word pro - pek.2-2004 - sabah. · pdf filepemilikan syarikat perniagaan persendirian yang...

28
NEGERI SABAH [JPAN: CC.101/603/(292)] PEKELILING PERKHIDMATAN NEGERI SABAH BIL. 2/2004 PEMILIKAN DAN PERISYTIHARAN HARTA OLEH PEGAWAI AWAM TUJUAN 1. Pekeliling ini bertujuan untuk memberi penjelasan dan panduan mengenai pemilikan dan perisytiharan harta oleh pegawai awam di bawah peruntukan Perintah Am 8 Bahagian D Perintah Am Negeri Sabah (Kelakuan dan Tatatertib) 1982. DEFINISI 2 Dalam Pekeliling ini - “harta” bermaksud semua harta, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, yang meliputi benda-benda alih atau tak alih dan sama ada benda-benda tersebut diperolehi oleh pegawai berkenaan secara langsung atau tidak langsung seperti berikut: (a) berkenaan dengan harta tak alih: (i) tanah, termasuk tanah yang diduduki di bawah lesen pendudukan sementara; (ii) segala jenis tempat kediaman seperti rumah, rumah pangsa, pangsapuri atau kondominium; (iii) bangunan, termasuk rumah kedai atau ruang kedai, ruang pejabat atau warung; dan (b) berkenaan dengan harta alih: (i) apa-apa bentuk wang tunai di mana jua dideposit atau disimpan; (ii) syer, saham, debentur, bon atau sekuriti lain; (iii) apa-apa bentuk lesen atau permit perdagangan, perniagaan atau komersial; (iv) apa-apa harta alih yang lain, termasuklah segala jenis kenderaan motor, barang kemas, keahlian kelab, perabot rumah dan alat sukan yang harga belian tiap-tiap satunya melebihi 6 bulan emolumen atau RM10,000.00 (RM Sepuluh Ribu) mengikut mana yang lebih rendah; 1

Upload: phamdiep

Post on 17-Feb-2018

250 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

NEGERI SABAH

[JPAN: CC.101/603/(292)]

PEKELILING PERKHIDMATAN NEGERI SABAH BIL. 2/2004

PEMILIKAN DAN PERISYTIHARAN HARTA OLEH PEGAWAI AWAM

TUJUAN

1. Pekeliling ini bertujuan untuk memberi penjelasan dan panduan mengenai pemilikandan perisytiharan harta oleh pegawai awam di bawah peruntukan Perintah Am 8 BahagianD Perintah Am Negeri Sabah (Kelakuan dan Tatatertib) 1982.

DEFINISI

2 Dalam Pekeliling ini -

“harta” bermaksud semua harta, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, yangmeliputi benda-benda alih atau tak alih dan sama ada benda-benda tersebut diperolehi olehpegawai berkenaan secara langsung atau tidak langsung seperti berikut:

(a) berkenaan dengan harta tak alih:

(i) tanah, termasuk tanah yang diduduki di bawah lesen pendudukansementara;

(ii) segala jenis tempat kediaman seperti rumah, rumah pangsa,pangsapuri atau kondominium;

(iii) bangunan, termasuk rumah kedai atau ruang kedai, ruang pejabatatau warung; dan

(b) berkenaan dengan harta alih:

(i) apa-apa bentuk wang tunai di mana jua dideposit atau disimpan;(ii) syer, saham, debentur, bon atau sekuriti lain;(iii) apa-apa bentuk lesen atau permit perdagangan, perniagaan atau

komersial;(iv) apa-apa harta alih yang lain, termasuklah segala jenis kenderaan

motor, barang kemas, keahlian kelab, perabot rumah dan alat sukanyang harga belian tiap-tiap satunya melebihi 6 bulan emolumen atauRM10,000.00 (RM Sepuluh Ribu) mengikut mana yang lebih rendah;

1

“Ketua Jabatan” bermaksud seseorang pegawai yang mengetuai sesebuahorganisasi sama ada di peringkat kementerian, jabatan termasuk jabatan diperingkat daerah atau bahagian dalam sesebuah organisasi;

“Pegawai” bermaksud pegawai perkhidmatan awam negeri yang bertaraf tetap,sementara atau kontrak;

“Anak” termasuklah anak angkat atau anak tiri tetapi tidak termasuk anak yangbukan tanggungan pegawai itu.

“Pemilikan harta” bermaksud harta yang dimiliki oleh pegawai atau isteri atausuaminya atau anaknya yang dipegang oleh mana-mana orang bagi pihak isteri atausuaminya atau anaknya;

“Perisytiharan harta” bermaksud perisytiharan harta kali pertama, harta tambahan,pelupusan harta dan termasuk pengakuan tiada perubahan ke atas pemilikan harta;

“Pihakberkuasa Tatatertib” bermaksud Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeriyang dilantik di bawah Perkara 36 Perlembagaan Negeri Sabah.

