zainal abidin rahman

14
1 Zainal Abidin Rahman Kepimpinan dalam Islam Sesi 3

Upload: adonai

Post on 28-Jan-2016

56 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kepimpinan dalam Islam Sesi 3. Zainal Abidin Rahman. Peringatan kepada Peserta Modul Ini. Siri ceramah dalam modul ini bukanlah berbentuk “lecture” atau monolog. Ia adalah berbentuk diskusi, conversation, dialog. Penyertaan dan sumbangan dalam perbincangan dalam kelas akan di ambil kira. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: Zainal Abidin Rahman

1

Zainal Abidin Rahman

Kepimpinan dalam Islam

Sesi 3

Page 2: Zainal Abidin Rahman

2

Peringatan kepada Peserta Modul Ini

Siri ceramah dalam modul ini bukanlah berbentuk “lecture” atau

monolog. Ia adalah berbentuk diskusi, conversation, dialog.

Penyertaan dan sumbangan dalam perbincangan dalam kelas akan

di ambil kira.

Page 3: Zainal Abidin Rahman

3

 

Peranan adab dan akibat kehilangan adab dikalangan para

pemimpin

Kebingungan dan kekeliruan terus menerus pada pelbagai tingkat

kepimpinan disebut dengan keadaan kehilangan adab (the loss of adab). Prof

Naquip alattas menjelasnya sebagai berikut.

1.Kekeliruan dan kesilapan percepsi tentang ilmu pengetahuan yang

seterusnya menciptakan:

2.Kehilangan adab dalam masyarakat. Akibat yang timbul dari perkara

pertama dan kedua adalah:

3.Munculnya para pemimpin yang bukan saja tidak layak memimpin umat,

malah juga tidak memiliki akhlak yang luhur dan keupayaan intelektual dan

spiritual mencukupi, yang sangat diperlukan dalam kepimpinan Islam. Mereka

akan mempertahankan kedudukan yang disebabkan dalam perkara pertama

diatas dan akan terus mengawal permaslahan social kemasyarakatan melalui

tangan para pemimpin lain yang berwatak sama dengan mereka dan

mendominasikan pelbagai sekto kehidupan.

(dari Prof Wan halaman 65).

Page 4: Zainal Abidin Rahman

4

 

Ciri-ciri dan kompetensi pemimpin yang berkesan

• Pemikir bidang organisasi barat banyak memberi pendapat tentang teori-

teori kepimpinan yang dapat membina organisasi gergasi saperti Exxon Mobil,

Microsoft, Nokia dan lain-lain.

• Peradaban Islam mengandungi semua ciri-ciri yang di war warkan oleh

pemikir barat ini.

• Berikut adalah dari teori kepimpinan Warren Bennis, pemikir agong barat.

Page 5: Zainal Abidin Rahman

5

 Ciri-ciri Sifat dasar Nabi Mohammad SAWPunyai wawasan

(Visioner)

Mempunyai idea yang jelas tentang apa yang di inginkan oleh kumpulan. Juga mempunyai ketahanan untuk mengatasi kemunduran atau kegagalan

Baginda sering memberikan berita gembira mengenai kemenangan dan keberhasilan yang akan di raih oleh pengikutnya di kemudian hari. Visi yang jelas mampu membuat para sahabat untuk tetap sabar dan tabah meskipun perjuangan dan rintangan amat hebat.

Berkemauan kuat

(Passion)

Mencintai apa yang kita kerjakan. Mempunyai kesungguhan yang luar biasa dalam menjalani hidup, disertai dengan kesungguhan dalam bekerja, menjalani profesi dan bertindak.

Berbagai cara yang di lakukan oleh pihak musuh Islam untuk menghentikan perjuangan baginda tidak pernah berhasil. Baginda tetap sabar, tabah dan berikhtiar untuk mengalahkan mereka.

Integriti Di perolehi dari pengetahuan dan kedewasaan. Tahu kekuatan dan kelemahan sendiri. Teguh memegang prinsip, dan belajar dari pengalaman bagaiman belajar dan bekerja dengan orang lain.

Baginda dikenali sebagai seorang yang memiliki integriti yang tinggi. Komited terhadap apa yang di katakan dan di putuskan beliau dan mampu membangun kumpulan yang tangguh saperti terbukti dalam banyak peperangan.

Amanah (Trust)

Mendapat kepercayaan dari orang lain.

Baginda terkenal sebagai seorang yang sangat di percayai (al-amin). Ini di akui oleh mussuh-musuh saperti Abu Sufyan ketika ditanya oleh maharaja Hiraklius (Kaisar Rom) tentang perilaku beliau.

Rasa ingin tahu (curiosity)

Inign tahu segala hal dan ingni belajar sebanyak mungkin

Wahyu pertama yang diturunkan adalah perintah untuk membaca (belajar – iqra’)

Berani (courage)

Berani mengambil risiko, mengeksperimen dan mencuba perkara-perkara baru.

Kesanggupan memikul tugas kerasulan dengan segala cubaan dan dugaan memerlukan pengambil risiko yang besar sambil menunjukkan keberanian.

Page 6: Zainal Abidin Rahman

6

 

Konsep kepimpinan dalam Islam

Didalam alquran, Allah telah mensifatkan manusia sebagai khalifahNya.

Bermakna manusia telah dianugerah dengan sifat, prinsip, skil, pengetahuan

dan pelbagai kemudahan untuk menjadi pemimpin pada makhluk lain dan

menaikkan taraf kehidupan didunia ini.

Surah Al-An’am 6: 165

Apakah sifat, skil, pengetahuan dan kemudahan lain yang dikurniakan oleh

Allah yang harus kita gunakan untuk menjadi Khalifah Allah dibumi yang

berkesan dan berjaya?

Page 7: Zainal Abidin Rahman

7

 

Teori Kouzes and Posner

1. Membangkitkan rangsangan pada pengikut pada wawasan yang dikongsi

ramai

2. Membolehkan pengikut bertindak untuk mencapai sasaran

3. Menjadi contoh misali kepada pengikut

4. Memberi semangat kental pada pengikut

5. Senantiasa mempertingkatkan keupayaan kepimpinan dan cara mencapai

sasaran.

Teori Jim Collins – Daripada Baik kepada Handal (Good to Great - Jim

Collins)

Pemimpin Tahap 1 – individu yang cekap – inividu yang dapat memberi

sumbangan kepada organisasi kerana ia mempunyai bakat, berpengetahuan,

skil dan kebiasaan kerja yang cemerlang.

Pemimpin Tahap 2 – ahli kumpulan yang dapat menyumbang kepada

kumpulan kerana dapat mengembleng kebolehannya dan berkerjasama

dengan ahli-ahli kumpulan lain.

Pemimpin Tahap 3 – Pengurus yang cekap – dapat mengembleng sumber

manusia dan sumber lain untuk mencapai sasaran yang ditetapkan dengan

cepat dan berkesan.

Pemimpin Tahap 4 – pemimpin yang berkesan – pemimpin yang menjadi

pemangkin (catalyst) untuk mengejar wawasan yang jelas justru merangsang

pencapaiaan yang lebih tinggi.

Pemimpin Tahap 5 – pengurus yang membina kehandalan bekekalan

menerusi campuran keperibadian rendah diri tetapi sikap professionalisma

yang amat kental.

Page 8: Zainal Abidin Rahman

8

 

Tetapi:

• Mengapakah umat Muslim tidak dapat mengeluarkan pemimpin –pemimpin

bisnes yang dapat membina organisasi gergasi saperti organisasi tersebut

diatas atau pemimpin negara yang berkesan?

• Adakah orang-orang Muslim sekarang ini hanya mengagong agongkan

doktrin Islam secara teori tapi tidak mempunyai disiplin untuk

melaksanakannya?

• Belajar berlandaskan buku (book-based learning) bukan action-oriented?

Pandangan anda?

Page 9: Zainal Abidin Rahman

9

 

“Sesungguhnya Allah kasih pada orang –orang yang berperang di jalannya

dengan tersusun se-olah mereka satu bangunan.”

