> sistem catatan bergu aset = liabiliti + ekuiti pemilik ... · aset, liabiliti dan ekuiti...

7
Aset, Liabiliti dan Ekuiti Pemilik, Hasil dan Belanja Bab 2 > Sistem Catatan Bergu Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik Apabila diambil kira untung bersih, persamaan akan menjadi seperti berikut: Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Untung Bersih Untung bersih pula dikembangkan seperti berikut: Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Hasil Belanja Akhir sekali, persamaan ditulis seperti berikut: Aset + Belanja = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Hasil Anda telah mempelajari pengembangan persamaan perakaunan seperti di bawah: Mengikut prinsip catatan bergu, setiap urusniaga akan memberi kesan kepada sekurang- kurangnya dua akaun, satu akaun didebitkan, dan satu lagi akaun dikreditkan. Kedudukan akaun sama ada di sebelah debit atau kredit merujuk kepada pengembangan terakhir persamaan perakaunan. Aset + Belanja = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Hasil Akaun-akaun DEBIT Akaun-akaun KREDIT > Pengenalan kepada debit dan kredit. Debit dan Kredit adalah suatu sistem yang digunakan di dalam perakaunan untuk menjejak pergerakan keluar dan masuk tunai (transaksi / urusniaga) dalam sesebuah akaun. Urusniaga sesebuah akaun direkod menggunakan dua lajur; iaitu debit (lajur sebelah kiri) dan kredit (lajur sebelah kanan). Mengasingkan debit dan kredit di dalam lajur yang berasingan membolehkan setiap satunya direkod dan dijumlahkan secara berasingan. Jumlah yang lebih kecil akan ditolak daripada jumlah yang lebih besar untuk mendapatkan baki akaun. Oleh itu, sesuatu akaun boleh mempunyai baki sama ada disebelah debit (kiri) atau di sebelah kredit (kanan). Istilah ‘debit’ berasal daripada perkataan Latin ‘debitum’ dan diringkaskan sebagai ‘dt’ manakala kredit berasal daripada perkataan Latin ‘credere’ dan diringkaskan sebagai ‘kt’. debitum – ‘that which is owing’ credere – ‘to trust or believe’ Rujukan: www.en.wikipedia.org/wiki/Debit

Upload: phungmien

Post on 08-Aug-2018

483 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: > Sistem Catatan Bergu Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik ... · Aset, Liabiliti dan Ekuiti Pemilik, ... credere – Zto trust or believe ... Slide 1 Author: Obi.Lan.Kenobi Created

Aset, Liabiliti dan Ekuiti Pemilik, Hasil dan BelanjaBab

2> Sistem Catatan Bergu

Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

Apabila diambil kira untung bersih, persamaan akan menjadi seperti berikut:

Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Untung Bersih

Untung bersih pula dikembangkan seperti berikut:

Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Hasil – Belanja

Akhir sekali, persamaan ditulis seperti berikut:

Aset + Belanja = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Hasil

Anda telah mempelajari pengembangan persamaan perakaunan seperti di bawah:

Mengikut prinsip catatan bergu, setiap urusniaga akan memberi kesan kepada sekurang-kurangnya dua akaun, satu akaun didebitkan, dan satu lagi akaun dikreditkan. Kedudukanakaun sama ada di sebelah debit atau kredit merujuk kepada pengembangan terakhirpersamaan perakaunan.

Aset + Belanja = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Hasil

Akaun-akaunDEBIT

Akaun-akaunKREDIT

> Pengenalan kepada debit dan kredit.

Debit dan Kredit adalah suatu sistem yang digunakan di dalam perakaunan untuk menjejak pergerakan keluar dan masuk tunai (transaksi / urusniaga) dalam sesebuah akaun. Urusniaga sesebuah akaun direkod menggunakan dua lajur; iaitu debit (lajur sebelah kiri) dan kredit (lajur sebelah kanan). Mengasingkan debit dan kredit di dalam lajur yang berasingan membolehkan setiap satunya direkod dan dijumlahkan secara berasingan. Jumlah yang lebih kecil akan ditolak daripada jumlah yang lebih besar untuk mendapatkan baki akaun. Oleh itu, sesuatu akaun boleh mempunyai baki sama ada disebelah debit (kiri) atau di sebelah kredit (kanan).

