03113812topik4asemblaj

15
X Asemblaj X PENGENALAN Dari pelbagai idea, pengarca mencari penemuan-penemuan baru bagaimana menghasilkan arca boleh dilakukan dengan lebih kreatif dan berpotensi. Jika arca luakan dihasilkan melalui kerja mengurang dan meluak objek asal, arca dicetak untuk menghasilkan arca acuan, arca digerak untuk membentuk arca mobail atau kinetik dan akhirnya timbul pula gagasan pengarca mencantumkan bahan- bahan buangan daripada pelbagai bahan konkrit dan membentuk satu kesatuan atau komposisi arca yang harmoni lalu membentuk arca asemblaj. Arca asemblaj mula mendapat perhatian di Amerika Syarikat sekitar tahun 1950-an dan 60-an apabila Louise Nevelson menghasilkan karya asemblajnya yang berjudul „Sky Cathedral‰ pada tahun 1958 dan menjadi koleksi The Museum of Modern Art, New York. Karya asemblaj Nevelson ini lebih dikenali sebagai „Wall-scale- assemblage‰. Karya Nevelson ini menggabungkan konsep kubis dari bahan terbuang seperti kaki kerusi, batang penyapu, pintu kabinet dan pelbagai bahan T T o o p p i i k k 4 4 3. mengenal pengarca asemblaj luar negeri dan pengarca asemblaj Malaysia; dan 4. menghasilkan satu arca asemblaj mini menggunakan teknik dan kaedah yang sesuai. 2. memahami bahawa arca asemblaj dihasilkan melalui teknik dan kaedah cantuman atau gabungan; HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini pelajar akan dapat: 1. mengetahui arca asemblaj sebagai objek tiga dimensi yang mementingkan jisim dan ruang;

Upload: adamskbd

Post on 23-Oct-2015

100 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: 03113812Topik4Asemblaj

Asemblaj 

PENGENALAN

Dari pelbagai idea, pengarca mencari penemuan-penemuan baru bagaimana menghasilkan arca boleh dilakukan dengan lebih kreatif dan berpotensi. Jika arca luakan dihasilkan melalui kerja mengurang dan meluak objek asal, arca dicetak untuk menghasilkan arca acuan, arca digerak untuk membentuk arca mobail atau kinetik dan akhirnya timbul pula gagasan pengarca mencantumkan bahan-bahan buangan daripada pelbagai bahan konkrit dan membentuk satu kesatuan atau komposisi arca yang harmoni lalu membentuk arca asemblaj. Arca asemblaj mula mendapat perhatian di Amerika Syarikat sekitar tahun 1950-an dan 60-an apabila Louise Nevelson menghasilkan karya asemblajnya yang berjudul „Sky Cathedral‰ pada tahun 1958 dan menjadi koleksi The Museum of Modern Art, New York. Karya asemblaj Nevelson ini lebih dikenali sebagai „Wall-scale-assemblage‰. Karya Nevelson ini menggabungkan konsep kubis dari bahan terbuang seperti kaki kerusi, batang penyapu, pintu kabinet dan pelbagai bahan

TTooppiikk

44

3. mengenal pengarca asemblaj luar negeri dan pengarca asemblajMalaysia; dan

4. menghasilkan satu arca asemblaj mini menggunakan teknik dankaedah yang sesuai.

2. memahami bahawa arca asemblaj dihasilkan melalui teknik dankaedah cantuman atau gabungan;

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini pelajar akan dapat:

1. mengetahui arca asemblaj sebagai objek tiga dimensi yangmementingkan jisim dan ruang;

Page 2: 03113812Topik4Asemblaj

44 TOPIK 4 ASEMBLAJ

kutipan lain terutamanya dari pelbagai bahan kayu. Berikutnya barulah muncul arcawan Jean Tinguely menghasilkan karya „Homage to New York‰ tahun 1960. Di peringkat awalan, Robert Rauschenberg telah menghasilkan karya asemblaj dari kombinasi dua dimensi dan tiga dimensi. Bagi Marcel Duchamp pula arca asemblajnya yang bertajuk „Bicycle Wheel‰ mula memikat hati pengarca pelukis lain kerana konsep asemblaj beliau dipermudah dan dikonsepsi secara lebih telus iaitu mengadun sepit udang basikal dengan kerusi kayu yang kelihatan berjaya menghasilkan asemblaj yang berkonotasi tinggi. Di Balai Seni Lukis Negara, anda juga boleh melihat arca asemblaj „Green Monumenta V‰ karya Ramlan Abdullah, „Pemain Rebab 1‰, karya Mad Anuar Ismail dan „Killing Tool‰ karya Raja Shariman Raja Azidin.