"Urus Setia" bermaksud mana-mana bahagian, cawangan, seksyen atau unit yangbertanggungjawab menguruskan perisytiharan harta di sesebuah organisasi.

LATAR BELAKANG

3. Di bawah peruntukan Perintah Am 8 Bahagian D, Perintah Am Negeri Sabah(Kelakuan dan Tatatertib) 1982 seseorang pegawai hendaklah, pada tarikh ia dilantik kedalam Perkhidmatan Awam, mengisytiharkan kepada Pihakberkuasa Tatatertib melaluiKetua Jabatannya semua harta yang dimiliki olehnya atau isteri atau suami atau anaknyaatau yang dipegang oleh mana-mana orang bagi pihaknya atau bagi pihak isteri atausuaminya atau anaknya.

KEWAJIPAN MENGISYTIHARKAN HARTA

Keperluan Membuat Perisytiharan Harta

4. Seseorang pegawai hendaklah mengisytiharkan harta apabila:

(i) dilantik ke dalam perkhidmatan awam;(ii) dikehendaki oleh Kerajaan;(iii) memperolehi harta tambahan; dan(iv) melupuskan harta.

Tempoh Perisytiharan Harta

5. Seseorang pegawai hendaklah membuat perisytiharan harta sekurang-kurangnyasekali dalam tempoh lima (5) tahun. Bagi maksud Pekeliling ini, “tempoh perisytiharan”harta dikira berdasarkan tarikh terakhir perisytiharan harta dibuat.

6. Sekiranya dalam tempoh perisytiharan harta yang ditetapkan itu seseorang pegawaitidak memperolehi apa-apa harta tambahan atau tidak melupuskan apa-apa harta, makapegawai berkenaan perlu membuat pengakuan mengenainya dengan menggunakan borangseperti di LAMPIRAN ‘A’

2

TATACARA PERISYTIHARAN HARTA

Borang Yang Digunakan

7. Bagi tujuan membuat perisytiharan harta, borang berikut hendaklah digunakan:

Jenis Borang Kegunaan

(i) Borang JPA(T)1/02 Bagi perisytiharan harta kali pertama (LAMPIRAN ‘B’) dan harta tambahan.

(ii) Borang JPA(T)2/02 Bagi perisytiharan pelupusan harta.(LAMPIRAN ‘C’)

(iii) Borang JPA(T)3/02 Bagi perisytiharan syarikat/perniagaan (LAMPIRAN ‘D’) persendirian.

8. Borang yang telah diisi dengan sempurna hendaklah dikemukakan kepadaPihakberkuasa Tatatertib melalui Ketua Jabatan di organisasi masing-masing.

Perisytiharan Harta Kali Pertama

9. Tiap-tiap pegawai yang baru dilantik ke dalam perkhidmatan awam hendaklahmembuat perisytiharan harta setelah melaporkan diri dengan melengkapkan BorangJPA(T)1/02. Borang perisytiharan harta yang telah diisi oleh pegawai hendaklahdikemukakan kepada Pihakberkuasa Tatatertib melalui Ketua Jabatan tidak lewat daripadatiga puluh hari selepas tarikh melapor diri.

10. Bagi pegawai yang sedang berkhidmat yang belum lagi membuat perisytiharan hartamasing-masing, mereka hendaklah membuat perisytiharan tersebut dengan mengisi BorangJPA(T)1/02 dan mengemukakannya kepada Pihakberkuasa Tatatertib melalui KetuaJabatan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh Pekeliling ini.

11. Pegawai yang tidak memiliki apa-apa harta untuk diisytiharkan hendaklahmengesahkannya dengan melengkapkan Borang JPA(T)1/02 dan mengemukakan kepadaPihakberkuasa Tatatertib melalui Ketua Jabatan.

Perisytiharan harta Tambahan

12. Pegawai yang memperolehi harta tambahan (kecuali wang tunai atau simpananyang perubahan jumlahnya kurang 6 bulan emolumen) hendaklah mengisytiharkan hartatambahan tersebut kepada Pihakberkuasa Tatatertib melalui Ketua Jabatan denganmenggunakan Borang JPA(T)1/02.

Perisytiharan Pelupusan Harta

13. Pegawai yang melupuskan mana-mana harta yang telah diisytiharkan (kecuali wangtunai) hendaklah mengisytiharkannya kepada Pihakberkuasa Tatatertib denganmenggunakan Borang JPA(T)2/02. Sekiranya hasil pelupusan harta berkenaan dijadikanpunca kewangan untuk memperolehi harta tambahan, maka pelupusan harta berkenaanboleh dibuat bersekali dengan perisytiharan harta tambahan itu dengan menggunakanborang JPA(T)1/02.

