-soalan-peribahasa.docx

12
SOALAN-SOALAN SIMPULAN BAHASA 1. Walaupun telah berunding selama lima am! mere"a masih belum mendapat .. .....................bagi men#elesai"an masalah #ang rumit itu. A alan "eluar B alan bela"ang $ alan pintas % alan tengah &. Oleh "erana Siti se'rang #ang sangat teliti! dia ......................... untu" men#iap"an "era se"'lahn#a agar tida" mela"u"an "esilapan. A mengambil peluang B mengambil lang"ah $ mengambil ber"at % mengambil masa (. )e*anti"an *'ra" "ain-"ain bati" itu men#ebab"an pelan*'ng +epun itu .................sehingga dia tida" tahu #ang mana satu henda" dibelin#a. A gelap mata B putih mata $ rambang mata % rabun mata ,. Buda" #ang ....................... itu tida" mengambil masa #ang lama untu" memahami pelaaran #ang sedang diaar.

Upload: nbk83

Post on 06-Oct-2015

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SOALAN-SOALAN SIMPULAN BAHASA

1. Walaupun telah berunding selama lima jam, mereka masih belum mendapat .. .....................bagi menyelesaikan masalah yang rumit itu. A jalan keluar B jalan belakang C jalan pintas D jalan tengah

2. Oleh kerana Siti seorang yang sangat teliti, dia .............................. untuk menyiapkan kerja sekolahnya agar tidak melakukan kesilapan. A mengambil peluang B mengambil langkah C mengambil berkat D mengambil masa

3. Kecantikan corak kain-kain batik itu menyebabkan pelancong Jepun itu .................sehingga dia tidak tahu yang mana satu hendak dibelinya. A gelap mata B putih mata C rambang mata D rabun mata

4. Budak yang ....................... itu tidak mengambil masa yang lama untuk memahami pelajaran yang sedang diajar. A terang hati B sampai hati C cekal hati D ada hati

5. Rahman merupakan........................pasukan Harimau. Tidak hairanlah segala kemahuannya dituruti.A tulang belakangB keras tulangC ringan tulangD tulang empat kerat

6. Sahabat yang baik tidak patut................................kawan di hadapan rakan-rakan yang lain. A membuka tembelang B membuka langkah C membuka mulut D membuka mata

7. Kita janganlah lekas marah dan terlalu mengikut........................, nanti kita juga yangakan menyesal.A darah gemuruhB darah dagingC darah mudaD darah dingin

8. Mat Deris begitu... menanam pokok buah-buahan di sawah yang telah lama terbiar. A ada hati B cekal hati C kecil hati D rendah hati

9. Sejak peristiwa itu Puan Salwa untuk membenarkan anaknya menyertai perlawanan bola sepak. A. jauh hati B. kecil hati C. berat hati D. patah hati

10. En. Hamidon seorang yang...Beliau sentiasa menghormati dan melayani pekerja-pekerjanya.A. rendah diriB. mata duitanC. pilih kasihD. hidung tinggi

11. Pemuda teksi itu tidak sanggup ................ dengan penumpangnya yang kurang sopan.A. berhati batuB.mengadu nasibC.bertikam lidahD.kecil hati

12. Tetamu yang baru dikenali itu diterima oleh keluarganya dengan ...................A.cepat tanganB.bekas tanganC. tangan sejukD. tangan terbuka

13. Tuan doktor, kami berdua sudah lima tahun berkahwin, tetapi masih belum mendapat ........................................A. anak tiriB. anak emasC. anak angkatD. cahaya mata

14. Kawan-kawan sekalian, kita mestilah...........................................dengan kejayaan mereka kalau mereka boleh mengapa kita tak boleh.A. ambil hatiB. cekal hatiC. iri hatiD. besar hati

15. Puan Eda baharu pulang dari Jepun. Mari kita pergi jumpa dia. Kalau nasib kita baik kita akan dapat .......................................A. bekas tanganB. tanda mataC. buah hatiD. mengadu nasib

16. Urusan ......................... kereta Proton Satria itu diserahkan kepada Syarikat Sinar Baru.A.campur tanganB.guna tenagaC.temujanjiD. jual beli

17. Bencana alam yang melanda Kobe menyebabkan makanan bertambah mahal.A. harga matiB. naik hargaC. jual mahalD. harga tetap

18. Semasa taklimat kepada ibu bapa, Guru Besar menerangkan satu persatu keputusan peperiksaan anak-anak di Tahun Enam.A.panjang akalB. panjang lebarC. panjang lidahD. panjang bicara

19. Pelanggan-pelanggan di warung Pak Mat Noor berbual-bual dengan tidak menentu dan membuang masa sahaja.A. cakap besar B. khabar anginC. omong kosongD. mengado domba

20. Pakcik Ismail tidak akan mendengar walaupun kita bercakap kuat dengannya kerana dia A. telinga lintahB. telinga pekakC. pekak tuliD. pekak badak

