003 garis panduan pengendalian snek bijirin kkm

9
RMTSB003 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA GARIS PANDUAN ASPEK KESELAMATAN MAKANAN BAGI PENGENDALIAN BEKALAN SNEK BIJIRIN DALAM PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) TAHUN 2016 Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 4, Menara Prisma No. 26 Jalan Persiaran Perdana 63575 Putrajaya

Upload: buithien

Post on 12-Jan-2017

248 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: 003 Garis Panduan Pengendalian Snek Bijirin KKM

RMTSB003

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN ASPEK

KESELAMATAN MAKANAN BAGI

PENGENDALIAN BEKALAN SNEK

BIJIRIN DALAM PROGRAM

RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

(RMT) TAHUN 2016

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan

Kementerian Kesihatan Malaysia

Aras 4, Menara Prisma

No. 26 Jalan Persiaran Perdana

63575 Putrajaya

Page 2: 003 Garis Panduan Pengendalian Snek Bijirin KKM

Garis Panduan Aspek Keselamatan Makanan Bagi Pengendalian Bekalan Snek Bijirin Dalam Program RMT

Tahun 2016

2

KANDUNGAN

1. PENGENALAN

2. OBJEKTIF

3. SKOP

4. DEFINISI

5. JAMINAN KUALITI PRODUK

6. PELABELAN

7. PENGANGKUTAN

8. AMALAN PENGENDALIAN

9. PENYIMPANAN DI GUDANG

10. PENYIMPANAN DI SEKOLAH

11. PENGAGIHAN DI SEKOLAH

12. REKOD DAN PENGESANAN

Page 3: 003 Garis Panduan Pengendalian Snek Bijirin KKM

Garis Panduan Aspek Keselamatan Makanan Bagi Pengendalian Bekalan Snek Bijirin Dalam Program RMT

Tahun 2016

3

GARIS PANDUAN ASPEK KESELAMATAN MAKANAN BAGI PENGENDALIAN

SNEK BIJIRIN DALAM PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

TAHUN 2016

1. PENGENALAN

Pemberian Snek Bijirin telah diperkenalkan sebagai makanan tambahan dalam

Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) pada tahun 2016. Kementerian

Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyediakan Garis Panduan Aspek

Keselamatan Makanan bagi Pengendalian Bekalan Snek Bijirin Dalam RMT

bertujuan untuk memastikan Snek Bijirin yang diberikan kepada murid berkualiti

dan selamat.

2. OBJEKTIF

Memberi panduan kepada syarikat pembekal dan pihak sekolah dalam

mengendalikan bekalan Snek Bijirin bagi memastikan Snek Bijirin yang

dibekalkan kepada murid adalah selamat dan memenuhi spesifikasi yang telah

ditetapkan.

3. SKOP

Meliputi langkah-langkah keselamatan di setiap peringkat rantaian pembekalan

Snek Bijirin iaitu dari peringkat kilang sehingga ke peringkat edaran di sekolah

termasuk pengendalian bekalan Snek Bijirin yang melibatkan pengangkutan,

penyimpanan dan pengedaran.

4. DEFINISI

Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP): Langkah-langkah universal yang

mengawal keadaan operasi sesebuah premis makanan bagi membolehkan

penghasilan makanan yang selamat.

Hazard Analysis And Critical Control Point (HACCP): Satu sistem jaminan

kualiti yang dibangunkan bagi tujuan memastikan keselamatan dan kualiti

makanan yang diproses

“Holding Sample” ( Sampel Penahanan ): Sampel yang diambil untuk tujuan

pemeriksaan pada masa hadapan.

FIFO ( First In, First Out ): Sistem pengurusan stor di mana stok yang masuk

dulu akan keluar dulu.

Page 4: 003 Garis Panduan Pengendalian Snek Bijirin KKM

Garis Panduan Aspek Keselamatan Makanan Bagi Pengendalian Bekalan Snek Bijirin Dalam Program RMT

Tahun 2016

4

Makhluk Perosak: Binatang atau serangga yang boleh merosakkan dan

mencemar makanan/minuman contohnya lipas, lalat, tikus dan sebagainya.