3

TATACARA MEMPROSES PERISYTIHARAN HARTA

Tanggungjawab Ketua Jabatan

14. Ketua Jabatan, setelah menerima borang perisytiharan harta daripada pegawaihendaklah:

(i) mengeluarkan surat akuan terima kepada pegawai dengan serta merta;(ii) menyemak dan mengesahkan borang tersebut dengan menandatangani di

ruangan berkenaan; dan(iii) mengemukakan borang yang telah disahkan itu kepada Pihakberkuasa

Tatatertib.

15. Sekiranya Ketua Jabatan berpendapat bahawa pegawai memiliki sumber kewanganatau harta yang nilainya jauh melebihi dan tidak seimbang dengan emolumennya, makaKetua Jabatan hendaklah, melalui notis bertulis, meminta pegawai itu memberi penjelasanbertulis dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan notis itu bagaimana dia dapatmenyenggara taraf kehidupan sedemikian atau bagaimana yang dinyatakan di bawahperuntukan Perintah Am 9 Bahagian D, Perintah Am Negeri Sabah (Kelakuan danTatatertib) 1982.

Tindakan Pihakberkuasa Tatatertib

16. Pihakberkuasa Tatatertib hendaklah menimbangkan perisytiharan harta pegawaidengan mengambilkira perkara berikut:

(i) pegawai mempunyai keupayaan untuk memiliki harta yang telahdilaporkannya;

(ii) cara perolehan harta yang dilaporkan itu tidak bertentangan denganmana-mana peraturan;

(iii) cara perolehan harta tersebut tidak menggunakan kedudukan rasminya atautidak bertentangan antara kepentingan rasmi dengan kepentinganpersendiriannya;

(iv) bayaran ansuran bulanan tidak membebankan; dan(v) faktor lain yang berkaitan dengan keutuhan dan kecekapan perkhidmatan

awam.

17. Pihakberkluasa Tatatertib boleh meminta maklumat tambahan jika perlu.Pihakberkuasa Tatatertib setelah membuat pertimbangan dan berpuashati denganperisytiharan harta pegawai, hendaklah menandatangani borang perisytiharan harta pegawai di ruangan “keputusan Pihakberkuasa Tataterib”

Tindakan Ketua Jabatan

18. Ketua Jabatan hendaklah menyampaikan keputusan Pihakberkuasa Tatatertibberserta satu salinan borang perisytiharan harta yang telah ditandatangani olehPihakberkuasa Tatatertib itu kepada pegawai. Contoh surat pemberitahuan keputusanseperti di LAMPIRAN ‘E’.

19. Ketua Jabatan hendaklah memastikan keputusan perisytiharan harta pegawaidirekodkan dalam rekod perkhidmatan pegawai berkenaan. Contoh kenyataan yang bolehdirekodkan di LAMPIRAN ‘F’

4

PEMILIKAN HARTA YANG BERTENTANGAN DENGAN TATAKELAKUAN

20. Di bawah peruntukan Perintah Am 8(3) Bahagian D Perintah Am Negeri Sabah(Kelakuan dan Tatatertib) 1982, pegawai yang bercadang memperolehi harta yangbertentangan dengan tatakelakuan yang ditetapkan dalam peruntukan - peruntukanPerintah Am 4 Bahagian D Perintah Am Negeri Sabah (Kelakuan dan Tatatertib) 1982hendaklah mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Pihakberkuasa Tatatertib.

PANDUAN PEMILIKAN HARTA TERTENTU

Pebelian Saham, Debentur, Bon atau Sekuriti Lain.

21. Seseorang pegawai awam boleh membeli syer dalam syarikat-syarikat tertaklukkepada syarat-syarat seperti berikut:-

(i) tidak melibihi 5% daripada modal terkumpul di bayar atau RM100,000 padanilai semasa, yang mana lebih rendah dalam tiap - tiap satu syarikat yangdiperbadankan di Malaysia;

(ii) tidak melebihi 5% daripada modal dalam tiap-tiap syarikat permodalan danperusahaan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan; atau

(iii) tidak melebihi had yang ditetapkan oleh Kerajaan bagi tiap-tiap satu dalamUnit Amanah (Unit Trusts) anjuran Kerajaan.

