03.09

Upload: maisah-bha

Post on 04-Mar-2016

5 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

RPH PENDIDIKAN JASMANI

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI (KSSR)

Mata pelajaran :Pendidikan Jasmani

Kelas:1 Cerdik

Bilangan Murid:20 Orang

Tajuk:Komposisi Badan (Badan Saya)

Tarikh / Hari:02/09/2014 (Rabu)

Masa :8:0 a.m 8:30 a.m

Standard kandungan:Mengenal pasti komposisi dan bentuk badan.

Standard Pembelajaran:3.5.1 Mengukur ketinggian dan menimbang berat.4.5.1 Mengenalpasti komponen dalam badan iaitu tulang, otot, organ, tisu dan lemak.4.5.2 Mengenal bentuk badan kurus sederhana dan berlebihan berat badan.5.3.1 Berkomunikasi secara berkesan semasa melakukan aktiviti fizikal.5.4.2 Memperlihatkan rasa seronok melakukan aktiviti dalam kumpulan.

Objektif :Pada akhir proses P&P ini murid-murid dapat:

i) Psikomotor:Mengukur berat dan tinggi dengan teknik yang betul.

ii) Kognitif:Menyatakan bentuk badan sendiri.

iii) Afektif:Berkomunikasi dengan baik antara murid dengan murid dan guru dengan murid.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK):Kreativiti

Bahan Bantu Mengajar:Kon, Pembesar suara, komputer riba, Riben Merah dan biru.

BAHAGIAN/ MASAAKTIVITIBUTIR MENGAJAR/ FOKUS P & PPENGELOLAAN/ STRATEGI P&PALATAN / CATATAN

1. Permulaan(5 minit)1. Memanaskan badan. Melakukan aktiviti chicken dance

1. Meningkatkan suhu badan untuk aktiviti regangan.2. Meningkatkan kadar degupan jantung.3. Mewujudkan keseronokkan.4. Pergerakkan pertama, kesemua jari saling bertemu dan dibuka kemudian ditutup semula seperti sedang melakonkan aksi mulut ayam.

5. Pergerakkan yang kedua, kedua tangan dikepakkan seperti sayap ayam. Ke atas dan kebawah.

6. Pergerakkan ketiga, pinggul digerakkan ke kiri dan ke kanan, sambil badan turun ke bawah.

Murid berada dikawasan yang telah ditetapkan

Setiap pergerakan dilakukan sebanyak 4 kali.

Alatan: Kon Pembesar suara

Petunjuk:

Murid

Guru

Kon

TPK: Muzik Kinestetik

Nilai: Menepati masa

BAHAGIAN/ MASAAKTIVITIBUTIR MENGAJAR/ FOKUS P & PPENGELOLAAN/ STRATEGI P&PALATAN / CATATAN

2. Regangan dinamik kepala Badan kaki7. Pergerakkan keempat, tepuk tangan.

1. Regang otot di bahagian kepala badan dan kaki untuk elak daripada kecederaan.2. Meningkatkan julat pergerakan.3. Kepala ke atas dan ke bawah, ke kiri dan ke kanan.4. Tangan di angkat keatas dan kebawah seperti burung.5. Kaki seluas bahu, badan dibongkokkan tangan mencecah hujung jari kaki.

BAHAGIAN/ MASAAKTIVITIFOKUS P & PPENGELOLAAN / STRATEGI P&PALATAN / CATATAN

2. Perkembangan (10 minit)

Aktiviti 1: Cara mengukur berat

Aktiviti 2: Mengukur Tinggi

1. Berdiri di atas penimbang.2. Mata pandang ke hadapan.3. Badan lurus.4. Rakan akan melihat nilai ukuran berat kawan dari hadapan.5. Murid menulis berat di jadual yang guru berikan.

1. Murid berdiri pada hadapan pengukur dengan jarak lebih kurang 2 cm dari pengukur.2. Mata pandang ke hadapan.3. Rakan akan membaca tinggi kawan tersebut.4. Murid akan mencatatkan tinggi pada jadual yang telah di berikan oleh guru.