5. JAMINAN KUALITI PRODUK

Bagi memastikan bekalan Snek Bijirin kepada sekolah-sekolah adalah selamat,

syarikat pembekal Snek Bijirin hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:

a) Mematuhi segala peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan

Makanan 2009:

i. Melaksanakan program jaminan keselamatan makanan Hazard

Analysis and Critical Control Point (HACCP)

ii. Melaksanakan sistem kebolehkesanan (traceability system) makanan

iaitu sistem yang boleh menjejaki dari mana sumber makanan

diperolehi dan ke mana sumber makanan yang telah diproses dihantar

di sepanjang rantaian termasuk pengedaran hingga ke peringkat

penyimpanan di sekolah; dan

iii. Memastikan bahan mentah bebas dari sebarang pencemaran.

b) Menyimpan holding sample (2 sampel) bagi setiap kelompok (batch) yang

dikeluarkan.

c) Pihak syarikat perlu membekalkan dua (2) sampel bagi setiap kelompok batch

yang dikeluarkan kepada pihak sekolah bagi tujuan Uji dan Rasa oleh pihak

guru.

d) Mendapat pengesahan HALAL daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

(JAKIM)

6. PELABELAN

Syarikat pembekal hendaklah memastikan maklumat berikut dinyatakan pada

bungkusan Snek Bijirin :-

a) Nama sebutan sebenar “Snek Bijirin”

b) Nombor batch Snek Bijirin

c) Tarikh pembuatan

d) Tarikh luput

e) Senarai ramuan

f) Maklumat pemakanan

g) Arahan penyimpanan

h) Nama dan alamat pengilang/ pembungkus/ ejen

i) Pernyataan mengenai berat bersih, iaitu 30 gram setiap satu

Page 5: 003 Garis Panduan Pengendalian Snek Bijirin KKM

Garis Panduan Aspek Keselamatan Makanan Bagi Pengendalian Bekalan Snek Bijirin Dalam Program RMT

Tahun 2016

5

j) Pernyataan “Snek Bijirin, Kementerian Pelajaran Malaysia”

k) Pernyataan “Tidak dibenarkan untuk dijual”

7. PENGANGKUTAN

Snek Bijirin hendaklah dilindungi daripada pencemaran ataupun kerosakan

semasa pengangkutan dan pengedaran. Jenis kenderaan yang digunakan

hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut:

a) Menyediakan perlindungan yang berkesan daripada pencemaran dan suhu

melampau serta hujan.

b) Semua kelengkapan dalam kenderaan pengangkutan hendaklah bersih,

berkeadaan baik, boleh dibersihkan dan sekiranya perlu, disanitasi dan

ditutup untuk menghalang kemasukan makhluk perosak dan sebarang

sumber pencemaran.

c) Mempunyai pengudaraan secukupnya.

8. AMALAN PENGENDALIAN

a) Tidak mengangkut bahan lain yang boleh mencemarkan Snek Bijirin.

b) Pemunggahan karton Snek Bijirin ke dalam kenderaan hendaklah dijalankan

dengan cermat.

c) Tidak mencampuradukkan batch yang berlainan. Pengangkutan dan

pengedaran hendaklah mengikut nombor batch. Susunan hendaklah

melibatkan batch yang sama. Sebaik-baiknya satu batch yang sama bagi satu

lokasi penerimaan. Maksimum 3 batch untuk satu penghantaran.

d) Syarikat pembekal perlu menyediakan sistem rekod penghantaran yang

mengandungi maklumat-maklumat minima seperti berikut :-

i. Tarikh dan masa pemunggahan;

ii. Nombor batch/kuantiti;

iii. Tarikh Luput bagi setiap batch;

iv. Nama dan alamat penerima; dan

v. Tarikh dan masa serahan.

e) Syarikat pembekal hendaklah memastikan karton atau kotak Snek Bijirin yang

telah rosak atau tercemar dikeluarkan dengan segera daripada kenderaan

pengangkutan.

f) Snek Bijirin boleh diangkut pada suhu bilik.

g) Syarikat pembekal perlu mempunyai mekanisma kawalan di setiap peringkat

yang melibatkan aktiviti pemunggahan dari kilang ke kenderaan, kenderaan

ke kenderaan lain, kenderaan ke gudang, gudang ke kenderaan, kenderaan

ke stor sekolah.

Page 6: 003 Garis Panduan Pengendalian Snek Bijirin KKM

Garis Panduan Aspek Keselamatan Makanan Bagi Pengendalian Bekalan Snek Bijirin Dalam Program RMT

