04095116topik3bahanpemasangandankemasan

16
X PENGENALAN Kita telah pun mempelajari pelbagai jenis tanggam bagi tujuan mencantum beberapa bahagian kayu dalam menyiapkan sesuatu projek. Namun, penggunaan tanggam ini agak terhad kepada penggunaan kayu sahaja. Pelbagai produk yang berasaskan kayu seperti kerusi, meja, set sofa, almari, kabinet dapur, katil dan sebagainya telah dihasilkan untuk memenuhi keperluan dan keselesaan kehidupan seharian kita. Cuba anda perhatikan bagaimana bahagian- bahagian kerusi atau meja yang anda sedang gunakan dicantum atau dipasang. Sekiranya anda memilih perabot bagi kegunaan di rumah, pastinya anda akan memberi beberapa pertimbangan seperti ketahanan dan jenis kemasan yang digunakan. Mari kita meneruskan topik ini dengan lanjut tentang beberapa lagi T T o o p p i i k k 3 3 Bahan Pemasangan dan Kemasan X Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyenaraikan tiga jenis bahan pemasangan dalam kerja kayu; 2. Membezakan enam jenis paku yang digunakan dalam kerja pemasangan; 3. Membezakan empat jenis skru yang kerap digunakan dalam kerja kayu; 4. Menyatakan kelebihan penggunaan skru berbanding paku; 5. Membandingkan di antara glu asli dan glu tiruan; 6. Menerangkan tujuan penggunaan bahan penyumbat dalam kemasan kerja kayu; dan 7. Mengenal pasti alatan yang digunakan dalam kerja pemasangan dan kemasan. HASIL PEMBELAJARAN

Upload: sukriskbd

Post on 12-Aug-2015

164 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 04095116Topik3BahanPemasangandanKemasan

PENGENALAN

Kita telah pun mempelajari pelbagai jenis tanggam bagi tujuan mencantum beberapa bahagian kayu dalam menyiapkan sesuatu projek. Namun, penggunaan tanggam ini agak terhad kepada penggunaan kayu sahaja. Pelbagai produk yang berasaskan kayu seperti kerusi, meja, set sofa, almari, kabinet dapur, katil dan sebagainya telah dihasilkan untuk memenuhi keperluan dan keselesaan kehidupan seharian kita. Cuba anda perhatikan bagaimana bahagian-bahagian kerusi atau meja yang anda sedang gunakan dicantum atau dipasang. Sekiranya anda memilih perabot bagi kegunaan di rumah, pastinya anda akan memberi beberapa pertimbangan seperti ketahanan dan jenis kemasan yang digunakan. Mari kita meneruskan topik ini dengan lanjut tentang beberapa lagi

TTooppiikk  33 Bahan Pemasangan dan Kemasan 

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menyenaraikan tiga jenis bahan pemasangan dalam kerja kayu;

2. Membezakan enam jenis paku yang digunakan dalam kerjapemasangan;

3. Membezakan empat jenis skru yang kerap digunakan dalam kerjakayu;

4. Menyatakan kelebihan penggunaan skru berbanding paku;

5. Membandingkan di antara glu asli dan glu tiruan;

6. Menerangkan tujuan penggunaan bahan penyumbat dalam kemasan kerja kayu; dan

7. Mengenal pasti alatan yang digunakan dalam kerja pemasangan dan kemasan.

HASIL PEMBELAJARAN

Page 2: 04095116Topik3BahanPemasangandanKemasan

TOPIK 3 BAHAN PEMASANGAN DAN KEMASAN

38

bahan pemasangan dan kemasan yang biasanya digunakan dalam penghasilan projek berasaskan kayu.

AKTIVITI 3.1

Secara berkumpulan anda dikehendaki mengenal pasti bahan-bahan pemasangan yang digunakan pada sebuah kerusi atau meja kayu yang sedang anda gunakan.

