04095116topik5sistembekalanair

16
X PENGENALAN Keperluan terhadap bekalan air bersih bagi setiap hidupan sememangnya tidak dapat dinafikan. Oleh sebab hampir 70% kandungan badan kita terdiri daripada elemen cecair, maka sudah pasti air dan kehidupan tidak dapat dipisahkan. Air bersih yang anda perolehi daripada sumber bekalan pihak berkuasa atau melalui sistem bekalan air awam seharusnya mempunyai kualiti dan kuantiti yang dijamin. Bagi tujuan kegunaan domestik, air bersih yang berkualiti perlu menepati piawaian minima yang diperakui oleh World Health Organisation (WHO). Apakah kriteria utama yang perlu dipenuhi oleh pihak pembekal air supaya air bersih yang diterima oleh pengguna mencapai piawai yang ditetapkan? Anda akan mengetahui jawapannya setelah selesai membaca topik ini. T T o o p p i i k k 5 5 Sistem Bekalan Air X Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan tiga kaedah penghantaran bekalan air bersih kepada pengguna; 2. Menerangkan empat kaedah pengagihan bekalan air awam; 3. Menghuraikan sistem agihan air domestik; 4. Membandingkan sistem bekalan air secara terus dan tidak terus bagi penggunaan domestik; dan 5. Membincangkan kepentingan tangki simpanan air dalam sistem bekalan air secara tidak terus. HASIL PEMBELAJARAN

Upload: sukriskbd

Post on 12-Aug-2015

130 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: 04095116Topik5SistemBekalanAir

PENGENALAN

Keperluan terhadap bekalan air bersih bagi setiap hidupan sememangnya tidak dapat dinafikan. Oleh sebab hampir 70% kandungan badan kita terdiri daripada elemen cecair, maka sudah pasti air dan kehidupan tidak dapat dipisahkan. Air bersih yang anda perolehi daripada sumber bekalan pihak berkuasa atau melalui sistem bekalan air awam seharusnya mempunyai kualiti dan kuantiti yang dijamin. Bagi tujuan kegunaan domestik, air bersih yang berkualiti perlu menepati piawaian minima yang diperakui oleh World Health Organisation (WHO). Apakah kriteria utama yang perlu dipenuhi oleh pihak pembekal air supaya air bersih yang diterima oleh pengguna mencapai piawai yang ditetapkan? Anda akan mengetahui jawapannya setelah selesai membaca topik ini.

TTooppiikk  55 Sistem  Bekalan Air

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menghuraikan tiga kaedah penghantaran bekalan air bersih kepada pengguna;

2. Menerangkan empat kaedah pengagihan bekalan air awam;

3. Menghuraikan sistem agihan air domestik;

4. Membandingkan sistem bekalan air secara terus dan tidak terusbagi penggunaan domestik; dan

5. Membincangkan kepentingan tangki simpanan air dalam sistem bekalan air secara tidak terus.

HASIL PEMBELAJARAN

Page 2: 04095116Topik5SistemBekalanAir

TOPIK 5 SISTEM BEKALAN AIR

70

KAEDAH PENGHANTARAN BEKALAN AIR BERSIH

5.1

Air mentah yang telah diproses di loji rawatan air perlu disalurkan kepada pengguna industri dan domestik. Sistem penghantaran bekalan air sumber dikatakan cekap jika ia menepati keperluan berikut:

(a) Kualiti air memenuhi kehendak-kehendak tempatan seperti warna, bau, kekerasan dan pepejal terampai

(b) Kadar tekanan dan kuantiti air yang mencukupi untuk semua kegunaan

(c) Kekurangan kadar bekalan yang tidak melebihi 15% iaitu pada kadar minimum

(d) Spesifikasi sistem yang tahan lama, ekonomikal dan senang disenggarakan Terdapat tiga kaedah penghantaran bekalan air sumber di mana setiap satunya dapat mewujudkan tekanan di dalam paip bekal untuk agihan iaitu:

(i) Sistem Graviti

(ii) Sistem Berpam

(iii) Sistem Graviti dan Berpam

5.1.1 Sistem Graviti

Konsep sistem graviti adalah keadaan di mana air disalurkan dari tempat tinggi ke tempat rendah dengan menggunakan daya graviti. Loji pembersihan air dibina di atas tapak yang arasnya terletak lebih tinggi daripada pengguna. Tekanan perlu dikawal supaya tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah sehingga merosakkan sistem agihan. Kerugian turus akan merendahkan tekanan air. Fenomena ini akan menyebabkan pengguna di bahagian hujung sistem agihan menerima tekanan yang kurang daripada pengguna di bahagian awal sistem. Proses peningkatan semula tekanan dapat dilakukan seberapa banyak kali yang diperlukan selagi kuantiti air mencukupi.

Page 3: 04095116Topik5SistemBekalanAir

TOPIK 5 SISTEM BEKALAN AIR 71

5.1.2 Sistem Berpam

Sistem berpam digunakan jika turus tekanan pengguna rendah atau pengguna berada di tempat yang lebih tinggi daripada loji bekalan air. Di dalam sistem ini, air yang telah diproses dipam terus ke dalam paip utama tanpa memerlukan storan. Kelebihan utama sistem ini ialah tekanan air pengguna dapat diubah suai mengikut keperluan.

5.1.3 Sistem Graviti dan Berpam

Dalam sistem ini, air yang telah diproses dipam naik untuk disimpan di dalam tangki atau kolam air diparas yang tinggi. Penghantaran air kepada pengguna dari tangki atau kolam ini dilakukan secara graviti. Ini bermakna semua pengguna mesti berada di paras yang lebih rendah daripada tangki atau kolam tersebut. Sistem ini paling kerap digunakan kerana faktor keberkesanan dan ekonomikal. Sistem ini mempunyai kelebihan storan air semasa bekalan elektrik terputus di samping memerlukan pam sederhana yang berkadar sama.

AKTIVITI 5.1

Anda dikehendaki memperolehi maklumat daripada pihak pembekal air awam di kawasan anda (seperti SYABAS di Selangor) mengenai proses atau langkah-langkah yang diambil untuk merawat air di loji rawatan air setempat. Sebagai panduan, anda mungkin boleh melayari laman web ini, http://www.syabas.com.my/maintechnology.php?pg_post=2&pg_id=3&menu_id=9

KAEDAH PENGAGIHAN BEKALAN AIR AWAM

5.2

Paip bekalan air lazimnya ditanam di dalam tanah dan dirintangkan mengikut tataatur jalan raya. Pengagihan bekalan air untuk skim perumahan lazimnya mempunyai empat kaedah iaitu:

(a) Kaedah Hujung Mati

(b) Kaedah Grid

Page 4: 04095116Topik5SistemBekalanAir

TOPIK 5 SISTEM BEKALAN AIR

72

(c) Kaedah Gelang

(d) Kaedah Jejarian

5.2.1 Kaedah Hujung Mati

Kaedah ini sesuai digunakan untuk skim perumahan kerana faktor ekonomikal dan senang untuk pembangunan seterusnya. Kaedah tersebut adalah ekonomikal kerana penggunaan paip yang kurang berbanding kaedah yang lain. Panjang sesuatu pemasangan paip adalah pada tahap yang minimum. Kelemahan utama sistem ini ialah air hanya mengalir pada satu arah mati sahaja. Jika berlaku kerosakan pada mana-mana paip, bekalan air kepada semua pengguna akan terputus. Aliran air sebegini juga boleh mengurangkan kesegaran air. Selain itu, tekanan air juga tidak dapat ditingkatkan ketika diperlukan terutamanya semasa berlaku kebakaran. Keadaan susun atur kaedah ini ditunjukkan di dalam Rajah 5.1.

Rajah 5.1: Susun atur paip bagi kaedah hujung mati

5.2.2 Kaedah Grid

Sistem ini sesuai digunakan bagi bandar-bandar yang terancang. Dalam kaedah grid ini, semua paip utama, cabang dan suapan dicantumkan di antara satu sama lain. Kaedah ini agak mahal kerana melibatkan penggunaan paip yang lebih panjang bagi membekal air kepada pengguna. Namun begitu, kelebihannya ialah keupayaan sistem ini membekalkan air yang sentiasa segar dan secara berterusan. Bekalan air ke pengguna tidak akan terjejas

Page 5: 04095116Topik5SistemBekalanAir

TOPIK 5 SISTEM BEKALAN AIR 73

sekiranya berlaku kebocoran pada mana-mana bahagian tertentu. Kadar tekanan air dapat ditingkatkan dengan menghalakan aliran air ke tempat yang diperlukan. Kedudukan susun atur kaedah ini ditunjukkan dalam Rajah 5.2.