Tahun 2016

6

9. PENYIMPANAN DI GUDANG

a) Keperluan Gudang

Stor atau gudang yang digunakan bagi menyimpan bekalan Snek Bijirin

hendaklah mempunyai reka bentuk stor yang dapat mengawal risiko

pencemaran serta mempunyai ciri-ciri berikut :-

i. Stor mestilah bertutup dan dilindungi daripada makhluk perosak dan

haiwan peliharaan;

ii. Tidak menyimpan produk lain yang boleh mencemarkan Snek Bijirin;

iii. Dinding, lantai dan rak diperbuat daripada bahan yang mudah dicuci

dan dinyahjangkit, rata, tidak menyerap kotoran dan tahan hakisan;

iv. Keluasan bilik penyimpanan hendaklah sesuai dengan kuantiti stok

yang disimpan bagi memastikan penyimpanan yang baik;

v. Pencahayaan semulajadi atau buatan yang sesuai adalah diperlukan

supaya dapat beroperasi dalam keadaan yang baik;

vi. Pengudaraan yang mencukupi perlu disediakan untuk mengelakkan

bahang yang berlebihan, kondensasi, kotoran dan wap; dan

vii. Perlu ada sistem kawalan makhluk perosak yang meliputi perkara

berikut :-

Mencegah (Prevent)

Menghapus (Eliminate)

Pemantauan (Surveillance)

Rawatan (Treatment)

Syarikat pembekal hendaklah menyediakan stor atau gudang penyimpanan

Snek Bijirin disetiap negeri atau mengikut zon untuk memudahkan proses

pembekalan dan penghantaran ke sekolah.

b) Kaedah Penyimpanan

i. Snek Bijirin hendaklah disusun pada ketinggian 20sm dari lantai atau

jika menggunakan pallet hendaklah mempunyai ketinggian sekurang-

kurangnya 15sm dari lantai. Penyusunannya hendaklah tidak melebihi

keluasan pallet;

ii. Snek Bijirin hendaklah berada sekurang-kurangnya 15sm daripada

dinding;

iii. Snek Bijirin boleh disimpan pada suhu bilik;

iv. Penyimpanan hendaklah berdasarkan kepada tarikh luput dan nombor

batch bagi memudahkan amalan FIFO (masuk dulu keluar dulu)

dilaksanakan;

v. Mengeluarkan kotak Snek Bijirin yang telah rosak atau tercemar

Page 7: 003 Garis Panduan Pengendalian Snek Bijirin KKM

Garis Panduan Aspek Keselamatan Makanan Bagi Pengendalian Bekalan Snek Bijirin Dalam Program RMT

Tahun 2016

7

daripada stor penyimpanan;

vi. Penyimpanan Snek Bijirin ke dalam stor penyimpanan hendaklah

dijalankan dengan cermat;

vii. Mengamalkan sistem penggiliran stok FIFO (masuk dulu, keluar dulu)

dalam pengurusan stok; dan

viii. Menyediakan sistem rekod penyimpanan yang mempunyai maklumat

seperti tarikh, nombor batch, tarikh luput, masa terima, masa keluar,

dan rekod keadaan fizikal semasa penerimaan.

10. PENERIMAAN DI SEKOLAH

Guru RMT yang menerima bekalan Snek Bijirin di sekolah hendaklah

memastikan perkara-perkara berikut dipatuhi :-

i. Merekod maklumat penerimaan dalam buku log (buku log disediakan

oleh syarikat pembekal);

ii. Memeriksa keadaan fizikal bungkusan Snek Bijirin;

iii. Mematuhi kaedah penyimpanan yang selamat;

iv. Semua kotak mempunyai nombor batch/tarikh luput;

v. Memeriksa tarikh luput bekalan snek bijirin yang diterima supaya

bekalan yang diterima tidak melebihi tarikh luput atau hampir tamat

tempoh. Hanya Snek Bijirin yang sekurang-kurangnya 3 bulan

sebelum tarikh luput dibenarkan diterima;

vi. Tiada tanda-tanda seperti berikut:

Kecacatan pada bungkusan seperti terkoyak atau berlubang

Kesan – kesan kehadiran makhluk perosak (kesan najis

tikus, telur lipas, gigitan pada kotak/bungkusan dan lain-lain.

vii. Guru perlu menjalankan ujian organoleptik( lihat, hidu dan rasa) iaitu

merasa snek bijirin berkenaan dan memberi kebenaran kepada murid

untuk makan sekiranya tiada perubahan rasa dikesan.

Peringatan

Guru RMT yang menerima bekalan Snek Bijirin mempunyai hak untuk

menolak kesemua lot penghantaran sekiranya terdapat bungkusan Snek

Bijirin yang rosak atau tidak mempunyai nombor batch/tarikh luput.

Kotak-kotak/bungkusan yang mempunyai kesan-kesan kerosakan fizikal di

atas tidak harus diterima dan hendaklah dikembalikan kepada pembekal.

