xsiap

29
1.0 PENDAHULUAN Kemahiran menulis merupakan kemahiran asas Bahasa Melayu untuk murid-murid sekolah rendah. Hal ini amat penting untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Oleh hal yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan tentang kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid sekolah rendah di luar bandar ( Abdul Rasid Jamian, 2011) Kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang saling melengkapi antara kemahiran membaca dengan menulis. Keupayaan menulis merupakan proses penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal dan disalurkan secara bersistem iaitu mengambil kira matlamat, penggunaan bahasa, audiens, dan gaya penulisan. Sehubungan itu, keupayaan membaca dan menulis merupakan satu masalah dalam kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian dan kebolehan yang tinggi dalam kemahiran membaca dan menulis pasti dapat men ingkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu dan mata pelajaran tertentu.(Abdul Rasid Jamian) Menurut Abdul Rasid dan Zulkafli (2008), masalah menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya. Permasalahan membaca yang ada

Upload: ezzani82

Post on 27-Sep-2015

22 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

t@t

TRANSCRIPT

1.0PENDAHULUANKemahiran menulis merupakan kemahiran asas Bahasa Melayu untuk murid-murid sekolah rendah. Hal ini amat pentinguntuk mereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Oleh hal yang demikian, kajianini bertujuan untukmengenal pasti permasalahan tentang kemahiran membaca dan menulis BahasaMelayudalamkalanganmurid-muridsekolahrendahdi luar bandar ( Abdul Rasid Jamian, 2011)Kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang saling melengkapiantara kemahiran membaca dengan menulis. Keupayaan menulis merupakan proses penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal dan disalurkan secara bersistemiaitumengambil kira matlamat, penggunaan bahasa,audiens,dangaya penulisan. Sehubungan itu, keupayaan membacadanmenulismerupakan satu masalah dalam kemahiran yangmenjadipuncaatauasasdalamprosespengajarandan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian dan kebolehan yang tinggidalamkemahiranmembacadanmenulispastidapatmeningkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu dan mata pelajaran tertentu.(Abdul Rasid Jamian)Menurut Abdul Rasid dan Zulkafli (2008), masalah menguasai kemahiranmembaca dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya. Permasalahan membaca yang ada dalam diri murid adalah seperti keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil semasa membaca, tidak membunyikan perkataan dengan b betul dan tepat, tidak dapat menyebut perkataan yang dieja serta sering meninggalkan perkataan yang tidak ketahui makna atau gagal membunyikannya. Ini menimbulkan pola bacaan yang merangkak dan pastinya menjadikan murid-murid tidak memahami maklumat dan makna bahan bacaan tersebut. Selain itu, murid ini juga lemah dan tidak berminat mencari maklumat yang terdapat dalam gambar rajah atau bahan rangsangan yang diberikan oleh guru.Levin (1987) yang dikutip oleh Noraini Ombi (2009), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan oleh murid. Kelemahan dalam motor halus menyebabkan kanak-kanak menghadapi kesukaran memegang pensel, memasang butang baju dan memasan manik. Kanak-kanak yang menghadapidyspraxiamotor halus menunjukkan kelemahan dalam koordinasi motor. Kanak-kanak ini tidak berupaya mengawal saraf ketika memegang dan menggerakkan pensel secara stabil. Kanak-kanak yang tidak menggunakan motor halus ketika menulis menyebabkan cengkaman pensel yang tidak kuat. Mereka sebenarnya menggunakan lengan dan pergelangan tangan dan bukan jari untuk menulis.Sasson (1993) pula mendapati guru kurang memberi penekanan kepada pengajaran menulis di kelas khususnya cara memegang alat tulis dengan betul, menulis huruf mengikut pergerakan yang betul, menentukan saiz huruf dan menentukan ruang antara huruf dan perkataan. Kanak-kanak sepatutnya didedahkan kepada kaedah menulis yang betul pada peringkat awal lagi supaya kanak-kanak minat untuk melahirkan idea melalui tulisan ynag cantik dan penuh dengan kesenian.Brenna (1995) pula menyatakan kanak-kanak cenderung untukmemanipulasikan pengetahuan yang mereka ada untukmenyelesaikan sesuatumasalah.Contohnya, seperti ketika mereka berhadapan dengan masalah hurufterbalik, iaitu memberikan jawapan alternatifbkepadapyang ditunjukkan. Selaindari masalah kekeliruan huruf terbalik, kekeliruan jenis imej cermin juga wujud dancontoh kekeliruan yang sering didapati adalah kekeliruan antara hurufb dengan hurufddan huruf p dengan q ( Higgins et al.1996).Satuanalisis menunjukkan bahawa satu kajian telah dibuat untuk kanak-kanak tadika oleh Popp (1964) melaporkan bahawa mereka mengalami kesukaran memadankan bentukhuruf kecil seperti u, q, d, h, p, v, b, c, f, l, j dan k.Kajian Popp (1964) jugamenunjukkan kanak-kanak tadika juga mengalami kekeliruan abjad dalam usahamemadankan bentuk-bentuk huruf kecil seperti b-d,p-q, b-q, dan d-p yang dinamakan masalah pembalikan huruf (reversal of letters).

