Memahami arahan aktiviti410000

3Menyiapkan kerja sehingga selesai410000

4Segera melakukan kerja250250

5Meninggalkan kerja125375

6Menolak kerja375125

Berdasarkan jadual 3, dapat dilihat bahawa empat orang guru yang mengajar mendapati responden dapat mengikuti arahan yang diberikan di dalam bilik darjah. Kadar responden mendengar, memahami,menyiapkan kerja dan memberi tindak balas terhadap arahan guru adalah 100 peratus. Merujuk kutipan data yang diperolehi hasil daripada edaran instrumen senarai semak ini, kesemua guru-guru telah melaporkan bahawa responden mampu mengikuti arahan guru di dalam bilik darjah. Dapatan keputusan senarai semak ini membuktikan bahawa dengan bantuan Terapi Floortime, responden dapat mengikut arahan yang diberikan oleh guru.

KESIMPULAN DAN REFLEKSIKemampuan Terapi Floortime dalam merangsang komunikasi kanak-kanak ADHD adalah terbukti berjaya dengan hasil keputusan analisis yang dipaparkan menunjukkan peningkatan positif. Kajian ini mencapai kedua-dua objektif yang telah digariskan. Dengan bantuan Terapi Floortime, kekerapan responden berkomunikasi semakin meningkat dan difahami oleh orang sekeliling. Ternyata, penggunaan Terapi Floortime ini mampu merangsang kanak-kanak yang bermasalah komunikasi untuk menjadi lebih bertindak balas dan sedia untuk berinteraksi dengan orang lain, sekaligus dapat meningkatkan amalan pengajaran guru.CADANGAN KAJIAN LANJUTANAntara bentuk penambahbaikkan yang wajar dilakukan ialah waktu pelaksanaan sesi Terapi Floortime perlu ditetapkan dan mempunyai waktunya yang tersendiri. Sebagai contoh sebanyak empat kali dalam seminggu pada waktu pagi atau petang. Ini akan memudahkan pengkaji dan responden memperuntukkan masa untuk bersama dan menjadi lebih bersedia. Selain itu, kumpulan sasaran juga boleh diperluaskan namun masih menjurus kepada kanak-kanak yang mengalami kecelaruan komunikasi seperti hiperaktif, terencat akal, slow learner dan masalah pertuturan. SENARAI RUJUKANAmerican Psychiatric Association. (1994). Diagnostic And Statistical Manual Of Mental Disorders Ed.ke.4. USA,Washington DC: American Psychiatric Association.American Speech-Language-Hearing Association, ASHA. (1993). Communication Disorders and Variations. Diperoleh Ogos 8, 2013 daripada www.asha.org/policy.Bernstein, J. (2010). Liking the Child You Love: How to build a better relationship with your kids--even when they're driving you crazy. Diperoleh Julai 1, 2013 daripada http://www.psychologytoday.com/ Dockrell, J., Lindsay, G., Palikara, O., & Cullen, M.A. (2007).Raising the achievements of children and young people with specific speech and language difficulties and other special educational needs through school, to work and college. RR837.Nottingham: DfES.198pp.Greenspan, S. (1997). Developmentally Based Psychotherapy. Madison, CT: International Universities Press.Greenspan, S., DeGangi, G., and Wielder, S. (2001). Functional Emotional Assessment Scale for Infancy and Childhood (FEAS). Bethesda, MD: Interdisciplinary Council on Developmental and Learning Disorders.Greenspan, S., and Wielder, S. (1997). Developmental patterns and outcomes in infants and children with disorders in relating and communicating. Journal of Developmental and Learning Disorders,1, 2837.Greespan, S., and Wielder, S. (2005). Can Children With Autism Master The Core Deficits And Become Empathetic,Creative, And Reflective?. Bethesda, MD: Interdisciplinary Council on Developmental and Learning Disorders.

Greenspan, S. (2009). Overcoming ADHD: Helping your child become child calm, engaged and focused-without a pill. Massachusetts: De Capo Press.

Hefley, G. (2011). ADHD and Social Interactions. Diakses pada 2 Julai 2013. Diperoleh daripada http://www.4-adhd.com/article5.html.Mohd Hammieddy Esa. (2012, September). Penggunaan terapi masa di lantai bagi meningkatkan tingkah laku positif murid Autisme dalam mata pelajaran kemahiran manipulatif. IPG Kampus Miri, Sarawak, Malaysia.Norliza. (2010). Kemahiran komunikasi terhadap konteks hubungan sosial dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Diperoleh Julai 2, 2013 daripadahttp://www.mymla.org/files/icmm2010_papers/ICMM2010_p50. OBrien, M.D, Felt B.T, Van Harrison R., Kochhar P.K., Riolo S.A., and Shehab N. (2009). Attention-Deficit Hyperactivity Disorder Guidelines For Clinical Care. University of Michigan Health System, Michigan, United State.Snowling, M.J., Adams, J.W., Bishop, D.V.M., and Stothard, S.E. (2001) Educational Attainments of School Leavers with a Pre-School History of Speech-Language Impairments IJLCD 36.Solomon, R., Necheles, J., Ferch, C., and Bruckman, D. (2007). Pilot Study Of A Parent Training Program For Young Children With Autism: The PLAY project home consultation program. Autism2007 SAGE Publications and The National. Vol 11(3) 205224. Diperoleh Mac 5,2013 daripadahttp://www.icdl.com/dirFloortime/research/documents/PLAYProjectArticleSolomon.pdfThe Foundation for People with Learning Disabilities (2000). Learning Disabilities. The Fundamental Facts London: The Mental Health Foundation.51