yasin sebagai qalbul-quran?

4
Yasin Sebagai Qalbul-Quran? Oleh: Dr.Mohd Asri Zainul Abidin Dipetik daripada www.darulkautsar.net Telah menjadi menjadi sesuatu yang masyhur di kalangan orang awam, mereka selalu membaca hadis: Inna likulli syai-in qalban wa -qalbul quraan yaasiin."Maksudnya,"Bagi setiap sesuatu itu ada hatinya, hati bagi al-Quran ini ialah Yasin."Hadis ini sebenarnya diriwayatkan oleh al-Imam at - Tirmizi, dengan beliau mengingatkan bahawa di dalam sanad ataupun rangkaian para periwayat hadis ini ada seorang yang bernama Harun bin Abi Muhammad, syaikhul majhul-seorang yang tidak dikenali. Para penganalisa hadis yang terdiri di kalangan para ulamak hadis menyemak sanad dan riwayat hadis ini dan menyimpulkan bahawasanya hadis ini adalah hadis yang palsu. Ini seperti yang disebut oleh Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani (rahimahullahu Ta'ala) di dalam kitabnya Silsilatul Ahadithi al-Maudhu' ah wad-Dha'ifah. Di dalamnya dinyatakan bahawasanya hadis ini adalah palsu. Kita hendaklah ingat bahawasanya hadis palsu adalah haram diriwayatkan oleh seseorang melainkan hendaklah diterangkan tentang kepalsuannya.Ini seperti yang disebut oleh Imam Ibnus Solah di dalam kitabnya yang masyhur berhubung dengan ilmu hadis, yang dikenali sebagai 'Muqaddimah Ibnus Solah'.

Upload: darulkautsar

Post on 21-Jan-2016

106 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Telah menjadi menjadi sesuatu yang masyhur di kalangan orang awam, mereka selalu membaca hadis: Inna likulli syai-in qalban wa -qalbul quraan yaasiin."Maksudnya,"Bagi setiap sesuatu itu ada hatinya, hati bagi al-Quran ini ialah Yasin."Hadis ini sebenarnya diriwayatkan oleh al-Imam at -Tirmizi, dengan beliau mengingatkan bahawa di dalam sanad ataupun rangkaian para periwayat hadis ini ada seorang yang bernama Harun bin Abi Muhammad, syaikhul majhul-seorang yang tidak dikenali.Para penganalisa hadis yang terdiri di kalangan para ulamak hadis menyemak sanad dan riwayat hadis ini dan menyimpulkan bahawasanya hadis ini adalah hadis yang palsu. Ini seperti yang disebut oleh Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani (rahimahullahu Ta'ala) di dalam kitabnya Silsilatul Ahadithi al-Maudhu' ah wad-Dha'ifah. Di dalamnya dinyatakan bahawasanya hadis ini adalah palsu.

TRANSCRIPT

Page 1: Yasin Sebagai Qalbul-Quran?

Yasin Sebagai Qalbul-Quran?

Oleh: Dr.Mohd Asri Zainul Abidin

Dipetik daripada www.darulkautsar.net

 

Telah menjadi menjadi sesuatu yang masyhur di kalangan orang awam, mereka

selalu membaca hadis: Inna likulli syai-in qalban wa -qalbul quraan

yaasiin."Maksudnya,"Bagi setiap sesuatu itu ada hatinya, hati bagi al-Quran ini

ialah Yasin."Hadis ini sebenarnya diriwayatkan oleh al-Imam at -Tirmizi, dengan

beliau mengingatkan bahawa di dalam sanad ataupun rangkaian para periwayat

hadis ini ada seorang yang bernama Harun bin Abi Muhammad, syaikhul majhul-

seorang yang tidak dikenali.

Para penganalisa hadis yang terdiri di kalangan para ulamak hadis menyemak

sanad dan riwayat hadis ini dan menyimpulkan bahawasanya hadis ini adalah

hadis yang palsu. Ini seperti yang disebut oleh Syeikh Muhammad Nasiruddin al-

Albani (rahimahullahu Ta'ala) di dalam kitabnya Silsilatul Ahadithi al-Maudhu' ah

wad-Dha'ifah. Di dalamnya dinyatakan bahawasanya hadis ini adalah palsu.