1.1Sorotan LiteraturRamai pengkaji telah membuat kajian dalam bidang penulisan.Seperti yang kita tahu, bidang penulisan ini merupakan satu bidang yang sangat luas.Pelbagai aspek dapat dikaji melalui aspe penulisan ini. Seperti yangSaya merujuk kepada bab tokoh yang telah mengkaji mengenai aspek penulisan. Terdapat beberapa kajian tentang kesalahan bahasa berfokuskan kepada penulisan seperti Politzer dan Ramirez (2006), Vongthieres (2006) dan Fox (2007).Menurut kajian Politzer dan Ramirez (2006) yang dikutip oleh Hjh Dayang Rose Hamidah (2006:23) dalam kajiannya telah menganalisis kesilapan bahasa Inggeris yang dituturkanoleh kanak-kanak Mexican-American yang menghadiri monolingual (67 orang) dan bilingual (59 orang). Kanak-kanak ini ditayangkan filemanimated cartoonsebanyak 4 kali kemudian mereka disuruh menceritakan semula jalan ceritanya. Penceritaan mereka dirakam dan dianalisis mengikutperingkat-peringkat aspekyanghendak dikaji,iaitu morfologi dan sintaksis.Hasil kajian mereka menunjukkan bahawa sebanyak 50% adalah kesilapan menggunakansimple past tense, sementara 10% adalah kesalahan preposition sebelum frasa nama.Puncakesilapanbahasaberlakudikalanganparapelajarberkenaanadalahberpuncadaripadapengaruhbahasaibunda, dialek-dialek bahasa Inggeris yang tidak standard danpengaplikasianperaturan-peraturantatabahasayang tidak sistematik.Satu lagi kajian Vongthieres (2006) yang dikutip oleh HjhDygRose Hamidah, 2006: 24), iaitu kajian berdasarkan masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajarThailanddalammempelajaribahasaInggerisdiUniversitiOhio.Hasil kajian menunjukkan bahawa aspek yang menjadi masalah kepada pelajar-pelajar tersebut adalahpenggunaankatakerjamengikutjeniskatatenseyangberlainan.Sebanyak 44.8% kesalahan adalah kesalahan dari jenis penggunaan kata kerja mengikut jenis kata tense yang dilakukan oleh para pelajar tersebut.

