xsgment stilistik bahasa melayu

10
IPG KAMPUS PERLIS 2012 PENGENALAN Perbincangan mengenai stilistik adalah berkenaan dengan gaya (style). Dalam bahasa Melayu, kata stylistics menjadi stilistik. Sebagai pendahuluan, kita akan membicarakan persoalan istilah terlebih dahulu. Persoalan ini pula berkaitan dengan berbagai-bagai persoalan lain, misalnya istilah dan pengertian yang berhubungan dengan style dan stilistik atau persoalan yang berhubungan dengan kemunculan ilmu itu sendiri, yang juga berhubungan dengan hakikatnya sebagai ilmu. Sebelum timbul ilmu stilistik, iaitu kajian gaya yang digunakan untuk menganalisis karya sastera, bahasa memang sudah mempunyai apa yang dinamakan gaya. Ini kerana semua pengucapan yang tidak lurus seperti yang biasa dipakai oleh masyarakat adalah gaya. Kelainan daripada bahasa yang lurus dan biasa itu dipakai untuk bercakap atau menulis. Maka, timbullah berbagai-bagai kelainan dan ia membezakan gaya tertentu antara satu sama lain. Stilistik ialah ilmu yang masih baru dan kedudukannya masih goyah. Kesedaran tentangnya masih goyah, terutamanya tentang gaya yang sudah lama wujud bagi mengkaji gaya yang terdapat di dalam sesebuah karya sastera. Terdapat dua faktor yang menyebabkan perkembangannya lambat. Ini dinyatakan seperti berikut: (i) Perhatian terhadap gaya mungkin pernah muncul pada orang yang hidup di dalam dunia sastera dan mereka sedar, pemakaian bahasa mereka berbeza daripada bahasa seharian mereka. (ii) Di dalam hubungan dengan perkembangan lainnya, ada keinginan untuk merumuskan gaya yang terdapat pada bahasa yang indah itu dengan menghubungkan gaya dengan keindahan. Kedua-dua faktor ini berpengaruh terhadap kelambatan munculnya stilistik sebagai ilmu. Gerak ke arah stilistik sebagai ilmu hanya muncul setelah adanya perubahan besar di dalam perkembangan linguistik dan kajian karya sastera. Berdasarkan gerak ke arah menjadikan stilistik sebagai bidang ilmu yang penting, kita akan didedahkan tentang kepentingan ilmu stilistik yang meliputi definisi stilistik, ciri-ciri stilistik, PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 1

Upload: muhd-hilmi-akhir

Post on 08-Aug-2015

1.561 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

huraian dan penjelasan tentang stilistik dan sejauh manakah ia mampu memantapkan bahasa

TRANSCRIPT

Page 1: xsgment stilistik bahasa melayu

IPG KAMPUS PERLIS 2012

PENGENALAN

Perbincangan mengenai stilistik adalah berkenaan dengan gaya (style).

Dalam bahasa Melayu, kata stylistics menjadi stilistik. Sebagai pendahuluan, kita

akan membicarakan persoalan istilah terlebih dahulu. Persoalan ini pula berkaitan

dengan berbagai-bagai persoalan lain, misalnya istilah dan pengertian yang

berhubungan dengan style dan stilistik atau persoalan yang berhubungan dengan

kemunculan ilmu itu sendiri, yang juga berhubungan dengan hakikatnya sebagai

ilmu.

Sebelum timbul ilmu stilistik, iaitu kajian gaya yang digunakan untuk menganalisis

karya sastera, bahasa memang sudah mempunyai apa yang dinamakan gaya. Ini

kerana semua pengucapan yang tidak lurus seperti yang biasa dipakai oleh

masyarakat adalah gaya. Kelainan daripada bahasa yang lurus dan biasa itu dipakai

untuk bercakap atau menulis. Maka, timbullah berbagai-bagai kelainan dan ia

membezakan gaya tertentu antara satu sama lain.

