pengertian & sejarah kefardhuan solat balasan terhadap orang yang meninggalkan solat

55
Pengertian & Sejarah Kefardhuan Solat Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Sola Tempat Larangan Mengerjakan Solat Syarat Sah Solat Pakaian yang boleh digunakan untuk bersolat Rukun-rukun Solat Perkara yang membatalkan Solat Siri 1 BIJAK SOLAT Program Intensif Kemahiran Solat Tahun 6 Pasca UPSR 2008 لاة ص ق ج ي ب

Upload: soo

Post on 24-Feb-2016

130 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

بيجق صلاة. BIJAK SOLAT. Program Intensif Kemahiran Solat Tahun 6 Pasca UPSR 2008. Siri 1.  Pengertian & Sejarah Kefardhuan Solat Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat Tempat Larangan Mengerjakan Solat Syarat Sah Solat Pakaian yang boleh digunakan untuk bersolat - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

Pengertian & Sejarah Kefardhuan Solat Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat Tempat Larangan Mengerjakan Solat Syarat Sah Solat Pakaian yang boleh digunakan untuk bersolat Rukun-rukun Solat Perkara yang membatalkan Solat

Siri 1BIJAK SOLAT

Program Intensif Kemahiran Solat Tahun 6 Pasca UPSR 2008

بيجق صالة

Page 2: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

BIJAK SOLATبيجق صالة

Sabda Rasulullah saw..

Page 3: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

Sketsa

BIJAK SOLATبيجق صالة

"Dan dirikanlah olehmu solat, kerana sesungguhnya

solat itu dapat mencegah dari (perbuatan-perbuatan)

keji dan mungkar" (Al-Ankabut : 45)

Page 4: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

TAKRIF SOLAT

BIJAK SOLATبيجق صالة

Dalam bahasa Arab, solat digunakan dengan makna BERDOA untuk kebaikan. Firman Allah SWT:

“Dan berdoalah untuk mereka, sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka.”

(Surah at-Taubah : 103)

Istilah Fuqaha’ : Ia adalah satu kalimah yang digunakan dengan makna – Perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam. Ia dinamakan solat kerana ia mengandungi pengertian kalimah tersebut dan doa merupakan sebahagian besar perkara yang terdapat dalam solat.

Page 5: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

 Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang 

diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia 

ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan 

kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat 

tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut 

diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula 

dikerjakan. 

SEJARAH SOLATSUBUH :Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

BIJAK SOLATبيجق صالة

Page 6: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

ZOHOR :Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan

padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah

Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.Rakaat pertama : Tanda bersyukur bagi penebusan.Rakaat kedua : Tanda bersyukur kerana dibukakan

dukacitanya dan juga anaknya.Rakaat ketiga : Tanda bersyukur dan memohon akan

keredhaan Allah SWT.Rakaat keempat : Tanda bersyukur kerana korbannya

digantikan dengan tebusan kibas.

BIJAK SOLATبيجق صالة

Page 7: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

ASAR :

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun.

Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus

lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama : Kelam dengan kesalahan.Rakaat kedua : Kelam dengan air laut.Rakaat ketiga : Kelam dengan malam.Rakaat keempat : Kelam dengan perut ikan Nun.

BIJAK SOLATبيجق صالة

Page 8: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

MAGHRIB :Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan

dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat

kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

BIJAK SOLATبيجق صالة

Page 9: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

ISYAK :Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi

Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya

penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang

akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama : Tanda dukacita terhadap isterinya.Rakaat kedua : Tanda dukacita terhadap saudaranya

Nabi Harun.Rakaat ketiga : Tanda dukacita terhadap Firaun.

Rakaat keempat : Tanda dukacita terhadap anak Firaun

BIJAK SOLATبيجق صالة

Page 10: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

HIKMAH SOLAT

BIJAK SOLATبيجق صالة

Mengingatkan manusia kepada identitinya yang sebenar iaitu hamba kepada Allah SWT.

Jiwa manusia sentiasa merasakan bahawa tidak ada yang memberi bantuan dan nikmat yang sebenarnya melainkan Allah.