3.1 BAHAN PEMASANGAN

Pemasangan adalah satu proses di mana dua bahagian yang sama atau berbeza dicantum bagi menyiapkan satu projek yang lengkap. Satu pemasangan yang sempurna seharusnya kukuh, stabil, tepat dan cantik. Oleh itu bahan-bahan pemasangan yang sesuai, ekonomi, selamat dan tahan lama haruslah diberi pertimbangan sebelum melakukan kerja pemasangan. Tiga jenis bahan pemasangan yang digunakan dalam kerja kayu ialah:

(a) Paku

(b) Skru

(c) Glu

3.1.1 Paku

Paku adalah sejenis bahan pemasangan yang kerap digunakan kerana ia mudah diperolehi dan harganya berpatutan. Kebanyakan paku diperbuat daripada keluli lembut. Paku jenis besi bergalvani sesuai digunakan pada tempat-tempat yang terdedah tanpa dibuat kemasan. (a) Jenis-jenis Paku Terdapat pelbagai jenis paku yang mempunyai sifat dan kegunaan

yang berbeza. Jenis-jenis paku yang lazim digunakan adalah seperti dalam Rajah 3.1.

Page 3: 04095116Topik3BahanPemasangandanKemasan

TOPIK 3 BAHAN PEMASANGAN DAN KEMASAN 39

Rajah 3.1: Jenis-jenis paku

(i) Paku Biasa (common nail)

Paku ini berkepala bulat dan sesuai digunakan dalam pembinaan yang berat seperti memaku rangka dinding, membuat kotak dan pembinaan am.

(ii) Paku Kotak (box nail)

Paku ini serupa dengan paku biasa kecuali toloknya lebih kecil.

Paku ini digunakan apabila didapati paku biasa mungkin meretakkan hujung kayu. Ia amat sesuai untuk membuat kotak dan pembinaan.

(iii) Paku Panel (casing nail)

Sejenis paku dawai yang halus.

Kepalanya berbentuk kon yang terbalik.

Apabila dipakukan ke dalam kayu, kesannya kurang kelihatan. Saiznya antara 12mm hingga 50mm.

Page 4: 04095116Topik3BahanPemasangandanKemasan

TOPIK 3 BAHAN PEMASANGAN DAN KEMASAN

40

(iv) Paku Kemasan (finish nail)

Paku ini digunakan untuk kerja-kerja kemasan seperti memasang pelapisan dinding, kerja perabot atau kerja yang tidak melihatkan kepala paku yang mencacatkan kemasan permukaan.

Kepalanya berbentuk peluru dan boleh dibenamkan ke dalam kayu dengan menggunakan alat pembenam paku.

(v) Paku Venier

Paku dawai yang halus serupa dengan paku panel.

Kadangkala paku jenis ini tanpa kepala.

Paku ini sesuai untuk memaku kumai dan bahan-bahan lain yang nipis.

(vi) Paku Bergelugur

Paku ini adalah sejenis paku nipis segiempat bujur dan bergelugur yang diperbuat daripada keluli.

Paku ini sesuai digunakan untuk menemukan beberapa keping papan dan juga tanggam lain.

Saiz paku, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2, digunakan berdasarkan tujuan dan fungsi penggunaannya.

Rajah 3.2: Saiz paku

Page 5: 04095116Topik3BahanPemasangandanKemasan

TOPIK 3 BAHAN PEMASANGAN DAN KEMASAN 41

(b) Cara-cara Memaku Paku akan dibenamkan kepada bahagian kayu yang akan dicantum dengan

menggunakan tukul kuku kambing.

Kaedah memaku yang betul adalah dengan memaku secara serong. Ini bertujuan memberi pegangan dan cantuman yang lebih kuat berbanding memaku secara tegak (Rajah 3.3).

Kepala paku akan dibenamkan dengan menggunakan pembenam paku bagi tujuan menghasilkan permukaan yang lebih kemas apabila kemasan terakhir dilakukan.

Rajah 3.3: Cara memaku dan penggunaan pembenam

AKTIVITI 3.2

1. Kenal pasti kesesuaian penggunaan jenis paku yang berbeza bagi setiap pemasangan kerja kayu.

2. Sediakan maklumat spesifikasi lima jenis paku yang terdapat di pasaran.

Page 6: 04095116Topik3BahanPemasangandanKemasan

TOPIK 3 BAHAN PEMASANGAN DAN KEMASAN

42

3.1.2 Skru

Kebanyakan skru untuk kerja kayu diperbuat daripada keluli lembut, kuprum atau loyang. Skru yang diperbuat daripada keluli lembut boleh digalvani, dikrom, dioksidakan atau disalut dengan tar untuk kerja-kerja yang tertentu. Skru digunakan dengan meluas untuk memasang kelengkapan perabot seperti engsel, kunci, selak dan lain-lain lagi kepada kayu. Terdapat pelbagai jenis skru yang berada di pasaran akan dibincangkan dalam bahagian ini. (a) Jenis Skru Jenis dan saiz skru ditunjukkan dalam Rajah 3.4

Rajah 3.4: Jenis dan saiz skru

(i) Skru kepala rata (counterstunk)

Skru ini diperbuat daripada keluli lembut bergalvani, tembaga dan loyang untuk mencegah karat.

Skru hendaklah dipasang dengan cermat kerana ia mudah patah.

Ia digunakan untuk kerja biasa di mana kepala skrunya sama rata dengan permukaan kayu seperti dalam pemasangan meja, kerusi, engsel, selak dan barang-barang logam yang lain.

Page 7: 04095116Topik3BahanPemasangandanKemasan

TOPIK 3 BAHAN PEMASANGAN DAN KEMASAN 43

(ii) Skru kepala bulat

Skru ini mempunyai kepala yang bulat dengan bahagian bawahnya rata.

Skru ini diperbuat daripada keluli, loyang atau tembaga.

Ia digunakan untuk mengikat bahagian-bahagian kayu dan di samping itu nampak sebagai hiasan kerana kepalanya timbul di atas permukaan kayu.

(iii) Skru kepala timbul

Skru ini merupakan cantuman skru kepala rata dan skru kepala bulat yang diperbuat daripada bahan yang sama tetapi lebih kuat daripada skru kepala bulat.

Ia digunakan untuk mengikat kepingan logam kepada kayu di mana kekuatan dan kecantikan diutamakan seperti dalam pemasangan engsel hiasan dan pendakap logam.

(iv) Skru kepala Alen

Skru ini merupakan sejenis skru yang banyak digunakan dalam industri pembuatan dan penghasilan perabot masa kini.

Kepala skru ini berbentuk bulat dan berlubang berbentuk segi enam.

Pemutar skru Alen digunakan untuk memasang dan membuka skru jenis ini (Rajah 3.5).

Rajah 3.5: Pemutar skru Alen

Page 8: 04095116Topik3BahanPemasangandanKemasan

TOPIK 3 BAHAN PEMASANGAN DAN KEMASAN

44

SEMAK KENDIRI 3.1

1. Senaraikan lima jenis skru yang digunakan dalam kerja kayu.

2. Terangkan kelebihan penggunaan skru berbanding dengan paku.

(b) Cara Memasang Skru

Lubang hendaklah dibuat dengan gerudi untuk menerima batang bajak skru.

Bagi kayu lembut, lubang cuma diperlukan pada keping kayu atas sahaja dan buatkan lubang benam untuk skru jika perlu.

Bagi kayu keras pula, lubang menerima batang bajak diperlukan pada kepingan kayu atas sementara lubang panduan diperlukan pada kepingan kayu bawah.

Skru mestilah dipasang dengan pemutar skru yang sesuai dan ia tidak sepatutnya diketuk dengan tukul besi kerana gentian kayu akan terputus mengakibatkan daya pegangan pada kayu berkurangan.

Skru boleh dipasang dengan lebih mudah jika hujungnya direndam di dalam lilin atau sabun.

(c) Kelebihan Menggunakan Skru

(i) Cantuman lebih kuat berbanding paku kerana adanya benang skru.

(ii) Mudah dipasang atau dibuka jika berlaku kesilapan pencantuman.

(iii) Benda kerja tidak rosak semasa mencabut atau memasang semula bahagian yang akan dicantum.

1. Kenal pasti kesesuaian penggunaan jenis skru yang berbeza bagi setiap pemasangan kerja kayu.

2. Sediakan maklumat spesifikasi lima jenis skru yang terdapat di pasaran.

AKTIVITI 3.3

Page 9: 04095116Topik3BahanPemasangandanKemasan

TOPIK 3 BAHAN PEMASANGAN DAN KEMASAN 45

3.1.3 Glu

Glu ialah suatu bahan yang digunakan untuk mencantumkan dua benda kerja yang sama atau berbeza jenis. Ia dihasilkan daripada pelbagai bahan yang terdiri daripada protein binatang, pokok, sayuran, susu, petroleum dan lain-lain lagi. Secara umumnya glu boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu glu asli dan glu tiruan. (a) Glu Asli Tiga jenis glu asli yang biasa terdapat dalam pasaran adalah:

(i) Glu Binatang Glu ini dihasilkan daripada kulit, tulang dan perut binatang. Glu jenis

ini sesuai untuk kerja dalaman seperti membuat venier kayu dan papan lapis dalam menghasilkan perabot.

(ii) Glu Kesin Kesin ialah sejenis serbuk yang didapati daripada susu. Kesin

dicairkan di dalam air dengan alkali dan akan menjadi glu kesin. la mempunyai sifat rintangan air dan suhu yang sederhana dan akan melumur kayu keras. la menjadi kering disebabkan kehilangan air dan tindak balas bahan kimia.

(iii) Glu Protein Sayur Glu ini diperbuat daripada minyak yang didapati daripada sayuran

seperti kacang soya, kacang tanah, benih kapas dan dicampur dengan bahan-bahan kimia yang lain.

(b) Glu Tiruan Glu tiruan digunakan dengan meluas berbanding glu asli dan mudah

diperolehi di pasaran. Empat jenis glu tiruan yang biasa digunakan adalah:

(i) Glu Resin Urea Formaldehid Glu ini digunakan secara sejuk dan dihasilkan dalam keadaan resin

cecair. Semasa proses penyediaan, glu akan dicampurkan dengan agen pengeras sebelum digunakan. Glu ini tidak melumur dan mempunyai sifat rintangan daripada cuaca panas dan kulat. la sesuai digunakan untuk merekat venier, papan lapis dan jenis papan yang lain.

(ii) Epoksi Glu ini adalah sejenis resin yang cepat mengeras apabila

dicampurkan dengan agen pengeras. la mempunyai sifat rintangan

Page 10: 04095116Topik3BahanPemasangandanKemasan

TOPIK 3 BAHAN PEMASANGAN DAN KEMASAN

46

terhadap bahan-bahan kimia, air dan suhu yang tinggi. Selain itu, kelebihan glu ini adalah ia tidak melumur. Glu ini sesuai digunakan untuk merekatkan bahan-bahan seperti kayu, logam, kaca, tembikar, jubin, getah, plastik dan sebagainya.

(iii) Glu PVA Glu jenis ini digunakan secara meluas kerana ia dihasilkan sebagai

bancuh siap dan boleh disimpan lama jika tertutup rapat. la senang digunakan, tidak melumur kecuali dengan bahan logam. Selain itu juga ia tidak membakar, bukan toksik, tidak berkulat dan mencapai kekuatan maksimum dalam jangka masa 12 jam. Glu PVA digunakan dalam pembinaan am seperti merekat tanggam, papan lapis dan sebagainya.