(Al-Saff 61: 4)

Pengurus besar

Pengurus Sumber manusia

Pengurus, Akaun dan kewangan

Pengurus pengeluaran

Struktur dan fungsi kumpulan kerja

Bagaimana susunan tentera armada Portugis dapat mengalahkan pahlawan-

pahlawan melayu Melaka zaman Sultan Mahmud Shah (1511).

Rencana tugasan dan keperluan berdisiplin

Pengajaran daripada peperangan badr dan uhud

Page 10: Zainal Abidin Rahman

10

 

Continuous improvement

“Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki

amalannya”

(Al-A’raf: 56)

“Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang mempermudahkan jual

beli.”

Hadith (Ibnu Majah)

Buddy system

Gabungan muhajirin dan anshar

“Dua orang yang melakukan jual beli apabila keduanya jujur dan menjelaskan

apa adanya maka keduanya mendapatkan keberkahan dalam jual belinya. Jika

keduanya berdusta dan merahsiakan cacat dagangannya maka keberkahan jual

beli kdeuanya hilang.”

Hadith (Bukhari dan Muslim)

“Tangan Allah berada di atas kedua orang yang bersyarikat selama keduanya

tidakk saling mengkhanati. Apabila keduanya saling mengkhianati maka Allah

mengangkat tangan-nya dari keduanya.” Hadith (Abu Dawud dan Hakim)

“Pergaulilah manusia dengan pergaulan yang apabila kamu meninggal dunia,

mereka mengangisimu dan jika kamu hidup mereka menyayagimu”

Saidina Ali bin Abu Talib

“Barang siapa yang lambat berusaha (tidak maju) keturunannya (kaum

kerabatnya) tidak dapat mencepatkan proses kemajuannya”

Saidina Ali bin Abu Talib

Orang yang paling lemah ialah orang yang tidak berhasil mendapatkan teman.

Orang yang paling lemah lagi ialah orang yang kehilangan teman-teman.”

Saidina Ali bin Abu Talib

Page 11: Zainal Abidin Rahman

11

 Penerapan nilai Islam yang perlu di tekankan

Menanamkan semangat cinta nilai-nilai suci dalam Islam.

Menghormati kebaikan dan membenci keburukan.

Membentuk sikap yang berguna kepada organisasi.

Menghapuskan sikap yang negative dalam menjalalnkan tugas-tugas serta

bertanggung jawab.

Menghaislkan perkhidmatan yang bermutu.

Melatih diri dengan berdisiplin.

Menjalankan amanah dengan dedikasi.

Page 12: Zainal Abidin Rahman

12

 

Peranan pemimpin dalam memperkasakan kumpulan kerja

Mengenal potensi wargakerja

Pengajaran daripada cerita Abu Dharr al-Ghifari meminta kedudukan dan

tugasan dari Rasullah (SAW).

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis

amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) , dan apabila kamu

menjalankan hukum diantara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum

dengan adil. Sesungguhnya Allah (dengan suruhanNya) itu memberi

pengajaran yang sebaik baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah

senantiasa Mendengar algi senantias Melihat.

(Al-Nisa’ 4:58)

Berkeyakinan diri

“Yusuf berkata: Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir);

sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi tahu cara

mentadbirkannya.”

(Yusuf 12:55)

Page 13: Zainal Abidin Rahman

13

 Assignment

Teori –teori barat mengenai kepimpinan se-arus dengan unsur kepimpinan

dalam Islam dan ramai pemimpin Islam masa lampau telah membuktikan

prinsip kepimpinan Islam memnag berkesan. Namun pada ini dilihat

ketandusan kepimpinan Islam. Dalam pandangan anda apakah sebabnya dan

huraiannya untuk mengembalikan kepimpinan Islam kepentas dunia.

Rujukan

Muhammad SAW, The Super Leader Super Manager, Muhammad Syafii Antonio

On becoming a leader, Warren Bennis

Pengurusan Islam dan Pembangunan Manusia, Shaharom TM Sulaiman

Falsafah dan amalan pendidikan Islam syed naquib al-attas satu huraian

konspe asli Islamisasi Prof Wan Mohd Nor Wan Daud.

Page 14: Zainal Abidin Rahman

14

Tindakan Peribadi Susulan