1.2 Refleksi Pengalaman Pengajaran dan Pembelajaran Yang Lalu

Saya merupakan salah seorang guru opsyen Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Poi Lam. Ketika menjalankan aktiviti membaca saya mendapati beberapa orang murid tidak begitu menumpukan perhatian pada sesi pengajaran. Oleh itu, saya membuat tinjauan dan pemerhatian maka satu masalah dikenalpasti iaitu murid-murid tidak menguasai kemahiran mengenal dan mngecam beberapa huruf. Hal ini menyebabkan mereka tidak berminat untuk balajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Walaupun telah belajar di dalam tahun 4 mereka masih keliru dengan bentuk dan sebutan huruf b dan p. Pada mulanya saya berasa sangat tertekan dan kecewa kerana mereka menjadi pasif setiap kali saya meminta mereka membaca petikan bersama rakan-rakan mereka. Rentetan daripada itu, saya perlu menggunakan kaedah yang sesuai untuk membantu murid-murid ini yang menjadi tanggungjawab saya bagi membimbing mereka supaya dapat menguasai kemahiran ini. Berdasarkan masalah yang dihadapi, saya perlu lebih memberi perhatian yang lebih tentang masalah mereka dan menambaik amalan pengajaran dan pembelajaran saya. Justeru itu, saya bercadang menjalankan kajian tindakan dengan penggunaan kaedah A&B iaitu genggaman tangan kanan dan tangan kiri bagi membantu murid saya untuk mengenal huruf b dan p. Kemahiran mengecam dan mngenal huruf amat penting bagi seseorang sekolah rendah terutamanya dalam kemahiran membaca.

2.0Fokus Kajian /Isu Keperihatinan.Sebelum saya menentukan fokus kajian, saya telah menghadapi beberapa masalah kajian yang dialami dalam kalangan murid Tahun 4 Cemerlang. Antara masalahnya adalah masih lagi terdapat murid yang tidak mahir atau tidak mampu untuk membaca dengan lancar, murid keliru akan penggunaan huruf b dan p, murid masih lagi tidak mampu membezakan ayat tunggal dan ayat majmuk dan tidak boleh membina peta minda dengan betul.Antara masalah utama dikalangan murid Tahun 4 Cmerlang ialah murid tidak dapat membezakan penggunaan huruf b dan p ketika membina ayat atau karangan. Ini jelas kelihatan apabila saya membuat semakan buku tulis dan karangan mereka.Terdapat kesalahan yang dlakukan terutamanya perkataan yang mempunyai huruf b dan p di belakang perkataan.Oleh itu, saya akan memfokuskan kajian ini kepada murid-murid Tahun 4 Cemerlang yang berpotensi untuk mendapat keputusan yang baik dalam Bahasa Melayu 2 bahagian B. Keadaan ini adalah kerana murid-murid ini sebenarnya mampu membaca dengan baik tetapi disebabkan mereka masih tidak mampu membezakan huruf b dan p murid-murid ini sukar untuk mendapatkan markah yang baik dalam penulisan.Justeru itu secara tidak langsung prestasi murid-murid ini semakin merudum.Bagi murid-murid Tahun 4, penulisan yang betul tidak lagi sepatutnya menjadi masalah bagi mereka.Ini kerana mereka seharusnya sudah mendapat latihan yang baik di tahap satu dahulu dan mereka perlu mahir mengenai penulisan ini.Pada tahap dua ini, penulisan adalah penting kerana mata pelajaran Bahasa Melayu kertas dua memerlukan murid-murid yang mampu untuk menulis dengan baik.Justeru itu, saya perlu memberikan perhatian yang khusus tentang permasalahan murid saya ini. MenurutMascle (2006), salah satu cara untuk Berjaya dan mahir dalam membaca dan menulis perlu mengecam huruf. Kajian saya akan menjurus kepada masalah murid yang tidak mengecam huruf b dan p. Selepas mengadakan beberapa aktiviti dalam slot pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti mengecam huruf menggunakan kad-kad perkataan

3.0OBJEKTIF KAJIANDalam kajian ini, objektif umum yang ingin dicapai adalah untuk mengenal pasti masalah dalam kekeliruan penggunaan huruf b dan p bagi murid-muridsekolah rendahdi luar bandar. Manakalaobjektif khusus kajian ini adalah seperti berikut :1.Mengenal pasti cara menulis huruf b dan p mempunyai perbezaannya.2. Meningkatkan penggunaan huruf b dan p dalam menulis perkataan dalamkalangan murid-murid Tahun 4 Cemerlang3. Meningkatkan prestasi murd Tahun 4 Cemerlang dalam aspek penggunaanhuruf b dan p 2.1Soalan KajianBerdasarkan objektif kajian, maka tiga persoalan kajian dibina seperti berikut :1. Mengenal pastipunca masalah kekeliruan penggunaan huruf b dan p dalam kalanganmurid Tahun 4 Cemerlang.2. ApakahkaedahA&B dapat digunakan sebagai satu kaedah menulishuruf b dan pdalam sesuatu perkataan.3. Sejauh manakah prestasi murid Tahun 4 Cemerlang meningkat setelahmenggunakankaedahK&K

4.0Kumpulan Sasaran.Dalam kajian yang dikaji, saya telah memfokuskan kepada murid-murid kelas Tahun 4 Cemerlang.Ini adalah kerena saya ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dalam kelas tersebut. Kelas Tahun 4 Cemerlang ini mempunyai 17 orang murid yang terbahagi kepada 8 orang murid lelaki dan 9 orang murid perempuan. Bilangan ini tidak ramai kerana sekolah ini ditempatkan bilangan murid yang sedikit dalam sesebuah kelas dan juga mempunyai pelbagai aras dan tahap pencapaiannya.Oleh itu, secara tidak langsung prestasi murid Tahun 4 Cemerlang ini berada ditahap yang sederhana dan lemah, akan tetapi mereka masih lagi berkebolehan dalam mencapai tahap yang memberangsangkan jika dapat dibentuk awal dengan cara yang betul.

ABSTRAKKajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar Tahun 1 Bersih SK Penderas dalam membezakan huruf kecil b dengan d. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bertulis dan lisan kepada pelajar semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hasil tinjauan ini menunjukkan terdapat 9 orang pelajar masih keliru untuk membezakan huruf kecil b dengan d. Guru telah mengambil tindakan bagi meningkatkan kebolehan pelajar untuk membezakan kedua-dua huruf kecil ini. melalui program Jangan Keliru. Program ini mengambil masa selama 2 minggu dan setiap sesi mengambil masa 5 hingga 10 minit sahaja. Keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan penguasaan murid dalam membezakan kedua-dua huruf ini.LATAR BELAKANG KAJIANKemahiran membaca merupakan satu kemahiran bahasa yang paling penting kerana melaluinya seseorang itu boleh menerokai alam ilmu pengetahuan yang tidak dapat ditempuhinya melalui pengalaman biasa yang lain. Membaca adalah satu proses yang bukannya mudah sebaliknya ia adalah gabungan beberapa proses yang kompleks ( Raminah Hj Sabran, 1987 )Hasil kajian mendapati pengamatan murid terhadap bentuk-bentuk huruf mempunyai masalah. di mana mereka keliru mengenali huruf-huruf yang hampir sama bentuknya seperti huruf kecil b dan d. Perlu seseorang guru itu untuk menyusun strategi yang lebih berkesan untuk mengajar murid-murid membezakan huruf-huruf ini. Huruf-huruf kecil lain yang hampir sama bentuknya seperti n dan h, f dan t, y dan g juga sering mengelirukan kanak- kanak . Kanak-kanak masyarakat orang asli di sekolah ini juga menghadapi masalah tersebut. Tambahan pula mereka kurang didedahkan dengan bentuk-bentuk huruf di rumah. Kebanyakannya hanya dapat melihatnya di sekolah sahaja. PERNYATAAN MASALAHMembaca menggabungkan beberapa kemahiran, iaitu kemahiran pengamatan penglihatan yang diskriminatif ( untuk mengenal dan membezakan bentuk-bentuk huruf), kemahiran mengingat, mendengar dan membezakan bunyi-bunyi yang tepat dan jelas, menyebut bunyi-bunyi yang dilambangkan oleh huruf-huruf, menggabungkan penyebutan bunyi-bunyi itu untuk membentuk perkataan dan kebolehan memindahkan lambang-lambang yang dibaca itu kepada sistem saraf otak untuk menterjemahkan dan memahami apa yang dibaca Raminah Hj Sabran, 1987).Kemahiran mengenal huruf dan membezakan huruf amat penting untuk pelajar membezakan bunyi huruf .Kelemahan pelajar membezakan huruf akan turut mempengaruhi kebolehan membaca dan menulis . Kemahiran mengenali huruf merupakan titik mula kepada kemahiran membaca.Di SK Penderas seramai 24 daripada 26 orang pelajar di kelas ini telah mengikuti kelas pra sekolah atau tadika tetapi saya dapati mereka masih belum menguasai kemahiran membaca. Pelajar 1 Bersih seramai 25 orang telah menjalani ujian KIA2M pada 7 April yang lalu. Manakala seorang lagi ponteng tegar. Hasil ujian didapati memang benar seramai 16 pelajar masih belum menguasai kemahiran membaca. 6 orang daripada 16 pelajar tersebut masih tidak kenali huruf dan 10 orang yang lain pula masih keliru untuk mengenal huruf. Selebihnya iaitu 10 orang pelajar telah pun boleh menyebut perkataan kv kv. Sejak 13 April 2009, murid-murid yang mengikuti kelas KIA2M telah menjalani program Deras Baca Penderas .Pada 22 April 2009, sewaktu saya menjalankan latihan dalam menguji kebolehan murid mengenali huruf yang dipelajari sebelum ini , saya dapati seramai 9 daripad 24 orang murid menghadapi masalah untuk membezakan huruf kecil b dengan d. Rajah 1 : Hasil kerja salah seorang pelajar sebelum tindakanMungkin kerana pengalaman pertama mengajar tahun 1, saya kurang peka bahawa akan wujudnya kekeliruan antara kedua-dua huruf ini. Apabila saya melahirkan masalah ini kepada rakan-rakan, maklum balas yang saya terima antaranya : Masalah ini perkara biasa, pelajar tahun 3 dan 4 pun ada yang masih keliru Saya terpanggil untuk mengubah keadaan ini lebih awal. Saya memikirkan bagaimana cara untuk saya mengajar pelajar ini bagi membolehkan mereka mengatasi kekeliruan itu. Pada pendapat saya, kita perlu memberi pelajar satu pengalaman yang menarik untuk membentuk ingatan yang kekal.TUJUAN KAJIANTujuan kajian ini adalah untuk memastikan 9 orang murid yang bermasalah itu dapat meningkatkan kebolehan pelajar membezakan huruf kecil b dengan d. Hasil kajian ini juga diharapkan dapat memastikan penambahbaikan amalan kendiri dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid.SOALAN KAJIANAntara soalan berkaitan kajian ialah :1)Adakah murid-murid boleh membezakan huruf b dan d dengan lebih mudah?2)Adakah kaedah kaedah pengajaran menarik minat dan memudahkan pelajar mengatasi masalah ?METODOLOGI KAJIANPenyelidikan ini mengaplikasikan modul penyelidikan tindakan ( model Kemmis dan Taggart, 1992) seperti gambarajah di bawah