22. Pegawai yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dalam keadaanberikut perlu mendapat kebenaran Setiausaha Kerajaan Negeri terlebih dahulu sebelummembeli/memiliki saham daripada syarikat berkenaan. Keadaan tersebut ialah:

(i) pegawai yang menjadi Ahli Lembaga Pengarah syarikat berkenaan;

(ii) pegawai yang bertanggungjawab memproses / menimbang / meluluskanlesen - lesen perniagaan syarikat;

(iii) pegawai yang bertanggungjawab memberikan perkhidmatan dan kemudahankepada syarikat untuk beroperasi; atau

(iv) pegawai yang bertanggungjawab menentukan agihan ekuiti dan urusan yangberkaitan dengan pengeluaran saham.

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang seperti diLAMPIRAN ‘G’

Pemilikan Syarikat Perniagaan Persendirian Yang Dimiliki Oleh Ahli Keluarga

23. Syarikat perniagaan yang dimiliki oleh ahli keluarga pegawai hendaklah diisytiharkanmenggunakan Borang JPA(T) 3/02 kepada Pihakberkuasa Tatatertib melalui Ketua Jabatanmasing-masing.

5

Pemilikan Harta Yang Dilarang

24. Pegawai tidak dibenarkan:

(i) memiliki lesen:

a) kenderaan perniagaan;

b) kenderaan perkhidmatan awam;

c) perniagaan hiburan; atau

(ii) memohon dan memiliki tanah Kerajaan untuk tujuan pembalakan danPerlombongan.

25. Larangan di Perenggan 24 ditujukan khusus kepada pegawai itu sendiri dan tidaktermasuk ahli keluarga mereka. Pegawai yang telah sedia memiliki jenis harta yangdinyatakan di perenggan 24(i) dan (ii) secara pusaka hendaklah melaporkan perkara itu kepada Pihakberkuasa Tatatertib melalui Ketua Jabatan masing masing.

KESELAMATAN MAKLUMAT DALAM BORANG PERISYTIHARAN HARTA

26. Maklumat yang terkandung dalam borang perisytiharan harta adalah bertaraf‘SULIT’. Ketua Jabatan diminta mengambil langkah keselamatan yang sewajarnaya untukmemastikan borang perisytiharan harta yang telah dipenuhi diuruskan mengikut langkahdan peraturan menguruskan dokumen sulit Kerajaan yang lain.

KEGAGALAN MENGISYTIHARKAN PEMILIKAN HARTA

27. Pegawai yang gagal membuat perisytiharan harta, boleh diambil tindakan tatatertibdi bawah peruntukan Perintah Am Negeri Sabah Bahagian D (Kelakuan dan Tatatertib)1982.

LAPORAN KEDUDUKAN PERISYTIHARAN HARTA

28. Ketua Jabatan dikehendaki melaporkan kepada Setiausaha Kerajaan Negerikedudukan perisytiharan harta pegawai di bawah tanggungjawab masing-masing 6 bulansekali pada setiap tahun dengan menggunakan borang seperti di LAMPIRAN ‘H’. Borangyang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut:

Setiausaha Kerajaan NegeriBahagian Perkhidmatan,Jabatan Perkhidmatan Awam NegeriTingakt 1 - 5 , Wisma Perindustrian,Jalan Istiadat, Likas,88400 Kota Kinabalu.

6

TARIKH KUATKUASA

29. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuatkuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan.

PEMAKAIAN

30. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing - masing, peruntukanPekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada Pihak Berkuasa Berkanun Negeri danPihak Berkuasa Tempatan.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DENGAN BERSIH, CEKAP DAN AMANAH’

( K. Y. MUSTAFA )Setiausaha Kerajaan Negeri

Tarikh: 11 Februari 2004

Diedarkan kepada : Semua Setiausaha Tetap Kementerian NegeriSemua Ketua Jabatan NegeriSemua Ketua Pengurusan Badan Berkanun NegeriSemua Ketua Pengurusan Kuasa Tempatan NegeriSemua Pegawai DaerahSemua Penolong Pegawai Daerah, Daerah Kecil

7

SULIT

LAMPIRAN ‘A’

BORANG PENGAKUAN TIADA PERUBAHANKE ATAS PEMILIKAN HARTA

(Diisi dalam 3 salinan)

1. KETERANGAN MENGENAI PEGAWAI

Nama :

No. Kad Pengenalan :

Jawatan / Gred :

Alamat Tempat Bertugas :

2. PENGAKUAN PEGAWAI

Dengan ini saya mengaku bahawa tiada perubahan ke atas pemilikan harta saya seperti yang telahdiistiharkan pada . Saya membuat pengakuan ini selaras dengan kehendakperenggan 6, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2004.