Istilah ‘debit’ berasal daripada perkataan Latin ‘debitum’ dan diringkaskan sebagai ‘dt’ manakala kredit berasal daripada perkataan Latin ‘credere’ dan diringkaskan sebagai ‘kt’.

debitum – ‘that which is owing’credere – ‘to trust or believe’

Rujukan: www.en.wikipedia.org/wiki/Debit

Page 2: > Sistem Catatan Bergu Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik ... · Aset, Liabiliti dan Ekuiti Pemilik, ... credere – Zto trust or believe ... Slide 1 Author: Obi.Lan.Kenobi Created

Rajah di bawah menunjukkan sebuah akaun ‘T’:

Nama Akaun

Debit

Catatan di sebelah kiri akaun

Kredit

Catatan di sebelah kanan akaun

Akaun aset dan belanja, yang mewakili sumber-sumber yang digunakan oleh perniagaan, merupakan akaun debit.

Peningkatan baki dalam akauntersebut dibuat melalui catatan disebelah debit, manakala penguranganbaki dibuat melalui catatan di sebelahkredit.

Akaun liabiliti, ekuiti pemilik danhasil, yang mewakili sumber-sumber dana bagi perniagaan, merupakan akaun kredit.

Peningkatan baki dalam akauntersebut dibuat melalui catatan disebelah kredit, manakalapengurangan baki dibuat melaluicatatan di sebelah debit.

Berikut ialah persamaan perakaunan beserta contoh-contoh akaun:

Debit = Kredit

Aset + Belanja = Liabiliti +Ekuiti

Pemilik+ Hasil

Peningkatan – DebitPengurangan – Kredit

Peningkatan – KreditPengurangan – Debit

Aset bukan semasa- kenderaan- bangunan- perabot- alatan pejabat

Belanja kendalian dan bukan kendalian.- belian- sewa dibayar- gaji & upah- dan lain-lain

Liabiliti bukan semasa- pinjaman

bank- gadai janji

- modal- modal

tambahan

Hasil kendalian dan bukan kendalian- jualan- hasil

perkhidmatan- sewa diterima- komisen

diterima- dan lain-lain

Aset semasa- tunai & bank- penghutang- stok- belanja

terdahulu- hasil terakru

Kontra kepada ekuiti- ambilan

Liabiliti semasa- pemiutang- overdraf

bank- belanja

terakru- hasil

terdahulu

Bagi merekod urusniaga mengikut sistem catatan bergu, adalah penting untuk anda:a) Mengenalpasti nama akaun-akaun yang terlibatb) Mengetahui sifat akaun-akaun tersebut sama ada ianya aset, liabiliti, ekuiti pemilik,

hasil atau belanja.c) Mengenalpasti kesan urusniaga tersebut ke atas akaun-akaun yang terlibat (berlaku

peningkatan baki atau pengurangan baki).

Page 3: > Sistem Catatan Bergu Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik ... · Aset, Liabiliti dan Ekuiti Pemilik, ... credere – Zto trust or believe ... Slide 1 Author: Obi.Lan.Kenobi Created

> Merekod urusniaga mengikut sistem catatan bergu ke dalam Jurnal Am.

Jurnal Am adalah salah satu buku catatan pertama perakaunan, selain daripada Jurnal Khasdan Buku Tunai. Kita akan terlebih dahulu menggunakan Jurnal Am untuk merekod bagimembina kefahaman asas tentang perekodan mengikut sistem catatan bergu.

Format Jurnal Am adalah seperti di bawah:

Tarikh Butir Fol Debit Kredit

Contoh urusniaga:

a. Urusniaga: Pemilik memulakan perniagaan dengan membawa masuk tunai di bank RM10 000 dan kenderaan RM 20 000.Analisis urusniaga:- Bank (aset) meningkat RM10 000 - Debit- Kenderaan (aset) meningkat RM20 000 - Debit- Modal (ekuiti pemilik) meningkat RM30 000 - Kredit

Tentukan sama adaakaun didebit ataudikreditkan

Tarikh Butir Fol Debit Kredit

a. BankKenderaan

Modal(Memulakan perniagaan denganaset di atas)

10 00020 000

30 000

Akaun kredit dijarakkan dari margin

b. Urusniaga: Membeli perabot pejabat RM1 500. Bayaran dibuat dengan cek.Analisis urusniaga:- Perabot (aset) meningkat RM1 500 - Debit- Bank (aset) berkurang RM1 500 - Kredit