21. Sewaktu berada di pusat membeli-belah itu saya menjadi ....................kerana terlalu banyak barang yang menarik.A. gelap mataB. rambang mataC. pening kepalaD. rambang hati

22. Kakinya luka terpijak paku kerana tabiatnya yang gemar .................. apabila rayau dibelakang rumah.A. berkaki bangkuB. berkaki ayamC. berkaki botolD. berkaki bola

23. Walaupun Puan Rogayah .................... , namun dia sangat disayangi oleh anak-anak EncikZali kerana tingkahlakunya yang baik.A. ibu angkatB. anak emasC. buah hatiD. ibu tiri 24. Sejak tamat sekolah, kerjanya cuma ................... di rumah. Dia sedikitpun tidak mahu berusaha mencari kerja.A. makan anginB. memilih buluC. makan tidur D. bermain mata

25. Walaupun badannya kecil tetapi dia berlari laju macam ................. .A. rusa masuk kampungB. beruang dalam belukar C. kuda belangD. lipas kudung

26. Jika kita pertama kali ke Kuala Lumpur kita akan tercengang-cengang sepertiA. rusa masuk kampungB. burung dalam sangkar C. ayam kehilangan anakD. anjing menyalak bukit

27. Pasukan Bolasepak Selangor tidak puas hati dengan keputusan pengadil itu. Merekamendakwa pengadil itu ............... .A.berat perutB. berat badanC. berat mataD. berat sebelah

28. Kawasan sekolah itu semak-samun kerana pekerjanya suka ..............................A. curi hatiB. curi tulangC.curi ayamD. curi kerja

29. "........................ apabila saya mengajar !" kata Cikgu Amid dengan keras.A.Dengar telingaB. Dengan lihatC. Pasang telingaD. Pasang mata

30. Walaupun badannya kecil tetapi dia berlari laju macam ................. .A. rusa masuk kampungB. beruang dalam belukar C. kuda belangD. lipas kudung 31. Kakak jiran di sebelah rumah saya pemurah orangnya tetapi dia suka menceritakan hal orang lain.A.buah mulutB. murah mulutC. mulut besarD. bawa mulut 32. Fatimah bergaduh dengan Chua adalah disebabkan Tijah menjadi ................... nya.A.hati batuB. kepala batuC. batu kerasD. batu api

33. Encik Kadir mendapat sokongan....................... dari guru-guru untuk menjadi pengerusi kebajikan.A. sepenuh hatiB. sepenuh suaraC. sebulat suaraD. sepenuh isi

34. Mak Cik Ara adalah seorang yang .............. sebab itu dia sangat disukai oleh Penduduk Kampung Berata.A. panjang tanganB. berat tulangC. buah mulutD. buah tangan

35. Emak selalu membawa .............. untuk kami apabila pulang dari luar negeri.A.buah-buahanB. buah hatiC. buah tanganD. ringan tulang

36. Akibat sikapnya yang ....................... itu, dia sanggup membunuh abangnya sendiri.A.panas baranB. gila babiC. gila pangkatD. naik angin

37. Akibat sikap yang tidak bertanggungjawab, habis dinding-dinding tandas awam diconteng oleh remaja-remaja yang.A. gatal tanganB. panjang tanganC. lepas tanganD. buah tangan

38. Razak adalah satu-satunya anak Encik Bosri sebab itu dia ditatang sepertiA. minyak wangiB. minyak yang penuh C. minyak hampir jatuhD. minyak masak

39. Orang yang .................. biasanya dia tidak ada kawan.A.panjang tanganB. buah tanganC. berat tangan D. depa tangan

40. Orang yang mempunyai ......... yang baik sentiasa disanjung orang.A. budi bahasaB. bahasa bungaC. budi-budianD. mulut tempayan

41. .yang didengarnya dari orang-orang kampung menyebabkan dia sentiasa bersedih dan tidak lalu makan.A. Makan anginB. Naik anginC. Khabar anginD. Mulut tempayan

42. Ain berasa ................. kerana tidak dapat menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik.A.senang hati B. terang hatiC. buta hatiD. susah hati

43. Chua.............................apabila rnelihat wang yang begitu banyak di atas mejanya.A .cari jalanB. sua mukaC. besar hatiD. gelap mata

44. ................... yang dilakukan oleh pihak pemberontak itu dapat menawan dua puluh orang duta dari negara luar.A. Serkap jarangB. Serang hendapC. Panjang tanganD. Pukul curi

45. "Nampaknya, tahun ini padi kita ............... ". kata Wak Seman kepada isterinyaA. kurang manisB. kurang umur C. kurang jadiD. kurang tua

46. Amran berkata, "Inilahsaya. Saya tidak akan pergi lagi ke situ." A kata sepakat B kata hikmat C kata dua D kata putus 47.Pihak berkuasa terpaksa .. untuk meleraikan pergaduhan itu.A. masuk kiraB. campur tanganC. kira untungD. masam muka