Tarikh:( Tandatangan Pegawai )

3. URUS SETIA

Borang pengakuan tiada perubahan ke atas pemilikan harta pegawai ini dikemukakan untukpertimbangan Pihakberkuasa Tatatertib.

Tarikh:( Tandatangan Pegawai )

Nama :

Jawatan :

4. KEPUTUSAN PIHAKBERKUASA TATATERTIB

Saya telah mengambil maklum ke atas pengakuan pegawai ini.

Tarikh: _________ ___________________________ ( Tandatangan Pengerusi Lembaga Tatatertib )

Nama :

Jawatan :

SULIT

SULIT

LAMPIRAN ‘B’

BORANG PERISYTIHARAN HARTA

Tandakan i) Kali Pertama

ii) Tambahan

PERHATIAN:

1. Borang ini hendklah diisi dengan lengkap dalam 3 salinan.

2. Borang ini hendaklah ditaip atau ditulis dengan huruf cetak dan salinan boleh dibuat secara fotokopi.

1. KETERANGAN MENGENAI PEGAWAI

Nama :

No. Kad Pengenalan :

Jawatan / Gred :

Alamat Tempat Bertugas :

2. KETERANGAN MENGENAI KELUARGA

i) Suami / Isteri

Nama No. Kad Pengenalan Pekerjaan / AlamatMajikan (Jika berkaitan)

a)

b)

ii) Anak / Tanggungan

Nama Umur No. Kad Pengenalan (Jika berkaitan)

a)

b)

c)

d)

e)

SULIT

SULIT

3. PENDAPATAN BULANAN

Pegawai Suami / Isteri

i) Gaji : RM RM

ii) Jumlah Semua Imbuhan : RM RMTetap dan Elaun

iii) Sewa Rumah / Kedai : RM RM

iv) Dividen (Nyatakan) : RM RM

v) Lain-lain (Nyatakan)

JUMLAH : RM RM

4. TANGGUNGAN / ANSURAN BULANAN ATAS HUTANG / PINJAMAN

:JUMLAH

:Lain-lain(Nyatakan)

v)

:PinjamanKoperasi

iv)

:CukaiPendapatan

iii)

:PinjamanKenderaan

ii)

:PinjamanPerumahan

i)

Jumlah BayaranBulanan

(RM)

JumlahPinjaman/Tanggungan

(RM)

Jumlah BayaranBulanan (RM)

JumlahPinjaman/Tanggunan

(RM)

Suami / IsteriPegawai

SULIT

SULIT

5. KETERANGAN MENGENAI HARTA

UntukKegunaanRasmi

KeteranganLain Jika Ada

Punca-punca Kewangan Bagi MemilikiHarta Dan Jumlahnya.a) Jika Pinjaman, Nyatakan:

i) Jumlah pinjamanii) Institusi memberi pinjamaniii) Tempoh bayaran balikiv) Ansuran bulananv) Tarikh ansuran pertama

b) Hasil Pelupusan Harta, Nyatakan:i) Jenis Harta / Alamat / No. Daftarii) Harga Jualaniii) Tarikh Lupus

Cara Dan DariSiapa HartaDiperolehi,(dpusakai, dibeli,dihadiahkan dansebagainya)

NilaiPerolehanHarta (RM)

Bilangan/Ekar/Khaki Persegi/Unit (kalaurumah,nyatakankeluasan tanahtapak rumahitu)

TarikhPemilikanHarta

Alamat Harta/No.Pendaftaran/No.Sijil DanSebagainya

Pemilik HartaDan HubunganDengan Pegawai(sendiri, suamiatau isteri, anakdan sebagainya)

JenisHarta

[Nota: Sekiranya harta tersebut diperolehi melalui pusaka atau hadiah, sila sertakan sesalinan geran atau dokumen-dokumen berkaitan sebagai bukti]

_________________________________________( Tandatangan ) ( Tandatangan dan Cop ( Tandatangan Pengerusi Lembaga Tatatertib )

Setiausaha Tetap/Ketua Jabatan )

SULIT

SULIT

6. PENGAKUAN PEGAWAI

Saya dengan ini mengisytiharkan semua harta yang saya miliki serta tanggungan dan segala maklumatyang diberikan adalah benar dan tidak bercanggah dengan mana-mana peraturan.

Tarikh:( Tandatangan Pegawai )

7. URUS SETIA

Borang perisytiharan harta pegawai telah diisi dengan lengkap dan dikemukakan untuk pertimbanganPihakberkuasa Tatatertib.

Tarikh:( Tandatangan Urus Setia )

Nama :

Jawatan :

8. KEPUTUSAN PIHAKBERKUASA TATATERTIB

Saya telah mengambil makluman ke atas perisytiharan harta pegawai ini mengikut Peruntukan PerintahAm 8 Bahagian D Perintah Am Negeri Sabah (Kelakuan dan Tatatertib) 1982.

