- sto. sirilus dari yerusalem penungguan dengan...

5
Published by: Print: Stenoprint Sdn Bhd Design: The Mustard Seed Studio Peninsular Malaysia Pastoral Team [email protected] Kami memandang melampaui kedatangan yang pertama dan menantikan yang kedua. - StO. Sirilus dari Yerusalem Dengan HARAPAN yang dibaharui, yang ditandakan oleh warna ungu dalam lilin Adven yang pertama, kita berasa lega mendengar bacaan pertama di mana Tuhan bercakap melalui Yeremia, 'Aku akan menumbuhkan Tunas keadilan bagi Daud. Ia akan melaksanakan keadilan dan kebenaran di negeri.’ (Yeremia 33: 14-15). Janji itu telah dipenuhi dalam Yesus Kristus. Yesus telah datang pada masa lampau, dia datang dengan penuh misteri dan dia akan datang lagi dalam kemuliaan. Namun, semasa kita membuat persiapan untuk kelahiran Juruselamat kita, kita mengharapkan yang lain daripadanya. Sebaliknya, apabila kita memerlukan-Nya kita berlaung, 'Datanglah, Tuhan Yesus,' dengan penuh desakan, dan 'cahaya itu sudah tenat, malam itu penuh dengan tangisan' dengan kepercayaan di hati bahawa Dia yang pernah datang, akan datang kembali. Apakah kesan kedatangan Yesus pada ketiga-tiga kali itu terhadap hidup saya? Apakah yang patut saya lakukan ketika saya menunggu dengan harapan? Di dalam bacaan kedua, Santo Paulus dalam suratnya kepada Tesalonika (3: 12-4.2) mengingatkan kita supaya 'tak bercacat dan kudus, di hadapan Tuhan dan Bapa kita pada waktu kedatangan Yesus, Tuhan kita, dengan semua orang kudusNya.' Sedar bahawa dia tidak boleh mencapai kesempurnaan, Santa Theresia dari Lisieux mencadangkan Jalan Kecil dalam usaha untuk menuju kekudusan dan mendekati Tuhan. Dia berkata kita tidak perlu takut kepada Tuhan yang menjadi seorang anak kecil. Dia mendekati Tuhan sama seperti seorang anak yang mendekati seorang ibu yang menyambutnya dengan tangan yang terbuka dan penuh dengan kepercayaan. Di dalam Cerita Dari Jiwa, dia berkata, 'Karya Tuhan yang paling indah adalah hati seorang ibu.' Di dalam Sukacita Injil, Paus Fransiskus menggesa kita untuk 'menjalani hidup kita dengan cinta' dan 'memberi kesaksian' kepada Tuhan dalam semua kelakuan kita. Kita disaran supaya 'menerokai jalan sendiri' dan 'memberikan yang terbaik dalam diri kita'. Seruan ke arah kehidupan itu juga tersurat dalam kata-kata Mikha 6:8. 'Hai manusia, telah diberitahukan kepadamu apa yang baik. Dan apakah yang dituntut Tuhan dari padamu: selain berlaku adil, mencintai kesetiaan, dan hidup dengan rendah hati di hadapan Tuhanmu?' ahun liturgi bermula dengan panggilan untuk pembaharuan abadi seperti dalam perkataan Santo Ireneus, 'Dengan kedatangan-Nya, Kristus membawa bersama-sama-Nya pembaharuan' (rujuk Sukacita Injil halaman 11) NEW WAY OF BEING CHURCH 2 DISEMBER 2018 Hari Minggu Adven I BUL 48/2018 KRISTUS ADALAH HADIAH YANG PENTING T Dia yang pernah datang, akan datang kembali. TEMA BULANAN: Perkataan mingguan PENUNGGUAN DENGAN HARAPAN Dia Yang Pernah Datang, Akan Datang PENUNGGUAN DENGAN HARAPAN Dia Yang Pernah Datang, Akan Datang EDARAN DALAMAN SAHAJA MENJADI MURID-MURID HARAPAN

Upload: vuongdang

Post on 07-Mar-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: - StO. Sirilus dari Yerusalem PENUNGGUAN DENGAN HARAPANollklang.org/wp-content/uploads/2018/10/NewBEC_Bahasa.pdf · misteri dan dia akan datang lagi dalam kemuliaan. ... menuju kekudusan

Published by: Print: Stenoprint Sdn BhdDesign: The Mustard Seed Studio

Peninsular Malaysia Pastoral Team [email protected]

Kami memandang melampaui kedatangan

yang pertama dan menantikan yang kedua.

- StO. Sirilusdari Yerusalem

Dengan HARAPAN yang dibaharui, yang ditandakan oleh warna ungu dalam lilin Adven yang pertama, kita berasa lega mendengar bacaan pertama di mana Tuhan bercakap melalui Yeremia, 'Aku akan menumbuhkan Tunas keadilan bagi Daud. Ia akan melaksanakan keadilan dan kebenaran di negeri.’ (Yeremia 33: 14-15). Janji itu telah dipenuhi dalam Yesus Kristus.

Yesus telah datang pada masa lampau, dia datang dengan penuh misteri dan dia akan datang lagi dalam kemuliaan. Namun, semasa kita membuat persiapan untuk kelahiran Juruselamat kita, kita mengharapkan yang lain daripadanya. Sebaliknya, apabila kita memerlukan-Nya kita berlaung, 'Datanglah, Tuhan Yesus,' dengan penuh desakan, dan 'cahaya itu sudah tenat, malam itu penuh dengan tangisan' dengan kepercayaan di hati bahawa Dia yang pernah datang, akan datang kembali.

Apakah kesan kedatangan Yesus pada ketiga-tiga kali itu terhadap hidup saya? Apakah yang patut saya lakukan ketika saya menunggu dengan harapan?

Di dalam bacaan kedua, Santo Paulus dalam suratnya kepada Tesalonika (3: 12-4.2) mengingatkan kita supaya 'tak bercacat dan kudus, di hadapan Tuhan dan Bapa kita pada waktu kedatangan Yesus, Tuhan kita, dengan semua orang kudusNya.'

Sedar bahawa dia tidak boleh mencapai kesempurnaan, Santa Theresia dari Lisieux mencadangkan Jalan Kecil dalam usaha untuk menuju kekudusan dan mendekati Tuhan. Dia berkata kita tidak perlu takut kepada Tuhan yang menjadi seorang anak kecil. Dia mendekati Tuhan sama seperti seorang anak yang mendekati seorang ibu yang menyambutnya dengan tangan yang terbuka dan penuh dengan kepercayaan. Di dalam Cerita Dari Jiwa, dia berkata, 'Karya Tuhan yang paling indah adalah hati seorang ibu.'

Di dalam Sukacita Injil, Paus Fransiskus menggesa kita untuk 'menjalani hidup kita dengan cinta' dan 'memberi kesaksian' kepada Tuhan dalam semua kelakuan kita. Kita disaran supaya 'menerokai jalan sendiri' dan 'memberikan yang terbaik dalam diri kita'. Seruan ke arah kehidupan itu juga tersurat dalam kata-kata Mikha 6:8.

'Hai manusia, telah diberitahukan kepadamu apa yang baik. Dan apakah yang dituntut Tuhan dari padamu: selain berlaku adil, mencintai kesetiaan, dan hidup dengan rendah hati di hadapan Tuhanmu?' ✟

ahun liturgi bermula dengan panggilan untuk pembaharuan abadi seperti dalam perkataan Santo

Ireneus, 'Dengan kedatangan-Nya, Kristus membawa bersama-sama-Nya pembaharuan' (rujuk Sukacita Injil halaman 11)

N E W W A Y O F B E I N G C H U R C H

2 DISEMBER 2018

Hari Minggu Adven I

BUL 48/2018

KRISTUS ADALAH HADIAH YANG PENTING

T

Dia yang pernah datang, akan

datang kembali.

TEMA BULANAN:

Perkataanmingguan

PENUNGGUAN DENGAN HARAPANDia Yang Pernah Datang, Akan Datang

PENUNGGUAN DENGAN HARAPANDia Yang Pernah Datang, Akan Datang

EDARAN DALAMAN SAHAJA

M E N J A D I M U R I D - M U R I D H A R A P A N

Page 2: - StO. Sirilus dari Yerusalem PENUNGGUAN DENGAN HARAPANollklang.org/wp-content/uploads/2018/10/NewBEC_Bahasa.pdf · misteri dan dia akan datang lagi dalam kemuliaan. ... menuju kekudusan

9 DISEMBER 2018

Bolehkah saya menjadi penyemai

cinta Tuhan?

