zaman renaissance

Upload: teokimmoi

Post on 10-Mar-2016

19 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Eropah

TRANSCRIPT

ISL TAJUK 44.0ZAMAN RENAISSANCE

4.1RENAISSANCE4.1.1 KONSEP

1. Zaman Renaissance merupakan satu sempadan antara zaman kegelapan dan pencerahan di Eropah.2. Renaissance berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud pemulihan atau menghidupkan semula aspek kebudayaan dengan memberi penekanan terhadap pemulihan budaya meliputi aspek ilmu pengetahuan seperti sains, sastera dan seni klasik yang pernah menjulang Eropah sebagai pusat peradaban dunia pada ketika itu.3. Zaman Renaissance berlangsung selama dua abad dari pertengahan abad ke 14 sehingga pertengahan abad ke 16.4. Ianya bermula di Itali kemudian telah merebak ke seluruh Eropah melalui perkembangan intelektual dan pemikiran manusia.5. Ia juga dikenali sebagai zaman kebangkitan atau kelahiran semula dan pemulihan budaya masyarakat Eropah.6. Asas Zaman Renaissance ialah penonjolan erhadap keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan permasalahnnya.7. Aliran pemikiran ini dikenali sebagai humanisme.8. Bapa humanism ialah Francesco Petrach.

4.1.2 FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN ZAMAN RENAISSANCE

1. KEMUNCULAN BANDAR-BANDAR DI ITALI Zaman Renainssance bermula di Itali dan di Itali telah muncul bandar-bandar terkenal seperti Venice, Genoa, Florence, rom dan Milan yang menjadi pusat perdagangan antarabangsa. Dari segi geografi, kedudukan Itali strategik kerana dikelilingi oleh Laut Maditerranean. Kedudukan ini menjadikan Itali sebagai persimpangan utama dan pusat perdagangan antarabangsa. Bandar pelabuahn yang terkenal ialah Venice dan Genoa. Kesannya, berlaku pertembungan budaya, bahasa dan agama yang terus menjadikan Itali sebagai pusat perkembangan idea baru.

2. KEMUNCULAN PARA PEDAGANG Aktiviti perdagangan di Itali telah membawa kepada kemunculan para pedagang kaya. Mereka menggunakan kekayaan mereka untuk mengindahkan bandar dan menjadikannyatumpuan para seniman dan cendiakawan. Golongan pedagang kaya ini kemudiannya menjadi patron atau penaung kepada para pelukis, ahli muzik, saintis dan penulis. Antara patron yang terkenal termasuklah keluarga Medici di Florence. Golongan patron ini berusaha menarik seniman dan cendiakawan yang terbaik dalam pelbagai bidang ke bandar masing-masing. Lantas berlakulah persaingan antara bandar-bandar di Itali untuk mendapatkan tokoh cendiakawan Renaissance.

3. PERSELISIHAN FAHAM PIHAK GEREJA Paus di Rom juga menjadi penaung kepada para seniman dan cendiakawan. Golongan penguasa Gereja di Rom telah mula mencemburui pencapaian bandar seperti Florence serta kuasa yang dipegang oleh keluarga Medici. Oleh itu, mereka juga berhasrat untuk menjadikan Rom cantic dan menarik seperti Florence. Pihak berkuasa gereja menghadapi masalah dalam hal in. Mereka tidak bersedia menaungi ahli sains dan ahli matematik keran akhuatir kumpulan saintis tersebut akan mencabar pemikiran yang dibawa oleh Gereja Katolik. Para saintis menekankan kaedah pemerhatian atau empirikal serta penggunaan akal dan logic dalam menerangkan sesuatu fenemena alam. Pihak gereja terus menekankan penjelasan tradisional. Berlakunya konflik seperti dalam kes Galileo Galilei.

4. PENEKANAN KEPADA KEUPAYAAN INDIVIDU Zaman Gelap penekanan diberikan kepada pengkhususan terhadap kemahiran dan ilmu tertentu. Zaman Renaissance pula pembinaan kemahiran dalam semua aspek intelektual serta fizikal adalah digalakkan di kalangan individu. Misalnya, Leonardo da Vinci dan Michelangelo selain dikenali sebagai seorang pelukis dan pengukir agung, juga disanjung kerana kemahiran mereka dalam bidang ilmu pengetahuan yang lain.

4.2KEPENTINGAN INKUIRI (KBKK)a) Tingkatkan semangat ingin tahu dalam kalangan masyarakat.b) Berani untuk meneroka perkara baru yang boleh tingkatkan kesedaran.c) Dapat mencapai bidang yang baru.d) Kesediaan meneroka kawasan baru untuk perkara yang bermanfaat seperti membawa keuntungan kepada negara.e) Buat pembaharuan dalam agama kerana adanya ilmu.

corak pemikiran lain, seperti kapitalisme, absolutisme dan nasionalisme.