Tarikh: ( Tandatangan Pengerusi Lembaga Tatatertib )

Nama :

Jawatan :

NOTA:

Jika pegawai ditukarkan ke mana-mana kementerian atau jabatan, urus setia hendaklah memastikan satusalinan semua borang perisytiharan harta pegawai dikemukakan kepada Ketua Jabatan tempat pegawaiditukarkan.

SULIT

SULITLAMPIRAN ‘C’

Borang JPA(T)2/02

BORANG PERISYTIHARAN PELUPUSAN HARTA

PERHATIAN:

1. Borang ini hendklah diisi dengan lengkap dalam 3 salinan.

2. Borang ini hendaklah ditaip atau ditulis dengan huruf cetak dan salinan boleh dibuat secara fotokopi.

1. KETERANGAN MENGENAI PEGAWAI

i) Nama :

ii) No. Kad Pengenalan :

iii) Jawatan /Gred :

iv) Alamat Tempat Bertugas :

2. PENGAKUAN PEGAWAI

Saya mengaku bahawa segala maklumat yang diberikan dalam borang ini adalah lengkap dan benar.

Tarikh: ( Tandatangan Pegawai )

3. URUS SETIA

Borang perisytiharan pelupusan harta pegawai telah diisi dengan lengkap dan dikemukakan untukpertimbangan Pihakberkuasa Tatatertib.

Tarikh: ( Tandatangan Urus Setia )

Nama :

Jawatan :

SULIT

SULIT

4. KETERANGAN MENGENAI PELUPUSAN HARTA

Untuk Kegunaan Rasmi

(7)

Cara Pelupusan (sama ada dijual,dihadiahkan dan sebagainya). Jika

dijual, Nyatakan Harga Jualan

(6)

Tarikh Pelupusan

(5)

TarikhPemilikan

Harta

(4)

Alamat Harta/No.Pendaftaran/No. Sijil

dan sebagainya

(3)

Pemilik Harta danHubungan Dengan Pegawai(sendiri, suami/isteri atau

anak dan sebagainya)

(2)

Jenis Harta

(1)

__________________________________

( Tandatangan Pegawai ) ( Tandatangan dan Cop Setiausaha Tetap Kementerian/Ketua Jabatan ) ( Tandatangan Pengerusi Lembaga Tatatertib )

SULIT

SULIT

5. KEPUTUSAN PIHAKBERKUASA TATATERTIB

Saya telah mengambil maklum ke atas perisytiharan pelupusan harta pegawai ini mengikut PeruntukanPerintah Am 8 Bahagian D. Perintah Am Negeri Sabah (Kelakuan dan Tatertib) 1982.

Tarikh: ( Tandatangan Pengerusi Lembaga Tatatertib )

Nama :

Jawatan :

NOTA:

Jika pegawai ditukarkan ke mana-mana kementerian atau jabatan, urus setia hendaklah memastikan satusalinan semua borang perisytiharan harta pegawai dikemukakan kepada Ketua Jabatan tempat pegawaiditukarkan.

SULIT

LAMPIRAN ‘D’

Borang JPA(T)3/02

BORANG PERISYTIHARANSYARIKAT / PERNIAGAAN PERSENDIRIAN

PERHATIAN:

1. Borang ini hendklah diisi dengan lengkap dalam 3 salinan.

2. Borang ini hendaklah ditaip atau ditulis dengan huruf cetak dan salinan boleh dibuat secara fotokopi.

1. KETERANGAN MENGENAI PEGAWAI

i) Nama :

ii) No. Kad Pengenalan :

iii) Jawatan dan Gred / Tingkatan :

iv) Alamat Tempat Bertugas :

2. KETERANGAN MENGENAI PEGAWAI SYARIKAT / PERNIAGAAN

i) Nama Syarikat / Perniagaan :

ii) No. Pendaftaran :

iii) Alamat Syarikat / Perniagaan :

iv) Jenis Syarikat / Perniagaan :

v) Pulangan Perniagaan Tahunan :

vi) Modal Dibenarkan :

vii) Modal Berbayar (Paid-up Capital :

viii) Punca Kewangan Syarikat / Perniagaan

a)

b)

c)

SULIT

SULIT

ix) Nama ahli keluarga yang terlibat dalam syarikat / perniagaan:

f.

e.

d.

c.

b.

a.