Manusia dapat menggunakan sebahagian daripada masa solatnya untuk bertaubat kepada Allah daripada dosa-dosa yang telah dilakukan.

Solat akan menjadi makanan / pengisian yang berterusan kepada aqidah keyakinan kepada Allah di dalam hati.

“Maka yang demikian itu (iaitu mandi lima kali sehari di sungai yang mengalir) umpama solat lima waktu. Allah

menghapuskan kesalahan-kesalahan (dosa) dengan menunaikannya.”

Sabda Rasulullah saw..

Page 11: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

BIJAK SOLATبيجق صالة

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”

Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini

bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu

Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda,

apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”

Page 12: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

BIJAK SOLATبيجق صالة

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu

mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”

Page 13: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

BIJAK SOLATبيجق صالة

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah

dilakukan oleh mayat ini?”. Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :

• Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah. • Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya. • Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.

Page 14: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

TEMPAT LARANGAN BERSOLAT

“Aku diberi lima perkara yang tidak diberi kepada mana-mana Nabi sebelumku…

(salah satu antara lima itu) … dan dijadikan bumi dan seluruh tanahnya masjid dan suci.

Maka di mana sahaja aku berada, aku akan menunaikan solat padanya.”

(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

BIJAK SOLATبيجق صالة

Sabda Rasulullah saw..

KLIK

Page 15: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

TEMPAT LARANGAN BERSOLATTempat pembuangan najis atau tempat najis.

Tempat penyembelihan binatang – bagi mengelakkan najis binatang.Kawasan perkuburan – bagi mengelakkan najis danmenghadap kubur.Di tengah-tengah jalanraya kerana hati akan sentiasaSibukkan orang dan kenderaan yang lalu-lalang.Bilik air, kerana ia tempat perlindungan syaitan.Tempat perteduhan binatang, kerana baunya yang kuatakan mengganggu solat.Di atas Kaabah.

BIJAK SOLATبيجق صالة

Page 16: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

SYARAT SAH SOLAT

Beragama Islam.Baligh.Suci daripada hadas.Suci seluruh anggota badan, pakaian dan tempat.Menutup aurat. Aurat bagi wanita, seluruh tubuhnyakecuali muka dan kedua tapak tangannya. Sedangkan aurat bagi laki-laki ialah antara pusat dan lutut.Telah masuk waktu solat yang telah ditentukan.

Menghadap ke arah kiblat.

BIJAK SOLATبيجق صالة

Page 17: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

CONTOH PAKAIAN UNTUK BERSOLAT

BIJAK SOLATبيجق صالة

Page 18: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

RUKUN SOLAT MENURUT MAZHAB SYAFI’I

Niat.

Takbiratul Ihram.

Berdiri tegak bagi yang mampu ketika solat fardhu. Manakala bagi yang tidak mampu, disebabkan sakit & sebagainya boleh melakukannya secara duduk, berbaring, terlentang atau dengan isyarat.Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.

Rukuk dengan tomakninah.

Membaca selawat ke atas Nabi pada tasyahud akhir.

Membaca salam yang pertama.

I’tidal dengan tomakninah.

Sujud dua kali dengan tomakninah.

Duduk antara dua sujud dengan tomakninah.

Duduk tasyahud akhir dengan tomakninah.

Membaca tasyahud akhir.

Tertib. Ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut.

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

Page 19: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

Jika salah satu rukunnya tidak dikerjakan / sengaja ditinggalkan.

Berlaku hadas kecil dan hadas besar.

Terkena najis secara langsung yang tidak dimaafkan pada badan, pakaian /tempat solat.Berkata-kata dengan percakapan luar solat dengan 2 perkataan yang boleh difahami.Terbuka auratnya dengan sengaja.

Mendahului imamnya.

Makan dan minum walaupun hanya sedikit.

Mengubah niat ketika sedang bersolat.

Membelakangi kiblat.

Menambah rukun.

Murtad.

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT

Bergerak besar berturut-turut sebanyak 3 kali seperti melangkah / berjalan.

Tertawa terbahak-bahak. Senyum tidak membatalkan solat.

