document01

19
1 Jurnal Pendidikan, 31, 2011 POLISI ANTIBULI DAN PELAKSANAANNYA DI SEKOLAH MENENGAH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR Ghazali Darusalam Esther Kwe Choi Lean Latifah Ismail Abdul Jalil Othman Asyraf Isyragi Jamil Universiti Malaya Polisi antibuli dan pelaksanaannya di beberapa buah sekolah menengah di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah satu kajian yang dijalankan bagi melihat jenis perlakuan buli, faktor yang menyebabkan tercetusnya tingkah laku buli, keberkesanan peraturan dan perundangan buli, prosedur peraturan dalam menangani kes buli dan cadangan untuk mengatasi masalah buli di sekolah menengah. Kajian ini menggunakan reka bentuk survey melalui soal selidik dan soalan terbuka bagi mengumpulkan data kajian. Soal selidik dianalisis secara kuantitatif melalui statistik deskriptif dengan menggunakan min dan sisihan piawaian, manakala soalan terbuka dianalisis secara kualitatif melalui verbatim. Sampel kajian dipilih secara rawak dari kalangan 269 murid dan 117 guru di enam buah sekolah menengah di sekitar Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Hasil kajian mendapati perlakuan buli dalam kalangan murid sekolah menengah di beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tidaklah begitu serius berdasarkan indikator nilai min bagi 12 jenis perlakuan buli yang kerap dilakukan maksimum min 3.84 hingga minimum min 2.76 dari min 5.00. Begitu juga mengenai 30 faktor perlakuan buli di sekolah maksimum min 3.84 hingga min 2.65 dari min 5.00. Dan akhir sekali keberkesanan peraturan dan perundangan antibuli di sekolah maksimum min 3.74 hingga min 3.11 dari min 5.00. Kata kunci: Polisi antibuli, pelaksanaan buli, prosedur dan peraturan buli di sekolah menengah.

Upload: norfarhada-mohd-yusof

Post on 17-Jan-2016

30 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

JURNAL

TRANSCRIPT

Page 1: Document01

1

Jurnal Pendidikan, 31, 2011

POLISI ANTIBULI DAN PELAKSANAANNYA DI SEKOLAH MENENGAH WILAYAH PERSEKUTUAN

KUALA LUMPUR

Ghazali DarusalamEsther Kwe Choi Lean

Latifah IsmailAbdul Jalil OthmanAsyraf Isyragi Jamil

Universiti Malaya

Polisi antibuli dan pelaksanaannya di beberapa buah sekolah menengah di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah satu kajian yang dijalankan bagi melihat jenis perlakuan buli, faktor yang menyebabkan tercetusnya tingkah laku buli, keberkesanan peraturan dan perundangan buli, prosedur peraturan dalam menangani kes buli dan cadangan untuk mengatasi masalah buli di sekolah menengah. Kajian ini menggunakan reka bentuk survey melalui soal selidik dan soalan terbuka bagi mengumpulkan data kajian. Soal selidik dianalisis secara kuantitatif melalui statistik deskriptif dengan menggunakan min dan sisihan piawaian, manakala soalan terbuka dianalisis secara kualitatif melalui verbatim. Sampel kajian dipilih secara rawak dari kalangan 269 murid dan 117 guru di enam buah sekolah menengah di sekitar Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Hasil kajian mendapati perlakuan buli dalam kalangan murid sekolah menengah di beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tidaklah begitu serius berdasarkan indikator nilai min bagi 12 jenis perlakuan buli yang kerap dilakukan maksimum min 3.84 hingga minimum min 2.76 dari min 5.00. Begitu juga mengenai 30 faktor perlakuan buli di sekolah maksimum min 3.84 hingga min 2.65 dari min 5.00. Dan akhir sekali keberkesanan peraturan dan perundangan antibuli di sekolah maksimum min 3.74 hingga min 3.11 dari min 5.00.

Kata kunci: Polisi antibuli, pelaksanaan buli, prosedur dan peraturan buli di sekolah menengah.

Page 2: Document01

2

Jurnal Pendidikan, 31, 2011

Pelajar merupakan aset negara, yang menjadi harapan bangsa dan pemimpin negara pada masa hadapan. Tanggungjawab berat untuk memimpin dan menerajui kepimpinan negara pada masa akan datang akan dipertanggungjawabkan kepada mereka. Institusi sekolah diharapkan dapat menjadi pusat membentuk jati diri dan pengisian ilmu anak bangsa sebagai langkah bagi menjayakan harapan dan aspirasi tersebut. Mengasuh dan mendidik anak-anak bangsa atau generasi muda sememangnya merupakan suatu tanggungjawab yang amat mencabar dan rumit. Pelbagai pihak seperti kerajaan, masyarakat, ibu bapa, dan para pendidik harus bersama dan berganding bahu bagi memikul tanggungjawab dan peranan yang besar bagi menentukan hala tuju generasi muda tersebut. Namun, terdapat beberapa masalah pelanggaran disiplin yang serius dan buli berlaku dalam dunia persekolahan dewasa ini sedikit sebanyak telah mencemarkan harapan dan aspirasi pendidikan negara.

Latar Belakang KajianApabila kita menyentuh isu disiplin pelajar, terdapat pihak yang menyalahkan ibu bapa kerana mereka dianggap cuai dalam tugasan memberi didikan kepada anak-anak mereka di rumah. Ada juga pihak yang menuding jari kepada guru-guru sekolah kerana tidak mendisiplinkan pelajar mereka dengan tegas di sekolah. Punca dan faktor berlakunya perlakuan buli sepatutnya dikenal pasti sebelum kita mencari jalan penyelesaian bagi menangani masalah perlakuan buli yang betul.

Isu mengenai pelajar bermasalah disiplin merupakan suatu perkara yang telah lama berlaku dalam masyarakat Malaysia. Perkara tersebut telah mewujudkan ordinan-ordinan pelajaran yang berkaitan dengan disiplin di sekolah sejak berpuluh tahun dahulu. Kementerian Pelajaran Malaysia telah banyak mengeluarkan peraturan-peraturan dan perundangan mengenai disiplin pelajar di sekolah yang terkandung dalam ordinan-ordinan pelajaran dan surat pekeliling ikhtisas.

Selain daripada peraturan-peraturan yang tercatat dalam surat pekeliling ikhtisas, buku-buku kecil mengenai disiplin dan buku panduan untuk mengatasi masalah disiplin juga dihasilkan semata-mata untuk menghalang tersebarnya masalah disiplin pelajar di sekolah. Antara buku-buku tersebut seperti: Buku Panduan Bagi Ibu Bapa Mengenai Disiplin Murid-Murid Sekolah (1982), Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru (1983), Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru (1988), dan Buku Panduan Bagi Mengatasi Masalah Ponteng Di Sekolah (1994). Namun, realitinya masih mengecewakan kerana masalah disiplin

Page 3: Document01

3

Jurnal Pendidikan, 31, 2011

bukan sahaja tidak dapat dikawal malahan menjadi semakin meluas dan ke arah tahap yang membimbangkan pelbagai pihak dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Masalah disiplin di sekolah telah lama wujud, malahan ia sama tua umurnya dengan sekolah itu sendiri sebagai satu institusi pendidikan. Tidak kira sama ada di sekolah rendah atau sekolah menengah masalah disiplin merupakan masalah utama yang sering dihadapi oleh pihak sekolah dan ia bukan satu perkara baru sebaliknya suatu perkara yang sering mencungkilkan idea perbualan pelbagai pihak di Malaysia (Faridah, 2005).

Menurut Azizi Yahaya, Jamaludin Ramli, Abdul latif Ahmad, & Zurhana Muhammad (2007), peningkatan jumlah kejadian jenayah yang dilakukan oleh pelajar sekolah, seperti kes rogol, seks bebas, kumpulan samseng, buli dan bunuh telah membangkitkan kerisauan dan kebimbangan segenap lapisan masyarakat di seluruh negara.

Oleh yang demikian, ramai pakar dalam bidang pendidikan dan psikologi telah memperkembangkan kajian mereka terhadap isu-isu perlakuan buli dan juga mendefinisikan tingkah laku agresif dan ganas dalam isu tersebut. Bagi menangani masalah ini, punca masalah yang menyebabkan berlakunya perlakuan buli dalam kalangan pelajar perlu diketahui. Usaha yang bersepadu antara semua pihak amat penting bagi mencari punca dan seterusnya menyelesaikan masalah ini daripada merebak menggagalkan hasrat dan aspirasi pendidikan negara.

Objektif KajianSecara khususnya kajian ini adalah untuk mengkaji:1. jenis perlakuan buli yang dilakukan oleh pelajar di sekolah menengah. 2. faktor yang menyebabkan tercetusnya tingkah laku buli di sekolah

menengah.3. keberkesanan peraturan dan perundangan buli di sekolah menengah.4. prosedur peraturan dalam menangani kes buli di sekolah menengah.5. cadangan untuk mengatasi masalah buli di sekolah menengah.

Persoalan KajianPersoalan kajian adalah merangkumi:1. Apakah jenis perlakuan buli yang dilakukan oleh pelajar di sekolah

menengah? 2. Apakah faktor yang menyebabkan tercetusnya tingkah laku buli di

sekolah menengah?

Page 4: Document01

4

Jurnal Pendidikan, 31, 2011

3. Sejauh manakah peraturan dan perundangan buli berkesan di sekolah menengah?

4. Bagaimanakah prosedur peraturan buli dalam menangani kes buli di sekolah menengah?

5. Apakah cadangan untuk mengatasi masalah buli di sekolah menengah?

Sorotan Literatur

Teori Konsep Kendiri dan Perlakuan BuliMenurut Marsh and Craven (1997), konsep kendiri boleh dipengaruhi oleh cara atau pandangan seseorang melihat orang lain seperti rakan, guru dan keluarga. Persepsi konsep kendiri terbentuk melalui pengalaman dan interpretasi fizikal, akademik dan persekitaran sosial seseorang. Proses perbandingan merupakan faktor sosial yang penting. Contohnya, pelajar menggunakan penilaian pencapaian rakan sekelas bagi memperkukuhkan kerangka ataupun rujukan bagi menilai dan mengukur pencapaian mereka (Marsh, 1990).

Staub (1999) dalam Azizi Yahaya, Sharin Hashim, Yusof Boon, dan Zurhana Muhamad (2008a) menyatakan kanak-kanak mungkin tidak mempunyai niat bagi mencapai imej positif melalui pencapaian yang baik. Disebabkan begitu, mereka cuba mengarahkan nilai esteem kendiri mereka dalam lingkungan kekuatan, kuasa dan kekuasaan fizikal pada orang lain. Dengan ini, perlakuan buli untuk mengancam orang lain mungkin menjadi salah satu cara mengukuhkan identiti kendiri dan memenuhi atau menampung kekecewaan dalam perkara lain.

Pelajar yang suka melakukan perlakuan buli didapati mempunyai nilai esteem kendiri yang tinggi. Menurut Azizi lagi, kanak-kanak yang agresif mempunyai sistem kendiri yang lebih tegar dan berkutub (sama ada positif secara global atau negatif secara global) apabila dibandingkan dengan kanak-kanak yang kurang agresif. Mereka juga cenderung menganggar tahap kompeten dan kualiti hubungan mereka dengan orang-orang lain yang disignifikan. Kajian Salmivalli, Lagerspetz, Björkqvist, Österman, dan Kaukiainen (1996) mendapati mangsa buli memperoleh skor yang rendah dalam domain konsep kendiri.

Teori Hierarki Keperluan Maslow dan Perlakuan BuliMaslow (1970) mengklasifikasikan lima keperluan asas manusia iaitu keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, keperluan penghargaan kendiri (self-esteem) dan keperluan kesempurnaan kendiri (self-actualization). Azizi Yahaya (2008) menjelaskan bahawa kesemua

Page 5: Document01

5

Jurnal Pendidikan, 31, 2011

keperluan ini diletakkan dalam satu hierarki mengikut urutan kekuatan motivasi. Keperluan asas ataupun rendah (fisiologi) adalah keperluan yang kuat ataupun utama manakala keperluan yang tinggi (kesempurnaan kendiri) adalah keperluan yang lemah. Keperluan yang rendah merupakan keperluan biologikal dan keperluan yang tinggi pula merupakan keperluan psikologikal. Keperluan fisiologi akan dilalui oleh semua individu bagi mengekalkan kestabilan homeostasis.

Menurut Penney (2003) penghargaan kendiri adalah anugerah yang bermakna kepada kanak-kanak. Individu yang mempunyai tahap penghargaan kendiri yang rendah akan cuba melakukan sesuatu atau perlakuan buli ke atas orang lain supaya dapat merampas penghargaan kendiri mereka daripada mangsa buli mereka. Pembuli akan bertindak menguasai orang lain bagi membolehkan diri mereka berasa berkuasa dan dihargai. Hal ini pula akan menyebabkan mangsa buli kehilangan penghargaan kendiri dan juga keyakinan diri. Ketidakcapaian keperluan penghargaan kendiri ini akan menyebabkan seseorang individu berasa kecewa dan seterusnya meninggalkan kesan negatif yang mendalam pada pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak terutamanya pelajar di peringkat usia persekolahan. Perlakuan buli menurut Penney merupakan pemusnah penghargaan kendiri ini dan perlu ditangani segera pada peringkat kanak-kanak dan remaja lagi.

Teori Pembelajaran Sosial dan Perlakuan BuliFenomena buli boleh difahami dalam konteks agresif. Agresif menurut Goldenson (1984) ialah tingkah laku yang dirangsangkan oleh kemarahan, keganasan atau sifat bersaing, yang diarahkan pada orang atau pun objek lain mahupun pada diri sendiri dan boleh dianggap memusnahkan. Menurut Patricia (2001), tingkah laku buli adalah sebahagian daripada tingkah laku agresif. Begitu juga Albert Bandura (1973) yang mendahului Goldenson dan Patricia telah menjelaskan teori pembelajaran sosial tentang sifat agresif yang boleh dilihat melalui kerangka teori berikut;

Bandura (1973) menerangkan bahawa sifat agresif tingkah laku adalah dipelajari dan bukannya secara semula jadi dalam diri seseorang individu. Tingkah laku agresif disebabkan oleh pengalaman yang menyakitkan. Seterusnya Bandura menerangkan tanpa kewujudan peneguhan secara langsung individu juga mempelajari tingkah laku agresif melalui pemerhatian pada orang lain ataupun melalui pelbagai pengalaman yang mereka lalui. Kenyataan Bandura tersebut turut dijelaskan oleh Mahmood (2001) yang menyatakan bahawa tingkah laku agresif adalah sesuatu tindakan yang dipelajari daripada persekitaran sosial seperti interaksi dengan keluarga, interaksi dengan rakan sebaya dan media massa.

Page 6: Document01

6

Jurnal Pendidikan, 31, 2011

Jenis Tingkah Laku BuliDalam kajiannya, Olweus (1991) menyatakan bahawa perlakuan buli oleh para pelajar lelaki adalah lebih ganas berbanding dengan perlakuan buli oleh para pelajar perempuan. Jenis perlakuan buli secara tidak langsung atau dalam bentuk anti sosial biasanya dilakukan oleh para pelajar perempuan berbanding dengan pelajar lelaki. Contoh-contoh perlakuan buli yang berbentuk anti sosial yang dilakukan oleh para pelajar perempuan ialah seperti menyebarkan khabar angin dan memanipulasikan persahabatan.

Menurut kajian Smith dan Sharp (1994), laporan mengenai jenis perlakuan buli yang kerap diterima dari sekolah-sekolah di United Kingdom biasanya ialah ejekan, memukul, ugutan dan penyebaran khabar angin atau fitnah. Dawkins (1995) menyatakan perlakuan buli yang biasanya dilaporkan oleh para pelajar sekolah di Australia adalah jenis perlakuan buli secara verbal atau lisan iaitu mencemuh dan ejekan panggilan nama. Sementara dapatan kajian Lagerspetz, Bjorqvist, dan Peltonen (1988) mengenai perlakuan buli yang biasanya dilakukan oleh para pelajar perempuan ialah penyisihan, pemencilan dan penyebaran fitnah. Perlakuan buli yang biasa dilakukan oleh pelajar perempuan merupakan kaedah buli secara tidak langsung. Penjelasan Elliott (2002) mengenai jenis-jenis perlakuan buli boleh dilihat melalui Jadual 1.

Pengalaman-pengalaman yang

menyakitkan

Perolehan insentif

PergantunganPencapaian

Penarikan diriKeagresifan

Penyakit psikosomatik

Penggunaan dadah ataupun alkohol

Penyelesaian secara konstruktif

Konsekuens yang diantisipasikan

Bangkitan emosi

Rajah 1. Teori pembelajaran sosial tentang sifat agresif (Albert Bandura, 1973).

Page 7: Document01

7

Jurnal Pendidikan, 31, 2011

Jadual 1Jenis-jenis Perlakuan Buli

Verbal Fizikal Langsung Ejekan Serangan fizikal

Deraan secara verbal

Tidak langsung Sebaran khabar angin/fitnah Merosakkan harta bendaMemperkecilkan orang Pemulauan dan penyisihan

Sumber. Elliott (2002)

Boulton, Trueman, dan Flemington (2002) melaporkan dalam kajian mereka bahawa didapati serangan secara lisan atau verbal kerap dilaporkan manakala perlakuan mencuri merupakan perlakuan buli yang paling kurang dilaporkan. Ireland (2002), dalam kajiannya berkaitan dengan perbandingan perlakuan buli dalam kalangan remaja dan pesalah juvana melaporkan bahawa remaja mempunyai kekerapan perlakuan buli yang lebih tinggi berbanding dengan pesalah juvana. Menurutnya dalam kajian tersebut, remaja juga didapati lebih signifikan terbabit dalam perlakuan buli berbentuk fizikal, psikologikal atau lisan dan secara keseluruhannya bentuk perlakuan buli secara langsung berbanding dengan pesalah juvana.

Faktor Tingkah Laku BuliDalam kajian Loeber dan Hay (1997) persekitaran dan budaya sekolah turut memberi pengaruh terhadap interaksi, aktiviti dan tingkah laku pelajar di sekolah. Manakala Pearce dan Thompson (1998) menjelaskan pengurusan serta pengawasan disiplin sekolah yang lemah menjadi faktor wujudnya tingkah laku buli di sekolah, keadaan sekolah yang mengalami masalah kekurangan guru juga merupakan salah satu faktor penyumbang kepada berlakunya perlakuan buli di sekolah. Hal ini kerana pelajar tidak dapat diselia dan dikawal dengan baik. Berdasarkan dapatan Willes dan Strasburger (1998), maklumat media yang memaparkan keganasan dan tingkah laku buruk menjadi faktor kepada tanggapan yang menyifatkan bahawa perlakuan buli adalah tingkah laku yang boleh diterima masyarakat dan popular.

Verlinden, Hersen, dan Thomas (2000) melaporkan bahawa pembuli mungkin juga merupakan mangsa buli dahulu yang pernah didera atau diserang serta diganggu. Tindakan mereka untuk bertindak sebagai seorang pembuli atas sebab ingin membalas dendam. Mereka yang sentiasa menganggap diri mereka dalam keadaan yang bahaya atau dalam ancaman akan lebih bersifat agresif dan akan bertindak menyerang sebelum mereka mengalami serangan

Page 8: Document01

8

Jurnal Pendidikan, 31, 2011

daripada orang lain. Berdasarkan kajian Twemlow (2000), pembuli biasanya mempunyai ciri-ciri seperti berani, kuat dari segi fizikal, esteem kendiri yang tinggi dan suka mengawal. Orang yang sedemikian biasanya tidak akan bertanggungjawab atas tindakan mereka dan tidak akan menghargai orang lain.

Menurut Nansel (2000) mangsa buli biasanya mempunyai sifat yang pasif seperti sensitif, pendiam, lemah, malu, takut dan tidak berani untuk membalas walaupun diserang atau diganggu. Dalam erti kata lain, kanak-kanak yang kurang berkeyakinan, lemah semangat, mempunyai esteem kendiri yang rendah, menganggap diri sebagai seorang individu yang tidak kompeten, tertekan dan sentiasa dalam kebimbangan biasanya akan menjadi mangsa buli. Johnson (2002) menganggap media massa sebagai faktor tingkah laku buli; ini kerana media memainkan peranan penting dalam mempengaruhi perkembangan minda dan tingkah laku kanak-kanak. Menurut kajiannya, perlakuan dan tingkah laku kanak-kanak atau para remaja akan dipengaruhi oleh siaran aksi dan tingkah laku ganas dan agresif yang selalu diudarakan di kaca televisyen dan media-media elektronik yang lain.

Azizi Yahaya et al. (2007) pula menyatakan bahawa perubahan suatu tingkah laku boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Tingkah laku buli bukan suatu tingkah laku yang dilahirkan secara semula jadi atau pun diajar secara langsung kepada kanak-kanak. Kanak-kanak yang terdedah kepada persekitaran akan mudah terpengaruh. Antara faktor-faktor yang boleh mempengaruhi mereka berkembang menjadi pembuli termasuk faktor biologi dan perangai, pengaruh keluarga, rakan dan persekitaran. Peranan ibu bapa dan latar belakang keluarga juga merupakan salah satu faktor yang boleh mempengaruhi seseorang kanak-kanak menjadi agresif dari segi tingkah laku mereka. Ibu bapa yang sering bergaduh dan bertindak ganas di hadapan kanak-kanak akan memberi satu gambaran yang sangat mendalam kepada minda kanak-kanak.