Nilai SahamRM

Jumlah SahamDipegang

(Unit)

JawatanDalam

Syarikat (Silalihat catitan)

Hubungan(Sila lihatcatitan)

NamaBil

Catitan

i) Hubungan

1 = isteri 2 = suami3 = anak 4 = lain-lain

ii) Jawatan Dalam Syarikat

1 = Pemilik Saham2 = Pengarah / Lembaga Pengarah

SULIT

SULIT

3. DOKUMEN SYARIKAT

Bersama-sama ini disertakan ‘Memorandum And Articles of Association,’

4. PENGAKUAN PEGAWAI

Saya mengaku maklumat yang dikemukakan di atas adalah benar.

Tarikh: ( Tandatangan Pegawai )

5. URUS SETIA

Borang perisytiharan memiliki syarikat / perniagaan telah diisi dengan lengkap dan dikemukakan untukpertimbangan Pihakberkuasa Tatatertib.

Tarikh: ( Tandatangan Urus Setia )

Nama :

Jawatan :

6. KEPUTUSAN PIHAKBERKUASA TATATERTIB

Saya telah mengambil makluman ke atas perisytiharan memiliki syarikat / perniagaan pegawai inimengikut Peruntukan Perintah Am 8 Bahagian D. Perintah Am Negeri Sabah (Kelakuan dan Tatertib)1982.

Tarikh: ( Tandatangan Pengerusi Lembaga Tatatertib )

Nama :

Jawatan :

SULIT

SULITLAMPIRAN ‘E’

Rujukan Kami:

Rujukan Tuan:

Tarikh:

( Nama dan Alamat Pegawai )

Tuan/Puan,

PERISYTIHARAN HARTA MENGIKUT PERUNTUKAN PERINTAH AM 8 BAHAGIAN DPERINTAH AM NEGERI SABAH [KELAKUAN DAN TATATERTIB] 1982

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perisytiharan harta tuan/puan yang telah dikemukakan kepada urus setiabertarikh . Dimaklumkan bahawa Pihakberkuasa Tatatertib pada telah mengambil maklum ke atas pemilikan harta tuan/puan seperti yang diisytiharkan dalam borangperisytiharan harta berkenaan.

2. Bersama-sama ini dikembalikan sesalinan borang perisytiharan harta tersebut untuk simpanantuan/puan.

3. Sukacita pihak urus setia menarik perhatian tuan/puan bahawa apabila pemilikan sesuatu harta, kecualiwang tunai dan simpanan, yang dilaporkan itu tidak lagi dipunyai oleh tuan/puan ataupun apabila memiliki hartabaru, tuan/puan hendaklah melaporkan perkara ini kepada Pihakberkuasa Tatatertib melalui Ketua Jabatandengan segera.

Sekian dan terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DENGAN BERSIH, CEKAP DAN AMANAH’

Saya yang menurut perintah,

[ NAMA PEGAWAI URUS SETIA ]

b.p. Ketua Jabatan (Nama Jabatan)

s.k. Bahagian Sumber Manusia / Pentadbiran(Sila rekodkan keputusan perisytiharan harta pegawai seperti contoh berkenaan).

SULIT

SULIT

LAMPIRAN ‘F’

CONTOH FORMAT UNTUK MEREKOD KEPUTUSANPERISYTIHARAN HARTA PEGAWAI

( Pengerusi Lembaga Tatatertib )* pada telah mengambil maklum ke atas perisytiharan

harta pegawai ini mengikut Peruntukan Perintah Am 8 Bahagian D. Perintah Am Negeri Sabah (Kelakuan dan

Tatatertib) 1982 seperti terkandung dalam surat (No. Rujukan surat pemberitahuan

keputusan Pihakberkuasa Tatatertib) bertarikh .

[ Tandatangan ]

b.p. Ketua Jabatan (Nama Jabatan)

NOTA:

Jika pegawai ditukarkan ke mana-mana kementerian atau jabatan, urus setia hendaklah memastikan satu salinansemua borang perisytiharan harta pegawai dikemukakan kepada Ketua Jabatan tempat pegawai ditukarkan.

SULIT

SULITLAMPIRAN ‘G’

PERMOHONAN BAGI MENDAPATKAN KEBENARAN UNTUKMEMOHON DAN MEMILIKI TANAH KERAJAAN / SAHAM

PERHATIAN:

1. Borang ini hendklah diisi dengan lengkap dalam 3 salinan.

2. Borang ini hendaklah ditaip atau ditulis dengan huruf cetak dan salinan boleh dibuat secara fotokopi.

1. KETERANGAN MENGENAI PEGAWAI

i) Nama :

ii) No. Kad Pengenalan :

iii) Tarikh Lantikan Ke Perkhidmatan :Sekarang dan Nama Perkhidmatan

iv) Kumpulan Perkhidmatan, Gred/ :

