pengajian perniagaan penggal 3 (syarikat multinasional sime darby)

20

Upload: mohamad-arifnaim

Post on 12-Jul-2015

969 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 (SYARIKAT MULTINASIONAL SIME DARBY)
Page 2: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 (SYARIKAT MULTINASIONAL SIME DARBY)

Menurut Daning (1974), syarikat Multinasional merujuk kepada firma yang membuat

pengeluaran sekurang-kurangnya di sebuah negara asing. Kwook dan Reeb (2000) pula

mendefinisikan syarikat multinasional sebagai sebuah syarikat dengan nisbah aset asing melebihi

satu peratus. Sime Darby Bhd merupakan syarikat multinasional terkemuka di Malaysia dan salah

sebuah konglomerat terbesar di Asia Tenggara. Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1910 telah

berkembang menjadi sebuah kumpulan antarabangsa yang teguh dan dinamik dengan lebih 210 buah

syarikat yang beroperasi di 23 buah negara. Kumpulan mempunyai lebih daripada 27000 warga kerja

dan terkenal dengan keupayaan kewangan dan pengurusannya. Ia adalah sebuah syarikat yang

disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur degan modal pasaran melebihi US$2.9

billion pada 30 jun 2000.

Page 3: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 (SYARIKAT MULTINASIONAL SIME DARBY)

2.1 mengenalpasti aktiviti perniagaan syarikat Sime Darby

Bhd

2.2 Menjelaskan konsep-konsep perniagaan antarabangsa

yang diaplikasikan oleh syarikat Sime Darby Bhd.

2.3 Mengenalpasti pendekatan strategik syarikat Sime Darby

Bhd.

2.4 Mengenalpasti perancangan syarikat Sime Darby Bhd

2.5 Menjelaskan Strategik Pemasaran syarikat Sime Darby

Berhad

Page 4: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 (SYARIKAT MULTINASIONAL SIME DARBY)

Sime Darby Berhad telah ditubuhkan pada 1910 di Melaka. Awal

penubuhannya syarikat ini dikenali sebagai Sime Darby & Co, namun setelah melalui

beberapa fasa transformasi yang membawa syarikat ini di persada antarabangsa.

Pada peringkat awal operasinya, Sime Darby telah melantik rakan kongsi tempatan

yang paling terkenal di Malaysia iaitu Tun Tan Cheng Lock yang merupakan bapa

kepada Perdana Menteri Kewangan Kedua Malaysia Tun Tan Siew Sin. Kini, syarikat

Sime Darby tidak menumpukan dal sektor perladangan sahaja malah Sime Darby

telah membuka pasaran bhaharu dengan menceburi sektor pemotoran, sektor

kelengkapan perindustrian, sektor penjagaan kesihatan, sektor hartanah. Pada tahun

2010, Sime Darby diumumkan sebagai sebuah syarikat terbesar di Bursa Malaysia

dengan permodalan pasaran RM53.66 billion dengan tenaga kerja seramai 100,000

orang di 23 buah negara.

Syarikat Sime Darby kini beroperasi di 21st Floor, Wisma Sime Darby, Jalan

Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia. Di wisma Sime Darby

menempatkan kumpulan operasi Sime Darby seperti Sime Darby Plantation Sdn.Bhd.

Sime Darby Juga mementingkan aspek sosial untuk membantu masyarakat melalui

Yayasan Sime Darby yang beroperasi di menara Sime Darby.

Page 5: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 (SYARIKAT MULTINASIONAL SIME DARBY)

DATA SEKUNDER

Bil Objektif kajian Kaedah

kajian

Pendekatan

1 Mengenalpasti aktiviti perniagaan

syarikat Sime Darby Bhd

Data sekunder kualitatif

2 Menjelaskan konsep-konsep

perniagaan antarabangsa yang

diaplikasikan Sime Darby Bhd

Data sekunder Kualitatif

3 Mengenalpasti pendekattan strategik

Sime Darby Bhd

Data sekunder Kualitatif

4 Mengenalpasti Perancangan Sime

Darby Bhd

Data sekunder Kualitatif

5 Menjelaskan Strategik Pemasaran

Sime Darby Bhd

Data sekunder Kualitatif

Sumber

Buku

Majalah

Surat

khbar

internet

Page 6: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 (SYARIKAT MULTINASIONAL SIME DARBY)

Dalam dapatan kajian, pengkaji telah mencari maklumat-maklumat berkaitan

syarikat Sime Darby berdasarkan data sekunder seperti internet dan buku dan

laporan tahunan syarikat. Bahagian ini akan menjelaskan lima objektif kajian

yang dibina seperti mengenalpasti aktiviti perniagaan Syarikat Sime Darby

Berhad, konsep-konsep perniagaan antarabangsa yang diaplikasi oleh syarikat

Sime Darby Berhad, mengenalpasti pendekatan strategik, mengenalpasti

perancangan syarikat dan menjelaskan strategik perniagaan syarikat Sime Darby

Berhad.