Page 20: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

BIJAK SOLATبيجق صالة

Page 21: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

Perkara-perkara sunat dalam Solat Bacaan-bacaan dalam solat

Siri 2

BIJAK SOLATProgram Intensif Kemahiran Solat

Tahun 6 Pasca UPSR 2008

بيجق صالة

Page 22: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

1) BERDIRI MENGHADAP KIBLAT

Firman Allah SWT :Maksudnya : Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjid al-Haram (Kaabah); dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar daripada Tuhanmu. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan seegala apa yang kamu lakukan.”

(Surah al-Baqarah : 149)

BIJAK SOLATبيجق صالة

Page 23: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

2) BERDIRI TEGAK Firman Allah SWT :Maksudnya : Dan berdirilah untuk Allah SWT dalam keadaan beribadah.

(Surah al-Baqarah : 238)

Falsafah Berdiri TegakSuatu simbolik seseorang berdiri dengan tubuh dan rohnya di hadapan Allah Tuhan Sekalian Alam, Yang Maha Mendengar apa yang diucapkan serta mengetahui apa yang diniatkan oleh hamba-hambaNya. Tidak syak lagi sesiapa yang melakukannya 5 kali sehari pastinya aka meninggalkan kesan terhadap tindak-tanduk sehariannya kerana merasakan kebesaran Allah SWT. Yang Maha Melihat dan mengawasinya.

BIJAK SOLATبيجق صالة

Page 24: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

Pandangan ulama berkaitan jarak di antara kedua-dua kaki.

Mazhab Hanafi Mazhab Syafi’i

Maliki & Hanbali : Kadarnya adalah sederhana menurut ‘uruf – tidak terlalu luas dan tidak terlalu rapat.

Kadar 4 jari tangan Kadar sejengkal Cara yang SALAH

BIJAK SOLATبيجق صالة

Page 25: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

Jarak kaki ketika solat berjamaah

“Luruskanlah saf kamu (ketika solat), sesungguhnya aku nampak kamu dari belakangku.”(Riwayat al-Bukhari)

BETULKaki jemaah bersentuhan

BIJAK SOLATبيجق صالة

SALAHKaki jemaah tidak bersentuhan

Page 26: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

3) NIAT

BIJAK SOLATبيجق صالة

Niat ialah suatu keazaman dalam hati untuk melaksanakan solat dengan ikhlas, yang merupakan arahan Allah SWT. Ia merupakan syarat sah solat menurut Hanafi

dan Maliki, manakala Syafi’i menganggap ia adalah

rukun solat.

Firman Allah SWT :Maksudnya : Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar.

(Surah al-Bayyinah : 5)

Page 27: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

4) TAKBIRATUL IHRAM

Page 28: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

Tiga cara mengangkat tangan

BIJAK SOLATبيجق صالة

Paras bahu Di telinga Ibu jari paras bawah telinga

Maksud hadis Nabi saw : “Nabi saw tatkala mengangkatnya, Baginda menegakkan jari-jarinya dan tidak membuka (luas) dan tidak pula menggenggam.”

(Riwayat Abu Daud, Ibn Khuzaimah dan al-Hakim)

Takbiratul Ihram (takbir permulaan) ini perlu disebut secara ‘jahar’ (lantang). Solat tidak akan sah dan diterima tanpa lafaz takbir ini. Sesiapa yang terleka, terlupa, sengaja / tidak untuk melafazkan takbir ini, wajib baginya mengulangi solat.

Page 29: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

BIJAK SOLATبيجق صالة

Falsafah Takbiratul IhramSuatu penyerahan diri kepada Allah SWT. Ia juga tanda permulaan solat dan merupakan simbolik kepada kehidupan manusia di alam sementara ini, yang mesti dimulakan dengan zikrullah dan membesarkan Allah SWT.

Dalil Takbiratul IhramMaksud Hadis Rasulullah saw : “Sesungguhnya tidak sempurna solat seseorang antara manusia sehinggalah ia berwudhuk dan menyempurnakan anggota-anggota wudhuknya, kemudian (dipermulaan solat) ia mengucapkan Allah Akbar.”