Asemblaj (assemblage) merupakan karya dua dimensi atau tiga dimensi yang terhasil daripada gabungan pelbagai bahan terpakai. Ia merupakan cabang daripada abstrak ekspressionisme.

CONTOH-CONTOH ASEMBLAJ 4.1

Gambar asemblaj 4.1

Gambar asemblaj 4.2

Gambar asemblaj 4.3 Gambar 1 hingga 3 di atas merupakan contoh asemblaj yang terkenal dalam dunia arca. Gambar 4.1 Karya Louise Nevelson, „Sky Catheral‰, 1958 Gambar 4.2 Karya Jean Tinguely, „Homage to New York‰, 1960. Gambar 4.3 Karya Robert Rauschenberg, „Canyon‰, 1959

Page 3: 03113812Topik4Asemblaj

TOPIK 4 ASEMBLAJ

45

CONTOH-CONTOH ASEMBLAJ 4.2

4.2.1 Alatan

7. Gerudi elektrik

+ Pelbagai jenis

mata gerudi

4.2.1 PENGGUNAAN ALATAN UNTUK

MENGHASILKAN ARCA ASEMBLAJ

1. Playar - Playar pemotong - Playar muncung - Playar pengapit

5. Pemotong besi gergaji besi elektrik

6. Tujuk besi Tukul kayu

Ganden kayu Tukul kepala muncung

2. Gunting dawai/zing - gergaji besi

4. Alat pengimpal termasuk bahan pematri, kepingan logam, besi dan

bar besi

3. Ragum- ragum apit - ragum meja

Page 4: 03113812Topik4Asemblaj

46 TOPIK 4 ASEMBLAJ

4.2.2 Bahan/Media

8. Tanah liat

4.2.2 PENGGUNAAN BAHAN/ MEDIA

UNTUK MENGHASILKAN ARCA

ASEMBLAJ

1. Aluminium

6. Besi waja

7. Bongkah Kayu

5. Timah

2. Plaster of Paris

3. Besi

Alat dan Media Asemblaj

1

2

3

4

Page 5: 03113812Topik4Asemblaj

TOPIK 4 ASEMBLAJ

47

5

6

Berpandukan gambar di atas:

1. Set alat asas asemblaj

2. Media asas untuk membuat asemblaj

3. Pahat untuk kerja mengukir dan membuat tektura pada kayu

4. Alat ragum dan pengapit

5. Kikir dan alat mengukir pada loyang dan aluminium

6. Pengapit meja.

Page 6: 03113812Topik4Asemblaj

48 TOPIK 4 ASEMBLAJ

4.2.3 Bagaimana Proses Asemblaj Dilakukan atau Dihasilkan?

Jahitan

Ikatan

Tanggam

Gam plastik

Kimpalan

Menggunakan skru, bol

dan nat

Proses asemblaj

LATIHAN 4.1

Gambar 4.1 - Karya Louise Nevelson, „Sky Catheral‰, 1958 di atas merupakan karya asemblaj yang ulung dan popular. Teliti dan huraikan penggunaan bahan yang dipilih di dalam membentuk karya tersebut?

Page 7: 03113812Topik4Asemblaj

TOPIK 4 ASEMBLAJ

49

Berpandukan gambar asemblaj 4.3, karya Robert Rauschenberg, yang bertajuk „Canyon‰, 1959, kajikan bentuk hasilan asemblaj tersebut dan beri interpretasi karya dalam konteks tema dan tajuk.

LATIHAN 4.2

4.2.4 Penyediaan Lakaran Idea

Lakaran idea menjadi langkah permulaan yang amat penting di dalam menghasilkan arca asemblaj. Perancangan yang rapi dan tertib boleh mendatangkan faedah yang besar untuk peringkat penghasilan karya pada peringkat yang berikutnya. Justeru itu, perancangan seperti yang dinyatakan di bawah ini akan menjadikan penghasilan arca asemblaj lebih bermakna.

1. Setelah dapatan kajian diperolehi, pengarca akan memilih alat-alatan yang diperlukan untuk menghasilkan arca. Begitu juga dengan pemilihan bahan binaan arca asemblaj tersebut.