Page 7: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 (SYARIKAT MULTINASIONAL SIME DARBY)

PENGELUARAN EKSTRAKTIF

Sime Darby Berhad menerusi Sime Darby Plantation menjalankan aktiviti penanaman

pokok kelapa sawit. Sime Darby Plantation telah meluaskan kawasan ladangnnya di negara

Malaysia, Indonesia, dan Liberia. SDP merupakan pengeluar minyak kelapa sawit terbesar

di dunia dengan anggaran kira-kira 2470000 nada. SDP mempunyai keluasan tanah

berjumlah 858.879 hektar dimana 349 456 hektar di Malaysia, 289 423 hektar di indonesia,

dan 220 000 hektar di Liberia

Sime Darby Plantation mempunyai strategi yang dapat mengembangkan hasil

pendapatan melalui sektor peladangan kelapa sawit dalam tempoh tiga tahun akan datang

yang disokong oleh profil pokok kelapa sawit muda yang mewakili 10 peratus daripada

jumlah kawasan yang ditanam di Malaysia.

Page 8: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 (SYARIKAT MULTINASIONAL SIME DARBY)

BARANGAN PENGGUNA

(KONSUMER)

SDP beroperasi di 14 buah negara seperti Indonesia, Malaysia, Vietnam dan banyak lagi

yang menempatkan kilang penapisan minyak sawit mentah (MSM)

Menghasilkan barangan pengguna berasaskan minyak sawit seperti minyak masak,

biodiesel,

Sime Darby Food Sdn Bhd mengeluarkan produk makanan segera seperti sardin, kari ikan,

rendang dan banyak lagi.

Page 9: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 (SYARIKAT MULTINASIONAL SIME DARBY)

Sime Darby Industrial terlibat dalam aktiviti pemasangan kompenen jentera berat jenama

CAT

Mempunyai 140 buah cawangan seperti di Australia, China, Maldives dan banyak lagi

Pengguna dapat jaminan selepas jualan ayau perkhidmatan dengan sokongan pembiayaan

peralatan melalui kewangan CAT

Page 10: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 (SYARIKAT MULTINASIONAL SIME DARBY)

Sime Darby Berhad dibawah segmen perniagaan perkhidmatan terlibat dalam aktiviti

profesional yang menawarkan perkhidmatan kesihatan yang khusus. Perniagaan perkhidmatan

Sime Darby diberi nama Ramsay Sime Darby Health Care mempunyai 5 buah hospital

perubatan antaranya Pusat Perubatan Parkcity, Pusat Perubatan Subang Jaya. Selain itu RSM

mempunyai hospital di Indonesia antaranya RS Primier Bintaro, RS Primier Jatinegara dan

banyak lagi. RMS mempunyai klinik rawatan kronik seperti klinik batu karang, klinik obesiti

dimana semua prosedur setiap klinik ini ditetapkn oleh pakar-pakar perubatan bertaraf

antarabangsa.

Page 11: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 (SYARIKAT MULTINASIONAL SIME DARBY)

LOKALISASI

PRODUKLOKALISASI

PENGELUARAN

Membuat dan memasarkan produk

yang sesuai dengan sosiobudaya

sesebuah negara

Sime Darby Motor menjalankan

aktiviti, pemasangan dan

pengedaran 30 jenama kenderaan

mewah sprti BMW, McLaren

Bertapak di China dari 1990

memberi tumpuan jenama BMW,

Rolls-Royce

Menfokuskan jualan kenderaan

Peugoet di Australia.

Sime Darby Plantation menggunakan

sepernuhnya bahan mentah dan buruh

dimana syarikat ini beroperasi

Segmen huluan: pengeluar minyak

kelapa sawit terbesar yang

mngeluarkan kira-kira 5 peratus

minyak kelapa sawit mentah

Segmen Hiliran: mengeluarkan

produk berasaskan kelapa sawit

seperti minyak masak, biodesel,

lemak produk

Produk dipasarkan di 14 buah negara

seperti China, Hong Kong.