TEMA BULANAN:

KRISTUS ADALAH HADIAH YANG PENTING

Perkataanmingguan

Published by: Print: Stenoprint Sdn BhdDesign: The Mustard Seed Studio

Peninsular Malaysia Pastoral Team [email protected]

– Santo Alfonsus Maria de' Liguori.

Isikan lembah pengabaian kami; rendahkan sikap mementingkan diri sendiri kami yang menggunung tinggi. Sediakan hati kami dengan cara-Mu yang berdasarkan kebenaran dan kedamaian. Jadikan percintaan kami satu hasil daripada kebaikan, yang akan disempurnakan oleh-Mu pada kedatangan Yesus Kristus, yang pernah datang, yang sudah datang dan yang akan datang lagi, AnakMu yang hidup dan berkuasa bersama-sama-Mu dalam perpaduan dengan Roh Kudus, Satu Tuhan untuk selama-lamanya, Amin.'

Menjelang hari minggu Adven II, marilah kita memberi tumpuan kepada pendalaman iman kita, dan peribadikan doa di atas sebagai balasan yang ikhlas kepada injil Lukas 3:1-6, iaitu seruan Yohanes Pembaptis dalam pertobatan dan pengampunan. Dan sekarang adalah masanya untuk bertanya pada diri sendiri: Adakah saya menyahut seruan Baptis untuk bertaubat dan bermaafan? Apabila wujudnya kecederaan ini di keluarga saya, bolehkah pengampunan dijadikan pedang saya? Apabila wujudnya kesedihan, bolehkah saya menjadi penyemai cinta Tuhan? Adakah saya benar-benar mengingini perubahan dalam kehidupan saya? Perubahan yang boleh mendalami keimanan dan mencapai kehidupan sepenuhnya? Perubahan yang menjadikan saya penginjil gembira yang mengarahkan orang lain kepada 'Dia yang akan datang'?

Berlandaskan kegembiraan, bacaan pertama dari Barukh 5:1-9 adalah puisi penghiburan yang membawa suasana kegembiraan semasa penulisnya menyebut tentang kegembiraan yang dibawa oleh Tuhan ke Yerusalem. Dia memanggil orang-orang pembuangan untuk menepikan pakaian berkabung dan penderitaan, dan memakai pakaian keadilan Tuhan. Dalam doa Santo Paulus, dia menjamin bahawa Tuhan yang memulakan kerja yang baik dalam diri kita akan membawa kepada pemenuhannya dalam Kristus (Filipi 1: 4-6, 8-11). Jadi, marilah kita dengan rasa terima kasih di hati, melaungkan balasan dalam Mazmur 126, 'Tuhan telah melakukan perkara besar kepada kita, maka kita bersukacita.'

Semoga Kristus yang berada di antara kita membantu kita untuk berusaha menuju kehidupan yang suci dan tidak bercela. Supaya kita akan bersedia setiap masa untuk menerima-Nya apabila Dia datang kembali dalam kemuliaan. ✟

Image: ©123rf.com

N E W W A Y O F B E I N G C H U R C H

BUL 49/2018

MENGAMPUN &

EDARAN DALAMAN SAHAJA

M E N J A D I M U R I D - M U R I D H A R A P A NHari Minggu Adven II

JADIKAN KEMAAFAN PEDANG SAYASuatu doa yang indah dipetik dari satu penerbitan berjudul At

Home with the WORD 2016 dan ia berbunyi seperti berikut:

'Pada tahun ini, seperti tiap-tiap tahun, samada di sini atau di mana-mana tempat, Wahai Tuhan yang abadi,

Firman-Mu bergema di padang belantaramusim Adven, menyeru kita untuk

berdiri di tempat tinggi danmenikmati keindahan kecantikan-Mu.