Tarikh Butir Fol Debit Kredit

b. PerabotBank

(Membeli perabot secara tunai)

1 5001 500

Page 4: > Sistem Catatan Bergu Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik ... · Aset, Liabiliti dan Ekuiti Pemilik, ... credere – Zto trust or believe ... Slide 1 Author: Obi.Lan.Kenobi Created

c. Urusniaga: Membuat belian barang niaga (stok) bernilai RM1 000 dan dibayar dengan cek.Nota: Semua pembelian barang niaga (stok) akan direkodkan di dalam Akaun Belian, bukan Akaun Stok.Analisis urusniaga:- Belian (belanja) meningkat RM1 000 - Debit- Bank (aset) berkurang RM1 000 - Kredit

Tarikh Butir Fol Debit Kredit

c. BelianBank

(Membeli stok secara tunai)

1 0001 000

d. Urusniaga: Membuat belian barang niaga (stok) bernilai RM4 000 secara kredit daripada Kedai Borong Abu.Analisis urusniaga:- Belian (belanja) meningkat RM4 000 - Debit- Pemiutang (liabiliti) meningkat RM4 000 - Kredit

Tarikh Butir Fol Debit Kredit

d. BelianKedai Borong Abu

(Membeli stok secara kredit)

4 0004 000

Nota: Bagi urusniaga secara kredit, iaitu melibatkan penghutang atau pemiutang, gunakan namamereka sebagai nama akaun penghutang atau pemiutang tersebut.

e. Urusniaga: Membuat jualan barang niaga (stok) pada harga RM1 000, bayaran diterima secara tunai.Nota: Semua urusniaga jualan barang niaga (stok) akan direkodkan di dalam Akaun Jualan, bukan Akaun Stok.Analisis urusniaga:- Tunai (aset) bertambah RM1 000 – Debit- Jualan (hasil) bertambah RM1 000 - Kredit

Tarikh Butir Fol Debit Kredit

e. TunaiJualan

(Menjual stok secara tunai)

1 0001 000

Page 5: > Sistem Catatan Bergu Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik ... · Aset, Liabiliti dan Ekuiti Pemilik, ... credere – Zto trust or believe ... Slide 1 Author: Obi.Lan.Kenobi Created

f. Urusniaga: Membuat jualan barang niaga (stok) secara kredit kepada Yusri RM500.Analisis urusniaga:- Penghutang (aset) meningkat RM500 - Debit- Jualan (hasil) meningkat RM500 - Kredit

Tarikh Butir Fol Debit Kredit

f. YusriJualan

(Menjual stok secara kredit)

500500

g. Urusniaga: Membayar bil elektrik, air dan telefon RM250 secara tunai.Nota: Bil elektrik, air dan telefon digantikan dengan kadar bayaran.Analisis urusniaga:- Kadar bayaran (belanja) meningkat RM250 - Debit- Tunai (aset) berkurang RM250 - Kredit

Tarikh Butir Fol Debit Kredit

g. Kadar BayaranTunai

(Membayar bil-bil secara tunai)

250250

h. Urusniaga: Pemilik membawa masuk komputer milik peribadi bernilai RM3 500 ke dalam perniagaan.Nota: Aset milik peribadi pemilik yang dibawa masuk untuk kegunaan perniagaan akan direkod sebagai pertambahan dalam aset yang dibawa masuk dan juga modal.Analisis urusniaga:- Peralatan Pejabat (aset) meningkat RM3 500 - Debit- Modal (ekuiti pemilik) meningkat RM3 500 - Kredit

Tarikh Butir Fol Debit Kredit

h. Peralatan PejabatModal

(Pemilik membawa masukkomputer ke dalam perniagaan)

3 5003 500

Page 6: > Sistem Catatan Bergu Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik ... · Aset, Liabiliti dan Ekuiti Pemilik, ... credere – Zto trust or believe ... Slide 1 Author: Obi.Lan.Kenobi Created

i. Urusniaga: Pemilik membuat ambilan tunai RM100 untuk membayar tuisyen anaknya.Nota: Pemilik mengambil tunai perniagaan untuk kegunaan peribadi (ambilan). Ambilan merupakan kontra kepada ekuiti pemilik (mengurangkan modal), tetapi tidak direkod terus ke dalam akaun modal. Sebaliknya Akaun Ambilan digunakan. Ini bertujuan untuk mengesan jumlah ambilan yang telah dibuat oleh pemilik pada akhir tempoh perakaunan.Analisis urusniaga:- Ambilan (kontra ekuiti pemilik) meningkat RM100 - Debit- Tunai (aset) berkurang RM100 - Kredit

Tarikh Butir Fol Debit Kredit

i. AmbilanTunai

(Pemilik mengambil tunai untukkegunaan peribadi)

100100

j. Urusniaga: Pemilik mengambil stok barang niaga RM200 untuk tujuan promosi perniagaannya.Nota: Pemilik mengambil stok untuk tujuan promosi (kegunaan perniagaan). Kos barang RM200 akan dianggap sebagai belanja promosi dan bukan sebagai ambilan. Akaun ambilan hanya digunakan untuk ambilan bagi tujuan peribadi.Analisis urusniaga:- Promosi (belanja) meningkat RM200 - Debit- Belian (belanja) berkurang RM200 - Kredit

Tarikh Butir Fol Debit Kredit

j. PromosiBelian

(Mengambil stok untuk promosi)

200200

k. Urusniaga: Membuat pulangan barang niaga kepada Kedai Borong Abu RM100 kerana tersalah jenama.Nota: Di sini berlaku pulangan belian (rujuk urusniaga (d), belian kredit daripada Kedai Borong Abu). Pulangan belian adalah kontra kepada belian (mengurangkan belian) tetapi akan direkod ke dalam Akaun Pulangan Belian. Hutang perniagaan kepada Kedai Borong Abu juga berkurang disebabkan pulangan ini.Analisis urusniaga:- Pemiutang (liabiliti) berkurang RM100 - Debit- Pulangan Belian (kontra belian) meningkat RM100 - Kredit

Tarikh Butir Fol Debit Kredit

k. Kedai Borong AbuPulangan Belian

(memulangkan barang salah jenama)

100100

Page 7: > Sistem Catatan Bergu Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik ... · Aset, Liabiliti dan Ekuiti Pemilik, ... credere – Zto trust or believe ... Slide 1 Author: Obi.Lan.Kenobi Created

l. Urusniaga: Yusri membuat pulangan barang bernilai RM 50 kerana rosak.Nota: Di sini berlaku pulangan jualan (rujuk urusniaga (f), jualan kredit kepada Yusri). Pulangan jualan adalah kontra kepada jualan (mengurangkan jualan) tetapi akan direkod ke dalam Akaun Pulangan Jualan. Hutang Yusri kepada perniagaan juga berkurang disebabkan pulangan ini.Analisis urusniaga:- Pulangan Jualan (kontra jualan) meningkat RM50 - Debit- Penghutang (aset) berkurang RM50 - Kredit

Tarikh Butir Fol Debit Kredit

l. Pulangan JualanYusri

(Yusri memulangkan barang keranarosak)

5050

Cuba Sendiri!

Okt 1 Memulakan perniagaan dengan tunai di bank RM20 000.2 Membeli perabot pejabat RM2 000, komputer dan pencetak bernilai

RM3 000. Bayaran dibuat dengan cek.4 Beli stok barang niaga bernilai RM5 000 secara kredit daripada Berjaya Ent.7 Jualan tunai RM500.

10 Jualan secara kredit RM2 000 kepada Sri Maju.14 Membawa masuk kenderaan peribadi ke dalam perniagaan bernilai

RM20 000.15 Mengambil barang niaga bernilai RM100 untuk promosi kedai.16 Memulangkan barang kepada Berjaya Ent RM50.17 Belian stok RM1 000 secara tunai (bayaran dengan cek).20 Sri Maju memulangkan barang bernilai RM100.22 Membayar Berjaya Ent. RM2 500 dengan cek.24 Jualan tunai RM1 500. Terimaan tunai dibankkan.25 Membayar gaji pekerja RM1 000 dengan cek.27 Membayar bil air, elektrik bernilai RM250 dengan cek. RM50 daripadanya

adalah untuk kediaman.29 Jualan kepada Pandan Indah secara kredit bernilai RM1 800.30 Seri Maju membayar semua hutangnya dengan tunai dan diberi diskaun tunai

RM50.

Berikut ialah urusniaga bagi Perniagaan Sehati bagi bulan Oktober 20X8.

Rekodkan urusniaga di atas ke dalam Jurnal Am mengikut sistem catatan bergu.