 

Kita hendaklah ingat bahawasanya hadis palsu adalah haram diriwayatkan oleh

seseorang melainkan hendaklah diterangkan tentang kepalsuannya.Ini seperti

yang disebut oleh Imam Ibnus Solah di dalam kitabnya yang masyhur berhubung

dengan ilmu hadis, yang dikenali sebagai 'Muqaddimah Ibnus Solah'. Di

dalamnya dinyatakan bahawasanya haram seseorang meriwayatkan hadis palsu

melainkan hendaklah diterang tentang kepalsuannya.

 

Hadis-hadis palsu ini muncul kerana seseoarng menyandarkan kepada Nabi

SAW apa yang baginda tidak ucapkan. Mereka mengada-ngada dan mereka-

reka ucapan -ucapan nabi ataupun pebuatan Nabi yang tidak sama sekali

pernah dilakukan oleh Rasullullah SAW .Ulamak-ulamak hadis mengesan  

kepalsuan mereka, mengesan para periwayat yang memalsukan hadis ini. Inilah

kepentingan ilmu hadis. Baginda SAW memberi amaran tentang akan

berlakunya pemalsuan hadis pada akhir zaman. Kata baginda SAW dalam hadis

yang diriwayatkan oleh Imam Muslim (dalam Muqaddimahnya)

Page 2: Yasin Sebagai Qalbul-Quran?

Maksudnya " Akan datang pada akhir zaman golongan dajjal dan pendusta,

mereka akan membawa kepada kamu hadis-hadis yang tidak pernah didengari

oleh kamu dan emak bapa kamu. Hendaklah kamu berhati-hati dengan mereka.

Inilah keadaan yang paling bahaya,dimana Rasullullah memberi amaran ,kata

Baginda:

 

"Sesungguhnya dusta kepadaku tidak sama dengan dusta kepadaku dengan

sengaja maka siap tempat duduknya di dalam api neraka."

Dalam sejarah pemalsuan hadis , ada beberapa golongan yang terlibat

memalsukan hadis. Mereka sebahagian besarnya ialah golongan zanadiqah,

iaitu mereka yang menzahirkan Islam sedangkan hati dan sanubari mereka

memusuhi agama .Mereka ini merekai hadis-hadis yang akan mencemarkan

kesucian agama, mencemarkan Rasul SAW.

 

Di sebelah pihak yang lain golongan yang mereka hadis ialah golongan zuhhad,

iaitu golongan yang cuba safkan diri mereka kepada kerohanian dan kesufian .

Mereka kononnya ingin mengajak orang supaya lebih mendekati agama, dengan

mereka hadis-hadis yang tidak pernah diucapkan oleh Nabi.

Antara fokus rekaan mereka ialah hadis yang berhubung dengan fadhilat-fadhilat

surah, yang membabitkan berbagai-bagai surah. Ini yang seperti dilakukan oleh

Abu Ismah Nuh al-Jami'  yang mereka hadis-hadis berhubung dengan fadhilat

surah, konon katanya "Sesungguhnya aku merekanya disebabkan untuk

menggalakkan orang ramai membaca al-Quran, kerana mereka terlalu tertumpu

kepada sirah-sirah Nabi SAW .Dia melupai perbuatannya itu adalah perbuatan

yang haram dan menjerumuskan dia ke dalam api neraka.

Maka dengan itu hendaklah kita mengambil pengajaran dan pengiktibaran-

janganlah kita memudahkan -mudahkan dalam membaca sesuatu hadis

terutama yang berhubung dengan fadhilat-fadhilat surah. Hendaklah terlebih

dahulu kita merujuk kepada ahli-ahli dan pakar dalam bidang hadis, atau merujuk

kepada huffaz iaitu orang-orang yang menguasai bidang hadis yang terdiri

daripada para ulamak silam dan para pengkaji hadis yang menguasai bidang ini ,

Page 3: Yasin Sebagai Qalbul-Quran?

sepertimana yang disebut oleh Syeikh Syu'ib al-Arna'ud (ketika mentahqiqkan

kitab besar oleh Imam Zahabi), katanya, "Tidak halal bagi seseorang

meriwayatkan hadis-hadis Nabi, melainkan hendaklah dipastikan terlebih dahulu

daripada huffaz bahawasanya hadis itu kedudukannya adalah thabit, iaitu pasti

daripada Nabi SAW."

 

 

 

 

Sumber: www.al-wahidah.com dengan sedikit pembetulan taip.

 

Sumber artikel: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=157