Page 3: - StO. Sirilus dari Yerusalem PENUNGGUAN DENGAN HARAPANollklang.org/wp-content/uploads/2018/10/NewBEC_Bahasa.pdf · misteri dan dia akan datang lagi dalam kemuliaan. ... menuju kekudusan

Bersukacitalah di Tuhan

selalu

Perkataanmingguan

Published by: Print: Stenoprint Sdn BhdDesign: The Mustard Seed Studio

Peninsular Malaysia Pastoral Team [email protected] 50/2018

Saya rasa saya tidak

boleh wujud tanpa

Engkau; datanglah,

ya Yesus, saya memohon, datanglah. - Sto. Leonardus

dari Porto Mauritio

Hari ini merupakan Ahad Gaudete! Jadi bersukacita dan berianglah! Satu perbezaan yang jelas adalah warna lilin dan pakaian. Warna ungu bertukar menjadi warna mawar kerana kita percaya 'penderitaan zaman sekarang ini tidak dapat dibandingkan dengan kemuliaan yang akan dinyatakan kepada kita.' (Roma 8:18) Kita mungkin sedar akan perubahan suasana dari yang was-was ke sesuatu yang berharapan tinggi. Jika kita mengimbas kembali Injil Lukas minggu yang lalu, Yohanes Pembaptis telah berangkat dari padang belantara bagi membuat persiapan untuk Jalan Tuhan. Dan minggu ini, kita mendengar pengumuman Yohanes tentang kedatangan Mesias.

Akhlak kita boleh diperbaiki melalui pembacaan tetapi kita hanya boleh menjadi wakil rahmat Tuhan dengan melipat-gandakan usaha kita dalam musim A-D-V-E-N-T ini:

A: ‘Advance the Good News’. Terlahirnya seorang Juruselamat yang akan dikorbankan dan kemudian dibangkitkan semula. Kristus yang pernah datang, akan datang kembali dalam kemuliaan. Bolehkah kita menyebarkan khabar baik ini sekurang-kurangnya kepada seorang yang masih belum mengetahui lagi?

D: ‘Die to self …’. Pengorbanan diri supaya rahmat Tuhan boleh memulihkan talian perhubungan dan membawa penyembuhan dan pengampunan. Sudahkah kita membuat pengakuan?

V: ‘Vigilance’. Musim Adven adalah mengenai penungguan was-was tetapi sedar dalam percintaan. Bolehkah kita merangkul pengertian empat lilin dan menjadi utusan Harapan, Kegembiraan, Damai dan Cinta?

E: ‘Enabler’. Jadilah pemberi kasih karunia Tuhan dengan menawarkan diri sendiri. Bolehkah kita memancarkan rahmat dan cinta Tuhan dengan melawat mereka yang sakit atau tua di dalam KED?

N: ‘Newness’ Pembaharuan yang dinyatakan Santo Ireneus, 'Dengan kedatanganNya, Kristus membawa bersamaNya semua pembaharuan'. Bolehkah kita menjadikan Ekaristi sebagai sumber pembaharuan kasih sayang setiap hari?

T: ‘Thank God‘ Berterima kasih kepada Tuhan untuk hadiahNya dalam bentuk keimanan. Adakah kita sedar bahawa jika kita tidak beriman, kita tidak memiliki apa-apa?

Pada hari ini, apabila anda berkumpul sekeluarga untuk menyalakan lilin Adven ketiga di atas Kalungan Adven, berdoalah Mazmur Responsif dengan membalas: 'Berserulah dan bersorak-sorailah, hai penduduk Sion, sebab Yang Mahakudus, Tuhan Israel, agung di tengah-tengahmu.' ✟

N E W W A Y O F B E I N G C H U R C H

acaan hari ini dipenuhi dengan kegembiraan. 'Bersukacitalah di Tuhan selalu,' adalah

antifon permulaan. Paulus turut menggunakan kata-kata yang sama semasa menyambut orang-orang Filipi. Nabi Zefanya pula berkata,

'Tuhan akan memberkatimu dengan sukacita, Dia akan memperbaharuimu dengan cintaNya;

Dia akan menari dengan laungan kegembiraan seperti pada hari perayaan ...'