(Riwayat Abu Daud dan At-Tabrani)

Page 30: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

5) MENDAKAP TANGAN KETIKA BERDIRI

Para ulama telah bersepakat bahawa tiada sebarang dalil yang mewajibkan kedudukan tangan seumpama ini, dan ia bukanlah rukun mahupun syarat sah solat. Ia hanyalah sunat sahaja menurut beberapa mazhab.

Page 31: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

Cara berdakap tanganBerdakap tangan dan meletakkan di atas dada.

Berdakap tangan dan meletakkan di antara dada dan pusat. Ia adalah pandangan mazhab Syafi’i.

Berdakap tangan dan meletakkan di sebelah bawah daripada pusat. Hadis yang terdapat dalam bentuk ini adalah daif menurut Imam Abu Daud dan lain-lain. Ia adalah pilihan mazhab Hanafi dan Hanbali. Bagai manapun mazhab Hanbali mempunyai lebih daripada satu pandangan.

Page 32: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

6) MEMBACA DOA IFTITAH

"Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan Maha Suci Allah siang dan malam.

Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah, dan bukanlah aku dari

golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku, dan matiku kuserahkan hanya

kepada Allah seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Nya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah

dari golongan orang-orang Islam."

Page 33: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

Hukum : SUNAT (menurut majoriti mazhab)

Doa Iftitah perlu dibaca secara perlahan menurut pandangan keseluruhan ulama.

Khalifah Umar al-Khattab r.a pernah menguatkan bacaannya bagi mengajar orang ramai.

Membaca DoaIftitah

BIJAK SOLATبيجق صالة

Page 34: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

Dalil Maksud Hadis Rasulullah saw : “Tidak sah solat bagi mereka yang tidak membaca al-Fatihah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

7) MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

Barangsiapa yang sengaja meninggalkannya – BATAL solatnya.

Barangsiapa yang terlupa membacanya dan teringat sebelum sampai ke rakaat selepas itu, WAJIB untuknya mengulangi berdiri dan membaca Al-Fatihah.

Sekiranya sudah memasuki rakaat lain, maka terhapus rakaat tadi dan perlulah ia menambah satu rakaat lain.

Page 35: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

Menyebut “Amin” di akhir Al-Fatihah

Jika imam lupa menyebut “amin”, para makmum bolehlah menguatkan “amin” bagi mengingatkan imam kerana ia adalah termasuk dalam perkataan yang sunat.

Lafaz “amin” beerti “perkenankanlah” di SUNAT kan untuk para makmum mengucapkannya bersama-sama imam. Ia berdasarkan hadis Abu Hurairah :

Maksudnya;“Apabila imam mengucapkan lafaz “amin”, para Malaikat turut mengucapkannya, maka hendaklah kamu semua (makmum) mengaminkannya bersama-sama imam

kerana sesungguhnya barangsiapa yang lafaz aminnya bertepatan dengan lafaz para malaikat, diampunkan baginya dosanya yang terdahulu.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Page 36: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

8) RUKUK Firman Allah SWT maksudnya: “Dan dirikanlah kamu akan solat dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang yang rukuk.”

(Surah al-Baqarah : 43)

"Maha suci Allah yang Maha Agung dengan sifat kepujian-Nya."

Page 37: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

Mengangkat tangan sebelum dan ketika bangun daripada rukuk

Menurut majoriti ulama’ (iaitu Imam Syafi’i, Ahmad dan majoriti ahli hadis) yang berpegang kepada hadis-hadis lain, mereka mengatakan SUNAT mengangkat tangan

di tempat-tempat berikut :

KETIKA TAKBIRATUL IHRAM :Ia berdasarkan perbuatan Nabi saw yang diriwayatkan oleh 50 orang sahabat. Antara

mereka ialah 10 sahabat yang dijamin masuk syurga oleh Nabi saw.

KETIKA INGIN RUKUK DAN APABILA BANGKIT DARIPADA RUKUK:Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

“Apabila Nabi saw hendak memulakan solatnya, Baginda mengangkat tangannya ke paras bahu, tatkala mengucap takbir untuk rukuk, dan tatkala ingin mengangkat kepalanya daripada

rukuk juga Baginda berbuat demikian. Dan membaca : Allah swt Maha Mendengar sesiapa yang memuji-Nya. Baginda tidak berbuat demikian tatkala sujud.”

(Riwayat al-Bukhari)

KETIKA BANGKIT DARIPADA TASYAHUD AWALSabda Rasulullah saw yang bermaksud :

“Dan Nabi saw juga apabila bangun daripada 2 rakaat (daripada tasyahud awal) Baginda mengangkat kedua-dua belah tangannya.” (Riwayat al-Bukhari)

Page 38: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

Menjadi kewajipan menurut majoriti mazhab untuk seseorang yang rukuk supaya berhenti sekejap dalam keadaan rukuknya, paling minima ialah dengan kadar satu tasbih, sebagaimana

yang telah diajar oleh Nabi saw. Maksudnya :“Kemudian hendaklah kamu rukuk dan berhenti sekejap dalam keadaan rukuk itu, dan kemudian bangun dan berdiri tegak (iktidal serta tomakninah).” – Riwayat al-Bukhari

Tomakninah (طمأنينة) atau bertenang

sebentar ketika rukuk

Kedudukan jari Jari-jari hendaklah diletakkan di atas lutut dan direnggangkan. Ia menjadi pegangan bagi keempat-

empat mazhab berdasarkan hadis : Maksudnya :

“Sesungguhnya Nabi saw apabila rukuk, Nabi membuka

(merenggangkan) jari-jarinya, dan apabila sujud Nabi merapatkan jari-

jarinya.”– Riwayat Abu Daud, al-Hakim, al-Baihaqi dan al-Dar Qutni

Cara meletakkan tangan yang

BETUL Cara meletakkan tangan yang

SALAH

Page 39: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

Kedudukan Belakang Badan & Kepala

“Dan apabila Nabi saw rukuk, baginda menempatkan tangannya di lututnya dan tunduk meluruskan belakangnya.” – Riwayat al-Bukhari

“Sesungguhnya Nabi saw tidak menundukkan atau mendongak kepala tetapi bersederhana antara kedua-dua posisi tadi.”– Riwayat Muslim

Dua keadaan belakang yang SALAH ketika rukuk.

1 2

Page 40: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

Dua keadaan belakang dan tangan yang BETUL ketika rukuk.

Page 41: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

9) IKTIDAL Bangkit berdiri tegak dengan mengangkat kedua-dua tangan hingga sampai ke bahu atau telinga dengan jari-jari terbuka sedikit seperti ketika Takbiratul Ihram lalu membaca :

Terdapat juga nas yang menunjukkan bacaan tambahan pendek berikut juga amat digalakkan kerana Nabi menyebut bahawa tatkala seorang sahabat membacanya, Baginda melihat sekitar 30 lebih malaikat berlumba-lumba untuk mencatatnya :

Wahai Tuhan kami, dan kepadaMu segala“َربّنَا وَلََك الَحمدُ َحمدًا طَيبًا ُمبَاَركًا فِيهِpujian, pujian yang amat terpuji, baik lagi dipenuhi berkat.”

Page 42: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

10) SUJUD Sebelum turun untuk sujud, kita dikehendaki mengucapkan takbir Intiqal : ALLAHU AKBAR sambil terus sujud, tanpa perlu mengangkat kedua belah tangan menurut jumhur mazhab.

"Maha suci Allah yang Maha Mulia dengan sifat kepujian-Nya"

Page 43: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

Tujuh Anggota Sujud

Kedua-dua tapak tangan

DahiKedua-dua belah lutut

Hujung jari kaki

Maksud hadis :“Aku diarahkan untuk sujud di atas tujuh anggota sujud : Di atas dahi – dan Nabi saw

menunjukkan ke arah dahinya dan kedua-dua belah tangan, dan kedua-dua lutut dan kedua-dua hujung kaki.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Page 44: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

Kedudukan Hujung Jari Kaki yang BETUL

Adakah solat akan terbatal jika kedudukan jari kaki tidak dibengkokkan?

Hanafi, Syafi’i (menurut al-Nawawi) & Hanbali : Solat boleh TERBATAL kerana ia anggota wajib.

Maliki : TIDAK BATAL kerana anggota sujud yang wajib hanyalah dahi.

Pandangan terpilih dan lebih selamat ialah menjaga kedudukan jari kaki agar dibengkokkan sebagaimana dalam gambar. Keluar daripada khilaf dan melakukan yang terbaik untuk menuruti sunnah Nabi saw adalah lebih elok.

Page 45: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

Kedudukan Hujung Jari Kaki yang SALAH

Page 46: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

Kedudukan Hujung Jari Kaki yang SALAH

Page 47: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

Kedudukan Tangan Ketika SujudKedudukan tangan Nabi saw ketika sujud ialah :

NABI SAW MERENGGANGKAN LENGAN DARIPADA TUBUH.Ia disebut dalam hadis : “Sesungguhnya Nabi saw merenggangkan kedua-dua belah tangannya daripada sisinya sehingga kelihatan putih ketiak Baginda saw.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Hikmah merenggangkan tangan dan tubuh semasa sujud adalah lebih dekat dengan perasaan rendah diri, lebih mampu untuk menekankan dahi ke bumi, dan memperbezakan daripada gambaran malas.

MENGANGKAT SIKUNabi saw juga mengangkat siku daripada tanah sebagaimana hadis : “Apabila sujud, letakkanlah kedua-dua telapak tangan kamu, dan angkatlah siku kamu.” (Riwayat Muslim & Ahmad)

MERAPATKAN JARI-JARI“Sesungguhnya Nabi saw apabila rukuk, Nabi membuka (merenggangkan) jari-jarinya dan apabila sujud, Nabi merapatkan jari-jarinya.” (Riwayat Muslim & Ahmad)

Page 48: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

Kedudukan Tangan Ketika Sujud bagi Wanita

Menurut mazhab Syafi’i – solat wanita mempunyai perbezaan sedikit ketika sujud dan rukuk. Antaranya adalah dengan tidak merenggangkan lengannya daripada rusuknya sebagaimana lelaki.

Hasilnya, Syafi’i berijtihad agar dibezakan sedikit cara rukuk dan sujud wanita agar tidak merenggangkan tangan mereka daripada rusuk kerana bimbang tindakan itu akan menyebabkan aurat wanita terdedah.

Page 49: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

Sujud dan Faedah PerubatanMenurut Dr Mohd Osman Nasir, hikmah sujud antara lain ialah seperti di bawah

Melegakan sistem pernafasan.

Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud akan :• Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.• Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.• Melegakan sakit hernia.• Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.• Melegakan bahagian paru-paru daripada ketegangan.• Mengurangkan kesakitan pada pesakit appendiks atau spleen (limpa).• Memberi dorongan untuk mudah tidur.• Mengurangkan kegemukan.• Otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.• Kesan psikologi – merasa rendah diri di hadapan Pencipta. Sifat sombong, riak dan takabbur dapat dikikiskan.

BIJAK SOLATبيجق صالة

Page 50: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

11) DUDUK ANTARA 2 SUJUD

Duduk antara dua sujud ini dinamakan duduk “Iftirasy” kerana tapak kaki yang KIRI diduduki dan menjadi alas (firasy). Tapak kaki KANAN ditegakkan di atas lantai. Sementara hujung jari kaki menghadap ke arah kiblat (duduk bersimpuh). Tiada perbezaan antara duduk wanita dan lelaki.

KEDUDUKAN TANGANKedua-dua tapak tangan berada di atas peha dan Nabi saw juga meletakkan sikunya di atas pehanya sambil hujung jari-jarinya memegang hujung bahagian lutut seolah-olah menggenggamnya.

Page 51: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

Bacaan Ketika Duduk

“Ya Allah! Ampunilah dosaku, belas kasihanilah aku, dan angkatlah darjatku dan cukupkanlah segala kekuranganku dan berilah rezeki kepadaku, dan berilah aku petunjuk dan sejahterakanlah aku dan berilah keampunan kepadaku.”

Page 52: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

Cara Duduk Yang Ditegah

Meletakkan papan punggung di atas tanah, menegakkan betisnya dan meletakkan tangan di atas tanah.

Page 53: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

Keluarga Sakinah

Page 54: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

Jihad Fi Sabilillah

Page 55: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat