03.02

4
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS TAHUN 5 Tarikh : 3 Februari 2015 (Selasa) Masa : 9.45 pagi 10.45 pagi Kelas : 5 Takwa Bilangan pelajar : 33 orang Subjek : Sains Tema : Proses Hidup Haiwan. Tajuk : Ciri dan tingkahlaku khas haiwan untuk melindungi diri. Objektif Pembelajaran : Pada akhir sesi pengajaran, murid dapat : 3.1.2 Menjelaskan dengan contoh melalui pemerhatian menerusi pelbagai media, ciri dan tingkahlaku khas haiwan untuk melindungi diri daripada cuaca melampau. 3.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan. Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran : 1. 90% murid boleh menjelaskan dengan grafik tentang ciri, tingkahlaku khas dan cara melindungi diri daripada musuh dan cuaca melampau. Pendekatan PdP : Koperatif, konstruktivis Strategi : Perbincangan Pengetahuan terdahulu :Murid sudah pernah melihat haiwan-haiwan berkulit serta berbulu tebal menerusi televisyen.

Upload: munirah-ismail

Post on 01-Oct-2015

226 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

lembaran kerja sains 3 feb

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS TAHUN 5

Tarikh: 3 Februari 2015 (Selasa)Masa: 9.45 pagi 10.45 pagiKelas: 5 TakwaBilangan pelajar: 33 orangSubjek: SainsTema: Proses Hidup Haiwan.Tajuk: Ciri dan tingkahlaku khas haiwan untuk melindungi diri.Objektif Pembelajaran: Pada akhir sesi pengajaran, murid dapat :3.1.2 Menjelaskan dengan contoh melalui pemerhatian menerusi pelbagai media, ciri dan tingkahlaku khas haiwan untuk melindungi diri daripada cuaca melampau. 3.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.Hasil Pembelajaran: Di akhir pengajaran dan pembelajaran :1. 90% murid boleh menjelaskan dengan grafik tentang ciri, tingkahlaku khas dan cara melindungi diri daripada musuh dan cuaca melampau.Pendekatan PdP : Koperatif, konstruktivisStrategi: PerbincanganPengetahuan terdahulu:Murid sudah pernah melihat haiwan-haiwan berkulit serta berbulu tebal menerusi televisyen.Kemahiran Proses Sains: Memerhati, mengelas, menciri, meramal, komunikasi.Nilai murni: Bekerjasama dan berdisiplin. Sumber Pengajaran: Video, powerpoint, gambar haiwan.FASA PENGAJARANISI KANDUNGANAKTIVITI P&PCATATAN

Orientasi(5 Minit)Badak sumbu berkubang dalam lumpur.Guru meminta murid membuat pemerhatian terhadap haiwan yang ditunjukkan dalam tayangan video.Guru bertanyakan soalan :1. Apakah tingkah laku yang ditunjukkan oleh badak sumbu itu?2. Kenapa dia berbuat demikian?KPS :Membuat pemerhatian,Inferens

KS :Video

Pencetusan Idea(10 Minit).Gambar A

Gambar B

Guru menyuruh murid membuat banding beza antara Gambar A dan Gambar B.

Guru dan murid bersoal jawab :1. Cuba buat perbandingan antara Gambar A dan Gambar B?2. Pada pendapat kamu, mengapa masyarakat dalam Gambar A berpakaian seperti itu?

KPS : Memerhati, membuat inferens.

KB : Menghubungkait, menganalisa

BBM : Gambar, powerpoint, LCD.

Penstrukturan Idea(30 Minit)Haiwan juga mempunyai tingkah laku khas untuk menyesuaikan diri dengan iklim melampau.

1. Bulu tebal-beruang, serigala kutub.2. Lapisan lemak tebal-singa laut, paus.3. Bonggol-unta, biston.4. Berendam dalam lumpur-kerbau, badak sumbu.5. Bermigrasi-burung bangau, paus.6. Berhibernasi-beruang, musang.

Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Guru menyediakan gambar-gambar haiwan beserta dengan perihal tentang haiwan tersebut.(beruang kutub, singa laut, unta, kerbau, burung bangau, beruang) Setiap kumpulan diberikan 1 set gambar haiwan. Mereka diminta mengenal pasti ciri yang ada pada haiwan tersebut. Guru meminta murid membuat hubung kait antara ciri dengan tingkah laku haiwan tersebut.Soalan/arahan guru :1. Kenalpasti ciri yang ada pada haiwan-haiwan berikut. Senaraikan dalam jadual.2. Bagaimanakah hubungan antara ciri dengan tingkah laku haiwan untuk melindungi diri daripada cuaca melampau?

Guru menunjukkan beberapa gambar haiwan lain. (serigala kutub, paus, badak sumbu, bison, musang kutub) Guru meminta murid membuat pengelasan haiwan mengikut ciri dan tingkah laku daripada cuaca melampau kemudian bentangkan. Soalan/arahan guru :1. Kelaskan haiwan-haiwan mengikut ciri dan tingkah laku yang sama.

KPS :Memerhati, membuat inferens, mengelas, berkomunikasi.

Nilai :Kerjasama,Mendengar arahan

BBM :Gambar haiwan, jadual pengelasan.

Aplikasi Idea(8 Minit)Masalah :Kamu diberi peluang untuk menyertai satu ekspedisi ke Kutub Utara dengan syarat kamu mesti membawa 10 ekor anak ayam bersama dan pastikan ia masih hidup selama kamu menyertai ekspedisi itu. Guru memberikan satu situasi dan meminta murid membuat perbincangan dalam kumpulan.Soalan/arahan guru :1. Bagaimana kamu hendak pastikan anak-anak ayam itu mampu bertahan dalam cuaca sejuk melampau.? Bincangkan. Catatkan langkah-langkah yang kamu lakukan. (Apa yang mesti kamu lakukan?)KPS :Memerhati,Berkomunikasi

KB : Menjana idea, membuat hubungkait, berfikir secara kreatif

Nilai Murni :Jujur,Bekerjasama

Penutup(7 Minit)Masihkah kamu ingat?

Soalan :Jelaskan cara haiwan melindungi diri dari cuaca melampau?

Jawapan :1. Bulu tebal2. Lapisan lemak3. Bonggol4. bermigrasi

Guru mengedarkan kertas peta i-Think kepada murid. Murid diminta menulis nama haiwan serta menyenaraikan ciri-ciri dan tingkah laku khas haiwan yang ditunjukkan guru ke dalam peta i-Think. Guru meminta wakil murid merumuskan topik pembelajaran. Nilai murni :Mensyukuri,ciptaan tuhan