Kumpulan SasaranKajian ini melibatkan 9 orang pelajar Tahun 1B yang terdiri daripada 8 lelaki dan 2 perempuan. Instrumen KajianData dikumpul dengan menggunakan 2 kaedahi) Ujian pra dan ujianii) PemerhatianAnalisa Kajian1)Ujian pra dan ujian post dianalisis menggunakan dengan membandingkan bilangan jawapan yang dijawab dengan betul dan salah sebelum dan selepas pelajar didedahkan kepada program .2) Pemerhatian penglibatan murid dalam aktiviti3) Hasil lembaran kerja muridTINJAUAN AWALTinjauan saya mulakan pada tarikh 27 April 2009 dengan memberi lembaran kerja yang mengandungi huruf b dan d. Saya mengarahkan pelajar mewarnakan huruf b sahaja. Saya hanya hendak memastikan pengetahuan sedia ada mereka.

Hasil kerja murid semasa tinjauan awal

Saya memberi latihan ini kepada semua pelajar kelas ini untuk mengetahui berapa orang pelajar yang benar- benar keliru dengan kedua- dua huruf tersebut. Hasilnya sememangnya 9 orang pelajar tersebut menghadapi masalah itu. Didapati mereka telah mewarnakan kedua- dua huruf.

Pada hari berikutnya, saya menjalankan pemerhatian terhadap penguasaan pelajar dengan cara meminta mereka menunjukkan huruf kecil yang saya sebut dan menyebut huruf kecil yang ditunjukkan secara rawak. Saya memastikan soalan huruf b dan d itu saya tujukan kepada pelajar-pelajar yang bermasalah di mana saya telah membuat catatan nama mereka. Aktiviti ini saya jalankan secara kelas.Semasa pelajar lain membuat latihan , saya telah memanggil 9 pelajar tadi untuk diuji secara individu. Pencapaian mereka saya rekodkanBNama MuridMenunjuk Huruf Kecil

abcdef

1Ahmad Zulia/X////

2Azahari/X/X//

3Azizan/X/X//

4Hasni/X////

5Helmi/X/X//

6Kamarul///X//

7Zainurin/X/X//

8Suraya/X/X//

9Nur Aliza///X//

PERANCANGAN TINDAKANBerdasarkan tinjauan awal, didapati murid- murid perlu didedahkan dengan perbezaan bentuk dan sebutan huruf dengan lebih tersusun. Aktiviti-aktiviti dirancang dengan mengaitkan persekitaran murid-murid juga boleh dijadikan bahan untuk menjelaskan perbezaan huruf-huruf.PELAKSANAAN TINDAKANBagi meningkatkan kebolehan pelajar mengatasi kelemahan yang telah dikenalpasti, saya telah merangka program yang dilaksanakan selama 2 minggu yang hanya mengambil masa selama 5 hingga 10 minit sebelum pengajaran sebagai set induksi. Aktiviti ini dilaksanakan oleh semua murid. Saya mengambil langkah tersebut supaya pelajar yang telah menguasai kemahiran dapat membuat pengukuhan dan yang tidak menguasai pula menerimanya sebagai pemulihan. Saya telah menyediakan satu catatan pemerhatian untuk murid-murid yang bermasalahLangkah 1 ( 4 Mei 2009)i) Murid dikenal semula dengan huruf b dan dii) Murid dibimbing menggunakan anggota badan mereka sebagai lambang huruf b dan d. Tangan kanan digunakan membuat pergerakan bentuk bulatan ke kanan sambil menyebut b. Tangan kiri membuat gerakan bentuk bulatan ke kiri sambil menyebut d. Langkah dilaksanakan dengan mengikut gerakan guru yang membelakang murid. Sambil menyanyi Gerakkan tangan kanan , gerakkan tangan kiri Buat bulatan b, buat bulatan d Gerakan kaki kanan, gerakan kaki kiri Buat bulatan b, buat bulatan d.iii) Murid diberi penerangan bahawa b mempunyai tiang dan bulatan ke kananmanakala d mempunyai tiang dan bulatan ke kiri mereka.iv) Guru melukiskan kaki dan menerangkan huruf b dan d seperti lukisan orangberdiri.4 : Contoh lukisan guru

Langkah 2 ( 5 Mei 2009 )i) Murid dikehendaki angkat tangan kanan yang dinamakan tangan b dantangan kiri pula sebagai tangan d.ii) Murid dikehendaki meletakkan tangan b atau d ke tempat yang disebut guru ~Letakkan tangan b ke atas hidung.Langkah 3 ( 6 Mei 2009 )i) Murid dikehendaki menyanyi lagu pada langkah 1 dan dibekalkan dengan 1huruf.ii) Murid yang memegang huruf b atau d diminta berdiri sambil menunjuk huruf.iii) Murid yang memegang huruf b ke hadapan kelas dan huruf d ke belakang kelas.Langkah 4 ( 8 Mei 2009 )i) Menyanyi gerakan diulangii) 12 orang murid dibekalkan dengan huruf b dan 12 orang muriddengan huruf d.iii) Mereka dikehendaki berkumpul secara berpasangan b dan d.Langkah 5 ( 11 Mei 2009 )i) Murid mengulangi nyanyian di langkah 1.ii) Pelajar diminta mencari berapa huruf b atau d yang dilekatkan pada papan tulisLangkah 6 ( 12 Mei 2009 )i) Murid diberikan lembaran kerja memadankan huruf besar dansecara rawak ( lampiran 1 )Langkah 7 ( 13 Mei 2009 )i) Murid diberi lembaran kerja mencari dan membulatkan huruf b( lampiran 2 )Langkah 8 ( 14 Mei 2009 )i) Murid diberi lembaran kerja mencari dan membulatkan huruf d( lampiran 3 )Sepanjang langkah-langkah ini dijalankan saya dapati, 9 pelajar tadi telah dapat membezakan huruf b dengan d. Ketika membuat latihan di lembaran kerja, saya dapat melihat mereka membuat gerakan tangan seperti dalam nyanyi untuk mereka memastikan samada huruf itu b atau d. Saya berharap aktiviti ini dapat memberi pengalaman yang boleh diingati oleh pelajar.

Rajah 6 : Kad huruf yang digunakan semasa aktiviti dijalankan

REFLEKSISepanjang menjalankan program ini, saya menyedari hakikat bahawa murid-murid berbeza daripada segi keupayaan memahami bahan-bahan bertulis, keupayaan mendengar dan bertutur. Jadi dalam menyampaikan isi pelajaran, saya harus memikirkan keadaan ini agar mereka dapat diberi perhatian yang berlainan dan sesuai dengan kemampuan mereka.

Di dalam pengajaran menguasai kemahiran membaca, tidak ada kaedah yang paling baik dan berkesan untuk semua keadaan dalam semua aspek pengajaran. Saya sedari perlunya untuk memilih kaedah yang sesuai dengan kehendak dan keadaan murid-murid. Teknik pengajaran amat mempengaruhi perkembangan murid-murid. Teknik yang menarik dapat menghidupkan suasana pengajaran yang boleh memberi pengalaman yang lama kekal dalam ingatan.Saya berusaha menjalankan aktiviti mengenal b dan d itu berulang supaya ianya menjadi ingatan kepada pelajar. Tempoh masa menjalankan aktiviti itu tidak lama di mana saya jadikannya sebagai set induksi kepada pengajaran saya selama hampir 2 minggu ini tidak membosankan pelajar. Malahan, saya dapat melihat perubahan ketara di mana pelajar ini boleh memahami dengan cepat. Bahan yang saya gunakan juga adalah bahan yang sedia ada sebelum ini tanpa perlu membuat bahan bantu mengajar tambahan.Selain itu, saya dapati bahawa pemulihan yang perlu saya jalankan kepada pelajar tidak memerlukan satu sesi pengajaran tambahan. Hanya boleh diselit-selitkan dalam langkah- langkah pengajaran yang saya rancangkan. Dalam satu masa saya dapat menjalankan pemulihan dan meneruskan pengajaran seperti biasa. Saya yakin kaedah atau langkah- langkah penyelesaian masalah saya ini lebih ringkas, mudah dan menarik.CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIANDapatan kajian dan kesan daripada program ini menunjukkan perubahan kepada penguasaan kemahiran pelajar membezakan kedua-dua huruf ini. Mereka sudah menyebut dan menunjukkan huruf itu dengan lebih tepat. Walaupun terdapat pelajar yang perlu berfikir sejenak sambil membuat gerakan nyanyian terlebih dahulu untuk memastikan sama ada huruf itu b atau d tetapi pada pendapat saya mereka akan menguasainya lebih cepat pada masa akan datang.Pada pengajaran akan datang, saya perlu melaksanakan langkah-langkah pengajaran ini semasa mula-mula memperkenalkan huruf- huruf a hingga d. Semoga hasil kajian dapat memberi manfaat kepada semua rakan-rakan setugas.

BIBLIOGRAFIBahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur : BPPDP, KPM.Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan (2006). Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan ke-XIII 2006 . Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan ( 1999). Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan 1999, Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pendidikan Guru (2001). Garis Panduan Penyelidikan Tindakan Maktab Perguruan Malaysia. Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran MalaysiaRaminah Hj Sabran. ( 1987 ) . Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. (t.p)Sabariah bt Abu Bakar ( 2002 ). Jurnal Kajian Tindakan Tahun 2002. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia

Lampiran 1Jadual Perbandingan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian PosBNama MuridUjian PraUjian Pos

Bilangan BetulBilangan Betul

1Ahmad Zulia1125

2Azahari1625

3Azizan1325

4Hasni1625

5Helmi1425

6Kamarul1625

7Zainurin1325

8Suraya1525

9Nur Aliza1625

Lampiran 2Hasil Lembaran 1 Murid Selepas Kajian

Lampiran 3Hasil Lembaran 2 Murid Selepas Kajian