B

Image: ©123rf.com

EDARAN DALAMAN SAHAJA

M E N J A D I M U R I D - M U R I D H A R A P A N

TEMA BULANAN:

KRISTUS ADALAH HADIAH YANG PENTING

16 DISEMBER 2018

Hari Minggu Adven III

Bersukacita Dan BerianglahBersukacita Dan Berianglah

Page 4: - StO. Sirilus dari Yerusalem PENUNGGUAN DENGAN HARAPANollklang.org/wp-content/uploads/2018/10/NewBEC_Bahasa.pdf · misteri dan dia akan datang lagi dalam kemuliaan. ... menuju kekudusan

Yesus, Putera Kedamaian kita,

dia akandatang lagi.

Published by: Print: Stenoprint Sdn BhdDesign: The Mustard Seed Studio

Peninsular Malaysia Pastoral Team [email protected] 51/2018

Umat Manusia adalah

sekeluarga yang hebat

dan besar ... Ini terbukti

dalam perasaan di

hati kita pada Krismas.

- Paus Yohanes XXIII

Menjelang akhir musim Adven, dalam kesibukan kita membuat persiapan untuk memberi penghormatan kepada Tuhan kita yang bakal menjadi anak, marilah kita mengingati wanita yang memasuki perjanjian ini. Dan injil hari ini bertemakan Kunjungan. Ia merupakan satu pertemuan menyentuh hati di antara dua ibu yang mengandung yang menjadi satu kisah al-Kitab yang paling digemari. Kunjungan ini diberikan penekanan keimanan oleh Adrienne Von Speyr dalam bukunya, 'Mary in the Redemption,' pada halaman 43.

'Sebaik sahaja Maria menyatakan Ya dan Roh Kudus menaunginya, dia mengizinkan rahmat ilahi di dalam dirinya dalam bentuk Sabda menjadi daging. Dia menunjukkan, bahawa karunia ini hanya untuknya, dan peranannya ialah sebagai perantara. Dalam keadaan menganding, dia menuju ke Elisabet dan menjadi pengantara rahmat Inkarnasi yang dikurniakan kepadanya. Elisabet berasa amat tersentuh oleh rahmat itu tetapi dia tidak mampu membuat sebarang balasan selain daripada doa dan pujian kepada Maria. Namun, rahmat ini lebih mengagumkan, dan anak dalam rahimnya datang dari rahmat yang sama. Pada masa itu, Maria faham bahawa dia sudah menjadi pengantara untuk Anak dan memuji Tuhan bahawa semua generasi akan memanggilnya yang diberkati' (Mary in the Redemption, oleh Adrienne Von Speyr, halaman 43, Ignatius Press).

Apa yang menakjubkan dalam pengantaraan Maria yang berasal dari Inkarnasi adalah pengudusan bayi dalam rahim Elisabet. Katekismus Gereja Katolik mengesahnya dalam Perenggan 717:

“Datanglah seorang yang diutus Tuhan, namanya Yohanes". Yohanes "dipenuhi dengan Roh Kudus mulai dari rahim ibunya", iaitu oleh Kristus sendiri, yang sebelumnya telah diterima Perawan Maria dari Roh Kudus. Maka "kunjungan" Maria kepada Elisabet menjadi kunjungan Tuhan sendiri kepada umat-Nya.

Jadi, ketika kita mengalu-alukan bayi Yesus ke dalam hidup kita, marilah kita mencontohi Maria dan membagikan hadiah yang luhur ini dengan segera. Santa Maria Bunda Tuhan telah memberikan kita sumber kegembiraan yang asli iaitu Tuhan kita. Magnificat-Nya bergema dari generasi ke generasi akan kegembiraan ini: Jiwaku memuliakan Tuhan, dan hatiku bergembira kerana Tuhan, Juruselamatku ...

Selamat Hari Natal, sekalian! ✟

NEW WAY OF BEING CHURCH

MariaMaria dan

EDARAN DALAMAN SAHAJA

M E N J A D I M U R I D - M U R I D H A R A P A N

Perkataanmingguan

23 DISEMBER 2018

Hari Minggu Adven III

Anaknya PenebusMembawa KeamananMembawa Keamanan

Page 5: - StO. Sirilus dari Yerusalem PENUNGGUAN DENGAN HARAPANollklang.org/wp-content/uploads/2018/10/NewBEC_Bahasa.pdf · misteri dan dia akan datang lagi dalam kemuliaan. ... menuju kekudusan

Perkataanmingguan

Tuhan memenuhi keluarga manusia dengan Rahmat

Ilahi.Published by: Print: Stenoprint Sdn Bhd

Design: The Mustard Seed StudioPeninsular Malaysia Pastoral Team [email protected]/2018

Keluarga Suci adalah permulaan

kepada keluarga suci

lain yang tidak

terbilang. - Sto. Yohanes Paulus II

N E W W A Y O F B E I N G C H U R C H

30 DISEMBER 2018Pemilik kafe menyatakan: 'Saya tidak boleh mengaitkan diri dengan "kesucian" seisi keluarga Yusuf, Mary dan Yesus ini. Tetapi saya menyeru kepada mereka semasa saya memerlukan mereka, kerana mereka berkaitan dengan saya. Maksudnya mereka relevan dalam kehidupan sekeluarga saya. Saya mempunyai banyak masalah dengan ibu mertua saya dan ketika saya ketandusan akal, saya meminta pertolongan daripada Yesus dan Ibu Maria.'

Semua ini merupakan rancangan Tuhan kan? Di kebanyakan keluarga, masalah antara pasangan suami-isteri, keluarga mertua dan kanak-kanak wujud sepanjang masa. Tuhan mengetahui kita tidak mampu menguruskannya dengan kebolehan sendiri kerana kelemahan kita. Jadi, Dia datang sebagai anak dan Dia memilih manusia yang berwibawa dalam Santo Yusuf serta manusia yang paling berharga bagi-Nya, Perawan Maria untuk melaksanakan rancangan penebusan-Nya. Dengan demikian, Dia menguduskan dan menyucikan, kewujudan keluarga. Tuhan memenuhi keluarga manusia dengan Rahmat Ilahi dan untuk mereka yang dipanggil ke kehidupan imanan, Dia mendedahkan kerjaya sesebuah keluarga. Oleh itu, kita adalah golongan yang dirahmati untuk meneruskan misi Kristus dalam Gereja dan di dunia, bermula dari keluarga kita.

Dalam surat kepada Kolose, Santo Paulus mengajar keluarga untuk memikul '...belas kasihan, kemurahan, kerendahan hati, kelemahlembutan, dan kesabaran. Sabarlah kamu seorang terhadap yang lain, dan ampunilah seorang akan yang lain apabila yang seorang menaruh dendam terhadap yang lain, sama seperti Tuhan telah mengampuni kamu.' (Kol 3: 12-21) Sebagai isteri, kita boleh belajar dari ketekunan Ibu Bunda kita. Paus Francis mengatakan bahawa 'Santo Yusuf adalah seorang pemimpi yang mampu menerima tugasan yang diamanahkan kepadanya oleh Tuhan. Dia berjanji kepada Tuhan dan melaksanakannya tanpa persoalan dan dengan kekuatan.’ Suami-suami boleh belajar dan mengambil iktibar daripada Santo Yusuf. Kanak-kanak boleh diajar ketaatan kepada ibubapa seperti yang dinyatakan dalam bacaan pertama dari Sirak 3: 2-6, 12-14.

Jadi marilah kita berusaha untuk mencontohi Keluarga Suci Nazareth. Kita yakin bahawa rahmat akan merapatkan jurang antara Roh dan badan. Kita laksanakan tugasan kita dengan sedaya upaya dan Tuhan akan sempurnakan yang seterusnya. ✟

ua sahabat handai sedang menikmati makanan tengah

hari di sebuah kafe di kawasan perjiranan bersama dengan pemilik kafe. Perbualan mereka berpusat pada topik keluarga. 'Bagaimana satu Keluarga Suci yang berasal dari Nazareth yang wujud pada 2000 tahun yang lalu, mempunyai kaitan dengan dunia sekarang?’

D

TEMA BULANAN:

KRISTUS ADALAH HADIAH YANG PENTING

Perayaan Keluarga Suci

Kehadiran Yang SuciKehidupan Kami Buat

Selamanya

Dalam

EDARAN DALAMAN SAHAJA

M E N J A D I M U R I D - M U R I D H A R A P A N