Page 12: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 (SYARIKAT MULTINASIONAL SIME DARBY)

GLOBALISASI

Sime Darby Berhad berjaya bertapak lebih 23 buah negara seperti indonesia, Thailand,

Macau, Hong Kong, Brunei dan banyak lagi

Sime Darby Plantation mempunyai ladang kelapa sawit seluas 289 422 hektar di indonesia

dan 220 000 hektar di Liberia dalam aktiviti perladangan kelapa sawit dan memproses

minyak sawit mentah

Sime Darby Industrial beroperasi di 10 buah negara di Rantau Asia Pasifik seperti Hong

Kong, China, Autralia, New Caledonia, China dalam aktiviti pemasangan dan pengedaran

jentera berat

Sime Darby Motor beroperasi di 7 buah negara seperti New Zealand, Malaysia, China,

Hong Kong dan banyak lagi dalam aktivi pemasangan dan peruncitan kenderaan mewah

pelbagai jenama

Sime Darby Berhad menjalankan aktiviti pengurusan sumber melebihi 27000 warga kerja

yang cekap di semua cawangannya

Page 13: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 (SYARIKAT MULTINASIONAL SIME DARBY)

5.3.1 KEKUATAN (STRENGHTS)

Faktor dalaman membantu pencapaian obkektif sesebuah

organisasi

Mempunyai barisan penadbir yang terdiri daripada pakar-pakar

seperti Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Sarji Bin Abdul Hamid

(Kelulusan Universiti Harvad dalam pentadbiran awam)

SDP mengamalkan operasi mesra alam sekitar dalam aktiviti

perladangan

SDP tersenari sebagai syarikat perladangan yang terbesar di dunia

dengan keluasan tanaman kelapa sawit

Mampu menarik pelabur-pelabur asing untuk mnyertai aktiviti

perniagaan Sime Darby

5.3.2 KELEMAHAN (WEAKNESS)

Persekitaran dalaman organisasi yang memberi halangan kpeda

pencapian objektif.

SDP mempunyai ladang yang luas di Rantau Asia, namun

syarikat ini gagal menyediakan infrastruktur jalan yang baik di

ladangnya

Sime darby mengalami kerugian hampir RM1.63 Billion daripda

projek yang ia terlibat pada 2010.

Hal ini demikian kerana syarikat ini gagal menentukan hala tuju

syarikat yang sebenar kerana terlalu banyak segmen perniagaan

yang disertai hingga mengalami kerugian.

5.3.3 PELUANG (OPPORTUNITIES)

Faktor luaran yang membantu dan memberi kesan positif

kepada pencapian objektif

SDB menggunakan peluang untuk mengembangkan

perniagaannya dalam sektor pengeluaran dan perkhidmatan

ke luar negara seperti China, Thailand, Brunei dan banyak

lagi

SDP mempunyai ladang yang sangat luas, oleh itu syarikat ini

telah menggunakan teknologi-teknologi terkini agar dapat

mengeluarkan hasil yang efektif

Kehadiran SDB disokong oleh kedua-dua kerajaan, oleh itu

SDB berjaya bertapak di beberapa buah negara seperti

German, China, dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan

5.3.4 ANCAMAN (THREATS)

Persekitaran luaran organisasi yang memberi tekanan dan

kesan negatif mencapai objektif syarikat

SDP mencatatkan kemerosotan hasil jualan akibat turun

naik harga minyak sawit mentah yang membawa kepada

permintaan yang rendah daripda pengusaha minyak masak

SMP menanggung kerugian akibat serangan Garnoderma

reput batang asal (GBSR) mengakibatkan batang kelapa

sawit diserang kulat

Terpaksa berhadapan dengan pesaing seperti Felda, Felcra

yang mempunyai segmen perniagaan yang serupa.

Page 14: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 (SYARIKAT MULTINASIONAL SIME DARBY)

5.4.1 VISI

Untuk menjadi sebuah syarikat multinasional terkemuka yang

mempunyai nila perniagaan yang mampan kepada semua pemegang

saham yang berkepentingan.

5.4.2 MISI

Komited membangunkan portfolio untuk menerajui perniagaan yang

mampan

Mempraktikkan tadbir urus yang baik dan nilai etika yang tinggi

Berusaha memberi pulangan kewangan terbaik menerusi

kecemerlangan operasi dan standard prestasi yang tinggi

5.3.4 DASAR

Kesihatan alam sekitar dan keselamatan

Pematuhan

Bekerja dengan masyarakat temapatan

Amalan perniagaan yang adil.