Kerangka Teori KajianHasil daripada teori dan sorotan literatur, kerangka teori kajian dapat dibentuk seperti dalam Rajah 2. Rajah 2 menunjukkan putaran polisi antibuli dan pelaksanaannya di sekolah menengah bermula daripada mengenali pelbagai jenis buli yang dilakukan oleh murid sekolah menengah kemudian mengenali peraturan buli dan prosedur pelaksanaan peraturan samada dilaksanakan atau tidak dilakanakan oleh pihak sekolah.

Page 9: Document01

9

Jurnal Pendidikan, 31, 2011

Rajah 2. Polisi antibuli yang sedia ada.

Sumber. Diubahsuai daripada Dautenhahn dan Wood (2003)

Jenis Buli

Fizikal – pukul, tolak, tendang, tampar Bahasa – ejek, gelar nama, bahasa kod, komen yang berbau perkauman Isyarat – jelir lidah, meludah, angkat penumbuk, jegil mata Peras Ugut – minta wang perlindungan / kantin, minta buat kerja rumah, rampas makanan, basuh dan gosok baju Buli Siber – ganggu mangsa melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau laman web Perhubungan – memulau, sebar fitnah, tiru suara mangsa, tulis perkara buruk tentang mangsa di tandas atau di tempat lain, enggan terima dalam aktiviti kumpulan

Peraturan Buli Di Sekolah

1. Gantung sekolah 2. Teknik pengurusan menangani

perasaan marah 3. Pengurusan resolusi konflik dan

perantaraan rakan sebaya 4. Latih terima pelbagai bangsa dan

budaya 5. Polisi tidak toleransi dengan

perlakuan buli 6. Kaunselor untuk membimbing

pelajar 7. Sediakan mentor 8. Penglibatan ibu bapa 9. Kepelbagaian aktiviti kokurikulum 10. Rancangan Kesihatan Sekolah 11. Latihan kemahiran bersosial 12. Kemahiran kepimpinan 13. Lembaga disiplin sekolah 14. Peraturan sekolah 15. Penyeliaan guru di tempat awam

selepas sekolah 16. Program “Sekolah Angkat” bersama

polis

Pelaksanaan Di Sekolah Dilaksanakan Tidak dilaksanakan

Prosedur Pelaksanaan Laporkan kes buli kepada guru disiplin Dirujuk kepada kaunselor sekolah Dilaporkan kepada pengetua sekolah Memberi amaran sebanyak 2 kali Hukuman

Page 10: Document01

10

Jurnal Pendidikan, 31, 2011

Metodologi KajianKajian ini menggunakan reka bentuk survey melalui soal selidik dan soalan terbuka bagi mengumpulkan data kajian. Respons soal selidik akan dianalisis secara kuantitatif melalui statistik deskriptif dengan menggunakan min dan sisihan piawaian, manakala soalan terbuka akan dianalisis secara kualitatif melalui verbatim. Sampel kajian dipilih secara rawak dari kalangan 269 murid dan 117 guru di enam buah sekolah menengah di sekitar Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Saiz sampel dikira mencukupi berdasarkan ‘determining sample size’ oleh Krejcie dan Morgan (1970). Pengkaji membina sendiri soal selidik berasaskan kepada bacaan dan sumber daripada literatur. Kajian rintis yang dibuat ke atas 30 sampel menunjukkan nilai alpha Cronbach mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi antara .834 hingga .945.

Soalan Kajian Sampel Kajian Analisis Data

1. Apakah jenis perlakuan buli yang dilakukan oleh pelajar di sekolah menengah?

Muridn = 269

KuantitatifDeskriptif (min)

2. Apakah faktor yang menyebabkan tercetusnya tingkah laku buli di sekolah menengah?

Gurun = 117

KuantitatifDeskriptif (min)

3. Sejauh manakah peraturan dan perundangan buli berkesan di sekolah menengah?

Gurun = 117

KuantitatifDeskriptif (min)

4. Bagaimanakah prosedur peraturan buli dalam menangani kes buli di sekolah menengah?

Gurun = 117

Kualitatif(verbatim)

5. Apakah cadangan untuk mengatasi masalah buli di sekolah menengah?

Muridn = 269

Kualitatif(verbatim)

Rajah 3. Matriks pengukuran data.

Page 11: Document01

11

Jurnal Pendidikan, 31, 2011

Dapatan Kajian

Jenis Perlakuan Buli Di Sekolah

Jadual 2Jenis Perlakuan Buli Di Sekolah (n = 269)

Jenis Buli Min SPSuka mencemuh 3.30 1.26Suka memukul 3.11 1.27Suka mempersenda 3.55 1.20Ajak bergaduh 3.11 1.30Tolak pelajar 3.38 1.29Kasari pelajar 3.22 1.30Menampar pelajar 2.77 1.13Menendang pelajar 2.94 1.24Ejek pelajar 3.84 1.21Suka ancam pelajar 3.00 1.31Sering singgung perasaan 3.51 1.15Cedera pelajar lain 2.76 1.33

Jadual 2 menunjukan persepsi murid sekolah menengah mengenai jenis perlakuan buli di sekolah. Majoriti murid menjelaskan jenis perlakuan buli yang kerap dilakukan adalah mengejek pelajar (min 3.84), suka mempersenda (min 3.55), sering menyinggung perasaan (min 3.51), tolak pelajar (min 3.38), suka mencemuh (min 3.30), mengkasari pelajar (min 3.22), suka memukul (min 3.11), ajak bergaduh (min 3.11), suka ancam pelajar (min 3.00), menendang pelajar (min 2.94), menampar pelajar (min 2.77) dan mencederakan pelajar lain (min 2.76).