Stilistik ialah ilmu yang masih baru dan kedudukannya masih goyah. Kesedaran

tentangnya masih goyah, terutamanya tentang gaya yang sudah lama wujud bagi

mengkaji gaya yang terdapat di dalam sesebuah karya sastera. Terdapat dua faktor

yang menyebabkan perkembangannya lambat. Ini dinyatakan seperti

berikut:

(i) Perhatian terhadap gaya mungkin pernah muncul pada orang yang hidup di

dalam dunia sastera dan mereka sedar, pemakaian bahasa mereka berbeza

daripada bahasa seharian mereka.

(ii) Di dalam hubungan dengan perkembangan lainnya, ada keinginan untuk

merumuskan gaya yang terdapat pada bahasa yang indah itu dengan

menghubungkan gaya dengan keindahan.

Kedua-dua faktor ini berpengaruh terhadap kelambatan munculnya stilistik

sebagai ilmu. Gerak ke arah stilistik sebagai ilmu hanya muncul setelah adanya

perubahan besar di dalam perkembangan linguistik dan kajian karya sastera.

Berdasarkan gerak ke arah menjadikan stilistik sebagai bidang ilmu yang penting,

PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 1

Page 2: xsgment stilistik bahasa melayu

IPG KAMPUS PERLIS 2012

kita akan didedahkan tentang kepentingan ilmu stilistik yang meliputi definisi stilistik,

ciri-ciri stilistik, stilistik di dalam bahasa, bahasa perbandingan dan keberkesanan

stilistik di dalam bahasa.

PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 2

Page 3: xsgment stilistik bahasa melayu

IPG KAMPUS PERLIS 2012

1.0HURAIAN DAN PENJELASAN TENTANG STILISTIK DAN SEJAUH MANAKAH IA MAMPU MEMANTAPKAN BAHASA MELAYU. BERIKAN CONTOH-CONTOH YANG KONKRIT BAGI MENYOKONG HUJAH ANDA

Menurut Seymour Chatman (1971), stilistik lebih membatasi dirinya kepada unsur

bahasa. Oleh sebab itu, kebanyakan pembicaraan mengenai stilistik selalu dilihat di

dalam hubungan dengan bahasa dan linguistik. Sebelum timbul ilmu stilistik, iaitu

ilmu kajian gaya yang digunakan untuk menganalisis hasil penulisan, bahasa

memang sudah mempunyai apa yang dinamakan gaya, kerana semua pengucapan

yang tidak lurus seperti yang terbiasa dipakai oleh masyarakat adalah gaya.

Kelainan daripada bahasa yang lurus dan biasa itu dipakai oleh pelbagai orang, baik

untuk bercakap atau menulis. Maka, timbullah berbagai-bagai kelainan. Setiap

kelainan ini menjadi gaya tertentu yang berbeza antara satu dengan yang lain .

Walaupun stilistik, sebagai satu disiplin ilmiah masih agak baru, namun

pemikiran tentang gaya atau stail sudah lama timbul. Sejarah munculnya stilistik

berkait rapat dengan retorik sebagai disiplin pertama di dalam tradisi Barat yang

memberikan penyataan bahasa. Stilistik sering dikaitkan dengan gaya. Gaya di

dalam bahasa bermaksud cara atau ragam bahasa itu dipakai. Pemakaian bahasa

mempunyai pelbagai jenis kegunaan tertentu; seperti untuk menghuraikan ilmu

pengetahuan, digunakan dalam bidang penulisan serta pemakaiannya dalam

konteks tidak rasmi.

Di dalam percakapan biasa, manusia selalu menggunakan pelbagai gaya walaupun

ayat yang dituturkan mempunyai maksud yang sama, contohnya:

(a) Dia itu orang bijak pandai

(b) Dia itu pujangga besar

Kedua-dua ayat tersebut sama maknanya tetapi lain dari segi pengucapannya.