Rajah 5.2: Susun atur paip bagi kaedah grid

5.2.3 Kaedah Gelang

Konsep kaedah ini hampir sama seperti kaedah grid. Perbezaannya ialah kewujudan gegelang yang berbentuk bulat atau segiempat yang disediakan di sekitar kawasan yang memerlukan bekalan air dengan paip utama mengelilingi kawasan bekalan. Kaedah ini sesuai digunakan bagi bandar yang mempunyai sistem jalan raya yang teratur dan lurus. Biasanya kaedah ini digunakan di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Keadaan susun atur kaedah gelang ini ditunjukkan dalam Rajah 5.3.

Rajah 5.3: Susun atur paip bagi kaedah gelang

Page 6: 04095116Topik5SistemBekalanAir

TOPIK 5 SISTEM BEKALAN AIR

74

5.2.4 Kaedah Jejarian

Sistem jejarian sesuai digunakan bagi bandar atau skim perumahan yang mempunyai susun atur jalan raya berjejari seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.4.

Rajah 5.4: Susun atur paip bagi kaedah jejarian

AKTIVITI 5.2

Lakukan kajian ke atas kaedah pengagihan air awam di tempat kediaman anda. Bandingkan daripada segi kelebihan dan kekurangan kaedah yang digunakan berbeza dengan kaedah-kaedah lain yang dipelajari.

SISTEM AGIHAN AIR DOMESTIK 5.3

Proses menyalurkan air kepada pengguna memerlukan satu sistem agihan lengkap yang merangkumi:

Paip utama

Paip perkhidmatan

Paip agihan

Pili air

Meter

Pam (sekiranya ada)

Tangki simpanan (terdapat paip limpahan dan cucian)

Injap

Page 7: 04095116Topik5SistemBekalanAir

TOPIK 5 SISTEM BEKALAN AIR 75

5.3.1 Kaedah Penyambungan Paip Bekalan Air Utama Kepada Paip Agihan

Air dibekalkan kepada pengguna apabila terdapat permintaan dari pengguna itu sendiri. Notis bertulis perlu diberikan sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum kerja-kerja penyambungan ke sesalur air dilakukan. Maka apabila permohonan diluluskan, kerja-kerja penyambungan akan dijalankan berdasarkan pelan keratan yang ditunjukkan dalam Rajah 5.5.

Rajah 5.5: Pelan keratan keadaan penyambungan ke kediaman

Kaedah penyambungannya bermula dengan sesalur air digerudi dan disadap dengan suatu alat khas semasa air sedang mengalir. Sebuah injap palam dipasangkan pada sesalur dan paip penghubung disambungkan kepada injap tersebut. Keadaan penyambungan seperti ini ditunjukkan pada Rajah 5.6.

Rajah 5.6: Mekanisme penyambung antara paip utama ke kediaman

Page 8: 04095116Topik5SistemBekalanAir

TOPIK 5 SISTEM BEKALAN AIR

76

Bentuk leher angsa dibentuk pada paip untuk melegakan tegasan pada paip dan injap seperti ditunjukkan pada Rajah 5.7. Paip dipasang di atas lapisan pasir setebal 50mm. Injap penahan dipasang pada paip di dalam sebuah kotak yang mempunyai penutup berengsel.

Rajah 5.7: Penyambungan paip dari paip salur utama ke kediaman

Sambungan paip bawah tanah ke meter hendaklah dibengkang-bengkokkan untuk membolehkan paip tersebut mengenap. Paip yang dibengkang-bengkokkan ini membolehkan proses pengecutan berlaku dan menghalang tegasan pada paip tersebut.

