| rabu, 22 oktober 2014 9 gah! - tan tock seng hospital ... · anugerah itu disampaikan di satu...

1
E FARID HAMZAH [email protected] CIK Rosemawati Abdul Rahman pernah ‘berlari’ dari- pada satu bilik konsultasi ke sebuah bilik lain di lantai berbeza semasa mula-mula mendapatkan rawatan di Hospital Tan Tock Seng (TTSH). Sehinggakan pesakit barah buah dada itu sering bera- sa letih selepas setiap sesi lawatan ke TTSH pada 2007. Penyakit barahnya itu dikesan pada tahun yang sa- ma. “Kekadang bukan sehari tapi saya perlu datang bebe- rapa kali pada hari lain bagi bertemu doktor yang berbe- za. “Sehinggakan sering sahaja saya berasa jemu ke hos- pital kerana keletihan,” kata beliau yang berusia 53 tahun. Namun, masalah ‘berlari daripada satu bilik ke satu bi- lik lain’ di lantai yang berbeza tidak lagi dialaminya se- jak 2009. Ibu dua anak yang bakal menimang cucu pertamanya tidak lama lagi itu berkata kini beliau hanya perlu ber- jumpa beberapa doktor atau menjalani prosedur ra- watan dalam tempoh sehari bagi penyakitnya. Beliau juga masih perlu berjumpa doktor bagi satu la- gi masalah tulang kaki kirinya yang retak akibat satu ke- malangan kecil. Kadangkala temu janjinya dengan doktor yang berbe- za dapat dilakukan dalam bulan yang sama – memudah- kannya mengambil cuti. “Selain menghadiri temu janji doktor pada hari yang sama bagi satu-satu penyakit itu, saya juga tak perlu ber- lari ke lantai yang berbeza lagi. “Malah, ambil ubat juga di lantai yang sama,” ujar ka- kitangan di sebuah perpustakaan itu lagi yang turut menghidap kencing manis. Semua kelancaran ini tercapai hasil usaha TTSH melaksanakan beberapa langkah baru di bawah pelan in- duknya yang diberi nama ‘MEC Masterplan: Transform- ing Outpatient Care Journey’ sepanjang lima tahun lalu. Di bawah pelan itu, sasaran TTSH ialah menampung lebih ramai pesakit selain memastikan proses rawatan yang lebih lancar. Ini dilakukan menerusi koordinasi lebih baik antara ja- batan dengan mengubah suai prasarana pusat perubatan- nya (MEC) yang sedia ada dan memperkenalkan sistem bijak yang mampu menyarankan tarikh temu janji para pesakit dalam satu lawatan. Baru-baru ini, pelan yang bermula sejak 2009 dengan belanja hampir $40 juta itu dan dijangka selesai sekitar tahun depan telah memenangi Anugerah Cemerlang ba- gi kategori Peralatan Bio Perubatan / Pembaikan Perka- kas. Anugerah itu disampaikan di satu majlis penyam- paian Anugerah Pengurusan Hospital Asian (Ahma) di Cebu City, Filipina, tahun ini. Ini merupakan kali ke-13 acara penyampaian itu di- adakan. Mengenai pelan induk itu, TTSH berkata ia telah megambil kira maklum balas para pesakit serta kakita- ngannya sendiri. Daripada sudut prasarananya, ia telah pun menyatu- kan beberapa pusat disiplin di tingkat yang sama. Sebagai contoh, pusat muskuloskeletal kini menem- patkan klinik dan bilik seperti reumatologi, x-ray dan or- topedik, selain jabatan para profesional kesihatan berse- padu lain di lantai yang sama. Sebelum ini, bilik tersebut berada di lantai yang ber- beza. Pada masa yang sama, setiap bilik konsultasi pula te- lah diubah suai, termasuk dikecilkan selain diberi bentuk yang serupa. Hasilnya jumlah bilik konsultasi bertambah daripada 123 pada 2009 kepada 353 buah bilik tahun lalu. Selain menjimatkan ruang, langkah itu juga mampu memastikan tugasan yang lebih pantas di kalangan para kakitangan yang bertugas. Ini bermakna apabila ditugaskan di bilik lain, mereka masih mampu memberikan khidmat yang sama pantas kerana reka bentuknya yang serupa. Bukan itu sahaja. Kini, pesakit juga boleh melakukan satu lawatan sa- haja ke TTSH bagi kesemua temu janji mereka dengan beberapa doktor atau penjagaan kesihatan berbeza. Ini hasil satu sistem bijak yang mampu menyarankan kebanyakan tarikh temu janji pesakit luar itu. Selain itu, terdapat juga sebuah mesin pengurusan te- kanan darah layan sendiri yang mampu mengurangkan waktu menunggu si pesakit. Pesakit kini juga boleh menghadiri kesemua temu jan- ji pada hari yang sama menggunakan nombor beratur yang sama – hasil daripada sistem pengurusan beratur elektronik yang baru. Timbalan Ketua Pegawai Operasi TTSH, Dr Jamie Mervyn Lim, berkata semua langkah tersebut diambil se- bagai memenuhi keperluan profil penduduk pada masa ini dan masa akan datang. “Semasa memikirkan tentang pelan induk ini, jawa- tankuasa kami memberi tumpuan kepada penjagaan yang lebih bersepadu memandangkan penduduk yang se- makin menua. “Pucuk pangkalnya apa yang ingin kami berikan ialah permudah dan melancarkan proses memberikan ra- watan kepada para pesakit kami,” katanya. Malah, tempoh menanti bagi para pesakit berjumpa doktor kini masih pada kadar 20 minit – meskipun jum- lah lawatan pesakit ke MEC meningkat daripada sekitar 590,000 pada 2009 kepada sekitar 670,000 tahun lalu, tambah Dr Lim. Pesakit TTSH tidak lagi perlu ‘berlari’ ke lantai berbeza bagi rawatan Berikut beberapa ciri yang diperkenalkan Hospital Tan Tock Seng (TTSH) di bawah pelan induknya dalam usaha mengubah perjalanan penjagaan pesakit luarnya. E Sistem bijak yang mampu menyarankan satu tarikh sesuai bagi para pesakit luarnya menikmati satu lawatan sahaja bagi kesemua temu janji dengan berbilang klinik. E Mesin pengurusan tekanan darah layan sendiri yang mampu mengurangkan masa menunggu si pesakit. Ini juga akan dapat meluangkan masa jururawat agar mereka dapat memberi tumpuan kepada penjagaan pesakit. E Pengubahsuaian kepada reka bentuk bilik konsultasi agar dapat meningkatkan interaksi antara doktor dengan pesakit. Pada masa yang sama memberi peluang kepada penjaga si pesakit menyertai sama perbincangan. E Sistem beratur yang lebih bijak di mana pesakit hanya perlu menggunakan satu nombor beratur bagi kesemua temu janji yang perlu dihadiri dalam sehari. LEBIH TENTERAM: Cik Rosemawati (tengah) yang ditemani ibunya, Cik Eisah Sulaiman, bertemu dengan Konsultan di Jabatan Pembedahan Ortopedik TTSH, Dr Kannan Kaliyaperumal, bagi masalah kaki kirinya, berkata beliau kini tidak perlu berjalan terlalu jauh ke lantai berbeza bagi berjumpa dengan doktor atau mendapatkan khidmat yang berbeza bagi masalah penyakit yang dihadapinya. – Foto TTSH “Selain menghadiri temu janji doktor pada hari yang sama bagi satu-satu penyakit itu, saya juga tak perlu berlari ke lantai yang berbeza lagi. “Malah, ambil ubat juga di lantai yang sama.” – Pesakit TTSH, Cik Rosemawati Abdul Rahman, yang menghidapi barah buah dada dan masalah retak tulang kaki. TARIKAN’ TERKINI LEBIH KECIL: Dr Jamie Mervyn Lim berkata bagi memastikan keluasan lantai dioptimumkan, setiap bilik konsultasi telah diubah suai reka bentuknya dan dikecilkan sedikit saiznya. – Foto KHALID BABA Ini hasil usaha hospital menyatukan beberapa pusat disiplin di tingkat yang sama Berita Harian | Rabu, 22 Oktober 2014 9 Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan

Upload: truongxuyen

Post on 11-May-2019

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: | Rabu, 22 Oktober 2014 9 Gah! - Tan Tock Seng Hospital ... · Anugerah itu disampaikan di satu majlis penyam-paian Anugerah Pengurusan Hospital Asian (Ahma) di Cebu City, Filipina,

E FARID [email protected]

CIK Rosemawati Abdul Rahman pernah ‘berlari’ dari-pada satu bilik konsultasi ke sebuah bilik lain di lantaiberbeza semasa mula-mula mendapatkan rawatan diHospital Tan Tock Seng (TTSH).

Sehinggakan pesakit barah buah dada itu sering bera-sa letih selepas setiap sesi lawatan ke TTSH pada 2007.

Penyakit barahnya itu dikesan pada tahun yang sa-ma.

“Kekadang bukan sehari tapi saya perlu datang bebe-rapa kali pada hari lain bagi bertemu doktor yang berbe-za.

“Sehinggakan sering sahaja saya berasa jemu ke hos-pital kerana keletihan,” kata beliau yang berusia 53tahun.

Namun, masalah ‘berlari daripada satu bilik ke satu bi-lik lain’ di lantai yang berbeza tidak lagi dialaminya se-jak 2009.

Ibu dua anak yang bakal menimang cucu pertamanyatidak lama lagi itu berkata kini beliau hanya perlu ber-jumpa beberapa doktor atau menjalani prosedur ra-watan dalam tempoh sehari bagi penyakitnya.

Beliau juga masih perlu berjumpa doktor bagi satu la-gi masalah tulang kaki kirinya yang retak akibat satu ke-malangan kecil.

Kadangkala temu janjinya dengan doktor yang berbe-za dapat dilakukan dalam bulan yang sama – memudah-kannya mengambil cuti.

“Selain menghadiri temu janji doktor pada hari yangsama bagi satu-satu penyakit itu, saya juga tak perlu ber-lari ke lantai yang berbeza lagi.

“Malah, ambil ubat juga di lantai yang sama,” ujar ka-kitangan di sebuah perpustakaan itu lagi yang turutmenghidap kencing manis.

Semua kelancaran ini tercapai hasil usaha TTSHmelaksanakan beberapa langkah baru di bawah pelan in-duknya yang diberi nama ‘MEC Masterplan: Transform-ing Outpatient Care Journey’ sepanjang lima tahun lalu.

Di bawah pelan itu, sasaran TTSH ialah menampunglebih ramai pesakit selain memastikan proses rawatanyang lebih lancar.

Ini dilakukan menerusi koordinasi lebih baik antara ja-batan dengan mengubah suai prasarana pusat perubatan-nya (MEC) yang sedia ada dan memperkenalkan sistembijak yang mampu menyarankan tarikh temu janji parapesakit dalam satu lawatan.

Baru-baru ini, pelan yang bermula sejak 2009 denganbelanja hampir $40 juta itu dan dijangka selesai sekitartahun depan telah memenangi Anugerah Cemerlang ba-gi kategori Peralatan Bio Perubatan / Pembaikan Perka-kas.

Anugerah itu disampaikan di satu majlis penyam-paian Anugerah Pengurusan Hospital Asian (Ahma) diCebu City, Filipina, tahun ini.

Ini merupakan kali ke-13 acara penyampaian itu di-adakan.

Mengenai pelan induk itu, TTSH berkata ia telahmegambil kira maklum balas para pesakit serta kakita-ngannya sendiri.

Daripada sudut prasarananya, ia telah pun menyatu-kan beberapa pusat disiplin di tingkat yang sama.

Sebagai contoh, pusat muskuloskeletal kini menem-

patkan klinik dan bilik seperti reumatologi, x-ray dan or-topedik, selain jabatan para profesional kesihatan berse-padu lain di lantai yang sama.

Sebelum ini, bilik tersebut berada di lantai yang ber-beza.

Pada masa yang sama, setiap bilik konsultasi pula te-lah diubah suai, termasuk dikecilkan selain diberi bentukyang serupa.

Hasilnya jumlah bilik konsultasi bertambah daripada123 pada 2009 kepada 353 buah bilik tahun lalu.

Selain menjimatkan ruang, langkah itu juga mampumemastikan tugasan yang lebih pantas di kalangan parakakitangan yang bertugas.