(iv) Glu Sentuh Ianya sejenis cecair getah tiruan yang sangat senang terbakar. Cara

menggunakannya ialah dengan menyapu keseluruhan kedua-dua permukaan benda kerja dengan lapisan yang nipis kemudian dibiarkan kering sekejap lebih kurang 10 20 minit. Selepas itu kedua-dua benda kerja tersebut dilekatkan, kemudian ditekan dan diurut hingga rata. Ia sesuai digunakan untuk merekatkan bahan-bahan yang berlainan seperti lapisan plastik hiasan, venier, kain, kulit dan kaca.

AKTIVITI 3.4

1. Kenal pasti kesesuaian penggunaan jenis glu yang berbeza bagi setiap pemasangan kerja kayu.

2. Sediakan maklumat spesifikasi tiga jenis glu tiruan yang terdapat di pasaran.

BAHAN KEMASAN KERJA KAYU 3.2

Kemasan kayu boleh ditakrifkan sebagai melakukan langkah-langkah kerja terakhir dalam membina sesuatu projek kerja kayu sebelum diguna dan dipasarkan. Kaedah kemasan yang betul menentukan kualiti dan kecantikan benda kerja. Untuk menghasilkan kemasan yang menarik dan bermutu tinggi, benda kerja atau projek perlu dirawat terlebih dahulu supaya apabila disiapkan dengan kemasan tertentu tidak akan menunjukkan kelemahan dan kecacatan kayu tersebut.

Page 11: 04095116Topik3BahanPemasangandanKemasan

TOPIK 3 BAHAN PEMASANGAN DAN KEMASAN 47

Tujuan kemasan adalah untuk:

(a) Memberikan pandangan kayu yang lebih kemas dan cantik

(a) Menghilangkan kesan calar atau cacat

(c) Menyediakan lapisan pelindung daripada air atau serangga

(d) Supaya projek kerja kayu lebih tahan lama

3.2.1 Bahan Penyumbat

Bahan penyumbat digunakan untuk menyumbat lubang-lubang akibat daripada kecacatan kayu, kesan daripada kesilapan semasa proses mencantum serta celahan-celahan yang terbuka semasa kerja-kerja pemasangan projek kerja kayu. Penyumbat yang biasa digunakan ialah tepung penyumbat dan wood filler. (a) Tepung Penyumbat

Tepung penyumbat adalah dalam bentuk yang mudah dibancuh dengan air. Ianya perlu dibancuh sehingga menjadi sebati.

Ia dilakukan sebelum kerja-kerja menggosok dengan kertas las.

Ia mempunyai warna yang menyerupai warna kayu atau kemasan warna yang diperlukan nanti.

Tepung penyumbat biasanya digosok melintang urat kayu. (b) Wood filler Kini, wood filler adalah sejenis penyumbat yang digunakan dengan meluas

(Rajah 3.6). Ia adalah daripada jenis sedia guna tanpa memerlukan bancuhan.

Rajah 3.6: Kerja menutup lubang dan kecacatan kayu dengan wood filler

Page 12: 04095116Topik3BahanPemasangandanKemasan

TOPIK 3 BAHAN PEMASANGAN DAN KEMASAN

48

3.2.2 Pewarna Kayu

Ia digunakan untuk menggelapkan dan mengeluarkan susunan urat kayu dan menyamakan kayu yang berlainan warna. Terdapat tiga jenis tona warna iaitu:

(a) Pewarna minyak digunakan untuk menggilap lilin dan disapu bagi melarutkan pelumur di dalam turpentin atau petrol.

(b) Pewarna spirit mesti dibancuh dengan syelek dan spirit bertujuan menyamakan permukaan kayu dan mendapatkan kemasan yang sekata.