Tingkatan Hakiki dan Gelaran Jawatan

v) Alamat Tempat Bertugas :

2. KETERANGAN MENGENAI KELUARGA

i) Suami / Isteri

Nama No. Kad Pengenalan Pekerjaan / Alamat Majikan (Jika berkaitan)

a)

b)

SULIT

SULIT

ii) Anak / Tanggungan

Nama Tarikh Lahir Umur No. Kad Pengenalan (Jika berkaitan)

a)

b)

c)

d)

e)

f)

3. PENDAPATAN BULANAN

Pegawai Suami / Isteri

i) Gaji :

ii) Imbuhan Tetap Keraian :

iii) Imbuhan Tetap Perumahan :

vi) Imbuhan Khidmat Awam :

v) Sewa Rumah / Kedai :

vi) Dividen (Nyatakan) :

vii) Lain-lain (Nyatakan) :

JUMLAH :

SULIT

SULIT

TANGGUNGAN / ANSURAN BULANAN ATAS HUTANG / PINJAMAN

:JUMLAH

:

:

::

:Lain-lain(Nyatakan)

v)

:PinjamanKoperasi

iv)

:CukaiPendapatan

iii)

:PinjamanKenderaan

ii)

:PinjamanPerumahan

i)

Jumlah BayaranBulanan

(RM)

JumlahPinjaman/Tanggungan

(RM)

Jumlah BayaranBulanan (RM)

JumlahPinjaman/Tanggunan

(RM)

Suami / IsteriPegawai

SULIT

SULIT

5. BUTIR-BUTIR TANAH YANG TELAH DIBERIMILIK OLEH KERAJAAN DI MANA-MANATEMPAT DI MALAYSIA

i) Tanah Pertanian:

Luas :

No. Lot :

Mukim :

Negeri :

Tarikh Diperolehi :

ii) Tanah Pertanian:

Luas :

No. Lot :

Mukim :

Negeri :

Tarikh Diperolehi :

6. BUTIR-BUTIR TANAH ATAU SAHAM YANG DIPOHON

(i) Butir-butir lengkap mengenai tanah Kerajaan yang hendak dipohon dan dimiliki:

Luas Tanah : ekar / hektar / meter persegi / kaki persegi*

No. Lot (jika ada): Mukim:

Daerah: Negeri:

Jenis Tanah : [sila tandakan ( ) dikotak berkenaan

Tanah pertanian

* Potong mana yang tidak berkenaan.

SULIT

Tanah perumahan

SULIT

(ii) Butir-butir saham yang dipohon:

Nama Syarikat :

Modal Berbayar (Paid-Up Capital) :

Jumlah Unit :

Nilai Saham :

Sumber Kewangan :

(iii) Jika melibatkan pinjaman, nyatakan:

Nama Institusi dan Alamat Ansuran Tarikh TempohBulanan Ansuran Pinjaman

Pertama

SULIT

SULIT

7. PENGAKAUN PEGAWAI

Saya mengaku bahawa butir-butir yang diberikan di atas adalah benar.

2. Dengan ini saya memohon kelulusan untuk memiliki tanah / saham * seperti yang dinyatakandi atas dan berjanji akan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Tarikh:( Tandatangan Pegawai )

8. ULASAN KETUA JABATAN

Saya menyokong / tidak menyokong permohonan pegawai ini untuk pertimbangan Setiausaha KerajaanNegeri

Tarikh:( Tandatangan Ketua Jabatan )

Nama :

Jawatan :

SULIT

SULIT

9. KEPUTUSAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI

Saya telah menimbangkan permohonan pegawai dan membuat keputusan berikut:

Diluluskan

Tidak diluluskan

Tarikh: ( Tandatangan )

Nama :

Jawatan :

SULIT

LAMPIRAN ‘H’

KEDUDUKAN PERISYTIHARAN HARTA BAGI TEMPOH

KEMENTERIAN :

JABATAN / AGENSI :

JUMLAH

KumpulanSokongan

Gred 41 - 44

Gred 47/48Ke Atas

KALI KELIMA

(6)

KALIKEEMPAT

(5)

KALI KETIGA

(4)

KALI KEDUA

(3)

KALIPERTAMA

(2)

JUMLAH BELUM ISYTIHAR (1) - (2)

JUMLAH TELAH ISYTIHARJUMLAH

(1)

KATEGORI

Nota: Isytihar Kali Pertama : Perisytiharan harta yang dibuat pertama kali semenjak pegawai/kakitangan mula berkhidmat.

Isytihar Kali Kedua dan Seterusnya : Perisytiharan harta tambahan, pelupusan harta dan termasuk pengakuan tiada perubahan ke atas pemilikan harta.

SULIT