-membuat-corak-dan-rekaan.docx

15
OUM HBAE 2103 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN PENGENALAN Rekaan dan corak merupakan suatu asas utama dalam meghasilkan sesuatu karya seni. Pada dasarnya, tanpa rekaan dan corak, hasil seni baik yang tradisional mahupun yang mengikut zaman akan tidak terhasil. Dalam teorinya, corak ialah suatu susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Ini bermaksud corak boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Motif pula merupakan rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Motif terdiri daripada motif flora, fauna, geometrical dan organik. Corak Tradisi mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisional. Contoh yang biasa kita dengan adalah seperti corak bunga buluh,pucuk rebung,bunga kiambang dan sebagainya. Menurut Modul OUM HBAE 2103, Membuat Corak dan Rekaan, ada menyatakan bahawa definisi corak ialah susunan motif sama ada secara teratur atau secara bebas. Oleh itu, corak terdiri daripada corak terancang dan corak tidak terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau corak tidak terancang. Enam jenis susunan dalam corak dan rekaan dapat dinyatakan seperti di bawah: 1. Corak ulang sekata 2. Corak berpusat 3. Corak cerminan 1 AZMAN BIN SALLEH 750312025163

Upload: rosmahtom

Post on 21-Dec-2015

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: -Membuat-Corak-dan-Rekaan.docx

OUM HBAE 2103 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

PENGENALAN

Rekaan dan corak merupakan suatu asas utama dalam meghasilkan sesuatu karya seni.

Pada dasarnya, tanpa rekaan dan corak, hasil seni baik yang tradisional mahupun yang mengikut

zaman akan tidak terhasil. Dalam teorinya, corak ialah suatu susunan motif sama ada secara

teratur, terancang atau secara bebas. Ini bermaksud corak boleh dibahagikan kepada dua cabang

iaitu Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Motif pula merupakan rupa atau bentuk asas

dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Motif terdiri daripada motif flora, fauna, geometrical dan

organik. Corak Tradisi mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu

yang berunsur tradisional. Contoh yang biasa kita dengan adalah seperti corak bunga

buluh,pucuk rebung,bunga kiambang dan sebagainya.

Menurut Modul OUM HBAE 2103, Membuat Corak dan Rekaan, ada menyatakan

bahawa definisi corak ialah susunan motif sama ada secara teratur atau secara bebas. Oleh itu,

corak terdiri daripada corak terancang dan corak tidak terancang. Corak juga boleh terbentuk

daripada bukan motif secara bebas atau corak tidak terancang.

Enam jenis susunan dalam corak dan rekaan dapat dinyatakan seperti di bawah:

1. Corak ulang sekata

2. Corak berpusat

3. Corak cerminan

4. Corak bertindih

5. Corak selang – seli

6. Corak batu – bata

1AZMAN BIN SALLEH 750312025163

Page 2: -Membuat-Corak-dan-Rekaan.docx

OUM HBAE 2103 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Contoh corak:

1. Corak susunan ulang sekata

2AZMAN BIN SALLEH 750312025163

Page 3: -Membuat-Corak-dan-Rekaan.docx

OUM HBAE 2103 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

2. Corak susunan berpusat

3AZMAN BIN SALLEH 750312025163

Page 4: -Membuat-Corak-dan-Rekaan.docx

OUM HBAE 2103 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

3. Corak susunan cerminan / bertimbal

4AZMAN BIN SALLEH 750312025163

Page 5: -Membuat-Corak-dan-Rekaan.docx

OUM HBAE 2103 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

4. Corak susunan bertindih

5AZMAN BIN SALLEH 750312025163

Page 6: -Membuat-Corak-dan-Rekaan.docx

OUM HBAE 2103 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

5. Corak susunan selang seli

6AZMAN BIN SALLEH 750312025163

Page 7: -Membuat-Corak-dan-Rekaan.docx

OUM HBAE 2103 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

6. Corak susunan batu – bata

7AZMAN BIN SALLEH 750312025163

Page 8: -Membuat-Corak-dan-Rekaan.docx

OUM HBAE 2103 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

C)

Mempelajari mencorak dan membuat rekaan amat membantu dalam pembelajaran dan

perkembangan kanak – kanak terutama dari aspek kepekaan pengamatan, kognitif dan kreativiti.

Sekarang mari kita huraikan satu persatu tiga aspek ini.

Pertama, kita lihat dari sudut kepekaan pengamatan. Melalui kemahiran membuat corak

dan rekaan, kita membantu kanak – kanak meningkatkan pengamatan mereka apabila mereka

meneliti corak – corak yang dihasilkan melalui motif – motif yang diminta. Kanak – kanak akan

cuba mengkaji dan melihat hubungkait antara motif – motif dan rekaan serta corak yang dibuat.

Kepekaan pengamatan mereka dapat dilihat andainya corak tersebut menepati dengan motif yang

diminta. Contohnya, jika ditugaskan mereka untuk membuat rekaan dan corak bermotifkan flora,

kita dapat melihat bagaimana mereka akan melihat alam semula jadi ini sebagai sebuaha motif

dan hasil tersebut adalah berdasarkan kepada pengamatan mereka kepada flora. Contoh yang lain

pula ialah apabila sesuatu rekaan dan corak itu bermotifkan hidupan laut, maka, kepekaan kanak

– kanak kepada hidupan laut dapat ditonjolkan seperti corak tapak sulaiman yang berbentuk

bintang. Bentuk tersebut adalah berdasarkan pengamatan mereka seterusnya dilahirkan kepada

corak yang menarik. Dapat dinyatakan disini, melalui pembelajaran mebuat corak dan rekaan

amat membantu kanak – kanak meningkatkan daya pengamatan mereka untuk menghasilkan

corak yang lebih menarik dan kreatif.

Kita tahu, sejak daru dahulu lagi, corak – corak terhasil adalah daripada pengamatan

pereka –perekanya. Seni melayu misalnya mengambil corak – corak dari alam flora seperti

bunga, pucuk, daun, ranting dan sebagainya. Ini semua adalah berdasarkan pengamatan orang

dulu – dulu didalam membuat sesuatu corak dan rekaan. Maka tidak dapat disangkalkan lagi

bahawa mempelajari seni corak dan rekaan amat membantu kanak – kanak di dalam

meningkatkan kepekaan pengamatan mereka.

Brown (1980),OUM HBAE 1103(2006) mendapati bahawa pengalaman kanak – kanak

dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan mereka

dalam pengamatan dan memperkayakan pengetahuan tentang perbezaan – perbezaan setiap objek

atau imej tampak di sekeliling mereka. Jika kanak – kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik

yang sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis.

8AZMAN BIN SALLEH 750312025163

Page 9: -Membuat-Corak-dan-Rekaan.docx

OUM HBAE 2103 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Keduanya, kita lihat pula dari sudut kognitif. Kognitif merujuk kepada akal fikiran atau

kemampuan seseorang itu berfikir dengan menggunakan akal fikiran. Melalui aktiviti mencorak

dan membuat rekaan, ia banyak membantu kanak – kanak untuk meningkatkan kognitif mereka.

Melalui jenis – jenis susunan corak, ia membantu murid untuk membuat corak yang menarik

berdasarkan susunan terancang, tersusun dan mengikut luahan ekspresi mereka. Pemikiran

mereka dapat dikritiskan melalui hasilan serta pengamatan mereka di dalam melaksanakan

aktiviti mencorak dan membuat rekaan. Apabila mereka menjalankan aktiviti tersebut, kanak –

kanak akana membuat penerokaan serta mengkaji motif – motif yang ingin digunakan, setrusnya

mereka akan mencari satu bahagian yang sesuai untuk dijadikan corak dan seterusnya membuat

lakaran yang sesuai. Melalui pemikiran pula mereka membuat keputusan yang tepat untuk

memilih dan seterusnya mebuat sesuatu rekaan. Ini amat membantu mengembangkan kognitif

mereka serta mencetus idea –idea baru mereka.

Ianya selaras dengan Teori Kognitif Jean Piaget. Menurut Modul OUM HBEF 2103

Psikologi Pendidikan, Pieget ada menyatakan, kanak – kanak aktif membentiuk kefahaman

terhadap persekitaran melalui empat tahap perkembangan kognitif. Dua proses penting di dalam

membina kefahaman tentang dunia persekitaran ini ialah organisasi dan adaptasi. Contohnya,

kebolehan kanak – kanak memisahkan antara idea yang utama dengan idea yang kurang penting

dan kebolehan mereka untuk membandingkan satu idea dengan idea yang lain. Apabila kanak –

kanak mendapat maklumat baru, terjadi ketidakseimbangan di dalam pemikirannya, maka untuk

mendapat semula keseimbangan, kanak – kanak perlu membuat organisasi atau adaptasi pada

skemata.

Maka, melalui pemikiran dan penerokaan serta aktiviti membuat corak dan rekaan dapat

membantu meningkatkan lagi daya pemikiran kognitif kanak – kanak terutama di dalam

merekacipta serta menghasilkan sesuatu ciptaan yang asli dan hebat. Selain itu ia juga membantu

kemahiran berfikir kanak – kanak samada berfikir secara kreatif mahupun kritis.

Ketiganya, mencorak dan membuat rekaan juga dapat membantu pembelajaran dan

perkembangan kanak- kanak. Frank Cizek di dalam Modul OUM HBAE 1103 Pengenalan

Pendidikan Seni Visual, ada menytakan bahawa kanak – kanak perlu dibebaskan dari

kongkongan peraturan lukisan orang dewasa supaya tidak hilang kreativiti dan sifat keperibadian

diri. Cizek mencadangkan agar kreativti kanak – kanak seharusnya dibiarkan mengembang

9AZMAN BIN SALLEH 750312025163

Page 10: -Membuat-Corak-dan-Rekaan.docx

OUM HBAE 2103 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

mengikut kemahuan mereka sendiri. Apabila kanak – kanak menggunakan imaginasi dan

ekspresi diri, maka wujudlah suasana gembira dan suka riang. Kenyataan ini juga telah

membawa ke perkembangan cabang terapeutik seni iaitu cabang kraf untuk kanak – kanak

bermasalah dan seni menyokong pembelajaran mereka.

Dengan kebebasan yang diberikan, mencorak mampu meningkatkan imaginasi dan

kreativiti kanak – kanak. Corak – corak yang baru dihasilkan perlu diberi pujian serta kritikan

seni yang membina agar mereka berasa dihargai dan hasil mereka diberi perhatian. Selain itu,

melalui corak tidak terancang, kita dapat melihat kanak – kanak bebas mengahsilkan corak

tersendiri seperti corak batik yang mana meeka dapat bermain dengan warna secara bebas. Ini

bertepatan dengan teori Cizek yang mana kanak – kanak dapat mengembangkan kreativiti merka

jika mereka diberi kebebasan melaksanakan hasilan mereka.

Kesimpulannya, aktiviti seni merupakan satu pengalaman kepada kanak – kanak. Fungsi

Pendidikan Seni adalah untuk memimpin kanak – kanak ke arah suatu fahaman tentang seni

sebagai cara penusunan pengalaman. Pendidikan adalah satu proses untuk mengembangkan

kecerdasan manusia. Sekolah seharusnya memberi kanak – kanak kebebasan untuk

perkembangan fizikal, emosi dan intelektual melalui seni. Melalui aktiviti mencorak dan rekaan,

guru memberi peluang kepada pelajar untuk membina corak mereka serta mencipta rekaan

mereka sendiri berdasarkan pengamatan, pemikiran serta kreativiti mereka sendiri. Inilah

peluang bagi mereka untuk memperlihatkan kemapuan dan kebolehan mereka serta meluahkan

ekspresi diri mereka melalui corak dan rekaan mereka. Guru seharusnya memainkan peranan

penting menghargaai dan memberi dorongan kepada pelajarnya selaras dengan memberi ilmu

serta dapat meningkatkan perkembangan mental dan fizikal mereka.

10AZMAN BIN SALLEH 750312025163

Page 11: -Membuat-Corak-dan-Rekaan.docx

OUM HBAE 2103 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

RUMUSAN

Dapat saya rumuskan di sini secara keseluruhan tugasan kali ini amat mencabar. Namun

berkat tunjuk ajar tutor serta bantuan rakan – rakan, dapat juga saya siapkan. Tugasan seni kali

ini memerlukan saya mencipta corak terancang dan corak tidak terancang. Sesungguhnya,

melalui tugasan kali ini juga telah membantu saya menyelami dan menikmati suatau pengalaman

yang baru iaitu membuat pualaman. Sebelum ini tidak pernah terfikir untuk saya melakukan

aktiviti ini namun tugasan kali ini telah membawa saya ke dalam dunia pualam yang penuh

dengan warna warni. Terus terang saya katakan di sini bahawa aktiviti seperti ini amat

menyeronokkan. Alangkah bagus jika kita dapat sentiasa lakukan dan terapkan aktiviti seperti

begini di sekolah.

Melalui tugasan kali ini juga membuka mata saya tentang aktiviti membuat corak yang

mana ianya terdapat disekeliling kita tanpa kita sedari. Corak – corak yang tersendiri serta

mempunyai motif – motifnya memberitahu kepada kita luahan perekanya. Selain itu, kemahiran

mereka cipta juga dapat diterapkan di dalam aktiviti rekaan dan melaluinya saya mampu

mencorak dan mereka cipta rekaan saya sendiri.

Akhir kata, walaupun tugasan kali ini amat mencabar, namun berkat kegigihan dan

bantuan tutor, dapatlah juga saya laksanakan. Bak kata pepatah, ‘Kalau tidak dipecahkan

ruyung, manakan dapat sagunya’.

11AZMAN BIN SALLEH 750312025163

Page 12: -Membuat-Corak-dan-Rekaan.docx

OUM HBAE 2103 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

BIBLIOGRAFI

Open University Malaysia (2006) HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni

Visual. Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

Open University Malaysia (2007) HBAE1403 Menggambar. Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor

Darul Ehsan.

Open University Malaysia (2007) HBAE 2103 Membuat Corak dan Rekaan,

Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

Open University Malaysia (2009) HBEF 2103 Psikologi Pendidikan. Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Selangor Darul Ehsan.

Teeart (2009), Corak Terancang, (atas talian), http://www.images.teearts.multiply.com

(08.03.2009).

12AZMAN BIN SALLEH 750312025163