ﭮ ﭭ ﭬ ﭫ ﭪ ﭩ ﭨ ﭧ ﭦ ﭥ ﭤ ﭯ - islam.gov.my · kanak-kanak, masjid, rumah...

9
1 HARAPAN PALESTIN(24 Ogos 2018 / 12 Zulhijjah 1439) ۥ﴿ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮSIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN, Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan menyeru kepada sidang jemaah yang dikasihi sekalian, marilah kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita sentiasa berada di dalam rahmat serta mendapat perlindungan Allah demi mencari keredhaan-Nya di dunia mahu pun di akhirat. Mimbar pada hari ini akan membicarakan berkenaan: HARAPAN PALESTIN. SIDANG JUMAAT YANG DI RAHMATI ALLAH, Pada hari yang mulia ini, mimbar ingin menarik perhatian kita semua mengenai penderitaan rakyat Palestin. Pada masa ini, wilayah Palestin semakin sempit hanya tinggal „sekangkang kera‟ iaitu Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Umat Islam Palestin semakin terhimpit dan terhapus di bumi Palestin. Hari ini beribu-ribu orang Palestin terkorban dan tercedera

Upload: lyque

Post on 06-Mar-2019

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

“HARAPAN PALESTIN” (24 Ogos 2018 / 12 Zulhijjah 1439)

ۥ

ٿ ٿ ٹ ٹ ٹ ٹ ڤ ڤ ڤ ڤ ڦ ﴿

﴾ڦ

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,

Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan menyeru kepada sidang

jemaah yang dikasihi sekalian, marilah kita meningkatkan ketakwaan

kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dengan melaksanakan

segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan

kita sentiasa berada di dalam rahmat serta mendapat perlindungan Allah

demi mencari keredhaan-Nya di dunia mahu pun di akhirat. Mimbar

pada hari ini akan membicarakan berkenaan: “HARAPAN PALESTIN”.

SIDANG JUMAAT YANG DI RAHMATI ALLAH,

Pada hari yang mulia ini, mimbar ingin menarik perhatian kita semua

mengenai penderitaan rakyat Palestin. Pada masa ini, wilayah Palestin

semakin sempit hanya tinggal „sekangkang kera‟ iaitu Semenanjung Gaza

dan Tebing Barat. Umat Islam Palestin semakin terhimpit dan terhapus di

bumi Palestin. Hari ini beribu-ribu orang Palestin terkorban dan tercedera

2

dengan bedilan peluru-peluru roket dan kereta kebal Israel. Israel adalah

bangsa penjenayah kejam yang tidak membezakan orang tua, wanita,

kanak-kanak, masjid, rumah ibadat, tempat awam dan sebagainya. Israel

juga terkenal sebagai bangsa penjenayah yang kuat memusuhi Islam dan

Arab. Golongan ini bukan sekadar ingin menguasai Palestin, malah Jordan,

Syira, Lebanon, dan Iraq. Sifat keji Bani Israel ini dinyatakan oleh Allah

dalam surah al-Maidah ayat 78:

ٹ ڤ ڤ ڤ ڤ ڦ ڦ ڦ ڦ ڄ ڄ ڄ ڄ ڃ ﴿

﴾ڃ ڃ ڃ چ

Maksudnya: “Orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan menceroboh.”

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Agensi Bantuan dan Kebajikan Bangsa-Bangsa Bersatu atau

United Nation Relief dan Works Agency for Palestin Refugees

(UNRWA) ditubuhkan pada tahun 1949 untuk membantu pelarian Palestin

dan masyarakat di Gaza dan Tebing Barat. Tanggungjawab utamanya

ialah menguruskan sistem persekolahan, khidmat kesihatan dan program

bantuan makanan. Dianggarkan 5.3 juta orang bergantung pada program-

program dari UNRWA yang dibiayai oleh masyarakat antarabangsa.

Namun pada awal tahun ini, sumbangan Amerika Syarikat kepada

UNRWA telah dipotong daripada USD364 juta pada tahun 2017 kepada

hanya USD60 juta pada tahun ini. Ini merupakan pengurangan hampir 25

peratus belanjawan tahunan UNRWA. Pihak UNRWA yang mengendalikan

711 buah sekolah memberi peluang pendidikan kepada 525,000 murid dan

150 buah klinik kesihatan asas yang memberi khidmat perubatan kepada 8

3

juta pesakit. Pemotongan sumbangan ini menjejaskan keupayaan UNRWA

mengendalikan sekolah-sekolah dan klinik-klinik di bawah sistemnya dan

juga program bantuan makanan di kem-kem pelarian di Syria, Jordan dan

Lebanon. UNRWA juga memberi peluang pekerjaan kepada 30,000 orang

pelarian Palestin untuk melaksanakan program-programnya. Ini memberi

pendapatan untuk kegiatan ekonomi di Gaza, Tebing Barat dan kem-kem

pelarian.

Amat menyedihkan apabila UNWRA mendedahkan terdapat lebih

500,000 kanak-kanak Palestin termasuk pelarian yang mendapat

perlindungan di negara berhampiran, tidak mendapat pendidikan sempurna

ekoran konflik dan peperangan di negara berkenaan. Bahkan Jumlah

kanak-kanak Palestin tidak mendapat pendidikan akan bertambah saban

tahun jika masalah ini tidak diambil peduli masyarakat dunia. Selain itu,

UNWRA juga berdepan masalah mendapatkan peruntukan bagi membina

sekolah di wilayah bergolak berkenaan, selain menyediakan kemudahan

pendidikan asas kepada kanak-kanak Palestin kerana berdepan sekatan

pihak Israel.

SIDANG JUMAAT YANG DI RAHMATI ALLAH,

Jika direnungkan, keadaan tersebut amat berbeza dengan peluang

Pendidikan yang ada di negara kita. Jelas sekali kita sangat bertuah dan

patut bersyukur kerana Malaysia sentiasa berusaha menjadikan sistem

pendidikan berkualiti bermula peringkat pra sekolah lagi. Di negara ini,

setiap pelajar berpeluang belajar mengikut potensi dirinya mengikut

peluang yang ada iaitu sekolah aliran agama, tahfiz, sekolah berasrama

penuh, kolej vokasional, Maktab Rendah Sains MARA dan lain-lain.

4

Bahkan, aspek pendidikan sentiasa ditingkatkan bagi menarik minat

pelajar seluruh dunia menuntut ilmu di negara ini kerana institusi pengajian

yang ada telah berjaya meningkatkan prestasi masing-masing hingga

mampu menyaingi beberapa universiti ternama di peringkat dunia. Kita

dapat saksikan sendiri kewujudan universiti awam dan kolej-kolej swasta

hampir di seluruh negeri yang menawarkan pelbagai kursus pengajian.

Pada tahun lalu, terdapat lebih 170,068 pelajar antarabangsa melanjutkan

pengajian di pelbagai institusi pendidikan negara. Daripada jumlah itu,

136,293 pelajar antarabangsa melanjutkan pengajian di institusi pengajian

tinggi, manakala 33,031 pelajar di sekolah dan pusat bahasa serta 744

pelajar di institusi teknikal dan vokasional. Jumlah penuntut asing yang

menuntut di negara ini dijangka meningkat sehingga 200,000 orang

menjelang tahun 2020.

Keamanan dan keharmonian yang dikecapi telah memberikan satu

jaminan kepada peluang pendidikan yang sangat efektif. Sesungguhnya

inisiatif kerajaan dalam memastikan pendidikan berkualiti telah

menyaksikan peningkatan kadar literasi rakyat negara ini. Laporan

UNESCO Institute for Statistic pada tahun 2017 menunjukkan bahawa

kadar literasi dalam kalangan rakyat berumur 15 tahun ke atas di Malaysia

secara umumnya sudah menjangkau 94.64%.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Islam sebagai agama rahmah amat mementingkan ikatan

persaudaraan. Walaupun tiada pertalian darah, hubungan persaudaraan itu

amat kuat apabila diikat dengan ikatan agama (Islam). Islam melarang

keras sebarang bentuk kezaliman dan membiarkan muslim yang lain

5

dizalimi. Sabda Rasulullah seperti diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan

Muslim:

Mafhumnya: Daripada „Abdullah bin „Umar RA berkata bahawa Rasulullah

bersabda: “Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat (membantu) saudaranya, maka Allah

akan melaksanakan (membantu) hajatnya. Sesiapa yang

melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutup aib

seseorang Muslim, maka Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat.”

Justeru, Mimbar menyeru kepada semua umat Islam di negara ini,

marilah kita bersama-sama bertindak untuk turut berperanan dalam isu

Palestin. Sehubungan dengan itu, Kerajaan telah memulakan satu usaha

mengutip dana yang dikendalikan oleh Yayasan Kebajikan Negara (YKN)

sebagai sebuah badan yang diamanahkan untuk menguruskan Tabung

Rakyat Palestin ini. Rakyat Malaysia diseru menyumbang kepada YKN-

Tabung Rakyat Palestin melalui no. akaun: 160140010011300 untuk

mengurangkan penderitaan rakyat Palestin. Sumbangan derma yang

disalurkan ke YKN-Tabung Rakyat Palestin diberi pengecualian cukai

di bawah subseksyen 44(7A)(b) Akta Cukai Pendapatan 1967.

SIDANG JUMAAT YANG DI RAHMATI ALLAH,

6

Mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar ingin mengajak sidang

Jumaat sekelian untuk menghayati intipati khutbah sebagai pedoman

bersama-sama, antaranya:

Pertama: Umat Islam dituntut menyalurkan bantuan kewangan kepada

rakyat Palestin yang sedang menderita;

Kedua: Menginsafi akan bahaya perpecahan dan perlunya tindakan

segera dalam menyatupadukan ummah seluruh dunia; dan

Ketiga: Memastikan bahawa penjenayah perang Gaza dibawa kemuka

pengadilan dan terus memburu mereka walau di mana jua.

Mimbar juga menyeru masjid-masjid seluruh negara agar

mengadakan solat sunat hajat dan bacaan qunut nazilah, memohon doa

kehadrat Allah agar dikurniakan kekuatan semangat dan kecekalan

hati serta kemenangan dalam menghadapi kezaliman Israel.

ٱ ٻ ٻ ٻ ڃ ڃ ڃ چ چ

ٱ ٻ ٻ ٻ ٻ پ پ پ پ ڀ ڀ ڀ ڀ ٺ ٺ ﴿

﴾ٺ ٺ ٿ ٿ ٿ ٿ ٹMaksudnya: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

(Surah al-Isra‟, ayat 1)

7

KHUTBAH KEDUA

8

Ya Allah, kami memohon agar dengan rahmat dan perlindungan Mu, negara kami

ini dan seluruh rakyatnya dikekalkan dalam keamanan dan kesejahteraan.

Tanamkanlah rasa kasih sayang dan kekalkanlah perpaduan di kalangan kami.

Semoga dengannya kami sentiasa hidup aman damai, sejahtera dan selamat

sepanjang zaman.

9