Ini bermakna apabila ditugaskan di bilik lain, merekamasih mampu memberikan khidmat yang sama pantaskerana reka bentuknya yang serupa.

Bukan itu sahaja.Kini, pesakit juga boleh melakukan satu lawatan sa-

haja ke TTSH bagi kesemua temu janji mereka denganbeberapa doktor atau penjagaan kesihatan berbeza.

Ini hasil satu sistem bijak yang mampu menyarankankebanyakan tarikh temu janji pesakit luar itu.

Selain itu, terdapat juga sebuah mesin pengurusan te-kanan darah layan sendiri yang mampu mengurangkanwaktu menunggu si pesakit.

Pesakit kini juga boleh menghadiri kesemua temu jan-

ji pada hari yang sama menggunakan nombor beraturyang sama – hasil daripada sistem pengurusan beraturelektronik yang baru.

Timbalan Ketua Pegawai Operasi TTSH, Dr JamieMervyn Lim, berkata semua langkah tersebut diambil se-bagai memenuhi keperluan profil penduduk pada masaini dan masa akan datang.

“Semasa memikirkan tentang pelan induk ini, jawa-tankuasa kami memberi tumpuan kepada penjagaanyang lebih bersepadu memandangkan penduduk yang se-makin menua.

“Pucuk pangkalnya apa yang ingin kami berikanialah permudah dan melancarkan proses memberikan ra-watan kepada para pesakit kami,” katanya.

Malah, tempoh menanti bagi para pesakit berjumpadoktor kini masih pada kadar 20 minit – meskipun jum-lah lawatan pesakit ke MEC meningkat daripada sekitar590,000 pada 2009 kepada sekitar 670,000 tahun lalu,tambah Dr Lim.

Pesakit TTSH tidak lagi perlu ‘berlari’ke lantai berbeza bagi rawatan

Berikut beberapa ciri yang diperkenalkan Hospital Tan Tock Seng (TTSH) di bawah pelan induknya dalam usahamengubah perjalanan penjagaan pesakit luarnya.

E Sistem bijak yang mampu menyarankan satu tarikh sesuai bagi para pesakit luarnya menikmati satulawatan sahaja bagi kesemua temu janji dengan berbilang klinik.

E Mesin pengurusan tekanan darah layan sendiri yang mampu mengurangkan masa menunggu si pesakit. Inijuga akan dapat meluangkan masa jururawat agar mereka dapat memberi tumpuan kepada penjagaan pesakit.

E Pengubahsuaian kepada reka bentuk bilik konsultasi agar dapat meningkatkan interaksi antara doktordengan pesakit. Pada masa yang sama memberi peluang kepada penjaga si pesakit menyertai samaperbincangan.

E Sistem beratur yang lebih bijak di mana pesakit hanya perlu menggunakan satu nombor beratur bagikesemua temu janji yang perlu dihadiri dalam sehari.

LEBIH TENTERAM: Cik Rosemawati (tengah) yang ditemani ibunya, Cik Eisah Sulaiman, bertemu dengan Konsultan di Jabatan Pembedahan Ortopedik TTSH, Dr Kannan Kaliyaperumal, bagi masalahkaki kirinya, berkata beliau kini tidak perlu berjalan terlalu jauh ke lantai berbeza bagi berjumpa dengan doktor atau mendapatkan khidmat yang berbeza bagi masalah penyakit yang dihadapinya. –Foto TTSH

“Selain menghadiri temu janjidoktor pada hari yang samabagi satu-satu penyakit itu,saya juga tak perlu berlari kelantai yang berbeza lagi.“Malah, ambil ubat juga dilantai yang sama.”

– Pesakit TTSH, Cik RosemawatiAbdul Rahman, yang menghidapibarah buah dada dan masalahretak tulang kaki.

‘TARIKAN’ TERKINI

LEBIH KECIL: Dr Jamie Mervyn Lim berkata bagi memastikan keluasan lantai dioptimumkan, setiap bilik konsultasi telah diubahsuai reka bentuknya dan dikecilkan sedikit saiznya. – Foto KHALID BABA

Ini hasil usaha hospitalmenyatukan beberapa pusatdisiplin di tingkat yang sama

Berita Harian | Rabu, 22 Oktober 2014 9

Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan