muzakarah.isra · mengucapkan ribuan terima kasih atas segala sokongan padu yang telah dihulurkan...

20
19 (21-20 Zulkaedah 1440H) The Rizqun International Hotel Gadong, Brunei Darussalam 24-23 Julai 2019 muzakarah.isra.my #muzakarah13 BUKU PROGRAM

Upload: nguyenbao

Post on 21-Aug-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: muzakarah.isra · mengucapkan ribuan terima kasih atas segala sokongan padu yang telah dihulurkan kepada ISRA dalam menjayakan penganjuran MUZAKARAH-13 kali ini. Pada kali ini, Akademi

19

(21-20 Zulkaedah 1440H)

The Rizqun International HotelGadong, Brunei Darussalam

24-23 Julai 2019

muzakarah.isra.my#muzakarah13

B U K U P R O G R A M

Page 2: muzakarah.isra · mengucapkan ribuan terima kasih atas segala sokongan padu yang telah dihulurkan kepada ISRA dalam menjayakan penganjuran MUZAKARAH-13 kali ini. Pada kali ini, Akademi
Page 3: muzakarah.isra · mengucapkan ribuan terima kasih atas segala sokongan padu yang telah dihulurkan kepada ISRA dalam menjayakan penganjuran MUZAKARAH-13 kali ini. Pada kali ini, Akademi

1

Pengenalan

Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara kali ke-13 (MUZAKARAH-13) merupakan program tahunan anjuran Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA). Pada tahun ini, MUZAKARAH-13 akan dianjurkan bersama dengan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) pada 23-24 Julai 2019 bersamaan 20-21 Zulkaedah 1440H di The Rizqun International Hotel, Gadong, Negara Brunei Darussalam.

Dalam usaha untuk mengekalkan semangat MUZAKARAH seperti tahun-tahun sebelumnya, MUZAKARAH-13 mengetengahkan tema ‘Sinergi Antara Institusi Kewangan Islam dan Obligasi Sosial: Isu dan Hala Tuju’. Tema ini merupakan suatu kesinambungan kepada perbincangan MUZAKARAH-12 yang diadakan di Hotel Duangjitt Resort & Spa, Phuket, Thailand pada 3-4 Julai 2018 bersamaan 18-19 Syawwal 1439H. Perbincangan tersebut telah menyimpulkan pelbagai isu Syariah yang perlu diteliti khususnya berkaitan dengan zakat dan dana sosial dalam sistem kewangan Islam.

Justeru, MUZAKARAH-13 akan memperuntukkan satu sesi khas berkaitan ‘Pelunasan hutang tertunggak pelanggan bank melalui dana zakat, dana kebajikan (charitable fund) dan dana penyucian (purification fund)’. Sesi ini akan memberi peluang kepada para ulama, cendekiawan dan pengamal kewangan Islam untuk mengupas dan membahaskan isu ini dengan lebih mendalam dan seterusnya mencapai kata sepakat dalam penetapan hukum Syarak.

Di samping itu, terdapat satu sektor dalam kerangka kewangan Islam yang kurang ditekankan dalam aspek perbincangan zakat iaitu pasaran modal Islam. Seperti sedia maklum, pasaran modal Islam merupakan satu sektor penting dengan potensi pungutan zakat yang sangat besar. Oleh itu, satu analisis Syarak yang komprehensif perlu dilakukan oleh pakar-pakar kewangan Islam bagi memberikan penetapan hukum zakat terhadap instrumen-instrumen kewangan tersebut. Isu-isu seperti instrumen kewangan yang dibeli untuk didagangkan dalam jangka masa pendek (short-term trading) atau untuk menikmati keuntungan dan dividen menerusi dagangan jangka masa panjang (long-term investment) perlu diteliti bagi menentukan kewajiban zakat ke atasnya.

Siapa yang hadir ke MUZAKARAH-13

� Mufti-Mufti � Ulama dalam kewangan Islam � Tokoh akademik � Penasihat Syariah kewangan Islam � Pegawai Pusat Zakat/Majlis Agama Islam Negeri � Pengamal industri kewangan Islam � Penggubal dasar (regulator)

Page 4: muzakarah.isra · mengucapkan ribuan terima kasih atas segala sokongan padu yang telah dihulurkan kepada ISRA dalam menjayakan penganjuran MUZAKARAH-13 kali ini. Pada kali ini, Akademi

2

KATA-KATA ALUAN (UNISSA)

Alhamdulillah, dengan izin dan limpah rahmat daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala jua, setelah tujuh tahun lamanya berlalu, Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara (MUZAKARAH) kini datang semula ke Negara Brunei Darussalam.

Kehadiran MUZAKARAH-13 di bumi bertuah Darussalam ini disambut dengan penuh rasa kesyukuran dan kegembiraan yang didasari oleh semangat Ukhuwwah Islamiyyah yang sudah sekian lama terjalin antara Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA), Malaysia dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA). Menjadi Tuan Rumah dalam perhimpunan para ulama, cendekiawan dan tokoh Kewangan Islam Nusantara dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei Darussalam merupakan satu penghormatan besar dan pengiktirafan kepada UNISSA untuk bekerjasama dengan pihak ISRA dalam sama-sama menjayakan diskusi ilmiah yang berprestij ini.

Diharapkan semoga MUZAKARAH-13 yang bertemakan ‘Sinergi antara Institusi Kewangan Islam dan Obligasi Sosial: Isu dan Halatuju’ ini akan dapat mencapai objektif yang diharapkan dan seterusnya mencetuskan jalinan persefahaman dalam kalangan para ulama dan cendekiawan Nusantara melalui perbincangan dan perbahasan ilmiah, khasnya yang berkaitan dengan isu zakat dan dana sosial dalam sistem kewangan Islam.

Pada kesempatan ini, saya selaku Pengerusi Bersama MUZAKARAH-13 mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak ISRA kerana memilih Brunei sebagai destinasi MUZAKARAH pada tahun ini dan berkesudian pula untuk bekerjasama dengan pihak UNISSA. Kepada seluruh delegasi luar negara, diucapkan selamat datang dan selamat menikmati keamanan serta kesejahteraan negara kami. Semoga perhimpunan MUZAKARAH-13 ini akan memberikan kenangan terindah yang tidak dapat dilupakan.

Ucapan penghargaan dan sekalung budi ditujukan kepada Bank Negara Malaysia selaku Penaung, Rakan-Rakan Sokongan, Rakan Strategik, dan para penaja yang telah memberikan sokongan padu menjayakan MUZAKARAH-13 demi melihat ilmu dan praktik kewangan Islam terus berkembang dan dimartabatkan sebagaimana selayaknya.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih juga ditujukan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Kerja dari kedua-dua institusi ISRA dan UNISSA yang telah bekerja menggembleng tenaga untuk memastikan MUZAKARAH-13 berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Akhirnya, didoakan semoga setiap sumbangan daripada semua pihak sama ada yang berbentuk spiritual dan material akan mendapat ganjaran besardaripada Allah Subhanahu wa Ta’ala jua.

Amiin yaa Rabbal ‘Aalamiin. Sekian.

Dr. Abdul Nasir Haji Abdul RaniDekan, Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, UNISSA

Page 5: muzakarah.isra · mengucapkan ribuan terima kasih atas segala sokongan padu yang telah dihulurkan kepada ISRA dalam menjayakan penganjuran MUZAKARAH-13 kali ini. Pada kali ini, Akademi

3

KATA-KATA ALUAN (ISRA)

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan kurnia dan inayah-Nya, Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara Ke-13 (MUZAKARAH-13) dapat diadakan sekali lagi di Negara Brunei Darusalam. Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara merupakan persidangan tahunan yang dihadiri oleh para alim ulama, Penasihat Syariah, cendekiawan Islam dan pengamal kewangan serta pakar-pakar seantero Nusantara bagi menguraikan dan mendalami isu-isu berbangkit dalam industri kewangan Islam.

Saya ingin mengalu-alukan kedatangan para pembentang, pendiskusi dan semua peserta dan mengucapkan ribuan terima kasih atas segala sokongan padu yang telah dihulurkan kepada ISRA dalam menjayakan penganjuran MUZAKARAH-13 kali ini.

Pada kali ini, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA) dengan kerjasama Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menganjurkan MUZAKARAH-13 bertemakan ‘Sinergi Antara Institusi Kewangan Islam dan Obligasi Sosial: Isu dan Hala Tuju’. Tema ini merupakan suatu kesinambungan kepada perbincangan MUZAKARAH-12 yang diadakan di Phuket, Thailand pada 3-4 Julai 2018 bersamaan 18-19 Syawwal 1439H.

Pada tahun ini, MUZAKARAH-13 akan menampilkan individu-individu berautoriti dari negara serantau untuk membincangkan tentang zakat dan dana sosial dalam sistem kewangan islam. Antara topik yang akan diketengahkan adalah ‘Pelunasan Hutang Tertunggak melalui dana zakat dan kebajikan, Fungsi Zakat dalam Polisi Fiskal’, dan banyak lagi.

Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Bank Negara Malaysia (BNM) dan penganjur bersama, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei Darussalam atas sokongan yang diberikan kepada penganjuran MUZAKARAH-13. Juga, setinggi-tinggi penghargaan ISRA kepada penaja platinum – Lembaga Zakat Negeri Kedah dan penaja lain iaitu Pusat Pungutan Zakat – MAIWP, Zakat Pulau Pinang serta rakan strategik, Persatuan Penasihat Syariah bagi Kewangan Islam Malaysia.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada ahli jawatankuasa penganjuran MUZAKARAH-13 yang telah bertungkus-lumus menjayakan muzakarah kali ini. Semoga usaha kita ini akan dikira sebagai ibadah oleh Allah SWT dan diberikan ganjaran sebaiknya sebagai sumbangan kita kepada agama dan umat dalam memastikan kelangsungan industri kewangan Islam.

Terima Kasih, Wassalam.

Prof. Dr. Mohamad Akram LaldinPengarah Eksekutif, ISRA

Page 6: muzakarah.isra · mengucapkan ribuan terima kasih atas segala sokongan padu yang telah dihulurkan kepada ISRA dalam menjayakan penganjuran MUZAKARAH-13 kali ini. Pada kali ini, Akademi

4

ATURCARA PROGRAM

SELASA | 23 Julai 2019 (20 Zulkaedah 1440H)

MASA PROGRAM

7.30 pagi Pendaftaran

8.30 pagi Bacaan Ayat Suci Al-Quran

Ucapan Alu-aluan- Yang Mulia Dr. Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani, Dekan, Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, UNISSA - Yang Berbahagia Prof. Dr. Mohamad Akram Laldin, Pengarah Eksekutif, ISRA

Ucapan Perasmian- Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Brunei Darussalam

Tayangan Montaj

Ucaptama- Yang Berbahagia Encik Aznan Abdul Aziz, Penolong Gabenor, Bank Negara Malaysia

Pembaharuan Penandatanganan Memorandum Persefahaman UNISSA & ISRA

9.45 pagi Minum Pagi

10.00 pagi Pembentangan Resolusi Muzakarah-12 (2018)

10.15 pagi Sesi 1: Kajian SusulanPenggunaan Dana Zakat, Dana Wakaf, Dana Kebajikan (Charitable Fund) dan Dana Penyucian (Purification Fund) bagi Melangsaikan Hutang Tertunggak (Outstanding Debt) Pelanggan Bank

Pembentang:Dr. Mohamad Mahbubi Ali (Indonesia) dan Pn. Hajah Noraini binti Haji Buntar (Brunei)

Pendiskusi:Ustaz Ahmad Suhaimi bin Yahya (Malaysia) dan Prof. Madya Dr. Zakariya Hama (Thailand)

11.45 pagi Zohor & Makan Tengahari

1.15 petang Sesi 2: Pembentangan Kertas Kerja 1Pelarasan (Adjustment), Peruntukan (Provision) dan Rizab (Reserve) dalam Pengiraan Zakat di Institusi Perbankan Islam

Pembentang:Ustaz Munawarruzzaman Mahmud (Malaysia) dan Ustaz Burhanuddin Lukman (Malaysia)

Pendiskusi:Prof. Dr. Asmadi Mohamed Naim (Malaysia), Ustaz Muhammad Nuzaihan Hamdan (Singapura) dan En. Hafni Mohd Said (Malaysia)

Page 7: muzakarah.isra · mengucapkan ribuan terima kasih atas segala sokongan padu yang telah dihulurkan kepada ISRA dalam menjayakan penganjuran MUZAKARAH-13 kali ini. Pada kali ini, Akademi

5

RABU | 24 Julai 2019 (21 Zulkaedah 1440H)

MASA PROGRAM

8.30 pagi Sesi 4: Pembentangan Kertas Kerja 3Zakat ke atas Instrumen Kewangan Islam: Obligasi dan Pengiraan

Pembentang:Prof. Madya Dr. Mohamed Fairooz Bin Abdul Khir (Malaysia), En. Ezry Fahmy Eddy Yusof (Malaysia) dan Prof. Dr. Engku Rabiah Adawiah Engku Ali (Malaysia)

Pendiskusi:Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Malaysia), Dr. Haji Mohd Aidil Yusrie Bin Haji Shari (Brunei) dan Ustaz Mohamad Amin Ibrahim (Malaysia)

10.30 pagi Minum Pagi

10.45 pagi Sesi 5: ForumFungsi Zakat dalam Polisi Fiskal

Ahli Panel:Dr. Muhd Zaki Bin Haji Zaini @ Jaineh (Brunei), Syeikh Zakaria Othman (Malaysia), Dr. Irfan Shauqi Beik (Indonesia) dan Prof. Dr. Mohamed Aslam Haneef (Malaysia)

12.30 pagi Zohor & Makan Tengahari

2.00 petang Sesi Bersama Persatuan Penasihat Syariah bagi Kewangan Islam Malaysia (ASAS)- En. Makhtar Abdullah

2.15 petang Sesi Bersama Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman- Syeikh Haji Zakaria Othman

2.40 petang RESOLUSI MUZAKARAH-13

4.20 petang Majlis Penutupan

MASA PROGRAM

3.00 petang Sesi 3: Pembentangan Kertas Kerja 2Pelarasan (Adjustment), Peruntukan (Provision) dan Rizab (Reserve) dalam Pengiraan Zakat di Syarikat Takaful

Pembentang:Ustaz Ahmad Fadhil Hamdi Mohd Ali (Malaysia) dan Dr. Mohamed Hadi Abd Hamid (Malaysia)

Pendiskusi:Dr. Endi Astiwara (Indonesia) dan Ustaz Wan Jemizan Wan Deraman (Malaysia)

4.30 petang Zakat dan Teknologi: Solusi Blockchain- En. Reza Ismail

5.00 petang Minum Petang dan Tamat Hari Pertama

Page 8: muzakarah.isra · mengucapkan ribuan terima kasih atas segala sokongan padu yang telah dihulurkan kepada ISRA dalam menjayakan penganjuran MUZAKARAH-13 kali ini. Pada kali ini, Akademi

6

BIODATA TOKOH

UCAPTAMA

Beliau merupakan Penolong Gabenor di Bank Negara Malaysia. Beliau bertanggungjawab terhadap Jabatan Pemantauan Pembayaran, Jabatan Penyeliaan Konglomerat Kewangan, Jabatan Penyeliaan Perbankan, Jabatan Penyeliaan Insurans dan Takaful serta Jabatan Pakar Risiko dan Penyeliaan Teknologi Jabatan.

Beliau pernah berkhidmat di beberapa jabatan termasuk Jabatan Penyeliaan Konglomerat Kewangan, Pejabat Gabenor, Jabatan Perbankan Islam dan Takaful, Jabatan Pembangunan Sektor Kewangan, Unit Perisikan Kewangan, Jabatan Pemantauan dan Pengawasan Kewangan dan Jabatan Pengawalan Bank.

Beliau juga Pengerusi Kumpulan Penggerak Teknologi Kewangan (FTEG) yang bertanggungjawab terhadap perumusan dan penambahbaikan dasar pengawalseliaan bagi memudahkan penerapan inovasi teknologi dalam industri kewangan Malaysia.

Sebelum menyertai Bank Negara Malaysia, beliau adalah Penolong Pengurus Besar Danamodal Nasional Berhad, syarikat tujuan khas (SPV) yang ditubuhkan untuk pemodalan semula institusi kewangan yang bermasalah semasa Krisis Kewangan Asia 1997. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Perakaunan daripada University of Bristol, United Kingdom.

Encik Aznan Abdul Aziz

Penolong GabenorBank Negara Malaysia (BNM)

Page 9: muzakarah.isra · mengucapkan ribuan terima kasih atas segala sokongan padu yang telah dihulurkan kepada ISRA dalam menjayakan penganjuran MUZAKARAH-13 kali ini. Pada kali ini, Akademi

7

SESI 1

Dr. Mohammad Mahbubi Ali | Indonesia

Beliau merupakan Ketua Unit Ekonomi, Kewangan, Zakat dan Wakaf merangkap Felow Bersekutu (Associate Fellow) di Institut Kajian Tinggi Islam Antarabangsa (IAIS) Malaysia. Beliau juga berkhidmat sebagai Ahli Jawatankuasa Syariah Affin Islamic Bank di samping memberikan khidmat nasihat dan perundingan di ZICO Shariah Advisory dan Dar al-Murajaah al-Syar’iyyah, Bahrain. Beliau juga pensyarah di Sekolah Tinggi Ekonomi Islam Tazkia Bogor, Indonesia. Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai penyelidik di ISRA. Beliau merupakan lulusan PhD dalam Perbankan dan Kewangan Islam daripada Institut Perbankan dan Kewangan Islam (IiiBF), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Malaysia.

Pn. Hajah Noraini Haji Buntar | Brunei

Beliau berkelulusan BA Syariah Islamiah (Hons), Universiti Al-Azhar, Mesir. MA Fiqh & Usul al-Fiqh, UIAM. Di samping itu juga, mengikuti Fiqh Muamalah Professionals Program (FMPP) oleh Centre For Islamic Banking Finance and Management (CIBFM), Negara Brunei Darussalam. Mula bertugas sebagai Pegawai Pelajaran Ugama di Jabatan Pengajian Islam. Setelah itu berpindah ke Jabatan Mufti Kerajaan sebagai Pegawai Istinbat dan sekarang memegang jawatan sebagai Pegawai Istinbat Kanan di Bahagian Ifta. Dilantik sebagai Ahli Badan Penasihat Syariah BIBD. Dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Tadbir Pemegang Amanah Dana Maslahat Umum dan Zakat BIBD.

Prof. Madya Dr. Zakariya Hama | Thailand

Beliau berkelulusan BA (Hons), Syariah, Kuwait University, Kuwait, LLB, Sukhothai Thammathirat University, Thailand, Ijazah Sarjana (MCL) Undang-undang Perbandingan, UIAM dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD in Law), UIAM. Bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam dan Undang-undang Fatoni University, Thailand. Beliau kini diamanahkan sebagai Timbalan Rektor bahagian Akademik dan Penyelidikan Fatoni University. Juga berkhidmat sebagai Penasihat Syariah kepada Persatuan Jaringan Koperasi Islam, Thailand dan Koperasi Islam Bina, Thailand, beliau juga seorang peguam bela dan peguam cara di samping menjadi Perwakilan Kementerian Waqaf dan Urusan Islam Kuwait di Thailand.

Page 10: muzakarah.isra · mengucapkan ribuan terima kasih atas segala sokongan padu yang telah dihulurkan kepada ISRA dalam menjayakan penganjuran MUZAKARAH-13 kali ini. Pada kali ini, Akademi

8

Ustaz Ahmad Suhaimi Yahya | Malaysia

Beliau berkelulusan BA Syariah daripada Universiti Al-Azhar Mesir dan Sarjana Syariah daripada Universiti Kaherah, Mesir (Kepujian Kelas Pertama). Merupakan anak Malaysia pertama memperoleh sijil profesional Certified Shari’a Advisor and Auditor (“CSAA”) iaitu Penasihat dan Juruaudit Shariah Bertauliah oleh AAOIFI di Bahrain. Bertugas sebagai Ketua Pegawai Syariah Hong Leong Islamic Bank. Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Shariah Serantau, Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad, Naib Presiden Kanan dan Ketua Bahagian Syariah di RHB Islamic Bank Berhad (RHBIB) serta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

SESI 2

Ustaz Munawarruzzaman Mahmud | Malaysia

Beliau bertugas sebagai Ketua Pengurusan Syariah di Maybank Islamic Berhad. Telah berkecimpung dalam bidang kewangan dan perbankan Islam semenjak tahun 2003 dan telah mengetuai unit/bahagian Syariah di beberapa buah bank di Malaysia dan Singapura bermula tahun 2006. Merupakan ahli Certified Shari’a Adviser and Auditor (CSAA) of the Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI), Bahrain. Berkelulusan sarjana muda dan sarjana dalam bidang Pengajian Islam dan Syariah dari Mu’tah University, Jordan dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ustaz Burhanuddin Lukman | Malaysia

Beliau merupakan penyelidik di Akademi Penyelidikan Shari’ah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA) dan mempunyai pengalaman yang luas dalam kedua-dua amalan akademik dan perindustrian perbankan dan kewangan Syariah dan kewangan, di peringkat komersial dan pengawalseliaan. Beliau mempunyai lebih dari 20 tahun pengalaman mengajar mata pelajaran Syariah di universiti. Ustaz Burhanuddin juga merupakan pakar dalam bidang perbankan dan kewangan Islam, kecekapan perbankan Islam dan prestasi kewangan, dan perakaunan dan pengauditan bagi institusi kewangan Islam.

Page 11: muzakarah.isra · mengucapkan ribuan terima kasih atas segala sokongan padu yang telah dihulurkan kepada ISRA dalam menjayakan penganjuran MUZAKARAH-13 kali ini. Pada kali ini, Akademi

9

Prof. Dr. Asmadi Mohamed Naim | Malaysia

Beliau merupakan Profesor di Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS), Universiti Utara Malaysia semenjak 1999. Beliau mempunyai pengalaman industri yang luas dalam Syariah dan kewangan Islam dan dilantik menjadi ahli Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (SAC- BNM), sejak 2013 and Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sejak 2014. Sebelum itu beliau adalah Penasihat Syariah Berdaftar dan Konsultan Syariah untuk institusi kewangan Islam sejak 2008 hingga 2013. Beliau juga adalah ahli Panel Pakar Syariah JAKIM bermula 2019 hingga 2021 dan ahli Jamaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) 2018.

Ustaz Muhammad Nuzaihan Hamdan | Singapura

Beliau menyertai CIMB pada 2007 melalui program The Complete Banker (TCB) sebagai Ahli Bersekutu. Beliau merupakan Asatizah bertauliah oleh Majlis Ulama Islam Singapura (MUIS) dan Ahli Bersekutu serta merupakan Konsultan Asatizah, Shariah Advisory Services untuk PERGAS Investment Holdings. Beliau memegang Ijazah Sarjana dengan kepujian dalam Perbankan, Kewangan dan Pengurusan Islam daripada Loughborough University, United Kingdom serta Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian daripada Kuwait University, Kuwait.

Encik Hafni Mohd Said | Malaysia

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perdagangan (Perakaunan) daripada Dalhousie University, Halifax, Canada serta Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) daripada Universiti Putra Malaysia pada tahun 2008. Kerjaya beliau dalam sektor perbankan bermula pada tahun 1992 sebagai pelatih pengurusan di Development & Commercial Bank sebelum diserapkan ke bahagian audit dalaman. Jawatan terakhir sebelum menyertai Bank Muamalat Malaysia Berhad adalah sebagai Ketua Jabatan, Audit Perbankan Islam dan Subsidiari di RHB Bank Berhad. Bermula sebagai Ketua Audit Dalaman di Bank Muamalat Malaysia Berhad sebelum bertukar ke bahagian Kewangan dan kini memegang jawatan Ketua Bahagian Kewangan.

Page 12: muzakarah.isra · mengucapkan ribuan terima kasih atas segala sokongan padu yang telah dihulurkan kepada ISRA dalam menjayakan penganjuran MUZAKARAH-13 kali ini. Pada kali ini, Akademi

10

SESI 3

Ustaz Ahmad Fadhil Hamdi Mohd Ali | Malaysia

Beliau berkelulusan BA (Hons), Kuliah Syariah dan Pengajian Islam, Universiti Yarmouk, Jordan pada tahun 2013, pengkhususan Ekonomi dan Perbankan Islam. Merupakan pemegang sijil Certified Shari’a Adviser and Auditor (CSAA) daripada Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI) sejak November 2017.

Dr. Mohamed Hadi Bin Abd Hamid | Malaysia

Beliau berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah Undang-Undang (PhD) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau memulakan kerjaya sebagai pelatih dalam kamar dan diterima masuk sebagai Peguambela & Peguamcara, Mahkamah Tinggi Malaya pada Mac 2010, seterusnya ditauliahkan sebagai Peguam Syarie Kelantan pada Januari 2012 dan Peguam Syarie Wilayah Persekutuan pada Mei 2012.

Dr. Endy Muhammad Astiwara | Indonesia

Beliau merupakan pensyarah Fakultas Kedokteran Universitas Negeri Padjadjaran. Pemegang Ijazah Sarjana dalam Pengajian Islam daripada Universiti Muhammadiyah Jakarta dan Ijazah Kedoktoran Ushul al-Fiqh daripada UIN Syarif Hidayatullah Jakarta. Beliau juga Pemegang sertifikat Pengawas Internal Sistem Jaminan Halal LPPOM-MUI; Kompetensi Profesi Pengawas Syariah dan Asesor Kompetensi Pengawas Syariah Badan Nasional Sertifikasi Profesi (BNSP). Kini beliau adalah Anggota Komisi Fatwa MUI dan Anggota Dewan Syariah Nasional MUI, Dewan Pembina MUKISI dan Dewan Kehormatan Islamic Insurance Society. Selain itu beliau juga memiliki Pascasarjana Institut Ilmu Al-Qur’an; Pascasarjana UIN Syarif Hidayatullah; Program Certified Financial Planner (CFP), Fakultas Ekonomi Universitas Indonesia serta International Courses of Islamic Insurance, IRTI–IDB.

Page 13: muzakarah.isra · mengucapkan ribuan terima kasih atas segala sokongan padu yang telah dihulurkan kepada ISRA dalam menjayakan penganjuran MUZAKARAH-13 kali ini. Pada kali ini, Akademi

1 1

Ustaz Wan Jemizan Wan Deraman | Malaysia

Beliau merupakan Ketua dan Naib Presiden Jabatan Syariah & Perunding Perniagaan di Takaful Ikhlas Family Berhad. Beliau juga berkhidmat sebagai Setiausaha kepada Jawatankuasa Syariah Kumpulan MNRB Holdings Berhad. Sebelum memegang jawatan ini beliau merupakan Pengurus Jabatan Syariah, Syarikat Takaful Malaysia Berhad. Selain itu beliau pernah berkhidmat di Bahagian Latihan dan Pendidikan, Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM), ahli Jawatankuasa Syariah IBFIM dan juga Penasihat Syariah bagi beberapa unit amanah Islam.

SESI 4

Prof. Madya. Dr. Mohamed Fairooz Abdul Khir | Malaysia

Beliau berkelulusan BA (Hons), Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (Fiqh dan Usul al-Fiqh), UIAM, Ijazah Sarjana (MA) Syariah, dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Syariah, Takhassus Fiqh dan Kewangan Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Kini bertugas sebagai Profesor Madya di Sekolah Undang-undang & Syariah, Universiti Islam Malaysia (UIM) sejak 2016. Merupakan ahli Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Syariah Agrobank, AJK Syariah Maybank Islamic Berhad (MIB), AJK Syariah MNRB Holdings (Takaful Ikhlas), AJK Fatwa Negeri Perak Darul Ridzuan dan AJK Panel Pematuhan Syariah, Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia.

Encik Ezry Fahmy Eddy Yusof | Malaysia

Beliau merupakan Ahli Bersekutu Kanan, Penasihat Syariah & Penstrukturan di Guidance Investments Sdn. Bhd., bertanggungjawab dalam pembangunan dan penstrukturan untuk produk pembiayaan dan pelaburan dana patuh Syariah, menguruskan usaha wajar (due diligence) kepada bakal pelanggan dan hal ehwal melibatkan kepatuhan Syariah untuk dana-dana. Beliau pernah berkhidmat di Maybank Islamic Berhad dan Hong Leong Islamic Bank Berhad. Beliau memegang kelulusan Profesional Kewangan Islam Bertauliah (CIFP) daripada INCEIF serta Ijazah Sarjana Muda dalam Ekonomi dan Pengurusan Sains, dengan pengkhususan dalam Ekonomi Islam dan Kewangan daripada UIAM.

Page 14: muzakarah.isra · mengucapkan ribuan terima kasih atas segala sokongan padu yang telah dihulurkan kepada ISRA dalam menjayakan penganjuran MUZAKARAH-13 kali ini. Pada kali ini, Akademi

12

Prof. Dr. Engku Rabiah Adawiyah | Malaysia

Beliau merupakan seorang Profesor di Institut Perbankan dan Kewangan Islam UIAM. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B 1st Class Honours), Ijazah Sarjana Muda Syariah (LL.B Shariah 1st Class honours), Ijazah Sarjana Undang-Undang Perbandingan (MCL) daripada UIAM, serta Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Undang-Undang daripada University of Aberdeen, UK. Beliau juga merupakan ahli Majlis Penasihat Syariah di Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), serta Penasihat Syariah berdaftar untuk penerbitan sukuk.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman | Malaysia

Beliau merupakan lulusan BA (Hons), Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana (MA) Syariah, Universiti Al-Yarmouk, Jordan. Memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Kewangan Islam daripada University of Wales, UK. Beliau juga pemegang Ijazah Ilmiah daripada Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi. Kini bertugas sebagai Pengarah Urusan Elzar Group, beliau juga dilantik oleh Universiti Selangor (UNISEL) sebagai Profesor Adjung di Fakulti Perakaunan dan Perniagaan di samping juga menjadi Ahli Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). Juga berperanan sebagai Ahli Majlis Perundingan Islam Kerajaan Pulau Pinang, Ahli Fatwa Negeri Perlis, ahli Jawatankusa Khas Kewangan Islam Malaysia dan penasihat Shariah KWSP dan Pengerusi Majlis Shariah EXIM Bank dan PUNB.

Dr. Haji Mohd Aidil Yusrie Haji Shari | Brunei

Beliau bertugas sebagai Penolong Profesor (Kewangan Islam) di UNISSA. Sebelum ini, beliau adalah seorang Pakar Kewangan Islam di IsDB. Berpengalaman sebagai Pengurus (Penyeliaan Pasaran Modal) di AMBD dan juga Jabatan Pasaran Modal Islam, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Sebelum AMBD, beliau adalah Timbalan Pengurus di Jabatan Syariah, BIBD. Terdahulu, beliau bekerja dengan HSBC dan BIBD At-Tamwil. Memegang Ijazah Doktor Falsafah Syariah dan Sarjana Syariah daripada UNISSA dan Sarjana Muda Syariah daripada Universiti Brunei Darussalam. Dianugerahkan Investment Foundation Certificate oleh CFA Institute pada 2016.

Page 15: muzakarah.isra · mengucapkan ribuan terima kasih atas segala sokongan padu yang telah dihulurkan kepada ISRA dalam menjayakan penganjuran MUZAKARAH-13 kali ini. Pada kali ini, Akademi

13

Ustaz Mohamad Amin Ibrahim | Malaysia

Beliau berkelulusan Sarjana Muda Perakaunan daripada UUM dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Selangor. Memulakan perkhidmatan di Lembaga Zakat Selangor (LZS) sejak 1999 dan telah bertugas dalam pelbagai posisi termasuk agihan dan kutipan zakat. Kini diamanahkan sebagai Ketua Jabatan Penyelidikan dan Sekretariat Syariah dan bertanggungjawab menyelia penyelidikan Syariah dan penyelidikan strategik di LZS. Tanggungjawab semasa meliputi perancangan dan penyelarasan kertas penyelidikan untuk dibentangkan kepada pelbagai jawatankuasa di LZS sehinggalah kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor. Di antara bidang pengkhususan di LZS adalah dalam taksiran zakat perniagaan.

SESI 5

Dr. Muhd Zaki Haji Zaini @ Jaineh | Brunei

Beliau menyertai UNISSA pada penghujung 2016 sebagai Pensyarah Ekonomi. Beliau berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Ekonomi daripada University of Exeter setelah menyempurnakan Ijazah Sarjana (MSc) dalam Penyelidikan Operasi dan Statistik Gunaan daripada Cardiff University. Tesis PhD beliau tertumpu kepada peruntukan bagi pengagihan Zakat di Brunei.

Tuan Syeikh Haji Zakaria Othman | Malaysia

Beliau berkelulusan BA Hadis daripadaUniversiti Al-Azhar, Mesir. Dikenali sebagai seseorang yang memiliki buah fikiran yang inovatif, beliau telah beberapa kali dipinjamkan oleh kerajaan Negeri Kedah bagi menerajui pembangunan negeri. Beliau dipinjamkan ke Lembaga Zakat Negeri Kedah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi tempoh dua tahun bermula tahun 2017 bagi membangunkan institusi zakat negeri ini. Beliau juga telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Majlis Agama Islam Negeri Kedah serta Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Islam Negeri Kedah. Beliau juga adalah penerima anugerah Kurniaan Darjah Kebesaran Negeri Kedah sebagai Ahli Mahkota Kedah (AMK) pada tahun 2009.

Page 16: muzakarah.isra · mengucapkan ribuan terima kasih atas segala sokongan padu yang telah dihulurkan kepada ISRA dalam menjayakan penganjuran MUZAKARAH-13 kali ini. Pada kali ini, Akademi

14

Dr. Irfan Shauqi Beik | Indonesia

Beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Ekonomi Islam daripada UIAM pada tahun 2010. Beliau telah menamatkan program sarjana (S1) Agribisnis daripada Institut Pertanian Bogor (IPB University) dan program master (S2) Ekonomi Islam di International Islamic University, Islamabad. Beliau kini Profesor Madya di Departemen Ilmu Ekonomi Syariah, Fakultas Ekonomi dan Manajemen IPB University dan menjadi peneliti di Pusat Studi Bisnis dan Ekonomi Syariah (CIBEST) di universiti yang sama. Beliau juga merupakan Direktur Pendistribusian dan Pendayagunaan BAZNAS (Badan Amil Zakat Nasional) RI (Republik Indonesia), ahli Dewan Syariah Nasional MUI (Majelis Ulama Indonesia) dan Ketua Harian DPP Ikatan Ahli Ekonomi Islam Indonesia.

Prof. Dr. Mohamed Aslam Haneef | Malaysia

Beliau merupakan Profesor di Jabatan Ekonomi, UIAM. Beliau telah menerbitkan pelbagai buku dan jurnal artikel serta menjalankan kajian dalam pelbagai aspek Ekonomi, Kajian Pembangunan dan Ekonomi Islam. Merupakan felow di Fulbright and Commonwealth di Georgetown University dan Oxford Centre for Islamic Studies, Oxford. Beliau juga menyandang jawatan sebagai ahli jawatankuasa eksekutif bagi International Association of Islamic Economics (IAIE) sejak 2013 dan International Council of Islamic Finance Educators (ICIFE) dari 2014-2019.

AHLI JAWATANKUASA (ISRA & UNISSA)

PENGERUSI BERSAMAProf. Dr. Mohamad Akram Laldin

Dr. Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani

TIMBALAN PENGERUSI BERSAMAMohd Hasnol Mohd Yunus

Dr. Haji Aidil Yusrie bin Haji Shari

SETIAUSAHA BERSAMANoor Aznir Nizam bin Noordin

Mohammad Hariz bin Ali Kahar

Page 17: muzakarah.isra · mengucapkan ribuan terima kasih atas segala sokongan padu yang telah dihulurkan kepada ISRA dalam menjayakan penganjuran MUZAKARAH-13 kali ini. Pada kali ini, Akademi

15

JAWATANKUASA KEWANGANArleena IsmailNurul Amal Jazilah bin Haji JohariDk Nor Rozalina binti Pg Haji Gazali

JAWATANKUASA PENGAWAS PERJALANAN SIDANGMohammad Afiq Tajul AriffinMuhd Khairul Hidayatullah bin Haji BasirIFESS, UNISSA

JAWATANKUASA PENILAI KERTAS KERJA DAN RAPPORTEURDr. Noor Suhaida KasriSafiuddin Ahmad FuadDr. Hakimah binti YaacobDr. Muhd Zaki bin Haji Zaini @ JainehDr. Haji Mohd Aidil Yusrie bin Haji ShariProfesor Madya Dr. Hajah Rose binti AbdullahHajah Nurul Nabilah binti Haji Ali

JAWATANKUASA RESOLUSITuan Badrul Hisyam Tuan SohDr. Marjan MuhammadDr. Hakimah binti YaacobWakil dari Negara-Negara Nusantara

JAWATANKUASA BUKU PROGRAM DAN PROSIDINGAizuddin OthmanProfesor Madya Dr. Hajah Rose binti AbdullahDayang Julia binti RadinSiti Nur Zuhaidah binti Haji Abdullah

JAWATANKUASA PENDAFTARAN,PENYERTAAN & SIJILNur Shaira Mohd YusoffMuhammad Hasan Hilmi Hassan ShukriHajah Nurul Nabilah binti Haji AliIFESS, UNISSA

JAWATANKUASA JEMPUTAN &PENYAMBUT TETAMUMazrul Shahir Md ZakiHamirolizam bin Haji HamzahHaji Mohd Yusry bin Dato Seri Setia Haji TasimJuliana binti Haji MesriHjh Marzinah binti Hj Metusin

JURUACARA MAJLISMuhd Khairul Hidayatullah bin Haji Basir

JAWATANKUASA MEDIA & PUBLISITIAizuddin OthmanHaji Sammali bin Haji AdamHairozamney bin Mohd ZainMd Latif bin Zaini

JAWATANKUASA PERHUBUNGANANTARABANGSA & PROTOKOLDr. Muhammad Syahmi Mohd KarimHaji Ali Husaini bin Haji Mohd DiahHaji Mohamad Yunus bin Haji MetusinHairozamney bin Mohd ZainMd Latif bin Zaini

JAWATANKUASA JAMUANNorsadiah binti MatarsadSarina binti Haji SawalJuliana binti Mesri

JAWATANKUASA ICT, MULTIMEDIA, PA SYSTEM, AUDIO VISUAL & GRAFIKMohd Shuhir IdrisHaji Anifa Nazree bin Haji Abdul GhaniDr. Haji Mohammad Abul Fadle binHaji Maidin @ Haji MohiddinMuhd Norhadi bin Awg Ahmad

JAWATANKUASA LOGISTIK,KELENGKAPAN & DEKORASIWan Arif Wan AhmadNorul Aman bin Mohd AliAbdul Wafiuddin bin AliSepulyusemi bin Haji Metussin

JAWATANKUASA PENGINAPAN &PENGANGKUTANZakiah PawantehMohammed bin Awang AbdullahHamirolizam bin Haji HamzahAwang Faissal bin Haji YahyaAwang Hamdani bin Abdul KarimHaji Zainal bin Haji Metusin

JAWATANKUASA KESELAMATAN,LALULINTAS & PERUBATANAbdul Wafiuddin bin AliSepulyusemi bin Haji MetussinAwang Faissal bin Haji YahyaAwang Hamdani bin Abdul Karim

Page 18: muzakarah.isra · mengucapkan ribuan terima kasih atas segala sokongan padu yang telah dihulurkan kepada ISRA dalam menjayakan penganjuran MUZAKARAH-13 kali ini. Pada kali ini, Akademi

16

Page 19: muzakarah.isra · mengucapkan ribuan terima kasih atas segala sokongan padu yang telah dihulurkan kepada ISRA dalam menjayakan penganjuran MUZAKARAH-13 kali ini. Pada kali ini, Akademi
Page 20: muzakarah.isra · mengucapkan ribuan terima kasih atas segala sokongan padu yang telah dihulurkan kepada ISRA dalam menjayakan penganjuran MUZAKARAH-13 kali ini. Pada kali ini, Akademi

(21-20 Zulkaedah 1440H)

The Rizqun International HotelGadong, Brunei Darussalam

24-23 Julai 2019

muzakarah.isra.my#muzakarah13

B U K U P R O G R A M

PENAUNG

PENGANJUR BERSAMA

PENAJA PLATINUM

PENAJA RAKAN STRATEGIK

RAKAN INSTITUSI

RAKAN ILMU DALAM MENYOKONG