upimkmpk.weebly.comupimkmpk.weebly.com/uploads/2/5/4/9/25498484/prinsip... · web...

11
Prinsip-Prinsip Makanan Yang Halal Dan Haram Mengikut Perspektif Islam TAKRIFAN Perkataan ‘halal’ (ال ل ح) berasal dari kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan. Haram’ ( رام ح) bermaksud yang dilarang. Dalam konteks makanan, halal bermaksud makanan yang umat Islam dibenarkan makan menurut Syarak dan yang bebas daripada unsur-unsur yang dilarang oleh Syarak, dan sebaliknya pula bagi makanan yang haram. Contohnya: sayur kangkung adalah halal dimakan tetapi sekiranya ia dimasak bersama daging babi, maka ia menjadi haram. Dalam hal makanan ini, umat Islam telah diperintahkan oleh Allah untuk memakan yang halal dan menjauhi yang haram. Ini jelas dalam firman Allah SWT : Surah: Al Baqarah – 168

Upload: lamdung

Post on 14-Jul-2018

288 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: upimkmpk.weebly.comupimkmpk.weebly.com/uploads/2/5/4/9/25498484/prinsip... · Web viewPrinsip-Prinsip Makanan Yang Halal Dan Haram Mengikut Perspektif Islam TAKRIFAN Perkataan ‘halal’

Prinsip-Prinsip Makanan Yang Halal Dan Haram Mengikut Perspektif Islam          TAKRIFANPerkataan ‘halal’ (حالل) berasal dari kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan.  ‘Haram’ (حرام) bermaksud yang dilarang.  Dalam konteks makanan, halal bermaksud makanan yang umat Islam dibenarkan makan menurut Syarak dan yang bebas daripada unsur-unsur yang dilarang oleh Syarak, dan sebaliknya pula bagi makanan yang haram. 

Contohnya: sayur kangkung adalah halal dimakan tetapi sekiranya ia dimasak bersama daging babi, maka ia menjadi haram. Dalam hal makanan ini, umat Islam telah diperintahkan oleh Allah untuk memakan yang halal dan menjauhi yang haram.  Ini jelas dalam firman Allah SWT :

Surah: Al Baqarah – 168Ertinya:

Page 2: upimkmpk.weebly.comupimkmpk.weebly.com/uploads/2/5/4/9/25498484/prinsip... · Web viewPrinsip-Prinsip Makanan Yang Halal Dan Haram Mengikut Perspektif Islam TAKRIFAN Perkataan ‘halal’

“Wahai sekalian manusia!  Makanlah sebahagian dari makanan yang ada di bumi ini, yang halal dan baik, dan janganlah kamu menuruti jejak langkah syaitan, sesungguhnya itu adalah musuh kamu yang nyata.”

Dan firman-Nya lagi:

Surah: Al Maidah – 88Ertinya:

“Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu; dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.”

Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:“Sesungguhnya Allah Ta’ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta’ala berfirman: (Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh). Dan Allah Ta’ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu) . Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?”  (Hadith Riwayat al-lmam Muslim)Hadis di atas, antara lain, menuntut agar umat Islam hanya memakan makanan yang halal kerana ia memastikan kebersihan jiwa kerana Allah hanya menerima daripada perkara yang baik dan dengan itu juga untuk memastikan doa sentiasa dimakbulkan Allah SWT sementara makanan yang haram akan menggelapkan hati dan memenjara doa.

PRINSIP ASAS : MAKANAN YANG DIHARAMKANPada dasarnya, semua makanan adalah halal kecuali yang diharamkan menurut Al Quran dan Hadis iaitu:

Page 3: upimkmpk.weebly.comupimkmpk.weebly.com/uploads/2/5/4/9/25498484/prinsip... · Web viewPrinsip-Prinsip Makanan Yang Halal Dan Haram Mengikut Perspektif Islam TAKRIFAN Perkataan ‘halal’

1. Babi Babi (termasuk binatang yang dari baka campuran dengan babi) diharamkan secara keseluruhannya iaitu termasuk daging, lemak, urat, tulang dan lain-lain.  Ia boleh difahami dari sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah mengharamkan jual beli arak, bangkai, babi dan berhala.- Hadis Riwayat Al-Imam Al-Bukhari dan Muslim

2. BangkaiBangkai adalah binatang yang mati dengan sendirinya tanpa ada suatu usaha manusia yang memang sengaja disembelih menurut ketentuan agama atau dengan berburu. (Rujukan: Halal dan Haram Dalam Islam, mukasurat 135)   Namun, terdapat bangkai yang halal dimakan seperti: Bangkai binatang laut dan akuatik seperti ikan, udang, dan sebagainya Bangkai belalang

Bangkai binatang yang tidak mempunyai darah mengalir seperti lebah, semut dan lain-lain

Tulang, gigi, rambut, tanduk, kuku, kulit dan bulu dari bangkai binatang selain anjing dan babi

Terdapat berbagai kategori bangkai (Rujukan: Halal dan Haram Dalam Islam, mukasurat 139) seperti  :

Al Munkhoniqoh : binatang yang mati kerana dicekik atau tercekik Al-Mauquudzah : binatang yang mati kerana dipukul dengan tongkat dan

sebagainya Al Mutaroddiyyah : binatang yang mati kerana jatuh dari tempat yang

tinggi An Nathihah : binatang yang mati kerana tertindih atau dihentam oleh

binatang lain Ma Akalas Sabu’u : binatang yang diserang oleh binatang buas dan

dimakan sebahagian dagingnya sehingga ia mati.3. Binatang Buas, Maging Dan Binatang Yang BertaringBinatang buas, maging dan binatang yang bertaring seperti singa, harimau, kucing, kelawar dan sebagainya.  Ini disandarkan atas hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

Page 4: upimkmpk.weebly.comupimkmpk.weebly.com/uploads/2/5/4/9/25498484/prinsip... · Web viewPrinsip-Prinsip Makanan Yang Halal Dan Haram Mengikut Perspektif Islam TAKRIFAN Perkataan ‘halal’

Rasulullah SAW telah melarang memakan setiap binatang buas yang memiliki taring dan setiap burung yang memiliki kuku yang kuat (digunakan untuk menangkap mangsa – Hadis Riwayat Muslim daripada Ibnu Abbas r.a

Dikecualikan binatang yang bertaring lemah seperti kijang dan yang bertaring tapi memakan tumbuh-tumbuhan.

4. Burung Yang Mempunyai Kuku Untuk Menangkap MangsaBurung yang mempunyai kuku untuk menangkap mangsa seperti burung hantu, helang, dan sebagainya (sila rujuk hadis di atas).5. Binatang JallalahBinatang Jallalah iaitu yang memakan makanan yang kotor atau najis, sungguhpun binatang itu pada asalnya adalah halal.  Ini kerana ditakuti kekotoran itu akan mempengaruhi kesucian rohani manusia.Dari Ibnu Abbas r.a. berkata :Rasulullah SAW melarang meminum susu binatang Jallalah – Hadis Riwayat Imam Lima Kecuali Ibnu Majah  dan disahihkan oleh at-Tirmidzi

6. Binatang Yang DiGalakkan DibunuhBinatang-binatang yang digalakkan dibunuh kerana :

beracun seperti kala jengking, lipan, sesetengah jenis ikan yang bertoksin dan sebagainya

atau memudaratkan kesihatan (kotor dan jijik) seperti tikus, dan serangga seperti lipas, kutu, lalat, dan sebagainya.

7. Binatang Dua AlamBinatang dua alam (amfibia dan reptilia) seperti katak, buaya, penyu, dan sebagainya.

8. Darah Dan Hasil KeluaranDarah dan hasil keluaran (by-product) darah, najis, kencing, uri, dan sebagainya (kecuali hati dan limpa binatang yang halal).

9. Benda Yang Terkena NajisSetiap benda yang terkena najis atau kotoran yang tidak dapat dibersihkan.

10. Makan DiCemari Bahan-Bahan Di Atas

Page 5: upimkmpk.weebly.comupimkmpk.weebly.com/uploads/2/5/4/9/25498484/prinsip... · Web viewPrinsip-Prinsip Makanan Yang Halal Dan Haram Mengikut Perspektif Islam TAKRIFAN Perkataan ‘halal’

Makanan yang dicemari oleh bahan-bahan yang disebutkan di atas semasa diproses atau disediakan.

11. Binatang KacukanBinatang kacukan antara yang halal dimakan dengan yang haram dimakan, sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

Kami telah diberi makan daging kuda oleh Rasulullah SAW dan Baginda melarang kami memakan daging keldai – Hadis riwayat At-Tirmizi daripada Jabir r.a.