Maklumat kerosakan Snek Bijirin dan ketiadaan nombor batch/tarikh luput

hendaklah direkod dan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Page 8: 003 Garis Panduan Pengendalian Snek Bijirin KKM

Garis Panduan Aspek Keselamatan Makanan Bagi Pengendalian Bekalan Snek Bijirin Dalam Program RMT

Tahun 2016

8

11. PENYIMPANAN DI SEKOLAH

a) Keperluan ruang penyimpanan

Ruang penyimpanan yang digunakan bagi menyimpan bekalan Snek Bijirin

hendaklah dapat mengawal risiko pencemaran serta mempunyai ciri-ciri

berikut :-

i. Ruang penyimpanan mestilah bertutup dan dilindungi dari makhluk

perosak dan haiwan peliharaan;

ii. Hendaklah digunakan hanya untuk menyimpan makanan/minuman dan

bahan lain yang tidak mencemarkan;

iii. Dinding, lantai dan rak diperbuat daripada bahan yang mudah dicuci

dan dinyahjangkit, rata, tidak menyerap kotoran serta tahan hakisan;

iv. Pencahayaan semulajadi atau buatan yang sesuai adalah diperlukan

bagi beroperasi dalam keadaan yang baik; dan

v. Pengudaraan yang mencukupi perlu disediakan untuk mengelakkan

bahang berlebihan, kondensasi, kotoran dan wap.

b) Kaedah Penyimpanan

i. Snek Bijirin hendaklah disimpan dan disusun di dalam kotak

penyimpanan (storage box) atau jika menggunakan pallet hendaklah

mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 15sm dari lantai.

Penyusunannya hendaklah tidak melebihi keluasan pallet;

ii. Snek Bijirin hendaklah berada sekurang-kurangnya 15sm jarak

daripada dinding;

iii. Penyimpanan hendaklah berdasarkan kepada tarikh luput dan nombor

batch bagi memudahkan amalan penggiliran stok FIFO (masuk dulu,

keluar dulu) dilaksanakan;

iv. Mengeluarkan kotak Snek Bijirin yang telah rosak atau tercemar

daripada ruang penyimpanan;

v. Penyimpanan Snek Bijirin ke dalam ruang penyimpanan hendaklah

dijalankan dengan cermat;

vi. Mengamalkan sistem FIFO (masuk dulu, keluar dulu) dalam

pengurusan stok;

vii. Snek Bijirin boleh disimpan pada suhu bilik; dan

viii. Stor Ruang penyimpanan hendaklah sentiasa berkunci.

Page 9: 003 Garis Panduan Pengendalian Snek Bijirin KKM

Garis Panduan Aspek Keselamatan Makanan Bagi Pengendalian Bekalan Snek Bijirin Dalam Program RMT

Tahun 2016

9

12. PENGAGIHAN DI SEKOLAH

a) Guru RMT hendaklah mengambil bekalan Snek Bijirin yang disimpan di ruang

penyimpanan sekolah.

b) Guru RMT hendaklah memastikan dan merekod perkara-perkara berikut

sebelum membuat pengagihan Snek Bijirin kepada murid :-

i. No. batch/ Tarikh luput Snek Bijirin;

ii. Tarikh dan masa pengagihan; dan

iii. Nama kelas/bilangan murid.

c) Mempastikan tiada tanda-tanda berikut pada bungkusan Snek Bijirin :-

Kecacatan pada bungkusan seperti terkoyak atau berlubang

Kesan- kesan kehadiran makhluk perosak (kesan najis tikus,

telur lipas, gigitan pada kotak/bungkusan dan lain-lain)

d) Selepas pengagihan, sekiranya Guru RMT menerima apa-apa aduan

berkaitan keselamatan makanan mengenai Snek Bijirin, Guru RMT perlu

mengambil tindakan berikut dengan serta merta :-

i. Memberhentikan agihan Snek Bijirin berkenaan;

ii. Siasat aduan berkenaan;

iii. Memaklumkan kepada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM);

iv. Menyimpan baki Snek Bijirin yang telah terbuka tadi dan menunggu

wakil dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD); dan

v. Memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan JPN

untuk tindakan susulan.

13. REKOD DAN PENGESANAN

Adalah disyaratkan bagi pihak pembekal untuk menyatakan dengan jelas atau

deskriptif semua tindakan dan mendokumentasikannya. Antara lain, pihak

pembekal perlu menyatakan kaedah kawalan, bagaimana, siapa, berapa kerap,

tindakan pembetulan dan kaedah verifikasi yang diambil bagi mencapai apa yang

perlu dipatuhi. Semua rekod hendaklah dijaga dan disimpan untuk jangka masa

yang lebih daripada jangka hayat produk.