Kelainan seperti itu sering berlaku di dalam bidang penulisan, selain kata-kata yang

diucapkan oleh manusia seharian. Kelainan pemilihan kata untuk menyatakan satu

makna yang sama akhirnya menjadi salah satu unsur lahirnya gaya, yang pada

dasarnya bermula dengan percubaan mengucapkan sesuatu berlainan caranya

PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 3

Page 4: xsgment stilistik bahasa melayu

IPG KAMPUS PERLIS 2012

daripada pengucapan biasa. Maka, berlakulah bermacammacam kelainan daripada

pengucapan biasa. Selain daripada kelainan pemilihan kata, terdapat juga kelainan

daripada penyusunan ayat. Struktur sintaksis yang lurus mengandungi subjek,

predikat (misalnya) dilainkan dengan menterbalikkan susunan seperti ayat berikut:

(a) Makan dia bersama saya

(b) Dia makan bersama saya

Seterusnya, terdapat pelbagai kelainan daripada pengucapan yang lurus

hingga bahasa itu menjadi berwarna dan berbunga, indah dan menarik serta dapat

berperanan untuk menimbulkan rasa yang berlainan dan makna yang lebih halus.

Selain itu, apabila seseorang berhujah, bercakap, berkomunikasi atau berbual, apa

yang ingin dilihat dan tahu bukan sahaja isi tetapi bagaimana caranya dilafazkan.

Sesuatu situasi atau lokasi juga memainkan peranan penting kerana ia boleh

menentukan maksud sesuatu ujaran. Tentu sekali, sebagai seorang pendengar ingin

tahu isi kandungan mesej yang hendak disampaikan, apa cara disampaikan,

bagaimana disampaikan dan respons yang patut diberi terhadapnya. Maka, stilistik

merujuk kepada situasi sosial di mana ujaran berlaku atau disampaikan. Ujaran

penutur dan pendengar dapat menentukan bunyi atau kata-kata yang dilafazkan

kerana melalui proses sosialisasilah, seseorang itu berupaya membuat interpretasi

isi kandungan ujaran. Sebagai contoh, seseorang itu dapat menentukan dan

mengenal pasti asal-usul atau kedudukan geografi penutur, hubungan sosial antara

penutur dan pendengar, kedudukan status mereka, selain dapat mengetahui bahasa

yang digunakan itu adalah loghat, slanga, jargona, dialek, bahasa baku atau nada

juga intonasi ketika mesej itu disampaikan Variasi ini dapat dilihat daripada beberapa

dimensi seperti berikut ;

(a) Fitur tetap stilistik

(i) Individu (Bahasa yang ditutur oleh individu itu sendiri atau bahasa

sehari-hari)

Fungsi : Digunakan di dalam pergaulan santai yang alamiah.

Teks : Bahasa sehari-hari

PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 4

Page 5: xsgment stilistik bahasa melayu

IPG KAMPUS PERLIS 2012

Unsur Stilistik : Kesantaian, mudah, ketegangan emosi yang terlihat pada

kelancaran dan hambatan di dalam pembicaraan dan cenderung kepada

ayat pendek yang tidak mementingkan ketetapan dan kenahuannya.

(ii) Dialek (Bahasa yang dituturkan mengikut daerah geografi atau

kedudukan sosial)

Fungsi : Digunakan di dalam hubungannya dengan keadaan bahasanya.

Teks : Mengikut daerah geografi atau kedudukan sosial.

Unsur Stilistik : Berlainan daripada bentuk standard, baik dari segi sebutan,

tatabahasa atau penggunaan kata-kata tertentu.

(ii) Masa (Ketika/zaman yang dituturkan)

Fungsi : Bagi memberi pemahaman kepada pemakai mengikut sesuatu

masa tertentu.

Teks : Bahasa kuno, klasik dan kini.

Unsur Stilistik : Struktur kata yang tertentu mengikut zaman atau masa yang

dituturkan dari segi sebutan, ejaan dan penggunaan ayat yang panjang

serta pendek.

(iv) Wacana

Media (dituturkan, ditulis, direkod melalui tayangan wayang gambar dan

sebagainya).

Fungsi : Informasi, menjelaskan sehingga orang tahu dengan jelas tentang

peristiwa yang dilaporkan.

Teks : Artikel surat khabar dan sebagainya.

Unsur Stilistik : Lukisan tentang apa yang terjadi (nama tempat, pelaku

dan sebagainya), penggunaan slogan, perifrasa dan kata pemula (yang

menarik).

(b) Fitur sementara stilistik

(i) Laras (Bahasa undang-undang, sains, perubatan, ekonomi, politik

dan sebagainya)

PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 5

Page 6: xsgment stilistik bahasa melayu

IPG KAMPUS PERLIS 2012

Fungsi : Bagi menghuraikan hal, aspek, bidang dan peristiwa yang berbeza-

beza.

Teks : Bahasa undang-undang, agama, sains, ekonomi dan sebagainya.

Unsur Stilistik : Perbezaan banyak kata, imbuhan dan jenis ayat tertentu

mengikut laras yang digunakan.

(ii) Status (Slanga, jargona, lemah-lembut, diraja dan sebagainya)

Fungsi : Menentukan konteks dan status pemakai apabila menuturkannya.

Teks : Dituturkan mengikut status pemakai.

Unsur Stilistik : Intonasi yang berbeza, pencampuran kod bagi slanga, kata

atau ungkapan yang tertentu bagi jargona dan sebagainya.

(iii) Bahasa pergaulan rasmi

Fungsi : Melaksanakan hubungan rasmi antara pegawai pemerintah dan

rakyat.

Teks : Bersifat pemerintah, melukiskan dengan berbelit-belit.

Unsur Stilistik : Konstruksi ayat pernyataan yang rumit, gagal menggunakan

kata yang berhubungan dengan perasaan.

(iv)Gaya bahasa rasmi

Fungsi : Penyampaian kebenaran ilmu dan hukumannya dengan pembuktian

logik dan objektif.

Teks : Karangan ilmiah, komentar, kuliah.

Unsur Stilistik : Kata-kata yang neutral daripada nilai sastera dan tanpa warna

emosi, istilah yang monosemi, jarang ditemui penggunaan ungkapan seperti

pepatah, jalinan yang padu antara ayat-ayatnya.

AK KENDIRI 2.2

Apa yang dinyatakan tersebut adalah sebahagian daripada ruang-lingkup

stilistik di dalam sesuatu bahasa. Oleh kerana itu, pembaca jarang terjumpa

perkataan yang mempunyai kedua-dua makna konseptual dan makna stilistik, jadi

tidak mungkin wujud sinonim sebenar. Elok disemai sinonim dengan makna

konseptual untuk memudahkan pembaca mengenali gaya-gaya atau

PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 6

Page 7: xsgment stilistik bahasa melayu

IPG KAMPUS PERLIS 2012

cara-cara yang diketengahkan oleh penutur. Di dalam hal ini, tidak mungkin juga kita

mendapat jawapan yang sama bagi sesuatu perkataan yang bersinonim dengan

perkataan lain. Keadaan ini berlaku kerana penutur mempunyai cara tersendiri.

Contohnya, perkataan sarapan atau makan pagi yang mempunyai sama sahaja

sifat luarannya iaitu aktiviti makan di waktu pagi, tetapi sifat dalamannya tentu sekali

berbeza. Bagi sesetengah orang, makan pagi betul-betul makan, mengenyangkan,

banyak dan sedap terutama bagi pesawah, penoreh getah atau pelaut. Bagi orang

Barat, makan pagi memang banyak, iaitu banyak dan sedap pula. Bagi orang lain,

hanya kudap-kudap sahaja atau sedikit-sedikit dan tidak banyak, iaitu hanya untuk

melapik perut sahaja.

Disamping itu, stilistik juga mempunyai bahasa perbandingan dan fungsi yang

tersendiri, terutama di dalam sesebuah penulisan prosa tradisional. Ia digunakan

untuk menerangkan sesuatu maksud perkataan secara berkias. Sebagai contoh, di

dalam gaya bahasa eufemisme, perkataan seperti “bunting” boleh digantikan

dengan ayat “seseorang yang telah mengandung”. Secara tidak langsung,

perkataan tersebut akan menjadi lebih gramatis dan sedap untuk dibaca.

Seterusnya, bahasa perbandingan adalah bertujuan sebagai penggambaran atau

pelukisan watak dan memberi pengajaran kepada pembaca tentang sesuatu akibat

daripada perbuatan yang tidak baik. Seperti contoh, bahasa perbandingan

“bagaikan harimau kehilangan belangnya” boleh membawa maksud “seseorang

yang berkuasa dalam sesuatu hal, tetapi telah kehilangan kuasa akibat

daripada tindakannya yang tidak baik”.

