world wide web

20
World Wide Web World Wide Web PENGENALAN World Wide Web atau WWW dan 3W dipelopori oleh Tim Berners-Lee pada tahun 1989 bertujuan untuk mencari kaedah perkongsian maklumat penyelidikan dan idea antara majikan dan penyelidik yang bertempat dipelbagai lokasi di dunia. Sebagai rangkaian yang menjalin komputer dari seluruh dunia dan menyalurkan maklumat dalam bentuk teks, imej, audio dan video.

Upload: jolie

Post on 09-Jan-2016

62 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

World Wide Web PENGENALAN World Wide Web atau WWW dan 3W dipelopori oleh Tim Berners-Lee pada tahun 1989 bertujuan untuk mencari kaedah perkongsian maklumat penyelidikan dan idea antara majikan dan  penyelidik yang bertempat dipelbagai lokasi di dunia. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: World Wide Web

World Wide WebWorld Wide Web

PENGENALAN

World Wide Web atau WWW dan 3W dipelopori oleh Tim Berners-Lee pada tahun 1989 bertujuan untuk mencari kaedah perkongsian maklumat penyelidikan dan idea

antara majikan dan  penyelidik yang bertempat dipelbagai lokasi di dunia.

Sebagai rangkaian yang menjalin komputer dari seluruh dunia dan menyalurkan maklumat dalam bentuk teks, imej,

audio dan video.

Page 2: World Wide Web

World Wide Web

DEFINISI

• Boleh juga didefinisikan sebagai sekumpulan perisian komputer yang menggabungkan pelayan, dan klien (iaitu browsers atau navigator) yang membolehkan pengguna mencari maklumat, menyalin maklumat dan menerimapakai program aplikasi yang berinteraksi antara pelayan, klien dan pangkalan data.

Page 3: World Wide Web

• Web menggunakan sekumpulan protokol dan convention tertentu yang dikongsi bersama untuk berkomunikasi antara rangkaian.

• Web dibina menggunakan satu peraturan untuk menyampaikan maklumat yang diminta melalui rangkaian. Protokol ini melibatkan http (hypertext transfer protocol) untuk memindahkan/menyampaikan sesuatu laman web daripada pelayan ke klien dan lain-lain protokol untuk untuk mengakses maklumat dalam internet.

• TCP/IP adalah protokol untuk Internet yang menggunakan serangkaian pelbagai protokol serentak yang membolehkan pelbagai jenis komputer berkomunikasi. 

Page 4: World Wide Web

• WWW menerimapakai protokol lain seperti FTP, Telnet. WAIS dll.

• Rajah dibawah menunjukkan diantara jenis protokol yang digunakan untuk berkongsi dokumen. FTP atau File Transfer Protocol adalah peranti merentasi pelbagai sistem komputer untuk memindahkan fail walau dimana jua sesuatu komputer rangkaian itu berada.

World Wide Web dan Beberapa Protokol

Page 5: World Wide Web

• Persekitaran Web adalah grafik, tetapi persekitaran FTP adalah berasaskan aksara. Untuk mengakses fail menggunakan FTP, kita boleh sama ada menggunakan program FTP ataupun browser web yang menyediakan khidmat FTP – menyalin (downloading) dan mengambil fail (uploading).

• Downloading merujuk kepada proses memindahkan fail daripada komputer yang jauh kepada komputer anda.

• Uploading  pula merujuk kepada proses memindahkan fail daripada komputer kita kepada komputer yang jauh.

Page 6: World Wide Web

World Wide Web dan Beberapa Protokol

Gopher• adalah peranti dalam internet yang membolehkan pengguna untuk mengakses

dokumen, fail, tapak FTP, tapak WWW dan sumber lain.

• arahan Gopher adalah seragam tanpa mengira jenis mesin komputer dimana ia digunakan dan dirangkaikan dengan meluas sekali supaya boleh mengkases apa jua fail dalam Internet dengan mudah.

• Untuk menggunakan Gopher, menu antara mukanya adalah konsisten dalam semua sistem komputer dan boleh dicari menggunakan kata kunci dan nama fail. 

Page 7: World Wide Web

Wide Area Information Service (WAIS)

• adalah peranti pencari Internet yang boleh merentasi pelbagai rangkaian,

arkib dan format data.

• Peranti ini adalah lebih terperinci dalam memberi maklumat tentang sesuatu fail – iaitu ia dapat memberi kandungan fail tersebut.

Page 8: World Wide Web

Telnet

• Protokol satu kemudahan komunikasi yang membolehkan kita log masuk ke dalam komputer lain secara dwihala atau menggunakan khidmat interaktif dalam komputer atau hos lain atau yang jauh.

Page 9: World Wide Web

Penerbitan  Web

• Menerbitkan laman web perlu melibatkan pelayan dan klien.

• Pelayan web adalah program dalam komputer yang dibina untuk menghantar dokumen kepada komputer yang meminta dokumen tersebut.

• Klien Web juga dipanggil browser - iaitu program yg membolehkan pengguna meminta dokumen daripada pelayan, Pelayan akan beroperasi hanya apabila klien meminta dokumen.

Page 10: World Wide Web

• Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah dibawah proses bermula dengan klien meminta dokumen, permintaan tersebut akan membuka hubungan dengan pelayan.

• Pelayan kemudian akan menghantar dokumen dan perhubungan tersebut tamat.

\

Perhubungan Pelayan dan Klien

Page 11: World Wide Web

Web Browser• Menghubungkan komputer kepada alamat rangkaian yang dipanggil

URL dan berfungsi menghantar permintaan kepada pelayan Web untuk mendapatkan dokumen web.

• Dokumen web ditulis dalam bahasa HTML dan mengandungi teks dan media lain seperti gambar, bunyi, animasi dan wayang.

• Jalinan hyperteks  antara fail dan dokumen daripada pelayan ke pelayan yang lain memungkinkan rangkaian ini beroperasi seluruh dunia. 

• Jenis browser yang popular dimasa kini :

(i) Microsoft Internet Explorer

(ii) Netscape Communications.

(iii) Mozilla Firefox

Page 12: World Wide Web

URL - Uniform Resource Locator

• URL atau Uniform Resource Locator adalah protokol untuk mengakses sumber dalam direktori Internet

• URL ditulis dalam browser untuk mengakses laman web dan kadangkala URL dimuatkan dalam laman web sendiri sebagai jalinan ke alamat tersebut.

• Struktur URL mengandungi enam komponen dan contoh URL bagi fail HTML khusus adalah seperti berikut:

                                                                                                                             

http://info.cern.ch:80/hypertext/WWW/Adressing/Addressing.html#spot 

|-1----| ----2----------|-3-| ----------4 --------------------------| ------5--------------| -6-| 

Page 13: World Wide Web

• Enam bahagian tersebut adalah: 

1. Protokol/sumber data: ini merujuk kepada nama protokol yang digunakan untuk mengakses data yang bertempat di sesuatu lokasi. Syntax lain yang boleh digunakan: 

a) ftp:// memandu ke fail yang boleh diakses menggunakan protokol FTP. 

b) Gopher:// memandu ke indeks sistem fail yang boleh diakses melalui protokol Gopher. 

c) http:// memandu ke arah dokumen hyperteks (terutama dokumen HTML) yang boleh diakses melalui protokol pindahan hyperteks (HTTP). 

d) mailto:// jalinan kepada satu aplikasi yang membolehkan anda mengarang mesej untuk dihantar kepada satu alamat

menggunakan emel. 

Page 14: World Wide Web

e) News:// memandu ke arah kumpulan berita USENET dan menggunakan Network News Transfer Protocol untuk mengakses maklumat. 

f) telnet:// jalinan untuk “login” komputer Internet yang jauh atau lain menggunakan menu pilihan yang telah ditetapkan terlebih dahulu. 

g) WAIS:// menghala kepada pelayan WAIS dalam Internet dan menyediakan akses kepada satu indeks sistem pangkalan data. 

h) file:// menunjukkan fail adalah fail dalam komputer anda dan bukan fail Web – yang tidak boleh diperolehi di luar direktori anda atau

rangkaian setempat.

Page 15: World Wide Web

2. Nama Domain:

Ini adalah nama domain bagi pelayan Web dimana laman web atau sumber ditempatkan. 

3. Alamat port:

dalam kebanyakan kes, alamat port default  adalah :80 (dan ia boleh diketepikan). Ia merujuk kepada alamat proses yang perlu dirujuk atau dihubungi. 

4. Laluan direktori:

atau laluan direktori adalah lokasi laman web dalam sistem fail pelayan Web. 

5. Nama objek:

Ini adalah nama sebenar fail HTML bagi laman Web atau apa jua sumber yang dikehendaki. 

Page 16: World Wide Web

6. Spot:

Ini merujuk kepada bahagian tertentu dalam     dokumen. Untuk tujuan ini anda perlu menandakan tanda # kepada fail HTML berkenaan untuk membawa browser ke bahagian tertentu dalam sesuatu dokumen.

Kadangkala terdapat nombor port, direktori dan fail. Jadual dibawah menyenaraikan beberapa jenis URL untuk mengakses pelbagai sumber: 

Jadual URL untuk Mengakses Sumber

Page 17: World Wide Web

Pelayan HTTP 

• HTTP atau HyperText Transfer Protocol adalah bahasa yang digunakan oleh klien dan pelayan untuk berkomunikasi antara satu dengan lain.

• Semua klien web dan pelayan perlu berkomunikasi antara satu dengan lain untuk bertukar (menghantar dan menerima dokumen) hypermedia.

• Kejayaan web adalah juga disebabkan oleh keupayaan HTTP untuk menangani pelbagai protokol aplikasi  seperti FTP, Gopher dan pelayan data WAIS.

• HTTP juga menyediakan kemudahan untuk mengambil dan memaparkan teks, grafik, animasi dan memainkan semula bunyi.

• Oleh kerana HTTP adalah asas kepada semua transaksi atau pertukaran web, maka kadangkala pelayan web juga dipanggil pelayan HTTP.

Page 18: World Wide Web

Versi HTML

• HTML atau Hyper Text Markup Language adalah bahasa yang digunakan oleh web untuk menghasilkan dan mengecam/mengenalpasti dokumen dan fail. 

• HTML menyediakan satu kaedah mengarang (authoring) dan menukar format serta merupakan bahasa markup (atau kod)  untuk disampaikan kepada browser web bagaimana sesuatu teks itu perlu dipaparkan.

• Tujuan bahasa markup adalah untuk memberi petunjuk tentang struktur, kandungan dan ciri sesuatu dokumen.

• Ada dua jenis markup iaitu deskriptif dan prosedur.

Page 19: World Wide Web

• HTML adalah bahasa markup deskriptif yang menerangkan struktur dan ciri dokumen.

• Biasanya dokumen HTML ditulis dengan extension .html atau .htm. dan dokumen html biasanya boleh ditulis dalam fail ASCII yang terkandung didalamnya kod atau teg yang digunakan untuk memberi maklumat tentang reka cara, stail teks, tajuk dokumen, perenggan dan jalinan hyperteks. 

• Penerangan bahasa markup dipanggil Document Type Definition atau DTD.

• Mempunyai empat versi HTML DTD. HTML iaitu: Versi 1.0 dicipta untuk menghasilkan jalinan hyperlinks. HTML 2.0 menggantikan 1.0 memuatkan ciri imej dan borang interaksi. Versi selanjutnya adalah 3.0 Versi 3.2 dimana beberapa ciri baru diperkenalkan seperti jadual, applets

dan teks sekitar imej. Kini versi 4 telahpun dipasarkan yang memuatkan ciri cascading style

sheet, memuatkan borang dan jadual, skrip untuk klien, pengantarabangsaan aksara (untuk membaca pelbagai bahasa) dan aksara khusus untuk matematik dan

percetakan. 

Page 20: World Wide Web

SEKIAN

MOHD KAMARUL AZZREEN BIN ARSHAD06 PTK 08 F 1043

&MOHAMAD SYAHIDI BIN MAT NAWI

06 PTK 08 F 1044