03113810topik1membentukdanmembuatbinaan

16
Membentuk dan Membuat Binaan X PENGENALAN Tahukah anda bahawa hasilan seni berupa dua dimensi dan tiga dimensi? Apakah objek dua dimensi dan objek seni tiga dimensi? Topik ini menyentuh bidang yang ketiga dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah KBSR. Ia menekankan kepada pemahaman dan penguasaan objek-objek seni tiga dimensi. Objek tiga dimensi bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan bawah. Di dalam menghasil objek yang bersifat tiga dimensi ini, penstrukturan reka bentuknya perlu dirancang dan T T o o p p i i k k 1 1 X 5. Menghasilkan sebuah karya tiga dimensi dalam konteks membentuk dan membuat binaan daripada sembilan jenis yang dipelajari. 4. Memilih dan menerang proses membuat satu aktiviti daripada bidang membentuk dan membuat binaan; dan 3. Menjana dan membuat penerokaan idea daripada salah satu aktiviti membentuk dan membuat binaan; 2. Mengklasifikasi sembilan jenis aktiviti bidang membentuk dan membuat binaan seperti yang dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah; 1. Menjelaskan bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah; HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini pelajar akan dapat:

Upload: antonia-amin

Post on 22-Oct-2015

49 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 03113810Topik1MembentukdanMembuatBinaan

Membentuk dan Membuat Binaan 

PENGENALAN

Tahukah anda bahawa hasilan seni berupa dua dimensi dan tiga dimensi? Apakah objek dua dimensi dan objek seni tiga dimensi? Topik ini menyentuh bidang yang ketiga dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah KBSR. Ia menekankan kepada pemahaman dan penguasaan objek-objek seni tiga dimensi. Objek tiga dimensi bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan bawah. Di dalam menghasil objek yang bersifat tiga dimensi ini, penstrukturan reka bentuknya perlu dirancang dan

TTooppiikk

11

5. Menghasilkan sebuah karya tiga dimensi dalam konteks membentukdan membuat binaan daripada sembilan jenis yang dipelajari.

4. Memilih dan menerang proses membuat satu aktiviti daripadabidang membentuk dan membuat binaan; dan

3. Menjana dan membuat penerokaan idea daripada salah satu aktivitimembentuk dan membuat binaan;

2. Mengklasifikasi sembilan jenis aktiviti bidang membentuk danmembuat binaan seperti yang dinyatakan dalam Sukatan PelajaranPendidikan Seni Visual Sekolah Rendah;

1. Menjelaskan bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan

dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah;

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini pelajar akan dapat:

Page 2: 03113810Topik1MembentukdanMembuatBinaan

2 TOPIK 1 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

perhalusi agar hasilannya nanti menepati spesifikasi yang dikehendaki. Hasilan yang wujud daripada membentuk dan membuat binaan ini dikenali sebagai objek maujud, iaitu objek nyata dan boleh dipegang. Justeru itu ia mempunyai ciri-ciri binaan seperti bentuk, jalinan, besar, kecil, licin, kesat, keras, lembut dan lain-lain. Proses membentuk dan membuat binaan melalui proses imaginasi oleh pelukis dan seterusnya diterjemah dalam bentuk lukisan, distruktur dan akhirnya proses pembinaan objek tersebut.

BENTUK TIGA DIMENSI DAN RUANG 1.1

Bentuk tiga dimensi merupakan objek yang bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan bawah. Ia berupa objek semula jadi, objek buatan manusia atau bentuk ilusi. Bentuk semula jadi dan buatan manusia boleh disentuh, dilihat dan dirasa. Berbeza dengan bentuk ilusi yang hanya boleh lihat dan tidak dapat dirasa kerana berbentuk dua dimensi yang mungkin berupa lukisan atau ilustrasi. Bentuk ilusi dapat digambarkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, ton, jalinan, warna dan ruang. Dalam sebutan lain, bentuk ilusi disebut bentuk maya. Satu lagi jenis bentuk yang mungkin jarang diperkatakan ialah bentuk ikon (icon). Bentuk ini mempunyai makna yang tersendiri dan hanya diketahui maknanya oleh orang yang mengetahui mengenai kajian perlambangan dan simbol. Bidang perlambangan dan simbol (iconography) pada mulanya dikaitkan dengan agama Kristian dan lambang-lambang dalam patung Mesir purba tetapi kontemporari ini ia telah disimbolkan dalam arca moden.