5.3.2 Sistem Bekalan Air Sejuk Domestik

Terdapat dua sistem bekalan air sejuk untuk rumah-rumah kediaman masa kini iaitu:

sistem bekalan air secara terus; dan

sistem bekalan air secara tidak terus. Kedua-dua sistem ini akan dibincangkan dalam subtopik yang seterusnya.

AKTIVITI 5.3

Lakukan semakan pada meter air di rumah kediaman anda:

(a) Di manakah kedudukan meter dalam sistem perpaipan bekalan air; dan

(b) Semak bil air terbaru; jumlah isi padu air digunakan dan caj yang dikenakan.

Page 9: 04095116Topik5SistemBekalanAir

TOPIK 5 SISTEM BEKALAN AIR 77

BEKALAN AIR SECARA TERUS 5.4

Sistem ini membekalkan air bersih kepada semua peralatan kebersihan dalam sesebuah rumah kediaman secara terus daripada saluran air utama. Tangki bekalan air bersih diperlukan hanya untuk pembekalan air ke silinder simpanan air panas. Kapasiti minimum tangki air sejuk adalah 114 liter atau bersamaan dengan muatan silinder air panas. Rujuk Rajah 5.8 bagi mengenal sistem bekalan air secara langsung.

Rajah 5.8: Sistem bekalan air terus

Sistem bekalan secara terus mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

(a) Air yang dibekalkan melalui kaedah ini membolehkan pengguna sentiasa menerima bekalan air bersih dari pembekal melalui paip perkhidmatan.

(b) Kaedah bekalan air secara terus tidak memerlukan tangki simpanan. Oleh yang demikian, pengguna tidak perlu menjalankan penyenggaraan secara rutin bagi menjamin kualiti air yang digunakan.

Page 10: 04095116Topik5SistemBekalanAir

TOPIK 5 SISTEM BEKALAN AIR

78

(c) Bagaimanapun kaedah ini terdedah kepada masalah bekalan terputus sekiranya paip utama pecah, kerja-kerja penyenggaraan dan penaikan taraf dilakukan pada paip utama.

Jaminan untuk mendapatkan bekalan air secara berterusan tanpa gangguan sekiranya berlaku masalah pada paip bekal utama sekurang-kurangnya dalam tempoh sehari, dan undang-undang berkaitan menyebabkan sistem bekalan air secara terus adalah tidak praktikal. Bincangkan.

AKTIVITI 5.4

BEKALAN AIR SECARA TIDAK TERUS 5.5

Dalam sistem ini, semua pemasangan kecuali bekalan pada sinki dan pancuran air dibekalkan secara tidak langsung dari tangki simpanan air sejuk. Oleh kerana tangki membekalkan air ke semua peralatan kebersihan, maka muatan tangki simpanan adalah dua kali ganda dari tangki untuk sistem bekalan air secara terus, iaitu 227 liter. Rujuk Rajah 5.9 bagi mengenal sistem bekalan air secara tidak terus. Sistem bekalan air secara tidak terus mempunyai kelebihan atau kekurangan seperti berikut: (a) Air yang dibekalkan melalui kaedah ini membolehkan pengguna menerima

bekalan air bersih dari tangki simpanan secara berterusan walaupun bekalan air melalui paip utama terputus.

(b) Kaedah bekalan air secara tidak terus memerlukan tangki simpanan. Oleh

itu, pengguna perlu menjalankan penyenggaraan secara rutin bagi menjamin kualiti air yang digunakan.

(c) Kaedah ini terdedah kepada masalah kebersihan sekiranya kerja-kerja

penyenggaraan tidak dilakukan. Kejadian seperti paip utama pecah atau apabila kerja-kerja penyambungan baru dibuat menyebabkan tanah, lumpur atau kotoran di tempat di mana kerja dibuat dibawa ke tangki simpanan di rumah pengguna.

Page 11: 04095116Topik5SistemBekalanAir

TOPIK 5 SISTEM BEKALAN AIR 79

Rajah 5.9: Sistem Bekalan Air Tak Terus

5.5.1 Pengagihan Air ke Kelengkapan Perpaipan di Rumah

• Air dari paip bekal dibawa ke tangki oleh paip menegak (raising main) yang juga dikenali sebagai paip perkhidmatan. Garis pusat yang sesuai untuk paip ini adalah 13mm.