Murid berdiri di hadapan guru dalam bentuk ladam kuda, U atau pun separuh bulatan. Murid A dan B akan berAlatan :Riben merah dan biru

KBKK:Menjana idea

Nilai:Bekerjasama

BAHAGIAN/ MASAAKTIVITIFOKUS PEMBELAJARANPENGELOLAAN/ STRATEGI P&PALATAN / CATATAN

Aktiviti 3: Mengelaskan murid mengikut bentuk badan.

1. Bentuk badan kurus.

Sediakan 3 kon. Labelkan dengan bentuk badan kurus, bentuk badan gemuk dan bentuk badan ideal. Murid di bahagikan kepada 3 kumpulan mengikut bentuk badan masing-masing.

BAHAGIAN/ MASAAKTIVITIFOKUS PEMBELAJARANPENGELOLAAN/ STRATEGI P&PALATAN / CATATAN

2. Bentuk badan gemuk.

3. Bentuk badan ideal.

BAHAGIAN/ MASAAKTIVITIFOKUS PEMBELAJARANPENGELOLAAN/ STRATEGI P&PALATAN / CATATAN

3. Kemuncak (10 minit)Permainan kecil:Siapa tinggi, Siapa berat.Aplikasi pengetahuan berat dan tinggi.

Murid dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap ahli mempunyai saiz dan berat yang berbeza. Arahan akan diberikan untuk menghantar ahli kumpulan seperti berikut: Ahli yang paling tinggi dalam kumpulan. Ahli yang paling rendah dalam kumpulan. Ahli yang paling berat dalam kumpulan. Ahli yang paling ringan dalam kumpulan. Jika ahli yang dihantar keluar berjaya mengatasi ahli kumpulan yang lain diberi satu mata. Kumpulan yang banyak mata akan dikira sebagai pemenang.Alatan:Kon (4)

KBKK:Membuat keputusan

BAHAGIAN/ MASAAKTIVITIFOKUS PEMBELAJARANPENGELOLAAN/ STRATEGI P&PALATAN / CATATAN

4. Penutup (5 minit)

Aktiviti Gerak Kendur:1. Membuat regangan pada otot yang banyak digunakan semasa beraktviti dan permainan.2. Regangan Benih menjadi Pokok.3. Buat refleksi dan soal jawab berkaitan kemahiran yang telah dipelajari.

Merehat dan memulihkan degupan jantung. Mengendurkan otot yang telah direngang secara aktif ketika bermain. Mengembalikan sistem fisiologi secara beransur-ansur selepas digunakan secara aktif.

Murid berada di dalam kawasan yang disediakan. Bongkokkan badan, tangan mencecah jari kaki. Goyangkan tangan dan kaki sambil naik ke atas dan turun semula. Ulang sebanyak 3 kali. Minta semua murid duduk mencangkung membayangkan diri sebagai biji benih. Bangun secara perlahan. Gerakkan badan ke kiri dan ke kanan seperti di tiup angin.

Petunjuk:

Murid

Guru

Kon

TPK:Kinestetik

KBKK:Menilai

Nilai:Menghargai alam sekitar

BAHAGIAN/ MASAAKTIVITIFOKUS PEMBELAJARANPENGELOLAAN/ STRATEGI P&PALATAN / CATATAN

Satu tangan di keluarkan dan diluruskan paras bahu sebagai dahan daun. Kemudian satu lagi, di keluarkan sebagai dahan daun. Tangan beserta badan bergerak ke kiri dan ke kanan seperti di tiup angin. Tangan jatuh perlahan-lahan, pokok semakin tua dan layu kemudian semua jatuh mencangkung.

REFLEKSI :

KEKUATAN KELEMAHAN PENAMBAHBAIKKAN

BENTUK BADAN GEMUK

BENTUK BADAN IDEAL

BENTUK BADAN KURUS