4. Mengemaskinikan lakaran. Untuk memperoleh dapatan lakaran karya yang baik, buat beberapa pertimbangan dari pelbagai kemungkinan seperti penstrukturan reka bentuk, kesesuaian bahan dan alatan serta teknik.

2. Sebelum menghasilkan karya, lakaran-lakaran kecil dalam konteks penjanaan idea dilakukan. Tujuan untuk memperoleh hasilan asemblaj yang berkualiti dan mempunyai nilai estetika yang tinggi.

3. Daripada beberapa lakaran/sketsa yang dijana tadi, pilih satu lakaran yang terbaik dan tinggi nilai estetikanya. Kembangkan idea dan buat perincian (details) untuk penghasilan karya pada saiz yang dirancang/sebenar.

Page 8: 03113812Topik4Asemblaj

50 TOPIK 4 ASEMBLAJ

4.2.5 Penjanaan Idea – (Thumbnail-Print)

Rajah 4.2: Thumbnail-print asemblaj

Page 9: 03113812Topik4Asemblaj

TOPIK 4 ASEMBLAJ

51

4.2.6 Pemilihan Lakaran Akhir untuk Penghasilan Karya Asemblaj daripada Sketsa 2

Bongkah kayu

Kepingan keluli Pasak

kayu

Bol dan nat

Kepingan logam

Rajah 4.3: Pemilihan idea untuk karya

4.2.7 Proses Membentuk Asemblaj

Setelah penyediaan lakaran idea di atas selesai, proses berikut merupakan urutan kerja membentuk asemblaj yang perlu dilakukan; • Membuat model kecil atau prototaip (proto-type) merupakan model awal

sebagai panduan untuk penghasilan arca yang sebenar. Karya akan dibina atau dibuat berpandukan model ini di samping pengiraan pelbagai ukuran reka bentuk, penyesuaian alat dan bahan serta tinjauan dari pelbagai kemungkinan yang boleh mengganggu kelancaran dalam penghasilan.

Page 10: 03113812Topik4Asemblaj

52 TOPIK 4 ASEMBLAJ

• Membuat kerangka atau struktur kerangka sesuatu asemblaj mungkin berasaskan dawai, lingkaran besi, kayu atau plastik. Kerangka atau struktur adalah tulang temulang asemblaj sebelum arca sebenar dihasilkan. Ia penting untuk kawalan bentuk di samping menjadikan asemblaj lebih kukuh dan seimbang.

• Membuat asemblaj yang sebenar Bahagian urutan kerja ini amat penting.

Kerangka akan ditutup dengan kepingan logam atau bahan pilihan yang dirancang atau ditokok tambah binaannya sehingga asemblaj berada pada saiz yang sebenar.

• Kemasan dan persembahan Untuk mendapatkan hasilan yang baik, proses

kemasan boleh dilakukan dengan melarik bahagian-bahan asemblaj yang masih kasar, menambahkan tekstura pada bentuk, menghalus, menyapu syelek, mengecat, mencanai dan sebagainya sehingga peragaan arca tampak menarik dan mempunyai nilai estetika yang tinggi. Tokok tambah hiasan seperti skru yang dikimpal, baji-baji kayu yang membentuk tekstura, syelek, varnis, cat dan sebagainya akan menjadikan asemblaj lebih hebat dan menarik.

LATIHAN 4.3

Proto-taip penting sebagai panduan untuk menghasilkan asemblaj. Nyata dan huraikan ciri-ciri proto-taip yang baik agar penghasilan asemblaj yang sebenar menepati spesifikasi yang diharapkan.

PERSEMBAHAN HASIL KERJA 4.3

4.3.1 Ekspresi Diri

Asemblaj dikatakan cantik dan menarik apabila memenuhi spesifikasi pembuatan dan kemasan. Ia menyerupai seperti arca dan karya seni yang lain yang menampilkan ciri-ciri estetika. Secara ringkasnya ciri-ciri berikut dianggap sebagai kriteria utama ekspresi asemblaj. 1. Menepati Tema dan Tajuk Sering kali tema dan tajuk menjadi pokok persoalan yang ingin dikongsi

sama oleh pengarca. Ia mungkin berupa maklumat, dokumentasi, lonjakan paradigma, cetusan emosi dan perasaan, sindiran atau satira, protes, kegilaan idea dan lain-lain. Soal tepat atau tidaknya pokok persoalan ini biasanya hanya diketahui oleh pengarca. Bagi pemerhati atau penonton,

Page 11: 03113812Topik4Asemblaj

TOPIK 4 ASEMBLAJ

53

tema dan tajuk ini hanya dirujuk berdasarkan kepada ketepatan tajuk yang dipaparkan di kaki-kaki arca.

2. Bahan Binaan Sesuai dengan Tujuan Hasilan Dalam pengkaryaan arca, asemblaj mewakili karya yang agak bebas dan

pelbagai dari penggunaan bahan atau media. Sebabnya amat jelas, asemblaj wujud secara gabungan dan cantuman. Selagi bahan yang dipilih serasi dan boleh disepadukan, ia terus menerus mewakili penggunaan bahan subjek yang mewah dan pelbagai.

3. Asemblaj yang Kuat, Kukuh dan Selamat Dari rintisan sejarah asemblaj, penggunaan alat dan bahan terdiri daripada

kombinasi yang padat dan kukuh. Banyak bongkah-bongkah keluli, kepingan logam, rod besi dan bongkah kayu yang kuat dan kukuh diaplikasikan dalam penghasilan asemblaj. Kemudian, asemblaj disepadukan dengan kimpalan, skru, bol dan nat serta tanggam antara objek secara kukuh dan terancang.

4. Kepelbagaian Bahan Dapat Diadun atau Dipasang dengan Baik

Asemblaj mengadun pelbagai bahan lalu membentuk kesatuan komposisi yang artistik. Ciri bentuk dan sifat bahan yang pelbagai mengujudkan satu ritma atau rentak yang menarik. Ini disebabkan keistimewaan objek yang berbeza-beza.

5. Mengaplikasi Asas Seni Reka, Estetika dan Etika Pengkaryaan Semua objek seni digubah berdasarkan asas seni reka. Di dalamnya

terkandung unsur seni, prinsip seni dan struktur seni. Apabila asas seni reka ini diaplikasi dengan baik dan betul, penampilan karya akan menjadi lebih terancang dan rapi.

6. Asli, Unik dan Berketerampilan Ciplakan atau plagiat merupakan suatu fenomena yang tidak seharusnya

berlaku. Ia dianggap suatu kelemahan, kepicikan dan kejahilan terhadap si pengkarya. Sebagai pengkarya yang memahami hakikat keaslian (originality), ciplakan adalah satu kelemahan apatah lagi jika tujuannya untuk komersial. Asemblaj yang asli diambil kira melalui penyataan „hanya satu‰ atau tiada di tempat lain yang seperti ini‰. Bagi tujuan keaslian reka cipta di dalam dunia perdagangan, hak cipta terpelihara disahkan sebagai satu penguatkuasaan agar plagiat tidak berlaku.

Page 12: 03113812Topik4Asemblaj

54 TOPIK 4 ASEMBLAJ

LATIHAN 4.4

Tema dan tajuk menjadi kriteria yang penting di dalam mengekspresikan idea di dalam menghasilkan karya asemblaj. Jika ia dikaitkan dengan isu semasa, apakah tema dan tajuk yang difikirkan paling relevan untuk menghasilkan asemblaj? Mengapa?

4.3.2 Kemahiran Mengaplikasi Alat, Bahan dan Teknik

Kemahiran-kemahiran mengaplikasi alat, bahan dan teknik sering kali merujuk kepada lima perkara yang berikut: 1. Kesesuaian Tajuk, Tema dan Teknik yang Dikaitkan dengan Pemilihan

Alat dan Bahan • Pemilihan tajuk menentukan alatan yang berkaitan untuk

menghasilkan asemblaj yang dirancang.

• Pemilihan alatan ada kaitan dengan pemilihan bahan binaan asemblaj.

• Tema menentukan kombinasi alat dan bahan serta bagaimana konsep gabungan (assemble) ke atas objek pilihan di susun atur.

• Teknik juga mempengaruhi terhadap pemilihan alat dan bahan. 2. Membuat „Thumbnail-print‰ Bertujuan untuk Membuat Pilihan yang

Terbaik • Thumbnail-print dianggap suatu kemestian untuk mendapatkan hasil

karya yang mapan dan menarik.

• Setiap thumbnail-print ditentukan oleh tajuk dan tema serta hal subjek.