Seperti yang dinyatakan, stilistik merupakan gaya yang digunakan oleh

pemakai bahasa untuk menyatakan fikiran dan perasaan mereka mengikut konteks

masing-masing. Konteks memainkan peranan penting di dalam semua aspek

perbualan antara penutur dan pendengar. Cara atau gaya seseorang itu

mengeluarkan buah fikiran, berkomunikasi atau berhubung boleh menentukan

anggapan seseorang atau pendengar terhadap seseorang penutur. Aspek

komunikasi sosial yang mempunyai pelbagai stail atau gaya penyampaian bahasa

memainkan peranan penting di dalam hal ini. Selain itu, penggunaan bahasa ketika

berkomunikasi dapat menentukan siapa penutur, apa statusnya dan latar belakang

PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 7

Page 8: xsgment stilistik bahasa melayu

IPG KAMPUS PERLIS 2012

sosial seseorang. Di samping itu, kadangkala tinggi rendah nada atau intonasi suara

seseorang itu boleh mencerminkan kedudukan kastanya, darjatnya, mewakili

sesebuah kumpulan seperti dialek, slanga, jargona dan sebagainya, berstatus tinggi

atau berpelajaran tinggi.

Selain itu, stilistik juga melihat bukan sahaja isi tetapi gaya pengucapan

seseorang apabila berhujah ataupun mengeluarkan sesuatu idea. Daripada itu, maka

penghasilan idea yang diberikan akan dapat menentukan asal-usul atau kedudukan

geografi penutur, hubungan sosial antara penutur dan pendengar, kedudukan status

mereka ataupun pendengar dapat mengetahui bahasa yang digunakan itu adalah

loghat, slanga, jargona, dialek, bahasa baku atau nada juga intonasi ketika mesej itu

disampaikan. Maka, pengkajian stilistik, terutamanya dalam bidang bahasa akan

dapat menggariskan gaya tertentu seseorang apabila berkomunikasi dengan orang

lain, tidak kira secara formal mahupun tidak formal.

Sebagai rumusan, stilistik merujuk kepada pengkajian yang berunsurkan

gaya, sama ada di dalam bidang penulisan ataupun sebaliknya. Sebagai ilmu yang

masih baru, di dalam tradisi ilmiah Bahasa Melayu, stilistik sudah berupaya

meyakinkan pengkaji bahasa bahawa di dalam hubungan sosialisasi, seseorang

perlu menentukan stail pengucapannya. Gerak ke arah stilistik sebagai ilmu, baru

muncul setelah adanya perubahan besar di dalam perkembangan linguistik.

Dengan adanya stilistik di dalam setiap bidang, tidak kira ianya berbentuk ilmiah

ataupun tidak, secara tidak langsung akan dapat mempelbagaikan cara penghasilan

sesebuah makna.

PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 8

Page 9: xsgment stilistik bahasa melayu

IPG KAMPUS PERLIS 2012

2.0REFLEKSI TENTANG FUNGSI STILISTIK DALAM MEMANTAPKAN BAHASA

MELAYU

Alhamdulillah, bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana limpah dan kurnianya

dapat juga saya menyiapkan tugasan projek BMM 3107 iaitu Pengantar Linguistik

Bahasa Melayu dengan masa yang ditetapkan hasil usaha kawan-kawan dan tidak

lupa juga pada pensyarah saya sendiri iaitu, En Muhamad Rudzi Bin Darus. Dalam

tempoh perlaksaan yang diberikan selama 5 minggu ini, Alhamdulillah ia

membuahkan hasil juga semasa saya menyiapkan tugasan projek ini. Semasa

menyiapkan tugasan projek ini, saya mempunyai masalah yang menyukarkan untuk

menghabiskan tugasan ini, antaranya ialah, saya tidak langsung memahami apa

yang dikatakan dengan Stilistik ini memandangkan tajuk bagi bab ini tidak

diterangkan lagi. Namun ia tidak mematahkan semangat saya untuk menyiapkan

tugasan ini dengan kadar yang segera. Terlebih dahulu, saya ingin berterima kasih

kepada pensyarah saya kerana banyak membantu saya dan rakan-rakan

menyiapkan tugasan projek ini dengan kadar masa yang ditetapkan.