• Dari tangki, air dibawa masuk ke pemasangan-pemasangan termasuk tangki air panas melalui paip agihan (distribution pipe).

• Perhatikan bagaimana paip di dapur mendapat bekalan air terus dari paip bekalan.

• Paip agihan disambung di tangki 50mm (2 inci) dari bawah atau dasar tangki supaya kotoran di dalam tangki tidak memasuki paip-paip tersebut.

• Kunci air dipasang selalu dan sesudah tangki untuk memisahkan tangki dari sistem air ini sekiranya ada keperluan pembaikan dan servis.

Page 12: 04095116Topik5SistemBekalanAir

TOPIK 5 SISTEM BEKALAN AIR

80

• Paip limpahan diletakkan di atas sedikit dari aras injap bola bagi memberi laluan air supaya tidak melebihi had aras yang ditampung tangki sekiranya berlaku kerosakan pada injap.

• Paip cuci disambung di bahagian dasar tangki; ÂdrainÊ atau Âemptying plug' mestilah disediakan apabila air perlu dikosongkan untuk kerja penyenggaraan atau mengganti tangki baru.

5.5.2 Tangki Air Simpanan

Penggunaan tangki simpanan dapat menjamin bekalan air bagi sekurang-kurangnya sehari jika paip utama tidak membekalkan air. Seterusnya, ini dapat memenuhi kehendak segera contohnya apabila berlaku kebakaran, air dari tangki terus dapat digunakan dan dalam masa yang sama air terus memenuhi tangki. Sekiranya bekalan air panas diperlukan untuk sesebuah rumah, maka bekalan untuk tangki air panas boleh didapati daripada tangki simpanan. Ini dapat mengurangkan keperluan injap keselamatan (safety valve requirement). Di antara perkara yang perlu dipertimbangkan apabila tangki simpanan digunakan adalah:

Ianya berkehendakkan ruang/tempat dan bahan penyokong yang mencukupi; dan

Tangki air mudah menjadi kotor lebih-lebih lagi jika tidak ditutup. Bahagian-bahagian yang terdapat pada sebuah tangki simpanan air yang lazim adalah seperti dalam Rajah 5.10.

Page 13: 04095116Topik5SistemBekalanAir

TOPIK 5 SISTEM BEKALAN AIR 81

Rajah 5.10: Tangki simpanan air

Sumber: Kerja paip domestik tingkatan 4 dan 5 KBSM Terdapat pelbagai jenis bahan yang digunakan untuk tangki simpanan walau bagaimanapun, jenis gentian kaca dan bahan polimer/plastik adalah yang paling luas digunakan. Bahan jenis ini digunakan kerana:

Ia ringan dan senang dipasang

Ia tidak berkarat

Sudut di permukaan dalamnya senang dicuci

Ia memerlukan tapak yang rata; tidak kuat sekiranya diletak di atas alang kayu sahaja.

Dapatkan maklumat dari pihak berwajib bagi penentuan (specification) tangki simpanan air supaya sesuatu pelan rumah/arkitek boleh mendapat kelulusan.

AKTIVITI 5.5

5.5.3 Anggaran Bekalan Air yang Diperlukan di Bangunan Kecil/Domestik

Bekalan air sehari untuk sebuah rumah biasa ditentukan dengan mengambil kira jumlah penghuninya. Kebanyakan rumah biasa adalah tertakluk kepada undang-undang kecil (by laws) tertentu yang menentukan bahawa setiap penghuni mesti mendapat bekalan sebanyak 90 liter sehari. Dengan ini anggaran bekalan air

Page 14: 04095116Topik5SistemBekalanAir

TOPIK 5 SISTEM BEKALAN AIR

82

yang diperlukan oleh sesebuah rumah dapat ditentukan dengan mendarab jumlah penghuni dengan angka tersebut.

Untuk bangunan lain pula, penentuan bekalan air dibuat dengan mengambil kira pemasangan di bangunan itu mengikut Jadual 5.1.