• Sketsa thumbnail-print asemblaj mengambil kira asas seni reka seperti unsur seni, prinsip seni dan struktur seni.

• Sketsa thumbnail-print asemblaj juga mengambil kira sebagai asas

penghasilan model sebelum karya pada saiz yang sebenar diimplementasikan.

• Thumbnail-print menjadi sebagai rumus alat, bahan dan teknik yang

akan dikaryakan.

Page 13: 03113812Topik4Asemblaj

TOPIK 4 ASEMBLAJ

55

• Sketsa membantu untuk pengesanan dalam konteks peragaan atau tempat pameran sama ada „in-door‰ atau „out-door‰

3. Kaedah Mengguna Alat Perlu Betul dan Mengikut Peraturan

• Kemahiran penggunaan alat dianggap sangat penting kerana berkaitan dengan keberkesanan hasil, tema dan tajuk.

• Alatan yang bersesuaian dan mencukupi penting agar proses penghasilan berjalan dengan lancar dan terancang.

• Alatan digunakan pada tempat yang sesuai seperti bengkel, studio seni dan ruang kerja yang bersesuaian.

• Alatan diurus dan ditadbir selia dengan baik dan kemas. 4. Kemasan dan Peragaan

• Syelek, varnis, minyak kayu, cat alas, cat kilat, emulsi, perada, labuci, manik-manik sering kali menjadi pilihan untuk dijadikan kemasan akhir produk. Bagi asemblaj, aksesoris ini tidak begitu relevan kerana hiasan yang sedemikian mungkin penting untuk karya membentuk yang lain.

• Tapak asemblaj perlu mantap, stabil dan kukuh. Asemblaj tiga dimensi banyak diperagakan di ruang luar bangunan, di taman-taman bunga, taman perumahan dan di beranda-beranda pejabat.

• Tekstura yang ditokok tambah pada asemblaj mungkin menjadikan arca ini lebih menarik dan anggun.

• Kepelbagaian dalam pemasangan bahan perlu mengambil kira rentak, pergerakan, kontra, keseimbangan, kadar banding dan kesatuan imej atau objek.

• Teliti semula tema dan tajuk asemblaj. Kaji dan nilaikan ketepatan mengikut persekitaran dan isu yang ingin dibangkitkan.

4.3.3 Ekspresikan Diri Anda

Hasilkan sketsa asemblaj berdasarkan tema-tema yang diberi:

Page 14: 03113812Topik4Asemblaj

56 TOPIK 4 ASEMBLAJ

Tajuk: ............................... Tema: Buku dan alat tulis

LATIHAN 4.5

Mengapakah kaedah dan peraturan mengguna alat perlu betul dan relevan dengan asemblaj yang akan dihasilkan?

• Asemblaj adalah arca yang termasuk dalam aliran „abstrak-ekperssionisme‰. • Asemblaj dinukilkan secara dua dimensi , tiga dimensi atau kedua-duanya

sekali. • Dibentuk melalui gabungan pelbagai bahan terutamanya bahan terbuang

yang bersifat pejal dan tahan lama.

Page 15: 03113812Topik4Asemblaj

TOPIK 4 ASEMBLAJ

57

• Konsep asemblaj terjadi daripada gabungan, bina semula dan reka bentuk semula bahan konkrit yang pelbagai melalui proses artistik dan estetik.

• Objek digabung melalui teknik kimpalan, skru, bol dan nat, gam, tanggam dan ikatan.

• Komposisi objek membentuk cerita, konotasi makna dan rentetan peristiwa.

Ini bermakna semakin besar gabungan objek yang dibina, semakin besar makna dan cerita.

• Di Malaysia asemblaj mula mendapat perhatian secara lebih mendalam

selepas 1990-an. • Asemblaj memerlukan ruang, kesepaduan bentuk dan paksi simetri yang

stabil. Biarpun begitu, asemblaj boleh digabungkan dengan arca kinetik dan mobail.

Anggun

Ciplak

Gagasan

Kimpal

Konotasi

Proto-taip

Asemblaj membentuk alam sekitar lebih menarik dan teratur. Apakah yang anda dapat perkatakan mengenai maksud menarik dan teratur dalam konteks alam sekitar melalui pembinaan asemblaj tersebut.

Plagiarism asemblaj mungkin mudah berlaku jika tidak dikawal atau dikuatkuasakan melalui hak cipta terpelihara. Mengikut pendapat anda mengapakah situasi ini boleh berlaku?