Oleh itu baghal (kacukan kuda dan keldai) adalah haram dimakan.12. Makanan Yang Memudaratkan TubuhSetiap yang memudaratkan tubuh badan seperti batu, kayu, tanah, kaca, racun, dadah dan sebagainya.Walau bagaimanapun, terdapat pengecualian kepada pengharaman di atas.  Ini boleh dilihat melalui firman Allah SWT:

Surah:  Al-An’am – 145Ertinya:

“Katakanlah (wahai Muhammad) : “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau ianya bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi, kerana sesungguhnya ia adalah kotor, atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah.  Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak menginginkannya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Ayat di atas menjelaskan bahawa keadaan darurat mengharuskan manusia memakan benda yang haram asalkan dia hanya memakan setakat yang perlu sahaja dan tidak melebih-lebih.

PRINSIP ASAS : MAKANAN YANG DIHALALKANMakanan yang disediakan dengan bahan-bahan berikut adalah halal kecuali jika ia mengandungi atau dicampur dengan bahan yang tidak halal:

Page 6: upimkmpk.weebly.comupimkmpk.weebly.com/uploads/2/5/4/9/25498484/prinsip... · Web viewPrinsip-Prinsip Makanan Yang Halal Dan Haram Mengikut Perspektif Islam TAKRIFAN Perkataan ‘halal’

1. Semua binatang yang dimakan oleh bangsa Arab di zaman Rasulullah SAW semasa mereka hidup senang dan mewah adalah halal, kecuali jika dinyatakan sebaliknya oleh Al Quran dan Hadis

2. Semua tumbuhan dan hasil daripada tumbuhan (contohnya sayur-sayuran dan buah-buahan)

3. Daging yang disembelih menurut Syarak dan makanan yang mengandungi daging yang halal

4. Semua makhluk lautan dan akuatik seperti ikan air tawar, udang, sotongdan sebagainya sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Dihalalkan bagi kamu tangkapan laut dan makanan yang didapati dari laut.”(Surah: Al-Maidah – 96)

5. Telur dari spesis burung yang dibenarkan seperti ayam, itik dan burungpuyuh

6. Susu binatang yang dimakan dagingnya

7. Gelatin dan renet yang dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan atau binatang yang disembelih menurut Syarak.

SYARAT-SYARAT PENYEMBELIHAN BINATANG YANG HALALBinatang seperti lembu, kerbau, kambing, ayam, itik dan sebagainya yang tidak tergolong dari yang di atas adalah halal asalkan:1. Binatang disembelih atas nama Allah (Binatang laut dikecualikan)

menurutSyarak; dan2. Binatang itu mati setelah disembelih.

Syarat-syarat penyembelihan adalah seperti berikut:

Binatang berkenaan hendaklah disembelih oleh orang Islam

Binatang berkenaan hendaklah diletakkan di tanah atau dipegang (jika kecil saiznya) dan lehernya dikelar (bukan dipotong sampai putus) dengan senjata yang tajam untuk memastikan urat nadi utama terputus

Semasa menyembelih, mesti disebut nama Allah dengan sekurang-kurangnya membaca حيم   : اار حمن االر هللابســــــــــــــــــم .  (Bismillahirrohmannirrohim)

Page 7: upimkmpk.weebly.comupimkmpk.weebly.com/uploads/2/5/4/9/25498484/prinsip... · Web viewPrinsip-Prinsip Makanan Yang Halal Dan Haram Mengikut Perspektif Islam TAKRIFAN Perkataan ‘halal’

Daging yang belum dihalalkan melalui penyembelihan mengikut Syarak atau daging yang boleh memudaratkan kesihatan (contohnya daging busuk atau yang tidak sesuai untuk dimakan oleh manusia) adalah haram dimakan.

Memandangkan pada masa kini penyembelihan dilakukan di kilang-kilang besar, adalah lebih baik sekiranya perkara-perkara berikut juga dilaksanakan:

Pusat penyembelihan itu sentiasa dikawalselia dengan rapi oleh badan-badan agama yang berkenaan.