Rajah 1.1: Arca ikon bulu tangkis karya Claes Oldenburg dan

Coosje van Bruggen di hadapan Muzium Nelson-Arkins, bandar raya Kansas

Page 3: 03113810Topik1MembentukdanMembuatBinaan

TOPIK 1 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 3

Ruang pula merupakan kawasan antara objek dengan objek yang lain. Ruang yang sedemikian berkaitan dengan bentuk yang diperagakan untuk membentuk satu kesatuan imej. Dari segi perspektifnya ia boleh ditunjukkan dengan objek di hadapan lebih besar dan semakin kecil apabila ia terletak semakin jauh. Ruang juga boleh digambarkan melalui penggunaan warna yang terang bagi objek yang dekat dan kelihatan semakin kabur pada objek yang terletak semakin jauh. Ruang mungkin terdiri jenis nyata dan jenis tampak. Ruang nyata ialah ruang yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit seperti arca, seni bina, barangan domestik, objek buatan manusia dan objek alam. Ruang tampak ialah ruang ilusi yang wujud dalam seni tampak seperti lukisan, catan, cetakan, montaj, kolaj dan sebagainya.

LATIHAN 1.1

Mengapakah ruang menjadi kriteria yang sangat penting dalam peragaan arca?

Rajah 1.4: Ruang terbentuk dari ton warna

Page 4: 03113810Topik1MembentukdanMembuatBinaan

4 TOPIK 1 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

arca ruang

Rajah 1.5: Arca dan ruang saling lengkap melengkapi

TL = Titik lenyap

Rajah 1.6: Ruang, objek dan perspektif

BENDA-BENDA ALAM DAN BUATAN MANUSIA

1.2

Benda-benda alam adalah hasil ciptaan Tuhan. Ia terdiri daripada manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang, buah-buahan, hidupan laut, bunga-bungaan dan berbagai lagi yang sebahagian besarnya berbentuk organik. Bentuk organik tidak mempunyai sifat yang semukur dan tidak simetri. Berbeza dengan benda-benda buatan manusia seperti meja, kerusi, televisyen, rumah, kereta, almari dan berbagai lagi yang banyak menguasai bentuk geometri. Secara mudahnya mengapa manusia banyak menggunakan bentuk geometri yang simetri adalah untuk imbangan, kestabilan dan kekukuhan dari segi reka bentuknya. Bentuk-bentuk geometri yang sering dijadikan asas untuk mereka bentuk terdiri bentuk kubus, silinder, piramid, kon, kuboid dan sfera. Dalam hal yang lain, manusia

Page 5: 03113810Topik1MembentukdanMembuatBinaan

TOPIK 1 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 5

ada juga mereka bentuk benda yang bersifat organik untuk menampilkan ciri-ciri yang menarik kerana manusia sering kali merujuk benda-benda alam sebagai hasilannya.

Rajah 1.7: Objek-objek alam dan buatan manusia mempunyai bentuk tiga dimensi dan

bersifat konkrit

TUJUAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

1.3

1.3.1 Tingkatkan Daya Kreativiti

Jika anda seorang yang sering membayangkan suatu penemuan ke arah mewujudkan apa yang setakat ini belum dihasil atau sesuatu yang memberi makna kepada anda, anda adalah seorang yang kreatif. Tindakan ini menyamai dengan apa yang diperkatakan oleh Herbert Read (1958) mengenai kreativiti. Definisi ini sebenarnya tidak begitu berbeza dengan pendapat June King Mc Fee yang mengatakan bahawa kreativiti itu adalah keupayaan mencipta perlambangan dan idea baru dengan menyusun dan mengolah semula perlambangan yang sedia ada. Carl Rogers pula mengatakan bahawa kreativiti itu wujud melalui tindakan sesuatu yang berkaitan dengan ciri keunikan seseorang, bahan dan alat yang digunakan, kejadian dan peristiwa terhadap kemanusiaan sama ada suka atau duka. Bagi Viktor Lowenfeld, kreativiti itu adalah suatu naluri semula jadi sejak lahir yang digunakan untuk menyelesaikan atau membuat pernyataan tentang masalah kehidupan. Ia dapat dilakukan melalui keinginan dan naluri ingin bertindak. Menurut Viktor Lowenfeld lagi, kreativiti berlaku mengikut tahap-tahap tertentu antaranya;

Page 6: 03113810Topik1MembentukdanMembuatBinaan

6 TOPIK 1 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Rajah 1.8: Tahap perkembangan kreativiti menurut Viktor Lowenfeld

Bagaimana untuk Meningkatkan Kreativiti Kanak-kanak?