(c) Pewarna air boleh digunakan terus pada permukaan kayu sebelum menyapu laker (lacquer). Ia boleh disapu dengan menggunakan berus atau kain.

Secara berkumpulan, anda dikehendaki mengenal pasti bahan penyumbat jenis wood filler yang terdapat dipasaran dan kesesuaian penggunaannya dalam sesuatu projek kerja kayu.

AKTIVITI 3.5

3.2.3 Bahan Penyudah

Bahan penyudah merupakan bahan yang terakhir digunakan selepas kerja-kerja meyumbat atau merawat kecacatan kayu, sebelum sesuatu produk kayu diguna atau dipasarkan. Terdapat pelbagai jenis bahan penyudah yang digunakan sesuai dengan kehendak pengguna serta keadaan di mana produk tersebut digunakan. Jenis-jenis Bahan Penyudah (a) Cat Minyak Cat ini mempunyai pewarna dan cecair minyak linseed. Cat minyak

menjadi kering melalui proses penyejatan pelarutnya dan pengoksidaan. Dalam proses mengecat, biasanya tiga lapisan cat diperlukan iaitu lapisan asas, lapisan alas dan lapisan kemasan. Cat lapisan asas mengandungi cecair minyak linseed dan plumbum merah sebagai pewarna. Ia mengandungi minyak linseed, plumbum putih dan minyak varnis, pewarna dan pelarut yang sesuai seperti turpentin. Alat-alat untuk mengecat yang sesuai ialah berus dan alat penyembur.

Page 13: 04095116Topik3BahanPemasangandanKemasan

TOPIK 3 BAHAN PEMASANGAN DAN KEMASAN 49

(b) Cat Kegunaan Khas Di antara jenis cat kegunaan khas adalah cat tahan api. Cat ini

mengandungi ammonium fosfat. Ia digunakan untuk menambahkan sifat rintangan terhadap kebakaran pada kayu dan jenis papan yang tertentu dalam perusahaan pembinaan.

(c) Syelek Syelek merupakan kemasan yang lazim digunakan pada kayu. Syelek ialah

resin asli yang dihasilkan dari tahi serangga bernama lac bug yang hidup atas dahan ranting sejenis pokok yang terdapat di Asia Tenggara. Resin syelek larut di dalam alkohol-methylated spirit. Syelek didapati sebagai serpihan yang perlu dilarutkan di dalam alkohol untuk digunakan, ataupun dibeli secara bancuh siap. Syelek yang telah dilarutkan hendaklah disimpan di dalam bekas kaca. Jika disimpan di dalam tin, warna syelek akan menjadi gelap.

(d) Sampang Sampang merupakan sejenis varnis minyak yang menggunakan resin asli

(cogo,manila,kauri) atau resin tiruan (phenolics, alkyds). Ia dimasak dalam minyak pengering (linseed, tung) dan dicairkan dalam pelarut seperti turpentin tulen dan spirit supaya mudah disapu atau disembur. Sampang digunakan khas pada kayu. Proses pengeringannya mengambil masa selama 12 hingga 24 jam. Disebabkan oleh sifat rintangan cuaca dan tahan air, sampang sesuai digunakan pada kayu yang diguna untuk pembinaan dalam dan luar.

(e) Laker (lacquer) Laker yang biasa digunakan terdiri daripada jenis resin (nitro-cellulose). Ia

merupakan kemasan lutsinar yang cepat kering. Laker ini dilarut dengan thinner, boleh disapu atau disembur.

(f) Venier Kayu Venier kayu merupakan kepingan kayu nipis yang ditampal pada

permukaan kayu. Ia menyerupai rupa kayu yang asli tetapi ia hanya perlu ditampal pada permukaan kayu supaya kelihatan seperti urat kayu.