Premis, peralatan dan mesin yang digunakan mesti menepati kehendakSyarak

Orang Islam yang akan menyembelih itu hendaklah waras akal fikiran, berakhlak mulia, terlatih dan diiktiraf kemahirannya oleh undang-undang

Binatang atau burung yang disembelih telah hidup dengan memakan tumbuh-tumbuhan yang berzat dan organik (bukan yang disembur dengan pelbagai racun)

Binatang atau burung yang disembelih itu hidup sihat dan telah disahkan bebas daripada sebarang penyakit oleh pegawai haiwan yang bertauliah

Kulit atau pelepah binatang atau burung yang hendak disembelih itu bersih daripada kotoran dan najis sebelum ia disembelih

Binatang atau burung yang disembelih itu telah diberi makan dan tidak lapar atau dahaga sebelum disembelih

Penyembelihan itu tidak dilakukan di hadapan binatang atau burung lain

Penajaman pisau dan sebagainya tidak dilakukan di hadapan binatang atau burung yang hendak disembelih

Tiada ‘stunning’ dilakukan Keseluruhan darah dibiarkan mengalir keluar

Pembuangan bulu pelepah atau kulit dan proses eviserasi hendaklah dilakukan setelah binatang itu disahkan mati.

HIKMAH PENGHARAMANBerbagai kajian saintifik telah dijalankan yang membuktikan kebesaran Al Quran dan Hadis dalam menetapkan makanan yang halal dan haram. 

Page 8: upimkmpk.weebly.comupimkmpk.weebly.com/uploads/2/5/4/9/25498484/prinsip... · Web viewPrinsip-Prinsip Makanan Yang Halal Dan Haram Mengikut Perspektif Islam TAKRIFAN Perkataan ‘halal’

Sesungguhnya hikmah sebenarnya hanya Allah SWT yang mengetahui tetapi setakat yang diketahui manusia adalah seperti berikut:

1.    Penyembelihan BinatangObjek yang digunakan untuk menyembelih binatang mestilah tajam dan penyembelihan dilakukan dengan cepat.  Pemotongan salur darah di leher memutuskan pengaliran darah ke otak agar binatang tidak merasa sakit, dan memastikan organ-organ lain dalam badan terpelihara dengan baik.  Penggelupuran atau konvulsi yang berlaku adalah kerana pengembangan dan pengecutan otot akibat pengurangan darah.  Kajian (Deutsche Tieraerztliche Wochenschrift (German Veterinary Weekly), Jilid 85 (1978), mukasurat 62 – 66)   membuktikan bahawa cara penyembelihan Islam adalah yang paling berperikemanusiaan sedangkan cara di barat (dengan kaedah ‘stunning’) adalah kejam dan menyiksa binatang.Selepas penyembelihan, darah haiwan itu dibiarkan mengalir keluar.  Analisa kimia menunjukkan bahawa darah mengandungi banyak asid urik, iaitu suatu bahan kimia yang memudaratkan kesihatan manusia.  Sungguhpun badan kita berkebolehan membuang asid urik dari badan melalui pembuangan air kencing, namun hanya 98% dapat dikeluarkan dari badan dan itu pun ia bergantung kepada kesihatan buah pinggang.  Oleh itu, pengaliran keluar darah membersihkan daging yang dimakan.

2.    BabiPada 1897, Dr JH Kellogg telah menulis bahawa babi merupakan binatang yang terlalu kotor (kerana memakan benda-benda kotor) sehinggakan buah pinggangnya hanya berupaya menyingkirkan 2% toksin dari badannya yang juga sarat dengan lemak dan kolesterol berbahaya. (The Dangers of Pork Eating Exposed, oleh JH Kellogg M.D.)Berkenaan pengharaman daging babi, Dr. M. Jaffer , telah menyenaraikan 16 jenis kuman berbahaya yang dijumpai dalam daging babi.  Jumlah pesakit yang menderita kerana jangkitan parasit, cacing pita, trichinella spiralis dancacing dalam usus adalah terbanyak dalam negara yang penduduknya memakan daging babi.(Islamic Review, London)Dr. Glen Shepherd telah menulis tentang bahaya memakan daging Babi :

One in six people the in U.S. and Canada have germs in their muscles – trichinosis from eating pork infected with trichina worms.  Many people so

Page 9: upimkmpk.weebly.comupimkmpk.weebly.com/uploads/2/5/4/9/25498484/prinsip... · Web viewPrinsip-Prinsip Makanan Yang Halal Dan Haram Mengikut Perspektif Islam TAKRIFAN Perkataan ‘halal’

infected have no symptoms. Most of those who do have symptons recover slowly.  Some die; some are reduced to permanent invalids.  All were careless pork eaters.  No one is immune from the disease and there is no cure.  Neither antibiotics nor drugs or vaccines affect these tiny deadly worms.  Preventing infection is the real answer. – Washington Post, 31 Mei 1952