Page 15: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 (SYARIKAT MULTINASIONAL SIME DARBY)

Penembusan pasaran merujuk kepada satu strategik firma untuk

meningkatkan syer pasaran dalam kalangan pelanggan yang sedia ada tanpa

mengubah produk sedia ada. Sime Darby Berhad telah meluaskan pasarnnya ke

peringkat antarabanggsa untuk mengatasi pesaingnya seperti Felda dalam aktiviti

perladangan serta Mutiara Motor yang terlibat dalam aktiviti Menjual kenderaan

mewah.

Page 16: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 (SYARIKAT MULTINASIONAL SIME DARBY)

pembangunan pasaran merupakan usaha-usaha pemasaran strategik untuk

mencari pasaran baharu bagi memasarkan produk baharu dalam pasaran

domestik atau antarabanggsa.

SDM telah beroperasi di 8 buah negara seperti China, Macau, Australia

dan banyak lagi untuk memasarkan kenderaan mewah

SDP telah mempromosikan keluaran syarikat dengan agesif apabila

menjalankan rundingan dan penyelidikan

SDP telah menjalankan penyelidikan dalam sektor perldangan kelapa

sawit yang terbahagi kepada 5 bahagian seperti Penyelidikan Plantation

dan penasihat.

Page 17: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 (SYARIKAT MULTINASIONAL SIME DARBY)

.Sime Darby Berhad memastikan prooduk-produk yang dipasarkan mengikut cita rasa

pengguna. Ramsay Sime Darby Health Care sentiasa mencari jalan untuk

mempromosikan perkhidatan kesihatan yang ditawarkan. Antara strategik pemasaran

yang dilakukan oleh RSDHC adalah mengadakan promosi perkhidmatan seperti

promosi kesihatan pakej pra-pekerjaan, kesihatan am, dan kesihatan lelaki. Pemawara

harga yang sangat menarik dalam setiap pakej mampu menark minat masyarakat

beralih kepada RSDHC untuk menerima rawatan. Sebagai contoh RSDHC

menawarkan harga serendah RM12000 untuk pakej Belon Ibtra- Gastrik.

RSDHC juga menyediakan fasaliti yang sangat selesa bertaraf 5 bintang

untuk emnarik minat lebih ramai pengguna menggunakan perkhidmatan kesihatan di

hospital Sime Darby.

Page 18: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 (SYARIKAT MULTINASIONAL SIME DARBY)

Pengkaji dapat merumuskan bahawa Syarikat Sime Darby Berhad mempunyai

potensi untuk berkembang dengan lebih pesat yang boleh menyumbang

meningkatkan ekonomi negara. Pada dasarnya Sime Darby Berhad mempunyai

aktiviti perniagaan teras yang meliputi perladangan, perkilangan tayar, pengedaran

alat ganti jentera, dan kenderaan bermotor. Sebuah syarikat Konglomerat yang

terbesar di Rantau Asia ini juga telah melakar kejayaan apabila disenaraikan di

Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur dengan odal pasaran melebihi US$2.9

Billion pada tahun 2009.

kajian meyeluruh amat penting kerana menjadi matlamat perniagaan

Syarikat Sime Darby Berhad sebagai garis panduan yang optimum dan fleksibal

untuk membawa syarikat pergi lebih jauh dan bertapak kukuh di pasaran

antarabangsa.

Page 19: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 (SYARIKAT MULTINASIONAL SIME DARBY)

Berdasarkan hasil analisis yang telah dilakukan dalam kajian, pengkaji inigin

mencadangkan beberapa strategik yang sesuai agar Sime Darby Berhad

berjaya melaksanakan aktiviti perniagaannya dengan lebih efektif. Syarikat

Sime Darby Berhad perlu mengkaji kelebihan kemungkinan yang berlaku jika

menceburi sesuatu projek atau segmen yang diceburinya agar dapat

keuntungan berlipat kali ganda. Hal ini disebabkan kerugian hampir RM1.63

bilion pada tahun 2010. Selain itu Sime Darby Berhad tidak perlu mempunyai

terlampau banyak segmen kerana perkara seperti ini akan merumitkan lagi

pegurusan organisasi sehinggakan berlaku konflik dalaman organisasi yang

boleh menyebabkan syarikat kehilangan fokus dalam segmen-segmen

perniagaan yang sedia ada. Sime Darby Berhad perlu mengekalkan segmen

yang sedia ada dengan menambahbaik mutu keluaran dengan melakukan

penyelidikan dan pembangunan (R&D) setiap masa untuk mewujudkan

saingan kepada sektor yang serupa. Akhir sekali, syarikat Sime Darby Berhad

perlu merangka dasar dan hala tuju yang strategik bagi mencapai matlamat

syarikat.

Page 20: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 (SYARIKAT MULTINASIONAL SIME DARBY)