Faktor Perlakuan Buli Di SekolahJadual 3 menunjukkan persepsi guru sekolah menengah mengenai faktor perlakuan buli di sekolah adalah disebabkan oleh membalas dendam (min 3.84), menunjukkan kekuatan diri (min 3.65), untuk suka-suka (min 3.51), disuruh oleh rakan (min 3.49), untuk keseronokan (min 3.46), pernah dibuli (min 3.38), tidak suka padanya (min 3.38), kerap dimarahi guru (min 3.24), untuk dapat wang (min 3.23),

Page 12: Document01

12

Jurnal Pendidikan, 31, 2011

Jadual 3Faktor Perlakuan Buli Di Sekolah (n = 117)

Faktor Buli Min SPBerbadan besar 3.09 1.40Keluarga miskin 2.65 1.23Nampak kelakar 3.04 1.28Umur tua 2.94 1.37Balas dendam 3.85 3.44Keluarga kaya 2.82 1.26Tidak disayangi keluarga 2.90 1.37Tidak mempunyai kawan 2.89 1.32Kerap dimarahi guru 3.24 1.41Berbadan kecil 3.05 1.46Kerap dimarahi ibu bapa 2.90 1.30Disuruh oleh rakan 3.49 1.26Untuk keseronokan 3.46 1.32Tiada kawan dalam kelas 2.84 1.24Boleh dapat ramai kawan 2.73 1.31Tidak diberi wang saku 2.72 1.28Tunjuk kekuatan diri 3.65 1.46Pernah dibuli 3.38 1.30Untuk dapat wang 3.23 1.43Guru tidak pernah marah 2.83 1.32Ada ramai kawan 3.15 1.36Untuk suka-suka 3.51 1.31Tidak suka padanya 3.38 1.34Rakan sekelas tidak suka 3.23 1.30Selalu bergaduh dengan adik 3.03 1.22Tidak suka berada dalam kelas 3.10 1.35Tidak minat belajar 3.17 1.40Semua rakan suka membuli 3.09 1.38Ibu bapa tidak pernah marah 2.80 1.35Guru tidak ambil tahu perbuatannya 2.94 1.38

Ini diikuti rakan sekelas tidak suka (min 3.23), tidak minat belajar (min 3.17), ada ramai kawan (min 3.15), tidak suka berada dalam kelas (min 3.10), semua rakan, suka membuli (min 3.09), berbadan besar (min 3.09) berbadan kecil (min 3.05), nampak kelakar (min 3.04), selalu bergaduh dengan adik (min 3.03), umur tua (min 2.94), guru tidak ambil tahu perbuatannya (min

Page 13: Document01

13

Jurnal Pendidikan, 31, 2011

2.94), tidak disayangi keluarga (min 2.90), kerap dimarahi ibu bapa (min 2.90), tidak mempunyai kawan (min 2.89), tiada kawan dalam kelas (min 2.84), keluarga kaya (min 2.82), guru tidak pernah marah (min 2.83), ibu bapa tidak pernah marah (min 2.80), boleh dapat ramai kawan (min 2.73), tidak diberi wang saku (min 2.72) dan keluarga miskin (min 2.65).

Keberkesanan Peraturan dan Perundangan Di SekolahJadual 4 mempamerkan min dan sisihan piawai bagi menunjukkan persepsi guru sekolah menengah berkenaan dengan keberkesanan peraturan dan perundangan untuk menangani masalah buli di sekolah.

Jadual 4Keberkesanan Peraturan dan Perundangan Di Sekolah (n = 117)

Peraturan dan Perundangan Min SPPeraturan gantung sekolah 3.36 1.22Teknik menangani perasaan marah 3.26 1.14Latihan dalam pengurusan konflik 3.19 1.18Latihan terima pelbagai bangsa 3.38 1.20Mewujudkan polisi tidak toleransi 3.11 1.10Menyediakan kaunselor untuk pelajar 3.55 1.31Menyediakan mentor untuk pelajar 3.18 1.23Penglibatan ibu bapa 3.29 1.21Pelbagai aktiviti kokurikulum 3.48 1.25Rancangan kesihatan sekolah 3.34 1.22Latihan kemahiran bersosial 3.47 1.24Latihan kemahiran kepimpinan 3.55 1.19Lembaga disiplin sekolah 3.74 1.14Peraturan sekolah 3.57 1.24Penyeliaan guru di luar sekolah 3.46 1.23Program “Sekolah Angkat” 3.48 1.38

Menurut Jadual 4, majoriti guru menjelaskan bahawa keberkesanan peraturan dan perundangan anti buli di sekolah, berkesan jika ditangani oleh pihak lembaga disiplin sekolah (min 3.74), atau melalui peraturan sekolah (min 3.57), juga dengan menyediakan kaunselor untuk pelajar (min 3.55), melalui latihan kemahiran kepimpinan (min 3.55), dengan mengadakan pelbagai aktiviti kokurikulum (min 3.48), melalui program sekolah angkat (min 3.48), latihan kemahiran bersosial (min 3.47), penyeliaan guru di luar sekolah (min 3.46), latihan terima pelbagai bangsa (min 3.38), peraturan

Page 14: Document01

14

Jurnal Pendidikan, 31, 2011

gantung sekolah (min 3.36), rancangan kesihatan sekolah (min 3.34), penglibatan ibu bapa (min 3.29), teknik menangani perasaan marah (min 3.26), latihan dalam pengurusan konflik (min 3.19), menyediakan mentor untuk pelajar (min 3.18) dan mewujudkan polisi tidak bertoleransi terhadap kes buli (min 3.11).

Prosedur Peraturan Buli Dalam Menangani Kes BuliDapatan daripada soalan terbuka (open ended question) yang dikemukakan oleh guru disiplin sekolah menjelaskan bahawa setiap sekolah menengah di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur mempunyai prosedur yang sama. Majoriti informan menjelaskan prosedur peraturan dibuat mengikut langkah-langkah berikut:

Prosedur 1memberi nasihat memberi amaran berbincang dan membuat perjanjian dengan waris buang sekolah serah kepada pihak polis.

Prosedur 2memberi nasihat berjumpa dengan guru kaunseling berbincang dengan ibu bapa keluarkan surat amaran tindakan diambil oleh guru disiplin.

Cadangan Untuk Mengatasi Masalah BuliBagi mengatasi masalah buli di sekolah menengah sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, soalan ‘open ended’ dikemukakan kepada informan pelajar. Majoriti pelajar mencadangkan agar langkah-langkah berikut perlu diambil oleh pihak sekolah: • Membincang dengan baik antara pelajar dengan pelajar.• Menyuruh pembuli mencuci dan membersihkan kawasan tandas.• Menghantar pelajar yang banyak masalah ke tempat latihan pemuda.• Buang sekolah.• Memberitahu ibu bapa pelajar.• Memberi bimbingan kaunseling.• Mengawasi tingkah laku setiap pelajar pada setiap masa.• Melaporkan kepada pihak sekolah.• Memberitahu guru bertugas.• Menghalang pelajar daripada bergaduh atau membuli.• Memberi pengajaran.

Page 15: Document01

15

Jurnal Pendidikan, 31, 2011

• Guru harus sentiasa memantau pelajar yang kerap membuli pelajar lain.• Mengambil tindakan sepenuhnya.• Melaporkan kepada guru disiplin.• Menghantar pelajar ke bilik kaunselor.• Menghantar pelajar ke bilik khas.• Memberi hukuman yang berat kepada pelajar yang terlibat dalam

perlakuan buli.• Berbincang dengan ibu bapa pelajar.• Mengajar pelajar menghormati antara satu sama lain.• Melaporkan kepada pihak polis.• Berusaha melidungi diri.• Mengenakan hukuman tegas.• Menguatkuasakan peraturan sekolah.• Memberi hukuman yang setimpal.• Belajar cara mempertahankan diri• Memberi khidmat nasihat kaunselor kepada pembuli.• Membuat kempen kesedaran.• Memberi ceramah agama.• Menghantar pembuli ke sekolah Henry Gurney.• Memberitahu pelajar tentang keburukan perlakuan membuli

Rumusan KajianTiga konstruk item diketengahkan bagi melihat polisi antibuli dan pelaksanaannya di sekolah menengah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Melalui dapatan kajian yang dibentangkan maka dapatlah dirumuskan bahawa perlakuan buli dalam kalangan para murid sekolah menengah di beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur tidaklah begitu serius berdasarkan kepada indikator nilai min bagi 12 jenis perlakuan buli yang kerap dilakukan maksimum min 3.84 hingga minimum min 2.76 dari min 5.00. Begitu juga mengenai 30 faktor perlakuan buli di sekolah maksimum min 3.84 hingga min 2.65 dari min 5.00. Dan akhir sekali keberkesanan peraturan dan perundangan anti buli di sekolah maksimum min 3.74 hingga min 3.11 dari min 5.00.

Implikasi KajianDisiplin merupakan tiang wujudnya seseorang yang bersahsiah baik dan berpelajaran. Jika seseorang itu tidak mempunyai disiplin diri yang baik, maka adalah sukar bagi mereka membentuk sahsiah diri yang baik. Dengan itu,

Page 16: Document01

16

Jurnal Pendidikan, 31, 2011

masalah disiplin akan wujud pada diri seseorang pelajar. Disiplin merupakan elemen yang paling asas dan penting dalam diri seseorang individu walaupun pembentukan keperibadian ini boleh berlaku dengan sendiri. Pembentukan keperibadian ini juga perlu disuburkan supaya terarah menghasilkan satu produk yang baik. Produk yang baik itu dijelmakan oleh generasi muda akan datang yang mempunyai sifat-sifat murni seperti patuh kepada agama, setia pada negara, menghormati undang-undang negara, ibu bapa, orang tua, bersifat penyayang, progresif dan proaktif.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah seharusnya lebih memberi perhatian ke atas pembentukan sahsiah pelajar daripada mengenakan hukuman keras ke atas diri pelajar yang terlibat dalam masalah disiplin. Hal ini jika tidak diambil berat mungkin akan menyebabkan masalah disiplin menjadi semakin rumit dan serius.

Kajian ini mendapati bahawa jenis buli yang dilakukan oleh para pelajar di sekolah terdiri daripada pelbagai jenis iaitu fizikal, verbal dan psikologi. Kebanyakan masalah perlakuan buli yang sering terjadi ialah perlakuan buli secara fizikal dan verbal. Oleh itu guru sama ada guru kelas, guru mata pelajaran atau guru disiplin merupakan guru asas yang sepatutnya bekerjasama untuk membentuk keperibadian dan sahsiah yang baik dalam diri pelajar.

Guru-guru juga harus memahami faktor dan punca berlakunya masalah buli dalam kalangan pelajar yang terlibat di sekolah. Jika guru tidak tahu akan punca atau faktor berlakunya masalah perlakuan buli antara pelajar, maka masalah disiplin tersebut adalah sukar atau tidak dapat diselesaikan. Oleh itu guru bertanggungjawab dan memainkan peranan penting untuk mengetahui faktor suatu perlakuan buli itu berlaku sebelum menentukan cara penyelesaian yang terbaik.

Kajian ini juga menunjukkan bahawa polisi antibuli yang digariskan dalam buku panduan sekolah masing-masing telah dilaksanakan, walaupun masalah buli masih tidak dapat ditangani dengan baik. Pihak sekolah, ibu bapa, penjaga dan media-media massa harus sentiasa peka terhadap pengaruh di luar agar keadaan disiplin pelajar terkawal.

Secara keseluruhannya, polisi antibuli yang digariskan dalam buku panduan disiplin sekolah masing-masing telah diamalkan oleh sekolah-sekolah menengah di sekitar Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, usaha menangani masalah disiplin buli di sekolah bukanlah hanya merupakan tanggungjawab satu-satunya pihak sama ada ibu bapa, penjaga atau guru tetapi semua pihak yang terlibat. Oleh itu, kesedaran diri amat penting dan merupakan salah satu cara penyelesaian yang terbaik antara cara-cara penyelesaian yang lain.

Page 17: Document01

17

Jurnal Pendidikan, 31, 2011

PenutupTahap perlakuan buli di sekolah-sekolah menengah di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih berada pada tahap yang tidak begitu serius ini berdasarkan pada nilai min 3.00. Oleh itu, pihak-pihak yang tertentu perlu lebih berwaspada dan berusaha untuk mengatasi masalah disiplin. Kerjasama dari semua pihak amat diperlukan. Pelajar-pelajar harus juga dipupuk supaya ada kesedaran diri bagi mengelakkan diri dari terjerumus dalam masalah disiplin yang lebih serius dan membimbangkan.

Page 18: Document01

18

Jurnal Pendidikan, 31, 2011

RujukanAzizi Yahaya, Jamaludin Ramli, Abdul Latif Ahmad, & Zurhana Muhammad.

(2007). Buli. Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia.Azizi Yahaya, Sharin Hashim, Yusof Boon, & Zurhana Muhamad. (2008a).

Tip menangani buli di sekolah. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.Azizi Yahaya, Yusof Boon, & Sharin Hashim. (2008b). Indeks Perlakuan Buli

di kalangan pelajar-pelajar di sekolah menengah dan sekolah rendah. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Bandura, A. (1973). Aggression: A social learning analysis. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

Boulton, M. J., Trueman M., & Flemington, I. (2002, December). Associations between secondary school pupils’ definitions of bullying, attitudes towards bullying, and tendecies to engage in bullying: Age and sex differences. Educational Studies, 28(4), 353-370.

Dautenhahn, K., & Woods, S. (2003). Possible connections between bullying behaviour, empathy and imitation. UK: University of Hertfordshire.

Dawkins, J. (1995). Bullying in schools: Doctors’ responsibilities. British Medical Journal, 310, 274-275.

Elliot, M. (Ed.) (1991). Bullying: A practical guide to coping in schools. Harlow, UK: Longman.

Elliott, M. (2002). Bullying. Harlow, UK: Pearson.Faridah Binti Daud. (2005). Masalah buli di kalangan pelajar sekolah di

sebuah sekolah menengah di daerah Bentong, Pahang. Kertas Projek Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan, Universiti Malaya.

Ireland, J. L. (2002). Do juveniles bully more than young offenders. Journal of Adolescence, 25(2), pp. 155-168.

Johnson, J. G., Cohen, P., Smailes, E. M., Kasen, S., & Brook, J. (2002). Television viewing and aggressive behavior during adolescence and adulthood. Science, 295, 2468-2471.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1982). Panduan bagi ibu bapa mengenai disiplin murid-murid sekolah. Kuala Lumpur: DBP.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1983). Panduan tatacara disiplin sekolah untuk guru besar dan guru. Kuala Lumpur: DBP.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1988). Panduan tatacara disiplin sekolah untuk guru besar dan guru. Kuala Lumpur: DBP.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1994). Panduan bagi mengatasi masalah ponteng di sekolah. Unit Disiplin Bahagian Sekolah.

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Pychological Measurement, 30, 607-610.

Page 19: Document01

19

Jurnal Pendidikan, 31, 2011

Lagerspetz, K. M., Bjorqvist, K., & Peltonen, T. (1988). Is indirect aggression more typical of females? Gender differences in aggressiveness in 11 and 12-year old children. Aggressive Behavior, 14, 403-414.

Olweus, D. (1991). Bully/victim problems among schoolchildren: Basic facts and effects of a school-based intervention programme. Dlm. D. Pepler & K. Rubin (Sid. Ed.), The development and treatment of childhood aggression. Hillsdale, NJ: Erlbaum.

Pearce, J. B., & Thompson, A. E. (1998). Practical approaches to reduce the impact of bullying. Archive of Disease in Childhood, 79, 528-531.

Salmivalli C., Lagerspetz, K., Bjorkqvist, K., Osterman, K., & Kaukiainen, A. (1996). Bullying as a group process: Participant roles and their relations to social status within the group. Aggressive Behavior, 22, 1-15.

Twemlow, S. (2000). The roots of violence in schools. Psychoanalytic Quarterly, 69(4), 741- 785.

Verlinden, Hersen, M., & Thomas, J. (2000). Risk factors in school shootings. Clinical Psychology Review, 20, 3-56.