Juga didapati bahawa babi cuma mampu membuang 2% dari asid urik dalam badan sedang 98% tinggal sebagai toksin apabila dimakan oleh manusia.  Dr Glen Shepherd juga menjelaskan bahawa jangkitan cacing trichinella juga boleh berlaku melalui sentuhan yang kemudiannya akan dipindahkan ke mulut oleh tangan.Penulisan Dr Shepherd telah disokong oleh Dr. E. Kazim, M.D. dalam artikel   beliau yang menjelaskan mengenai penyakit yang dibawa atau diakibatkan oleh pemakanan daging babi ini (Medical Aspects of Forbidden Foods in Islam).Adalah dianggarkan bahawa 10% – 20% penduduk dewasa di Amerika Syarikat mengalami jangkitan trichinosis ini yang biasanya hanya diketahui selepasautopsi dijalankan.(Encyclopedia.com)Sebenarnya Kitab Bible lama juga mengharamkan pemakanan dan penyentuhan daging babi .  Dalam Leviticus (11:7-8):

And the swine, though he divide the hoof, and be clovenfooted, yet he cheweth not the cud; he [is] unclean to you. Of their flesh shall ye not eat, and their carcase shall ye not touch; they [are] unclean to you.” (Old Testament : Deuteronomy (14:8), Isaiah (52:11, 65:4, 66:17) dan Ezekiel (4:14, 44:31)

Bagaimana boleh kita lupa wabak JE yang suatu ketika dahulu mengorbankan ratusan nyawa penduduk Malaysia?

3.    BangkaiOleh kerana bangkai adalah binatang yang mati bukan kerana disembelih, maka itu daging bangkai masih dipenuhi darah yang akan menjadi toksin dan akhirnya memudaratkan kesihatan manusia.  Juga dikhuatiri bangkai itu telah busuk atau beracun (kerana mati akibat termakan benda yang beracun) kerana tidak tahu masa dan sebab kematian binatang berkenaan.

Page 10: upimkmpk.weebly.comupimkmpk.weebly.com/uploads/2/5/4/9/25498484/prinsip... · Web viewPrinsip-Prinsip Makanan Yang Halal Dan Haram Mengikut Perspektif Islam TAKRIFAN Perkataan ‘halal’

Adalah dipercayai bahawa Virus Ebola yang dasyat telah tersebar melalui manusia yang memakan bangkai gorila dan beruk.

Bangkai juga patut dibiarkan kerana ia mungkin merupakan rezeki kepada makhluk Allah yang lain kerana kematiannya bukan diniatkan oleh seorang Muslim (berbeza dengan binatang sembelihan yang memang diniatkan untuk makanan manusia).

KESIMPULANSesungguhnya Allah SWT adalah amat pengasih dan penyayang, oleh itu Dia hanya inginkan yang terbaik untuk manusia dan Dia telah memberi manusia ilmu melalui Al Quran dan juga diterangkan melalui hadis Nabi Muhammad SAW, agar manusia membuat pilihan yang betul dalam penghidupan.

Perkara yang halal dan haram memang telah digariskan dengan terang dan nyata, walau bagaimana pun, manusia dengan kukurangannya masih berhadapan dengan pelbagai isu haram dan halal ini seperti rambut manusia yang digunakan dalan tepung roti, placenta dan embrio bayi yang dicampur ke dalam bahan kosmetik, darah haiwan dalam vaksin, coklat dengan ramuan gelatin yang diragui, dan bermacam serangan lain.

Oleh yang demikian, diharapkan pihak berkuasa yang bertanggungjawab sentiasa memantau perkara-perkara seperti ini demi menjaga maruah dan keimanan orang-orang Islam.

BIBLIOGRAFI1. Al Quran Al Karim

2. Imam An-Nawawi, Hadis 40

3. Himpunan Hadis Riwayat Al-Imam Al-Bukhari dan Muslim

4. Imam Al-Ghazali, (2000), Halal dan Haram Dalam Islam, Kuala Lumpur, Jasmin Enterprise

5. Hadis Riwayat Imam Lima kecuali Ibnu Majah, dan sahih menurut Tirmidzi