KETEKALAN ORGANISASI

MAKNA BARU

KEUPAYAAN SINTESIS

KEUPAYAAN MENGANALISA

KETERBUKAAN

KEASLIAN

FLEKSIBILITI

KEPEKAAN

KREATIVITI

1. Rangsangkan pemikiran kanak-kanak dengan merujuk buku-buku bergambar, bercerita, menonton filem, menayang slaid dan gambar foto.

2. Lawatan ke zoo, muzium, perpustakaan dan kraf tangan.

3. Beri perhatian ketika berkarya. Bimbing dan berikan perhatian cara berkarya yang baik dan berketerampilan.

4. Beri peluang untuk mengeksploitasi lebih banyak media dan alat untuk memperkaya maklumat dan pengetahuan.

5. Jangan kritik keterlaluan terhadap karya mereka. Nyatakan bahawa kesilapan bukan kegagalan tetapi sebagai cabaran untuk peningkatan.

6. Berikan ganjaran atau insentif. Hasil karya yang baik dipamer di ruang lobi atau tempat-tempat strategik.

7. Adakan pertandingan mereka bentuk tiga dimensi di kalangan pelajar.

Page 7: 03113810Topik1MembentukdanMembuatBinaan

TOPIK 1 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 7

1.3.2 Membuat Penerokaan dan Eksperimen Bahan

Membuat penerokaan dan eksperimen bahan dilakukan untuk memastikan bahan yang akan dibuat bersesuaian dengan jenis binaan dan ketahanannya. Sering kali dalam proses ini kita akan mengesan kerangka objek binaan di samping memilih bahan yang memperkukuh binaan tersebut. Apabila kita membuat model kucing, dawai halus digunakan untuk membina kerangka bentuk manakala papier mache diaplikasi untuk membentuk sifat fizikal kucing itu. Bahan tambahan lain yang berupa guli digunakan untuk mata kucing, tali tangsi untuk misai dan berus sabut untuk ekor kucing. Proses membuat dan membina model kucing ini perlu dilakukan mengikut tertib dan pemeringkatan kerja yang teliti. Apapun yang akan dihasilkan dalam bidang membentuk dan membuat binaan perkara-perkara berikut akan menjadi tema atau hal subjek yang penting. (a) Alam Semula Jadi dan Objek Persekitaran

Objek-objek ciptaan Tuhan seperti flora dan fauna menjadi sumber utama dalam menghasilkan karya. Selain itu, objek domestik seperti cawan, piring, pinggan senduk, pisau, meja dan sebagainya juga dijadikan rujukan dalam berkarya. Kesemua objek yang menjadi tema atau hal subjek ini dikaji dari segi dinamik fom, kualiti objek, ciri-ciri organik, keunikan, integrasi alam dan kehidupan di samping mengambil kira garisan, ruang, warna, jalinan, rupa dan bentuk.

Mengkritik secara keterlaluan sering kali akan mematahkan semangat pelajar untuk terus berkarya. Bagaimanakah perkara ini boleh diatasi agar pengajaran dan pembelajaran dalam membentuk dan membuat binaan tidak bermasalah?

LATIHAN 1.2

(b) Perasaan Dalaman, Khayalan dan Imaginasi Si Pelukis Pengalaman hidup banyak memberi kesan dan pengaruh terhadap minda

pelukis yang akhirnya menzahirkan ilham atau idea untuk mencipta. Perasaan takut, misteri, sedih dan sebagainya menjadi sumber inspirasi karya si pelajar atau pelukis. Menurut Sigmund Frued dan Paul Jean Satre, teori-teori imaginasi berupaya mencipta sesuatu objek atau karya melangkaui batas fizikal dan cabaran status-quo pelukis. Imaginasi ini akan memandu arah si pelajar atau si pelukis ke arah yang lebih kreatif dan melampaui batas-batas kebiasaan dalam berkarya. Menurut Frued lagi,

Page 8: 03113810Topik1MembentukdanMembuatBinaan

8 TOPIK 1 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

perasaan dalaman inilah yang menjadi motivasi atau penggerak minda dalam berkarya.

Rajah 1.9: Ekspresi dari deria dalaman dan khayalan pelukis

(c) Aliran dan Tema Sejagat Tema menjelaskan konsep dalam agenda kehidupan manusia. Ia

menunjukkan kekerapan manusia mengambil hal benda yang sering diperkatakan. Contohnya; membuat wau lazimnya dikaitkan dengan unsur kosmos seperti bulan, matahari bintang dan sebagainya. Dari idea yang berbagai, keunikan ciptaan berlaku dan akhirnya mewujudkan kepelbagaian rupa bentuk dan jenis produk. Dalam konteks yang lebih besar, jelmaan perasaan dalam berkarya mengguna alam sekitar menjadi suatu keunikan ciptaan dan mengujudkan satu kekaguman. Wujudnya „Non-objective art‰, ÂMinimal art‰ misalnya adalah suatu aspek pengkaryaan yang berani, mencabar dan sanggup menerima rintangan.

(d) Keperluan dan Pengalaman Hidup Harian Ciptaan cawan, sudu, senduk, periuk dan alat-alat domestik yang lain

merupakan asas ciptaan dalam bidang membentuk dan membuat binaan. Pada bidang yang lebih besar, manusia mencipta dan membuat kipas, basikal, kereta, kereta api malah jambatan dan objek-objek gunaan lain yang mewatakkan keperluan asas sebuah masyarakat dan negara. Idea datang dari soal desakan untuk mengguna di samping mengatasi sebarang kesulitan mengharungi kehidupan. Lalu diciptanya bentuk-bentuk konkrit yang dapat memanfaatkan manusia si pencipta itu sendiri. Semakin aktif dan proaktif seseorang manusia itu mencipta objek tiga dimensi, semakin tinggi kualiti ciptaan dan lebih tinggi nilai estetikanya.

Page 9: 03113810Topik1MembentukdanMembuatBinaan

TOPIK 1 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 9

Tema dalam menghasilkan karya sering kali berkaitan dengan alam semula jadi dan kosmos. Mengapa?

LATIHAN 1.3

Bagaimana Perkembangan dan Penghalusan Idea dalam Bidang Membentuk dan Membuat Binaan Berlaku? (a) Pemerhatian dan Kajian Visual Pemerhatian dan kajian visual dapat dilakukan dari kesedaran dan kualiti

tampak yang tinggi. Ia dilakukan melalui kajian yang terperinci mengenai alam dan fenomenanya. Menurut Frank Barron dan Irvin Child, artis mempunyai keupayaan tinggi untuk melihat, memerhati, mentafsir, mengurus maklumat visual berbanding bukan artis. Norman Meier (1930) pula mengatakan bahawa artis boleh menyelesaikan pelbagai kemahiran-kemahiran seni. Begitu juga mengikut J.P. Guilford, artis dapat menyesuaikan diri dan menggunakan media biasa berbanding dengan tukang dan pereka bentuk.

(b) Perubahan Cara Bekerja Pelukis tidak hanya menggunakan satu teknik dan kaedah. Jika selama ini

artis menggunakan satu kaedah sahaja, dia seharusnya mengubah kepada kaedah lain untuk mendapatkan keunikan penghasilan. Membuat percubaan yang tidak putus-putus akan mencernakan lebih banyak idea dan akhirnya dapat menjana dapatan yang lebih unik dan berketerampilan.

(c) Penerokaan Simbol dan Makna Pelukis akan mencari dan mengkaji ilham-ilham baru. Penerokaan yang

tidak henti-henti akan menemukan dapatan yang lebih kreatif dan bermakna. Amalan membuat penyelesaian masalah, membuat inkuiri penemuan akan lebih memaknakan lagi hasil penerokaan kajian.

Membuat Penerokaan dan Eksperimentasi Bahan Selain daripada alat dan media yang telah dinyatakan dalam bahagian di atas, beberapa pertimbangan lain perlu dan penting untuk aktiviti membentuk dan membuat binaan, antaranya:

1. Bahan terbuang yang diguna pakai semula.

2. Benda-benda daripada alam sekitar seperti buluh, tanah liat, buah kelapa, pinang, kulit siput dan sebagainya.

Page 10: 03113810Topik1MembentukdanMembuatBinaan

10 TOPIK 1 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

3. Benda-benda buatan manusia seperti manik, kayu larik, kotak-kotak, tisu, gam dan sebagainya

4. Bahan-bahan terbuang daripada buatan manusia seperti kaki kerusi yang patah, papan yang telah terendam dan banyak lagi benda-benda lain.