Jadual 5.1: Penentuan Bekalan Air untuk Bangunan Lain

Pemasangan Isipadu (liter)

Besen basuh (washing basin) • basuh tangan • basuh tangan dan muka • basuh rambut

5

10 20

Pancur mandi (shower) 40

Tempat mandi (bath) 110

Mangkuk Tandas (water closet) 10

Mesin Pencuci kain (washing machine) 150

Sinki • cuci pinggan • lain-lain

15 10

5.5.4 Kedudukan Tangki Air dan Pemasangannya

Berikut disenaraikan kedudukan tangki air dan pemasangannya:

Di bangunan-bangunan kecil, tangki air selalunya ditempatkan di ruang bawah bumbung untuk mendapatkan tekanan yang baik dan di ruang atas bilik air.

Di bangunan-bangunan besar, tangki air ditempatkan mengikut zon dengan mengadakan tangki-tangki berasingan yang mengambil kira kehendak pihak bomba dan pihak penguasa air.

Di negara-negara sejuk, ruang tangki air dipanaskan untuk mengelakkan pembekuan air.

Ruang di mana tangki diletakkan mestilah mempunyai pertukaran udara yang memuaskan.

Ruang tersebut mestilah cukup besar untuk melakukan kerja-kerja pembaikan dan pembersihan dan juga untuk menukarkan tangki-tangki itu apabila berlaku kerosakan atau lain-lain masalah.

Page 15: 04095116Topik5SistemBekalanAir

TOPIK 5 SISTEM BEKALAN AIR 83

Tiap-tiap tangki mesti mempunyai paip amaran/paip limpah, di mana air akan keluar apabila injap bola rosak.

SEMAK KENDIRI 5.1

Dalam sistem bekalan air secara tidak terus, perkara-perkara berikut perlu diambilkira:

(a) kedudukan kelengkapan;

(b) kecondongan sesuatu paip; dan

(c) keperluan kunci air. Cuba anda berikan huraian lanjut tentang ciri-ciri di atas.

Terdapat tiga kaedah penghantaran bekalan air bersih iaitu sistem graviti,

sistem berpam dan gabungan sistem bergraviti dan berpam.

Empat kaedah pengagihan bekalan air yang lazim digunakan adalah kaedah hujung mati, kaedah grid, kaedah gelang dan kaedah jejarian.

Penyambungan paip bekalan air utama kepada paip agihan pengguna atau

paip perkhidmatan dilakukan atas permintaan pengguna sendiri dan selepas syarat-syarat yang dikenakan dipatuhi.

Bekalan air secara terus membekalkan air bersih ke setiap peralatan

kebersihan di rumah secara terus tanpa melalui tangki simpanan; sementara keperluan tangki air sejuk hanya wujud sekiranya perlu membekalkan air kepada silinder air panas.

Penggunaan tangki simpanan air adalah meluas dan pelbagai jenis dan saiz

berada di pasaran.

Bilangan penghuni sesebuah rumah kediaman atau bilangan pepasangan atau lekapan di mana air akan dibekalkan mempengaruhi jumlah isipadu air atau kapasiti tangki simpanan air yang perlu dipasang.

Page 16: 04095116Topik5SistemBekalanAir

TOPIK 5 SISTEM BEKALAN AIR

84

Injap

Injap bebola

Lekapan

Meter air

Paip agihan

Paip cuci

Paip limpah

Paip induk

Paip perkhidmatan

Curd E. F., & Howard C. A. (1996). Introduction to building services

(2nd ed.). London: MacMillan Press Ltd.

Hall F. (1993). Teknologi perpaipan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hall F. (1999). Kerja paip: Bekalan air sejuk, saliran dan pembersihan (2nd ed.). Johor Bahru: Penerbit UTM.

Ken Doyle. (1987). Plumbing and gasfitting (volume 1 & 2). Wellington: GP Book.

Pusat Latihan JKR Semenanjung. (1986). Bekalan air dan sistem pemasangan paip.

Norhazizi, Jasni, & Shairul. (2004). Kerja paip domestik Tingkatan 4 dan 5: Kurikulum bersepadu sekolah menengah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ripka, L.V. (1987). Plumbing: Installation and design (2nd ed.). Illinois: American Technical Publishers Inc.