Apakah yang dikatakan dengan Stilistik ini? Perkataan ini telah bermain

difikiran saya untuk menerangkan erti-erti yang tersirat dalam menyelami fungsi-

fungsi Stilistik dalam memantapkan Bahasa Melayu di Malaysia ini. Mengikut Kamus

Linguistik Edisi Ketiga, stilistik boleh didefinisikan sebagai ilmu yang menyelidiki

bahasa yang dipergunakan di dalam karya sastera atau ilmu yang bersifat

interdisiplin antara linguistik dan kesusasteraan ataupun penerapan linguistik pada

penelitian gaya bahasa. Selain itu, di dalam disiplin linguistik, terdapat stilistik.

Stilistik merujuk kepada penggunaan prinsip linguistik terhadap bahasa sastera.

Stilistik atau ilmu gaya dapat dianggap sebagai kajian variasi linguistik. Variasi

linguistik ini mempunyai hubungan yang rapat dengan konteks teks dan konteks

situasi. Stilistik juga mempunyai hubungan yang rapat dengan disiplin sosiolinguistik

dan dialektologi.

Dari segi fungsi-fungsi Stilistik ialah saya dapat mengetahui dimana Stilistik

dapat memantapkan dalam Bahasa Melayu dari segi penggunaan dialek iaitu bahasa

dapat digunakan di dalam hubungannya dengan keadaan bahasanya. Contohnya

PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 9

Page 10: xsgment stilistik bahasa melayu

IPG KAMPUS PERLIS 2012

dari segi dialek orang Kelantan lebih pekat berbanding bahasa-bahasa biasa. Barang

siapa yang tidak faham akan bahasa Kelatan ini akan runsing pemikiran bagi yang

tidak tahu menahu dalam konteks bahasa Kelantan ini. Fungsi yang kedua pula ialah

dari segi status penggunaannya. Contohnya penggunaan bahasa slanga,bahasa

kasar dan bahasa basah. Dari segi bahasa slanga ialah bahasa yang baru dan

mempunyai maksud yang tersendiri. Bahasa ini banyak diujarkan oleh anak-anak

muda zaman sekarang ini. Contohnya ialah, “lu apa hal bro”, “mat rempit dan minah

rempit” dan sebagainya. Bahasa slanga ini juga lebih kurang sama dengan bahasa

kasar sedikit.

Fungsi yang ketiga pula ialah, bahasa pengaulan rasmi. Dalam fungsi yang

ketiga ini, kita dapat lihat dimana bahasa amat penting sekali dalam memantapkan

stilistik ini dalam Bahasa Melayu. Bahasa yang digunakan juga perlu sesuai dengan

apa yang diujarkan. Selain itu, nada dan intonasi juga amat penting dalam

memastikan perkara yang diujarkan dapat difahami oleh pendengar dan orang lain.

Fungsi yang keempat dan yang terakhir sekali ialah dari segi laras bahasa yang

digunakan. Fungsi ini amat penting sekali bagi memastikan laras yang digunakan itu

mestilah sesuai dengan perkara yang hendak diujarkan. Contohnya ialah laras

bahasa dari segi agama. Laras yang digunakan mestilah berkaitan dengan hadis-

hadis dan ayat-ayat Al-Quran. Laras bahasa juga amat penting diaman jatuhnya

sesuatu syarikat bergantung kepada laras bahasa dari segi ekonomi.

Intihanya, fungsi Stilistik ini amat penting sekali dalam meastikan bahasa yang

digunakan ini dapat difahami oleh orang ramai tidak kira penutur mahupun

pendengar. Oleh itu, Stilistik ini perlu diterapkan kepada generasi muda pada zaman

sekarang ini, supaya mereka tidak akan lupa dimana asal usul mereka berada dan

dapat menyebarkan bahasa kita dimata dunia.

PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 10