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada pelajar membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti ada fungsi dan makna. Bagaimanakah cara ini dapat dilakukan?

1. Memerhati, mengenali dan memahami bentuk dan ruang objek.

2. Memerhati dan menyentuh bentuk benda alam dan benda buatan manusia.

3. Memerhati dan menyatakan perbezaan dan persamaan sifat bahan melalui deria pendengaran.

4. Memerhati pelbagai jenis bentuk barangan buatan manusia untuk kegunaan harian, permainan dan peragaan.

5. Memerhati dan memahami bahawa sesuatu objek itu memenuhi ruang sebenar.

Rajah 1.10: Model lembu,bekas pensil dan

model kucing dibina dan dibentuk menggunakan paper mashe

1.3.3 Kesesuaian Bentuk dan Binaan sebagai Hasil Rekaan Tiga Dimensi

1. Mengenal pasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan.

2. Mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan objek.

Page 11: 03113810Topik1MembentukdanMembuatBinaan

TOPIK 1 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 11

3. Mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan.

4. Menggunakan alat dan media sebagai pengolahan reka bentuk.

5. Menghasilkan jenis-jenis bentuk bergerak dan bentuk yang mempunyai ilusi pergerakan.

6. Menghasilkan dan melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan.

7. Membandingkan hasil bentuk rekaan dengan objek sebenar.

8. Memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan.

9. Berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses membuat, olehan bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan.

10. Menentukan cara dan memperagakan bentuk rekaan yang paling sesuai dan menyatakan kesannya.

11. Menceritakan pengalaman baru yang diperoleh daripada proses menghasil bentuk rekaan.

12. Mempamer dan mempersembahkan bentuk rekaan dan bahan mengikut fungsi.

KEPENTINGAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

1.4

1.4.1 Mengembangkan Persepsi Pelajar tentang Seni Tiga Dimensi

Kejelasan dan kefahaman dalam persepsi pelajar tentang seni tiga dimensi akan memberikan suatu kefahaman dan kejelasan untuk terus belajar dan berkarya. Pelajar akan mengenal dan mengesan ciri-ciri objek tiga dimensi antaranya: 1. Bahan binaan sesuai dan relevan dengan tujuan hasilan.

2. Jika arca yang dihasilkan, pastikan ia kuat, kukuh dan selamat.

3. Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik, membentuk suatu komposisi gubahan yang artistik dan strategik.

4. Mempunyai imbangan yang menarik sama ada simetri tulen atau tidak tulen.

5. Menguasai prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra, warna, imbangan dan kesatuan yang menarik.

Page 12: 03113810Topik1MembentukdanMembuatBinaan

12 TOPIK 1 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

6. Untuk arca yang menggunakan tapak, pastikan ia kuat, selamat dan kukuh.

7. Asli, unik dan berketerampilan dari segi dapatan. Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik Kemahiran-kemahiran seperti di atas akan merujuk kepada beberapa kriteria penghasilan. Secara yang paling asas ia berkaitan dengan:

1. Kesesuaian topik, tema dan teknik yang dikaitkan dengan pemilihan alat

dan bahan.

2. Membuat „tumbnail-print‰ sebagai tindakan mengawal dan mengawas urusan membuat. Segala lakaran ini mengambil kira dari segi kesesuaian objek.

3. Sesuatu perkembangan (progress) kerja dikawal selia mengikut keperluan bahan dan alat yang menjadikan urutan kerja berjalan lancar dan terancang.

4. Pilih teknik membuat yang sesuai. Bagi teknik topeng misalnya, kaedah tampalan mungkin dianggap paling dominan dan sesuai. Lakukan pemeringkatan penghasilan topeng ini dengan teliti dan teratur.

5. Kaedah mengguna alat perlu betul dan tertib. Bagi penggunaan pahat dalam konteks menghasil arca luakan berasaskan kayu perlu diawasi dari cara memegang, pilihan saiz pahat, arah pergerakan mata pahat di samping kekuatan dan kadaran pukulan berbantukan tukul kayu.

6. Bagi kerja-kerja menghalus ke atas objek arca, kertas pasir sering kali diaplikasikan untuk mendapatkan tekstur yang licin dan menarik.

