ifolio.ukm.my · web viewsemua peserta yang terlibat akan diberi pendedahan tentang pentingnya...

7
LMCK2711 Tanggungjawab Alam Sekitar Nama Pelajar : Fatin Nurshafiqah binti Nadzri No Matric : A151192 Nama Program : Hari Kesedaran Alam Sekitar FTSM Tarikh Program: 30.05.2015 Jawatan : AJK Cenderamata Nama Penilai : Prof. Madya Dr Mohd Zakree bin Ahmad Nazri

Upload: dinhmien

Post on 09-Apr-2019

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ifolio.ukm.my · Web viewSemua peserta yang terlibat akan diberi pendedahan tentang pentingnya penjagaan alam sekitar bagi memastikan sistem flora dan fauna tidak terganggu. Bagi

LMCK2711 Tanggungjawab Alam Sekitar

Nama Pelajar : Fatin Nurshafiqah binti Nadzri

No Matric : A151192

Nama Program : Hari Kesedaran Alam Sekitar FTSM

Tarikh Program: 30.05.2015

Jawatan : AJK Cenderamata

Nama Penilai : Prof. Madya Dr Mohd Zakree bin Ahmad Nazri

Page 2: ifolio.ukm.my · Web viewSemua peserta yang terlibat akan diberi pendedahan tentang pentingnya penjagaan alam sekitar bagi memastikan sistem flora dan fauna tidak terganggu. Bagi

Latar Belakang Program

Programming Challenge Club (PCC) julung-julung kali akan mengadakan Hari Kesedaran

Alam Sekitar ini bagi semua pelajar dan pensyarah Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat,

UKM. Semua peserta yang terlibat akan diberi pendedahan tentang pentingnya penjagaan

alam sekitar bagi memastikan sistem flora dan fauna tidak terganggu. Bagi mereka mengenal

dengan lebih dalam kepentingan penjagaan alam sekitar dengan lebih berkesan, sesuai

dengan temanya iaitu ‘Family Nature’. Hari Kesedaran Alam Sekitar ini diadakan untuk

pensyarah FTSM khususnya yang akan bersara dan pelajar FTSM yang akan bergraduasi.

Lima hasil pembelajaran yang diharap akan dicapai oleh peserta dalam menyertai dan

mengendali Kempen Kesedaran Alam Sekitar adalah:

1. Mampu mengaplikasi kemahiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan semasa

mengendali program ini.

2. Mampu melatih diri dengan kemahiran komunikasi yang lebih berkesan semasa program

ini dijalankan.

3. Mampu mempamerkan etika dan integriti dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

4. Mampu mengenali sistem alam sekitar dengan lebih mendalam.

5. Mampu memupuk nilai etika dan professionalisma serta kemahiran nilai dan sikap pelajar

semasa menjalankan program ini.

Page 3: ifolio.ukm.my · Web viewSemua peserta yang terlibat akan diberi pendedahan tentang pentingnya penjagaan alam sekitar bagi memastikan sistem flora dan fauna tidak terganggu. Bagi

Hasil Pembelajaran LMCK 2711

Melalui program Hari Kesedaran Alam Sekitar, saya dapat mengenalpasti isu alam sekitar

seperti pemanasan global dan isu pembuangan sampah yang boleh menyebabkan alam sekitar

di sekeliling akan terjejas.

Aktiviti yang telah dijalankan adalah menanam pokok di sekitar kawasan

FTSM.Seperti yang diketahui,pokok dapat membekalkan oksigen kepada manusia dan

haiwan dan menjadikan persekitaran lebih seimbang.

Seterusnya,aktiviti yang dijalankan adalah bbq bersama peserta dan ajk program.

Organisasi program kami telah bersetuju untuk tidak menggunakan bahan pakai buang seperti

pinggan atau cawan kertas mahupun polisterine untuk bbq ini. Kami telah berbincang dan

membuat keputusan dengan meminjam barang seperti pinggan,cawan,bekas air dan barangan

yang berkaitan daripada kafe FTSM.

Bukan itu sahaja, segala gerak kerja diberitahu melalui laman sosial ‘facebook’ dan

‘Whatsapp’. Di sini,penggunaan kertas dapat dikurangkan kerana segala kemaskini dan

pemberitahuan dilakukan di laman sosial.Kertas yang diperbuat darpiada pokok ini telah

menyebabkan penebangan pokok untuk diproses menjadi kertas.

Kesimpulan secara ringkas, saya dapat memahami pemuliharaan alam sekitar secara

tidak langsung dengan menanam pokok dan meminimumkan penggunaan barangan pakai

buang.

Page 4: ifolio.ukm.my · Web viewSemua peserta yang terlibat akan diberi pendedahan tentang pentingnya penjagaan alam sekitar bagi memastikan sistem flora dan fauna tidak terganggu. Bagi

Lampiran

Aktiviti menanam pokok di sekitar kawasan FTSM.

Page 5: ifolio.ukm.my · Web viewSemua peserta yang terlibat akan diberi pendedahan tentang pentingnya penjagaan alam sekitar bagi memastikan sistem flora dan fauna tidak terganggu. Bagi

Jamuan yang diadakan setelah aktiviti menanam pokok.

AJK Hari Kesedaran Alam Sekitar.

Page 6: ifolio.ukm.my · Web viewSemua peserta yang terlibat akan diberi pendedahan tentang pentingnya penjagaan alam sekitar bagi memastikan sistem flora dan fauna tidak terganggu. Bagi