Terdapat pelbagai jenis venier kayu di pasaran iaitu:

Kayu Cengal

Kayu Nyatoh

Kayu Balau

Kayu Meranti

Kayu Sepetir

Page 14: 04095116Topik3BahanPemasangandanKemasan

TOPIK 3 BAHAN PEMASANGAN DAN KEMASAN

50

Satu projek kerja kayu (seperti pergola) dihasilkan untuk kegunaan diluar bangunan. Bincangkan apakah jenis bahan penyudah yang akan di pilih.

AKTIVITI 3.6

KERTAS LAS 3.3

Kertas las seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.7 digunakan untuk melicinkan permukaan kayu sebelum bahan penyudah atau selepas bahan penyumbat digunakan. Ia dijual dalam bentuk keping berukuran 22cm × 27cm.

Rajah 3.7: Kertas Las

(a) Gred Kertas Las

Kertas las ditentukan dengan gred seperti 00, 0, 1, 2, 3. Gred 0 dan 00 adalah gred paling halus. Manakala, 1 adalah halus dan 2 serta 3 adalah gred kasar. Bahan yang digunakan untuk membuat kertas pelelas ialah silikon karbida dan aluminium oksida. Terdapat dua jenis kertas las iaitu:

Kertas las kalis air untuk logam

Kertas las tidak kalis air untuk kerja kayu (b) Kaedah Penggunaan Kertas Las

Gunakan bongkah kayu yang diperbuat daripada gabus, kayu lembut atau getah untuk menghasilkan permukaan yang sekata.

Gunakan kertas las gred 2 (kasar) untuk menggosok.

Kertas las hendaklah digosok selari dengan permukaan kayu.

Page 15: 04095116Topik3BahanPemasangandanKemasan

TOPIK 3 BAHAN PEMASANGAN DAN KEMASAN 51

Kerja melelas boleh dilakukan sama ada dengan tangan atau mesin pelelas mudah alih (Rajah 3.8).

Rajah 3.8: Kerja melelas permukaan projek/benda kerja

SEMAK KENDIRI 3.2

1. Terangkan perbezaan di antara glu PVA dengan glu sentuh.

2. Huraikan kaedah melakukan kerja melelas pada benda suatu kerja.

3. Apakah tujuan kerja kemasan dilakukan pada sesuatu projek kerja kayu?

Bahan pemasangan adalah bahan yang digunakan bagi tujuan pencantuman

beberapa bahagian benda kerja.

Terdapat tiga jenis bahan pemasangan dalam kerja iaitu paku, skru dan glu.

Pelbagai jenis dan saiz paku dan skru digunakan untuk pencantuman bahagian benda kerja.

Terdapat dua jenis glu iaitu glu asli dan glu tiruan yang digunakan untuk

pencantuman benda kerja. Namun, glu tiruan adalah jenis yang meluas digunakan.

Bahan penyumbat diperlukan untuk menutup lubang atau liang pada kayu

sebelum kerja kemasan dilakukan.

Page 16: 04095116Topik3BahanPemasangandanKemasan

TOPIK 3 BAHAN PEMASANGAN DAN KEMASAN

52

Kertas las digunakan bagi melicinkan benda kerja sebelum kerja-kerja kemasan dibuat.

Kemasan dengan menggunakan pelbagai bahan penyudah dilakukan bagi tujuan ketahanan, kecantikan dan memberi nilai tambah pada sesuatu produk yang dihasilkan.

Bahan penyudah

Glu

Kertas las

Paku

Skru

Tepung penyumbat

Tona kayu

Wood filler

Feirer, J. L. (1994). Wood: Technology and processes (4th ed.). USA:

Macmillan/McGraw-Hill School Publishing Com.

Sasper Lewis, & Floyd Vogt. (2000). Carpentry (3rd ed.). USA: Doug Holman, Contributor.

Tan Boon Tong. (1992). Teknologi binaan bangunan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wagner, W. H. (1980). Modern woodworking. USA: The Soodheart- Wilcox Company, Inc.