7. Syelek, varnis, minyak kayu, cat alas, cat kilat, emulsi, perada, labuci, manik-manik sering kali menjadi pilihan untuk dijadikan kemasan akhir produk. Pilih keserasian bahan penyudah atau bahan kemasan untuk penampilan yang anggun.

8. Untuk tujuan peragaan yang mantap, tentukan tapak yang kukuh dan

selamat.

Page 13: 03113810Topik1MembentukdanMembuatBinaan

TOPIK 1 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 13

1.4.2 Mengenali Pelbagai Bentuk Asas

Secara mudahnya bentuk asas terdiri daripada bentuk organik dan bentuk geometri. Bentuk organik mempunyai sifat yang tidak menentu, bergerigis, berkeluk-keluk, berjurai, lembik dan berbagai lagi. Ia mungkin berupa sotong, burung, pokok, buah-buahan, binatang, gunung-ganang dan berbagai lagi. Manakala bentuk geometri mempunyai sisian yang tetap, lurus, keras dan padu. Ia mungkin berupa bangunan, kotak, bola, piramid, kun dan lain-lain lagi. Bentuk-bentuk asas yang diterangkan tadi menjadi idea pengarca yang kemudiannya diolah dan dibina dengan menggunakan teknik yang dirancang oleh si pelukis atau pengarca.

Rajah 1.11: Contoh bentuk geometri

Page 14: 03113810Topik1MembentukdanMembuatBinaan

14 TOPIK 1 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

SFERA

Rajah 1.12: Bentuk-bentuk asas geometri

Rajah 1.13: Bentuk-bentuk organik

KUBOID

KON

KUBUS

BENTUK GEOMETRI

SELINDER

PIRAMID

DEDAUNAN

BUAH-BUAHAN

TUMBUH-TUMBUHAN

HIDUPAN LAUT

BINATANG

MANUSIA

BUNGA-BUNGAAN

BENTUK ORGANIK

Topeng adalah satu daripada kegiatan membentuk dan membuat binaan. Terangkan proses penghasilan membuat topeng hingga ke peringkat kemasan.

LATIHAN 1.4

Page 15: 03113810Topik1MembentukdanMembuatBinaan

TOPIK 1 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 15

LATIHAN 1.5

Topeng adalah satu daripada kegiatan membentuk dan membuat binaan. Terangkan proses penghasilan membuat topeng hingga ke peringkat kemasan.

• Membentuk dan membuat binaan merupakan satu bidang yang mengutamakan penguasaan jisim atau isi padu objek, reka bentuk dari setiap posisi dan lokasi serta fungsinya.

• Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan suatu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan oleh pelukis.

• Menstruktur objek tiga dimensi dalam konteks membentuk dan membuat binaan tidak boleh diambil remeh. Ia mesti diolah dengan sebegitu teliti dan rapi kerana kekuatan struktur akan mempengaruhi terhadap keteguhan dan ketepatan hasil dapatan.

• Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri kekuatan reka bentuk di samping kesesuaian terhadap mesej dan topik binaan.

• Alatan-alatan yang berupa mesin berkuasa elektrik seperti pengisar kertas untuk membuat paper mashe, mesin untuk menggaul paper mashe, mesin perata dan mesin penyembur cat mungkin diperlukan untuk menghasilkan dapatan yang baik dan bermakna.

• Seterusnya, pilihan lokasi yang relevan dengan objek seni perlu dipertimbangkan. Mobail perlu digantung, stabil statik dan perlukan tapak yang mantap, diorama dikotakkan pada cermin atau perspek yang lutsinar dan origami perlukan penampilan ruang hias yang bertutup seperti almari cermin.

• Akhirnya, apabila penampilannya berlaku dalam situasi yang relevan, karya akan kelihatan cantik dan menarik.

Page 16: 03113810Topik1MembentukdanMembuatBinaan

16 TOPIK 1 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Asemblaj

Papier Mache

Mobail

Perspek

Origami

Topeng Serkup

Tumbnail-print

Arca ikonografi merupakan salah satu daripada bindang membentuk dan membuat binaan. Apakah yang dimaksudkan arca ikonografi? Beri beberapa contoh arca ikonografi yang terdapat di Malaysia?

Papier mashe merupakan bahan yang dominan di dalam aktiviti membentuk dan membuat binaan. Nyata dan huraikan mengapa paier mashe menjadi pilihan utama guru dan murid di dalam aktiviti membentuk dan membuat binaan?